You are on page 1of 13

TUGASAN PENTAKSIRAN AKHIR

SEMESTER 2 SESI 2020/2021

KOD KURSUS: HNP 3063

KURSUS: EKONOMI POLITIK DI MALAYSIA

NAMA : NUR SYAHIDA BINTI SHAFIRON

NO MATRIK : D20172081060

SEMESTER : 7 (AT58)

KUMPULAN :A

NAMA PENSYARAH : DR. NORHAFIZA BINTI MOHD HED


PANDANGAN JAWAPAN SOALAN 1

Dunia telah berubah dan Malaysia juga antara negara yang tidak terkecuali dalam
mengharungi pandemik koronavirus (COVID-19). Menurut statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 2 Julai 2021, sebanyak 765,949 jumlah
keseluruhan kes yang dicatatkan di Malaysia. Selepas lebih setahun penularan wabak
pandemik bertapak di Malaysia, saban hari kes yang dicatatkan tidak menunjukkan bilakah
peperangan menentang COVID-19 ini akan berakhir. Sungguh menyedihkan nasib rakyat
dalam menguruskan kehidupan, malah perniagaan dan industri semakin hari semakin tenat.
Premis-premis perniagaan sama ada kecil, sederhana termasuklah industri- industri besar
yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara terpaksa ditutup. Pakar ekonomi
berpendapat masa yang akan diambil untuk memulihkan pendapatan serta ekonomi rakyat
dan negara agak lama untuk kembali stabil. Setiap hari media melaporkan situasi rakyat
mengalami depresi serta tekanan hidup yang amat kuat. Statistik Polis Diraja Malaysia
(PDRM) melaporkan sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30
Oktober sewaktu PKP 1.0 dilaksanakan. Ia merupakan implikasi tekanan hidup yang
semakin meningkat dari hari ke hari. Amat membimbangkan apabila Malaysia perlu
berhadapan dengan keadaan “triple-whammy crisis”. Menurut Tricia Yeoh, 2020 selaku
Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), “triple-
whammy crisis” merujuk kepada ancaman pandemik COVID-19, ketidakstabilan politik dan
kemerosotan ekonomi dalam tempoh waktu yang sama. Manakala, dalam buku Barry dan
Donald Whittman, 2006 ada menjelaskan bahawa menurut Karl Max, ekonomi politik
merujuk kepada pemilikan alat pengeluaran yang bergantung kepada proses sejarah. Dalam
perkembangan sains, ekonomi politik adalah kajian interdisipliner yang menggunakan ilmu
ekonomi, sosiologi, dan sains politik dalam menjelaskan bagaimana institusi politik,
persekitaran politik, dan sistem ekonomi sistem kapitalis, sosialis, komunis, saling
bergantung.

Setelah menganalisa hubungan antara ancaman pandemik COVID-19,


ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi dalam konteks ekonomi politik di Malaysia
yang pertama ialah saya mendapati ianya telah menyebabkan krisis ekonomi menjadi buruk
dengan kadar pertumbuhannya yang negatif tetapi masih dalam keadaan terkawal. Pada
tahun 2020, Bank Dunia mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia
telah mengalami penguncupan antara 0.1 peratus hingga 4.6 peratus berikutan krisis Great
Lockdown. Kesan ini adalah berpunca dari penurunan pelaburan langsung asing (FDI),
pelancongan, komoditi, akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika dilihat pada
awal tahun 2021, apabila negara mengisytiharkan darurat maka sedikit sebanyak ialah telah

