You are on page 1of 11

2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.


1. Gambar rajah di bawah menunjukkan AB ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi.
Getah
A

●M

0 Kereta
B
Pengeluaran pada titik M dapat dicapai jika
A pengkhususan dibuat dalam pengeluaran kereta sahaja
B kegiatan ekonomi berada pada tahap guna tenaga penuh
C berlaku penemuan baru dalam teknologi pemprosesan getah
D negara mendapat faedah dari kegiatan perdagangan antarabangsa

2. Bagi keluk kemungkinan pengeluaran yang mengalami kos lepas meningkat , pertambahan satu unit
barang industri akan menyebabkan

A pengurangan pengeluaran yang sama bagi barang pertanian


B pengurangan pengeluaran yang semakin kecil bagi barang pertanian
C pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang pertanian
D pertambahan pengeluaran yang semakin besar bagi barang pertanian

3. Bagaimanakah sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah apa yang hendak dikeluarkan?

A Semua barang yang dikeluarkan oleh pihak swasta akan dikenakan cukai oleh kerajaan
B Barang awam dikeluarkan oleh kerajaan dan barang persendirian dikeluarkan oleh pihak swasta.
C Barang awam akan diberikan subsidi penggunaan manakala barang persendirian dikeluarkan oleh
pihak swasta
D Semua barang yang diperlukan akan dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak swasta akan
mengeluarkan barang ekonomi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3

4. Peningkatan pengeluaran kain batik di Malaysia dipengaruhi oleh

A corak dan warna kain batik yang menarik


B pendapatan penduduk Malaysia yang meningkat
C teknologi dalam pengeluaran batik telah meningkat
D cukai ke atas batik import dinaikkan

5. Antara berikut, yang manakah tidak akan menyebabkan peralihan keluk permintaan kelapa sawit.

A Kenaikan harga minyak sawit


B Penurunan harga minyak kacang soya
C Kenaikan permintaan minyak kacang soya
D Jangkaan harga minyak sawit akan meningkat

6. Yang manakah benar tentang keluk penawaran satu barang ?

A Keluk penawaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan


B Cukai akan menyebabkan keluk penawaran berpindah ke kanan
C Keluk penawaran diterbitkan daripada keluk kos sut pada pelbagai tingkat harga
D Keluk penawaran barang yang anjal penawarannya akan memotong paksi harga

7. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti yang diminta bagi suatu barang.

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)


0 32
1 29
2 26
3 23
4 20

Jika fungsi penawaran ialah Qs = 16 + 5P, berapakah kuantiti keseimbangan?

A 20 unit
B 23 unit
C 26 unit
D 29 unit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4

8. Jadual menunjukkan perbelanjaan pengguna ke atas barang P dan Q pada tahun 2013 dan 2014
berdasarkan harga yang telah ditetapkan.
Perkara Tahun 2013 Tahun 2014
(RM) (RM
Harga barang P 25 15
Harga barang Q 15 15
Perbelanjaan ke atas barang P 2500 5000
Perbelanjaan ke atas barang Q 1250 5000

Antara yang berikut yang manakah benar?


A Barang P dan Q ialah barang pengganti
B Barang P dan Q ialah barang penggenap
C Barang P mempunyai permintaan tak anjal
D Barang Q mempunyai permintaan tak anjal sempurna

9. Andaikan fungsi penawaran adalah Qs = 5 + 10P , dengan P ialah harga (RM)dan Qs ialah kuanti barang
(unit). Jika harga meningkat dari RM2.00 kepada RM5.00, maka pekali keanjalan penawaran ialah
A -2.00
B -0.36
C 0.8
D 1.25

10. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti berikut:
Qd = 200 – 20P
Qs = 100 + 20P
dimana
Qd = kuantiti diminta (unit)
Qs = kuantiti ditawar (unit)
P = harga (RM)
Jika kerajaan memberi subsidi sebanyak RM2.00 per unit, apakah kesan kepada harga dan kuantiti
keseimbangan barang X?

A Harga naik sebanyak RM1.00 dan kuantiti turun sebanyak 20 unit


B Harga naik sebanyak RM1.50 dan kuantiti turun sebanyak 50 unit
C Harga turun sebanyak RM1.00 dan kuantiti meningkat sebanyak 20 unit
D Harga turun sebanyak RM1.50 dan kuantiti meningkat sebanyak 50 unit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5

11 Antara yang berikut, yang manakah tidak menerangkan hukum pulangan berkurangan?

A Hanya satu input berubah

B Tidak ada input yang tetap

C Tingkat teknologi adalah tetap

D Berlaku dalam jangka pendek

12. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC).

Kos

LAC0

LAC1

0 Keluaran

Apakah yang menyebabkan keluk LACo beralih ke LAC1?


A Pengurusan yang lebih cekap
B Penempatan firma dalam lokasi strategik
C Penyelidikan dan pembangunan dalam firma
D Penggunaan mesin yang moden dalam proses pengeluaran

13. Pernyataan yang manakah benar tentang sebuah firma persaingan sempurna?

A Kos sut firma tersebut sama dengan harga

B Firma tersebut perlu menurunkan harga untuk meningkatkan jualan

C Keluk permintaan firma tersebut adalah berbentuk cerun ke bawah dari kiri ke kanan

D Penawaran dalam pasaran akan terjejas jika firma tersebut memberhentikan pengeluaran

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
6

14. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos
sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi sebuah firma persaingan sempurna dalam jangka
pendek.

