You are on page 1of 25

Bahagian A [50 markah]

1. Berikan perbezaan di antara usahawan dengan peniaga dari aspek matlamat,


aktiviti dan
risiko. [6]
2. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan modal ekuiti. [3]
3. Nyatakan lima kelebihan yang diperoleh oleh usahawan apabila mengambil alih
sesuatu
perniagaan daripada usahawan lain. [5]
4. Huraikan dua elemen yang perlu ada dalam aspek pengeluaran bagi sebuah rancangan

perniagaan. [4]
5. Huraikan rancangan perniagaan bagi perniagaan permainan kanak-kanak yang
dikeluarkan
oleh Syarikat Toys dari aspek berikut:
i. Produk
ii. Sasaran pasaran
iii. Persaingan [6]
6. Perniagaan global merujuk pada syarikat yang beroperasi di pelbagai tempat
merentasi
sempadan negara masing-masing. Senaraikan empat tujuan perniagaan tahap global
dilakukan. [4]
7. Huraikan tiga dokumen penghantaran yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa.
[6]
8. Huraikan tiga kaedah bukan tarif yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk
melindungi
pasaran domestik. [6]
9. Huraikan dua peranan Persatuan Pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil
Halal di
restoren tempatan. [4]
10. Huraikan golongan warga korporat dalam sesebuah perniagaan. [6]
Bahagian B [50 Markah]

11.Malayan Banking Berhad (Maybank) merupakan rangkaian bank dan kewangan yang
terbesar di
Malaysia dan Asia Tenggara. Maybank kini mengoperasikan perbankan pengguna dan
korporat
menerusi 374 pejabat cawangan dan lebih 4,700 mesin ATM di seluruh dunia. Syarikat
ini telah
mengoperasikan 22 buah cawangan baru di seluruh Singapura serta mengambil alih
kepentingan
dalam PT Bank Internasional Indonesia, An Binh Bank di Vietnam dan MCB Bank Ltd di
Pakistan.
Maybank juga menguasai 60% saham kepentingan dalam PNB-Republic Bank di Filipina,
yang
dinamakan semula sebagai Maybank Philippines Inc. Pada awal tahun ini, operasi di
Shenzhen akan
melengkapkan empat lagi cawangan Maybank di Hong Kong, Beijing, Shanghai dan
Kunming, serta
mengukuhkan hasil gabungan Maybank dengan Hua Xia Bank di rantau ini. Selain itu,
Maybank dan
Fortis International NV, sebuah penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu terbesar
di Eropah,
bekerjasama untuk menubuhkan Maybank Fortis Holdings untuk menawarkan perkhidmatan
insurans
dan hartanah global.

Walaupun Maybank giat dalam usahanya untuk meluaskan sasaran pasaran serta
memaksimumkan
keuntungan, namun syarikat tidak pernah lupa kepentingan sosial dan ekonomi semua
pihak.
Maybank berusaha untuk mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan perbankan asas
dan kredit
yang berpatutan. Bank ini mempunyai perkhidmatan rangkaian kewangan paling meluas
di Malaysia
dan perkhidmatan perbankan mudah alih di kawasan pedalaman. Sejumlah 16 cawangan
mesra orang
kurang upaya telah diwujudkan di Malaysia. Selain itu, Maybank mempunyai pelbagai
skim pinjaman
perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Dipercayai sebagai inisiatif terbesar yang pernah dikendalikan oleh sebuah firma
tempatan di
peringkat global, Maybank mengumumkan kerjasama bersepadu dengan Jabatan Perhilitan
untuk
memberi pendedahan kepada awam dan menyokong usaha pemuliharaan harimau. Selain
itu,
bersempena dengan bulan kemerdekaan setiap tahun, Yayasan Maybank dan Kementerian
Multimedia
dan Komunikasi bersama menganjurkan pertandingan menulis rencana berjudul
�Membentuk Negara:
Hak dan Tanggungjawab Kita sebagai Warganegara�, bertujuan untuk memupuk semangat
patrotik
dan bersatu hati di kalangan semua rakyat Malaysia. Selain itu, di bawah program
Kembali ke
Sekolah, lebih RM470,000 telah diagihkan kepada lebih 1,100 warga Maybank yang
mempunyai
anak-anak masih bersekolah termasuk mereka di sekolah berasrama dan institusi
pengajian tinggi.
Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak-anak Kakitangan Kumpulan Maybank, sebanyak
RM257,000 dihadiahkan juga kepada anak kakitangan yang mencapai kecemerlangan
akademik di
dalam peperiksaan awam.

