You are on page 1of 19

Bab 9 Dasar Sosial dan Budaya

Negara
•Dasar Kebudayaan Kebangsaan
•Dasar Kependudukan Negara
•Dasar Wanita Negara
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada tahun
1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
• Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan
mengekalkan identiti negara Malaysia.
• Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan
melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli
(Melayu) dan agama Islam.
• Kemudian digantikan dengan dasar Bangsa Malaysia oleh
Mahathir selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Pelaksanaan
• Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam
pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain
Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan
penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke
arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
• Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-
kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-
pertubuhan kebudayaan melibatkan dasar ini.
• Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan
berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar
ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
• Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian
diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan
menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat
organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program
atau projek-projek kebudayaan.
Prinsip
i. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
 Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan
kebudayaan Melayu.
 Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa
Melayu.
 Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan
Kebangsaan
ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.
 Kesesuaian dan penerimaan unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab,
India dan sebagainya dalam penyerapan kebudayaan bergantung
kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-
prinsip Rukun Negara.
Rasional
• Menjadi garis panduan dalam membentuk,
mewujudkan dan mengekalakan identiti negara dalam
kalangan dunia antarabangsa
• Mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan
sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai
pusat pertemuan serta pusat tamadun dan
perdagangan sejarah dua ribu tahun yang lampau.
Objektif
Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak
kebudayaan nasional.
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
• Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.
Strategi
• Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke
arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui
usaha sama, penyelidikan, pembangunan, pendidikan
pengembangan dan perhubungan budaya
• Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui
usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong
dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan
• Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
• Memenuhi keperluan sosiobudaya
• Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Dasar Kependudukan Negara
• Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana
Menteri Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di
Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau
berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk
sebanyak 70 juta.
• Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh
beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat
kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.
• Dasar kependudukan negara adalah bertujuan untuk :
i. menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan negara tanpa
perlu bergantung kepada tenaga kerja asing
ii. meningkatkan daya pengeluaran negara
iii. meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempatan
iv. untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yang aman dan
negara yang kuat dari segi pertahanan.
Rasional
• Jumlah pendudk Malaysia adalah kecil berbanding dengan
jumlah penduduk negara-negara anggota ASEAN yang lain.
• Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi bagi pembangunan
negara
• Mewujudkan asas permintaan dan pasaran bagi keluaran
tempatan
• Menguatkan kedudukan politik dan keselamatan negara
Strategi
• Mengadakan dasar cukai dan faedah-faedah bersalin
• Meningkatkan kadar kesuburan dan kelahiran melalui
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Penilaian
• Mungkn menimbulkan beberapa implikasi sosioekonomi yang
serius seperti masalah makanan, perumahan, pekerjaan dan
kesihatan.
• Perlu disertai Dasar Tenaga Manusia, Dasar Sosial dan Dasar
Alam Sekitar
• Pencapaian dasar ini tidak dapat dipastikan dalam jangka
pendek.
Dasar Wanita Negara
• Menggubal Dasar ini pada tahun 1989
• Penggubalan dasar ini memperjelas kesungguhan kerajaan
untuk membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan
negara dengan lebih bermakna.
• Dasar ini menyediakan garis panduan bagi mengintergasikan
sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.
Rasional
• Melibatkan wanita secara berkesan dalam
pembangunan supaya potensi wanita dapat
dioptimumkan
• Membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan
sosial dan kegiatan ekonomi yang utama.
• Memberi wanita panduan serta arah haluan dalam
segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan
penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan
sumbangan mereka dalam proses pembangunan
negara.
Objektif
• Menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki
dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat
• Menjamin wanita mendapatkan peluang dan faedah
dari pembangunan;
• Mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua
sektor pembangunan negara selaras dengan
kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan
meningkatkan mutu kehidupan,membasmi
kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf
serta memastikan negara berada dalam keadaan aman
dan makmur.
Strategi
• Meningkatkan kuasa dan taraf urus setia Hal-ehwal
Wanita(HAWA) untuk mewujudkan hubungannya dengan
setiap kementerian serta mengadakan penyelarasan di setiap
negeri supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan tentang
hal ehwal wanita.
• Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya
memasukkan proses perancangan, pelaksanaan dan
pengawasan program-program pengintegrasian wanita
• Pendidikan dan latihan untuk membangkitkan kesedaran dan
komitmen institusi dan agensi kerajaan tentang isu wanita.
• Penglibatan Badan Bukan Kerajaan dan badan sukarela dalam
program dan tindakan pembanguan wanita
• Membasmi diskriminasi terhadap wanita dan membaiki
kelemahan undang-undang bagi menjamin hak wanita
• Memajukan dan menyelaraskan penyelidikan serta kajian
tentang isu wanita
• Menentukan bahawa kementerian dan agensi kerajaan yang
berkenaan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan
dengan mengubahsuaikan tindakan bagi memenuhi program
dan projek pembangunan wanita
Kejayaan
• Dari segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus
dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990. Di sektor luar
bandar dan pertanian, wanita terus merupakan faktor penting.
• Guna tenaga wanita juga telah bertambah dengan banyaknya dalam sektor
pembuatan terutamanya dalam sektor tekstil dan elektronik.
• Dalam sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial,
persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian meningkat.
• Wanita juga telah lama memainkan peranan yang aktif di bidang politik
negara.
• Mereka merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan
peranan sebagai penarik pengundi.
• Kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka dalam proses
pembangunan negara dengan membuka peluang yang lebih luas bagi
menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik.
• Beberapa institusi telah ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita ke
dalam aliran utama pembangunan.
• Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam
Pembangunan (NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan
pada tahun 1976 bagi menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai
wanita dalam pembangunan negara.
 Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) telah ditubuhkan
untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor
awam dan swasta bagi faedah kaum wanita.
 Selain daripada bertindak sebagai pusat maklumat utama mengenai hal
ehwal wanita, HAWA juga berfungsi sebagai urusetia kepada NACIWID.
• Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan sokongan untuk wanita telah
diperkukuhkan lagi melalui aktiviti organisasi-organisasi kerajaan seperti
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) dan beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah.
Penubuhan sebuah agensi amanah bukan kerajaan iaitu Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) turut membantu mempertingkatkan penyertaan kaum
wanita terutamanya di luar bandar di dalam aktiviti-aktiviti ekonomi bukan
ladang.
 Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain juga memainkan
peranan yang penting ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam
aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial.
• NGO seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO),
Perkumpulan Wanita (Wl), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam
(PERTIWI), Pertubuhan Bantuan Wanita Islam dan Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam serta pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain telah
menyediakan berbagai program pembangunan berbentuk jaya diri dan
kemudahan-kemudahan sokongan yang lain.

You might also like