You are on page 1of 71

BAB 1-

PERNIAGAAN DAN
PERSEKITARAN
PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
1.1.1PERNIAGAAN DAN BUKAN  PERNIAGAAN
(A) MENTAKRIFKAN MAKSUD  PERNIAGAAN

• “Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan aktiviti penyediaan
barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak
pelanggan”.
• Perniagaan juga boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan pelbagai
aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barang dan perkhdmatan antara pihak penjual
dengan pembeli pada masa, harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan penjual.
• “Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai
tujuan masyarakat atau ahli mereka”.
ELEMEN ASAS PERNIAGAAN
1.Penjual dan Pembeli
•Penjual dan pembeli melakukan urusniaga di pasaran

2. Barangan dan perkhidmatan


•Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian dan sebagainya.
•Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti
perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya.
•Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan
manusia
2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
•Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti
tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya.
•Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup
seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya.
•Untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang
dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
3. Pertukaran nilai
•Pertukaran nilai merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan
kepada pelanggan.
•Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga
biasanya dalam nilai wang.
•Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.
4. Keuntungan perniagaan
•Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
•Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-
kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
•Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu
bersaing di pasaran.
MEMBANDINGKAN ORGANISASI YANG BERMOTIFKAN UNTUNG
(PERNIAGAAN) DENGAN ORGANISASI YANG TIDAK BERMOTIFKAN UNTUNG;

ASPEK ORGANISASI BERMOTIF ORGANISASI BUKAN


UNTUNG BERMOTIF UNTUNG
Tujuan dan Matlamat Matlamat utama ialah • Matlamat utama ialah
Kewangan keuntungan maksimum untuk meningkatkan kebajikan
kepentingan organisasi ahli/sosial/kepentingan bersama

Sumber Kewangan Sumber kewangan dari modal • Sumber kewangan dari  yuran ahli
sendiri dan keuntungan perniagaan dan sumbangan
masyarakat/tajaan/ derma/ swasta

Aktiviti Aktiviti utama ialah • Aktiviti utama bercorak


pengeluaran dan penjualan kemasyarakatan seperti kempen,
barang dan perkhidmatan kursus/ceramah dan lain lain
• Akta Penubuhan tertakluk kepada undang- Penubuhan tertakluk kepada Akta
undang perniagaan (Akta syarikat 1965, Pertubuhan 1966
perkongsian 1974,  Akta Koperasi 1948)
• Pendaftaran Pendaftar Syarikat Pendaftar Pertubuhan

• Bentuk Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Badan Bukan kerajaan, parti politik, kelab
Koperasi. dan persatuan.
1.2 PERNIAGAAN DAN UNTUNG
(C) MENJELASKAN KEPENTINGAN KEUNTUNGAN KEPADA
SESEBUAH  PERNIAGAAN
• KONSEP UNTUNG

Untung = Jumlah Hasil - Jumlah Kos


KEPENTINGAN UNTUNG KEPADA
PERNIAGAAN
• Keuntungan sebagai ganjaran kepada pengusaha dan pemilik perniagaan kerana sebab sanggup
menghadapi risiko dalam perniagaan.
• Keuntungan sebagai sumber modal kepada perniagaan untuk pembesaran perniaagan,
penerusan perniagaan atau survival dalam perniagaan.
• Keuntungan juga adalah sebagai lambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah syarikat.
• Keuntungan sebagai kayu ukur kejayaan dan petunjuk prestasi kejayaan sesebuah syarikat di
mana keuntungan menunjukkan pencapaian matlamat dan hala tuju syarikat.
• Keuntungan sebagai dorongan dan keyakinan kepada pelabur untuk mula dan terus melabur ke
dalam syarikat.
• Keuntungan akan meningkatkan motivasi pekerja dalam syarikat. Segala pemberian bonus
daripada keuntungan akan dapat meningkatkan semangat pekerja.
1.3PERANAN PERNIAGAAN
(D) MEMBINCANGKAN PERANAN  PERNIAGAAN TERHADAP PENGGUNA,
MASYARAKAT, EKONOMI, DAN NEGARA;
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA
PENGGUNA

Individu atau sesiapa yang menggunakan barang


Definisi Pengguna perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk
memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing
• Antara peranan perniagaan kepada pengguna ialah:
• Perniagaan perlu menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.
• Perniagaan perlu mengagihkan dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke
tangan pengguna pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan
tepat pada masa yang diperlukan.
• Perniagaan perlu menyediakan barangan yang berkualiti bernilai tinggi dan selamat digunakan
oleh pengguna.
• Perniagaan perlu memastikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa
cukup untuk menampung keperluan pengguna.
• Perniagaan perlu memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan perkhidmatan
kepada pengguna adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna.
• Perniagaan perlu menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna boleh
membuat pilihan yang bijak.
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA
MASYARAKAT

