You are on page 1of 15

LAPORAN PROJEK REKACIPTA

PERTANDINGAN KREATIVITI
DAN TEKNOLOGI INOVASI JTM
CITEC 2014

SMART BOX MECHANIC

ILP KOTA KINABALU, SABAH


HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI
ILP KOTA KINABALU 2014

KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0

Profil Peserta

2.0

Pengenalan Projek

3.0

Objektif Projek

4.0

Fungsi Projek

5.0

Kebaikan dan Potensi Komersial Projek

6.0

Carta Alir Proses

7.0

Metodologi / Kaedah Pelaksanaan Projek

8.0

Gambarajah Projek

9.0

Manual Prosedur (S.O.P Standard Operation Procedure)

10.0

Gambarajah Proses & Pemasangan Projek

10

11.0

Inovasi Projek

11

12.0

Ciri-ciri Unik & Keistimewaan Produk

11

13.0

Kos Keseluruhan Projek

12

14.0

Skop Projek

12

15.0

Kajian&Analisis Terhadap Projek

13

16.0

Kesimpulan& Cadangan

14

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

1.0

Profil Peserta

Projek ini diwakili oleh seorang pengajar bahagian Teknologi Automotif dan pelajar
Teknologi Automotif Tahap 3 / Semester 4 2013.
Bil
1
2
3
4
5

Nama
Mahrajan Abdul Rahman
Mohd Azhar Bin Mahali
Astly Louzim Pantai
Christiaan Adelaze Chang
Zairizal Bin Tahir (Pengajar)

No IC
930805 -12 - 6139
931226 -12 - 6171
930501 -12 - 6295
930320 -12 - 5453
760223 -12 - 5989

No Tel
013-545 9463
014-559 3272
019-809 2039
014-653 2013
019-830 9824

Jawatan
Ketua Kumpulan / Pembangunan Laporan
AJK Penyediaan Bahan / Teknikal
AJK Lakaran Pendawaian Projek
AJK Multimedia / Bendahari
Penasihat

Mahrajan Abdul Rahman


Ketua Kumpulan / Pembangunan Laporan Projek

Zairizal Bin Tahir


(Pengajar / Penasihat)

Mohd Azhar Bin Mahali


AJK Penyediaan Bahan /
Teknikal

Astly Louzim Pantai

Christiaan Adelaze Chang

AJK Lakaran Pendawaian Projek

AJK Multimedia / Bendahari

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

2.0

Pengenalan Projek

SMART BOX MECHANIC

SBM

Smart Box Mechanic ini adalah satu alat bantuan yang smart bagi seorang
mekanik , pelajar automotif dan masyarakat sekeliling.Projek ini amat berkesan kepada
era pada masa kini kerana projek ini memudahkan penggunanya dengan panduan
manual SOP yang mudah difahami dan semua langkah kerja yang secara umumnya
sekadar yang asas sahaja.Projek ini juga merupakan objektif pembelajaran untuk bidang
Automotif yang pada asalnya setiap pelajar akan diberi tunjuk ajar kepada perkara yang
asas sahaja.itu langkah pertama untuk pelajar mengetahui asas enjin / komponen /
fungsinya serta lain-lain.
Projek ini didirikan oleh kumpulan Auto Sukses 1 yang diwakili oleh pelajar
pelajar semester 4 dan seorang pengajar bengkel Tek.Automotif.Tujuan utama projek ini
dilaksanakan untuk memperlihatkan kepada semua penuntut bidang ini agar mereka
sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi untuk sentiasa membangunkan atau
merekacipta sesuatu projek bagi memudahkan perkerjaan, menjimatkan
masa,menjimatkan tenaga, dan boleh dijadikan sebagai barangan komersial.
Smart Box Mechanic juga merupakan tools kos rendah yang menyenangkan
kerja2 mechanic atau pengguna kenderaan. pada permulaannya, kami merancang
untuk merekacipta toolbox yang boleh memuatkan bahan-bahan untuk membuat
pemeriksaan enjin kenderaan secara asas. seterusnya, kami mengambil masa
seminggu untuk menyiapkan kerja-kerja pemasangan,pengecatan, dan menjalani uji kaji
terhadap projek. akhirnya, kami mengambil gmbar dan membuat kertas kerja terhadap
projek.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

