You are on page 1of 12

SULIT* 1

PANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMI

944/1
PANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMI
STPM 2019

EKONOMI

KERTAS 1

(Dua jam)

JAWATANKUASA EKONOMI DAERAH MUAR

PERCUBAAN STPM PENGGAL 1, STPM 2019

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT

DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan
Aneka Pilihan yang dibekalkan.
Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan
dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.
Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan
dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman
baharu helaian jawapan.
Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.

__________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak
© Jawatankuasa Ekonomi Daerah Muar 2018

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Untung adalah ganjaran kepada faktor pengeluaran yang

A dapat bersaing dengan firma lain dalam pasaran.
B menawarkan perkhidmatan dari segi mental dan fizikal.
C diciptakan oleh manusia untuk digunakan dalam proses pengeluaran.
D bertanggungjawab menggabungkan input untuk menghasilkan output.

2 Antara berikut, yang manakah menggambarkan ciri barang awam?

A Barang yang ditawarkan secara semula jadi.
B Barang yang boleh digunakan secara percuma.
C Barang yang tiada kos lepas dan penawarannya terhad.
D Barang yang tidak mempunyai kekecualian penggunaannya.

3 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran SQ dan PQ bagi suatu
ekonomi.

Keluaran pertanian
P

Keluaran kilang
0 Q

Apakah faktor yang menyebabkan peralihan keluk kemungkinan pengeluaran dari SQ ke PQ?
A Peningkatan harga input keluaran pertanian.
B Peningkatan teknologi dalam pengeluaran keluaran kilang
C Pertambahan buruh mahir dalam pengeluaran keluaran pertanian.
D Pengurangan pelaburan dalam pengeluaran keluaran kilang.

4 Keluk permintaan terhadap dapur gas beralih ke kanan adalah disebabkan oleh
A kejatuhan pendapatan pengguna
B kejatuhan harga barang pengganti bagi dapur gas
C kejatuhan harga barang pengenap bagi dapur gas
D perubahan cita rasa pengguna terhadap dapur gas

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

5 Jadual di bawah menunjukkan harga dan jumlah perbelanjaan seorang individu terhadap
barang X.

Harga (RM) Jumlah perbelanjaan individu (RM)

1.00 10

2.00 16

3.00 18

4.00 16

5.00 10

Fungsi permintaan individu tersebut terhadap barang X ialah

A Qd = 12 – P
B Qd = 12 – 2P
C Qd = 16 – P
D Qd = 16 – 6P

6 Gambar rajah di bawah menunjukkan S1S1 dan S2S2 adalah keluk penawaran suatu barang.

Harga

S1

S2

S1

S2
Kuantiti

Antara berikut, yang manakah menyebabkan peralihan keluk penawaran dari S1S1 ke S2S2 ?
A Kenaikan harga barang pengganti
B Pertambahan pendapatan pengguna
C Cukai eksais yang dikenakan oleh kerajaan
D Subsidi kerajaan kepada sektor pengeluaran

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

7 Jadual di bawah menunjukkan penawaran barang X oleh firma A dan B

Harga (RM) Firma A (unit) Firma B (unit)

1.00 7 6
2.00 8 8
3.00 9 10
4.00 10 12

Fungsi permintaan barang X ialah Qd = 28 – 3P. Berapakah harga dan kuantiti

keseimbangan pasaran bagi barang tersebut?

