You are on page 1of 12

SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN

JANUARI / 2021

BBEK4203

PRINSIP MAKROEKONOMI I

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON : 0

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
Jadual Kandungan
1.0 Pengenalan mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat di Malaysia............................2
2.0 Perbincangan tentang kesan-kesan PRIHATIN di Malaysia............................................................4
3.0 Industri yang akan mendapat manfaat yang paling banyak daripada PRIHATIN............................6
4.0 Pandangan mengenai PRIHATIN di Malaysia................................................................................8
4.1 Industri atas talian bertambah baik..............................................................................................8
4.2 Kadar pengangguran di Malaysia................................................................................................8
4.3 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia......................................................................9
4.4 Kuasa Beli rakyat Malaysia.........................................................................................................9
5.0 Kesimpulan....................................................................................................................................10
RUJUKAN / REFERENSI..................................................................................................................11

1
1.0 Pengenalan mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat di Malaysia.

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) (Anon 2020e) adalah satu langkah
yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan kesan akibat daripada Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) (Anon 2020d) yang diumumkan oleh kerajaan pada 18 Mac 2020 dapat
ditangani khususnya berkaitan dengan aktiviti ekonomi yang terencat pada waktu itu. Pakej
ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji
Yassin pada 27 Mac 2020 iaitu hampir seminggu setelah PKP dilaksanakan di seluruh negara.
Dampak pelaksanaan PKP tersebut amat membimbangkan kerana kebanyakan sektor
ekonomi lumpuh kerana tidak boleh beroperasi dan rakyat hanya boleh berada di dalam
rumah masing-masing sahaja.

Langkah yang diambil oleh pihak kerajaan pada ketika itu berteraskan keperluan
untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan sosial berada dalam keadaan yang stabil
dalam membendung penularan Pandemik COVID-19 yang telah meletakkan dunia dalam
keadaan yang penuh mencabar. Penutupan kebanyakan sektor ekonomi telah menjejaskan
pendapatan dan mata pencarian rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan seharian
mereka. COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) telah tersebar hampir ke seluruh pelusuk dunia dan keadaan ini sudah pasti
perlu ditangani oleh kerajaan yang baru dibentuk pasca penjajaran semula politik Malaysia
pada akhir Februari 2020.

PRIHATIN ini memberikan fokus kepada tiga aspek penting iaitu pengukuhan
ekonomi negara, menyokong perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
dan melindungi kebajikan rakyat. Menurut ucapan YAB Perdana Menteri pada ketika itu,
pakej ini dilihat sebagai sebuah pakej yang tidak meminggirkan mana-mana pihak dan
hampir kebanyakan rakyat Malaysia pasti akan merasai impak terhadap pengenalan pakej ini.
Pendek kata, kerajaan juga ingin memastikan bahawa setiap kumpulan masyarakat akan dapat
menikmati insentif yang terkandung dalam pakej yang diperkenalkan pada ketika itu.

Pandemik COVID-19 sudah pasti memberikan kesan yang cukup dahsyat kepada
golongan yang berpendapatan rendah untuk meneruskan kehidupan seharian mereka seperti
biasa. Bayangkan, penutupan sektor ekonomi dan sekolah telah memberikan sedikit beban
kepada ketua keluarga yang pada ketika itu terpaksa duduk bersama dengan seluruh ahli
keluarga pada setiap masa akibat larangan dan halangan yang dilaksanakan oleh kerajaan

2
khususnya Sekatan Jalan Raya (SJR) sehingga hanya satu orang sahaja daripada setiap isi
rumah dibenarkan keluar untuk membeli sebarang barang keperluan dan haruslah dalam jarak
radius 10 kilometer sahaja. Langkah pencegahan dan pemulihan yang direncana oleh kerajaan
sememangnya mampu untuk melandaikan lengkung penularan COVID-19 di peringkat
komuniti. Hal ini dilihat mendatangkan hasil yang cukup baik apabila sekitar 8 Julai 2020,
Malaysia merekodkan tiada jangkitan penularan COVID-19 dalam kalangan warga tempatan.
Ini merupakan sebuah kejayaan dan seharusnya barisan hadapan khususnya doctor, jururawat,
polis dan tentera dihargai kerana kerja keras yang telah dilaksanakan untuk membendung
penularan wabak ini.