1
mendorong pelabur asing untuk beralih arah dan menarik keluar pelaburannya dari
Malaysia. Meskipun dengan melakukan darurat ianya dapat memulihkan kestabilan politik
buat seketika di Malaysia, tetapi bagi pelabur asing mereka melihat perkara ini sebagai satu
langkah yang tidak demokratik di tambah pula apabila syarikat-syarikat besar asing ini
menetapkan kestabilan politik sebagai kriteria utama dalam pelaburan mereka. Sebagai
contoh, meskipun terdapat pelabur asing yang menarik diri namun saya melihat Malaysia
tidak terlalu risau tentang penarikan diri oleh pelabur, ini kerana ia merupakan perkara biasa
yang seringkali dialami oleh negara kita tetapi ianya tidaklah seteruk keadaan negara-
negara lain yang menjadi mangsa perang dagang yang melibatkan China dan Amerika
Syarikat. Buktinya di sini, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2021,
beliau menegaskan bahawa Malaysia masih kekal menjadi destinasi pelaburan asing yang
bernilai tinggi. Ini dikukuh lagi apabila Syarikat teknologi Global Microsoft masih kekal
melabur sehingga berjumlah RM 4 bililon dan bersetuju untuk melatih rakyat Malaysia dalam
bidang teknologi sehingga tahun 2025. Selain itu, menurut kenyataan Menteri Kewangan
2021, menyatakan Prestasi KNDK suku pertama 2021 bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia
adalah semakin pulih, ini di tambah pula apabila pelabur asing masih terus yakin dengan
pasaran bon Ringgit setakat empat bulan pertama 2021 yang berjumlah RM 23.09 bilion
aliran masuk bersih yang telah dicatatkan. Maka, meskipun begitu, kerajaan mestilah terus
berwaspada kerana pertumbuhan ekonomi Malaysia masih lagi berhadapan dengan risiko
ketidaktentuan pasaran.

Seterusnya, hasil analisis yang melibatkan krisis tiga serangkai ini, saya mendapati
bahawa krisis politik yang berlaku di Malaysia sewaktu ini akan mencabar legitmasi
kepimpinan dalam pemerintahan Perikatan Nasional dimana ia akan menjurus kepada krisis
governan negara. Apa yang saya lihat disini setelah kejatuhan Pakatan Harapan (PH) dan
bermulanya penubuhan Perikatan Nasional (PN) hingga kini situasi politik di Malaysia
sentiasa dalam keadaan tidak menentu lebih- lebih lagi sejak berlakunya pengisytiharan
darurat pada awal tahun 2021 ditambah pula dengan penggantungan Parlimen. Dapat kita
bandingkan dengan krisis yang berlaku lebih dua dekad yang lalu, iaitu krisis kewangan
pada tahun 1997, 1998 dimana ia telah merebak menjadi “double whammy crisis” yang
melibatkan krisis ekonomi dan krisis politik, namun pada ketika itu, kedua-kedua krisis ini
mulai menjadi stabil kerana pada waktu itu negara tidak mempunyai darurat politik
(penggantungan parlimen) mahupun darurat kesihatan. Maka, saya melihat situasi negara
sekarang adalah jauh lebih membimbangkan dalam lingkungan tempoh 20 tahun ini sejak
memasuki abad ke 21, ini kerana sekarang kita sedang berhadapan dengan “triple whammy
crisis”. Sebagai contoh, menurut International Crisis Group 2020, mereka melihat krisis
COVID-19 ini sebagai satu kesempatan kepada barisan pemimpin kerajaan untuk

2
memenuhi objektif dan meluaskan kuasa diperingkat domestik mahupun antarabangsa. Ini
kerana sepanjang tempoh parlimen tidak bersidang dan ditambah pula dengan perintah
kawalan pergerakan ia telah memberikan peluang kepada kerajaan untuk bergerak secara
lebih proaktif dari segi kuasa politik tanpa semak dan imbang. Namun, sekiranya pemimpin
sekarang gagal untuk menangani krisis ini maka, secara tidak langsung masyarakat di
negara ini akan mulai hilang kepercayaan kepada sistem kerajaan. Hujahan saya ini dapat
dikukuhkan lagi apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia 2021, menyatakan bahawa
sekiranya masyarakat menolak parti politik, itu adalah perkara biasa, tetapi sekiranya
masyarakat menolak kerajaan ini akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan serta
krisis-krisis lain juga. Maka, amatlah diharapkan agar ahli-ahli parlimen serta pemimpin
atasan lebih bertanggungjawab, lebih peka mendengar segala keluhan rakyat, serta
berintegriti dalam memimpin negara melawan krisis tiga serangkai ini.