Kumpulan manusia yang hidup bersama di


Definisi Masyarakat sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan
kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
• Antara tanggungjawab dan peranan organisasi perniagaan kepada masyarakat
ialah:
• Kewujudan perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.
• Perniagaan berperanan untuk memenuhi cita rasa serta kehendak dan keperluan
masyarakat melalui menyediaan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan
selamat digunakan.
• Perniagaan berperanan membiayai projek pembangunan masyarakat seperti
penyediaan kemudahan awam dan lain-lain infrastruktur.
• Perniagaan berperanan menjalankan tanggungjawab sosial seperti pemuliharaan alam,
jamin persekitaran bersih, derma, tajaan untuk aktiviti kemasyarakatan
• Perniagaan berperanan menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatutan
• Perniagaan berperanan meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberi
pendapatan yang stabil agar masyarakat dapat menikmati kehidupan yang selesa 
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA
EKONOMI

Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial


yang mengkaji tentang individu dan masyarakat
dalam membuat pilihan yang cekap bagi
Definisi Ekonomi menggunakan sumber ekonomi yang terhad
seperti bahan mentah, modal insan, modal dan
keusahawanan dengan kehendak manusia yang
tidak terhad.
• Antara peranan dan sumbangan sesebuah perniagaan kepada ekonomi
sesebuah negara ialah:
• Perniagaan berperanan untuk meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran
cukai perniagaan.
• Kewujudan perniagaan mengurangkan kadar pengangguran dengan membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk.
• Perniagaan berperanan mengurangkan inflasi dengan menghasilkan barangan dan
perkhidmatan yang cukup.
• Perniagaan berperanan membangunkan industri huluan dan hiliran serta industri
sampingan
• Perniagaan mewujudkan penempatan baru serta bandar-bandar baru di mana aktiviti
perniagaan akan menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.
• Perniagaan menstabilkan ekonomi negara melalui melalui penghasilan barangan yang
mencukupi dan dapat memenuhi permintaan terhadap barangan dalam negara.
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA NEGARA

Istilah negara atau state selalunya dihubungkan


Konsep Negara dengan bangsa masyarakat dan kerajaan.
• Antara peranan perniagaan kepada negara ialah:
• Aktiviti perniagaan mampu meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara.
• Kewujudan perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan.
• Perniagaan meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport. 
• Perniagaan menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai.
• Perniagaan mewujudkan perniagaan sokongan dalam negara.
• Perniagaan membantu negara menyediakan infrastuktur seperti jalan raya dan
sebagainya.
• Perniagaan menyediakan perkhidmatan sokongan dan pembangunan modal insan
CONTOH SOALAN

1. Jelaskan konsep memuaskan kehendak dan keperluan pelanggan bagi sebuah perniagaan
makanan segera. [6 markah].
2. Dengan memberikn satu contoh, jelaskan konsep keuntungan dalam perniagaan. [4 markah].
3. Jelaskan tiga keadaan bagaimana persekitaran ekonomi sesebuah negara dapat
mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan. [6 markah].
4. Jelaskan pengaruh persekitaran politik dan perundangan terhadap sesebuah organisasi
perniagaan. [4 markah].
CONTOH JAWAPAN
1. Jelaskan konsep memuaskan kehendak dan keperluan pelanggan bagi sebuah perniagaan
makanan segera. [6 markah].
• Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan dalam kehidupan manusia seperti
makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. [1m]
• Hubungkait: Restoran makanan segera seperti KFC/McDonalds/Pizza Hut menyediakan
sajian asas makanan segera seperti burger, ayam goreng dsb untuk pelanggan yang bekerja di
pejabat untuk tempoh masa yang panjang/ tiada masa untuk makan kerana sibuk. [1]. Ini
dapat membantu pelanggan mendapat makanan yang cukup dalam masa yang terhad. [1]
• Kehendak merujuk kepada keinginan tidak terhad terhadap barangan yang dapat menjamin
keselesaan hidup seperti makanan yang enak, peralatan rumah dan hiburan. [1]
• Hubungkait: Restoran makanan segera seperti KFC/ McDonalds/Pizza Hut menyediakan
sajian makanan segera dalam pelbagai pilihan, menu dan rasa [1] untuk memenuhi citarasa
pelanggan yang berlainan. [1]
Dengan memberikn satu contoh, jelaskan konsep keuntungan
dalam perniagaan [4 markah].
• Seorang penternak ayam kampung menjual 100 ekor ayam dengan harga purata RM10 seekor
di pasaran. Maka, jumlah hasil yang diperoleh ialah RM1000 (RM10x 100 ekor). Jumlah kos
yang ditanggung ialah RM600. Oleh itu jumlah keuntungan ialah RM400 (RM1000-RM600).
[2]
• Sebuah organisasi perniagaan akan berusaha mendapatkan untung kerana untung merupakan
pulangan yang dijangka diterima oleh pengeluar/usahawan yang sanggup menanggung risiko
perniagaan [1] dan berjaya mengurangkan kos pengeluaran. [1]
1.1.4FAKTOR PENGELUARAN
(E) MENJELASKAN FAKTOR  PENGELUARAN MELIPUTI BAHAN MENTAH, MODAL,
MODAL INSAN, TEKNOLOGI, DAN KEUSAHAWANAN

