You are on page 1of 8

NAMA MUHAMMAD NUR SHAQIMAN

NO. MATRIK B04SPP20F509

KELAS SPP 3

KOD & NAMA KURSUS SPP3083 PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

PENILAIAN TUGASAN 1

BIDANG 1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN


PEMBELAJARAN 2.0 PEMILIKAN PERNIAGAAN

ARAHAN :

Tugasan ini adalah tugasan INDIVIDU. Jawab semua soalan.

Soalan 1

i. Terangkan definisi perniagaan?


Perniagaan merupakan satu kegiatan yang sangat penting dalam sesebuah
masyarakat dan banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia. Sejak dahulu lagi,
perkembangan yang berlaku dalam masyarakat telah memperlihatkan kepada kita
pelbagai bentuk perniagaan iaitu dari perniagaan yang berbentuk pertukaran barangan
hinggalah kepada perniagaan antarabangsa. Sabri Hussin (2005), mentakrifkan
perniagaan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat
pertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah.

Perniagaan adalah satu Sebarang bentuk aktiviti yang dijalankan untuk memuaskan
keperluan dan kehendak pelanggan dengan menyediakan barangan dan perkhidmatan
yang melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.

ii. Terangkan objektif perniagaan.


a. Keuntungan :
Keuntungan merupakan matlamat utama semua jenis perniagaan yang beroperasi bagi
mendapatkan wang supaya perniagaan terus wujud dan dapat bersaing di pasaran. Ia
merupakan sejumlah wang hasil daripada pendapatan menjual barangan dan
perkhidmatan setelah ditolak kos pengeluaran, pemasaran, pentadbiran dan pengedaran
serta lain-lain kos yang terlibat

b. Kemandirian :
Kemandirian merupakan usaha perniagaan untuk memastikan perniagaannya terus
wujud dan kekal dalam pasaran atau persekitaran perniagaan. Sesebuah perniagaan
boleh mencapai kemandiriannya dengan memastikan pengguna sedar akan kewujudan
barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran dan terus membuat pembelian
dari masa ke masa. Oleh itu, peniaga akan cuba pikat pengguna melalui pelbagai
strategi pemasaran termasuk perletakan harga dan promosi yang dijalankan dengan
harapan dapat menarik perhatian pengguna. (Untuk berdaya maju serta penerusan
hidup perniagaan dan berkekalan.) .

c. Pertumbuhan :
Pertumbuhan merupakan perkembangan sesebuah perniagaan. Sesebuah perniagaan
akan berusaha untuk memastikan perniagaan yang dijalankan berkembang operasinya.
Ia boleh dicapai dengan cara perniagaan meluaskan pasarannya dengan cara membuat
agihan produk secara intensif, membentuk kesedaran dalam kalangan pengguna dan
meningkatkan minat pengguna dalam pasaran massa. (Untuk pertumbuhan perniagaan
dan ekonomi).

d. Tanggungjawab sosial :
Tanggungjawab sosial merujuk kepada aktiviti organisasi perniagaan untuk
mengimbangi komitmennya kepada kumpulan dan individu-individu dalam persekitaran
perniagaannya. Contoh tanggungjawab sosial perniagaan adalah kepada: Pekerja
(melibatkan gaji, cuti rehat, keselamatan, insurans),Pelabur (memaksimumkan pulangan
pelaburan), Perniagaan lain (Penghantaran tepat), Masyarakat (sumbangan, peluang
pekerjaan, produk yang bermutu dan selamat), dan pelanggan. Antara tanggungjawab
sosial yang perlu dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat.
Syarikat yang mempunyai nilai jenama yang baik hasil dari program tanggungjawab
sosialnya akan dipandang tinggi oleh masyarakat berbanding pesaingnya.

iii. Terangkan kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat.


a. Memenuhi keperluan masyarakat
Hasil daripada aktiviti-aktiviti perniagaan, iaitu urusan pembelian dan penjualan
barangan dan perkhidmatan para peniaga akan memperolehi keuntungan manakala
pihak pembeli dan pengguna pula memiliki barangan dan perkhidatan yang dapat
memenuhi keperluan dan kehandak mereka.

b. Menyediakan pekerjaan kepada masyarakat


Sebahagian besar masyarakat menyara kehidupan mereka melalui pekerjaan yang
diperolehi daripada sector perniagaan. Masyarakat boleh bekerja sebagai peniaga
atau sebagai pekerja dalam organisasi perniagaan.

c. Meningkatkan pembangunan ekonomi dan Negara


Dalam usaha untuk meyakinkan dan menarik pelaburan daripada pelabur-pelabur
sama ada pelabur-pelabur asing ataupun pelaur-pelabur tempatan, pihak berkuasa
akan cuba memperbaiki kemudahan asas atau infrastruktur seperti jalan raya,
bekalan air dan elektrik di sesebuah tempat.

