You are on page 1of 74

SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (INTEG), KAJANG

KOLEKSI ESEI:
GRAFIK NOTA SEJARAH
(GAS)

Disediakan Oleh:
TINGKATAN ENAM BAWAH SMK SAAS 23/24
Isi Kandungan

Tema Bab M/S

<1> Pembahagi Tema 3


Masyarakat 1: Masyarakat Feudal 4
2: Masyarakat Agraria 8
3: Masyarakat Maritim 10
4: Masyarakat Industri 14

<2> Pembahagi Tema 18


Pemerintahan 5: Institusi Pemerintahan: China 19
Dan 6: Institusi Pemerintahan: Rusia 21
Pentadbiran 7: Pemerintahan Raja Mutlak Dan Raja Berperlembagaan Di Eropah Barat 23
8: Kemunculan Kerajaan Republik Di Perancis 25
9: Pembentukan Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat 29
10: Penyatuan Negara Bangsa Itali Dan Jerman 31

<3> Pembahagi Tema 35


Kemajuan 11: Sistem Ekonomi Feudalisme Dan Kapitalisme 36
Dan 12: Perkembangan Ekonomi 38
Pembangunan 13: Perkembangan Intelektual 42
14: Kemajuan Pendidikan 46

<4> Pembahagi Tema 48


Nasionalisme 15: Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Peluasan Kuasa Barat Dan Kesan Penjajahan Barat 49
Dan 16: Perang Dunia Pertama (1914-1918) 55
Pembentukan 17: Perang Dunia Kedua (1939-1945) 59
Negara Bangsa 18: Perang Dingin (1945-1955) 61
19: Dekolonisasi Dan Pengembalian Kedaulatan 65
20: Perhubungan Luar 71
TEMA 1:
MASYARAKAT
Bab 1: Bincangkan ciri-ciri masyarakat Feudal di Jepun pada Zaman
Keshogunan Tokugawa.

Disediakan oleh: Hanis Humaira

Masyarakat feudal merujuk kepada masyarakat berhierarki yang mempunyai


susun lapis tersendiri. Dalam masyarkat feudal, kedudukan, kuasa, dan status setiap lapisan
ditentukan melalui penguasaan terhadap tanah. Kemunculan masyarakat feudal di negara Jepun
dapat dikesan pada zaman pemerintahan Kamakura. Menjelang zaman Tokugawa, langkah-
langkah telah diambil oleh Shogun untuk mengukuhkan sistem feudal. Masyarakat feudal pada
zaman Tokugawa terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Terdapat beberapa ciri yang unik pada masyarakat feudal yang muncul di Jepun pada zaman
Tokugawa.

Ciri pertama masyarakat feudal di Jepun adalah mengenai kedudukan dan


pengaruh maharaja. Pada zaman keshogunan Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa
dalam pemerintahan dan pentadbiran. Maharaja merupakan ketua negara tetapi kuasa sebenar
dalam pemerintahan terletak di tangan Shogun. Shogun Tokugawa mengambil langkah-
langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Beliau memperkenalkan undang-
undang bagi mengurangkan pengaruh maharaja dan putera raja. Tuntasnya, pada zaman feudal
di Jepun, maharaja tidak memiliki kuasa dalam pemerintahan.

Ciri kedua masyarakat feudal di Jepun adalah pengaruh dan kedudukan Shogun
dalam masyarakat. Menjelang zaman keshogunan Tokugawa, kuasa pemerintahan terletak pada
Shogun. Shogun mengukuhkan kedudukan dengan menubuhkan pasukan tentera yang kuat.
Shogun bertindak menyerahkan pentadbiran wilayah kepada Vassal yang setia kepadanya.
Beliau mengambil langkah bagi meningkatkan kekayaan dengan melibatkan diri dalam
kegiatan ekonomi komersial dan perlombongan. Beliau turut mengambil tindakan mengawal
golongan Daimyo yang menguasai daerah. Jelas ternyata, Shogun merupakan individu yang
amat berpengaruh dalam politik dan ekonomi pada zaman feudal di Jepun.

Ciri masyarakat feudal di Jepun seterusnya adalah berhubung dengan pemilikan


tanah. Pada zaman Tokugawa, Shogun menyerahkan tanah kepada tuan tanah (Daimyo) yang
setia kepadanya. Tuan tanah yang setia kepada Shogun bertindak mengawasi gerak-geri
golongan Daimyo yang diragui kesetiaannya. Tokugawa leyasu mengambil langkah untuk
merampas tanah daripada Daimyo yang menentang pemerintahannya. Shogun melantik
beberapa orang pegawai untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya. Pegawai yang
menguruskan tanah milik shogun dikenali sebagai Gundai dan Daikan.

Ciri masyarakat feudal Jepun berikut adalah kewajipan peribadi antara Shogun dan
Daimyo. Dakam masyarakat feudal di Jepun wujud hubungan peribadi antara Shogun dan
Daimyo. Shogun akan menyerahkan tanah kepada golongan Daimyo yang setia kepadanya.
Sebagai balasan, Daimyo akan membantu Shogun dalam mengendalikan hal pentadbiran dan
ketenteraan. Dalam hal ini, kedua-dua pihak iaitu Shogun dan Daimyo saling bergantung
terhadap kepentingan bersama.
Ciri terakhir masyarakat feudal di Jepun adalah mobiliti sosial. Masyarakat feudal
di Jepun pada abad ke-16 dan 17 terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap lapisan dalam
masyarakat feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial, dan politik yang berlainan.
Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam
masyarakat feudal di Jepun, perubahan dalam status dan mobiliti sosial jarang berlaku.

Kesimpulannya, pada zaman Tokugawa, sistem feudal yang diamalkan di negara


Jepun kukuh dan mantap. Masyarakat feudal yang terdapat di Jepun masih berpegang kuat
kepada ciri-ciri unik yang terdapat dalam sistem ini. Berbanding dengan masyarakat feudal di
England, masyarakat feudal di Jepun tidak mengalami sebarang perubahan.
Bab 1: Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun pada
abad ke-16 dan 17 Masihi.

Disediakan Oleh: Raizatul Qisti

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh
individu-individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat. Masyarakat feudal menerangkan
maksud masyarakat yang berhierarki yang mempunyai susun lapis tersendiri. Masyarakat feudal
di England dan Jepun mempunyai ciri-ciri tersendiri pada abad ke-16 dan 17 Masihi. Jepun pada
abad ke-17 berada di bawah tapak pemerintahan Keshogunan Tokugawa, manakala England pula
berada di bawah sistem monarki mutlak yang baru. Dalam masyarakat feudal, kedudukan, kuasa,
dan status setiap lapisan ditentukan melalui penguasaan terhadap tanah. Masyarakat feudal muncul
di England pada zaman pertengahan manakala masyarakat feudal di Jepun muncul pada zaman
Kamakura. Masyarakat feudal yang muncul di England dan Jepun mempunyai ciri-ciri persamaan
dan perbezaan.
Perbandingan ciri-ciri antara masyarakat feudal di England dan Jepun yang pertama dapat
dilihat dari sudut kewajipan peribadi. Dalam masyarakat feudal di England, wujud hubungan
peribadi antara Lord (tuan tanah) dan Vassal (penyewa tanah) berasaskan ikatan perjanjian
kontrak. Mengikut perjanjian tersebut, kedua-dua pihak, iaitu Lord dan Vassal saling
bertanggungjawab menjaga kepentingan bersama. Bermaksud Lord menawarkan perlindungan
dan jaminan keselamatan manakala Vassal menawarkan perkhidmatan seperti ketenteraan kepada
Lord. Manakala dalam masyarakat feudal di Jepun, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan
Daimyo (tuan tanah). Shogun menyerahkan tanah kepada golongan Daimyo yang setia kepadanya.
Sebagai balasan, Daimyo akan membantu Shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan. Dalam hal
ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama, iaitu golongan
Shogun memberi perlindungan manakala golongan Daimyo menawarkan perkhidmatan dalam
pentadbiran dan ketenteraan.
Seterusnya, perbandingan ciri-ciri yang seterusnya dapat dilihat dari segi sudut mobiliti
sosial. Dalam masyarakat feudal pada Zaman Pertengahan di England, setiap lapisan masyarakat
mempunyai kedudukan ekonomi dan politik yang berlainan. Dalam masyarakat feudal, perubahan
dalam kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku. Menjelang abad ke-16 dan 17
Masihi, perubahan dalam politik, ekonomi, dan sosial menyebabkan berlaku mobiliti sosial dalam
masyarakat. Hal ini menyebabkan rakyat biasa juga dibenarkan menyandang jawatan-jawatan
penting dalam kerajaan yang dimonopoli oleh golongan bangsawan. Keadaan yang sama berlaku
di Jepun, iaitu kedudukan dan status masyarakat di Jepun berasaskan keturunan dan sistem kelas.
Masyarakatnya terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap lapisan mempunyai kedudukan sosial,
ekonomi, dan politik yang berlainan. Dalam masyarakat feudal di jepun, perubahan status dan
mobiliti sosial jarang berlaku.
Selain itu, terdapat juga perbandingan di antara perkongsian kuasa. Menjelang abad ke-16
dan 17 Masihi, berlaku perubahan dalam kedudukan dan kuasa raja sebagai pemerintah mutlak di
England. Hal ini terjadi kerana, perselisihan antara raja dan parlimen bagi mengukuhkan
kedudukan dan kuasa bermula semasa pemerintahan dinasti Stuarts. Menjelang pemerintahan Raja
Charles I, kuasa mutlak yang dimiliki oleh raja berakhir apabila Pengisytiharaan Hak
ditandatangani. Oleh itu, perkembangan ini menyebabkan raja perlu mendapat persetujuan
daripada parlimen dalam menjalankan pemerintahan dan juga menyebabkan wujudnya
perkongsian kuasa melibatkan raja dengan parlimen. Dalam sistem feudal yang diamalkan di
Jepun, tiada perkongsian kuasa antara pemerintah dengan badan perwakilan. Ini kerana Shogun
mempunyai kuasa mutlak dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara. Shogun
mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Undang-undang
dan peraturan juga diperkenalkan bagi mengurangkan pengaruh maharaja dan golongan Daimyo.
Di samping itu, masyarakat feudal di England dan Jepun dapat dibandingkan dari segi
pemilikan tanah. Pada zaman pertengahan, masyarakat feudal di England bergantung kepada tanah
untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Golongan pemerintah memberikan anugerah tanah kepada
golongan bangsawan manakala sebagai balasan, golongan bangsawan menyediakan bantuan
tentera kepada pemerintah. Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, perubahan dalam sistem
ekonomi menyebabkan masyarakat tidak lagi bergantung kepada tanah dan hal ini menyebabkan
masyarakat pada zaman ini melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi pertanian komersial dan
perindustrian. Pada zaman Keshogunan Tokugawa, wilayah ditadbir oleh Vassal yang setia kepada
Shogun. Shogun mengurniakan tanah kepada golongan tuan tanah yang setia kepadanya. Tuan
tanah yang setia akan mengawasi gerak-geri Daimyo yang diragui kesetiaanya dan bertindak
merampas tanah daripada Daimyo yang menentang pemerintahannya. Tanah tersebut yang
dirampas akan diserahkan kepada Daimyo yang setia kepadanya. Shogun juga melantik pegawai-
pegawai untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.
Kemudian, perbandingan masyarakat feudal di England dan Jepun juga dapat dilihat dari
sudut taraf kedudukan raja. Mengikut susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada
abad-17, raja atau maharaja berada di kedudukan yang tertinggi. Raja di England mempunyai
kuasa yang mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja di England
berusaha mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai raja. Pada
zaman Keshogunan Tokugawa di Jepun, maharaja hanya berperanan sebagai ketua negara dan
menjadi lambang kerohanian dan ketuhanan, tetapi kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan
Shogun. Oleh kerana Shogun lebih berkuasa dari maharaja, beliau mengambil beberapa langkah
untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya.
Kesimpulannya, pada umumnya terdapat persamaan dalam sistem feudal yang diamalkan di
England dan Jepun. Antara persamaan yang ketara adalah dalam aspek pemilikan tanah, mobiliti
sosial dan kewajipan peribadi. Dari segi perbezaan jelas ketara masyarakat feudal di Jepun tidak
mengamalkan perkongsian kuasa seperti yang terdapat dalam masyarakat feudal di England.
Bab 2: Bincangkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-
16 dan 17 Masihi

Disediakan Oleh: Damia Iman

Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, Belanda telah mengalami perkembangan yang
pesat dalam bidang pertanian. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknologi yang
lebih maju dalam bidang pertanian. Penggunaan teknologi baru dalam bidang pertanian dan
penternakan menyebabkan lahir masyarakat agraria di Belanda. Ciri-ciri masyarakat agraria di
belanda dapat dikesan dalam aspek kegiatan ekonomi, petempatan, pengetahuan dalam sistem
pengairan, memelihara kesuburan tanah dan teknologi pertanian.

