You are on page 1of 2

SOALAN : Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) yang diamalkan oleh ASEAN memang

mendatangkan manfaat kepada rantau Asia Tenggara namun konsep ini terpaksa berhadapan
dengan pelbagai cabaran. Huraikan.

Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) yang diamalkan oleh ASEAN memang banyak
mendatangkan manfaat kepada rantau Asia Tenggara namun, konsep ini terpaksa berhadapan
dengan pelbagai cabaran.

Antara manfaat yang diperoleh oleh rantau Asia Tenggara melalui pengamalan Zon aman,
bebas dan berkecuali ialah rantau Asia Tenggara menjadi kawasan bebas senjata nuklear(KBSN).
Hal ini demikian kerana, melalui pelaksanaan KBSN negara-negara Asia Tenggara dilarang untuk
menempatkan senjata nuklear di kawasan rantau ASEAN. Dalam dasar ini juga negara ASEAN juga
tidak boleh membenarkan pihak asing untuk menempatkan tentera mereka dan juga tidak
membenarkan kuasa asing untuk membina pangkalan tentera mereka di Asia Tenggara. Hal ini
dilakukan kerana mengelakkan negara ASEAN daripada terlibat dengan konflik antarabangsa.
Kekalutan politik di Kampuchea merupakan perkara yang disebabkan di mana negara Vietnam telah
menceroboh Kampuchea. Campur tangan pihak asing dalam isu pencerobohan Kampuchea oleh
tentera Vietnam khususnya kuasa besar seperti Rusia, Amerika dan China ,merupakan kesan
daripada negara ASEAN yang membenarkan pembabitan mereka. Oleh itu, dengan pelaksanaan SEA-
NWFZ, Asia Tenggara secara tidak langsung bebas daripada pengaruh kuasa asing.

Selain itu, manfaat yang diperoleh oleh rantau Asia Tenggara melalui pengamalan Zon aman,
bebas dan berkecuali ialah, ia telah membuka ruang untuk negara ASEAN menjalankan kerjasama
dengan pertubuhan antarabangsa yang lain seperti pergerakan negara-negara berkecuali(NAM) dan
pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu(PBB). Kerjasama ini amat penting untuk menjamin
kelangsungan rantau ASEAN sebagai kawasan yang mengamalkan konsep ZOPFAN. Kerjasama dan
sokongan daripada badan-badan dunia ini dilihat sebagai hasil daripada ZOPFAN kerana pertubuhan
seperti NAM dan PBB sememangnya memperjuangkan keamanan di seluruh dunia. Oleh yang
demikian sokongan tersebut merupakan satu pengiktirafan yang besar dan amat penting kepada
ASEAN. Walaupun konflik antara Kampuchea dan Vietnam telah menyebabkan konsep ZOPFAN yang
diamalkan dan telah dipersetujui telah tercalar. Namun, kerjasma ASEAN juga merupakan antara
pihak yang memainkan peranan penting kearah perdamaian dan seterusnya mengekalkan keamanan
di rantau ASEAN.

Manfaat lain pelaksaan Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) ialah Penubuhan ASEAN
Regional Forum (ARF) pada tahun 1994 adalah salah satu daripada pelaksanaan ZOPFAN. Ia penting
bagi menggalakkan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik . ASEAN Reginal Forum
dianggotai oleh negara-negara ASEAN, rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan
Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat. Selain itu, negara China da
Persekutuan Russia sebagai consultative partners dan Laos dan Papua New Guinea sebagai
pemerhati. Di antara pendirian ASEAN Regional Forum ialah seperti memperjuangkan penyelesaian
politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan
rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri.Pengunduran tentera-tentera tersebut akan
mengancam keselamatan mereka.

Namun begitu, negara serantau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam pelaksanaan
konsep Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN). Antaranya ialah, kurang penerimaan daripada
sesetengah negara. Hal ini demikian kerana, Konsep ZOPFAN pada mulanya agak sukar diterima oleh
kebanyakan negara anggotanya. Dasar Berkececuali agar kuasa-kuasa besar tidak campurtangan
dalam hel-ehwal negara-negara ASEAN ternyata tidak begitu dipatuhi. Singapura dan Filipina
contohnya masih mengekalkan pengakalan tentera Amerika Syarikat di negara mereka yang sudah
tentu mempunyai pengaruh terhadap dasar ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tentera-
tentera tersebut akan mengancam keselamtan mereka. Ia juga akan mendatangkan kesan-kesan
ekonomi yang buruk iaitu dari segi kehilangan pendaptan an pekerjaan tempatan di pengkalan-
pengkalan tersebut. Indonesia juga mengambil sikap “tunggu dan lihat” manakala Thailand yang
sedang berhadapan dengan masalah keselamatan yang rumit kurang berminat untuk memberi
sokongan.

Akhir sekali, kurang kerjasama dari sesetengah negara juga merupakan salah satu cabaran
yang perlu dihadapi dalam pelaksanaan konsep Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN). Hal ini
demikian kerana, kerjasama yang diharapkan terutama ke arah tindakan yang kolektif ternyata
bukanlah semudah yang disangka. Terlalu sukar untuk meletakkan kepentingan serantau
mendahului kepentingan nasionlisme sesebuah negara itu. Namun hingga kini ASEAN masih terus
berjuang dan berusaha memastikan konsep ZOPFAN ini akan merealisasikan impian setiap negara
Asia Tenggara ke arah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali itu.

Secara keseluruhan, konsep Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) tidak akan mencapai
matlamat dan objektif sekiranya negara yang terlibat tidak memberikan kerjasama dalam
pelaksanaanya. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan bagi merealisasikan hasrat
negara.

You might also like