You are on page 1of 9

LAPORAN AWAL LATIHAN INDUSTRI

BIT 40112

MOHAMMAD HAZLY HAKIKI MOHD AZIZE


DI180046
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
dengan Kepujian

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sem I 2021/2022
KANDUNGAN

1 Pengenalan.........................................................................................................................1

1.1 Objektif........................................................................................................................2

1.2 Visi..............................................................................................................................2

1.3 Misi.............................................................................................................................2

1.4 Core Value..................................................................................................................2

1.5 Struktur organisasi EMPAYAR AILYQAIRY SDN. BHD...........................................2

2 Tugasan: Sistem Inventori Tracking..............................................................................3

2.1 Matlamat Projek.........................................................................................................3

2.2 Pernyataan Masalah...................................................................................................3

2.3 Objektif........................................................................................................................3

2.4 Metodologi..................................................................................................................3

2.5 Perancangan Projek...................................................................................................4

2.6 Tugas yang berkaitan kursus Teknologi Maklumat....................................................5

3 Kesimpulan dan jangkaan...............................................................................................6


1 Pengenalan

Empayar AilyQairy Sdn Bhd adalah syarikat platform no 1 pilihan selebriti Malaysia
da;am menjual produk-produk yang telah diusahakan oleh selebriti Malaysia. Pada masa yang
sama juga Empayar AilyQairy juga membimbing usahawan BBNU untuk bisnes dengan cara
yang betul sehingga bergelar jutawan dengan jual produk orang sahaja. Selain itu juga, kami
juga memberikan perkhidmatan berkualiti dan pantas kepada usahawan dan pelanggan.
Syarikat kami terletak di Taman Flora Utama, Batu Pahat yang berhampiran dengan Aeon
Big dan Jakel. Visi kami adalah “Menjadi platform No1 pilihan selebriti Malaysia pada tahun
2022”.

Empayar AilyQairy menempatkan lebih dari 10 jenama produk selebriti dan


menyediakan pakaian, produk kecantikkan, makanan dan minuman serta produk kesihatan.
Sebelum itu operasi hanya atas talian dan mempunyai stokis dan ejen. Sekarang denga nada
nya butik dan warehouse perkhidmatan kami dah boleh dating ke kedai dan masih menjalan
perniagaan atas talian dengan baik.

Dari perniagaan online hanya di rumah bersama isteri dengan satu produk supplement
pada 2013. Kemudian kami menyewa suku kedai sahabat printing di Taman Universiti Parit
Raja dengan PA seramai 3 orang sahaja. Kini kami ada 2 blok bangunan yang merangkumi
Butik, Dewan Seminar, Warehouse dan dimeriahkan dengan 21 orang PA yang full energy
juga 16,000 anak-anak Team Stars hebat di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapore. Asbab ada Mentor iaitu Dato Wira Dr Azizan Osman betulkan
Mindset, meningkatkan kredebiliti sebagai Leader serta membesarkan impian dan punyai
Circle positive rekod jualan kami meningkat tanpa henti. 2019 RM4.1 Juta. 2020 RM10.2
Juta dan 2021 dijangkakan mencapai RM20 Juta.

Program Latihan yang akan berjalan sepanjang Latihan Industri ini adalah untuk
membangunkan satu sistem inventori yang dinamakan Sistem Inventori Empayar AilyQairy.
Projek ini mengambil masa selama 5 bulan untuk dibangunkan dan projek ini dibangunkan
secara berkumpulan. Seterusnya, perbincangan tentang projek akan dilaksanakan setiap
minggu bagi memudahkan dan menjadikan projek ini berjalan dengan lancar.

1
1.1 Objektif

 Membantu 100,000 usahawan Team Star menjelang 2022


 Melahirkan 20 orang Jutawan Stars menjelang 2022
 Mencapai jumlah jualan tahunan RM100,000,000 pada 31.12.2022
 Merealisasikan impian semua staff menjadi CEO setiap syarikat Empayar AilyQairy
menjelang 2027.

1.2 Visi

“Platform No.1 Pilihan Selebriti Malaysia Pada Tahun 2022”

1.3 Misi

 Menjadikan platform pilihan selebriti untuk perniagaan online.


 Mendidik dan melahirkan usahawan yang kaya, Berjaya dan bermanfaat kepada
komuniti.
 Memberikan perkhidmatan berkualiti dan pantas kepada usahawan dan pelanggan
 Meningkatkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia.

1.4 Core Value

• Comimited.
• Speed & Precise.
• Result Winning
• Always Aim Higher
• Always Upgrade Knowledge
1.5 Struktur organisasi EMPAYAR AILYQAIRY SDN. BHD.

Syarikat ini terdiri daripada 20 kakitangan. Pn. Aily Aainaa Aisha merupakan Managing
Director di syarikat Empayar AilyQairy Sdn Bhd. Seterusnya Tn MTS Qairy sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat ini. Seterusnya, Izyan Nasuha, sebagai Branch
Manager dan Muhammad Izzat sebagai Assistant Branch Manager. Terdapat 4 jabatan di
Empayar AilyQairy iaitu Department Operation, Department Creative, Department Admin,

2
Department Sale & Marketing, AVANA, dan Nunha. Sebanyak 14 perempuan 8 lelaki
kakitangan di syarikat ini.

2 Tugasan: Sistem Inventori Tracking

Projek ini telah diberikan pada minggu ketiga mula Latihan Industri, sejurus itu, penyelia
meminta menyiapkan projek ini. Jadi tempoh pembangunan projek ini adalah sepanjang
Latihan industri. Pihak syarikat meminta untuk membangunkan satu sistem, dimana sistem ini
boleh memantau pengeluaran parcel, mengesan parcel dan menyimpan data..