Dari aspek kegiatan ekonomi, Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, berlaku
pertambahan penduduk di kawasan bandar di Belanda. Peningkatan penduduk menyebabkan
aktiviti pertanian dapat dijalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang dijalankan
termasuk penanaman sayur-sayuran, bijirin dan tanaman dagangan. Contohnya seperti,
bawang, barli dan biji cole. Selain itu, pada abad ke-17 Masihi, aktiviti penternakan dijalankan
secara giat di bahagian timur Belanda. Perkembangan sektor penternakan didorong oleh
pertambahan penduduk yang berlaku di Belanda sekitar abad ke-16 dan 17 Masihi. Petani dan
penternak di Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan kambing. Perkembangan
pesat dalam bidang penternakan adalah seperti penternakan lembu dijalankan di Holland dan
Friesland manakala penternakan kambing pula dijalankan di Pulau Taxel, Wieringen dan Pulau
Grind.

Selain itu, dari aspek kesuburan tanah pula, petani di Belanda mempunyai pengetahuan
yang tinggi dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah
pertanian dengan memugar tanah pertanian, menggunakan baja asli, membuang rumput dan
tanaman perosak. Mereka menggunakan baja asli daripada najis ternakan untuk mengekalkan
kesuburan tanah. Masyarakat agraria mengamalkan sistem tanaman gilirian untuk memelihara
kesuburan tanah.

Seterusnya, dari aspek petempatan pula, petempatan masyarakat agraria terletak di


kawasan pinggir pantai yang amat subur untuk aktiviti pertanian. Masyarakat agraria
menjalankan usaha menebus guna tanah untuk meluaskan kawasan pertanian. Menjelang tahun
1680, tanah pertanian seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.
Antara petempatan yang terletak di kawasan yang ditebus guna ialah Pulau Zuid-Beveland,
Middlezee, Oud-Beijerland dan New-Beijerland. Petempatan masyarakat agraria terletak di
kawasan Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect.
Ciri yang keempat ialah dari aspek sistem pengairan. Masyarakat agraria mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam teknologi pengairan. Mereka mendirikan kincir
angin untuk menyalurkan air dari tanah yang ditebus guna bagi tujuan pertanian. Selain itu,
kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur terletak di
bawah paras laut. Masyarakat agraria Belanda juga menambak tanah bagi menebus guna tanah
untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Akhir sekali, ciri akhir ialah dari aspek peningkatan teknologi. Menjelang abad ke-16
dan 17 Masihi, berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda.
Mengikut catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman dan Itali, kegiatan pertanian di
Belanda amat maju berbanding negara-negara Eropah yang lain. Antara kemajuan yang berlaku
dalam bidang teknologi pertanian di Belanda adalah sistem penggiliran tanaman, sistem
penanaman rumput ternakan, sistem batas, sistem penanaman deretan dan penciptaan peralatan
pertanian. Teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda telah disebarkan ke negara-
negara lain.

Kesimpulannnya, Masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17 Masihi


mempunyai ciri-ciri tersendiri. Mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan
ekonomi menerusi penglibatan dalam bidang pertanian dan penternakan. Mereka turut
memberi sumbangan dalam peningkatan teknologi pertanian seperti sistem penggiliran
tanaman, sistem pengairan dan teknologi memmelihara kesuburan tanah. Kegigihan
masyarakat agraria menyebabkan negara Belanda muncul sebagai negara yang paling maju
dalam bidang pertanian di Eropah pada abad ke-16 dan 17 Masihi.
Bab 3: Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke -
16 dan 17 Masihi.

Disediakan Oleh: Rahimah binti Abdullah

Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti


berasaskan laut. Masyarakat ini terlibat dalam aktiviti seperti perdagangan,perikanan dan
pengumpulan hasil laut. Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang unggul pada abad ke-16
dan 17 Masihi. Perkembangan ini menyebabkan lahirnya masyarakat maritim yang terdiri
daripada pelayar,peneroka,pelaut dan pedagang. Masyarakat maritim Portugal mempunyai ciri-
ciri tersendiri yang dapat dikesan dalam pelbagai aspek.

Ciri pertama masyarakat maritim di Portugal adalah penglibatan mereka dalam aktiviti
ekonomi berasaskan laut. Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal ialah
perdagangan. Mereka menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan-pelabuhan seperti
Antwerp dan Lisbon. Masyarakat maritim Portugal turut melancarkan ekspedisi ke Timur
untuk menguasai perdagangan rempah ratus, kain sutera dan batu permata.Selain menjalankan
aktiviti perdagangan, masyarakat maritim di Portugal juga terlibat dalam aktiviti menangkap
ikan,mengumpul hasil laut dan membina kapal. Tuntasnya,aktiviti ekonomi yang dijalankan
oleh masyarakat maritim bergantung sepenuhnya kepada laut seperti perdagangan dan
pengumpulan hasil laut.

Ciri kedua masyarakat Maritim di Portugal ialah petempatan mereka terletak berhampiran
laut. Lazimnya, masyarakat maritim tinggal berhampiran dengan pesisiran pantai, lembah
sungai dan kawasan kepulauan.Kedudukan petempatan mereka yang berhampiran dengan laut
memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, mengumpul hasil laut dan menangkap
ikan.Mereka juga turut tinggal di pelabuhan-pelabuhan seperti Antwerp dan Lisbon yang
terletak di muara sungai. Jelaslah bahawa petempatan masyarakat maritim dipengaruhi oleh
kegiatan ekonomi mereka yang berasaskan laut.

Ciri masyarakat maritim yang seterusnya ialah kemahiran dalam teknologi perkapalan dan
pelayaran di lautan luas. Dalam konteks teknologi perkapalan, mereka berkemahiran dalam
pembinaan perahu dan kapal. Contohnya, mereka mempunyai kemahiran dalam membina
kapal jenis Caravel seberat 2000 tan yang mampu berlayar di lautan yang luas dan berlayar
dalam jarak yang jauh. Di samping itu,masyarakat maritim Portugal juga mempunyai
kemahiran dalam teknologi pelayaran. Contohnya, mereka mempunyai kemahiran dalam
menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetic dan astrolab. Mereka juga
menemukan peralatan-peralatan pelayaran yang membolehkan pelaut Portugis melancarkan
ekspedisi pelayaran ke Timur. Terbuktilah bahawa masyarakat maritim Portugal mempunyai
kemahiran dalam ilmu kelautan seperti teknologi perkapalan dan pelayaran.
Selain itu, ciri lain masyarakat maritim di Portugal ialah pendedahan kepada aktiviti
penerokaan dan penjelajahan. Mereka berkemahiran dalam merancang dan melancarkan
ekspedisi penerokaan dan penjelajahan. Sebagai contoh, Bartholomew Diaz berlayar ke
Tanjung Harapan yang terletak di bahagian Selatan Afrika pada tahun 1847. Manakala Vasco
Da Gama berlayar mengelilingi Tanjung Harapan pada tahun 1947 dan tiba di Malindi. Beliau
kemudiannya mereruskan pelayaran merentasi Lautan Hindi dan selamat tiba di Calicut, India
pada tahun 1498.Ringkasnya, masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Ciri terakhir yang terdapat pada masyarakat maritim Portugal ialah sifat ingin tahu yang
tinggi. Semangat ini mendorong mereka untuk melakukan penerokaan dan penjelajahan,
Mereka juga mempunyai keinginan untuk mengetahui adat resam,budaya dan sejarah
masyarakat sesuatu tempat. Misalnya, pelayar Portugal mempunyai keinginan kuat untuk
mencari Prestor John yang merupakan seorang raja yang memerintah Kerajaan Kristian di
Afrika. Bukan itu sahaja, semangat ingin tahu masyarakat maritim ini juga mendorong mereka
menjalankan kajian mengenai bentuk muka bumi,iklim dan cuaca sesuatu tempat.Jelaslah
bahawa, semangat ingin tahu menjadi pendorong kepada masyarakat maritim di Portugal untuk
melakukan penerokaan dan penjelajahan.

Kesimpulannya, masyarakat Maritim Portugal banyak memberi sumbangan dalam bidang


perdagangan,perkapalan,penerokaan dan penjelajahan. Mereka Berjaya mencapai kejayaan
yang memberansangkan dalam ekspedisi penerokaan dan penjelajahan ke Timur. Kejayaan
mereka membolehkan Portugal menguasai laluan perdagangan dan mengasaskan koloni tanah
jajahan di Timur. Justeru, perkembangam ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa
maritim yang unggul di dunia pada abad ke-16 dan 17 Masihi.
Bab 3: Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan
masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-15 dan 16 Masihi

Disediakan oleh: Danial Firdaus

Kemunculan masyarakat maritim di negara Jepun dapat dikesan sejak abad


ke-3 Masihi. Pedagang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan
negara China, Vietnam dan Korea. Mereka juga menjalankan kegiatan perdagangan
dengan pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara. Menjeang abad ke-16 Masihi, Jepun
mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran pedagang-pedagang
barat ke negara tersebut yang menyebabkan Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa
maritim di Asia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul masyarakat
maritim di Jepun pada abad ke-15 dan 16 Masihi.

Faktor yang menyebabkan muncul masyarakat maritim di Jepun pada abad ke


15 dan 16 Masihi ialah kedudukan geografi. Negara ini terdiri daripada beberapa
pulau yang dikelilingi laut seperti Pulau Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu.
Bentuk muka bumi pulau-pulau tersebut yang bergunung-ganang menyebabkan
petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai. Penduduk juga terdedah kepada
kegiatan berasaskan laut kerana lokasi petempatannya yang terletak berhampiran laut.
Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

Faktor lain yang menyebabkan muncul masyarakat maritim di Jepun pada


abad ke-15 dan 16 adalah perdagangan. Kegiatan perdagangan berkembang dengan
pesat pada zaman Ashigaka. Pedagang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan
perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara. Pedagang Jepun menjalinkan
hubungan perdagangan dengan China, Korea dan Vietnam menjelang zaman
Tokugawa. Menjelang zaman Nobunaga pula, lebih ramai pedagang dari Portugal
yang datang ke Jepun. Ini jelaslah bahawa kedatangan pedagang-pedagang asing
menyebabkan muncul masyarakat maritim di Jepun.

Selain itu, faktor yang menyebabkan muncul masyarakat maritim di Jepun


ialah kemunculan pelabuhan. Perkembangan pesat kegiatan perdagangan
menyebabkan muncul pelabuhan entrepot di Jepun. Sebagai contoh, pelabuhan
Kyushu, Nagasaki dan Shimoda yang merupakan pelabuhan entrepot yang penting
pada abad ke-16. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang
Jepun dan pedagang-pedagang luar negara. Pelabuhan Kyushu menjadi tempat kapal
pedagang Portugal berlabuh menjelang pertengahan abad ke-16. Kemunculan
pelabuhan-pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
Di samping itu, dasar kerajaan jepun yang mengamalkan dasar buka pintu
juga merupakan faktor kemunculan masyarakat maritim Jepun. Masyarakat Jepun
terdedah kepada pengaruh dari luar seperti pengaruh daripada Asia dan Barat
disebabkan oleh dasar ini. Pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan
dengan Jepun menjelang abad ke 16 yang menyebabkan masyarakat maritim Jepun
menerima teknologi baharu iaitu teknologi perkapalan. Perkembangan ini memainkan
peranan dalam merancakkan kegiatan maritim di Jepun.

Akhir sekali, kemajuan yang dicapai oleh Jepun dalam teknologi pelayaran
dan pembinaan kapal menyebabkan muncul masyarakat maritim di Jepun. Jepun
melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta
pengetahuan dalam ilmu nautika,kartografi, dan perkapalan. Pusat pembinaan dan
baik pulih kapal-kapal di Jepun muncul menjelang abad ke-16. Masyarakatnya juga
mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal besar yang sesuai untuk
pelayaran jarak jauh seperti Kapal Shuinsen. Kapal Shuinsen merupakan kapal layar
yang digunakan oleh pedagang Jepun untuk belayar ke Asia Tenggara. Jelaslah,
kemajuan dalam teknologi pelayaran menyebabkan masyarakat maritim Jepun mampu
untuk belayar jarak jauh.