3.0 Objektif Projek


Projek ini merangkumi beberapa objektif utama iaitu menjimatkan masa dan tenaga
mekanik ketika menyelenggara kenderaan, menjadi alat bantuan kepada para pelatih
untuk menyelenggara sesuatu enjin yang menggunakan carburator dan menjadi system
penghidup enjin kereta dalam kata erti lain sebagai penguji komponen enjin / kenderaan
sekiranya masih berfungsi serta memperkenalkan satu pembaharuan rekacipta kepada
dunia agar dapat dikormesialkan.
Selain itu,Objektif projek ini untuk memdapat tempat disetiap bengkel /Syarikat
servis dan pengedar bagi tujuan komersial kerana sinonim dengan pengetahuan asas
yang perlu diketahui oleh setiap mekanik,pelatih dalam menyelenggara sesuatu
komponen enjin pada kenderaan.
4.0 Fungsi Projek
Setiap rekacipta yang diubahsuai mempunyai objektif sendiri.Berkaitan itu objektif
projek ini tercapai adalah disebabkan oleh fungsinya beroperasi, Smart Box Mechanic
berfungsi menghidupkan sistem kenderaan melalui komponen asas seperti carburator ,
distributor , fan , starter, radiator, AC pump yang terdapat pada enjin.Selain itu, Smart
Box Mechanic inijuga dapat menguji dan memeriksa system kenderaan sekiranya dalam
keadaan baik ataupun tidak baik.Kelebihan projek ini ialah ia mudah diselenggara
dengan panduan manual SOP yang mudah difahami dan rekabentuk yang sesuai hanya
dituntun sebelah tangan, bersaiz standard toolbox yang ringan dan yang paling penting
projek mampu milik.
Fungsi projek ini amat berguna kepada sasaran kami iaitu para mekanik , pelajar
bidang automotif ,dan pemilik syarikat pengeluar / penyelenggaraan serta masyarakat
setempat dan lain-lain.Projek inovasi ini sememangnya memberi kesan yang positif atas
kajian yang dilakukan di sekitar kawasan industri automotif.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

5.0 Kebaikan dan Potensi Komersial Projek


Semua rekacipta inovasi mempunyai kebaikan dan potensi komersial.Bagi Smart
Box Mechanic berdasarkan objektif dan fungsi kebaikan projek ini dihasilkan adalah
untuk menjadi bahan pembelajaran berterusan tidak kira dimana sahaja kita berada
kerana ianya mudah dituntun,cara penyelenggaraan yang mudah berdasarkan SOP,lagi
satu projek ini adalah usaha untuk menambahkan lagi akar umbi yang tidak akan
pupus.Selain itu kebaikannya kepada masyarakat pula dapat memudahkan pengguna
memeriksa sistem kenderaan mereka dengan hanya merujuk manual SOP untuk
mengujinya.
Potensi projek ini untuk dikomersialkan amat tinggi sekiranya ada permintaan kerana
pada peringkat pusat latihan seperti Institut latihan Perindustrian dan lain-lain yang
mempunyai kursus automotif ianya amat berguna kepada para pelatih untuk mengetahui
komponen asas enjin melalui Smart Box Mechanic ketika dijadikan bahan penghidup
enjin on stand dan kereta.Tambahan pula peringkat bengkel-bengkel / Syarikat servis
dan pengedar mereka tertarik dengan konsep projek dihasilkan dengan menggunakan
kos yang tidak terlalu tinggi untuk menghasilkan projek.Asasnya ianya sebiji toolboxs
yang hanya digunakan untuk meletakkan dan menyimpan peralatan dan kini hasil
perbincangan ahli kumpulan maka Smart Box Mechanic tercipta serta terubahsuai
dengan inovasi yang sedia ada.Akhirnnya,Smart Box Mechanic ini bernilai mampu milik
oleh setiap orang dengan jaminan pembelajaran dan pengetahuan sepanjang hayat
dengan mengikuti perkembangan teknologi.
Sasaran projek : Pusat Latihan Teknologi , Syarikat Servis/ Pengedar / Pengeluar,
Masyarakat setempat , Pusat Industri Automotif.
Nilai komersial

: RM 500.OO untuk seunit

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

6.0 Carta Alir Proses Projek

Lakaran rangka
projek

Penyedian
bahan

Aktiviti
pendawaian

Lakaran
pendawaian

Pembinaan
projek

Proses
mewarna

Penyelenggeraan
akhir

Perbincangan
akhir

Idea

Rajah : Prosuder proses perancangan projek

PRODUCE
PROJECT

Smart Box
Mechanic

Setiap proses pembuatan projek mengalami


proses perbincangan bersama ahli kumpulan.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