Faktor pengeluaran merupakan faktor-faktor yang


terlibat atau yang mempengaruhi sesuatu pengeluaran.
Faktor-faktor pengeluaran merupakan input bagi
Konsep Faktor sesuatu pengeluaran.
Pengeluaran

Faktor pengeluaran merujuk kepada sumber-sumber


yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk
menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
1. Bahan Mentah
• Bahan mentah merupakan sumber semula jadi seperti bijih timah, minyak, besi, emas, kayu
kayan dan seribu satu jenis bahan sumber alam ini yang terdapat sama ada di dalam atau di
atas tanah.
• Sumber-sumber semula jadi ini akan digunakan sebagai bahan mentah dalam sesuatu proses
pengeluaran.
• Bahan mentah adalah faktor pengeluaran yang paling penting kerana bahan mentah
merupakan input utama dalam proses pengeluaran, dan tanpa bahan mentah sesuatu proses
pengeluaran akan tergendala.
• Faktor bahan mentah berkait rapat dengan faktor tanah. Ini adalah kerana dari tanahlah
semua bahan mentah ini diperolehi. Di atas tanah inilah bangunan kilang dapat didirikan.
Selain itu tanah juga dapat digunakan untuk pertanian, pembinaan jalan raya dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
2. Modal
•Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.
•Modal adalah jumlah kewangan dan aset fizikal seperti peralatan, kelengkapan, jentera dan
bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.
•Modal bukan merujuk kepada wang sahaja kerana wang tidak proaktif namun wang digunakan
untuk membeli kelengkapan organisasi tersebut dan barulah wang tersebut dikenali sebagai wang
yang proaktif.
• Antara kepentingan faktor modal sebagai faktor pengeluaran dalam sesebuah perniagaan ialah:
•Modal kewangan dapat membantu menampung kos pengendalian operasi perniagaan
•Modal berbentuk aset fizikal seperti jentera dan kelengkapan dapat membantu meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan
FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
3. Modal Insan
•Modal insan merupakan semua sumber manusia yang terdiri daripada sumber tenaga fizikal dan
sumber tenaga mentah/ Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan
atau perniagaan
•Sumber modal insan bentuk tenaga fizikal diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah
kepada barangan dan perkhidmatan manakala sumber tenaga berbentuk mental pula termasuk
semua bentuk kemahiran pengurusan dalam organisasi dari atas hingga ke tahap bawahan.
•Setiap modal insan mampunyai kemahiran yang berbeza dan kemahiran pengurusan merupakan
aspek penting bagi modal insan dalam sesebuah organisasi.
FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
4. Teknologi
•Teknologi ialah sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan sesuatu yang baru
dihasilkan dan prosedur kerja yang lebih baik dibentuk.
•Teknologi berkait rapat dengan aplikasi ilmu pengetahuan, atau sebagai modal insan dan modal
sosial.
•Kemajuan teknologi mengakibatkan faktor-faktor pengeluaran sedia ada menjadi usang dan
sebahagian keluaran mengalami kejatuhan pasaran secara besar-besaran.
• Antara kepentingan faktor teknologi terhadap sesebuah perniagaan ialah:
I.Teknologi akan meningkatkan produk pengeluaran dengan menggunakan teknologi moden.
II.Teknologi akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh seterusnya mengurangkan kos buruh.
III.Teknologi akan meningkatkan kualiti hasil keluaran melalui penyelidikan dan pembangunan
FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

