You are on page 1of 2

NOTA KULIAH 1 : DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

TAJUK : DASAR EKONOMI - Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) 2011


2015
-

RMK10 dikenali sebagai Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan


Sosial.
Mempunyai 10 premis (idea) untuk memajukan negara
Melaksanakan lima teras strategik untuk mencapai objektif RMK10
RMK10 menerangkan rangka ekonomi berdasarkan bidang keberhasilan
utama (NKRA).
RMK10 memfokuskan kepada status negara berpendapatan tinggi dan
kemajuan negara serta menekankan kepada prospek ekonomi makro yang
melibatkan perkhidmatan dan pembuatan serta pelaburan sektor awamswasta

- 10 idea utama RMK10


1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara
2.
Memanfaatkan dan meluaskan faktor kepelbagaian etnik sebagai satu
elemen kejayaan di arena antarabangsa
3.
Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi
pengkhususan dalam negara
4. Menjadikan produktiviti dan inovasi sebagai teraju memajukan negara
5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan yang ungul di negara ini
6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan muda yang
terjejas
7. Pembangunan inklusif dan melaksanakan pertumbuhan bertumpu
8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif
9. Menghargai keunikan khazanah alam sekitar
10. Kerajaan seolah-olah menjadi syarikat yang berdaya saing
- 7 Objektif RMK10
1. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang berproduktiviti tinggi
2. Menuju ke arah negara berpendapatan tinggi
3. Memajukan sektor perkhidmatan dan pembuatan
4. Menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi
5.
Menggunakan kaedah ICT, bioteknologi dan pelantar teknologi yang sesuai
dalam sistem pembangunan negara
6. Memangkinkan pelabur swasta ke tahap lebih cergas
7.
Meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat terutama golongan isi rumah
yang berpendapatan rendah
- 5 teras strategik RMK10
1.
Mengubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan
Malaysia dengan metodologi NKRA
Kerajaan berpegang kepada 4 perkara utama iaitu :
Falsafah induk 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation


Programme (GTP)
Program Transformasi
Ekonomi atau Economic Transformation
Programme (ETP)
Meliputi Rancangan Pembangunan Malaysia, iaitu RMK10 dan RMK11
Empat nilai pelengkap untuk mencapai status negara berpendapatan
tinggi ialah :
Membudayakan kreativiti dan inovasi
Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
Nilai untuk wang (value for money)
Nilai integriti

You might also like