7.0 Metodologi / Kaedah Pelaksanaan Projek


Untuk kaedah kerja bagi projek ini, kami telah mengklasifikasikan keada beberapa
peringkat. Antara peringkat-peringkat tersebut adalah proses menyediakan beberapa
cadangan berbentuk lukisan berkaitan dengan projek,menyediakan peralatan yang hendak
digunakan,mencari bahan-bahan keperluan projek.Selepas itu,peringkat seterusnya kami
memulakan dengan mengenalpasti struktur ciptaan dan terus melakukan kerja-kerja
melaksanakan projek yang hendak dilakukan dan proses pemasangan serta pendawaian
bagi pemasangan pada Mobile Tools. Ini bermakna peringkat projek, kami melakukan
proses rekabentuk struktur projek dahulu dan diikuti oleh proses pemasangan dan
pendawaian pada Smart Box Mechanic.

Bil.

Pelaksanaan

Hari
Rabu Khamis Jumaat

Isnin Selesa Rabu Khamis Jumaat Isnin

Perbincangan dalam kumpulan


Membuat lakaran rupabentuk projek
Meyediakan bahan
Membuat kerja-kerja pembinaan projek
Membuat pewarnaan
Membuat lakaran pendawaian
Membuat pendawaian
7. Membuat analisis/ soalselidik / laporan kerja
8. Membuat penandanama / bahan edaran
9. Persiapan akhir
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Jadual berkala diatas ialah pelaksanaan pembangunan projek dalam masa 9 hari masa bekerja.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

8.0 Gambarajah Projek

Lakaran Pendawaian Projek

Lakaran pandangan sisi/hadapan &


lantai

Gambarajah Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

9.0 Manual Prosedur (S.O.P Standard Operation Procedure)

SMART BOX MECHANIC

SEBELUM DIGUNAKAN
1. Pastikan alat ini selamat digunakan dan berfungsi dengan baik.
2. Pastikan peralatan pada Smart Box Mechanic lengkap seperti bateri,bahan
api (petrol) ,tool yang lengkap dan lain-lain barang (jika perlu).
3. Pastikan tangki pada Smart Box Mechanic mengandungi bahan api yang
mencukupi dan jauhi daripada haba panas(api).
4. Pastikan push button emergency switch(suis kecemasan) dalam keadaan
baik.
5. Pastikan pendawaian dalam keadaan baik.

SEMASA OPERASI
1. Sambungkan wayar penyambung pada komponen-komponen
enjin,terminal bateri dan hos bahan api mengikut penanda.
2. Hidupkan suis berkaitan pada Smart Box Mechanic dan tekan button start
bagi menghidupkan engine.
3. Buat pelarasan tune-uppada enjin atau penyelanggaraan.
4. Setelah selesai menggunakan Smart Box Mechanic, sila tanggalkan semua
penyambungan seperti wayar-wayar komponen dan hos bahan api.

PERHATIAN
1. Pastikan kerja-kerja penyelangaraan dilakukan mengikut prosedur yang
betul.
2. Utamakan keselamatan semasa menggunakan Smart Box Mechanic.
3. Dapat bantuan teknikal daripada penyelanggara Smart Box Mechanic jika
menghadapi masalah.

SELEPAS DIGUNAKAN
1. Pastikan semua peralatan diletakkan semula pada tempat asal.
2. Bersihkan alat dan tempat kerja setelah semua kerja-kerja penyelanggaraan
selesai.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

10.0

Gambarajah Proses&PemasanganProjek

Operasi perbincangan dan penyediaan bahan

Operasi pembinaan projek

Operasi menguji bahan yang digunakan

Operasi pewarnaan

Operasi pendawaian

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

11.0

Inovasi Projek

Projek ini direkacipta khas untuk semua sasaran yang ditetapkan.projek ini merangkumi
aspek-aspeknya tersendiri antaranya ialah projek inovasi yang diubahsuai berdasarkan
rekabentuk projek sedia ada.fungsinya dengan projek sedia ada tidak lari bezanya malahan
projek inovasi yang terkini lebih mantap dan smart berbanding yang dulu.Projek ini adalah
salahsatu usaha untuk memperhebatkan genarasi X yang pada hari ini diselubungi
bermacam-macam kecanggihan teknologi daripada barat.Smart Box Mechanic tertumpu
kepada bidang Automotif kerana ciri-ciri serta fungsinya lebih kepada kenderaan
bermotor.Tidak dapat dinafikan pada masa kini kebanyakan kendeeraan menggunakan
system yang terbaru antaranya EFI,Hybrid ,LPG dan lain-lain yang lebih jauh akan
meninggalkan kecanggihan projek ini.Walaubagaimanapun, dalam Malaysia khasnya Negeri
Sabah ini ,kebanyakan pengguna dapat dilihat masih menggunakan kenderaan yang lama
maksudnya yang klasik dan ada kelasnya tersendiri.Ini menyebabkan inovasi projek ini
mampu mencapai objektifnya.Juruteknik akan mengambil peluang ini untuk menambahkan
wang saku mereka dengan kadar masa yang singkat dengan bantuan Smart Box Mechanic
semasa membuat penyelenggeraan.