Projek �Let�s SWITCH! with Maybank� adalah satu lagi inisiatif Maybank yang memberi
tumpuan
kepada isu pemuliharaan alam sekitar. Program ini menyediakan lampu mentol jimat
tenaga percuma
untuk keluarga berpendapatan rendah yang membolehkan mereka mengurangkan penggunaan
tenaga
dan membantu mengurangkan bil-bil utiliti mereka. Syarikat juga perihatin dalam
menangani kemelut
iklim dan kekurangan sumber serta peralihan kepada ekonomi berkarbon rendah.
Maybank telah
mengkaji impak karbon dengan teliti dan komited untuk mematuhi piawaian dan garis
panduan Indeks
Bangunan Hijau (GBI) di Menara Maybank dan semua cawangan-cawangan di seluruh
dunia.
Komitmen mereka dalam mengurangkan pelepasan karbon dapat dilihat melalui
penyertaan dalam
Projek Pendedahan Karbon (CDP) iaitu satu piawaian global yang menunjukkan tahap
usaha
mengurangkan perubahan iklim oleh sesebuah syarikat.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

i.Terangkan dua strategi yang digunakan oleh Maybank untuk memasuki pasaran
antarabangsa.

[10]

ii.Terangkan pihak-pihak yang berkepentingan kepada Maybank dan tanggungjawab


sosial

syarikat kepada pihak berkepentingan tersebut. [20]

Jawab satu soalan sahaja.

12. Jelaskan hak-hak pengguna bagi pengguna barangan elektrik. [20]


13. Huraikan lima ciri orang yang efektif menurut Stephen Covey. [20]
Skema Jawapan

Bahagian A

1. Berikan perbezaan di antara usahawan dengan peniaga dari aspek matlamat,


aktiviti dan
risiko. [6]

Aspek

Usahawan

Peniaga

matlamat

Seseorang yang inginkan kebebasan


untuk merebut peluang-peluang
perniagaan dan menghasilkan ciptaan
baru (inovasi) di samping untuk
mendapatkan keuntungan.

Seseorang yang menjalankan aktiviti


jualbeli barang dan perkhidmatan
untuk mendapatkan keuntungan

aktivti

Menjalankan tugas-tugas pengurus


selain semua aktiviti perniagaan yang
dijalankan.

Menjalankan aktiviti perniagaan tanpa


mementingkan fungsi/kerja
pengurusan yang sistematik.

risiko

Mengambil risiko yang sederhana dan


terhitung.

Mengambil risiko yang rendah.

2. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan modal ekuiti. [3]


Modal ekuiti ialah:

. Modal yang diperoleh daripada pemilik perniagaan


. Pemilik perniagaan boleh memilih untuk menjual ekuiti syarikat dalam bentuk saham
kepada
para pelabur
. Contoh: modal pemilik, keluarga dan kenalan, pelabur tidak formal serta
pendapatan tertahan
yang dilaburkan semula ke dalam perniagaan.

3. Lima kelebihan yang diperoleh oleh usahawan apabila mengambilalih perniagaan


ialah:[5]

- Pekerja mahir sedia ada


- Perniagaan yang teguh dan mantap
- Pasaran sedia ada sebab sudah ada pelanggan
- Lokasi perniagaan yang strategik
- Hubungan luar sedia terjalin dengan pihak bank, kerajaan dan pembekal
- Mempunyai rekod perniagaan yang telah terbukti
- Boleh menikmati harga pembelian yang rendah
- Mempunyai modal dalam bentuk aset sedia ada dan kos pemasaran dapat dikurangkan
3. Huraikan dua elemen yang perlu ada dalam aspek pengeluaran bagi sebuah rancangan

perniagaan. [4]

Dua elemen yang perlu ada dalam rancangan pengeluaran bagi sesebuah rancangan
perniagan

Barang/perkhidmatan

. Rancangan pengeluaran menyatakan bentuk pengeluaran sama ada dalam bentuk


fizikal,
mekanikal atau kimia
. Rancangan pengeluaran menghuraikan penggunaan sebagai barangan siap atau barangan

separa siap bagi input utk perusahaan lain


. Rancangan pengeluaran memberi gambartan terhadap produk yang dikeluarkan dengan
membuat lakaran mengikut skala yang munasabah

