You are on page 1of 2

Isnin [14 Jun 2021]

PdPR@m3

PENGAJIAN AM 2
BAHAGIAN B

Jawab soalan-soalan berikut. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

SOALAN 1

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk
menunjukkan perbandingan bilangan kes penyakit malaria mengikut negeri terpilih di Malaysia
bagi tempoh masa yang dinyatakan.

Di Malaysia, kes penyakit malaria yang secara umumnya sukar dikawal dikaitkan
dengan kebanjiran warga asing, terutamanya yang masuk ke negara ini tanpa melalui
pemeriksaan kesihatan dan juga kuarantin. Bagaimanapun usaha berterusan untuk memerangi
penularan penyakit ini berjaya mengurangkan sebanyak 740 kes penyakit malaria pada tahun
2010 berbanding 7,390 kes yang dicatatkan dua tahun sebelum itu.

Sabah merupakan negeri yang mencatatkan bilangan kes tertinggi pada tahun 2008
apabila sebanyak 4,139 kes penyakit malaria dikesan di negeri tersebut ekoran daripada faktor
sanitasi dan kekurangan pengetahuan penduduk berkaitan penyakit ini. Pada tahun 2010, kes
malaria di Sabah berjaya dikurangkan kepada 39.76% . Negeri Sarawak yang menduduki
tempat kedua pada tahun 2008 telah memperlihatkan peningkatan menjadi 2802 kes pada tahun
2010 berbanding 1,909 kes pada tahun 2008.

Penyakit malaria yang dilaporkan di negeri Selangor pada tahun 2008 adalah sebanyak
223 kes atau 3.02% iaitu kurang sebanyak 49 kes berbanding kes malaria yang dilaporkan di
negeri Kelantan. Kes malaria yang dilaporkan bagi kedua-dua negeri ini mengalami
pengurangan masing-masing kepada 196 kes dan 176 kes dua tahun kemudian. Negeri Pahang
pula menunjukkan pola yang berbeza berbanding dengan negeri Selangor dan Kelantan pada
tahun 2010 apabila meningkat kepada 196 kes atau 2.95%. Kes malaria yang dilaporkan dua
tahun sebelum itu di negeri Pahang adalah sebanyak 154 kes sahaja.

Bilangan kes penyakit malaria selebihnya disumbangkan oleh negeri-negeri lain seperti
Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor. Pada tahun 2010, sebanyak 636 kes penyakit
malaria dilaporkan. Bilangan ini merupakan pengurangan sebanyak 57 kes berbanding kes
yang dilaporkan pada tahun 2008. Kesemua negeri tersebut menunjukkan trend merosot
kecuali negeri Johor yang mengalami peningkatan sebanyak 61.11% berbanding sebanyak 90
kes yang dilaporkan pada tahun 2008.

Walaupun Kementerian Kesihatan mensasarkan penyakit malaria akan dapat dihapuskan


sepenuhnya antara tahun 2015 hingga 2018, namun selagi terdapat kawasan takungan air yang
tidak mengalir, nyamuk Anopheles akan terus berkembang biak. Oleh sebab itu, suatu usaha
yang serius untuk menyekat kewujudan penyakit ini harus dilaksanakan secara bersepadu demi
kepentingan manusia sejagat.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2011,
Jabatan Perangkaan Malaysia)
Isnin [14 Jun 2021]
PdPR@m3

SOALAN 2

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan perbezaan jumlah pinjaman yang diperuntukkan bank perdagangan
mengikut sektor-sektor terpilih di Malaysia pada tempoh yang dinyatakan.

Bagi menyokong transformasi kerajaan ke arah menjadi ekonomi bernilai tambah dan
berpendapatan tinggi, keupayaan sistem kewangan memacu sektor ekonomi dengan
menyediakan pakej pinjaman jangka pendek dan sederhana.
Bagi sektor asas pertanian, pada bulan Julai 2010 mencatatkan peruntukan pinjaman
sebanyak RM16,230 juta daripada RM119,296 juta berbanding jumlah pinjaman yang
diperuntukkan pada bulan Disember pada tahun yang sama sebanyak RM16,084 juta.
Pada bulan Julai dan Disember 2010, jumlah peruntukan pinjaman bagi sektor pembinaan
berjumlah RM62,227 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak 51.15% adalah jumlah
peruntukan pinjaman bank perdagangan kepada sektor pembinaan pada bulan Disember 2010.
Jumlah keseluruhan peruntukan pinjaman pada bulan Disember 2010 adalah sebanyak
RM124,236 juta.
Jumlah peruntukan pinjaman kepada sektor hartanah adalah sebanyak RM30,558 juta pada
bulan Julai 2010, manakala pada bulan Disember 2010 pula jumlah pinjaman kepada sektor
yang sama berjumlah RM33,669 juta. Peruntukan pinjaman kepada sektor ini mencatatkan
jumlah paling tinggi ekoran berlaku sedikit perkembangan dalam urus niaga hartanah terutama
di lokasi strategik.
Sektor pendidikan dan kesihatan juga mencatatkan peruntukan yang ketiga tertinggi
sepanjang tahun 2010. Pada bulan Disember, jumlah peruntukan bank perdagangan sebanyak
RM24,108 juta, telah meningkat sebanyak RM509 juta berbanding peruntukan pinjaman pada
bulan Julai tahun 2010.
Pada tahun 2010 dan tahun 2011, iaitu selepas Model Baru Ekonomi dibentangkan dalam
Rancangan Malaysia ke sepuluh, beberapa bank perdagangan di Malaysia telah memberi
keutamaan dalam sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi. Pada bulan Disember
2010 pula peruntukan pinjaman kepada sektor ini berjumlah RM18,546 juta. Manakala pada
bulan Julai 2010 pula jumlah peruntukan pinjaman sebanyak RM18,511 juta.

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Laporan Ekonomi Kerajaan Persekutuan Malaysia,
Suku Ketiga 2010)

You might also like