You are on page 1of 11

SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]


Jawab semua soalan.

1 Usahawan merupakan faktor pengeluaran yang mempunyai ciri berikut kecuali

A bertanggungjawab menggabungkan faktor-faktor pengeluaran


B bertanggung jawab melaksanakan polisi yang diatur oleh syarikat
C merupakan faktor berubah dalam jangka pendek dan jangka panjang
D sentiasa terdedah kepada berbagai risiko perniagaan seperti kerugian

2 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi


barang A dan barang B dalam sebuah ekonomi.

Barang A (unit)
50

KKP

0 60
Barang B (unit)
Berapakah kos lepas bagi pengeluaran seunit barang B?

A 0.83 unit barang A


B 1.2 unit barang A
C 50 unit barang A
D 60 unit barang A

3 Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang manakah menyelesaikan masalah “bagaimana
barang hendak dikeluarkan”?

A Mengeluarkan barang berdasarkan kehendak pengguna


B Mengeluarkan barang dengan kos pengeluaran yang minimum
C Mengeluarkan barang berasaskan faktor pengeluaran yang terhad
D Mengeluarkan barang mengikut faktor pengeluaran yang mudah didapati

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

4 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) bagi sesuatu barang.

Harga (RM)
D

4.00

1.00
D

0 4 10 Kuantiti (unit)

Apakah fungsi permintaan bagi barang tersebut?

A Qd = 12 + 2P
B Qd = 12 – 2P
C Qd = 10 – 2P
D Qd = 10 + 4P

5 Yang berikut adalah faktor yang mempengaruhi permintaan kecuali

A daya pengeluaran meningkat


B keadaan ekonomi dijangka meleset
C kerajaan meningkatkan cukai pendapatan
D minat pengguna terhadap barang tempatan meningkat

6 Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi satu barang masing-masing


ialah
P = 50 -2Q,
P = 10 +3Q,
dengan
P = harga (RM),
Q = kuantiti barang (unit).

Jika persamaan permintaan berubah menjadi P = 40 -3Q, harga keseimbangan akan


A menurun sebanyak RM 3.00
B menurun sebanyak RM 9.00
C meningkat sebanyak RM 25.00
D meningkat sebanyak RM 34.00

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan keadaan pasaran barang J.

Harga (RM) S

10 D S1

5
S

S1 D

0 10 12 Kuantiti (unit)

Peralihan keluk penawaran dari SS ke S1S1, menyebabkan perubahan lebihan pengguna

A berkurang sebanyak RM10


B berkurang sebanyak RM60
C bertambah sebanyak RM15
D bertambah sebanyak RM60

8 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta terhadap barang X dan barang Y pada
pelbagai tingkat harga barang X.

Harga X (RM) Kuantiti diminta X (unit) Kuantiti diminta Y (unit)


3.00 20 15
4.00 16 12
5.00 10 9
6.00 8 6

Berapakah nilai keanjalan permintaan silang apabila harga barang X meningkat


daripada RM4.00 kepada RM5.00,dan apakah kaitan antara barang X dengan barang Y?

A -1.65 dan barang pengganti


B -1.00 dan barang penggenap
C 1.33 dan barang penggenap
D 1.50 dan barang pengganti

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

9 Pertambahan permintaan suatu barang dengan kadar yang lebih besar daripada
pertambahan penawaran akan menyebabkan

A harga dan kuantiti keseimbangan meningkat


B harga tidak berubah dan kuanttiti keseimbangan meningkat
C harga keseimbangan menurun dan kuantiti keseimbangan meningkat
D harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun

10 Dalam gambar rajah di bawah, DD dan SS masing-masing ialah keluk permintaan dan
keluk penawaran bagi sebuah ekonomi.

Harga (RM)
D
S1
S0
6.00
4.00
3.00
S1 S0 D

0 20 50 Kuantiti (unit)

Antara penyataan yang berikut,yang manakah yang tidak benar jika kerajaan
mengenakan cukai jualan sebanyak RM 3.00?

A Harga pasaran meningkat sebanyak RM 2.00


B Pengguna menanggung beban cukai sebanyak 50%
C Jumlah perbelanjaan berkurang sebanyak RM 80.00
D Penawaran dan permintaan berkurang sebanyak 30 unit

11 Dalam teori pengeluaran, jangka panjang merujuk kepada jangka masa apabila
A semua input ialah input berubah
B faktor pengeluaran digunakan secara cekap
C terdapat satu faktor tetap dan faktor berubah
D pengeluaran beroperasi secara besar- besaran

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

12 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran bagi sebuah
firma

Keluaran (unit ) Jumlah kos (RM)

1200 4104
1600 4640
2000 5000
2400 6000
2800 7280

Pada tingkat output yang ke berapakah kos sut sama dengan kos purata ?
A 1200 unit

B 1600 unit

C 2400 unit

D 2800 unit

13 Hukum pulangan berkurangan berlaku apabila

A tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output berkurangan

B tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output bertambah pada
kadar bertambah
C tambahan satu unit ke atas input tetap menyebabkan output bertambah pada kadar
yang sama
D tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output bertambah pada kadar
berkurangan

14 Sebuah pasaran boleh dibezakan melalui ciri yang berikut, kecuali

A bilangan firma di pasaran


B jenis input yang digunakan
C jenis barang yang dikeluarkan
D kuasa menentukan harga di pasaran

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

15 Yang manakah kebaikan firma pasaran persaingan sempurna?

A kawalan harga oleh kerajaan


B dapat menentukan harga barang
C tiada kos persaingan bukan harga
D menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

16 Berikut merupakan butiran sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Kuantiti kesimbangan = 12 unit


Harga keseimbangan = RM30
Jumlah kos berubah = RM110
Jumlah kerugian = RM180

Pada tingkat keseimbangan, berapakah jumlah kos tetap yang dapat ditampung oleh
firma ini?