Harga Kuantiti

A RM 1.00 25 unit

B RM 2.00 22 unit

C RM 3.00 19 unit

D RM 4.00 16 unit

8 Persamaan penawaran dan permintaan bagi suatu barang adalah seperti berikut.
Qs = 30 + 10P
Qd = 70 – 10P
dengan Qs = kuantiti penawaran, Qd = kuantiti permintaan dan P = harga (RM).
Apabila pendapatan pengguna berkurang, fungsi permintaan berubah menjadi Qd = 50 – 10P.
Tingkat harga keseimbangan akan
A naik sebanyak RM 1.00
B naik sebanyak RM 2.00
C turun sebanyak RM 1.00
D turun sebanyak RM 2.00

9 Persamaan permintaan barang X ialah P = 50 – Qd, dengan P ialah harga (RM) dan Qd ialah
kuantiti diminta (unit). Jika harga barang X meningkat daripada RM 10.00 kepada RM 20.00, maka
permintaan barang itu adalah
A anjal
B tak anjal
C anjal uniti
D anjal sempurna

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

10 Andaikan pekali keanjalan penawaran jagung ialah 0.4. Jika harga jagung meningkat daripada
RM0.40 kepada RM1.00 sekilogram, kuantiti jagung yang ditawarkan akan
A meningkat 24%
B menurun 0.6%
C menurun 60%
D meningkat 60%

11 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk jumlah kos berubah (TVC) dan jumlah kos tetap
(TFC).
Kos (RM)
TVC

8 000 TFC

0 250 Output (unit)

Berapakah kos purata untuk mengeluarkan 250 unit output?

A RM64
B RM60
C RM32
D RM16

12 Jadual di bawah menunjukkan kos berubah purata bagi sebuah firma pada pelbagai
tingkat keluaran.

Keluaran (unit) Kos berubah purata (RM)

5 10
6 12
7 14
8 16
9 18

Kos sut bagi keluaran ke 7 unit ialah

A RM 26
B RM 28
C RM 72
D RM 98

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

13 Gambar rajah di bawah menunjukkan kos purata jangka panjang (LAC) sebuah firma.

Jika keluaran melebihi K unit, firma mengalami

A hukum pulangan berkurang
B hukum pulangan bertambah
C tak ekonomi bidangan luaran
D tak ekonomi bidangan dalaman

14 Firma pasaran persaingan sempurna memperoleh untung normal dalam jangka panjang kerana
A keluarannya bersifat homogen.
B firma mencapai kecekapan pengeluaran.
C terdapat terlalu banyak firma dalam industri.
D kebebasan keluar masuk firma dalam industri.

15 Jika semua firma dalam pasaran persaingan sempurna bergabung dan menjadi pengeluar
monopoli, apakah kesan ke atas tingkat harga dan tingkat keluaran barangan tersebut?
A Tingkat harga dan keluaran akan menurun
B Tingkat harga dan keluaran akan meningkat
C Tingkat harga akan turun tetapi keluaran akan meningkat
D Tingkat harga akan meningkat tetapi keluaran akan menurun

16 Persamaan antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan bermonopoli ialah kedua-dua
firma
A mencapai keseimbangan pada kos purata sedang menurun
B memperoleh untung lebih normal dalam jangka panjang
C mengeluarkan output pada kos sut sama dengan harga
D menentukan jumlah output dan harga yang sama

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

17 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), kos berubah purata
(AVC) dan hasil sut (MR) sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Harga/kos
MC AC

AVC

15
13

10 AR =MR
6
5

Kuantiti
0 15 20

Firma tersebut mengalami kerugian jangka pendek yang berpunca daripada kegagalan menutup
A kos tetap sebanyak RM60.
B kos tetap sebanyak RM75.
C kos berubah sebanyak RM80.
D kos berubah sebanyak RM120.

18 Dasar harga sama dengan kos purata (P = AC) yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengawal
monopoli akan menyebabkan
A firma mengalami kerugian
B firma memperolehi untung normal
C firma menjana untung lebih normal
D firma menjual pada harga yang lebih tinggi daripada kos sut

19 Seorang pengusaha akan mengurangkan pengambilan buruh jika

A kos sut faktor melebihi kadar upah
B kos sut faktor melebihi keluaran hasil sut
C keluaran hasil sut melebihi kos sut faktor
D keluaran hasil sut sama dengan kos sut faktor

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

20 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi faktor
pengeluaran tanah.