Seterusnya, kita akan beralih pula kepada langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi “triple whammy crisis”. Yang pertama ialah kerajaan mestilah proaktif dengan
menambahbaik sistem kesihatan negara yang sedia ada. Rakyat Malaysia ini bertuah
kerana sejak mencapai kemerdekaan negara kita mempunyai perkhidmatan kesihatan
antara yang terbaik di dunia. Namun, setelah kehadiran pandemik COVID-19 ia benar-benar
menguji dan mengajar kita bahawa betapa pentingnya negara mempunyai sistem kesihatan
yang terbaik. Tidak dinafikan pencapaian semasa sistem kesihatan negara kita telah
membuktikan kesungguhan serta keprihatinan kerajaan dalam membantu pihak barisan
hadapan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang memerlukan.
Sebagai contoh, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia 2021, ada menyatakan bahawa
sistem kesihatan Malaysia adalah diyakini oleh saintis antarabangsa ini kerana terdapat
sembilan hospital dan tiga ribu sukarelawan tempatan serta sektor kesihatan dunia terlibat
telah dalam Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19. Maka, sehingga saat ini ia KKM telah
membuktikan bahawa mereka mempunyai kualiti yang baik dalam bidang penjagaan
kesihatan. Namun, tatkala pandemik COVID-19 mula merebak, maka telah berlaku
pertambahan bilangan pesakit di hospital-hospital dan terdapat beberapa buah hospital
negeri di Malaysia berada di fasa kritikal. Sebagai contoh menurut akhbar Utusan Malaysia
pada 2 Julai 2021, seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur mendedahkan
bahawa mereka sudah tidak lagi mampu untuk menampung pesakit baharu. Selain itu,
mereka juga terpaksa melakukan bantuan penafasan (CPR) hanya di atas lantai kerana
tidak mempunyai katil yang mencukupi di tambah lagi dengan pesakit terpaksa berkongsi
tangki oksigen kerana tangki yang sedia ada sudah tidak mencukupi. Menyedari hakikat ini,
kerajaan disarankan agar lebih pantas dan proaktif dalam melaksanakan penambahbaikkan

3
terhadap sistem kesihatan negara agar pihak barisan hadapan dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik demi menyelamatkan rakyat dari wabak ini.

Seterusnya, langkah lain yang dapat dilakukan untuk menangani “triple whammy
crisis” ialah kerajaan perlu mempertingkatkan penciptaan peluang pekerjaan kepada rakyat
yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Apabila Covid-19 melanda
negara ianya telah memberi kesan yang besar kepada semua sektor baik dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Jika dikaitkan dengan aspek ekonomi dan sosial, menurut statistik yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Februari 2021 menunjukkan kadar
pengangguran terkini adalah seramai 777.5 ribu orang. Ia merupakan jumlah yang agak
besar. Selain itu, menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sejak PKP
dilaksanakan pada bulan Mac hingga Oktober 2020 sebanyak 13,445 syarikat telah
memberhentikan operasinya, maka ramailah rakyat yang telah hilang punca pendapatan.
Tidak dinafikan pujian harus diberikan kepada kerajaan kerana telah mengorak langkah
dengan membentuk Majlis Pekerjaan Negara selaras dengan matlamat pertama Belanjawan
2021 iaitu kesejahteraan rakyat. Kita dapat lihat bahawa penubuhan MPN adalah selaras
dengan matlamat kerajaan untuk memulihkan serta merangsang semula sektor ekonomi di
Malaysia dan MPN juga menyasarkan sebanyak 500 ribu perwujudan peluang pekerjaan
kepada rakyat Malaysia yang terkesan. Meskipun begitu, kerajaan perlu terus memikirkan
dan memperkenalkan langkah-langkah lain untuk memulihkan ekonomi supaya dapat pulih
dengan dengan pantas. Saya berpendapat disini, tindakan yang kerajaan lakukan sekarang
ini adalah untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat, perniagaan dan juga
untuk melandaikan keluk penularan wabak ini tetapi kerajaan sekarang harus bersedia untuk
menempuh cabaran yang lebih mencabar tatkala pasca PKP nanti. Sebagai contoh,
kerajaan perlulah mempertingkatkan lagi dana bagi mengalakkan penghasilan produk
buatan tempatan. Hal ini adalah untuk memberi peningkatan kepada kuasa beli rakyat bagi
mengelak daripada krisis ekonomi terus berlaku. Maka, kerajaan perlulah memastikan
inisiatif yang diberikan dapat membantu rakyat dalam membelanjakan barangan buatan
negara sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berkuatkuasa. Ini
adalah untuk memastikan ekonomi domestik berjalan dengan lancar. Diharapkan rakyat
sedar bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan bukan hanya untuk digunakan bagi
kelangsungan hidup tetapi juga untuk memberi kesan pengganda kepada ekonomi
domestik. Oleh itu, kerajaan haruslah bertindak lebih proaktif dalam memulihkan semula
ekonomi rakyat dan juga negara.