d. Peluang global
Masyarakat yang berilmu perniagaan akan memudahkan Negara untuk menceburi
dalam perniagaan di peringkat antarabangsa atau global. Penguasaan ilmu
perniagaan membolehkan peniaga-peniaga negara kita bersaing terutamanya
dengan peniaga-peniaga dari negara-negara maju.

iv. Terangkan 5 faktor persekitaran dalaman yang mempengaruhi secara langsung aktiviti
sesebuah perniagaan.
1. Pihak pengurusan
Pihak pengurusan adalah pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan syarikat secara
langsung. Pengurus mempunyai tugas menyelaraskan dan mengawal kerja yang
dilakukan oleh orang bawahan untuk mencapai matlamat tertentu. Matlamat itu tidak
akan tercapai sekiranya dilakukan oleh pengurus secara bersendirian. Pihak pengurusan
terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif. Pihak
pengurusan menentukan hala tuju perniagaan, operasi perniagaan, perancangan
perniagaan dan keuntungan perniagaan.

2. Pembiaya
Merupakan pihak yang mengeluarkan dan membiayai modal sesebuah perniagaan
Biasanya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan sebagainya.
Pembiaya akan memastikan syarikat perniagaan yang ingin dibiayai mempunyai prestasi
yang baik dan berpotensi mendapat untung. Pembiaya mendapat keuntungan dengan
mengenakan kadar faedah tertentu kepada peniaga (peminjam)
3. Pekerja
Merupakan individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan aktiviti
syarikat dan diberi upah sebagai ganjaran. Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh
mahir dan tidak mahir.Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan syarikat
serta menggambarkan imej sesebuah perniagaan.Pekerja yang berkemahiran,
berpengetahuan dapat menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan.

4. Budaya
Berkaitan corak kepercayaan, jangkaan dan nilai yang dikongsi bersama ahli organisasi.
Perlunya budaya positif supaya suasana yang baik wujud dalam organisasi.

5. Kuasa
Kebebasan dalam berfikir, bertindak, dan berkuasa dalam membuat keputusan tanpa
melibatkan campur tangan orang lain Seseorang yang mementingkan status juga akan
berusaha meletakkan dirinya kem tahap yang lebih tinggi sehingga sanggup
menanggung risiko yang bakal dihadapi.

v. Jelaskan 5 faktor persekitaran luaran (umum) yang mempengaruhi perniagaan dan


bincangkan bagaimana setiap persekitaran tersebut mempengaruhi prestasi sesebuah
perniagaan.
1. Persekitaran makro (umum)
i. Politik
• Kestabilan politik dapat memberi peluang kepada pertumbuhan perniagaan.
• Ketidakstabilan politik akan menyebankan perniagaan sukar berkembang.

ii. Ekonomi
• Melibatkan jumlah barang dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan
digunakan dalam sesuatu ekonomi.
• Melibatkan peringkat antarabangsa nasional dan tempatan.
• Usahawan perlu meninjau, memantau meramal dan menilai situasi ekonomi semasa
memualkan perniagaan atau sedang berniaga.

iii. Sosiobudaya
• Faktor demografi seperti umur, bangsa, jantina, pendidikan, pendapatan dan lain-lain.
• Gaya hidup yang berubah dari masa ke masa contohnya keluarga yang suka keluar
makan di waktu malam dan kehadiran makanan segera
• Nilai-nilai sosial yang berubah seperti penjagaan kesihatan, kecantikan, hak-hak
pengguna, hak-hak wanita dan alam sekitar

iv. Teknologi
• Perkembangan teknologi komputer pada masa kini dapat menyimpan, memproses
dan memindahkan maklumat berhubung dengan individu, pelanggan, syarikat dan bank.
• Ianya melibatkan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.
• Teknologi baru dapat memberi kelebihan saingan kepada usahawan.

v. Persekitaran fizikal / semulajadi


• Bergantung kepada alam semulajadi, cuaca dan sumber.

Soalan 2

i. Senaraikan akta yang terlibat dalam kategori milikan perniagaan berikut :


(a) Milikan Tunggal
Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian yang dijalankan di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 (Akta 197).
(b) Perkongsian
Seksyen 3 Akta Perkongsian 1961, mentakrifkan perkongsian sebagai perhubungan
yang wujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi
mendapatkan keuntungan
(c) Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) adalah satu wadah perniagaan alternatif yang
dikawal selia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang menggabungkan
ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional.
(d) Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang
diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja
dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah


syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu,
Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di
Mahkamah, Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri,
Tertubuhnya sepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual
secession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

ii. Terangkan ciri-ciri perniagaan Perkongsian Tanpa Liabiliti (PLT).


 Memberi perlindungan liabiliti terhad kepada rakan-rakan kongsianya sama seperti
liability terhad yang dinikmati oleh pemegang saham sesebut syarikat.
 Memberi fleksibiliti peraturan perniagaan dalaman melalui pengaturan perkongsian
yang serupa dengan sesebuah perkongsian konvensional.
 Apa-apa hutang dan obligasi PLT akan ditanggung dan dibayar daripada harta
PLT tersebut dan bukan daripada harta rakan-rakan kongsianya.
 Mempunyai status undang-undang perbadanan pertubuhan yang boleh
menyeman dan disaman atas nama PLT itu sendiri, memiliki asset atas Namanya
dan melakukan semua perkara lain yang sah di didi undang-undang atas namanya
yang sama seperti sebuah perbadanan pertubuhan yang lain.
iii.
Sime Darby Bhd Kedai Kek Sue Ent.