PRIHATIN berjumlah RM250 bilion dan mempunyai 35 jenis pakej agihan (Anon
2020f). PRIHATIN ini telah memperkenalkan beberapa perkara yang penting untuk
memastikan hasrat kerajaan supaya tiada pihak yang tercicir dapat dicapai. Antara insentif
yang telah diperkenalkan adalah pemberian elaun khas kepada doktor, jururawat dan
kakitangan perubatan yang terlibat dalam membendung penularan wabak ini. Selain itu,
kerajaan juga telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Rakyat di mana pemberian tunai
secara one-off telah diagihkan kepada golongan yang menjadi sasaran kerajaan. Di samping
itu, golongan pelajar atau mahasiswa juga tidak dilupakan apabila bantuan tunai secara one-
off juga telah diumumkan iaitu sebanyak RM200.00 seorang.

Lain-lain bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan adalah diskaun bil elektrik,
bantuan kewangan kepada pemandu e-hailing, kemudahan internet percuma kepada semua
pengguna dan penangguhan balik bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara
(PTPTN). Bagi strategi untuk menyokong perniagaan khususnya Perusahaan Kecil Sederhana
(PKS), kerajaan telah membenarkan penangguhan bayaran cukai perkhidmatan, pelaksanaan
moratorium bayaran pinjaman dan pengecualian pembayaran levi Tabung Pembangunan
Sumber Manusia (HRDF).

Bagi tujuan pengukuhan ekonomi, kerajaan juga menumpukan segala usaha kepada
pelaburan domestik seperti mengenalpasti projek-projek yang dapat membantu kontraktor
kelas G1 hingga G4, meneruskan segala projek yang direncana di dalam Belanjawan 2020
bagi memelihara pertumbuhan ekonomi serta memastikan bebanan hutang dan kedudukan
fiscal kerajaan berada dalam keadaan yang terkawal.

3
2.0 Perbincangan tentang kesan-kesan PRIHATIN di Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun menyebabkan pergerakan rakyat terhad dan
mereka hanya meluangkan masa di rumah bersama keluarga sepanjang tempoh tersebut.
Namun begitu, pelaksanaan Sesi Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor yang masih boleh
beroperasi sedikit sebanyak membantu untuk meneruskan rutin harian mereka ketika waktu
bekerja. Namun begitu, masa yang terluang nampaknya digunakan oleh orang ramai untuk
menggunakan ruangan digital bagi membeli barangan secara dalam talian. PKP yang
dikuatkuasakan mengehadkan pergerakan sehingga orang ramai beralih kepada pembelian
secara atas talian yang lebih mudah, selamat dan pantas. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif
Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor (Mohd Zaky Zainuddin 2020), permintaan
terhadap kiriman bungkusan amat tinggi sejak negara berada dalam fasa PKP berikutan
aktiviti jual beli dalam talian. Pengumuman oleh YAB Perdana Menteri berkaitan PRIHATIN
juga dilihat sedikit sebanyak memberikan sedikit sumber kepada isi rumah untuk digunakan
oleh mereka sebagai modal untuk membeli barangan keperluan di rumah secara dalam talian.
Sungguhpun jumlah yang diterima tidak lah begitu besar, namun pemberian daripada pihak
kerajaan itu sedikit sebanyak mampu untuk memuaskan hati rakyat untuk menjalankan
aktiviti jual beli menerusi platform yang mudah dan selamat. Permintaan tinggi terhadap
sektor kurier juga memberikan kesan yang baik kepada sektor tersebut dan akan memberikan
impak yang cukup positif kepada para pekerja mereka yang bekerja dan berusaha keras untuk
menyampaikan barangan milik pelanggan tepat pada masanya.