Sewa D0
D1 S

P0 A
P1 B

D0
P2 D1

0 Q1 Q0 Kuantiti tanah

Peralihan keluk permintaan tanah dari D0D0 ke D1D1 menyebabkan sewa ekonomi
A bertambah sebanyak P2P1B
B bertambah sebanyak 0P2BQ1
C berkurang sebanyak P1P0AB
D berkurang sebanyak Q1Q0AB

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 9

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 Terangkan empat faktor mengapa kerajaan campur tangan dalam sesebuah ekonomi. [10]

22 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan silang? [2]

(b) Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana keanjalan permintaan silang
dapat menentukan hubungan antara dua jenis barang. [8]

23 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap keseimbangan pasaran buku
rujukan sekiranya

(a) kos percetakan meningkat [5]

(b) kerajaan memberi bantuan baucer buku sebanyak RM200. [5]

24 (a) Dengan bantuan gambar rajah, bezakan antara ekonomi bidangan dalaman dengan
ekonomi bidangan luaran. [4]

(b) Huraikan tiga faktor yang menyebabkan ekonomi bidangan dalaman. [6]

25 (a) Apakah maksud hasil purata dan hasil sut? [2]

(b) Dengan memberi gambar rajah, jelaskan bagaimana firma pasaran persaingan sempurna
menentukan tingkat output keseimbangan berdasarkan pendekatan kos sut dan hasil sut. [8]

26 (a) Terangkan dua tujuan penubuhan kesatuan sekerja. [4]

(b) Huraikan tiga cara bagaimana kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah. [6]

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 10

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran ke atas kambing panggang pada
pelbagai tingkat harga.

Harga (RM) Permintaan (kg) Penawaran (kg)

2 92 52
4 84 64
6 76 76
8 68 88
10 60 100

(a) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan kambing panggang. [1]

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan dan keluk penawaran
kambing panggang. [3]

(c) Kajian mendapati makan kambing panggang menyebabkan masalah kesihatan. Hal ini
menyebabkan fungsi permintaan kambing panggang berubah kepada Qd = 80 – 4P.

(i) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan kambing panggang yang baharu? [3]

(ii) Dengan menggunakan kertas graf dalam jawapan (b), lukis keluk permintaan
kambing panggang yang baharu. [1]

(d) Hitung perubahan lebihan pengguna. [2]

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 11

28 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos yang ditanggung oleh sebuah firma penerima harga
pada pelbagai tingkat keluaran.

Keluaran (unit) Jumlah kos (RM)

0 30
1 40
2 45
3 51
4 59
5 70
6 84
7 104
8 125

(a) Hitung jumlah kos tetap purata yang ditanggung oleh firma pada keluaran ke 4 unit. [2]

(b) Hitung kos purata, kos sut, dan hasil sut firma pada setiap tingkat keluaran jika harga
seunit keluaran ialah RM20. [3]

(c) Hitung tingkat keluaran yang memaksimumkan untung firma [2]

(d) Hitung jumlah keuntungan atau kerugian firma pada tingkat keseimbangan [2]

(e) Berdasarkan jawapan (d), apakah kesan terhadap bilangan firma dalam pasaran? [1]

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 12

29 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti buruh, jumlah keluaran dan jumlah hasil barang X bagi
sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Kuantiti buruh Jumlah Keluaran Jumlah hasil

(unit) (unit) (RM)
0 0 0
10 100 1,000
20 180 1,800
30 240 2,400
40 280 2,800
50 300 3,000

(a) Hitung tingkat harga barang X . [2]

(b) Hitung keluaran hasil purata buruh dan keluaran hasil sut buruh. [4]

(c) Sekiranya upah buruh RM40.00 seunit,

(i) berapakah kuantiti buruh yang memaksimumkan untung? [2]

(ii) hitung keuntungan yang diperoleh firma pada tingkat keseimbangan. [2]

944/1 [Lihat sebelah

*JKD MUAR (2018) / Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like