Selain itu, langkah lain yang dapat dilakukan untuk menangani “triple whammy crisis”
ialah kerajaan perlu mengaplikasikan landskap politik baru di Malaysia. Sebagai contoh
pada suatu ketika dahulu dibawah kerajaan Dato Sri Najib, beliau telah memperkenalkan

4
model politik baharu yang berpaksikan idealism perjuangan. Dimana, idea ini berfokuskan
kepada amalan politik ilmu, politik hikmah, dan politik bakti, bukannya politik ampu, politik
fitnah dan politik undi. Saya kira idea ini telah memberi gambaran bahawa pentadbir
kerajaan tidak hanya berperanan sekadar menjadi kerajaan, tetapi haruslah menjadi
pemudahcara. Namun, apa yang saya lihat sejak akhir-akhir ini, saya mendapati bahawa
rakyat mulai muak dengan corak politik yang dimainkan oleh pemimpin politik tidak kiralah
dari mana-mana parti sekalipun. Apa yang rakyat mahukan ialah perubahan yang
menjadikan politik di negara menjadi semakin utuh yang dapat menjamin kesejahteraan
rakyat. Jika dilihat dalam konteks sikap pemimpin politik dan penularan pandemik,
sebenarnya, saya agak sedikit kecewa dengan sesetengah pemimpin politik yang tidak
serius mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) bagi mengekang penularan wabak
pandemik ini. Mungkin saya tidak perlu beritahu siapakah pemimpin itu kerana saya kira Dr
juga tahu siapakah gerangan pemimpin yang melanggar SOP disaat rakyat masih tenat.
Seharusnya, pemimpin mestilah menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat
kerana pada saat ini mereka ini bukan sahaja merupakan pemimpin dalam pentadbiran
negara malah, mereka juga merupakan pemimpin moral kepada rakyat. Oleh itu, apabila
memegang mandat maka, buatlah yang terbaik demi rakyat dan negara. Namun, apabila
ada melakukan kesilapan dan berhadapan dengan kegagalan, akuilah kegagalan serta
kesilapan itu, janganlah sesekali cuba untuk berdalih. Ini kerana rakyat Malaysia pada hari
ini sudah terbuka mindanya, Maka, sebagai pemimpin, seharusnya perlulah menghormati
kebijaksanaan rakyat dan sama-samalah kita saling mematuhi undang-undang. Oleh itu,
dengan pengaplikasikan landskap politik baru di Malaysia sedikit sebanyak ia dapat
menjadikan sistem demokrasi dan hubungan rakyat serta pemimpin politik menjadi lebih
utuh.

Kesimpulannya, seperti yang kita lihat kerajaan Malaysia masih terus komited dan
masih berusaha untuk mengatasi krisis tiga serangkai ini. Pada masa ini, keprihatinan dan
sokongan baik dari sudut pemimpin mahupun masyarakat amatlah signifikan bagi
memastikan setiap aturan kawalan serta perancangan ekonomi kekal diterapkan agar
keadaan sukar yang ditempuhi ini mampu melenyapkan virus berbahaya ini dan diharapkan
selepas berlalunya wabak COVID-19 ini akhirnya semua mengambil iktibar dan sedar
tentang kesan kepada semua pihak apabila negara berhadapan “triple whammy crisis”.

5
RUJUKAN

Consumer News and Business Channel. (18 Mei 2020). Malaysia is facing a “triple whammy
crisis”, says analyst. Diakses pada 2 Julai 2021,
https://www.cnbc.com/video/2020/05/18/malaysia-is-facing-a-triple-whammy-crisis-
says-analyst.html.

Fareez Azman. (2021). Pelabur asing masih kekal keyakinan melabur di Malaysia. Diakses
1 Julai 2021, daripada https://www.astroawani.com/berita-bisnes/pelabur-asing-
masih-kekal-keyakinan-melabur-di-malaysia-azmin-294131.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021, Februari). Kadar Pengangguran Terkini. Dimuat turun
daripada https://www.dosm.gov.my/v1_/.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021). Sistem Kesihatan negara diyakini sainstis


antarabangsa. Diakses 1 Julai 2021, daripada http://covid-19.moh.gov.my/semasa-
kkm/2021/feb/sistem-kesihatan-negara-diyakini-saintis-antarabangsa.

Kementerian Kewangan Malaysia. (2021). Prestasi KDNK Suku Pertama: Pertumbuhan


Ekonomi Malaysia Semakin Pulih. Diakses 1 Julai 2021, daripada
https://www.mof.gov.my/ms/berita/siaran-media/prestasi-kdnk-suku-pertama-2021-
pertumbuhan-ekonomi-malaysia-semakin-pulih.

Laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (2020). Sejak PKP dilaksanakan pada bulan Mac
hingga Oktober 2020 sebanyak 13,445 syarikat telah memberhentikan operasi
Dimuat turun daripada https://www.ssm.com.my/Pages/Home.aspx.

Maherul, M. (2008). Mengenal Ekonomi Politik. 1–12.

Muhamad Hafis. (26 Januari 2021). 2.8 Juta hilang pekerjaan jika total lockdown
dilaksanakan. Diakses 2 Julai 2021, Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/668292/28-juta-hilang-pekerjaan-jika-
total-lockdown-dilaksanakan.

Omar Zin. (2 Julai 2021). Katil tidak cukup, pesakit kongsi tangka oksigen. Diakses 2 Julai
2021, Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/katil-tidak-cukup-
pesakit-kongsi-tangki-oksigen/.

The Malaysian Insight. (2020). Covid-19 dan masa depan politik Malaysia. Diakses 1 Julai
2021. daripada https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/235803.

Weingast, Barry and Donald A. Wittman. 2006. The Oxford Handbook of Political Economy.
New York: Oxford University Press.

6
PANDANGAN JAWAPAN SOALAN 2

Ekonomi merupakan antara cabang ilmu pengetahuan yang sangat besar dan luas, ilmu
ekonomi diberi gelaran sebagai the oldest art, and the newest science. Ilmu ekonomi ini juga
merupakan antara seni yang tertua di dunia (Suleman, Nainggolan, Rahmadana, Syafii,
Susanti, Supitriyani & Siregar, 2020). Alfred Marshall mendefinisikan ekonomi sebagai satu
bidang yang mengkaji tentang manusia dalam kehidupan seharian, ia membawa maksud
separuh daripada tindakan individu serta masyarakat akan berkait rapat dengan pencapaian
dan perlu menggunakan asas kebendaan untuk menjamin kesejahteraan dalam kehidupan.
(Khairunnisa,2013). Selain itu, Milton Friedman dalam bukunya yang bertajuk Price Theory
mendefinisikan ekonomi sebagai sains yang mengkaji bagaimana sesebuah masyarakat
dapat menyelesaikan masalah ekonominya. (Khairunnisa,2013). Setelah mengemukakan
tentang definisi ekonomi, maka perbincangan ini akan mengupas tentang perbandingan teori
dalam kategori makroekonomi dimana ia melibatkan Teori Ekonomi Klasik dan Teori
Ekonomi Keynesian bagi menjelaskan peranan negara dalam pasaran.

Perbandingan yang pertama adalah melibatkan pasaran barang. Terlebih dahulu


penulis akan mengemukakan tentang Teori Ekonomi Klasik kemudian akan disusuli dengan
Teori Ekonomi Keynesian. Teori Ekonomi Klasik merupakan aliran pemikiran yang
diperkenalkan oleh Adam Smith. Beliau dilahirkan di Kirkcaldy, Scotland pada 5 Julai 1723.
Prinsip utama yang terkandung dalam teori ini adalah mengenai kepentingan peribadi (self
interest) dan semangat individualisme (Laissez- faire) (Priyono & Zainuddin,2012). Teori ini
menggunapakai sistem ekonomi yang bersifat liberal dimana setiap orang bebas melakukan
kegiatan ekonomi bagi mencapai kesejahteraan. Sebagai contoh, konsep Invisible Hand
menggambarkan bahawa sekiranya perniagaan baru dibuka, maka secara tidak langsung ia
akan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain juga. Dalam teori ini pasaran barang
adalah bergantung kepada demand and supply, dan setiap barang yang dikeluarkan akan
sentiasa diperlukan dalam erti kata Hukum Say “supply creates its own demand” dan harga
dalam semua barang adalah fleksibel dimana ia melibatkan kadar turun naik mengikut
tarikan penawaran dan permintaan. Semua penghasilan akan dibelanjakan di pasaran
barang (S=1) dan campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi adalah terhad serta
boleh dianggap sebagai tiada. Sekiranya berlaku kemelesetan KDNK, ia hanya perlu tunggu
sahaja sehingga keadaan kembali stabil (Rowland,2016). Seterusnya, Teori Ekonomi