Disamping itu, pakej ransangan ekonomi ini juga menonjolkan keprihatinan kerajaan
dalam membantu golongan yang memerlukan daripada pelbagai latar belakang termasuk
golongan M40, petani, nelayan, mahasiswa dan sebagainya. Insentif yang disediakan oleh
pihak kerajaan pada ketika itu memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia
khususnya yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi ketika negara berhadapan dengan
musuh yang tidak nyata dan penguatkuasaan PKP yang sudah pasti dilaksanakan untuk
memulihkan negara. Geran Khas PRIHATIN yang bernilai RM2.1 bilion (Anon 2020a) dapat
menjaminkan golongan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dapat manfaat
dari PRIHATIN. Sikap kerajaan yang cakna terhadap nasib golongan yang memerlukan
khususnya para PKS dan golongan yang berpendapatan rendah seperti pekebun dan
sebagainya amatlah wajar dipuji selaras dengan hasrat kerajaan uintuk memastikan matlamat
mereka supaya pakej ini tidak meminggirkan sesiapa dapat dicapai dengan jayanya bagi

4
mengurangkan risiko terhadap kelansungan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Keadaan
pada ketika itu adalah amat getir kerana selain daripada matlamat pengukuhan ekonomi,
kerajaan juga harus menitikberatkan keperluan untuk memelihara keselamatan dan kesihatan
sosial sebagai keutamaan untuk memulihkan kembali negara seperti sediakala. Waktu sukar
tersebut diharungi dengan baik oleh pihak kerajaan dalam membendung penularan virus itu
agar mampu dikawal. Kerajaan sememangnya melaksanakan apa yang seharusnya dibuat
oleh sebuah kerajaan bagi memastikan negara berada dalam keadaan yang baik daripada
sudut kesejahteraan sosial dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Bantuan Prihatin Nasional yang diperkenalkan oleh kerajaan di mana jumlah tertinggi
yang ditawarkan oleh kerajaan adalah sebanyak RM1600.00 sahaja dilihat hanya berkesan
untuk bertahan dalam tempoh jangka masa pendek. Namun begitu, jumlah yang diberikan
oleh kerajaan ini sedikit sebanyak mampu untuk membantu sebahagian golongan khususnya
mereka yang berstatus M40 dan B40 bagi memastikan keperluan harian mereka dapat
dipenuhi dan mengelakkan mana-mana pihak tidak terkesan dengan teruk seperti terputus
bekalan makanan atau dihalau daripada rumah yang disewa akibat hilang punca pendapatan.
Golongan yang bekerja khususnya mempunyai perniagaan atau perusahaan tersendiri sudah
pasti terjejas perniagaannya akibat penutupan sektor ekonomi oleh pihak kerajaan bagi
membendung penularan COVID-19. Walaubagaimanapun, jumlah yang diberikan oleh pihak
kerajaan itu sewajarnya digunakan oleh rakyat Malaysia untuk tidak membeli belah melalui
ruang dalam talian melalui vendor-vendor semata-mata, tetapi rakyat harus memastikan
kedudukan kewangan persendirian mampu memperkukuh dan membiayai keperluan harian
masing-masing untuk bertahan dalam tempoh masa yang lama. Keupayaan pemulihan
daripada penularan COVID-19 pasti akan menjadi pencapaian penting bagi mengembalikan
semula kewibawaan kerajaan dalam menguruskan hal ehwal negara khususnya pertumbuhan
ekonomi dan kebajikan rakyat.

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini dilihat cukup menitikberatkan soal
keperluan dan pengurusan barisan hadapan khususnya para doktor, jururawat dan petugas
kesihatan serta penguatkuasa jalan raya seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) apabila mereka diberikan elaun khas diatas sumbangan mereka
untuk menjayakan pelan tindakan kerajaan. Sememangnya pemberian elaun tersebut akan
membantu menaikkan semangat barisan hadapan untuk terus cekal berkhidmat untuk negara
bagi memulihkan semula keadaan seperti sediakala. Penghargaan sebegini amatlah
diperlukan bagi menghargai sumbangan barisan hadapan yang sanggup berhujan dan

