You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN

Pragmatik merupakan suatu ilmu penginterpetasian (pentafsiran) linguistik yang melibatkan


faktor-faktor bukan linguistik, iaitu kombinasi di antara faktor kedua-duanya (linguistik dan
bukan linguistik). Hal ini benar-benar dapat membantu penyelidik untuk memperolehi makna
yang lebih berkesan (Nor Hasyimah Jalaluddin, 1992:1). Dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005:1229), Pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu linguisitk yang
berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa
dalam situasi tertentu. Pragmatik ialah kajian mengenai penggunaan bahasa. Mengikut Jens
Allwood (1983), “pragma” berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna aksi
atau aktiviti. Selain daripada itu, terdapat ramai ahli linguistik yang telah cuba memberikan
pengertian mengenai pragmatik. Di antaranya ialah seorang ahli falsafah, iaitu Charles Morris
(1938, 1946) yang telah membincangkan mengenai tiga konsep tradisional, iaitu sintax,
semantic, dan pragmatic. Menurut beliau, Sintax merupakan kajian mengenai hubungan di
antara lambang-lambang dengan penutur-pendengar. Pendapat beliau ini telah telah diulas
oleh Levinson (1983) dalam bukunya yang bertajuk ‘Pragmatics. Pendapat Wunderlich
(1980) dalam buku yang ditulis oleh Searl, Keifer, dan Bierwisch (1980), pragmatik adalah
berkaitan dengan interpretasi terhadap ayat atau ujaran di dalam konteks yang lebih luas,
termasuk pemahaman terhadap wacana yang berkaitan, kepercayaan, dan jangkaan oleh
seseorang penutur dan pendengar, hubungan sosial mereka, tanggungjawab serta pengetahuan
latar belakang, dan sebagainya. Markkanen (1985) beranggapan bahawa pendapat Levinson
terhadap pragmatik adalah saling bertindih dengan sosiolinguistik sebab kesesuaian adalah
satu aspek kemampuan berkomunikasi seperti yang didefinisikan oleh Hymess
(1971).Seorang lagi sarjana yang membincangkan tentang ilmu pragmatik ialah Leech
(1983). Tokoh sosiolinguistik seperti Halliday (1968:8), menyatakan bahawa ragam bahasa
wujud disebabkan pengguna dan penggunaannya. Ragam bahasa berdasarkan pengguna ialah
dialek yang dituturkan mengikut daerah manakala ragam bahasa berdasarkan penggunaan
pula ialah laras bahasa atau dialek sosial yang dituturkan berdasarkan faktor-faktor sosial. Pit
Coder (1973:10) pula mengklasifikasikan ragam bahasa sebagai ragam dialek, idiolek, dan
sosiolek yang dituturkan oleh individu ataupun sesuatu komuniti. Fishman (1991:14) pula
menjelaskan bahawa ragam bahasa mempunyai perbendaharaan kata, sebutan dan struktur
frasa yang tidak selalu digunakan ataupun tidak diketahui oleh masyarakat yang lebih besar.

You might also like