You are on page 1of 10

LAPORAN AKTIVITI KOLABORASI

PENCAPAIAN PRODUK INOVASI YANG


DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI

TAHUN 2015

NAMA PRODUK INOVASI:


BAKUL SERBAGUNA DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA
RAK KASUT DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA
RAK BESI MUDAH ALIH

PIHAK INDUSTRI TERLIBAT:


PANORAMA PARADISE RESORT (PPR)
KG.RASAK DARAT TIGAMAN
KOTA MARUDU SABAH
LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
________________________________________________________________________________________

1. Aktiviti:-
Pembangunan produk inovasi berasaskan bahan kitar semula untuk diaplikasikan oleh pihak
industri. Produk inovasi yang telah berjaya dibangunkan adalah:-
 Bakul Serbaguna Daripada Bahan Kitar Semula
 Rak Kasut Serbaguna Daripada Bahan Kitar Semula
 Rak Besi Mudah Alih

2. Latar belakang/Rasional pelaksanaan aktiviti:-


Melonjak politeknik sebagai institusi peneraju Technical and Vocational Education and
Training (TVET) serantau.

3. Sasaran (KPI):-
Bilangan produk/perkhidmatan penyumbang kepada sistem TVET yang diaplikasikan di luar
atau di dalam institusi.

4. Progam/Jabatan/Institusi terlibat:-
Program Diploma Pemasaran, Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu Sabah.

5. Latarbelakang:-
Produk inovasi ini adalah merupakan hasil cetusan idea pensyarah dan direalisasikan oleh
pelajar Program Diploma Pemasaran yang mengambil kursus projek pemasaran (PM604).
Dalam beberapa dekad kebelakangan ini aktiviti perniagaan berasaskan bahan kitar semula
telah menjadi satu industri yang semakin diterima di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Kewujudan industri ini telah memberikan peluang keemasan kepada golongan usahawan
untuk menjadikannya sebagai satu perusahaan yang sangat menguntungkan dan dalam
masa yang sama menyumbang secara berkesan kepada pemuliharaan alam sekitar. Seperti
yang kita sedia maklum, melalui usaha kitar semula aliran sisa boleh dikurangkan dan
sekaligus menyumbangkan kepada pembangunan kehidupan komuniti yang lebih lestari.
Sesungguhnya industri ini menyediakan peluang yang sangat luas untuk diusahakan dan
menjanjikan pulangan yang sangat lumayan kepada usahawan yang berminat. Salah satu
1|Page
LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
________________________________________________________________________________________

sebabnya adalah kerana kos pengeluaran produk berasaskan bahan kitar semula jauh lebih
murah berbanding dengan kos pengeluaran produk berasaskan sumber asli. Tambahan pula
bahan pengeluaran produk berasaskan bahan kitar semula lebih mudah untuk diperolehi.

6. Perancangan aktiviti inovasi:-


Secara umumnya, projek ini dibangunkan dalam tempoh 5 bulan (1 semester). Proses
perancangan produk inovasi ini telah dilakukan selama sebulan (awal semester) dan
seterusnya mengambil masa selama 3 bulan untuk dibangunkan atau disiapkan (pelaksanaan
perancangan). Dalam masa yang sama, sebuah laporan juga telah dibuat secara terperinci
mengenai perancangan dan pembangunan produk ini.

7. Pelaksanaan aktiviti inovasi:-


Fasa 1 – Mengenalpasti bahan kitar semula yang boleh digunakan untuk membangunkan
produk inovasi bernilai komersial
Fasa 2 – Mengumpul dan membersih bahan-bahan kitar semula yang akan digunakan untuk
membangunkan produk inovasi
Fasa 3 – Merekabentuk dan membangunkan produk inovasi yang telah dirancang
Fasa 4 – Menguji penggunaan atau fungsi produk inovasi yang telah dibangunkan
Fasa 5 – Membuat penambahbaikan ke atas produk inovasi yang telah dibangunkan

8. Pencapaian produk inovasi:-


Pingat Emas dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Projek Pelajar (Projex) Kali Ke 9.

9. Faktor yang menyumbang kepada kejayaan


Motivasi untuk menyelesaikan masalah komuniti

10. Dasar/Garis panduan yang menyokong pelaksanaan aktiviti inovasi:-


Dasar/Garis panduan Outcome Based Education (OBE)
Sistem CDIO

2|Page
LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
________________________________________________________________________________________

11. Isu-isu berbangkit:-


Produk inovasi yang dihasilkan daripada bahan kitar semula tidak boleh dipatenkan.
Rasionalnya adalah bagi menggalakkan semua lapisan masyarakat agar terlibat sama dalam
aktiviti merekacipta bahan kitar semula.

