You are on page 1of 9

HOT! SOALAN RAMALAN PP PENGGAL 1 2012: BAHAGIAN A 1 (a) Jelaskan tiga peranan perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara.

Peranan Perniagaan kepada Ekonomi 1. 2. 3. 4. 5. Perniagaan berperanan untuk meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai perniagaan.[1] Kewujudan perniagaan mengurangkan kadar pengangguran dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.[1] Perniagaan berperanan mengurangkan inflasi dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang cukup. Perniagaan berperanan membangunkan industri hiliran & huluan serta industri sampingan Perniagaan mewujudkan penempatan baru/bandar-bandar baru di mana aktiviti perniagaan akan menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat. Kewujudan perniagaan membolehkan penggunaan sumber bahan mentah negara dengan berkesan dan optima. Perniagaan menstabilkan ekonomi negara. [Mana-mana 4 Peranan x1m=4m] (b) Jelaskan maksud perniagaan berasaskan pengeluaran barangan industri, dan berikan contoh. Maksud perniagaan berasaskan barangan industri ialah : perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan/keluarannya kepada syarikat lain barangan tersebut diproses seterusnya ( proses tambah nilai/tranformasi) untuk menghasilkan produk. Contoh: Papan yang dihasilkan dibeli oleh kilang perabot untuk diproses mengahsilkan produk seperti perabot, pintu dan sebagainya. (c) Jelaskan ciri-ciri susun atur tetap. Susun atur tetap Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di manasemua input pengeluaran seperti bahan mentah/tenaga kerja/mesin/peralatan, dibawa ke lokasi tersebut. ii) Proses pengeluaran kekal/tetap di satu lokasi sehingga produk tersebut siap. iii) Susun atur seperti ini lazimnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai ciri-ciri berikut: produk yang berat, besar, mudah pecah, digunakan di lokasi berkenaan. i) Contoh: Pembinaan-pembinaan rumah, kapal laut, lebuh raya, jambatan, empangan, kapal terbang. [4] [6]

6. 7.

[4]

(d) Jelaskan kebaikan dan keburukan pelan persampelan berbanding pemeriksaan menyeluruh. Kebaikan dan keburukan persampelan berbanding pemeriksaan menyeluruh: Kebaikan Lebih jimat, Kurang kerosakan pada barangan, Kurang operator pemeriksaan, Kerja pemeriksaan daripada butir-demi-butir kepada lotdemi-lot lebih mudah dan mencabar. Keburukan Risiko menerima barangan yang buruk dan risiko meolak barangan yang baik, Memakan masa, Maklumat tentang barangan kurang. Jelaskan konsep pendekatan pemasaran kemasyarakatan.

[6]

(e)

[4]

1. Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat. 2. Isu kemasyarakatan yang menjadi fokus/ditiktikberatkan ialah-isu persekitaran, masalah sumber terhad, kemiskinandll. 3. Tanggungjawab pemasar-mengimbangan matlamat organisasi jangka pendek dengan kebajikan pengguna/masyarakat dalam jangka panjang. 4. Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangkamasa panjang. 5. Apa yang jelas, eksekutif pemasaran mestilah bertindak dengan cara yang lebih berkesan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat jika mereka mahu berjaya dan syarikat mereka terus hidup. Contoh biasiswa yang diberikan oleh syarikat Petronas kepada mereka yang berkelayakan merupakan salah satu sumbangan mereka di dalam menjaga kebajikan masyarakat. [maksima 4m] (f) Jelaskan tiga perbezaan antara produk ketara dengan produk tidak ketara. ASPEK Bentuk PRODUK TIDAK KETARA Berbentuk Produk berbentuk fizikal/barangan-boleh bukan fizikal- /tidak dilihat/disentuh/ ada boleh disentuh/tiada rekabentuk[1] rekabantuk/tidak boleh dilihat.[1] Kereta, Bas, Perkhidmatan bas, Bangunan hospital, perkhidmatan makanan dll perubatan hospital dll Produk dikeluarkan di Pengeluaran dan tempat perngeluaran, penjualan dilakukan dan dijual secara serentak/aktiviti yang PRODUK KETARA

[6]

Contoh

Proses pengeluaran

berasingan kepada mendatangkan faedah pengguna Hakcipta Ada hak cipta dan Tiada hak cipta dan paten boleh ditiru Atribut/sifat Ada label, tanda Tiada label, tiada ciriharga, ciri-ciri nyata ciri nyata Huraikan (g) tiga peranan seorang pengurus kewangan. Peranan Pengurus Kewangan : i. Membuat analisis dan perancangan kewangan: menganalisis data-data kewangan menganalisis jangkaan tren aliran kewangan masa hadapan membuat perancangan tindakan yang betul membuat ramalan keuntungan masa hadapan ii. Mengurus sumber dana secara berkesan. menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik menentukan kombinasi pembiayaan yang terbaik menggunakan sumber dengan berkesan bagi memperolehi pulangan yang baik kombinasi pelaburan yang terbaik : berisiko tinggi dan rendah