5
berpanas menjaga Sekatan Jalan Raya (SJR) dan mengurus pusat-pusat kesihatan seperti
hospital bagi membendung penularan COVID-19 yang mengancam seluruh negara. Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpandangan bahawa
elaun khas tersebut menonjolkan keprihatian kerajaan untuk menghargai pengorbanan yang
telah dilakukan oleh barisan hadapan. CUEPACS juga berpandangan bahawa pemberian
elaun ini boleh dipanjangkan tempohnya dan memohon supaya perkara ini mendapat
pertimbangan sewajarnya daripada pihak kerajaan sebagai tanda terima kasih kepada barisan
hadapan yang bertarung nyawa dan keselamatan mereka terhadap musuh yang tidak nyata
sahaja. Keupayaan dan kecekalan barisan hadapan dalam menempuh tempoh sukar ini adalah
amat bermakna untuk dihargai oleh semua pihak khususnya rakyat Malaysia yang cinta akan
negara ini. Sesungguhnya, kecekalan dan iltizam yang tersemat dalam jiwa barisan hadapan
haruslah diteladani oleh semua rakyat Malaysia dalam menginsafi pengorbanan yang telah
dicurahkan untuk Malaysia yang lebih baik dan sejahtera.

3.0 Industri yang akan mendapat manfaat yang paling banyak daripada PRIHATIN

Pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat oleh YAB Perdana Menteri
amatlah dinantikan oleh semua pihak kerana rakyat menjangkakan segala bentuk manfaat
yang boleh dinikmati oleh mereka akan disampaikan ketika pengumuman ini. Makluman
berkaitan Bantuan Prihatian Nasional (BPN) sedikit sebanyak memberikan keceriaan kepada
seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan berdasarkan sasaran yang ditetapkan oleh
kerajaan untuk menarik nafas lega. Suntikan sumber melalui bayaran tunai secara one-off ini
berpotensi untuk menambah kekuatan pembelian orang ramai dan secara tidak lansung akan
membantu para peniaga kecil yang turut terjejas ketika fasa pencegahan dan pemulihan
negara daripada COVID-19 untuk terus menjalankan perniagaan demi memastikan mata
pencarian mereka tidak terjejas untuk tempoh masa yang lama.

PRIHATIN yang diperkenalkan oleh kerajaan berpotensi untuk membantu bukan


sahaja penerima yang boleh memanfaatkan wang tersebut untuk membeli apa saja hajat yang
terbuku di hati atau menyara keluarga, tetapi wang tersebut akan memberikan manfaatnya
kepada pemain industri seperti syarikat penghantar makanan yang kian tumbuh bagai
cendawan selepas waktu hujan. Sektor penghantar makanan amat mendapat sambutan
khususnya penduduk yang tinggal di kawasan ibu kota. Penggunaan khidmat penghantar

6
makanan adalah lebih selamat dan mudah untuk seseorang supaya mengurangkan risiko
jangkitan COVID-19 yang sedang menular pada ketika itu. Khidmat penghantar makanan ini
sememangnya semakin berkembang pesat di dalam Malaysia khususnya kawasan-kawasan
tumpuan penduduk dan membangun (Nicholas Chung 2020). Keadaan sektor ekonomi yang
tidak menentu juga akan memberikan yang kurang baik kepada kedudukan ekonomi kita
yang semakin merundum akibat PKP.