Lokasi

. Memilih lokasi yang strategik jenis perniagaan yang dijalankan


. Lokasi yang strtegik berdasarkan faktor terdapat prasarana berdekatan dengan
sumber bahan
mentah dan mudah mendapat tenaga pekrja yang sesuai dari segi kuntiti dan kualiti
. Tapak projek/kesesuaian/pelan lokasi kilang
. Susun atur ruang operasi
. Mesin dan peralatan yang digunakan
. Proses pengeluaran
. Carta aliran operasi
. Penggunaan bahan mentah
. Stok simpanan bahan mentah bulanan@tahunan
. Jadual perlaksanaan projek
. Premis perniagaan dibeli/disewa/dipajak
4. Huraikan rancangan perniagaan bagi perniagaan permainan kanak-kanak yang
dikeluarkan
oleh Syarikat Toys dari aspek berikut:
i. Produk
ii. Sasaran pasaran
iii. Persaingan [6]

Rancangan perniagaan bagi perniagaan permainan kanak-kanak yang dikeluarkan oleh


Syarikat Toys
dalam aspek berikut:[6]

i. produk
. Rancangan perniagaan yang ditetapkan dalam aspek produk ialah menyatakan ciri-
ciri produk
permainan kanak-kanak
. Seperti jenama produk permainan kanak-kanak saiz produk permainan kanak-kanak dan
paten
produk permainan kanak-kanak yang dikeluarkan oleh syarikat Toys

ii. sasaran pasaran

. Usahawan perlu menyatakan dengan jelas dalam rancangan perniagaan lokasi,


strategi
pemasaran dan pengguna produk
. Syarikat Toys perlu menghuraikan lokasi, strategi pemasaran dan pengguna produk
. Syarikat Toys perlu menghuraikan lokasi yang sesuai wujudnya permintaan barangan
permainan kanak-kanak seperti lokasi banyak menyedikan perkhidmatan penjagaan
kanak-
kanak, populasi penduduk yang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak
kecil

iii. persaingan

. Dalam rancangan perniagaan, usahawan perlu mengenalpasti siapa sebenar pesaing,


bilangan
pesaing dan lokasi pesaing dalam sesuatu pasaran
. Syarikat Toys perlu membuat analisis persaingan berkaitan dengan pengeluaran
produk
permainan yang lain,lokasi kilang dan pasaran produk

6. Perniagaan global merujuk pada syarikat yang beroperasi di pelbagai tempat


merentasi
sempadan negara masing-masing. Senaraikan empat tujuan perniagaan tahap global
dilakukan. [4]

Empat tujuan perniagaan tahap global dilakukan. Ialah bagi memenuhi keperluan:

. mengimport keluaran pada harga yang lebih rendah [1]


. mengimport keluaran yang lebih berkualiti [1]
. meningkatkan eksport sebagai salah satu cara untuk meluaskan pasaran. [1]
. meningkatkan eksport bagi memperbaiki kadar pertukaran asing dan mengurangkan
defisit
dagangan negara [1]

7. Tiga dokumen penghantaran yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa ialah: [6]

. Surat pengesahan penghantaran laut (bill of lading)


. Satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat perkapalan untuk dihantar
kepada penerima yang dinyatakan dalam dokumen itu
. Dokumen ini diperlukan apabila penghataran barang dibuat melalui kapal
. Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang-barang atas kapal yang dikeluarkan
oleh syarikat perkapalan/ejennya
. surat pengesahan penghantaran udara( airway bill)
- satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat penerbangan untuk
dihantar kepada
penama yang dinyatkan dalam dokumen itu
- dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang dibuat melalui kapal terbang
- bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang-barang atas kapal terbang yang
dikeluarkan
oleh syarikat penerbangan
. Sijil pengesahan tempat asal (certificate of origin)
- Satu pengakuan yang ditandatangani oleh pengeksport dan disahkan oleh pegawai
jabatan
perdagangan dari negara pengeskport bahawa barang itu dibuat di negara pengeksport
- Ia diperlukan oleh pihak kastam negara pengimport untuk memberi tariff
keistimewaan atau
mengenakan kuota terhadap barangan import.
8. Huraikan tiga kaedah bukan tarif yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk
melindungi
pasaran domestik. [6]

Dua kaedah bukan tarif yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk melindungi
pasaran
domestik ialah

. Kuota

Tindakan kerajaan menghadkan jumlah kemasukan produk atau perkhidmatan yang


diimport dalam bentuk kuantitatif untuk melindungi industry yang sama di pasaran
tempatan.