12.0

Ciri-ciri Unik & Keistimewaan Produk

Projek ini asalnya adalah sebuah toolboxs plastic yang telah diubahsuai
menjadiSmartBox.Uniknya produk ini ialah terdapat system penghidup system kenderaan
melalui enjin yang belum pernah direkacipta oleh mana-mana perekacipta.Rupabentuk
projek ini telah dibina dengan sempurna hasil perbincangan awal serta kerja-kerja amali
yang dilakukan.
Keistimewaan produk ini pula sudah pasti pengguna akan berpuas hati dan tidak
mengeluh dengan cara penggunaannya yang mudah difahami,ringan untuk dibawa kemanamana sahaja dan yang paling penting produk mampu milik serta pengetahuan dan
pembelajaran yang berterusan sehingga ke penghujung hayat.
Tidak lupa juga,kami terapkan factor keselamatan kepada Smart Box ini dimana
produk ini terdapat satu butang kecemasan sekiranya berlaku litar pintas semasa
penyelenggaraan.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

13.0
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18

14.0

Kos Keseluruhan Projek


Bahan
Emergency Button
Toggle Switch
Toos Box
Push Button Switch
Relay
Wire
Perspek
Fuse
Spray (Samurai)
Cable Tie
Wire tape
Besi 1
Clip
Skru
Glu Gum
Fuel pump
Hos
Fuel tank (aluminium 1m2)
Jumlah Keseluruhan

Harga (RM)
9 x 1pcs
4 x 3pcs
30 x 1pcs
5 x 1pcs
7 x 2pcs
30 x 1 gulung
25 x 2 m2
0.70 x3pcs
12.50 x 2
5.5 x 1 pek
1 x 2pcs
20 x 2 batang (1m)
5.20 x 1 pek
4 x 1 pek
1.40 x 2pcs
170 x 1pcs
5x2m
20 x 1m2

Jumlah (RM)
9
12
30
5
17
30
50
2.10
25
5.5
2
40
5.20
4
2.80
170
10
20
439.6

Skop Projek

Skop atau sasaran utama projek ini adalah seperti berikut iaitu untuk menghasilkan satu
fasiliti yang dapat membantu mekanik mahupun masyarakat dalam memudahkan kerja-kerja
menyelenggara kenderaan dilakukan.Pendedahan awal kepada pelajar bagi membina dan
menghasilkan satu projek.Selain itu,dapat mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar dalam bentuk praktikal atau kerja amali dan
yang terakhir untuk kegunaan ujikaji dan perkembangan produk yang lebih baik di masa
hadapan serta penyertaan Pertandingan Kreativiti dan Teknologi Inovasi peringkat Institut
Latihan Perindustrian 2013.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

15.0

Penganalisaan &Kajian Terhadap Projek

1. Pengenalan
Dalam bab ini, kami ingin menyatakan penganalisaan serta kajian-kajian yang telah
dilakukan oleh kami berkenaan dengan projek yang telah kami hasilkan ini. Antara perkaraperkara yang kami lakukan dalam perkara ini adalah berkenaan dengan sambutan orang
ramai terhadap penghasilan projek ini dan juga kajian mengenai sistem pendawaian bagi
keberkesanan projek ini untuk berfungsi dengan cekap.
2. Analisa Sambutan Masyarakat Terhadap Projek Ini
Untuk kajian ini, kami telah menyediakan set soalan kaji selidik sebagai mengetahui
sambutan, pandangan atau komen orang ramai terhadap projek yang kami hasilkan. Kajian
ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada projek kami ini diterima atau tidak oleh
pengguna dan adakah ia berpotensi untuk dikomersilkan. Soalan kaji selidik ini merangkumi
semua perkara iaitu cadangan, pendapat dan komen.
3.

Analisa Jangka Masa Membuat Projek.