Kesimpulannya, faktor-faktor ini merupakan bukti kemunculan masyarakat


maritim di Jepun pada abad ke-15 dan 16 Masihi. Pedagang-pedagang Jepun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara, China, Korea dan
Vietnam. Masyarakat Jepun mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta
pembinaan kapal-kapal besar akibat kemajuan dalam teknologi pelayaran. Kehadiran
pedagang Barat menyebabkan Jepun bangkit sebagai kuasa maritim di Asia.
Bab 4 : Sejauh manakah penyatuan Jerman meletakkan asas bagi kemunculan
Revolusi Perindustrian di Jerman pada abad ke-18 dan 19 Masihi.
Disediakan oleh: Aishah Anasthasia Rahma Binti Ab Shukor

Revolusi Perindustrian tahap kedua tahap kedua telah tercetus di Jerman pada akhir abad ke-19
Masihi. Revolusi initelah menyebabkan perkembangan pesat dalam aspek teknologi, kewangan
dan kejuruteraan manusia. Penyatuan Jerman oleh Bismark pada tahun 1871 meletakkan asas yang
kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian. Penyatuan Jerman mewujudkan suasana politik,
ekonomi dan sosial yang kondusif bagi pertumbuhan sektor perindustrian. Selain penyatuan
Jerman, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan tercetus Revolusi Perindustrian di
Jerman.

Faktor utama yang mendorong kemunculan Revolusi Perindustrian di Jerman adalah penyatuan
Jerman pada 1871. Penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman. Penyatuan Jerman telah menyebabkan wujud keseragaman dalam mata
wang, sistem percukaian, sistem timbangan dan perundangan. Sistem pengangkutan dan
komunikasi seperti jaringan keretapi, jalan raya, telegraf dan pos dapat dimajukan. Perpaduan
politik yang muncul selepas penyatuan Jerman merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di
Jerman. Tambahan pula, kerajaan mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor
perindustrian selepas tahun 1878. Ternyata penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh
bagi kemunculan Revolusi Perindustrian di Jerman. Namun demikian terdapat juga faktor-faktor
lain yang menyumbang kepada kemunculan Revolusi Perindustrian di Jerman.

Faktor seterusnya yang merangsang kemunculan Revolusi Perindustrian adalah kemajuan


dalam bidang penyelidikan saintifik. Kemajuan dalam bidang penyelidikan menyebabkan
makmal-makmal penyelidikan didirikan di Jerman. Contohnya, makmal penyelidikan telah
ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman. Ahli-ahli kimia dan fizik yang terlatih
darioada universiti menjalankan kajian dan penyelidikan di makmal tersebut. Perkembangan ini
telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baharu. Jelas ternyata,
kemajuan dalam bidang penyelidikan berperanan penting dalam kemunculan Revolusi
Perindustrian di Jerman.
Faktor ketiga yang mendorong kemunculan Revolusi Perindustrian di Jerman adalah penubuhan
pelbagai institusi kewangan. Institusi kewangan seperti bank dan koperasi ditubuhkan di Jerman
bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian. Institusi ini memberikan bantaun kewangan dan
pinjaman jangka panjang kepada pengusaha industri. Contohnya, Kesatuan kresit Schulze
Delitzsch ditubuhkan di seluruh Jerman bagi memberi banguan kewangan kepada penduduk
bandar. Joint Stock Bank ditubuhkan di Jerman pada pertengahan kedua abad ke 29 Masihi bagi
menyediakan bantuan modal kepada pengusaba industri.Tegasnya, institusi kewangan berperanan
dalam menyalurkan sumber kewangan serta dana bagi kemunculan Revolusi Perindustrian di
Jerman.

Faktor selanjutnya yang mendorong kemunculan Revolusi Perindustrian di Jerman adalah


kekayaan bahan mentah. Jerman memiliki kekayaan sumber bahan mentah seperti arang batu, bijih
besi dan bijih batu. Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah Lembah
Rhur. Contohnya, pengeluaran atang batu di Jerman meningkat daripada 25 juta tan oada tahun
1872 kepada 287 juta tan pada tahun 1913. Jelas sekali bekalan sumber galian yang banyak
merupakan faktor penting dalam menggerakkan Revolusi Perindustrian di Jerman.

Faktor terakhir yang merangsang kemunculan Revolusi Perindustrian di Jermab adalah galakan
yang diberikan oleh kerajaan. Kerajaan Jerman mengamalkna dasar perlindungan kepada sektor
perindustrian bermula dari tahun 1879. Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertumbuhan
pesat kilang-kilang perindustrian di Jerman. Perkembangan ini menyebabkan hasil pengeluaran
sektor perindustrian Jerman turut meningkat. Tuntasnya,dorongan dan pelbagai insentif yang
diberikan oleh kerajaan membantu perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman.

Jelas ternyata terdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul Revolusi Perindustrian di
Jerman. Revolusi ini menyebabkan Jerman muncul sebagai sebuah negara yang paling maju dalam
bidang teknologi. Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Jerman sebagai sebuah kuasa
politik dan ekonomi yang disegani di Eropah
Bab 4: Bincangkan kesan revolusi perindustrian di england pada abad ke 18
dan 19 masihi dalam bidang ekonomi

Disediakan oleh: Nur Khadijah

Menjelang abad ke 18 masihi tercetus revolusi yang dikenali sebagai revolusi


perindustrian di England. Hal ini menyebabkan England mengalami perubahan dari sebuah negara
pertanian kepada negara yang berasaskan perindustrian. Revolusi ini menyebabkan jentera mula
digunakan secara meluas dalam sektor perkilangan. Hal ini menyebabkan berlakunya peningkatan
dalam pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Revolusi ini meninggalkan kesan yang
amat mendalam dalam bidang ekonomi di England.
Revolusi perindustrian menyebabkan berlaku kemajuan yang pesat dalam teknologi
pertanian. Hal ini dikatakan demikian kerana ladang pertanian yang luas muncul ekoran
pengenalan sistem pemagaran tanah pertanian. Contohnya sistem tanaman bergilir yang
diperkenalkan oleh Lord Townshend yang membolehkan tanah pertanian diusahakan sepanjang
tahun. Penggunaan baja tiruan juga menyebabkan kesuburan tanah pertanian dapat ditingkatkan.
Jelaslah bahawa kemajuan pertanian dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Selain itu,berlakunya kemajuan dalam industri tekstil. Hal ini kerana penemuan mesin-
mesin baru menyebabkan industri tekstil berkembang dengan pesat. Misalnya ciptaan mesin dan
kepentingannya seperti Spinning Jenny iaitu mesin penenun yang dapat menenun lapan atau lebih
jurai benang pada masa yang sama yang dicipta oleh James Hargreaves. Perkembangan ini secara
tidak langsung menyebabkan ramai penduduk di england mencari pekerjaan di kilang-kilang.
Benarlah bahawa,penciptaan mesin-mesin ini dapat membuka peluang pekerjaan dan
mengembangkan industri tekstil.
Seterusnya,dengan kemunculan bandar perusahaan.Revolusi perindustrian menyebabkan
penduduk berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang. Hal ini menyebabkan munculnya bandar-
bandar perusahaan seperti Manchester,Birmingham dan lain-lain. Hal ini demikian dengan
pertambahan penduduk menyebabkan keadaan hidup menjadi teruk.Misalnya masalah yang
dihadapi seperti,sistem perparitan,sistem kumbahan,peredaran udara,dan sistem bekalan air.
Jelaslah bahawa,kemuculan bandar perusahaan memberikan kesan kepada revolusi perindustrian.
Kemudian, perkembangan perdagangan yang berkembang dengan pesat. Hal ini
dikatakan demikian kerana perdagangan antarabangsa tidak terhad kepada komoditi seperti emas,
perak atau rempah ratus. Hal ini kerana perdagangan kini melibatkan pengeluaran industri seperti
arang batu, jentera, tekstil, besi dan tembaga.negara negara industri juga menghasilkan
pengeluaran secara besar-besaran. England juga melaksanakan dasar perdagangan bebas
sepenuhnya dalam sektor perindustrian dan pertanian.
Akhir sekali, perkembangan industri arang batu, besi, dan keluli yang meningkat. Hal
ini kerana arang batu diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk melebur bijih besi. Misalnya
lokasi yang mempunyai kuantiti arang batu yang banyak seperti New Castle dan Wales. Jelaslah
bahawa kemajuan yang pesat dalam industri besi, keluli, dan arang batu menjadi pemangkin
kepada pertumbuhan industri di England.
Kesimpulannya, revolusi perindustrian di England meninggalkan kesan yang mendalam
dalam bidang ekonomi.perkembangan ini menyebabkan england muncul sebagai negara industri
yang paling maju di dunia pada abad ke 19 masihi.
TEMA 2:
PEMERINTAHAN
DAN
PENTADBIRAN
Bab 5: Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di
negara China dari abad ke-16 hingga 20.

Disediakan Oleh: Nurin Aliah

Menjelang abad ke-16 hingga 20, sistem monarki amat kukuh di negara China. Dalam
sistem pemerintahan monarki, maharaja sebagai ketua negara dibantu oleh golongan pembesar.
Golongan pembesar juga memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran monarki di
negara China. Mereka berperanan sebagai tulang belakang kepada maharaja bagi
mempertahankan kedudukannya. Pembesar memiliki kuasa autonomi dalam menjalankan
pentadbiran di peringkat wilayah. Peranan pembesar di negara China dapat dikesan dalam aspek
seperti pentadbiran, perundangan, kehakiman, ketenteraan, ekonomi dan agama.

Peranan utama pembesar dalam sistem pemerintahan monarki di negara China adalah
dalam bidang pentadbiran. Pembesar membantu maharaja dalam menjalankan pentadbiran di
peringkat pusat dan wilayah. Mereka membantu maharaja dalam perlantikan, pemecatan dan
kenaikan pangkat kakitangan kerajaan. Mereka juga memegang jawatan penting dalam
jabatan-jabatan kerajaan di peringkat pusat dan wilayah iaitu pembesar dilantik oleh maharaja
sebagai gabenor untuk mengetuai pentadbiran di peringkat provinsi. Selain itu, mereka dilantik
sebagai majistret daerah untuk menerajui pentadbiran di peringkat daerah. Jelaslah, pembesar
merupakan tulang belakang maharaja dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran negara.

Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang perundangan. Pembesar memainkan


peranan dalam menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja. Mereka turut membantu
maharaja menggubal undang-undang dan menetapkan dasar negara. Selain itu, mereka
membantu maharaja menyediakan draf undang-undang edit dan warkah diraja. Justeru, pembesar
memainkan peranan membantu maharaja menegakkan undang-undang serta memelihara
keamanan dalam negara.

Peranan pembesar selanjutnya adalah dalam bidang kehakiman. Pembesar-pembesar di


negara China memainkan peranan dalam menguruskan hal ehwal kehakiman. Mereka
mempunyai kuasa untuk membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah. Mereka turut
menganggotai lembaga keadilan yang ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal kehakiman.
Antara tugas lembaga keadilan ialah menjatuhkan hukuman, memberi pengampunan dan
membicarakan kes-kes rayuan. Terdapat juga pembesar yang dilantik sebagai pesuruhjaya
kehakiman yang menguruskan kehakiman di provinsi. Jelas ternyata, pembesar membantu
maharaja dalam menguruskan hal ehwal kehakiman bagi memelihara kesejahteraan rakyat.
Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang ketenteraan. Pembesar memainkan
peranan dalam hal ehwal ketenteraan di peringkat pusat dan wilayah. Pembesar pusat dilantik
sebagai anggota lembaga peperangan yang menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai
tentera manakala pembesar-pembesar wilayah pula dilantik sebagai komander tentera. Mereka
berperanan memulihkan keamanan dan kestabilan politik di wilayah masing-masing. Pembesar
juga menyediakan bantuan ketenteraan kepada maharaja. Justeru, pembesar bertanggungjawab
dalam mempertahankan negara daripada ancaman dari luar dan dalam negara.