. Embargo

Tindakan memberhentikan atau tidak membenarkan sebarang usaha perdagangan


dijalankan dengan negara asing akibat dari ketidakpuasan dasar, peraturan dan
politik.

. Anti Lambakan

Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan (1993) yang mengawal kemasukan produk
dan perkhidmatan secara lambakan yang menyebabkan produk tempatan tidak dapat
bersaing.

. Subsidi

Satu bantuan kewangan kepada industri tempatan untuk mengurangkan harga barangan
tempatan berbanding barang import supaya dapat bersaing dengan industri luar.

9. Huraikan dua peranan Persatuan Pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil
Halal di
restoren tempatan. [4]
Dua peranan persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal di
restoran
tempatan ialah :

- Menyiasat dan membuat kajian

Persatuan pengguna akan menerima laporan daripada pengguna berkaitan keraguan sijil

halal di restoran tempatan.

- Melindungi pengguna

Persatuan pengguna akan berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengadakan


pemantauan atau serbuan ke premis makanan yang menyalahgunakan sijil halal (H/C)

10. Huraikan golongan warga korporat dalam sesebuah perniagaan. [6]


1. Pemegang saham
- Pelabur yang menyumbangkan modal untuk membiayai aktiviti-aktiviti perniagaan
2. Lembaga pengarah
- Mereka yang dilantik oleh pemegang saham dan bertanggungjawab menentukan dasar
dan hala tuju syarikat
3. Pihak pengurusan syarikat/pengurus syarikat
- Golongan professional yang bertanggungjawab untuk menjalankan fungsi pengurusan
dalam usaha untuk mencapai matlamat perniagaan yang telah ditetapkan.

Bahagian B [50 markah]

(a)

Strategi-strategi yang digunakan oleh untuk memasuki pasaran antarabangsa ialah :

1) Subsidiari (1m)

Strategi ini merujuk kepada kaedah dimana sesebuah syarikat dipunyai oleh
syarikat lain melalui pemegangan sahamnya. (1 m)

Boleh dilaksanakan melalui pelaburan langsung bagi syarikat baru atau


pembelian ekuiti bagi syarikat sedia ada. (1 m)

Perkaitan Kes :

1. �telah mengoperasikan 22 buah cawangan baru di seluruh


Singapura�(1m)
2. �mengambil alih kepentingan dalam PT Bank Internasional, An Binh
bank di Vietnam dan MCB Bank Ltd di Pakistan� (1m) atau � menguasai
saham kepentingan dalam PNB-Republik Bank di Filipina� (1m)
2) Usahasama

Dua atau lebih perniagaan bersetuju untuk bergabung bagi sama-sama


menembusi pasaran antarabangsa atau membentuk entiti perniagaan baharu.
(1 m)

Syarikat-syarikat ini akan berkongsi bersama modal, risiko, kepakaran dan


untung berdasarkan jumlah modal yang dilaburkan. (1 m)

Perkaitan kes :

1. �mengukuhkan hasil gabungan Maybank dengan Hua Xia Bank di rantau


ini�(1 m)
2. �Maybank dan Fortis International NV, bekerjasama menubuhkan
Maybank Fortis Holdings untuk menawarkan perkhidmatan insurans dan
hartanah global � (1 m)

(b)

Pihak-pihak yang berkepentingan kepada Maybank dan tanggungjawab sosial


syarikat kepada pihak ini ialah :

1) Pelanggan (1 m)

Tanggungjawab sosial Maybank

Menghasilkan keluaran yang memberi faedah kepada pelanggan (1 m)

Mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti. (1 m)

Perkaitan kes :

1) �perkhidmatan rangkaian kewangan paling meluas di Malaysia dan


perkhidmatan perbankan mudah alih di kawasan pedalaman� (1 m)
2) �menyediakan rangkaian kewangan paling meluas di Malaysia dan
perkhidmatan perbankan mudah alih di kawasan pedalaman�(1 m)
3) �16 cawangan mesra orang kurang upaya telah diwujudkan di Malaysia�
(1 m)
4) �Selain itu, Maybank mempunyai pelbagai skim pinjaman perumahan
untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana� (1 m)