Berdasarkan kepada perancangan projek akhir semester 4, tempoh membuat projek ini
adalah seperti mana masa yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika dilihat kekerapan
untuk melaksanakan projek dalam perancangan ia adalah hanya 2 minggu lebih sahaja.
Apa yang mengganggu kelancaran pembuatan projek ini adalah kehabisan atau ketiadaan
stok alat-alat atau komponen untuk projek.Secara keseluruhannya, oleh kerana banyak
faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan maka kami terpaksa mengambil masa yang agak
lama untuk menyempurnakan projek ini.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

16.0

Kesimpulan& Cadangan
Kesimpulan

Sepanjang tempoh 2 minggu yang diperuntukkan untuk menyiapkan projek ini,


berbagai pengalaman dan kemahiran yang kami perolehi di samping meningkatkan ilmu
pengetahuan. Kami juga berpeluang untuk mengemukakan dan menggabungkan idea-idea
serta buah fikiran antara ahli kumpulan bagi menghasilkan satu projek yang terbaik seperti
mana yang telah kami cadangkan.Melalui projek ini, kami telah cuba menggunakan dan
mempraktikkan pelajaran teori dan juga memanfaatkan segala pengalaman-pengalaman
yang telah kami perolehi semasa berada diInstitut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu
selama 4 semester ini.Selain itu juga, melalui projek ini pelajar dapat menunjukkan
kebolehan, bakat serta kekreatifan dan inovasi bagi menghasilkan satu rekacipta yang
canggih dengan kos yang sedikit.
Projek Smart Box Mechanic yang kami cipta/ubahsuai ini adalah satu sistem yang
berkaitan dengan pendawaian asas untuk menghidupkan kenderaan. Dengan ini, kami juga
berpeluang untuk mempelajari dan mempraktikkan ilmu-ilmu kejuruteraan elektrik dan
elektronik iaitu perlitaran dan pendawaian disamping pengajar-pengajar yang berkaliber
.Oleh itu pengalaman serta pendedahan ini telah membawa kami ke arah yang lebih maju,
berdaya saing dan lebih berfikiran kedepan.
Cadangan
Dalam menjalankan dan melaksanakan projek semester akhir ini, pada
keseluruhanya memuaskan walaupun Smart Box Mechanic yang kami cipta/ubahsuai ini
hanyalah sekadar satu model yang dihasilkan dari usaha dan idea yang digembelingkan
bersama, tetapi ia merupakan asas kepada pertumbuhan akar umbi yang baru dan lebih
canggih dengan perkembangan teknologi masakini.Sesuatu yang canggih itu, tidak
terkecuali daripada kelemahan. Oleh yang demikian, kami tidak menafikan kelemahankelemahan yang ada pada projek ini.Apa yang kami boleh lakukan adalah memberikan
beberapa cadangan agar kelemahan pada projek ini dapat diperbaiki.
Antara cadangan tersebut adalah kami memohon kepada pihak Institut Latihan
Perindustrian Kota Kinabalu untuk memberikan masa yang lebih lama lagi kepada kami
supaya kami dapat mengkaji dan memperbaiki kelemahan-kelemahan Smart Box
Mechanic. Selain daripada itu, kami juga meminta kepada pihak Institut Latihan
Perindustrian Kota Kinabalu supaya dapat menambahkan lagi kemudahan-kemudahan
mesin yang belum terdapat di bengkel Automotif bagi membantu menghasilkan projek yang
lebih canggih lagi .Hal ini kerana kami menggunakan kemudahan mesin daripada bengkel
mekanikal lain bagi menghasilkan projek yang baik dan cemerlang,Selain itu,pihak Institut
Latihan Perindustrian Kota Kinabalu hendaklah mewajibkan pelajar supaya turut
menghasilkan projek, dan dalam masa yang sama akan wujudnya persaingan yang sihat di
kalangan pelajar yang berterusan. Pihak Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu juga
hendaklah mengkaji latar belakang setiap projek yang dicipta oleh pelajar, sama ada projek
itu cetak rompak ataupun dari idea sendiri.
Dengan cadangan yang kami kemukakan, kami berharap agar projek ini dapat
dipertingkatkan lagi prestasinya di masa akan datang. Di samping memajukan sistem
penghidup dan menjadi bahan pembelajaran khasnya pada kenderaan dan juga pada
industri automotif di Malaysia amnya.

HAK CIPTA TERPELIHARA UNIT KREATIVITI & INOVASI


ILP KOTA KINABALU 2014

You might also like