Peranan pembesar yang terakhir adalah dalam bidang ekonomi. Dalam hal ini,
pembesar-pembesar memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan percukaian.
Mereka berperanan mengutip cukai daripada penduduk tempatan dan menguruskan pendaftaran
tanah. Mereka juga perlu menyerahkan sebahagian daripada hasil kutipan cukai kepada
maharaja. Pembesar dilantik untuk menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi dan
daerah. Tuntasnya, pembesar berperanan membantu maharaja dalam melicinkan pengurusan
ekonomi serta mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

Kesimpulannya, pembesar-pembesar memainkan peranan penting dalam membantu


maharaja menjalankan pentadbiran negara dalam sistem pemerintahan beraja di negara China
pada abad ke-16 hingga 20. Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem
pemerintahan monarki di negara China. Maharaja juga mengukuhkan kedudukannya dengan
mengawal pembesar-pembesar di wilayah. Pada zaman Ching, wujud persaingan dalam kalangan
pembesar untuk menguasai kerajaan pusat. Persaingan ini menjejaskan kestabilan politik dan
meletakkan asas bagi keruntuhan kerajaan Manchu.
Bab 6 : Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung
untuk mengukuhkan pemerintahan monarki di Rusia.

Disediakan Oleh : Nur Syelina

Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 iaitu selama
36 tahun.Beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, sosial, ekonomi
dan keagamaan.Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke negara-negara Eropah Barat
seperti Jerman, Belanda, Austria, Britain dan Perancis.Kemajuan yang dicapai oleh negara-
negara Eropah Barat mendorong Tsar Peter Agung untuk melakukan pembaharuan bagi
memajukan Rusia.Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung bagi
mengukuhkan pemerintahan monarki mutlak di Rusia.

Langkah pertama yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan kedudukannya
adalah melalui pembaharuan dalam pemerintahan.Semasa pemerintahan,sistem pentadbiran
Rusia telah disusun semula.Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan
teratur.Selain itu, beliau telah melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma,
Zemskii Sobor dan Prikazi.Pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sobor digantikan dengan
Majlis Senat.Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk
mengurangkan beban tugas anggota senat.Jelas ternyata, pembaharuan yang dilakukan oleh
Tsar Peter Agung mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah kuasa mutlak di Rusia.

Langkah kedua yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan pemerintahan
monarki adalah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi.Tsar Peter Agung mengambil
langkah bagi membangunkan sektor perindustrian.Kerajaan pusat memberi pelbagai insentif
dan subsidi untuk membangunkan sektor perindustrian.TsarPeter Agung memperkenalkan
pelbagai jenis cukai untuk menambahkan perbendaharaan negara.Contohnya, beliau
memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalam bentuk tunai pada tahun 1718 dan cukai
tidak langsung.Tuntasnya, perubahan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung dalam ekonomi
meningkatkan pendapatan negara dan mengukuhkan kedudukan beliau.

Langkah ketiga yang diambil oleh Tsar Peter Agung adalah melakukan pembaharuan dalam
bidang pendidikan.Tsar Peter Agung memberi penekanan kepada kemajuan dalam bidang
pendidikan.Beliau menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari
kepakaran dalam bidang tertentu.Antara sekolah yang didirikan di Rusia adalah The Navigator
School dan Naval Academy.Sekolah ini memberi penekanan dalam bidang aritmetik, geometri,
geografi dan pelayaran.Justeru, pembaharuan yang dilakukan dalam pendidikan menyaksikan
pembangunan Rusia yang mengukuhkan kedudukan monarki di Rusia.
Langkah seterusnya yang diambil oleh Tsar Peter Agung adalah melakukan pembaharuan
dalam bidang keagamaan.Tsar Peter Agung telah mengambil langkah untuk menyusun semula
pentadbiran gereja.Tujuannya adalah untuk mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang
dimiliki oleh gereja.Beliau memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk
mengambil alih peranan ketua gereja Kristian Orthodoks. Beliau melantik dirinya sebagai
pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan kedudukannya dalam badan tersebut.Tuntasnya,
pembaharuan dalam bidang agama mengukuhkan kedudukan Tsar daripada penguasaan
institusi gereja.

Langkah terakhir yang diambil oleh Rusia dalam mengukuhkan kedudukan monarki
adalah melalui pembaharuan dalam bidang ketenteraan.Tsar Peter Agung mengambil langkah
untuk membina pasukan tentera yang kuat.Matlamat utama beliau ialah menangkis serangan
musuh,mematahkan pemberontakan dalam negeri dan meluaskan jajahan takluk.Pada tahun
1695, Tsar Peter Agung melancarkan serangan untuk menguasai kubu tartar di Azov.Tsar Peter
Agung berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova.Baginda berjaya
menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia daripada Sweden melalui Perjanjian
Nystadt.Tuntasnya, kejayaan Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah
empayar yang kuat di Eropah pada abad ke-18.

Kesimpulannya,Tsar Peter Agung telah mengambil langkah proaktif dalam pelbagai bidang
termasuk politik, ekonomi, agama dan sosial.Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter
Agung mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemerintah mutlak di Rusia.Pemerintahan
Tsar Peter Agung merupakan zaman keagungan dalam pemerintahan monarki di
Rusia.Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia muncul
sebagai sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di benua Eropah.Beliau meletakkan asas
yang kukuh bagi Rusia mencapai kemajuan pada abad-abad seterusnya.
Bab 7: Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan pemerintahan Raja
Mutlak dan Raja Berperlembagaan di Eropah Barat.

Disediakan Oleh: Maisarah

Penubuhan monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah merintis jalan kepada
kemunculan pemerintah mutlak pada abad ke-16 dan ke-17. Kemunculan negara bangsa pada abad
ke-15, meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis pada abad
ke-16 dan 17. Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara
pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen dan segala perintah raja akan menjadi undang-undang.
Menurut sistem pemerintahan beraja mutlak, raja dilantik atas kehendak Tuhan untuk memerintah
rakyat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran.
Sekiranya raja bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus menerimanya dengan tenang
sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka. Pandangan ini diterima oleh pihak gereja dan
mendapat sokongan daripada raja-raja negara bangsa.Faktor yang mendorong kemunculan
pemerintahan beraja mutlak ialah muncul idea daripada pemikir-pemikir politik seperti Jean Bodin;
Hugo Crotius; dan Cardinal Duc de Richelieu.

JEAN BODIN (1530-1596) Bodin dilahirkan pada tahun 1530 di Angers dan meninggal dunia
pada tahun 1596. Beliau mengesyorkan supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat kerana
kerajaan pusat yang kuat akan dapat mengawal wilayah dengan lebih baik dan berkesan. Idea oleh
Bodin ini muncul ekoran tindakan golongan Huguenot (Calvinis) mencabar dan mengancam
undang-undang dan kekuasaan kerajaan pusat Perancis. Pemerintahan mutlak dimaksudkan oleh
Bodin dalam bukunya berjudul The Six Books of Republic. Bodin juga percaya bahawa kuasa
berdaulat dalam negara wujud dalam bentuk kekuatan ketenteraan. Kuasa mutlak yang dianjurkan
oleh Bodin juga mengambil kira hak rakyat. Raja dikehendaki memerintah menurut hukum Tuhan
dan jika memerintah sebaliknya dianggap raja yang zalim. Kerajaan juga dikehendaki memenuhi
segala kehendak rakyat. Dalam pada itu, rakyat pula diminta supaya tidak mengumpul banyak
kekayaan hingga menggugat kestabilan dan ketenteraman negara. Menurut Bodin, ia akan
mengelakkan revolusi, pemberontakan atau sebarang tindakan politik lain yang bakal menggugat
kestabilan negara.
HUGO GROTIUS (1583-1645) Grotius ialah tokoh dari Belanda dan karya beliau yang terkenal
ialah De hire Belli ac Pacis. Menurut Grotius, kemunculan negara bangsa menyebabkan tidak wujud
negara dunia Kristian seperti yang dilihat pada Zaman Pertengahan Awal. Kini tiada negara yang lebih
kuat, lebih bebas atau lebih mampu daripada negara lain, dan muncul sistem politik berbilang negara
atau sistem antarabangsa. Oleh itu, negara-negara tersebut harus menjalinkan hubungan sesama mereka
menurut garis-garis kelakuan yang disetujui. Bagi Grotius, negara berhak melakukan peperangan dalam
mempertahankan diri serta membela hukum antarabangsa. Grotius menambah, sesiapa yang mencabuli
hukum alam atau antarabangsa dianggap sebagai penceroboh terhadap masyarakat antarabangsa kerana
ia akan memusnahkan segala dasar yang diadakan untuk mewujudkan kebahagiaan dan keamanan
dunia. Grotius juga menegaskan peperangan yang dilakukan terhadap sesebuah negara yang mencabuli
hukum antara negara adalah salah dan boleh dihukum. Idea yang dimajukan oleh Grotius adalah baik,
tetapi ia disalah guna oleh negara mutlak. Idea Grotius telah dilaksanakan oleh Richelieu dalam sistem
pentadbiran Perancis.

CARDINAL DUC DE RICHELIEU (1585-1642) Richelieu ialah paderi besar gereja Katolik dan
seorang bangsawan. Beliau telah memimpin Perancis ketika negara menghadapi pelbagai masalah pada
abad ke-17. Richelieu memberatkan peranan kuasa sebagai unsur penting dalam amalan tatanegara.
Segala perhatian ditumpukan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat di Perancis. Richelieu
mengambil langkah menghapuskan sentimen kewilayahan dan pergelutan dalam negara yang
mengancam kestabilan politik di Perancis pada abad ke-17. Richelieu juga percaya negara Perancis yang
kuat akan menjadi lebih berkesan dan berpengaruh di dalam dan luar negeri. Oleh itu, beliau telah
mewujudkan tentera laut yang lengkap dengan kapal-kapal perang dan peralatan baharu dan moden.

Richelieu juga telah menghapuskan kekacauan yang berlaku dalam gereja Katolik. Beliau menolak
peranan gereja dalam politik dan kenegaraan. Pandangan Richelieu terkandung dalam bukunya berjudul
Wasiat Politik. Dalam buku ini, beliau mengemukakan pandangan tentang keperluan mengekalkan
kekuasaan dan kemutlakan negara. Richelieu berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk
menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak.Ketika Richelieu menjadi
Ketua Menteri, Perancis mempunyai sistem pemerintahan pusat yang kuat. Harus ditegaskan negara
mutlak Richelieu ialah negara yang wujud menurut perintah Tuhan dan baginya kuasa mutlak adalah
satu seni pemerintahan. Richelieu juga menolak pendidikan diberikan kepada rakat jelata. Beliau
bimbang golongan berpendidikan akan melahirkan masyarakat yang kritis dan akan menyoal dasar
kerajaan.Perkembangan ini akan menyebabkan rakyat tidak setia kepada negara. Kepentingan negara
mutlak memerlukan kerajaan tidak menggalakkan pendidikan dalam kalangan rakyat jelata. Richelieu
juga percaya bahawa pelajaran kesenian dan kesusasteraan harus dikawal oleh kerajaan untuk
memajukan kepentingan negara mutlak.

Kesimpulannya, dengan munculnya idea daripada pemikir-pemikir politik seperti Jean Bodin;Hugo
Crotiu; dan Cardinal Duc de Richelieu ini telah banyak mempengaruhi kemunculan pemerintahan beraja
mutlak.Di samping itu, pentadbiran negara dikhususkan oleh pemerintahan kerajaan pusat turut
mendorong kepada hal ini.Oleh itu,jelaslah bahawa dengan adanya idea-idea mereka ini,sistem
pemerintahan raja mutlak di Perancis terus terlaksana dengan jayanya.
Bab 8: Galurkan rentetan peristiwa yang menyebabkan tercetus Revolusi
Perancis dan penubuhan kerajaan republik di Perancis pada 1789.

Disediakan Oleh: Siti Norazlina

Revolusi Perancis merupakan peristiwa politik yang amat signifikan dalam sejarah Eropah.
Revolusi ini meletakkan asas bagi perubahan yang berlaku dalam sistem politik di Eropah.
Revolusi ini juga meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan Republik bagi
menggantikan sistem pemerintahan beraja di Perancis.

Pada tahun 1789, Raja Louis XVI mengadakan Persidangan Parlimen Perancis. Persidangan
tersebut gagal kerana timbul perbezaan pendapat berhubung cara pengundian dalam kalangan
anggota dewan. Dewan Ketiga menuntut agar setiap anggota diberikan satu undi yang berasingan.
Selain itu, Dewan Ketiga juga menuntut agar ketiga-tiga dewan mengadakan persidangan bersama
dan undian majoriti harus diterima. Namun demikian, tuntutan yang dikemukakan oleh Dewan
Ketiga tidak diterima oleh Raja Louis XVI.