2) Pekerja (1 m)

Tanggungjawab sosial Maybank


Menyediakan bantuan dan menjaga kebajikan sosial pekerja. (1 m)

Bersikap adil dalam pemberian bantuan, latihan dan kebajikan. (1 m)

Perkaitan kes :

1) Program Kembali ke Sekolah, lebih RM470,000 telah diagihkan kepada


lebih 1,100 warga Maybank yang mempunyai anak-anak masih
bersekolah termasuk mereka di sekolah berasrama dan institusi pengajian
tinggi.
2) Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak-anak Kakitangan Kumpulan
Maybank, sebanyak RM257,000 dihadiahkan juga kepada anak
kakitangan yang mencapai kecemerlangan akademik di dalam
peperiksaan awam.

3) Kerajaan (1 m)

Tanggungjawab sosial Maybank

Menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. (1 m)

Membantu melaksanakan dasar-dasar kerajaan dalam pelbagai bidang. (1 m)

Perkaitan Kes :

1) �kerjasama bersepadu dengan Jabatan Perhilitan untuk memberi


pendedahan kepada awam dan menyokong usaha pemuliharaan harimau�
(1 m)
2) �Yayasan Maybank dan Kementerian Multimedia dan Komunikasi
bersama menganjurkan pertandingan menulis rencana bertujuan untuk
memupuk semangat patrotik dan bersatu hati di kalangan semua rakyat
Malaysia� (1 m)

4) Masyarakat (1 m)

Memberi sumbangan kepada masyarakat serta memastikan aktiviti


perniagaan tidak memudaratkan alam sekitar. (1 m)

Mempertimbangkan isu sosial apabila membuat keputusan aktiviti


perniagaan. (1 m)

Perkaitan kes :

1) �menyediakan lampu mentol jimat tenaga percuma untuk keluarga


berpendapatan rendah yang membolehkan mereka mengurangkan
penggunaan tenaga dan membantu mengurangkan bil-bil utiliti mereka�
(1 m)
2) �mengkaji impak karbon dengan teliti dan komited untuk mematuhi
piawaian dan garis panduan Indeks Bangunan Hijau (GBI) di Menara
Maybank dan semua cawangan-cawangan di seluruh dunia�(1 m)
3) �penyertaan dalam Projek Pendedahan Karbon (CDP) iaitu satu piawaian
global yang menunjukkan tahap usaha mengurangkan perubahan iklim
oleh sesebuah syarikat�(1 m)
12.Hak-hak pengguna barangan elektrik ialah: [20]
. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
- Pengguna berhak mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang
memuaskan
- Keperluan asas ini termasuklah makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian,
perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan dan sebagainya
- Contoh:
. Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
- Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan
perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan
- contoh
. Hak untuk mendapatkan maklumat
- Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan
mereka membuat pilihan yang tepat
- Pengguna dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau
mengelirukan
- contoh
. Hak untuk membuat pilihan
- Pengguna berhak untuk memilih pelbagai barang dan perkhidmatan yang ditawarkan
pada
harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan
- contoh
. Hak untuk menyuarakan pendapat
- Penguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat
pertimbagan yang sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan serta
dalam
pembangunan barang dan perkhidmatan oleh pengeluar
- contoh
. Hak untuk mendapat ganti rugi
- Pengguna berhak mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian
barang yang mempunyai perihal dagangan yang tidak mengeliarukan, kurang bermutu
atau
perkhidmatan yang tidak memuaskan.
- contoh
. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
- Pengguna berhak mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi
membolehkan
mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian varang dan perkhidmatan serta
mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna
. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
- Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan
tidak
berbahaya kepada generasi masa kini dan akan datang
- contoh

13.Huraikan lima ciri orang yang efektif menurut Stephen Covey. [20]

Bersikap proaktif

. Seseorang individu yang proaktif ialah individu yang berinisiatif tinggi dan
bertanggungjawab terhadap kehidupannya. Individu ini akan bertindak tanpa menunggu
arahan daripada ketua untuk memulakan sesuatu kerja
. Individu ini juga akan sentiasa berusaha mencari idea-idea baharu yang bernas
untuk
membaiki keadaan sedia ada dengan membetulkan sebarang masalah kekurangan yang
timbul
. Sentiasa yakin akan keupayaannya untuk menangani segala perubahan yang berlaku di

sekilingnya kerana percaya bahawa seseorang yang berusaha kuat akan berjaya dalam
bidang
yang diceburi
. Individu yang bersikap proaktif akan mengambil peluang terhadap perubahan
persekitaran
yang berlaku dengan cepat dan pantas
. Individu tersebut akan bertindak secara proaktif dan tidak menunggu masa yang
lama
sehingga pihak lain merebut peluang tersebut