7
Keynesian merupakan aliran pemikiran yang diperkenalkan John Maynard Keynes. Beliau
dilahirkan di Cambridge, England pada 5 Jun 1883. Teori ini diperkenalkan bagi mengatasi
krisis ekonomi yang berlaku ketika itu “Wall Street Crash” pada tahun 1929 dan “The Great
Depression” pada tahun 1930 Teori ini adalah untuk mengatasi krisis ekonomi dengan
menegaskan kerajaan harus lebih banyak melakukan campur tangan secara langsung
dalam ekonomi negara. (Priyono et al,2010). Dalam teori ini permintaan barang tidak sama
dengan permintaan serta penawaran ini kerana tidak semua pendapatan akan dibelanjakan
tetapi sebahagiannya akan disimpan dalam bentuk tabungan ataupun saving (S=1).
Tabungan ini tidak akan menambah permintaan efektif terhadap barang serta perkhidmatan.
Jika tabungan ini tidak segera dicairkan maka akan menjadi berlebihan pada stok barang
(penawaran). Harga barangan adalah tidak fleksibel ataupun rigid, akibatnya apabila KDNK
dan pendapatan menurun, maka harga juga akan menurun dan boleh menyebabkan
berlakunya kemelesetan ekonomi. Dalam teori ini perlu ada campur tangan kerajaan untuk
mengatasi krisis ekonomi. Sebagai contoh, pengembangan dasar fiskal iaitu memotong
cukai dan meningkatkan perbelanjaan. (Rowland,2016).

Perbandingan yang kedua adalah melibatkan pasaran wang. Dalam Teori Ekonomi
Klasik, pasaran wang diperlukan untuk menjalankan transaksi sebagai contoh proses jual
beli barang dan perkhidmatan. Dalam teori ini wang tidak akan menghasilkan apa-apa
kecuali hanya untuk memudahkan transaksi, wang yang akan diminta hanyalah sekadar
yang diperlukan. Maka, apabila semakin banyak transaksi dilakukan oleh masyarakat, akan
semakin banyak pula wang yang diperlukan oleh masyarakat. Transaksi dalam pasaran
wang akan bergantung dalam dua keadaan yang iaitu kadar harga umum dan jumlah
barang serta perkhidmatan yang dikeluarkan oleh masyarakat. Penawaran wang akan
disediakan oleh kerajaan di bank-bank yang terlibat. Oleh itu, semakin besar KDNK,
diharapkan semakin banyak transaksi yang akan dilakukan dan semakin tinggi harga umum
maka, akan semakin banyak wang yang diperlukan untuk melakukan transaksi
(Rowland,2016). Seterusnya, Teori Ekonomi Keynesian, teori ini tidak bersetuju sekiranya
permintaan wang hanya ditentukan oleh keperluan transaksi dimana transaksi ini
dipengaruhi oleh harga barang, pengeluaran barangan dan kecepatan putaran wang dalam
pasaran. Maka, permintaan wang ditentukan oleh tiga faktor utama iaitu, keperluan
transaksi, ini adalah sama dengan pendapatan ekonomi klasik dimana transaksi akan
bergantung kepada pengeluaran barangan dan harga. Seterusnya, keperluan untuk berjaga-
jaga, ini bermakna ia adalah untuk kepentingan apabila menghadapi situasi yang tidak
normal yang memerlukan wang yang banyak. Sebagai contoh, apabila berlaku darurat atau
sekarang pandemik Covid-19 ia telah mendorong negara mengeluarkan perbelanjaan yang
banyak demi menjaga kebajikan rakyat. Dan faktor yang terakhir ialah, keperluan untuk

8
spekulasi, dimana permintaan wang adalah spekulasi untuk mendapatkan keuntungan.
(Rowland,2016). Sebagai contoh, memegang wang dalam bentuk aset seperti bon yang
dikeluarkan oleh kerajaan, ini kerana bon akan mendatangkan pendapatan dalam bentuk
bunga. Sekarang ini kegiatan spekulasi dilakukan seperti pelaburan di Bursa Malaysia,
Indonesia Stock Exchange, New York Stock Exchange dan sebagainya.