12. Penambahbaikan:-
Pada masa kini, pelajar tidak mempunyai tempat khusus di dalam kampus bagi
melaksanakan kerja-kerja inovasi. Justeru itu, pelajar perlu diberikan ruang atau tempat
khusus di kampus bagi melakukan aktiviti atau kerja pembangunan produk inovasi.

13. Pegawai bertanggungjawab:-


Azrin Bin Jalasi, Ketua Program Diploma Pemasaran

14. Lampiran

3|Page
LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
________________________________________________________________________________________

14.1 Panel juri industri yang telah dilantik untuk mengadili pertandingan projek akhir ke 9
telah mengiktiraf inovasi produk berasaskan bahan kitar semula sebagai satu projek yang
sangat berpotensi untuk dikomersialkan.

4|Page
LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
________________________________________________________________________________________

14.2 Simbolik penyerahan produk inovasi daripada Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota
Kinabalu kepada Pengarah Urusan, Panorama Paradise Resort Kota Marudu

5|Page
LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
________________________________________________________________________________________

14.3 Komen Pengarah Urusan Panorama Paradise Resort (PPR) terhadap produk inovasi
pelajar Jabatan Perdagangan yang telah dimuatkan di dalam laman sosial Facebook.

6|Page
LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
________________________________________________________________________________________

7|Page
LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
________________________________________________________________________________________

14.4 Rak kasut daripada bahan kitar semula berikut (dalam gambar) kini menjadi daya tarikan
kepada pengunjung yang datang menginap ke Panorama Paradise Resort (PPR), Kota
Marudu.

8|Page
LAPORAN PRODUK INOVASI YANG TELAH DIAPLIKASIKAN OLEH PIHAK INDUSTRI
________________________________________________________________________________________

14.5 Ulasan Panorama Paradise Resort (PPR) terhadap produk inovasi yang telah
diaplikasikan:-

Seperti yang kita sedia maklum, melalui usaha kitar semula aliran sisa boleh dikurangkan dan sekaligus
menyumbangkan kepada pembangunan kehidupan komuniti yang lebih lestari. Justeru itu, tawaran yang
diberikan oleh pihak Politeknik Kota Kinabalu (PKK) untuk mengaplikasikan produk inovasi berasaskan bahan
kitar semula ke dalam premis perniagaan Panorama Paradise Resort (PPR) di Kota Marudu merupakan satu
peluang yang sangat dinanti-nantikan. Kami menjangkakan peluang ini akan memberikan nilai tambah ke atas
perniagaan sedia ada yang kami miliki. Tambahan lagi, pihak Panorama Paradise Resort (PPR) memang
bercadang untuk menonjolkan imej sebagai penyokong aktiviti “Green Marketing”. Secara peribadi, saya
berpandangan bahawa penglibatan golongan graduan dalam industri keusahawanan berasaskan bahan kitar
semula sangat penting kerana ianya bukan sahaja membantu membangunkan ekonomi negara tetapi juga
membantu dalam memulihara kesihatan alam sekitar kita yang semakin hari semakin terhakis. Industri ini sangat
unik kerana tidak ramai lagi usahawan yang menceburi bidang perusahaan ini. Justeru itu, industri ini dilihat
sangat relevan untuk generasi muda masa kini khususnya golongan graduan IPT. Kami di pihak industri,
sentiasa menyokong aktiviti ini dan berharap agar suatu masa nanti pelajar Politeknik Kota Kinabalu amnya akan
dapat membangunkan sebuah produk berasaskan bahan kitar semula yang mampu memberikan nilai tambah ke
atas perniagaan sedia ada. Sesungguhnya industri ini menyediakan peluang yang sangat luas untuk diusahakan
dan menjanjikan pulangan yang sangat lumayan kepada usahawan yang berminat. Salah satu sebabnya adalah
kerana kos pengeluaran produk berasaskan bahan kitar semula jauh lebih murah berbanding dengan kos
pengeluaran produk berasaskan sumber asli. Tambahan pula bahan pengeluaran produk berasaskan bahan kitar
semula lebih mudah untuk diperolehi.

Ikhlas,

Selvestone
Selvestone Junit
Pengarah Operasi
Panorama Paradise Resort (PPR)

9|Page

You might also like