5. Keusahawanan
•Keusahawanan merupakan kemahiran mengambil risiko dan kebolehan menggabungkan semua
faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran. usahawan adalah merupakan kumpulan orang yang
bertanggungjawab dalam menjalankan proses pengeluaran.
1.1.5 PROSES PERNIAGAAN
(F) MENJELASKAN LANGKAH-LANGKAH YANG TERLIBAT DALAM  PROSES PERNIAGAAN YANG MELIPUTI
INPUT, PROSES TAMBAH NILAI, OUTPUT, PEMASARAN, DAN UNTUNG/RUGI;
1. Input
•Input merujuk kepada semua faktor pengeluaran yang digunakan untuk menjalankan proses
pengeluaran sesuatu produk atau perkhidmatan.
•Tahap pertama dalam aktiviti dalam proses perniagaan ialah proses mendapatkan semua faktor
pengeluaran iaitu bahan mentah, modal insan, modal, teknologi termasuk mesin dan peralatan
dan faktor keusahawanan seorang usahawan untuk memastikan proses perniagaan berjalan
dengan lancar.
2. Proses Transformasi
•Setelah semua faktor pengeluaran terutama faktor bahan mentah, modal insan dan teknologi
yang terdiri daripada mesin dan peralatan telah sedia untuk digemblengkan oleh usahawan,
proses tambah nilai dan transformasi akan dimulakan terhadap bahan mentah tersebut.
3. Output
•Setelah semua bahan mentah telah ditambah nilai, output yang terdiri daripada barang siap dan
barang separuh siap akan terhasil. Output yang dihasilkan akan disimpan dalam gudang dan
dijual  jika terdapat permintan
4. Proses Pemasaran
•Pihak pengeluar akan menjalankan proses pemasaran terhadap output bagi memastikan ianya
sampai kepada pengguna sasaran.
•Proses pemasaran ialah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan.
Contohnya, Jabatan pemasaran akan menetapkan harga basikal berdasarkan aktiviti tambah nilai
yang dilakukan.
•Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak pemasar semasa proses
pemasaran produk tersebut iaitu:
1.Mengenal pasti dan menilai peluang-peluang pemsaran yang
2. Memilih sasaran pasaran,
3.Membina campuran pemasaran, dan
4.Mengurus usaha pemasaran.
5. Keuntungan atau Kerugian
•Setiap proses perniagaan akan berakhir dengan hasil jualan output  yang memberikan
keuntungan atau kerugian.
•Proses perniagaan ini tidak terhenti setelah keuntungan atau kerugian diperolehi, sebaliknya
sebarang keuntungan akan digunakan semula untuk menambahkan lagi keluaran, membesarkan
perniagaan, membeli aset-aset perniagaan dan sebagainya.
1.1.6 CABARAN PERNIAGAAN
(G) MENERANGKAN  PERKEMBANGAN PERNIAGAAN MASA KINI DAN CABARAN-
CABARANNYA TERMASUK  PERUBAHAN FAKTOR PERSEKITARAN
• Aktiviti Perniagaan Kini
1. Aktiviti perniagaan pada masa kini telah dipengaruhi oleh perubahan persekitaran perniagaan
seperti penggunaan teknologi moden, penggunaan internet dan sebagainya.
2. Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah corak komunikasi dan hubungan antara
perniagaan seperti komunikasi melalui komputer dengan menggunakan internet lebih cepat dan
mudah.
3. Pencapaian, penghantaran dan penyimpanan maklumat perniagaan lebih cepat, tersusun serta
memudahkan usahawan membuat keputusan dengan pantas.
4. Menguruskan sumber kewangan dengan lebih berkesan seperti proses merekod, laporan
kewangan, analisis prestasi kewangan dengan cekap, pantas dan tepat.
5. Proses transaksi kewangan lebih licin dan cepat seperti pembayaran terhadap pembelian
sumber-sumber dan pembayaran gaji dapat dibuat melalui bank dengan cepat.
6. Aktiviti pasaran lebih meluas dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan
CABARAN PERNIAGAAN MASA
HADAPAN
• Cabaran Perniagaan Masa Depan
1. Globalisasi
• Globalisasi merujuk kepada konsep dunia tanpa sempadan di mana semua peniaga bebas
menjalankan aktiviti perniagaan di dalam dan luar negara iaitu tahap antarabangsa tanpa
sebarang sekatan.
• Keadaan ini akan mewujudkan situasi persaingan yang sengit dari segi kualiti produk dan
perkhidmatan, persaingan harga, cara penyampaian produk. Pemasar yang gagal untuk
mengharungi persaingan ini akan menyebabkan mereka terus ketinggalan
2. Peningkatan Kemajuan Teknologi
•Pada masa akan datang, cabaran peningkatan kemajuan teknologi  yang pesat akan
menyebabkan sebarang perubahan terhadap produk dapat dilakukan dengan cepat, dan bagi
pengeluar produk  yang gagal mengambil peluang ini akan terus ketinggalan di belakang.

3. Peningkatan Tanggungjawab Sosial


•Peningkatan terhadap tuntutan tanggungjawab sosial juga memberi cabaran kepada pengusaha
perniagaan pada hadapan di mana mungkin mereka perlu memberi sokongan kewangan dan
bukan kewangan kepada pihak Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang sentiasa memerlukan
bantuan dari pihak organisasi perniagaan untuk melaksanakan aktiviti mereka
4. Peningkatan Sistem Perniagaan Islam
•Bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan diterima umum khususnya bagi masyarakat Islam,
pihak yang terlibat dengan perniagaan perlu memastikan setiap aktiviti dan semua operasi
perniagaan adalah berlandaskan pematuhan kepada syariah Islam seperti industri halal, sistem
perbankan Islam, tiada riba, dan sebagainya.