Selepas Raja Louis XIV menolak tuntutan mereka, Dewan Ketiga mengisytiharkan
penubuhan Perhimpunan Kebangsaan . Dalam pada itu Dewan Pertama dan Dewan Kedua
dijemput untuk menyertai perhimpunan tersebut. Dewan Ketiga mendakwa mereka mempunyai
hak untuk bercakap dan bertindak bagi seluruh negara Perancis. Perkembangan ini menandakan
bermulanya perselisihan antara Dewan ketiga dengan golongan bangsawan,paderi dan raja. Marie
Antoinette mendesak Raja Louis XIV agar menutup pintu dewan persidangan kepada anggota
Dewan Ketiga. Perkembangan ini menyebabkan anggota Perhimpunan Kebangsaan mengadakan
pertemuan di sebuah gelanggang tenis pada 20 Jun 1789. Dalam pertemuan tersebut, mereka
bersumpah untuk terus mengadakan persidangan sehingga perlembagaan baru digubal. Peristiwa
bersejarah ini dikenali sebagai “Sumpah Gelanggang Tenis” yang meletakkan asas bagi tercetus
Revolusi Perancis.

Raja Louis XVI mengemukakan ugutan untuk menumpaskan Perhimpunan Kebangsaan.


Tindakan Raja Louis XVI membangkitkan kemarahan penduduk di Paris yang melancarkan tunjuk
perasaan. Pada 14 Julai 1789, penunjuk perasaan menggempur penjara Bastille yang merupakan
lambang kezaliman rejim lama. Kejatuhan Bastille memberi semangat kepada pemberontak untuk
melancarkan tunjuk perasaan di seluruh Perancis . Apabila revolusi tersebar ke kawasan desa,
rakyat memansuhkan semua bentuk perjanjian dengan tuan-tuan tanah.

Perhimpunan Kebangsaan telah mengadakan persidangan pada 4 Ogos 1789. Perhimpunan


Kebangsaan menggubal perlembagaan baru negara Perancis. Perhimpunan Kebangsaan juga
mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan hak keistimewaan golongan feudal . Selain Itu,
perhimpunan kebangsaan mengambil alih tanah daripada gereja dan membatalkan gelaran kepada
golongan bangsawan . Pada 27 Ogos 1789, Perhimpunan Kebangsaan meluluskan ‘Pengisytiharan
Hak Manusia’.
Raja Louis XVI bersama isterinya Marie Antoinette mengambil keputusan untuk melarikan
diri ke negara lain. Mereka ditahan oleh golongan revolusioner berhampiran sempadan di Varennes
dan dipaksa kembali ke Paris. Pada bulan Julai 1791, Raja Louis XIV terpaksa menerima
perlembagaan baru yang diluluskan oleh perhimpunan kebangsaan. Menurut perlembagaan baru,
sebuah kerajaan raja berperlembagaan telah ditubuhkan. Perkembangan yang berlaku di Perancis
membimbangkan negara-negara Eropah yang mengamalkan pemerintahan beraja. Raja-raja
Prussia dan Austria mengambil keputusan untuk membantu Raja Louis XVL. Perkembangan ini
juga menyebabkan kedudukan golongan revolusioner di Perancis terancam. Pada bulan April
1792, kerajaan Perancis mengisytiharkan peperangan terhadap Austria. Pada bulan Ogos 1792,
Perhimpunan Perundangan digantikan dengan Constitutional Convention. Perkembangan ini
menyebabkan negara Perancis diisytiharkan sebagai sebuah Republik.

Kesimpulannya, Revolusi Perancis menandakan kejayaan rakyat Perancis menamatkan


pemerintahan monarki mutlak di Perancis. Revolusi ini juga meletakkan asas bagi kemunculan
sistem pemerintahan republik yang berasaskan perlembagaan bertulis di Perancis. Penubuhan
kerajaan republik menyebabkan kerajaan yang berteraskan idea “kebebasan persamaan dan
persaudaraan” telah ditubuhkan di Perancis. Kejayaan revolusi Perancis menyemarakkan
semangat golongan nasionalis di negara-negara lain di seluruh benua Eropah.
Bab 8: Huraikan reformasi yang dilakukan oleh kerajaan Republik Ketiga
dalam bidang sosial dan ekonomi

Disediakan Oleh: Ahmad Uzair

Kerajaan Republik yang dikenali sebagai Republik Ketiga ditubuhkan di Perancis pada
tahun 1875. Pemerintahan Kerajaan Republik Ketiga berlanjutan hingga Perang Dunia Kedua dan
tamat pada tahun 1945. Kerajaan Republik Ketiga telah menjalankan pelbagai reformasi di negara
Perancis. Reformasi yang dijalankan meliputi bidang ekonomi, sosial, dasar luar negara dan dasar
kolonial. Reformasi dijalankan selepas keamanan dapat dipulihkan di negara Perancis.

Reformasi yang dilakukan oleh kerajaan Republik Ketiga dalam bidang sosial adalah
mengurangkan waktu bekerja. Kerajaan Republik Ketiga mengambil tindakan dengan
mengehadkan waktu pekerja di sektor perkilangan. Contohnya, waktu bekerja bagi golongan
wanita dikurangkan dan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dilarang bekerja. Waktu bekerja
yang ditetapkan adalah 10 jam sehari. Namun demikian, selepas Akta Kilang diluluskan, waktu
bekerja dikurangkan kepada 8 jam sehari.

Selain itu, kerajaan Republik Ketiga juga telah menjaga kebajikan pekerja sebagai langkah
dalam melaksanakan reformasi sosial. Kerajaan Republik Ketiga mempertahankan hak, kebajikan
dan kepentingan pekerja melalui Akta Kilang yang telah diluluskan. Contohnya, pekerja-pekerja
diberikan perkhidmatan perubatan secara percuma dan diberikan cuti rehat satu hari dalam
seminggu. Pada tahun 1898, akta yang mewajibkan majikan memberikan pampasan kepada
pekerja yang cedera diluluskan. Lembaga Perdagangan juga ditubuhkan untuk menyelesaikan
sebarang pertikaian yang timbul antara pekerja dan majikan.

Seterusnya, Kerajaan Republik Ketiga juga telah menjalankan reformasi pendidikan


sebagai langkah dalam melaksanakan reformasi sosial demi kepentingan rakyat. Semasa
pemerintahan Jules Ferry, penekanan diberikan kepada pendidikan tahap rendah. Beliau
menubuhkan sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak berumur anatara enam hingga tiga belas
tahun. Beliau juga mendirikan sekolah menengah yang menekankan pembelajaran dalam bidang
sains. Pembelajaran sains juga diberi penekanan di peringkat universiti. Beliau melarang golongan
mubaligh dan paderi melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran di sekolah.
Selain daripada reformasi sosial, kerajaan Republik Ketiga juga telah menjalankan
reformasi ekonomi di Perancis. Antara reformasi yang dilakukan adalah mewujudkan institusi
kewangan. Dalam institusi kewangan tersebut, sistem perbankan disusun semula demi kepentingan
golongan kapitalis. Sumber kewangan golongan kapitalis menyebabkan berlakunya pertumbuhan
pesat dalam aktiviti perdagangan. Peningkatan sumber pendapatan pula telah menyebabkan
pampasan perang dapat dibayar dengan cepat.

Kerajaan Republik Ketiga juga telah membangunkan pertanian sebagai langkah dalam
melaksanakan reformasi ekonomi. Sistem baharu diperkenalkan bagi menambah keluasan tanah
pertanian. Petubuhan-pertubuhan bagi mempertahankan hak penguasa pertanian juga turut
ditubuhkan. Kerajaan telah meluluskan undang-undang bagi mempertahankan hak pemilik tanah
pertanian. Sebagai contoh, kerajaan tidak boleh merampas tanah pertanian daripada petani dan
tanah pertanian tidak boleh dijual atau dilelong. Cukai tarif yang dikenakan bagi barangan yang
diimport dari negara lain juga ditambah.

Kesimpulannya, semasa pemerintahan Republik Ketiga, pembaharuan yang dijalankan di


negara Perancis dalam bidang sosial dan ekonomi berjaya mengukuhkan kedudukan negara
Perancis. Selain perkembangan dalam bidang pertanian, sektor perindustrian juga turut mengalami
pertumbuhan pesat. Kerajaan juga mempertahankan hak golongan pekerja dan melakukan
perubahan dalam bidang pendidikan dalam usaha memajukan lagi negara Perancis.
Bab 9: Huraikan faktor-faktor yang meletakkan asas bagi pembentukan
Kerajaan Persekutuan di Amerika Syarikat.

Disediakan Oleh: Nurul Farwizah

Selepas perang kemerdekaan Amerika berakhir, Perjanjian Versailles telah


ditandatangani. Menurut perjanjian ini, England terpaksa menyerahkan 13 koloni tanah jajahan
dan mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat. Selepas kemerdekaan, pemimpin-
pemimpin daripada koloni tanah jajahan berusaha menggubal perlembagaan baru dan draf
perlembagaan akhir telah diterima pada tahun 1789. Perlembagaan Amerika Syarikat
memperuntukkan penubuhan sebuah Kerajaan Persekutuan. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong pembentukan negara persekutuan di Amerika Syarikat pada tahun 1789.

Faktor utama mendorong pembentukan Kerajaan Persekutuan di Amerika Syarikat


adalah perbezaan dalam aspek sosial dan agama. Terdapat perbezaan yang amat ketara dalam
cara hidup dan cara berfikir antara penduduk di England dan Amerika Syarikat. Contohnya,
sebahagian besar penduduk di England mengamalkan fahaman Anglican manakala penduduk
di koloni Amerika berfahaman puritan. Selain itu, sebahagian besar penduduk di England
terdiri daripada golongan konservatif manakala penduduk di Amerika terdedah kepada idea
moden. Perbezaan ini mendorong penduduk di koloni tanah jajahan Amerika Syarikat berjuang
untuk membebaskan negara daripada cengkaman England. Justeru, perbezaan ini menjadi
faktor asas yang mendorong penduduk di koloni berjuang untuk menubuhkan negara
persekutuan Amerika Syarikat.

Faktor kedua yang memainkan peranan dalam pembentukan negara Persekutuan


Amerika Syarikat adalah Perang Tujuh Tahun. Perang Tujuh Tahun (1756-1763) merupakan
perang yang berlaku antara Perancis dan England di Eropah. Pada tahun 1763, orang Perancis
telah dikalahkan oleh England. Namun demikian, peperangan ini memakan perbelanjaan yang
besar bagi Kerajaan England. England membuat keputusan untuk menuntut penduduk koloni
di Amerika menanggung perbelanjaan peperangan tersebut. Tindakan England telah menerima
bantahan dan penentangan hebat daripada penduduk koloni Amerika Syarikat. Perkembangan
ini menyebabkan rakyat melancarkan gerakan untu membebaskan Amerika Syarikat daripada
England. Tuntasnya, Tindakan Kerajaan England memaksa penduduk koloni menanggung kos
Perang Tujuh Tahun mendorong pembentukan negara Persekutuan Amerika Syarikat.
Faktor seterusnya yang mendorong pembentukan negara Persekutuan di Amerika
Syarikat adalah dasar campur tangan England dalam hal ehwal koloni. Raja Gorge III
mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal penduduk koloni-koloni di Amerika
Syarikat. Baginda tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan oleh penduduk koloni.
Sebaliknya, baginda bertindak tegas untuk mendapatkan wang daripada penduduk di koloni.
Hal ini menyebabkan penduduk koloni bangkit menamatkan pemerintahan England di
Amerika. Jelaslah ternyata, campur tangan England dalam urusan koloni membangkitkan
kemarahan penduduk dan memberi laluan kepada pembentukan negara Persekutuan Amerika
Syarikat.

Faktor keempat yang mendorong pembentukan negara Persekutuan Amerika Syarikat


adalah pengenalan akta-akta baru bagi penduduk di koloni. Penduduk koloni membantah akta-
akta baru seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem, dan Akta Teh yang diluluskan oleh
Parlimen di London. Akta- akta ini diperkenalkan untuk memungut cukai daripada penduduk
di koloni-koloni Amerika Syarikat. Selain itu, undang-undang memerlukan penduduk koloni
membayar perbelanjaan tentera England yang berkhidmat di Amerika Syarikat diluluskan.
Penduduk koloni membantah akta-akta ini kerana mereka berpendapat Parlimen di London
tidak berhak mengenakan cukai. Justeru, pengenalan akta-akta yang bersifat menindas
membangkitkan kemarahan penduduk koloni dan menjadi pemangkin pembentukan negara
Persekutuan Amerika Syarikat.