Penghantar makanan juga merupakan perkhidmatan yang cukup penting dalam negara
kita kerana servis yang diberikan mendatangkan minat kepada generasi muda yang hendak
mencari mata pencarian (Lynch Cowan 2020). Beberapa pihak penghantar makanan seperti
Grab Food, Food Panda, Pack Jer dan sebagainya berjaya untuk memudahkan urusan orang
ramai untuk mendapatkan makanan yang dihajati dalam tempoh pelaksanaan PKP. Urusan
yang mudah dan selamat menjadikan khidmat penghantar makanan kekal sebagai pilihan
untuk memenuhi kehendak pelanggan. Aplikasi yang digunakan oleh pihak penghantar
makanan dilihat mudah untuk digunakan memandangkan ramai rakyat Malaysia pada ketika
ini menggunakan telefon pintar dalam kehidupan seharian mereka dan pelbagai pilihan
melalui pameran gambar dalam aplikasi berkaitan boleh memudahkan pelanggan untuk
memilih makanan dan juga mengetahui harga yang akan dikenakan oleh pihak pekedai
beserta kadar penghantaran yang dikenakan untuk sesuatu jarak daripada kedai ke kediaman
atau lokasi yang diingini pelanggan. Usai membuat pilihan, Pelanggan juga boleh
menggunakan cara pembayaran secara perbankan dalam talian atau e-dompet yang dilihat
memelihara keselamatan pelanggan kerana tidak aka nada sebarang sentuhan atau interaksi
dengan pihak penghantar makanan ketika makanan tiba di lokasi pelanggan nanti.

Pendek kata, PKP dan PRIHATIN dapat memanfaatkan industri penghantar makanan
atas sebab makanan adalah keperluan asas manusia, apabila makan dalam kedai tidak
dibenarkan, maka industri inilah dapat perkembangan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, nilai pasaran industri perkhidmatan
penghantaran makanan secara dalam talian dijangka terus meningkat sebanyak 17.9 peratus
atau US$370 juta dalam tempoh empat tahun lagi (Bernama 2020) dapat memberikan bukti
kepada pandangan saya.

7
4.0 Pandangan mengenai PRIHATIN di Malaysia

Saya akan memberi empat pandangan menegenai PRIHATIN di Malaysia dari segi ekonomi
seperti di bawah.

4.1 Industri atas talian bertambah baik


Dengan adanya bantuan PRIHATIN terutamanya kepada golong M40 dan B40, industri atas
talian akan dapat perkembangan yang ketara memandangkan keadaan Pandemik COVID-19
yang cukup membimbangkan rakyat Malaysia untuk keluar demi membeli-belah. Permintaan
meningkat bagi semua kategori di platform Shopee dengan perubahan yang paling ketara
direkodkan untuk jenama dan peruncit di segmen pertengahan serta atasan. Menurut
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho (Norshahzura Mat Zuki 2020), “Selain barangan
keperluan peribadi dan peralatan rumah, Shopee telah menyaksikan keyakinan dan
keselesaan yang semakin meningkat dalam pembelian barangan premium serta berjenama
berharga RM3,000 ke atas di platformnya”. Perubahan ini dicerminkan dalam barangan yang
dicari dan dibeli oleh pengguna di platform ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif
Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, sebagai penyedia perkhidmatan penting yang
diwartakan dengan rangkaian gudang yang dimiliki sepenuhnya di seluruh negara dan lebih
daripada 40 pusat hab di kawasan berkepadatan tinggi, Lazada bersama komuniti penjual,
jenama dan rakan kongsinya bersama-sama membantu memenuhi keperluan pelanggan yang
semakin meningkat dengan lebih cekap. Rakyat Malaysia akan terus mengamalkan normal
baharu dengan membeli-belah secara online, dan kategori runcit juga dijangka meningkat
beberapa ganda jualan semasa penjualan selepas PRIHATIN disalurkan.

4.2 Kadar pengangguran di Malaysia.


Apakah maksud kadar pengangguran? Kadar pengangguran bermaksud terdapat tenaga buruh
yang ingin bekerja tetapi tiada pekerjaan. Kadar pengangguran akan meningkat apabila
berlaku penurunan dalam ekonomi terutamanya ekonomi Malaysia yang sedang mengalami
Pandemik COVID-19 (Abdul Aziz 2020). Kadar pengangguran di Malaysia meningkat
kepada 5.3 peratus pada Mei tahun ini yang mencatatkan 826,100 penganggur, menurut
Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan (Anon 2020b), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
berkata, kadar pengangguran terus meningkat 0.3 mata peratus bagi perbandingan bulan ke
bulan kepada 5.3 peratus berikutan bilangan penganggur bertambah sebanyak 47,300 kepada

8
826,100 orang. Bagaimanapun, peningkatan bulanan bilangan penganggur pada Mei 2020
adalah lebih rendah berbanding Mac hingga April iaitu 168,300. Pengurangan itu
berkemungkinan disebabkan pelaksanaan pelbagai pakej rangsangan seperti PRIHATIN bagi
mencapai sasaran tertentu di samping lebih banyak perniagaan yang dibenarkan beroperasi
berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat pada bulan itu.