A RM180
B RM250
C RM290
D RM430

17 Dasar kawalan monopoli melalui dasar perletakan harga-kos purata (P=AC) akan
menyebabkan

A firma monopoli mendapat untung normal


B harga keluaran firma monopoli semakin meningkat
C kuantiti keluaran firma monopoli semakin berkurang
D firma monopoli dapat mengekalkan untung lebih normal

18 Dalam jangka panjang, firma bermonopoli tidak mencapai kecekapan dalam peruntukan
sumber kerana tingkat keluaran berada pada

A kos purata adalah minimum


B kos sut sama dengan hasil sut
C jumlah hasil melebihi jumlah kos
D harga lebih tinggi daripada kos sut

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

19 Yang manakah langkah oleh kesatuan sekerja yang dapat meningkatkan upah dan
menambahkan guna tenaga buruh?
A Menetapkan upah minimum
B Menghadkan penawaran buruh
C Mengadakan mogok dan pemulauan
D Meningkatkan daya keluaran sut buruh

20 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara bilangan buruh dengan keluaran hasil sut
dalam pasaran persaingan sempurna

Buruh (unit) Keluaran hasil sut (RM)

1 -
2 16
3 12
4 8
5 4

Jika harga barang ialah RM4.00 per unit, berapakah jumlah keluaran fizikal firma itu
apabila 4 unit buruh digunakan?
A 2 unit
B 8 unit
C 10 unit
D 14 unit

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 9
Bahagian B (40 markah]
Jawab empat soalan sahaja.

21 Dengan berbantukan contoh yang sesuai , terangkan bagaimana unit ekonomi berikut
menyelesaikan masalah ekonomi.

(i) Pengguna [3]


(ii) Firma [3]
(iii) Kerajaan [4]

22 Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan ke atas keseimbangan pasaran kereta
Proton apabila reka bentuk baharu kereta nasional berjaya menarik minat pembeli tempatan.
[10]
23 Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan perbezaan jumlah subsidi kepada pengguna
dan pengeluar dalam keadaan keluk penawaran adalah anjal . [10]

24 Terangkan lima faktor yang menyebabkan berlakunya ekonomi bidangan dalaman [10]

25 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna
yang meneruskan operasi dalam jangka pendek walaupun mengalami kerugian. [10]

26 (a) Takrifkan sewa ekonomi dan perolehan pindahan [2]


(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perbezaan antara sewa ekonomi dengan
perolehan pindahan bagi keluk penawaran faktor yang tidak anjal [8]

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 10

Bahagian C [20 markah]


Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti ditawar bagi suatu barang pada pelbagai tingkat
harga.

Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)


10 120
15 150
20 180
25 210
30 240

(a) Terbitkan persamaan penawaran terhadap barang tersebut [2]


(b) Jika persamaan permintaan barang tersebut ialah
Qd = 120 – 4P
dengan
Qd = kuantiti diminta (unit)
P = harga (RM)
(i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [2]
(ii) hitung lebihan pengguna. [2]
(c) Jika penawaran bertambah sebanyak 40 unit pada setiap tingkat harga,
(i) terbitkan persamaan penawaran baharu. [1]
(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran yang baharu. [2]
(iii) terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang
tersebut. [1]

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 11

28 Jadual di bawah menunjukkan hubungan tanah , buruh dan jumlah pengeluaran yang
dihasilkan oleh sebuah firma dalam jangka pendek.

Tanah (ekar) Buruh (unit) Jumlah Keluaran (unit )

1 0 0
1 1 6
1 2 14
1 3 25
1 4 35
1 5 42.5
1 6 46
1 7 46
1 8 43

(a) Hitung keluaran purata dan keluaran sut pada setiap unit keluaran [4]
(b) Dengan menggunakan kertas graf , lukis keluk jumlah keluaran , keluk keluaran sut
dan keluk keluaran purata dalam satu rajah [3]
(c) Berdasarkan gambar rajah di (b)
(i) nyatakan 2 hubungan keluaran purata dan keluaran sut [2]
(ii) pada unit buruh ke berapakah hukum pulangan sut berkurangan mula berlaku[1]

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023 [Lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 12

29 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk hasil purata (AR), hasil sut (MR), kos purata
(AC), kos sut (MC) dan kos berubah purata (AVC) bagi sebuah firma pasaran persaingan
sempurna.

Harga/Kos (RM)
MC AC
(RM)
AVC
20 MR=AR
18
14
12
7

0 70 80 100 110 Output ( unit )

Pada tingkat output keseimbangan, hitung

(a) (i) jumlah hasil [2]

(ii) jumlah kos [2]

(b) (i) kos tetap purata [1]

(ii) jumlah kos tetap [1]

(iii) jumlah kos berubah [2]

(c) jumlah untung [2]

PERCUBAAN STPM – 944/(U1) 2022, 944/1 2023


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like