[6]

iii. Mengurus kecairan dan keberuntungan syarikat. Menentukan nisbah kecairan yang sesuai Keperluan membuat pelaburan jangka pendek dengan keperluan memegang tunai aset cair Menentukan keuntungan yang diperlukan Pelaburan risiko tinggi : untung tinggi; pelaburan risiko rendah; untung kecil

(h) Huraikan dua pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan sesebuah perniagaan. Pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan: 1. Pemilik/pemegang saham[1]- Penyata kewangan disediakan untuk pemilik / pemegang saham bagi memastikan pelaburan mereka digunakan sebaik mungkin. [1] 2. Pelabur/bakal pelabur[1]-untuk mengetahui pencapaian syarikat, pelabur akan mengekalkan pegangan saham syarikat yang berprestasi baik manakala bakal pelabur akan cuba untuk mendapatkan saham syarikat berkenaan.[1] 3. Pihak pengurusan-menilai prestasi pihak pengurusan, belanjawan digunakan sebagai asas perbandingan dalam sistem kawalan syarikat. 4. Pemiutang/bank/pembekal-Merupakan komponen penting dalam analisis kredit 5. Agensi kerajaan-asas pengiraan cukai 6. Kesatuan sekerja-asas kepada tuntutan kesatuan sekerja untuk mendapatkan

[4]

bonus, kenaikan gaji & sebagainya. [Mana-mana 2 pihak yang pertama x 2m=4m] (i) Jelaskan cabaran globalisasi yang wujud dalam aktiviti pengurusan sumber manusia. Cabaran Globalisasi: Mobiliti pekerja : pekerja mudah berpindah dari merentasi sempadan negara Perubahan teknologi juga menyemerlukan pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya Perlu menyediakan peraturan dan undang-undang bagi mengatasi cabaran globalisasi. Ganjaran yang kompetatif bagi menarik dan mengekalkan tanaga kerja. (j) Jelaskan tiga kaedah pengrekrutan sumber dalaman: Pameran kerja : mengumumkan kekosongan jawatan kepada semua pekerja di dalam organisasi pada papan notis, buletin, e-mel dan majalah organisasi. Pembidaan kerja : membenarkan pekerja memohon pada bila-bila masa jika terdapat kekosongan jawatan. Rujukan pekerja : mengadakan perbincangan tidak rasmi di antara pengurus-pengurus jabatan. Inventori kemahiran tenaga kerja: mendapatkan maklumat pekerja berkaitan dengan kemahiran, pengalaman, latihan yang disertai dan latar belakang daripada sistem maklumat staf. [6]

[4]

KAJIAN KES MODULAR : KAEDAH MENJAWAB SOALAN Ditulis oleh: Cikgu aZLy Monday, October 8, 2012 CONTOH SOALAN KAJIAN KES Bahagian B [50 markah] 2 (a) Nestle' Group telah diasaskan oleh Hendri Nestle pada tahun 1866 di Switzeland merupakan syarikat yang mengeluarkan produk makanan dan minuman. Di Malaysia Nestle memulakan operasi di Malaysia sejak tahun 1912 dengan kilang pertamanya di Petaling Jaya, Selangor. Kini terdapat 7 buah pusat pembuatan utama di Malaysia. Strategi pemasaran yang berkesan merupakan faktor utama kejayaan Nestle hingga ke hari ini. Menggunakan hampir 5000 orang tenaga kerja tempatan dalam semua aspek pengurusan dan operasi pengeluarannya. Nestle juga menggunkan khidmat petani secara kontrak sebagai pembekal bahan mentah kepada pengeluaranya. Pada tahun 2012 nestle telah memperuntukan sebanyak RM180 juta perbelanjaan