5. Kewujudan Blok-Blok Perdagangan


•Cabaran kepada pengusaha yang baru ingin menceburi bidang perniagaan pada masa hadapan,
berkemungkinan kesukaran kepada mereka untuk memasuki pasaran kerana pasaran ketika itu
sudah tepu, dan persaingan terlalu sengit menyebabkan perniagaan yang baru wujud akan
tersungkur awal.
6. Sumber Semakin Berkurangan
•Pada masa hadapan, kemungkinan sumber input terutama bahan mentah akan semakin
berkurangan dan setiap pengeluar perlu mencari alternatif bahan mentah agar aktiviti perngeluaran
tidak akan terbatas.

7. Perubahan Struktur Demografi


•Berkemungkinan faktor modal insan pada masa hadapan dibanjiri oleh tenaga wanita dalam dunia
perniagaan. Lebih ramai kaum  wanita yang akan menjadi pengurus dan pengusaha serta pekerja
dalam sesebuah organisasi. Keadaan ini memaksa pengurus memastikan persekitaran dan suasana
kerja yang lebih sesuai memandangkan akan wujud konflik apabila kaum wanita wujud dalam
persekitaran kerja yang biasa dimonopoli oleh kaum lelaki.
LAIN-LAIN CABARAN PERNIAGAAN
8. Bentuk Pemilikan Perniagaan
•Membangunkan perniagan daripada perniagaan perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.
•Kedua-dua bentuk milikan ini hanya dianggotai sekumpulan kecil individu yang melibatkan
sumbangan modal drp sumber tertentu.

9. Tenaga Kerja
•Pengurusan tenaga kerja secara adil dan sistmatik adalah perlu bagi mengelakkan sebarang
pertelingkahan. Kemudahan dan suasana tempat kerja yang kondusif perlu disediakan untuk para
pekerja.
10. Konsep Perniagaan Antarabangsa
•Penglibatan syarikat domestik dalam pasaran antarabangsa telah mewujudkan syarikat-syarikat
gergasi yang berjaya menubuhkan cawangan mereka di serata dunia.
•Sesetengah perniagaan turut terlibat dalam perikatan strategik dan usaha sama dengan organisasi
perniagaan luar negara dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa

11.Pekerjaan Jarak Jauh


•Konsep pekerjaan jarak jauh telah diperkenalkan yang membolehkan seseorang individu bekerja
dari rumah.
•Pengurus dalam sesebuah organisasi yang sama atau berlainan di negara yang berlainan kini
boleh bermesyuarat dengan menggunakan sidang video.
12. Perubahan Faktor Persekitaran
•Persekitaran perniagaan yang sentiasa mengalami perubahan.
•Antara perubahan yang berlaku melibatkan perkara yang berikut:
(i)Kos Bahan Mentah
(ii)Teknologi
(iii)Pasaran
(iv)Perundangan Negara
•Perniagaan perlu mengenal pasti dan mentafsirakan perubahan kritikal, aliran atau trend semasa
dan akan datang yang boleh mengancam atau membuka peluang baharu kepada perniagaan.
•Perubahan aktiviti dalaman juga berlaku seperti operasi, logistik dan aktiviti pemasaran.
PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Merujuk kepada unsur-unsur


