You are on page 1of 3

Kuiz 1

Penggal 1 (24.05.2017)

NAMA: KELAS:..

SOALAN OBJEKTIF (15 Markah)

1.
Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan
negeri
Kuasa dikongsi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam urusan
pentadbiran dan perundangan

Penyataan di atas merujuk kepada kerajaan


A. Kesatuan C. Konfederasi
B. Gabungan D. Persekutuan
2. Yang manakah berkaitan dengan Pembentukan Malaysia tahun 1963?
A. Pembentukan Malaysia mendapat persetujuan Filipina
B. Pembentukan Malaysia juga ditentang oleh pihak Singapura
C. Brunei menyertai Malaysia untuk mendapatkan kemerdakaan bersama
D. Gagasan pembentukan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
3. Yang manakah benar tentang sistem kerajaan di Malaysia?
I. Mengamalkan sistem raja berperlembagaan
II. Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
III. Mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan
IV. Mengamalkan pemilihan Ketua Kerajaan Persekutuan
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4. Yang benar tentang konsep Kerajaan Konfederasi adalah ?


A Kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri adalah seimbang dalam semua aspek
pemerintahan
B Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa
yang lebih rendah
C Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa autonomi masing-masing
dalam bidang tertentu
D Kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat amat terhad dan kebanyakkan kuasa terletak
dalam tangan Kerajaan Negeri

5. Yang manakah benar tentang cara perolehan kewarganegaraan bagi anak warganegara Malaysia yang dilahirkan
di luar sempadan negara?
A. Permohonan B.Pendaftaran C. Kemasukan Wilayah D. Kuat kuasa undang-undang

6. Yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?


I Parlimen Malaysia berbentuk dwidewan.
II Perdana Menteri Malaysia dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
III Sistem Parlimen Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster
IV Badan eksekutif mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan negara
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

7. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri negara demokrasi seperti Malaysia ataupun Singapura ?
I Segala kuasa pemerintahan terletak pada Kerajaan Pusat II Presiden ialah ketua negara
III Hak dan kebebasan rakyat terjamin IV Pilihan raya yang bebas dijalankan untuk memilih kerajaan
A. I dan II B. II dan III C. I dan III D. III dan IV
8. Antara yang berikut, ciri- ciri konsep asas sebuah negara adalah?
I Raja yang berdaulat dalam negara itu II Penduduk yang tetap di kawasan itu
III Sempadan yang tetap di negara itu IV Pemerintah yang berkuasa penuh dalam negara itu
A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

9. Puan Y berasal dari China dan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1948. Puan Y memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara
A. Masukan B.Pendaftaran C. Penggabungan wilayah D.Kuatkuasa undang-undang

10. Yang manakah benar tentang sistem kerajaan di Malaysia?


I Mengamalkan sistem raja berperlembagaan II Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
III Mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan IV Mengamalkan pemilihan Ketua Kerajaan Persekutuan
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

11. Encik Muthu berasal dari India dan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Encik
Muthu memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara
A masukan B. pencantuman wilayah C. pendaftaran D kuat kuasa undang-undang

12. Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang


warganegara Malaysia boleh dilucutkan kecuali
A dia membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu
B ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam
perbuatan yang mengkhianati negara
C dia tidak setia kepada raja dan Malaysia
D dia menolak kewarganegaraannya secara sukarela

13. Seseorang warganegara Thailand yang ingin memperoleh kewarganegaraan Persekutuan Malaysia
dengan cara kemasukan mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
I berumur lebih daripada 18 tahun
II mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa kebangsaan Malaysia
III telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki
IV tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

14. Antara berikut yang manakah syarat menjadi warganegara Malaysia


dengan cara masukan ?
A berniat hendak menetap sementara di Malaysia
B pernah dipenjarakan di negara asal atas kesalahan jenayah
C lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
D telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarikh
permohonan

15. Antara berikut yang manakah benar tentang perlembagaan Malaysia.


A Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda
B Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada tahun 1963
C Undang-undang sebelum hari Malaysia tidak diperakui oleh perlembagaan Malaysia
D Merupakan dokumen yang menjadi sumber rujukan segala perundangan lain yang wujud dalam negara
SOALAN STRUKTUR (5 Markah)

1. Nyatakan lima jenis kerajaan yang terdapat di seluruh dunia.

a)............

b)............ c)............ d)............. e) ..............

You might also like