modal untuk menaikl taraf kemudahan termasuklah mesin dan peralatan pengeluaran. Produk pertama yang di keluarkan di Malaysia ialah Susu Pekat Manis Cap Junjung di ikuti dengan Milo, Maggi Mee, cili sos, dan sos tomato, makanan bijirin bayi . Selain itu Nestle juga mengeluarkan Koko Crunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Crunch Duo dan Milo Breakfast. Pelbagai jenis aiskrim turut dihasilakan seperti Mat Kool, Nestle Drumstick, Le Cremaria di samping coklat Kit Kat dan pelbagai jenis perisa yoghurt jenama Nestle. Nestle sentiasa menekankan khasiat terhadap produk yang dihasilkan seperti mengurangkan kandungan garam, gula, dan lemak. Semua 300 produk keluaran Nestle di Malaysia bagi kegunaan domestik dan untuk tujuan eksport adalah halal. Nestle tidak menaikkan harga produk yang ditawarkan walaupun harga komoditi meningkat demi mengekalkan kesetiaan pelanggan. Nestle juga sentiasa melakukan kajian mencari penyelesaian baru untuk tidak menaikkan harga melalui Nestle Continuing Excellence Initiatives(NCEI). Nestle memperkenalkan Good Food, Good Life sebagai slogan untuk menarik minat pelanggan menggunakan produk yang ditawarkan. Di samping itu, Nestle memili ki 22 van milo yang digunakan sebagai medium promosi ke seluruh negara terutamanya pada karnival ataupun kejohanan sukan di sekolah-sekolah. Kaedah promosi melalui media elektronik seperti laman web, blog, television, radio dan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah turut digunakan. Produk Nestle ini boleh didapati di pasar raya besar seperti Tesco dan Giant sehinggalah ke kedaikedai runcit di seluruh Malaysia. OSK research meramalkan jumlah pendapatan Nestle untuk tahun 2012 sebanyak RM 504.9 juta dan RM553.1 juta untuk tahun kewangan 2013. [sumber : Star Biz 27/4/2012. Malaysia Budiness 16/3/2012. Utusan Malaysia 27/4/2012] Berdasarkan kes di atas: i. Berapakah usia syarikat Nestle di Malaysia pada tahun 2012. [2] ii. Jelaskan faktor pengeluaran yang terlibat dalam syarikat Nestle. [12] iii. Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat Nestle untuk meluaskan pasarannya. [16] iv. Huraikan lini produk syarikat nestle daripada aspek kelebaran dan kedalaman produk. [8] PANDUAN MENJAWAB: SOALAN 1 i. Berapakah usia syarikat Nestle di Malaysia pada tahun 2012. [2] KENALPASTI BILAKAH NESTLE' KALI PERTAMA MEMASUKI NEGARA MALAYSIA JAWAPAN : PERENGGAN 1 BARIS 2 [P1B3] CARA JAWAB: Penubuhan kilang pertama di Petaling Jaya pada tahun 1912.[1]

Pada tahun 2012 Nestle genap 100 tahun penubuhannya di Malaysia. [1] [Jumlah maksima 2m]

SOALAN 2 ii. Jelaskan faktor pengeluaran yang terlibat dalam syarikat Nestle. [12] CALON PERLU MENGENALPASTI/MENGINGATI BAHAWA TERDAPAT 5 FAKTOR PENGELUARAN YANG PERLU BAGI SESEBUAH PERNIAGAAN UNTUK BEROPERASI DENGAN LANCAR IAITU: 1. BAHAN MENTAH 2. MODAL INSAN 3. MODAL 4. KEUSAHAWANAN 5. TEKNOLOGI JADI, BAGI SETIAP FAKTOR, CALON PERLU MENGENALPASTI APAKAH FAKTOR2 PENGELUARAN YANG WUJUD BAGI KAJIAN KES NESTLE TERSEBUT BAGI PEMBUKTIANBAHAWA FAKTOR TERSEBUT TERDAPAT DALAM KES. CARA JAWAB:

Faktor

pengeluaran

yang

terlibat

1. Bahan mentah [1]-sebagai input utama pengeluaran[1] Bahan untuk pengeluaran milo/kit kat/ Koko crunch-koko[1] Tanah/lokasi kilang di Malaysia-kilang pertama di lembah kelang[1], kini mempunyai 7 buah kilang di Malaysia[1] Peralatan dan mesin-sebagai peralatan untuk pengeluaran. [1] [maksima 4m]

2. Modal insan [1]-tenaga kerja yang memberi sumbangan tenaga mental dan fizikal [1] 5000 buruh/pekerja tempatan[1] untuk semua aspek operasi pengeluaran dan pengurusan [1] Petani[1]- bekerja secara kontrak untuk membekal bahan mentah [1] [maksima 4m]

3. Modal [1]-Sumber kekayaan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.[1] RM180 juta perbelanjaan modal untuk menaikl taraf kemudahan termasuklah mesin dan peralatan pengeluaran. [1] Peruntukan kewangan/modal yang besar untuk membayar 5000 gaji pekerja[1]

Peruntukan kewangan/modal untuk membina kilang baharu/7 buah kilang sedia ada.[1] Peruntukan kewangan untuk lain-lain perbelanjaan modal seperti pembelian aset tetap perniagaan[1] Peruntukan kewangan/modal untuk perbelanjaan pemasaran. [1] [maksima 4m]