Jelaskan perbezaan entiti perniagaan di atas dari segi ciri-ciri tersebut :


a. Jenis milikan
b. Penubuhan
c. Modal
d. Pembahagian keuntungan dan kerugian
(8 markah)

vi. Terangkan kebaikan dan kelemahan perniagaan perkongsian.


Kebaikan Perniagaan Perkongsian
 berkongsi kerja dan berkongsi modal.
 keputusan akan menjadi lebih baik melalui pandangan rakan kongsi.
 sumber kewangan yang lebih dari gabungan rakan kongsi.
 gabungan idea, pengetahuan, kemahiran, buah fikiran dan sumber-sumber daya yang lain.

Kelemahan Perniagaan Perkongsian


 Tindakan seseorang pekongsi boleh melibatkan semua pekongsi
 Modal masih terhad
 Kewujudan pekongsian tidak kekal
 Liabiliti adalah tidak terhad
 Mudah berlakunya perselisihan antara rakan kongsi
 Mudah berlaku salah guna kuasa

vii. Puan Raihana, Puan Salmi dan tiga lagi rakan mereka ingin membuka sebuah kedai
perabot atas nama Tred. Terangkan kepada Puan Raihana dan rakan-rakannya, proses
penubuhan milikan perniagaan tersebut.

1. Pemilik atau rakan kongsi hendaklah mendaftarkan perniagaan (pemilik


tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
2. Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred.
3. Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri (Bentuk Perniagaan:
Milikan Tunggal) seperti di kad pengenalan. (Contoh: Ali Bin Ahmad)
Nama Tred – Perniagaan yang menggunakan nama tred yang dicipta/direka bagi tujuan
komersial (Bentuk Perniagaan: Milikan Tunggal atau Perkongsian tidak melebihi dua puluh
(20) orang. (Contoh: Indah Maju Construction, Restoran Seri Nelayan, Nirmala Trading &
Services).
4. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui perkhidmatan Ezbiz Online. Sila
layari laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan maklumat
lanjut mengenai Fi, Panduan Pendaftaran Nama Perniagaan dan Panduan
Pendaftaran Perniagaan Baru

viii. Sekiranya Puan Raihana dan rakan-rakannya ingin menamatkan perniagaannya,


terangkan proses yang perlu di ambil.
Syarat-syarat mendaftarkan penamatan perniagaan
1. Dibawah peruntukan seksyen 5D, Akta Pendaftaran Perniagaan (APP 1956) sesuatu
perniagaan yang telah tamat/tidak menjalankan perniagaan hendaklah didaftarkan
penamatan dalam tempoh 30 hari kepada Pendaftar/SSM; dan
2. Jika sesuatu perniagaan tamat/tidak menjalankan perniagaan disebabkan kematian
hendaklah mendaftarkan penamatan tersebut dari tarikh kematian dalam tempoh empat
(4) bulan kepada Pendaftar/SSM.
Prosedur Pendaftaran Penamatan Perniagaan
3. Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di
ezbiz.ssm.com.my.Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih
dahulu, kemudian hadir sekali sahaja di pejabat SSM terdekat untuk pengesahan identiti
pemilik bagi tujuan keselamatan pengguna perkhidmatan Ezbiz Online. Sila rujuk Tatacara
Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz dan Tatacara Pengguna Ezbiz Mendaftar Penamatan
Perniagaan.
4. Perniagaan perkongsian sahaja, semua rakan kongsi akan menerima notis
pemakluman berkaitan pendaftaran penamatan yang dilakukan. Rakan kongsi perlu buat
mengesahan di portal Ezbiz Online. Selepas pengesahan dibuat oleh rakan kongsi, baru
pembayaran boleh dibuat (jika memohon maklumat perniagaan) dan dihantar untuk di
proses.
5. Merujuk kepada perkara 7, dimana jika ada rakan kongsi yang belum aktif sebagai
pengguna ID Ezbiz Online (sila rujuk perkara 5), Pendaftaran penamatan perniagaan yang
hendak didaftarkan tidak boleh dilakukan.
6. Fi Pendaftaran penamatan
 RM 0/tiada bayaran - Pendaftaran penamatan perniagaan
 RM 10 - Maklumat Perniagaan

Nota :
 Pelajar hendaklah menyertakan sumber rujukan (sekurang-kurangnya 4 sumber
rujukan).

...https://anzdoc.com › download › bab-i-pengenala...PDF

Flip eBook Pages 1-9https://anyflip.com › plzz › basic

isaothman.blogspot.com/2010/03/kelebihan-dan-keburukan-bentuk.html

You might also like