You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMPARULI

PETI SURAT W.D.T 70, 89259 TAMPARULI SABAH

LAPORAN UJIAN KEKUATAN OTOT

(BANGKIT TUBI PELBAGAI TAHAP)


AMALI 4

NAMA: JACKLY JOHN


KELAS: 621
NO IC : 031203-12-0507
TARIKH: 21 APRIL 2022
GURU PENILAI: AZLAND BIN CHUNGAN

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________ ____________________

(Jackly John) (Cikgu Azland Chungan )


PENGHARGAAN

Saya bersama dengan rakan-rakan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Mozidah Binti Hamzah A.D.K selaku pengetua SMK Tamparuli serta Penolong Kanan
Tingkatan 6 iaitu Puan Nurul Syafikah dan barisan guru-guru Tingkatan 6 SMK Tamparuli
kerana telah memberi kelulusan untuk melaksanakan program ini dan memberi sokongan
yang positif kepada kami.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru subjek Sains Sukan kami
iaitu Encik Azland bin Chungan yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. Selain
itu, Beliau telah membimbing kami dan sentiasa memberi dorongan kepada kami agar
sentiasa bersemangat dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ahli keluarga saya kerana banyak membantu dalam menyelesaikan segala
masalah yang saya hadapi. Mereka sentiasa memberi dorongan dan menjadi sumber inspirasi
saya sepanjang menyiapkan amali ini.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah
banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya sepanjang menyiapkan amali ini .
Berkat bantuan dan kerjasama mereka, tugasan ini menjadi lebih mudah untuk disiapkan.
PENGENALAN

Bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran bagi subjek sains sukan penggal 2, saya telah
melaksanakan amali 4 iaitu Kecergasan Fizikal dan Kesejahteraan iaitu Ujian Kekuatan Otot
pada ketetapan berikut iaitu :

TARIKH : 28 April 2022

TEMPAT : Anjung Jaya, SMK Tamparulli

MASA : 0730-0830

OBJEKTIF

Objektif utama amali ini dijalankan adalah untuk menguji kekuatan otot pelajar
melalui ujian bangkit tubi yang merangkumi 7 tahap, yang bermula dari tahap yang mudah
hingga tahap yang sukar. Antara otot yang terlibat semasa ujian ini ialah otot tangan dan otot
abdomen. Melalui ujian ini, pelajar dapat mempelajari bangkit tubi pelbagai variasi dan cara
melakukan bangkit tubi tersebut dengan betul. Selain itu, ujian bangkit tubi ini juga dapat
meningkatkan tahap kecergasan pelajar dan dapat membina otot pada bahagian abdomen.

DEFINISI KEKUATAN OTOT

Kekuatan otot boleh ditakrifkan sebagai kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-
otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (Kerja) ataupun jumlah tenaga luaran yang
boleh dihasilkan oleh otot . Kekuatan otot ini adalah keupayaan otot untuk mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya sama ada pergerakkan seperti berjalan dan berlari,
melompat, menendang. menangkap dan sebagainya . Jika seseorang itu mampu memikul
bebanan yang berat berbanding rakan sebayanya yang tidak boleh melakukannya, ia
dikatakan mempunyai kekuatan fizikal yang baik .
Kepentingan otot adalah seperti berikut:

1. Pengaliran darah keseluruh badan boleh ditingkatkan

2. Bentuk badan atau postur badan lebih kelihatan menarik

3. Mengurangkan sakit pinggang atau tulang belakang

4. Peningkatan kadar pemulihan daripada kecederaan

5. Lemak dalam tisu otot boleh dikurangkan

UJIAN BANGKIT TUBI PELBAGAI TAHAP

1. Ujian ini merangkumi 7 tahap.

2. Peralatan dan kemudahan : Pembaris Beban 5lbs(2.5kg) dan 10lbs(5kg).

3. Pelajar dikehendaki melakukan latihan amali ini secara berpasangan (pelaku dan
pembantu)

4. Pelajar bermula dalam kedudukan berbaring di atas lantai dengan lutut dibengkokkan pada
kedudukan 90 darjah.

5. Pelaku melakukan ujian bangkit tubi pelbagai tahap.


TAKLIMAT

Guru penasihat kami iaitu Encik Azland Bin Chungan memberi taklimat kepada pelajar
sebelum amali dimulai. Beliau menerangkan kepada kami mengenai ujian kecergasan yang
bakal kami jalani. Beliau juga menasihati kami supaya tidak memaksa diri sekiranya tidak
dapat melakukan ujian ini sehingga tahap yang sukar .

PEMANASAN BADAN
Sebelum melakukan ujian tersebut , kami melakukan aktiviti pemanasan badan untuk
meningkatkan kadar nadi bagi mengelakkan kecederaan otot semasa melakukan amali
berlaku.

KEKUATAN OTOT
Ujian Bangkit Tubi Pelbagai Tahap (Prosedur)

TAHAP 1

Dengan kedua belah tangan berkeadaan lurus, naikkan badan. Tapak tangan menyentuh
lutut .

TAHAP 2

Dengan kedua belah tangan berkeadaan lurus, naikkan badan. Siku menyentuh lutut.
TAHAP 3

Dengan kedua belah tangan berpegang di atas abdomen , naikkan badan . Dada menyentuh
paha.

TAHAP 4

Dengan tangan menyilang di dada, naikkan badan. Lengan bawah menyentuh paha.
TAHAP 5

Dengan kedua belah tangan berpegang di belakang kepala , naikkan badan. Dada menyentuh
paha .

TAHAP 6

Dengan kedua belah tangan memegang beban 2.5kg di belakang kepala, naikkkan badan.
Dada menyentuh paha .
TAHAP 7

Dengan kedua belah tangan memegang beban 5.0kg di belakang kepala, naikkan badan.
Dada menyentuh paha .

Alatan yang digunakan semasa Ujian Kekuatan Otot (2.5kg dan 5.0kg)
GERAK KENDUR

Setelah selesai melakukan ujian tersebut, kami melakukan gerak kendur atau dipanggil “
COOLING DOWN ” bagi melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung.

You might also like