4. Keusahawanan[1]-Ciri-ciri keusahawanan yang wujud dalam diri pegusaha. [1] Usahawan yang berani menanggung risiko dan mampu mengembleng semua faktor pengeluaran untuk menjadikan Nestle sebuah syarikat yang berjaya di Malaysia selama 100 tahun. [1] Usahawan juga mempunyai daya usaha dan inisiatif yang tinggi untuk memastikan produk Nestle terkenal ke seluruh Malaysia dengan stretagi pemasaran yang bijak dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial seperti MILO percuma untuk hari sukan dan tidak pernah menaikkan harga produk Nestle walaupun harga bahan mentah sentiasa meningkat.[1] [maksima 4m] SOALAN 3: iii. Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat Nestle untuk meluaskan pasarannya. [16] CALON PERLU MENGETAHUI BAHAWA CAMPURAN PEMASARAN ADALAH TERDIRI DARIPADA 4P [PRODUCT, PRICE, PROMOTION DAN PLACE] DI MANA CALON PERLU MENGENALPASTI SEMUA STRATEGI2 YANG DIGUNAKAN OLEH NESTLE DALAM CAMPURAN PEMASARAN MEREKA. **SEMUA FAKTA TANPA PEMBUKTIAN HURAIAN KES = 0 MARKAH** CARA JAWAB: 1.Produk[1] Berasaskan makanan dan minuman.[1] Makanan dan minuman untuk semua peringkat[1] Contoh: Milo untuk seisi keluarga, Susu dan sos untuk bahan masakan, Koko Crunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Crunch Duo untuk sarapan pagi kanakkanak, bijirin untuk bayi, aiskrim untuk semua golongan.[1] Menekankan khasiat terhadap produk yang dihasilkan seperti mengurangkan kandungan garam, gula, dan lemak.[1] Semua produk keluaran Nestle adalah halal.[1] Produk dikeluarkan adalah untuk kegunaan domestik dan juga eksport.[1] [maksima 4m]

2. Harga[1]

Harga sentiasa rendah/tidak dinaikkan[1] bagi memastikan Nestle dapat menembusi dan menguasai syer pasaran domestik dan antarabangsa.[1] Nestle Continuing Excellence Initiatives (NCEI)[1] dilaksanakan bagi memastikan harga produk tidak dinaikkan walaupun harga komoditi/bahan mentah dinaikkan oleh pihak lain.[1] [maksima 4m] 3. Promosi[1] Nestle memperkenalkan Good Food, Good Life[1] sebagai slogan untuk menarik minat pelanggan menggunakan produk yang ditawarkan.[1] Kaedah promosi melalui media elektronik seperti laman web, blog, television, radio dan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah.[1] Promosi produk minuman Milo ke seluruh negara terutamanya pada karnival ataupun kejohanan sukan di sekolah-sekolah.[1] [maksima 4m]

4 . Pengedaran[1] Produk Nestle ini boleh didapati di pasar raya besar seperti Tesco dan Giant sehinggalah ke kedai-kedai runcit di seluruh Malaysia.[1] Nestle mempunyai 22 buah van milo sebagai pengangkutan untuk bergerak dan promosi ke seluruh negara.[1] Nestle diedarkan ke pasaran domestik dan antarabangsa. [1] [maksima 4m] SOALAN 4 iv. Huraikan lini produk syarikat nestle daripada aspek kelebaran dan kedalaman produk. [8] CALON PERLU MENGENALPASTI APAKAH MAKSUD LINI PRODUK, KELEBARAN DAN KEDALAMAN PRODUK SEBELUM MEREKA MEMBERIKAN FAKTA/HURAIAN DALAM FAKTA KES YANG TERLIBAT.. CARA JAWAB: Definisi Lini Produk: -Satu kumpulan produk yang mempunyai ciri-ciri, kegunaan dan pengguna yang sama dan diedarkan melalui kedai yang sama. Kelebaran produk Nestle

Bilangan barisan atau lini produk yang ditawarkan oleh Nestle kepada pengguna.[1] Nestle menawarkan pelbagai jenis produk seperti: 1.Minuman[1] 2.Bijirin bayi[1] 3.Aiskrim[1] 4.Sos[1] 5.Makanan untuk sarapan[1] Kedalaman(kepanjangan) produk Nestle Kepelbagaian atau bilangan item produk dalam satu lini/barisan produk.[1] Contoh: 1.Aiskrim- Mat Kool, Nestle Drumstick, Le Cremaria[1 2.Sos-tiram, cili, tomato[1] 3.Makanan untuk sarapan- mengeluarkan Koko Crunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Crunch Duo.[1] 4.Minuman-Milo, susu[1] [maksima 4m]

You might also like