4.3 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia


Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) atau lebih dikenali sebagai Gross Domestic Products
(GDP) adalah salah satu komponen dalam Perakaunan Negara, telah digunakan secara meluas
di seluruh dunia sebagai tanda aras pengukuran saiz dan kadar pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara atau wilayah. Jabatan Perangkaan Malaysia ialah agensi rasmi Kerajaan
yang menyusun dan menerbitkan statistik rasmi KDNK Malaysia (Mohd Yazid Kasim 2021).
PRIHATIN telah membantu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dalam masa
Pandemik COVID-19. Ini dapat dibukti dengan berbandingan KDNK antara suku tahun
kedua dan ketiga. Perbandingan sedemikian adalah kerana kesan PRIHATIN akan dinampak
1 atau 2 bulan selepas pengumuman atas sebab permohonan dan pengagihan perlu ambil
masa. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (Anon 2020c),
KDNK Malaysia menyusut lebih perlahan 2.7 peratus berbanding penyusutan ketara 17.1
peratus pada suku tahun kedua. Secara amnya, KDNK negara menyusut 2.7 peratus pada
Julai, 3.6 peratus pada Ogos dan negatif 1.6 peratus pada September. Menurut analisis ini,
kita boleh berpandangan bahawa KDNK Malaysia akan mengalami penyusutan yang lebih
ketara jika ketiadaan PRIHATIN terutamanya dalam masa Pandemik COVID-19.

4.4 Kuasa Beli rakyat Malaysia


Makroekonomi merupakan bidang ekonomi yang mengkaji hubungan antara pemboleh ubah
agregat seperti pendapatan, kuasa beli, harga dan wang. Oleh yang demikian, kuasa beli juga
suatu faktor yang penting bagi menentukan keadaan ekonomi Malaysia. Kuasa beli boleh
dimaksudkan “jumlah barangan atau perkhidmatan yang boleh dibeli dengan satu
unitmatawang” (Zahhhra 2020). Contohnya, jika anda telah membawa satu ringgit ke kedai
pada tahun 1980-an, anda akan dapat membelilebih banyak barang berbanding hari ini. Ini
menunjukkan bahawa anda mempunyai kuasa beli lebih besar pada tahun 1980-an.
Bagaimanapun saluran PRIHATIN kepada golongan M40 dan B40 tidak banyak, tapi ianya

9
memberi kesan positif kepada kuasa beli raykat Malaysia terutamanya dalam keadaan krisis
economi sekarang.

Kuasa beli rakyat harus kukuh supaya mereka tidak takut berbelanja, maka permintaan akan
terus berkembang, jadi industri dan majikan akan ada jualan serta pasaran diperkukuhkan
menghadapi kemelesetan ekonomi pasca-COVID-19. Satu pandangan penting saya ialah
keseimbangan antara kuasa beli dan harga barang patut dimonitor dengan teliti kerana ia akan
berlaku deflasi atau inflasi jikalau keseimbangan tersebut terjejas. Jika deflasi, iaitu
pengangguran besar-besaran berlaku akibat kegagalan industri dan pasaran, ditambah pula
inflasi meningkat akibat tiada produk dihasil, rakyat tidak pula ada wang boleh dibelanja,
maka semuanya akan musnah, hingga perolehan kerajaan dalam bentuk cukai, dividen serta
hasil dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga akan terbeban.

