You are on page 1of 3

Usaha Mengatasi Krisis Ekonomi Negara dan Global

Krisis kewangan global yang secara langsung memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia hari ini
bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi dunia berada pada tahap sederhana iaitu sekitar 3.7 peratus
pada akhir tahun ini dan dijangka pulih mulai akhir 2009 pada sekitar 2.2 peratus. Situasi tersebut sudah
pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat memandangkan Malaysia tidak terkecuali
daripada menerima tempiasnya. Kesannya kepada ekonomi negara akan menyebabkan rakyat terpaksa
menanggung beban daripada beberapa segi antaranya, kadar inflasi yang tinggi, kenaikan harga barang,
penutupan kilang dan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.
Beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan dalam menanggani masalah ini.Dalam usaha
memerangi inflasi dan menstabilkan harga, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan boleh
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran. Melalui
langkah fiskal dan kewangan, kerajaan mengambil langkah mengawal cukai bagi barangan tertentu
termasuk makanan. Sementara melalui langkah kewangan pula, kerajaan akan mengamalkan dasar
kewangan yang berdisiplin bagi memastikan kadar inflasi stabil. Melalui langkah-langkah pentadbiran
pula, kerajaan mengambil beberapa pendekatan, antaranya, menggalakkan persaingan, memperbaiki
sistem pengangkutan dan meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan.
Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan
produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Begitu
juga dengan sistem pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memastikan
pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan
sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan
menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.
Untuk meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan pula, kerajaan melalui agensi-agensinya seperti
Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk
meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.
Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos
sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah, kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi
melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya
mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi.

Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga
mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri. Kempen ini diasaskan kepada
konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan
pengguna supaya membeli barang buatan Malaysia, mengelakkan pembelian tidak dirancang, membeli
hanya barangan yang benar-benar diperlukan, menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan
menabung, mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit, elakkan amalan mencatut (profiteering)
oleh para peniaga dan menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.
Langkah perdana untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi kemelesetan ekonomi adalah
dengan mengamalkan amalan berjimat cermat.Hal ini demikian, kerana berjimat cermat dapat membantu
mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga.Justeru, kita hendaklah membeli barang yang
diperlukan sahaja dan mengurangkan pembelian barangan mewah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin,
hampir

47 peratus rakyat Malaysia berbelanja melebihi kemampuan mereka dan hal ini sangat

membimbangkan. Oleh itu, sikap biar papa asalkan bergaya yang menjadi amalan segelintir rakyat di
negara ini perlu ditangani segera. Sekiranya, amalan berjimat cermat berjaya disemai dan menjadi amalan
rakyat Malaysia, nescaya beban keluarga dapat diringankan sekali gus mampu menghadapi tsunami
kemelesetan ekonomi dunia.
Kerajaan harus mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol dan beras selaras
dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi diesel akan terus diberikan kepada golongan tertentu
seperti nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan
di pasar-pasar. Harga lantai petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang kerajaan dapat hasil dari
pengurangan subsidi akan disalurkan kepada rakyat. Contohnya pakej rangsangan RM7 bilion yang telah
diumumkan kerana penjimatan dari kejatuhan harga minyak.

Kerajaan juga perlu mengamalkan bajet mengembang (expansionary) dan bukannya menguncup demi
untuk memasukkan duit ke dalam poket rakyat. Walaupun terpaksa berbelanja melebihi pendapatan dan
menaikkan defisit kepada 4.8 peratus, kerajaan melakukannya kerana ia terbaik untuk negara dan rakyat.
Menteri Kewangan Kedua telahpun menyatakan 1-2 tahun defisit tinggi tidak menjadi masalah kepada
negara.Pada krisis 1997, defisit kerajaan telah mencapai 5.5 peratus.

Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja diberhenti. Kerajaan mengambil langkah awal menubuhkan
dua jawatankuasa khas bagi menghadapi masalah pemberhentian pekerja oleh majikan di negara ini
berikutan krisis ekonomi global.Dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja dan
Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan.
Menteri Sumber Manusia, berkata Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan satu garis
panduan berhubung pengurusan pemberhentian pekerja dan langkah yang perlu diambil oleh majikan
sewaktu berdepan dengan krisis ekonomi global. Katanya, garis panduan itu akan disediakan sebelum
Disember ini dan selain memantau keadaan ekonomi, mereka juga akan membantu mencari pekerjaan
bagi pekerja yang diberhentikan kerja tanpa mengira bidang.
Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan akan berperanan untuk menjaga soal kebajikan
pekerja dan merangka beberapa program bagi melatih semula pekerja yang diberhantikan. Latihan akan
diberikan menerusia Perbadanan Sumber Manusia berhad (PSMB) dibawah peruntukan RM5 juta dan
usaha memohon peruntukan tanmbahan daripada Kementerian Kewangan sedang diusahakan.
Mempertingkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan semula.Kerajaan akan mempertingkatkan
kemahiran kira-kira 750,000 pekerja dalam industri kecil dan sederhana menerusi latihan semula bagi
membolehkan industri berkenaan bersaing di pasaran lebih besar dan berdikari. Datuk Dr S.
Subramaniam berkata, latihan semula itu yang akan diberikan sebelum hujung tahun ini, akan dibiayai
oleh Tabung Pembangunan Sumber Manusia. Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan.Ini bererti
segala kepakaran ilmu dan pengkhususan yang berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negara
harus diperkuatkan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan-keputusan yang tepat dan kena pada
tempat serta masanya.

Perlu menambah tahap efisien daripada peringkat paling asas kepada yang lebih canggih. Dalam konteks
ini, Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat kepada agensi-agensi lain.
Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih singkat misalnya, maka tahap efisien ini akan
tercapai.

You might also like