Harga, Kos, Hasil (RM)

MC AC

AVC

2.20

2.00 P = MR = AR

1.80

0 100 Keluaran (unit)

Pada tingkat keseimbangan, firma tersebut akan mendapat

A kerugian sebanyak RM20.00


B kerugian sebanyak RM40.00
C keuntungan sebanyak RM20.00
D keuntungan sebanyak RM40.00

15. Dalam jangka panjang, firma pasaran persaingan sempurna memperoleh untung normal kerana

A firma boleh mengubah skel pengeluarannya

B terdapat kebebasan keluar masuk firma dalam pasaran

C firma mengalami ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan

D kos purata jangka pendek sama dengan kos purata jangka panjang

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
7

16. Yang berikut ialah kuasa yang ada pada firma monopoli kecuali

A monopoli boleh menetapkan harga keluarannya

B monopoli boleh menetapkan kuantiti keluarannya

C monopoli boleh menetapkan harga dan kuantiti keluarannya

D monopoli boleh menetapkan harga atau kuantiti keluarannya

17. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti keluaran, jumlah hasil dan jumlah kos bagi sebuah firma dalam
jangka panjang.

Kuantiti keluaran Jumlah hasil Jumlah kos


(unit) (RM) (RM)
10 4 500 1 500
20 8 000 2 000
30 10 500 3 200
40 12 000 4 500

Firma tersebut berada dalam pasaran

A monopoli

B persaingan sempurna

C persaingan bermonopoli

D persaingan tak sempurna

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
8

18. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk kos dan hasil bagi sebuah firma monopoli.

Jika kerajaan menetapkan firma monopoli agar menjual keluarannya pada harga yang membolehkannya
mendapat untung normal sahaja, pada titik yang manakah keseimbangan monopoli akan tercapai?

A E1

B E2

C E3

D E4

19. Keluk permintaan faktor pengeluaran merupakan


A sebahagian daripada keluk keluaran hasil sut
B sebahagian daripada keluk keluaran hasil purata
C sebahagian daripada keluk jumlah hasil keluaran
D sebahagian daripada keluk keluaran fizikal purata

20. Jika pasaran buruh adalah pasaran persaingan sempurna, maka upah ditentukan oleh
A daya pengeluaran buruh
B jumlah jam bekerja buruh
C jumlah buruh dalam pasaran
D permintaan dan penawaran buruh

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
9

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan sistem ekonomi pasaran bebas gagal memperuntukan sumber
ekonomi secara cekap sehingga memaksa kerajaan campur tangan [10]

22. Terangkan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan bagi sesuatu barang apabila

(a) kerajaan meningkatkan cukai jualan ke atas setiap unit barangan [5]

(b)kerajaan mengenakan kawalan harga maksimum [5]

23. (a) Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan maksud keanjalan permintaan pendapatan [4]

(b) Terangkan hubungan antara keanjalan permintaan pendapatan dengan jenis barang [6]

24. (a) Persamaan kos pengeluaran bagi sebuah firma adalah seperti berikut:
C = 50 + 8Q
dengan C = jumlah kos pengeluaran, dan
Q = kuantiti keluaran
Terangkan jenis-jenis kos yang terlibat dalam pengeluaran tersebut. [4]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan kos sut dan kos purata? Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan
hubungan antara keluk kos sut dengan keluk kos purata . [6]

25. (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan maksud monopoli semula jadi. [2]

(b) Berbantukan gambar rajah, terangkan bagaimana monopoli semula jadi mencapai keseimbangan dalam
jangka panjang? [8]

26. (a) Huraikan dua tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan. [4]


(b) Terangkan tiga cara kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan tingkat upah untuk ahli-ahlinya.
[6]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
10

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27. Persamaan untuk permintaan dan penawaran pasaran koko adalah seperti berikut.

P = 800 – 50Q
P = 200 + 25Q
dengan P = harga (RM)
Q = kuantiti (tan)

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan dan keluk penawaran pasaran bagi
koko. [3]

(b) Pada graf yang telah anda lukis pada soalan (a), tentukan dan nyatakan harga dan kuantiti
keseimbangan . [2]

(c) Sekiranya kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM150 per tan kepada pengusaha,

(i) berapakah kuantiti dan harga pada tingkat keseimbangan . [2]

(ii) berapakah jumlah subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan ? [1]

(iii)) apakah kesan dasar ini terhadap pasaran koko? [2]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
11

28 Jadual di bawah menunjukkan harga dan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran bagi sebuah firma
pasaran persaingan bermonopoli.

Kuantiti keluaran Harga Jumlah kos


(unit) (RM) (RM)
0 50 30
1 45 35
2 40 40
3 35 45
4 30 50
5 25 55
6 20 60

(a) Hitung jumlah hasil, hasil sut dan kos sut firma pada setiap tingkat keluaran. [3]

(b) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan. [2]

(c) Berapakah jumlah keuntungan firma pada tingkat keseimbangan? [3]

(d) Dalam jangka masa apakah firma ini sedang beroperasi? Berikan alasan anda. [2]

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
12

29. Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran fizikal bagi setiap tingkat penggunaan buruh.

Buruh Jumlah keluaran fizikal


(unit) (unit)
0 0
1 4
2 11
3 20
4 27
5 33
6 33
7 31

(a) Jika harga keluaran seunit di pasaran RM5, hitung jumlah hasil, keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut.
[3]

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut. [3]

(c) Jika upah seorang buruh ialah RM25, berapakah jumlah buruh yang akan digunakan oleh firma tersebut. [1]

(d) Jika upah buruh meningkat ke RM30, apakah yang akan dilakukan oleh firma ke atas buruh dan berapakah
bilangannya. [2]

(e) Berapakah jumlah maksimum upah buruh yang mampu dibayar oleh firma tersebut? [1]

-KERTAS SOALAN TAMAT-

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM - 944/1(U1)2018. 944/1 2019 [ Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like