Perbandingan yang ketiga adalah melibatkan pasaran tenaga buruh. Dalam Teori
Ekonomi Klasik, pasaran tenaga buruh dianggap seperti di pasaran barang. Ini kerana
sekiranya harga tenaga kerja cukup fleksibel maka permintaan tenaga kerja selalu akan
seimbang dengan penawaran tenaga kerja. Dalam teori ini tidak ada kemungkinan untuk
berlakunya pengangguran sukarela. Pengangguran sukarela disini merujuk kepada mereka
yang tidak bersedia untuk bekerja pada kadar upah yang telah ditetapkan (Rowland,2016).
Sebagai contoh, seseorang individu menggangur disebabkan pilihannya, bukan kerana
ketiadaan peluang pekerjaan, berhenti kerana baru lepas memenagi cabutan bertuah
sebanyak 10 Juta dan tidak lagi memerlukan gaji tetap. Jadi, mereka ini mereka ini dianggap
sebagai penganggur sukarela. Akan tetapi pengguguran sukarela ini hanyalah berlaku
sementara saja, ini kerana dalam proses penyesuaian dalam pasaran barang, pada saat ia
barangan berada pada tahap keseimbangan, maka full employment dapat tercapai kembali.
Dalam teori ini semua orang yang bersedia menjalankan pekerjaan pada kadar upah yang
ditetapkan maka dia akan memperolehi pekerjaan. Selain itu, dalam teori ini tiada campur
tangan kerajaan bagi mengatasi kadar pengangguran (Rowland,2016). Manakala, dalam
Teori Ekonomi Keynesian, pasaran tenaga buruh adalah tidak seimbang, ini kerana upahnya
adalah bersifat rigid sehingga permintaan dan penawaran hampir tidak seimbang sehingga
pengangguran seringkali terjadi. Dalam teori ini,terdapat tiga jenis pengganguran antaranya
ialah pengangguran kerana adanya pergeseran dalam output dari pelbagai sektor dan ianya
bersifat sementara. Sebagai contoh, ia boleh terjadi kepada pelajar yang sedang mencari
pekerjaan, atau seseorang yang diberhentikan dengan alasan khusus oleh perusahaan.
Seterusnya, pengangguran bermusim terjadi apabila terdapat peralihan musim khususnya
dalam sektor utama, iaitu pertanian dan perikanan. Sebagai contoh, musim tengkujuh akan
berlaku pengangguran bermusim kepada nelayan atau ketika menunggu padi masak akan
mengakibatkan pengangguran bermusim kepada pesawah. Seterusnya, pengangguran
yang dibuat. Pengangguran ini terjadi akibat terdapat intervensi di pasaran tenaga kerja.
Sebagai contoh, kerajaan menaikkan tarif pajak ataupun harga bahan bakar minyak. Dalam
teori ini, campur tangan kerajaan adalah perlu bagi mengatasi krisis pengangguran.
(Rowland,2016).

Perbandingan yang keempat adalah melibatkan pasaran antarabangsa. Dalam Teori


Ekonomi Klasik, menerusi pasaran antarabangsa kerajaan harus mengikut sistem kewangan

9
umum antaranya ialah sistem standard emas, dimana wang akan dijamin melalui emas.
Sebagai contoh, standard emas Amerika Syarikat pada tahun 1934 dimana dua dolar
bersamaan1/3,5 paun emas. (Deny, Ulfira & Elida, 2010). Kelebihan menggunakan sistem
standard emas adalah bagi persediaan ekonomi jangka panjang, kadar antarabangsa yang
tetap dan dapat mencegah beberapa jenis penindasan kewangan. Selain itu, menggunakan
wang kertas yang tidak dijamin dengan emas tapi bergantung kepada pasaran. Berdasarkan
teori ini, dunia secara automatiknnya mampu untuk memperbaiki ketidakseimbangan yang
berlaku, maka ekonomi nasional tidak perlu bersusah payah untuk menyeimbangkan
perdagangan mereka. Manakala, Dalam Teori Ekonomi Keynesian, campur tangan kerajaan
adalah diperlukan untuk membantu mengembangkan lagi pasaran antarabangsa. Dalam
teori terdapat tiga prinsip utama iaitu, kaedah faedah, kadar cukai dan program sosial. Kadar
faedah disini merujuk kepada jumlah yang dikenakan kepada peminjam untuk sebarang
bentuk hutang. Sebagai contoh, sewaktu ekonomi stabil ataupun kitaran “boom”, Ekonomi
Keynesian mempunyai pendapat dimana Bank Pusat Federal Reserve (The Fed) adalah
bank pusat Amerika Syarikat dan ia merupakan pihak berkuasa kewangan, di sebalik
ekonomi pasaran bebas terbesar di dunia. Seterusnya, cukai, ia merupakan sumber
pendapatan utama kerajaan untuk membiayai kos pembangunan, penjagaan kesihatan
program sosial dan sebagainya. Sebagai contoh, sewaktu ekonomi stabil ataupun kitaran
“boom”, Ekonomi Keynesian mempunyai pendapat dimana kerajaan harus meningkatkan
kadar cukai agar dapat melancarkan pertumbuhan ekonomi. Seterusnya, Program sosial.
Sebagai contoh, sewaktu ekonomi stabil ataupun kitaran “boom”, Ekonomi Keynesian
mempunyai pendapat dimana kerajaan harus mengurangkan perbelanjaan bagi program
sosial. Ini kerana program sosial adalah bertujuan untuk memberi latihan kemahiran
tambahan kepada individu untuk merangsang pasaran buruh dengan kemasukan pekerja
mahir. Namun, pada ketika ekonomi dalam keadaan stabil, ekonomi dianggap sudah
mempunyai tenaga kerja yang berkembang pesat, Maka, pelaburan tambahan tidak
semestinya diperlukan.