persekitaran di luar organisasi yang
memberikan tekanan dan
mempengaruhi persekitaran tugas
perniagaan,operasi serta prestasi
perniagaan.
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
1. ELEMEN PERSEKITARAN UMUM
PERSEKITARAN EKONOMI
• Merujuk kepada situasi ekonomi dalam dan luar negara, sistem ekonomi, pasaran wang dan
kadar bunga.
• Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) bertanggungjawab menentukan polisi penawaran
wang yang boleh mempengaruhi perkembangan perniagaan
• Risiko dan ketidakpastian pasaran
• Dinamik/ perubahan-perubahan pasaran
• Kedudukan pasaran wang
• Keadaan-keadaan/ pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi
• Pusingan perniagaan
• Contoh: Penempatan pasar raya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan tinggi dan
mampu.
PERSEKITAN PERSAINGAN DAN
JARINGAN
• Persaingan perniagaan merujuk aktiviti antara firma yang bersaing untuk memaksimumkan
keuntungan melalui pelbagai strategi.
• Bentuk persaingan yang wujud dalam persekitaran perniagaan adalah seperti yang berikut:
(i)Persaingan pasaran
(ii)Persaingan harga
(iii)Persaingan antarabangsa
• Persaingan pasaran terbahagi kepada empat:
(i)Persaingan Sempurna
(ii)Persaingan Monopoli
(iii)Persaingan Oligopoli
(iv)Persaingan Monopolistik
PERSEKITAN PERSAINGAN DAN
JARINGAN
• Jaringan perniagaan merujuk hubungan perjanjian yang dibuat secara formal atau pakatan
strategik antara perniagaan dengan pihak lain.
• Jaringan mewujudkan kerjasama dengan perniagaan lain bagi memaksimumkan untung.
• Antara hubungan atau jaringan yang akan dibentuk adalah seperti yang berikut:
(i)Perniagaan dengan pihak pembekal
(ii)Perniagaan dengan pihak pengilang
(iii)Perniagaan dengan pihak pengedar
• Jaringan mendedahkan perniagaan kepada risiko kegagalan. Ketidaklancaran proses pengeluaran
barang serta strategi pemasaran yang bersesuaian akan menjejaskan pakatan strategik yang
dibentuk.
• Ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti
dan pada pasaran yang sama dengan produk usahawan.
PERSEKITARAN SOSIOBUDAYA
• Merujuk kepercayaan agama, budaya, adat resam dan citarasa penduduk sesebuah negara.
• Perniagaan perlu memahami sosiobudaya sesebuah pasaran dengan baik akan berpeluang
menguasai pasaran tersebut dalam nisbah yang terbaik.
• Kegagalan memahami sesuatu sosiobudaya akan menjadi liabiliti sesebuah perniagaan. Hal ini
disebabkan oleh perniagaan berkemungkinan akan mengeluarkan produk yang tidak sesuai atau
bertentangan dengan nilai sosiobudaya pengguna.
PERSEKITARAN POLITIK DAN
PERUNDANGAN
• Politik merujuk keadaan sesebuah negara yang dipengaruhi fahaman parti politik yang
memerintah.
• Sistem parti politik yang wujud adalah seperti sistem demokrasi, komunis, dan laisses- faire.
• Persekitaran politik merujuk keadaan politik yang dapat mempengaruhi sesebuah perniagaan.
• Kestabilan politik menjamin kelancaran aktiviti perniagaan dan ketidakstabilan politik seperti
huru-hara akan membawa kesan buruk kepada perniaagaan.
• Perundangan merujuk peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa terhadap perniagaan
terutama melibatkan aktiviti import dan eksport.
• Pengurus perniagaan perlu peka dan mematuhi undang-undang sesebuah negara.
• Sistem perundangan akan mengehadkan keluaran perniagaan dari aspek kuantiti dan jenis
produk.
PERSEKITARAN TEKNOLOGI
• Teknologi merujuk kepada kaedah baharu untuk melakukan sesuatu kerja. Teknologi dikaitkan
dengan penciptaan kaedah baharu melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
• Penggunaan teknologi baharu dapat membantu meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa
dan mengurangkan kos perniagaan.
• Perniagaan yang menggunakan teknologi yang terkini akan berupaya menghasilkan produk
dengan lebih cepat dan berkualiti tinggi.
• Namun, penggunaan teknologi melibatkan kos yang tinggi yang akan meningkatkan kos
pengeluaran perniagaan.
• Penggunaan teknologi canggih juga akan mendorong pesaing perniagaan untuk terus bersaing
dengan meniru atau mencari teknologi baharu untuk bersaing.
PERSEKITARAN PRASARANA
• Prasarana merujuk kemudahan atau infrastruktur yang tersedia bagi memudahkan perniagaan
beroperasi.
• Kemudahan fizikal yang lengkap seperti yang berikut:
(i)Sistem perhubungan
(ii)Utiliti (kemudahan air dan elektrik)
(iii)Sistem pengangkutan
(iv)Zon Perdagangan
(v)Pembangunan Setempat
(vi)Gudang (memudahkan peniaga menyimpan barang)
• Kekurangan prasarana akan menjejaskan operasi perniagaan.
PERSEKITARAN ANTARABANGSA
• Konsep dunia tanpa sempadan dan globalisasi telah menggalakkan kewujudan persekitaran
antarabangsa.
• Sesebuah perniagaan akan menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa seperti yang berikut:
(i)Cabaran sosiobudaya
(ii)Perundangan
(iii)Persaingan antarabangsa
(iv)Percukaian
(v)Blok-blok perdagangan
• Perniagaan berupaya mengembangkan potensi keuntungan pada kadar yang lebih tinggi
berbanding sebelumnya.
• Namun, perniagaan mengahadapi risiko kos pengeluaran selain terma perdagangan
antarabangsa yang rumit dan perlu dipatuhi sebelum mengembangkan perniagaan.
CONTOH SOALAN
1. Jelaskan keadaan bagaimana persekitaran
tiga

ekonomi dalam sesebuah negara dapat mempengaruhi


perkembangan sesebuah perniagaan. [6]
2. pengaruh persekitaran politik dan
Jelaskan

perundangan terhadap sesebuah organisasi perniagaan. [4]