Faktor terakhir yang mendorong pembentukan negara Persekutuan Amerika Syarikat


adalah peristiwa ‘Pembuangan Teh Boston’. Pada tahun 1773, Lord North meluluskan Akta
Teh di Parlimen di London. Akt ini membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
menjual teh kepada penduduk di koloni tanpa membayar cukai. Penduduk di koloni dipaksa
membeli teh daripada England melalui SHTI. Perkembangan ini, menimbulkan kemarahan
penduduk di koloni terhadap Kerajaan England. Mereka bertindak membuang kotak-kotak
berisi teh kedalam laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston.
Sebagai tindak balas, Kerajaan England mengambil keputusan untuk menutup Pelabuhan
Boston pada tahun 1774. Peristiwa ini, menyebabkan penduduk koloni memperjuangkan
kemerdekaan daripada England. Jelas ternyata, peristiwa ini membangkitkan semangat
penduduk koloni terhadap pembentukan negara Persekutuan Amerika Syarikat.

Kesimpulannya, Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir dengan


tertemerainya Perjanjian Versailles. Perjanjian ini menyebabkan England menyerahkan
kesemua 13 tanah jajahan dan mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat. Selepas mencapai
kemerdekaan, perlembagaan baru digubal bagi negara Persekutuan Amerika Syarikat.
Bab 10 : Bincangkan peranan yang dimainkan oleh Giuseppe Mazzini
(1805-1872) dalam penyatuan negara bangsa Itali.

Disediakan oleh: Siti NurFatini

Menjelang abad ke-19 Masihi, muncul beberapa orang tokoh nasionalis yang berjuang untuk
menyatukan negara bangsa Itali. Antara tokoh-tokoh nasionalis tersebut adalah Giuseppe
Mazzini, Giuseppe Garibaldi dan Count Camillo Benso de Cavour. Di kalangan tokoh-tokoh ini,
Giuseppe Mazzini merupakan seorang tokoh yang amat berpengaruh dan memainkan peranan
penting dalam penyatuan Itali. Mazzini merupakan seorang tokoh politik, penulis dan pejuang
yang mengabdikan hidup untuk pembinaan negara bangsa Itali. Mazzini dilahirkan pada 22 Jun
1805 di kota Genoa, Itali. Beliau memimpin dan mengusir kuasa asing dari bumi Itali.
Peranan pertama Mazzini adalah melahirkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan rakyat
Itali tentang penyatuan Itali. Beliau merupakan tokoh terawal membangkitkan kesedaran
nasionalisme dalam kalangan rakyat Itali. Beliau turut terlibat secara aktif menerusi kegiatan
politik untuk menyatukan Itali. Selain menubuhkan pertubuhan bagi menyemai semangat
kebangsaan, beliau turut terlibat dalam penulisan. Beliau berjaya membangkitkan semangat
nasionalisme menerusi karya-karya yang dihasilkannya. Tuntasnya, beliau bergiat aktif menerusi
pertubuhan dan penulisan bagi membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan
penduduk Itali.
Peranan kedua Mazzini adalah matlamat perjuangannya iaitu membebaskan Itali daripada
penguasaan kuasa asing. Matlamat utama perjuangan beliau adalah menyatukan Itali ke arah
pembentukan sebuah negara republik. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau melancarkan
perjuangan bagi mengusir pemerintahan asing dari bumi Itali. Beliau menubuhkan
pertubuhan-pertubuhan nasionalis bagi menyatukan rakyat demi mencapai matlamat tersebut. Di
samping itu, beliau mengambil langkah bagi mempopularkan idea penyatuan Itali dalam
kalangan rakyat Itali. Beliau berpendapat usaha penyatuan Itali harus dilakukan oleh rakyat Itali
sendiri. Dalam hal ini, beliau tidak mahu campur tangan dan bantuan kuasa-kuasa asing dalam
usaha penyatuan Itali.
Peranan ketiga Mazzini dalam penyatuan negara bangsa Itali adalah menerusi penubuhan
pertubuhan nasional. Matlamat utama pertubuhan-pertubuhan ini adalah untuk membangkitkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat. Contohnya, Mazzini telah menubuhkan
pertubuhan ‘Young Italy’ pada tahun 1831. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan nasional
pertama yang mempunyai ahli dari seluruh Itali. Pada tahun 1834, beliau mengasaskan
pertubuhan ‘Young Europe’ ketika berada dalam buangan di England. Melalui pertubuhan ini,
beliau berjaya mendapat sokongan padu daripada rakyat Itali dalam usaha menyatukan negara
bangsa di Itali.
Peranan keempat Mazzini dalam penyatuan negara bangsa Itali adalah pendekatan ekstrim
yang digunakan untuk menyatukan Itali. Beliau menggunakan pendekatan ekstrim seperti
pemberontakan dan peperangan sebagai langkah penyatuan Itali. Pendekatan yang digunakan
oleh Mazzini bertentangan dengan pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Piedmont. Beliau
tidak berpuas hati dengan pendekatan diplomatik yang digunakan oleh Count Cavour untuk
menyatukan Itali. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Piedmont menyertai
Peperangan Crimea.
Peranan terakhir Mazzini dalam usaha penyatuan negara bangsa di Itali adalah merancang dan
memimpin pemberontakan. Beliau merancang dan memimpin pemberontakan menentang
kuasa-kuasa asing di bumi Itali. Pada tahun 1833, Beliau merancang serangan terhadap wilayah
Savoy dari Switzerland. Beliau turut terlibat dalam pemberontakan yang berlaku di Cosenza
pada tahun 1843. Pada tahun 1857, Mazzini merancang pemberontakan tersebut gagal, namun ia
telah menyemai semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.
Kesimpulannya, Mazzini merupakan tokoh nasionalis yang telah memberi sumbangan besar
dalam usaha menyatukan Itali. Beliau merupakan seorang tokoh nasionalis yang mempunyai
pendekatan tersendiri dalam usaha penyatuan Itali. Dalam usaha tersebut, beliau mengabdikan
kehidupannya bagi menyatukan rakyat Itali demi merealisasikan penyatuan Itali. Perjuangan
Mazzini membantu membebaskan Itali daripada penguasaan kuasa asing dan muncul sebuah
negara bangsa bagi rakyat Itali.
Bab 10: Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Bismark untuk
mengukuhkan penyatuan Jerman selepas tahun 1871.

Disediakan Oleh: Muhammad Akmal

Bismark merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam penyatuan negara
bangsa Jerman.Beliau berjaya melaksanakan penyatuan negara bangsa Jerman melalui dua
peringkat.Pada peringkat pertama, beliau melancarkan peperangan terhadap negara-negara
asing yang menguasai wilayah Jerman.Manakala pada peringkat kedua pula beliau
melaksanakan program pembangunan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial bagi
mengukuhkan penyatuan Jerman.Dalam konteks ini, terdapat beberapa langkah yang diambil
oleh Bismark untuk mengukuhkan penyatuan Jerman selepas tahun 1871.

Langkah pertama yang diambil oleh Bismark untuk mengukuhkan Jerman adalah
memulihkan keamanan dalam negara.Sehubungan itu, Bismark mengambil tindakan untuk
menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah bagi mengukuhkan
keselamatan negara daripada ancaman luar.Pada tahun 1882, Bismark mengadakan perikatan
dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga dan beliau berharap negara-
negara lain tidak akan melancarkan peperangan terhadap Jerman melalui perikatan yang
dibuat.Justeru, melalui tindakan tersebut Bismark berjaya melahirkan keamanan dalam negara
bagi pengukuhan penyatuan negara.

Langkah kedua yang diambil oleh Bismark untuk mengukuhkan penyatuan Jerman
adalah memperkenalkan Perlembagaan Umum bagi Jerman.Bismark memperkenalkan
perlembagaan yang memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen yang terdiri
daripada dua badan iaitu Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja.Mengikut perlembagaan baru
Jerman, kuasa sebenar terletak di tangan Canselor dan Kaiser.Jelas ternyata, perlembagaan baru
ini memberi kuasa kepada Bismark untuk mengukuhkan penyatuan negara Jerman.

Selain itu,penyekatan pengaruh institusi gereja juga merupakan langkah yang diambil
oleh Bismark untuk mengukuhkan penyatuan Jerman.Semasa pemerintahannya, Bismark
menghadapi masalah dengan Gereja Roman Katolik yang membuat beliau bimbang akan
kebangkitan Gereja Roman Katolik yang dapat memecahkan perpaduan dalam negeri
Jerman.Bagi mencegah perkembangan ini, Bismark memulakan pergerakan anti gereja yang
dikenali sebagai ‘Kulturkampf’ serta meluluskan Undang-Undang Mei bagi menyekat
perkembangan Gereja Katolik di Jerman.Tuntasnya, tindakan menyekat pengaruh gereja dapat
mengelakkan perpecahan dalam negara dan megukuhkan penyatuan Jerman dengan berkesan.
Langkah seterusnya yang diambil oleh Bismark untuk mengukuhkan penyatuan Jerman
adalah melaksanakan program pembangunan ekonomi.Bismark sedar bahawa kedudukan
ekonomi yang stabil amat penting bagi melahirkan negara Jerman yang bersatu dan kuat yang
membuat beliau mengambil tindakan untuk memperkenalkan sistem ekonomi yang teratur dan
cekap.Sebagai contoh, beliau memperkenalkan sistem cukai, mata wang serta sistem sukatan
dan timbangan yang seragam di seluruh negara.Selain itu, beliau juga menyatukan
perkhidmatan pos dan telegraf serta membina landasan keretapi di seluruh Jerman.Bismark
juga mengambil langkah dalam membangunkan sektor perindustrian dan memajukan sektor
pertanian dan perdagangan.Justeru, langkah-langkah ini berjaya membangunkan negara serta
mengukuhkan penyatuan negara Jerman.

Akhir sekali, langkah yang diambil oleh Bismark untuk mengukuhkan penyatuan Jerman
adalah melaksanakan program pemulihan sosial.Bismark memperkenalkan pelbagai rancangan
sosial bagi merapatkan jurang antara golongan yang kaya dengan golongan miskin serta
memperkenalkan undang-undang bagi membaiki taraf hidup golongan pekerja di kilang.Antara
undang-undang yang diperkenalkan oleh beliau ialah Undang-Undang Insurans Sakit dan
Undang-Undang Insurans Hari Tua.Menerusi undang-undang ini, Bismark berjaya
mewujudkan perpaduan dan menjaga kebajikan pelbagai lapisan penduduk Jerman.

Kesimpulannya, Bismark merupakan tokoh yang memiliki kebijaksanaan dalam


memanipulasikan isu demi mencapai matlamatnya, iaitu menyatukan Jerman.Selepas
penubuhan negara bangsa Jerman, beliau mengambil pelbagai langkah bagi mengukuhkan
penyatuan tersebut.Beliau juga memperkenalkan pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial bagi menyatukan rakyat dan membangunkan Jerman.Ekoran usaha Bismark, Jerman
muncul sebagai sebuah negara bangsa yang unggul serta menjadi contoh kepada negara-negara
lain di Eropah.
TEMA 3:
KEMAJUAN
DAN
PEMBANGUNAN
Bab 11 : Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan
ekonomi kapitalisme di England selepas Revolusi Perindutrian.