Kesimpulannya, dalam Teori Ekonomi Klasik ia didasarkan dengan sistem ekonomi


yang bersifat liberal atau sistem Laissez Faire dimana setiap orang bebas melakukan
kegiatan ekonomi demi mencapai kesejahteraan hidup. Dalam pasaran barang tidak
mungkin akan berlakunya kelebihan pada produksi dalam tempoh jangka masa yang lama
kerana ia akan selalu kembali kepada keseimbangan antara penawaran dan permintaan
iaini full employment. Selain itu, teori ini menyatakan bahawa pasaran tenaga buruh yang
berlaku berada di situasi dimana semua orang bersedia untuk bekerja dengan tingkat upah
yang ditetapkan untuk memperolehi pekerjaan dan tiada pengangguran sukarela. Dari segi
pasaran wang, masyarakat akan sentiasa memerlukan wang untuk menjalankan transaksi.

10
Dari segi pasaran antarabangsa mereka akan menggunakan salah satu sistem pembayaran
iaitu sistem standart emas ataupun menggunakan wang kertas yang tidak dijamin dengan
emas tapi bergantung kepada pasaran. Manakala, Dalam Teori Keynes full employment
hanya dapat dicapai sekiranya ia dirancang dan tidak akan dapat mencapai dengan
sendirinya. Pada pasaran barang, kemungkinan berlaku kelebihan produksi dan
kemungkinan kekurangan produksi secara umumnya juga boleh terjadi. Selain itu, pada
pasaran wang, ia ditentukan dengan tiga faktor utama iaitu keperluan transaksi, keperluan
berjaga-jaga dan keperluan spekulasi. Dalam teori ini, proses menuju kesimbangan baru
akan memakan waktu yang agak lama dan ia juga bergantung kepada rintangan yang
menghalang proses-proses itu. Maka, berdasarkan perbandingan terhadap kedua - kedua
teori ini didapati terdapat pro dan kontranya yang sendiri. Sebagai contoh, dalam
menghadapi pandemik ini, Malaysia dilihat menggunakan pendekatan Teori Keynesian bagi
mengelakkan ekonomi di negara ini menjadi tepu susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan
yang sedang dijalankan di negara ini bagi memutuskan penularan wabak Covid-19. Selain
itu, YAB Perdana Menteri Malaysia, ada memperuntukkan sebanyak RM250 bilion kepada
kelompok masyarakat ini adalah untuk memberi masyarakat di Malaysia masih mempunyai
kuasa untuk membeli. Maka, dengan cara ini aktiviti ekonomi akan terus kekal berlangsung
dan akan mengekalkan putaran wang di dalam pasaran negara Malaysia.

11
RUJUKAN

Deny, Ufira & Elida. (2010). Kekuatan Emas dan Perak sebagai mata uang dunia suatu studi
pendahuluan. Jurnal Ekonomi, 18(1), 1-14.

Khairunnisa Mardzuki. (2013). Prinsip Ekonomi. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Pasaribu, R. B. F. (2016). Teori Ekonomi Klasik Versus Teori Ekonomi Keynessian. Teori
Ekonomi Ii, 1–14.

Priyono & Zainuddin. (2012). Teori Ekonomi. Indonesia: Dharma Ilmu.

Suleman, A. R., Ahdiyat, M., Nainggolan, L. E., Rahmadana, M. F., Syafii, A., Susanti, E.,
Supitriyani, & Siregar, R. T. (2020). Ekonomi Makro. 91-93. Unesa University Press.

Terima Kasih Madam

12

You might also like