CONTOH JAWAPAN
• Soalan no.1; Jelaskan tiga keadaan bagaimana persekitaran ekonomi dalam sesebuah negara
dapat mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan. [6]
1. Keadaan ekonomi yang stabil [1]
• Keadaan ekonomi yang berkembang akan mendorong kepada peningkatan aktiviti perniagaan.
[1]
2. Sistem kewangan/perbankan yang liberal [1]
• Bank dan institusi kewangan menyediakan pelbagai kemudahan kewangan dan kadar faedah
pinjaman yang rendah mendorong peniaga mengembangkan perniagaan. [1]
3. Nilai mata wang yang stabil [1]
• Peniaga tidak perlu menanggung kos yang tinggi untuk mengimport bahan mentah/ barangan
dari luar negara dan permintaan barangan eksport tidak terjejas dengan turun naik nilai wang.
[1]
CONTOH JAWAPAN
Soalan 2: Jelaskan pengaruh persekitaran politik dan perundangan terhadap sesebuah organisasi
perniagaan. [4]
1.Sistem politik yang diamalkan [1]
• Organisasi perniagaan bergantung kepada sistem politik yang diamalkan oleh sesebuah negara
seperti komunis, kapitalis, demokrasi. [1]

2.Keselamatan dan keadilan sistem perundangan [1]


•Organisasi perniagaan akan bergantung dengan sistem perundangan sesebuah negara seperti
akan mengehadkan keluaran perniagaan dari aspek kuantiti dan jenis produk. [1]
PERSEKITARAN TUGAS

Merupakan unsur-unsur persekitaran


yang secara langsung mempengaruhi
dan memberi kesan kepada operasi
dan prestasi perniagaan.
PERSEKITARAN TUGAS

Masyaraka
t
PERSEKITARAN TUGAS
1. Pelanggan
•Pelanggan ialah pembeli produk atau perkhidmatan syarikat atau firma.
•Pelanggan boleh terdiri daripada individu, pihak kerajaan atau syarikat lain
•Setiap pelanggan mempunyai ciri-ciri kehendak yang berbeza.
•Pelanggan menyumbangkan pendapatan kepada sesebuah perniagaan dengan membeli barang
dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.
2. Pembekal
• Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekalkan bahan mentah, peralatan, barang
siap, dan separuh siap sebagi input kepada sesebuah syarikat perniagaan.
•Contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan agen serta broker.
•Fungsi penting yang dilakukan oleh pembekal ialah memastikan
i. Tiada kekurangan barang berlaku,
ii.Tiada kelewatan dalam penghantaran barang, dan
iii. Barang yang dihantar mestilah mengikut spesifikasi, kualiti, dan keperluan pihak pelanggan.
•Perhubungan yang baik dengan pembekal diperlukan supaya bekalan dapat dihantar kepada
peniaga apabila diperlukan.
•Perniagaan harus memastikan bayaran dibuat kepada pembekal mengikut masa yang ditetapkan
bagi menjamin penghantaran bekalan secara berterusan.
3. Pesaing  
•Pesaing ialah firma perniagaan yang lain dalam industri sama dan keluarkan produk hampir
sama.
•Perniagaan harus mengenal pasti kekuatan serta kelemahan pesaing serta menawarkan barangan
yang lebih berkualiti berbanding dengan barangan yang ditawarkan oleh pesaing.

4. Pembiaya 
•Pembiaya merupakan kreditor yang umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan,
syarikat insurans dan syarikat kad kredit  yang memberi bantuan kewangan bentuk pinjaman
wang kepada syarikat untuk menjalankan aktviti perniagaan.
•Sumber kewangan boleh diperoleh sama ada dalam bentuk ekuiti atau pinjaman.
•Pihak perniagaan dikehendaki membayar balik pinjaman mengikut jumlah pinjaman yang telah
dibuat berdasarkan kadar faedah dan tempoh masa yang ditetapkan.
5. Pemodal dan Pelabur
•Pemodal/ pelabur pula merupakan individu atau syarikat lain yang menjadi
pemilik/pelabur/pemegang saham yang melabur modal berbentuk kewangan dan aset dalam
syarikat.
•Keuntungan perniagaan yang tinggi membolehkan perniagaan membayar dividen yang lebih
tinggi kepada para pelabur.
•Kesannya, kepuasan pelabur akan meningkat.
6. Pekerja
•Pekerja ialah ialah individu yang memberikan sumbangan tenaga fizikal dan mental kepada
organisasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
•Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak mahir.
•Perniagaan perlu memberi ganjaran dan kemudahan yang diperlukan oleh pekerja agar kadar
lantik henti dapat dikurangkan.

7. Kerajaan
•Kerajaan ialah pihak yang menjadi penggubal dan dan penguatkuasa undang-undang juga
memberi sokongan kepada perniagaan.
•Perniagaan harus mematuhi segala undang-undangyang ditetapkan oleh kerajaan seperti
membayar cukai pendapatan dan tidak menaikkan harga barang dengan sesuka hati.
8. Masyarakat
•Masyarakat ialah pihak yang menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
firma atau organisasi perniagaan.
•Sesebuah perniagaan akan berhadapan dengan masyarakat yang menjadi pengguna dan
penyokong perniagaan serta penentu pembentukan imej sesuatu perniagaan.
MENJELASKAN TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN,
TERMASUKLAH PELANGGAN,  PEMBEKAL, PEMBIAYA,  PEMODAL/PELABUR, PESAING,
KERAJAAN, PEKERJA, DAN MASYARAKAT.