Disediakan oleh : Nur Fadhilah Farhat

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang menekankan hak milik persendirian ,


pasaran , kebebasan ekonomi dan perniagaan untuk keuntungan . Kegiatan ekonomi
kapitalisme berkembang pesat selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad
ke-18 dan 19 M . Perkembangan ekonomi kapitalisme menyebabkan perubahan yang amat
ketara dalam pertanian , perindustrian , dan perdagangan . Perubahan-perubahan ini disebabkan
oleh penggunaan teknologi moden dan kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan
. Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan kapitalisme di England selepas
Revolusi Perindustrian .
Antara faktor yang mendorong perkembangan kapitalisme di England pada abad ke-18
dan 19 M ialah kemajuan pengangkutan . Perkembangan kapitalisme menyebabkan kemajuan
dalam bidang pengangkutan . Kemunculan industri . menyebabkan pembinaan jalan raya ,
terusan , landasan kereta api dan perkapalan. Sistem pengangkutan disediakan bagi
memudahkan pergerakan barangan dan pemasaran . Kemajuan dalam teknologi pembinaan
jalan raya dan lokomotif menyebabkan sistem pengangkutan berkembang . Tuntasnya ,
perkembangan pengangkutan merancakkan pertumbuhan perindustrian serta sistem ekonomi
kapitalisme di England .
Seterusnya , faktor yang mendorong perkembangan kapitalisme ialah penggunaan
teknologi moden . Selepas revolusi perindustrian teknologi moden digunakan secara meluas
dalam kilang untuk menambahkan pengeluaran . Hal ini kerana , pelbagai rekaan dan ciptaan
baru digunakan dalam kegiatan perindustrian di England . Selain itu , jentera dan alat-alat baru
dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian . Antara alat-alat yang digunakan ialah
mesin penggali Jethro Tull , mesin menuai , dan mesin pembajak . Justeru , penggunaan
teknologi moden dalam perindustrian dan pertanian merancakkan pertumbuhan ekonomi
kapitalisme di England .
Selain itu , faktor yang mendorong perkembangan kapitalisme ialah kemajuan industri.
Perkembangan kapitalisme menyebabkan industri berasaskan tekstil , kain kapas , arang batu ,
dan besi mula berkembang di England . Industri tekstil mengalami perkembangan pesat ekoran
penemuan mesin baru seperti Flying Shuttle dan Spinning Jenny . Kemunculan kilang-kilang
perindustrian menyebabkan industri arang batu , besi dan keluli turut berkembang . Tuntasnya,
perkembangan perindustrian yang menggunakan teknologi moden dan pengeluaran besar-
besaran merancakkan perkembangan kapitalisme .
Berikutnya , faktor yang mendorong perkembangan kapitalisme ialah kemunculan
bandar perusahaan . Selepas revolusi perindustrian , muncul bandar-bandar perusahaan di
seluruh England . Bandar-bandar perusahaan muncul ekoran daripada penghijraan penduduk
ke bandar-bandar untuk bekerja di kilang . Antara bandar-bandar perusahanan yang muncul
ialah Manchester , Liverpool , York dan Birmingham . Jelas ketara , pertumbuhan bandar
perindustrian menyebabkan ekonomi kapitalisme mula berkembang di England .
Akhir sekali , faktor yang mendorong perkembangan kapitalisme ialah perdagangan
antarabangsa.Perkembangan antarabangsa melibatkan pengeluaran barangan industri seperti
arang batu , jentera , tekstil , besi dan tembaga.Perdagangan antarabangsa menyebabkan
England menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran.Bagi meningkatkan perdagangan
antarabangsa,England melaksanakan dasar perdagangan bebas.Tuntasnya , pelaksanaan
perdagangan antarabangsa yang berasaskan perdagangan bebas menyebabkan sistem ekonomi
kapitalisme mula berkembang.
Kesimpulannya , perkembangan kapitalisme selepas Revolusi Perindustrian
menyebabkan perubahan besar dalam sistem ekonomi.Pertumbuhan dalam bidang
perindustrian dan pertanian telah menyebabkan England terlibat dalam perdagangan
antarabangsa.Ekonomi kapitalisme meletakkan asas bagi kebangkitan England sebagai negara
industri yang paling maju di Eropah.
Bab 12: Bincangkan faktor-faktor yang mendorong Portugal
membina empayar perdagangan pada abad ke-16 Masihi.

Disediakan oleh: Natasya Shafie

Penglibatan masyarakat Portugal dalam kegiatan perdagangan dapat dikesan


sejak abad ke-15 Masihi.Menjelang tahun 1460,Portugal berjaya menguasai rangkaian
pelabuhan yang menganjur dari kepulauan Madeira hingga Cape Verda. Kejayaan
Vasco Da Gama sampai ke Timur mendorong pelayar Portugal melancarkan ekspedisi
ke Timur. Ekspedisi perdagangan dihantar untuk mendapatkan barang dagangan dari
Timur ke terutamanya rempah ratus. Pencapaian pelayar Portugal dalam ekspedisi
maritim menyebabkan kejayaan membangunkan senuah empayar perdagangan di Asia
dan Amerika. Terdapat beberapa faktor yang mendorong Portugal mendirikan
empayar perdagangan pada abad ke-16 Masihi.

Faktor utama yang mendorong Portugal mendirikan empayar perdagangan


adalah kedudukan geografi. Kedudukan Portugal berhampiran dengan laut mendorong
perkembangan perdagangan maritim. Dari segi geografi,Portugal terletak di
Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik. Portugal juga mempunyai
kawasan pantai yang panjang dan pelabuhan yang baik seperti Lisbon dan Antwerp.
Pelabuhan ini memainkan peranan sebagai pusat pengedaran dan pengagihan rempah
ratus dari Timur. Jelas ternyata, kedudukan geografi Portugal yanmg dikelilingi laut
mendorong orang Portugal mendirikan empayar perdagangan.

Faktor seterusnya adalah teknologi pelayaran. Perkembangan perdagangan


maritim disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi pelayaran. Penemuan peralatan
baru seperti astrolab,carta pelayaran dan kompas magnetik merancakkan kegiatan
penerokaan. Pelayar Portugal mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang
geografi dan ilmu pelayaran. Orang Portugal juga mempunyai kemahiran membina
kapal Caravel yang digunakan dalam pelayaran jarak jauh. Perkembangan ini
membantu orang Portugis melancarkan ekspedisi perdagangan dengan Timur.
Tuntasnya, kemajuan dalam teknologi pelayaran membantu orang Portugis
melancarkan ekspedisi serta mengasaskan empayar perdagangan.

Faktor selanjutnya adalah kapitalisme. Perkembangan sistem ekonomi


kapitalisme memainkan peranan dalam perkembangan perdagangan di Portugal.
Kemunculan ekonomi kapitalisme mendorong raja-raja Portugal melancarkan
ekspedisi ke Timur. Ekspedisi perdagangan dilancarkan bagi mengaut kekayaan dan
mengukuhkan kedudukan raja. Pemerintahan Portugal menggalakkan orang Portugal
melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan dan perniagaan. Justeru, perkembangan
kapitalisme merangsang pemerintahan dan rakyat Portugal membina perdagangan
bagi mengumpul kekayaan.
Faktor seterusnya adalah penguasaan laluan rakyat. Kejayaan orang Portugal
dalam perdagangan maritim disebabkan oleh keupayaan mereka menguasai laluan
laut. Penguasaan laluan laut membolehkan masyarakat maritim menguasai pelabuhan
di sepanjang laluan perdagangan. Mereka juga mendirikan pangkalan perdagangan
dan mengasaskan koloni perdagangan di tanah jajahan. Orang Portugis mendirikan
pangkalan perdagangan di Sri Lanka , Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah.
Tuntasnya, kejayaan menguasai laluan laut merupakan punca kejayaan orang Portugal
membina empayar perdagangan.

Faktor terakhir adalah perdagangan rempah. Portugal melancarkan ekspedisi ke


Timur untuk mendapatkan barang dagangan seperti rempah ,lada hitam, sutera dan
batu permata. Selain itu, mereka berhasrat untuk menghapuskan monopoli
perdagangan rempah oleh saudagar Islam. Seterusnya, pangkalan perdagangan
ditubuhkan di Sri Lanka,Asia Tenggara, Jepun dan Afrika. Pangkalan perdagangan ini
memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan rempah ratus. Tegasnya, penguasaan
perdagangan rempah turut mendorong orang Portugal membina empayar perdagangan.

Kesimpulannya, menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, kedudukan ekonomi


Portugal menjadi kukuh hasil kekayaan yang diperoleh melalui aktiviti perdagangan.
Kejayaan Portugal dalam perdagangan maritim mendorong kuasa-kuasa barat lain
seperti Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain melancarkan ekspedisi perdagangan
ke Timur.
Bab 12: Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan sektor
perindustrian di Jerman pada akhir abad ke-19 Masihi.

Disediakan oleh : Pashwinny Silvaraju

Perkembangan dalam bidang perindustrian di negara Jerman dapat dikesan sejak akhir abad
ke-19 Masihi. Kemajuan dalam bidang perindustrian didorong oleh kemunculan Revolusi
Perindustrian di Jerman.

Penyatuan Jerman pada tahun 1871 merupakan faktor yang menyumbang kepada
perkembangan perindustrian di Jerman. Hal ini dikatakan demikian kerana penyatuan Jerman
menyebabkan wujudnya keseragaman dari segi mata wang, sistem percukaian, sistem timbangan
dan sistem perundangan. Malah, perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi diletakkan di bawah
bidang kuasa kerajaan pusat. Jelaslah bahawa, penyatuan Jerman ini melahirkan suasana yang
amat kondusif untuk merangsang perkembangan industri di Jerman.

Selain itu, sektor perindustrian berkembang pesat disebabkan oleh galakan yang diberikan
oleh kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi
perlindungan kepada sektor perindustrian mulai tahun 1879. Kerajaan Jerman menyediakan
perkhidmatan kereta api yang murah bagi merangsang pertumbuhan industri dan menyebabkan
hasil pengeluaran industri dapat dieksport ke negara-negara lain di Eropah. Dasar kerajaan yang
campur tangan menyebabkan munculnya pengusaha baru dalam besi dan keluli. Sebagai contoh,
Alfred Krup yang mempunyai tenaga buruh seramai 16,000 orang pada tahun 1871. Jelaslah
bahawa, dasar ini telah menyebabkan berlakunya pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian
antara tahun 1872 hingga 1910 dan juga menyebabkan hasil pengeluaran sektor perindustrian di
Jerman meningkat.

Di samping itu, pemansuhan sistem Guild juga merangsang pertumbuhan industri di


Jerman. Hal ini dikatakan demikian kerana mengikut sistem guild, seseorang perlu memperoleh
kemahiran daripada guild sebelum menjalankan aktiviti perdagangan. Pada tahun 1871, kerajaan
berjaya menghapuskan monopoli dan keistimewaan Guild kerana sistem tersebut menyekat
kebebasan pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Oleh itu, dengan penghapusan
Sistem Guild tersebut telah menggalakkan perkembangan pesat industri Jerman.

Seterusnya, Jerman kaya dengan pelbagai bahan mentah seperti arang batu dan bijih besi
yang banyak merangsang pertumbuhan perindustrian di Jerman. Sebagai contoh, arang batu di
Rurh dan bijih besi yang terdapat di Salazy Pada tahun 1875 , Jerman mengeluarkan 25 juta tan
arang batu dan telah meningkat sebanyak 287 juta tan pada tahun 1913. Malah, Jerman juga
mengeksport bijih timah sebanyak 1.92 juta tan ke negara-negara Eropah dan meningkat ke 14.7
juta tan pada tahun 1901. Oleh itu, pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk memastikan
kekayaan hasil bumi digunakan dengan cekap dan mahir.
Sementara itu, perkembangan pesat dalam sektor perindustrian juga disebabkan oleh
kemajuan dalam industri perkapalan. Hal ini dikatakan demikian kerana pada tahun 1880,
berlakunya peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di Jerman dan
membolehkan jumlah muatan barangan yang diangkut serta dihantar dengan cepat. Sebagai
contoh, kawasan terletaknya industri perkapalan Jerman ialah di Breman, Hamburg, Stettin,
Danzig dan Elby. Jelaslah bahawa, pembinaan kapal wap dapat meningkatkan pertumbuhan
industri di Jerman.

Kesimpulannya, selepas penyatuan Jerman, bidang perindustrian mula berkembang pesat


di Jerman. Tindakan kerajaan yang memberi pelbagai insentif dan dana merancakkan
perkembangan sektor perindustrian. Perkembangan ini juga telah menyebabkan munculnya
revolusi dalam bidang perindustrian di Jerman. Jerman bangkit sebagai sebuah negara
perindustrian yang maju di Eropah pada abad ke-19 Masihi.
Bab 13 : Terangkan maksud zaman pencerahan (enlightenment) dan ciri -
ciri Masyarakat pada zaman ini

Disediakan oleh : Nurul Safiyah

Selepas gerakan Renaisans pada abad ke-15,berlaku perkembangan intelektual di Eropah


Barat. Perkembangan intelektual menyebabkan bermulanya zaman yang dikenali sebagai
Zaman Pencerahan pada abad ke-18 M. Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektul
yang dipelopori oleh pemikir-pemikir dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. antara
pemikir-pemikir yang terkenal muncul pada zaman ini adalah Voltaire, Montesquieu Diderot,
Rousseau dan lain-lain. Kemunculan golongan pemikir menyebabkan berlaku Kemajuan pesat
dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Ciri-ciri pertama ialah Pengertian Zaman Pencerahan. Zaman pencerahan


(Enlihgtenment) merupakan satu zaman yang berlaku di Eropah selepas Gerakan Renaisans
dan Reformasi. Zaman ini merupakan satu revolusi intelektual yang melahirkan pemikiran
yang liberal dan moden. Zaman ini juga mewakili satu gerakan yang ke arah melahirkan
masyarakat yang memiliki sifat seperti berfikiran terbuka, bebas daripada kepercayaan karut,
hidup berlandaskan undang-undang, menegutamakan sains dan pemikiran rasioanal.