5.0 Kesimpulan
PRIHATIN adalah pakej kerajaan untuk meringankan beban kehiduap rakyat dan krisis
ekonomi yang dibawa oleh Pandemik COVID-19. Seperti ucapan YAB Perdana Menteri, Tan
Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Yassin pada 27 Mac 2020, “tiada sesiapa akan tercicir
dari bantuan PRIHATIN”. Kesan-kesan daripada PRIHATIN di Malaysia adalah positif dan
disambut baik dengan rakyat Malaysia. Pandangan saya, industri yang paling bermanfaat atas
bantuan PRIHATIN ialah industri penghantar makanan, walaupun ianya adalah secara tidak
langsung, tetapi ia tetap mendapat impak positif seperti yang saya bincangan di perenggan
atas. Secara keseluruhan, PRIHATIN juga dapat memberi kesan baik kepada ekonomi
Malaysia selepas empat aspek ekonomi yang saya bincangkan di atas. Akhirnya, terima kasih
atas membaca dan semoga Malaysia dapat mengatasi masalah yang dibawa oleh Pandemik
COVID-19 secepat mungkin.

10
RUJUKAN / REFERENSI

Abdul Aziz, Abdul Rashid. 2020. “Pengangguran Dalam Kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-
19.” Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5(11):1–9.
Anon. 2020a. “700,000 PKS Dapat Manfaat Geran Khas PRIHATIN - MYNEWSHUB.” Mynewshub.Tv.
Retrieved March 14, 2021 (https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/700000-pks-dapat-
manfaat-geran-khas-prihatin/).
Anon. 2020b. “Kadar Pengangguran Di Malaysia Meningkat.” Sinarharian.Com. Retrieved March 14,
2021 (https://www.sinarharian.com.my/article/92162/BERITA/Nasional/Kadar-pengangguran-
di-Malaysia-meningkat).
Anon. 2020c. “KDNK Menyusut 2.7 Peratus Pada Suku Tahun Ketiga 2020 | Astro Awani.” Astro
Awani. Retrieved March 14, 2021 (https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kdnk-menyusut-
27-peratus-pada-suku-tahun-ketiga-2020-268223).
Anon. 2020d. “Kenyataan Media MKN: Perincian Perintah Kawalan Pergerakan - Prime Minister’s
Office of Malaysia.” Majlis Keselamatan Negara. Retrieved March 14, 2021
(https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/).
Anon. 2020e. “Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.” Berita Harian Online. Retrieved March
14, 2021 (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669966/pakej-rangsangan-
ekonomi-prihatin-rakyat).
Anon. 2020f. “Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.” Malaysiakini.Com. Retrieved
March 14, 2021 (https://www.malaysiakini.com/news/517189).
Bernama. 2020. “Nilai Pasaran Industri Penghantaran Makanan Dijangka Meningkat 2024.”
Malaysiakini.Com. Retrieved March 14, 2021 (https://www.malaysiakini.com/news/537621).
Lynch Cowan. 2020. “Khidmat ‘rider Makanan’ Galakkan Orang Ramai Terus Kekal Di Rumah | Astro
Awani.” Astroawani.Com. Retrieved March 14, 2021 (https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/khidmat-rider-makanan-galakkan-orang-ramai-terus-kekal-di-rumah-238481).
Mohd Yazid Kasim. 2021. Evolusi Struktur Ekonomi Melaui Statistik KDNK.
Mohd Zaky Zainuddin. 2020. “PKP: Segmen Kurier Pos Malaysia Catat Permintaan Amat Tinggi.”
Berita Harian. Retrieved March 14, 2021
(https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/05/685759/pkp-segmen-kurier-pos-
malaysia-catat-permintaan-amat-tinggi).
Nicholas Chung. 2020. “Lebih Ramai Jadi Penghantar Makanan Ketika PKP | Free Malaysia Today
(FMT).” Freemalaysiatoday.Com. Retrieved March 14, 2021
(https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/31/lebih-ramai-jadi-
penghantar-makanan-ketika-pkp/).
Norshahzura Mat Zuki. 2020. “Trend Beli-Belah Online Meningkat.” Sinarharian.Com. Retrieved
March 14, 2021 (https://www.sinarharian.com.my/article/106760/BISNES/Trend-beli-belah-
online-meningkat).
Zahhhra, Fatimmm. 2020. KUASA BELI PENGGUNA.

11

You might also like