Berorientasikan matlamat

. Seseorang individu yang efektif akan menentukan matlamat terlebih dahulu dalam
segala
tindakan yang dirancang
. Matlamat menunjukkan hala tuju yang harus diikuti dalam usaha menyempurnakan
sesuatu
kerja
. Segala aktiviti yang dijalankan hendaklah kearah pencapaian matlamat yang
ditetapkan dan
dimaklumkan kepada semua yang terlibat
. Semua individu perlu mengetahui keutamaan tugas masing-masing dan memastikan
semua
tugas disiapkan pada masa yang ditetapkan
. Untuk memudahkan pelaksanaan kerja, semua tugas perlu disusun mengikut
kepentingaan ,
kerja penting perlu diselesaikan dengan segera

Lakukan perkara utama dahulu

. Seseorang individu yang efektif mesti menyenaraikan aktiviti mengikut keutamaan


iaitu
melakukan perkara yang amat penting dahulu. Faktor ini berkait rapat dengan
pengurusan
masa yang berkesan
. Perlu menyediakan senarai semak bagi setiap tugas, bila tugas perlu disediakan
dan kepada
siapa laporan perlu dibuat
. Individu itu akan menyempurnakan kerja atau tugas yang penting dengan segera
mengikut
jadual masa yang ditetapkan
. Seseoraang individu perlu mengklasifikasikan tugas mengikut keutamaan supaya
tidak
terlepas peluang atau melakukan kerja pada saat-saat akhir
. Pengurusan masa harus dibuat dengan baik supaya masa tidak terbuang dengan kerja
yang
tidak berfaedah. Semua tugasan akan disusun mengikut keutamaan dari segi waktu dan
kepentingannya

Berfikiran menang-menang

. Seseorang individu yang efektif akan membuat sesuatu keputusan yang boleh memberi

kebaikan atau manfaat kepada semua pihak


. Individu ini percaya dalam sebarang proses perundingan atau penyelesaian masalah,
tidak
semestinya ada pihak yang akan menerima kekalahan
. Sebarang perundingan atau perjanjian harus dibuat dengan niat untuk mendatangkan
kebaikan
kepada kedua-dua belah pihak dan mewujudkan penyelesaian yang positif, adil dan
tidak
berat sebelah

Cuba memahami dahulu, dan kemudian cuba untuk difahami

. Individu yang efektif akan cuba untuk memahami sesuatu isu


. Seseorang individu itu mestilah mendengar dengan baik, merasai masalah orang lain
serta
bertimbang rasa, mampu berkomunikasi dengan efektif, mampu membuatkan orang lain
faham, berempati dan sentiasa berfikiran positif

Bersinergi

. Individu yang efektif akan merebut segala peluang yang wujud di dalam dan luar
organisasi.
Setiap kelemahan akan diubah kepada kekuatan dan ancaman dijadikan peluang
. Seseorang individu juga menghargai perbezaan pendapat, idea, kebolehan dan
pengalaman
orang lain
. Kesemua perbezaa ini dilihat dengan positif dan menanganinya dengan bijaksana
supaya
perbezaan yang wujud akan dibentuk kepada perkara yang mendatangkan faedah kepada
organisasi

Tajamkan gergaji

. Individu yang efektif akan sentiasa bersedia meningkatkan kemahiran kendiri dan
melalukan
pembaharuan pada diri sendiri
. Sentiasa berusaha memperbaharui dan mempertingkatkan keupayaan dalam aspek
jasmani,
emosi, rohani dan intelek
. Seseorang individu boleh meningkatkan pengetahuan dalam bidang tertentu melalui
kursus ,
seminar, ceramah dan sebagainya
. Ilmu baharu yang diperoleh melalui pembelajaran ini akan meningkatkan
keupayaannya
untuk mengurus organisasi dan mampu berdaya saing

Anieisma@2018@penggal3@2018

You might also like