Tanggungjawab perniagaan terhadap Persekitaran Tugas:


1. Pelanggan
•Perniagaan perlu memenuhi segala citarasa dan kehendak pelanggan.
•Perniagaan juga perlu sentiasa menjaga kualiti dna mutu produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pelanggan bagi memastikan pelanggan terus menggunakan produk dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan tersebut.
•Perniagaan juga perlu sentiasa memberi maklumat yang benar tentang produk yang dijual
kepada pelanggan.
• Tanggungjawab perniagaan terhadap Persekitaran Tugas:
2. Pembekal
• Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk membayar semua hutang kepada pembekal
mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi memastikan pembekal terus membekalkan bahan
kepada perniagaan tersebut.
• Perniagaan juga perlu sentiasa mengikut segala perjanjian jual beli  yang telah dipersetujui
bersama pembekal.
• Kegagalan pembekal menghantar bekalan akan menjejaskan kelancaran aktiviti perniagaan.

3. Pesaing
• Perniagaan perlu sentiasa mengamalkan persaingan yang sihat dengan pesaing.
• Perniagaan juga bertanggungjawab untuk tidak mencemarkan nama baik pesaing mereka bagi
memastikan tiada pergolakan berlaku antara perniagaan yang bersaing dalam sesuatu pasaran.
• Tanggungjawab perniagaan terhadap Persekitaran Tugas:
4. Pembiaya
• Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk membayar segala hutang kepada pembiaya
mengikut syarat yang telah ditetapkan.
• Perniagaan juga perlu bertanggungjawab untuk membekalkan kepada pembiaya segala
maklumat yang benar dan tepat seperti  yang diperlukan oleh pihak pembiaya.

5. Pemodal dan Pelabur


• Perniagaan juga perlu bertanggungjawab untuk memberi pulangan keuntungan yang terbaik
kepada semua pemodal dan pelabur (memaksimakan kekayaan pelabur/pemodal) bagi
memastikan mereka terus kekal menjadi pelabur kepada perniagaan tersebut.
• Pemodal/pelabur menikmati dividen yang tinggi.
• Kegagalan membayar faedah/dividen yang tinggi akan mengakibatkan pelabur akan menarik
diri dari perniagaan.
• Tanggungjawab perniagaan terhadap Persekitaran Tugas:
6. Pekerja
• Perniagaan perlu menyediakan suasana tempat kerja yang baik kepada para pekerja mereka.
• Perniagaan juga perlu sentiasa menjaga kebajikan pekerja, sentiasa adil dan menghormati
segala idea pekerja.
• Perniagaan juga perlu membayar gaji setiap pekerja dengan secukupnya.
• Perniagaan perlu sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada semua pekerja agar mereka
sentiasa memberi yang terbaik kepada perniagaan.
• Selain daripada pengetahuan dan skil pekerja, perlu juga ditingkatkan dengan memberi latihan-
latihan tertentu.
• Sekiranya produktiviti pekerja menurun, maka ia akan menyebabkan kos pengeluaran
meningkat dan barang ‘defect’ juga akan meningkat.
7. Kerajaan
•Perniagaan perlu sentiasa mematuhi segala peraturan kerajaan dalam menjalankan segala aktiviti
perniagaan.
•Perniagaan perlu memastikan perniagaan yang dijalankan adalah didaftarkan dan mempunyai
lesen untuk berniaga.
•Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk membayar cukai keuntungan perniagaan seperti yang
ditetapkan oleh kerajaan
• Tanggungjawab perniagaan terhadap Persekitaran Tugas:
8. Masyarakat
• Pernagaan perlu sentiasa peka kepada segala perubahan dalam keperluan dan kehendak
masyarakat.
• Perniagaan juga perlu bertanggungjawab dalam membantu masyarakat mengurangkan beban
masyarakat melalui derma dan bantuan kewangan termasuk biasiswa kepada pelajar dan
sebagainya.
• Setiap perniagaan bertanggungjawab untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada
masayarakat melalui aktiviti kemasyarakatan.
• Setiap perniagaan bertanggungjawab memastikan keselamatan masyarakat dengan
menjalankan operasi mengikut standard keselamatan yang tinggi agar tidak menjejaskan
masyarakat.
CONTOH SOALAN
1. Jelaskan kepentingan pengaruh seorang pelanggan kepada sesebuah organisasi perniagaan.
[6]
2. Jelaskan hubungkait antara pengguna, peniaga dan kerajaan dalam sebuah pasaran. [6]

You might also like