2.1 Matlamat Projek

• Mewujudkan Sistem Penyimpanan Data Tracking bagi memudahkan pemantauan di


lakukan terhadap stok keluar masuk dari Empayar AilyQairy Sdn,Bhd.
• Memudahkan pemantauan stok sebelum diambil oleh syarikat kurier.
• Proses permohonan dan kelulusan secara online.
2.2 Pernyataan Masalah

Sistem sedia ada banyak kekurangan seperti tidak boleh mengesan parcel keluar dengan
efektik dan menjadi masalah kepada pihak operasi syarikat. Sistem tracking ini dibangunkan
untuk menyelesaikan beberapa masalah seperti kehilangan parcel, tidak dapat menyimpan
data parcel yang telah dikerluarkan dan data tidak sama dengan parcel yang dikeluarkan.

Sistem ini dapat membantu untuk memudahkan kakitangan syarikat untuk menjalankan
dan merekod parcel dengan lebih sistematik dan mengurangkan risiko barang hilang.

2.3 Objektif

Objektif projek ini ialah merekabentuk dan mebangunkan sistem inventori tracking
untuk kegunaan Jabatan Operasi di Syarikat Empayar Aily Qairy. Dengan menggunakan
sistem ini sekurang kurangnya pihak Syarikat Empayar Aily Qairy dapat mengurangkan
masalah pengurusan penyimpanan data pengeluaran parcel.

2.4 Metodologi

Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem inventori tracking ialah metodologi
Air Terjun. Oleh hal yang demikian, metodologi ini dipilih kerana aktiviti yang dilakukan

3
untuk membangunkan projek ini adalah mengikut turutan. Terdapat 5 fasa dalam metodologi
ini iaitu fasa perancangan, fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa implementasi dan fasa
pengujian. Metodologi ini juga merupakan proses berurutan di mana kemajuan mengalir
melalui beberapa fasa ke atas ke bawah, sama dengan air terjun. Fasa model Air Terjun
adalah analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan, pengujian dan pelaksanaan. Dalam
model ini, pengujian perisian bermula hanya selepas pembangunan selesai.

Perancangan

Analisis

Reka

Implement

Pengujian

Rajah 1: Model Air Terjun

2.5 Perancangan Projek

Bahagian ini menerangkan tentang perancangan projek dalam setiap fasa. Jadual 1
menunjukkan aktiviti dan hasil dalam proses model prototaip.

Fasa Aktiviti Dapatan

Perancangan  Mengenal pasti tujuan, masalah, dan  Skop dan objektik


kaedah-kaedah untuk membina projek
inventori

Analisis  Mengenal pasti masalah yang  Kertas cadangan

4
dibangunkan. atau proposal
 Menganalisis sistem sedia ada  Perisian yang akan
 Merancang penjadualan aktiviti kerja. digunakan
 Gant Chart
Reka Bentuk  Membina papan cerita  Antaramuka
 Merekabentuk antaramuka untuk modul-modul yang
pengguna dan pentadbir dilaksanakan
Implementasi  Menggunakan bahasa pengaturcaraan  sistem yang
yang sesuai dan mudah difahami dibangunkan sudah
 Mengubahsuai dan menyelengara mencapai 30
aplikasi. hingga 50 peratus
Pengujian  Menguji sistem yang dibangunkan  Memperbaiki ralat
pada system
sehingga lengkap

Jadual 1: Jadual perancangan projek mengikut fasa

2.6 Tugas yang berkaitan kursus Teknologi Maklumat

Tugas yang telah diberikan adalah unutk membangunkan sebuah system inventori
dimana system dapat merekod bar kod parcel, hari, Tarikh semasa stok keluar dari Gudang
sebelum di ambil oleh syarikat kurier. Selain itu system ini dilengkapi dengan bar kod sistem
bagi menhubungkan pengimbas dan sistem yang akan dibangunkan.

Perkaitan tugasan ini dengan kursus Sains Komputer dan Teknologi Maklumat adalah
dari reka bentuk sistem sistem dengan menyediakan paparan yang mudah difahami oleh
pengguna dan ringkas. Seterusnya, dalam pembangunan sistem ini haruslah ada pendekatan
metodologi yang bersesuainya dengan proses pembangunan antara dua pihak.

5
3 Kesimpulan dan jangkaan

Pada hujung projek ini, sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pentadbir dan
kakitangan syarikat dalam urusan merekodkan nombor tracking. Dengan ada sistem ini juga
pentadbir dan kakitangan lain boleh memeriksa barang yang telah dikeluarkan supaya mereka
dapat mengelak dari sebarang masalah yang mungkin akan berlaku. Selain itu, kakitangan
juga

You might also like