Ciri-ciri Zaman Pencerahan yang pertama ialah ahli falsafah pada zaman pencerahan
menegaskan agama tidak harus ditolak secara mutlak. Hal ini demikian mereka keberatan
unutuk menerima super naturalisme yang terkandung dalma agama. Mereka juga berpendepat
unsur ini merupakakn penghalang kepada toleransi, kebebasan dan penumuan ilmiah. Selain
itu, tokoh-tokoh falsafah pada zaman ini berusaha untukmenyingkirkan fahaman kolot
daripada masyarakat Eropah.

Keyakinan terhadap pemikiran rasioanal ciri yang kedua. Zaman pencerahan


melahirkan masyarakat yang mempunyai keyakinan kepada pemikiran rasioanl dan hukum-
hakam ilmiah. Pada zaman ini, masyarakat anggap golongan rasional sebagai penentu yang
berkuasa penuh terhadap semua perkara. Golongan rasioanl lebih agung daripada kekuasaan
yang bersifat tradisional yang mengongkong manusia. Golongan rasioanl menggunakan akal
fikiran sendiri dalam mengupas keghaiban alam.
Bersikap optismitik ciri yang ketiga. Golongan rasioanalis merupakan golongan yang
mempunyai sfat yakin dan optismetik. Meraka memiliki kemanpuan untuk menemui hukum-
hukum alam serta menjadikan kehidupan lebih sempurna menurusi pandangan meraka.
Golongan yang yakin pda diri sendiri berasa tersanjung dengan penemuan-penuaman mereka.
Walaupun mereka tidak berhasil sepenuhnya dalam tugas merungkai rahsia alam namun
mereka mengambil langkah-langkah yang serius untuk meneroka bidang pengatahuan yang
baharu.

Kesimpulannya, menjelang zaman pencerahan, golongan rasional mempunyai


kecenderungan untuk mengasingkan agama daripada ilmu pengatahuan. Di samping itu mereka
juga menekankan kepentingan pencapaian secara rasional melalui ilmu pengetahuan. Di
samping itu, mereka juga menekankan kepentingan pencapaian secara rasioanl melalui ilmu
pengatahuan. Kemunculan zaman pencerahan ini menyebabkan lahir pemikir-pemikir dalam
pelbagai cabang pengetahuan Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan revolusi
dalam bidang sains dan teknologi
Bab 13: Bincangkan idea-idea utama yang disumbangkan oleh Montesquieu
dalam karya ‘The Spirit of the Laws’.

Disediakan Oleh: Qistina Alia

Charles Louis Montesquieu merupakan seorang tokoh pemikir politik yang terkenal di
negara Perancis. Beliau dilahirkan pada tahun 1689 di Chateau de la Brede dalam keluarga
bangsawan. Beliau telah menerima pendidikan awal di Kolej Katolik dan beliau melanjutkan
Pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Bordeaux. Selain berkecimpung dalam
bidang undang-undang, beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang geologi, fizik dan
biologi. Beliau menghasilkan karya yang terkenal iaitu “The Spirit of the Laws” diterbitkan pada
tahun 1748. Dalam karya beliau mengandungi banyak idea mengenai system politik dan
pemerintahan yang masih relevan.
Idea yang dikemukan oleh beliau adalah tentang bentuk kerajaan. Charles Louis
Montesquieu menyatakan bahawa bentuk kerajaan berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.
Pemerintahan mutlak sesuai untuk empayar yang besar seperti empayar British,Rusia dan China
manakala sistem pemerintahan demokrasi akan berfungsi dalam negara kota yang kecil.
Idea yang seterusnya adalah menentang pemerintahan mutlak. Montesquieu menentang
sistem pmerintahan monarki mutlak di negara Perancis. Menurut beliau, sistem pemerintahan
monarki menyekat kebebasan dan hak asasi rakyat kerana selepas beliau menyaksikan masalah
politik yang berlaku semasa pemerintahan Raja Louis XIV. Raja Louis XIV merupakan pemerintah
berkuasa mutlak yang menggunakan kuasa sewenang-wenangnya bagi menafikan hak rakyat. Hal
ini menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan melancarkan pemberontakan. Selain itu, beliau
menyarankan agar kuasa pemerintahan dihadkan manakala rakyat perlu menerima hak yang
sepatutnya dan beliau juga menyarankan agar pemerintah mematuhi undang-undang dan
menghormati hak asasi rakyat.
Idea yang selanjutnya adalah doktrin pembahagian kuasa. Doktrin diperkenalkan oleh
Montesquieu dalam karya beliau adalah doktrin pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dalam
sesebuah negara terbahagi kepada tiga iaitu Badan perundangan, Badan eksekutif dan Badan
Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini merupakan badan yang bebas dan mempunyai bidang kuasa
yang tersendiri, dalam erti kata lain adalah pengasingan kuasa. Tujuan pengasingan kuasa adalah
untuk mengelakkan daripada berlaku pertindihan kuasa antara ketiga-tiga badan tersebut.
Pengasingan kuasa juga dapat mengelakan daripada berlaku pemusatan kuasa pada badan tertentu.
Tuntasnya, doktrin pembahagian kuasa amatlah penting agar dapat mengelakkan daripada
berlakunya penyalahgunaan kuasa.
Idea yang seterusnya adalah sistem keadilan. Undang-undang negara digubal oleh badan
perundangan manakala pelaksanaan undang-undang dikendalikan oleh badan eksekutif. Kedua-
dua badan pentadbiran ini berfungsi secara terpisah antara satu sama lain manakala undang-undang
dilaksanakan oleh badan kehakiman yang bebas kepada seluruh rakyat. Hakim-hakim harus diberi
kebebasan dalam menegakkan keadilan tanpa campur tangan daripada pemerintah.
Idea yang terakhir adalah pengaruh terhadap bangsa Amerika. Doktrin pengasingan kuasa
yang dikemukakan oleh beliau tersebar ke negara lain. Doktrin ini mempunyai pengaruh yang
meluas dalam kalangan pemimpin di Amerika Syarikat. Selain itu, beliau mempunyai pengaruh
dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat.
Kesimpulannya, Charles Louis Montesquieu telah memberikan sumbangan besar dalam
mengemukakan idea doktrin pengasingan kuasa dalam karya beliau iaitu ‘The Spirit of the Laws’.
Selain itu, idea yang dikemukakan oleh beliau meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di
Perancis dan idea tersebut tersebar ke negara-negara lain di benua Eropah.
Bab 14 : Bincangkan kurikulum pendidikan di Perancis dan Jerman pada
abad ke-18 dan 19 Masihi.

Disediakan oleh : Nurul Hafiza Binti Mohd Kahar

Menjelang pada abad ke-18 dan 19,berlaku perkembangan pesat dalam bidang pendidikan
di Perancis dan Jerman. Perubahan berlaku apabila sistem pendidikan di negara tersebut bebas
daripada kongkongan gereja. Menjelang abad ke-18 Masihi, sistem pendidikan mula dikuasai
oleh kerajaan. Setelah itu, kerajaan mengambil langkah-langkah untuk melahirkan sistem
pendidikan kebangsaan yang berorientasikan kepentingan negara. Perubahan dilakukan dalam
kukikulum pendidikan bagi memenuhi aspirasi negara tersebut.
Kurikulum pendidikan di Perancis pada abad ke-18 dan 19 Masihi mempunyai tiga iaitu
kurikulum pendidikan rendah, kurikulum pendidikan menengah, kurikulum pendidikan tinggi.
Undang-undang 1833 memberi penekanan kepada usaha untuk memantapkan sekolah-sekolah
rendah. Oleh itu kurikulum pendidikan rendah diberi penekanan kepada aktiviti membaca,
menulis, mengira, Bahasa Perancis, moral dan agama manakala sekolah rendah tinggi
menawarkan pembelajaran dalam mata pelajaran seperti Geometri, Lukisan Linear, Sains,
Sejarah, Geografi dan Muzik. Namun pembelajaran pendidikan rendah diberi penekanan iaitu
pembelajaran Sejarah dan Geografi negara Perancis, sementara itu; bagi mata Pelajaran Sains
diberi penekanan kepada latihan praktikal. Tuntasnya, kerajaan Perancis amat menitik berat
untuk melahirkan generasi yang berpendidikan dan berpengetahuan.
Seterusnya, kurikulum pendidikan menengah yang berada di peringkat menengah yang
dikendali oleh lyceum dan kolej-kolej awam. Mata pelajaran yang diajarkan ialah Bahasa
Kuno, Retorik, Logik, etika, Matematik, Lukisan dan Sains. Penekanan diberikan kepada
pembelajaran seperti Bahasa Latin, Bahasa Perancis, Sejarah, Geografi dan Matematik. Lain
daripada itu, kurikulum pendidikan tinggi iaitu di peringkat universiti dikendalikan melalui
fakulti seperti sastera, sains, perubatan, undang-undang dan teologi. Fakulti-fakulti ini
berperanan sebagai sekolah-sekolah profesional yang berasingan namun menjelang tahun
1890, 15 buah fakulti yang berasingan telah disatukan menjadi universiti negeri. Fakulti-fakulti
ini juga terlibat dalam pengendalian peperiksaan dan pengurniaan ijazah kepada penuntut.
Natijahnya, Perancis amat menekankan Sejarah dan geografi negaranya.
Pada waktu yang sama, kurikulum pendidikan di Jerman juga mengamalkan sistem
pendidikan yang sama iaitu kurikulum pendidikan rendah, kurikulum pendidikan menengah,
kurikulum pendidikan tinggi. Kurikulum pendidikan rendah di Jerman berasaskan teori yang
dikemukakan oleh Pestalozzi. Penekanan diberikan kepada perkembangan mental dan latihan
menggunakan deria kanan-kanak. Hal ini terjadi kerana untuk memantapkan sistem pendidikan
rendah di Jerman.Hal ini wujud daripada penekanan yang diberikan kepada subjek Geografi,
Sejarah dan Bahasa Jerman bagi melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
Selain itu, mata pelajaran Lukisan, Muzik, Matematik dan Latihan Jasmani juga diajar kepada
kanak-kanak. Pelajar-pelajar juga mempelajari mata pelajaran agama. Oleh yang demikian,
pelajar-pelajar berpengetahuan tentang nilai-nilai moral, hormat-menghormati dan rendah diri.
Selanjutnya, langkah-langkah telah diambil untuk menyeragamkan pembelajaran di
sekolah-sekolah menengah pada tahun 1816. Antara mata pelajaran di sekolah-sekolah ialah
Bahasa Latin, Bahasa Greek, Bahasa Jerman, Matematik, Sejarah, Geografi, Agama dan Sains.
Hal ini terjadi kerana kerajaan Jerman bermatlamat utama untuk melahirkan pelajar-pelajar
menjalani kehidupan seharian dengan teratur. Selepas tahun 1837, penekanan diberikan kepada
pengajian mata pelajaran Kemanusiaan (Humanisme.). Jelas bahawa kerajaan Jerman terus
memperbaik sistem pendidikan mereka.
Akhir sekali, kurikulum pendidikan tinggi di Jerman pada abad ke-18 dan 19 Masihi iaitu
pengajian diperingkat universiti memberi penekanan kepada pengkhususan dalam pelbagai
lapangan ilmu. Pengajian di peringkat universiti Berlin yang menjalankan pengkhususan dalam
pelbagai cabang ilmun pengetahuan. Contohnya kajian dan penyelidikan dijalankan dalam
bidang Filologi, Egiptologi, Sejarah, bidang Falsafah, Psikologi, undang-undang, Anatomi,
Zoologi, Kimia dan Fizik. Tuntasnya, universiti ini dapat melahirkan ramai sarjana yang
mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan.
Kesimpulannya, lahirnya sistem pendidikan kebangsaan di Perancis dan Jerman pada abad
ke-18. Kurikulum pendidikan berasakan kepada kepentingan dan aspirasi negara telah
diperkenalkan. Kurikulum ini melahirkan ramai sarjana dalam pelbagai lapangan ilmu
pengetahuan di Perancis dan Jerman.
TEMA 4:
NASIONALISME
DAN
PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
Bab 15: Bincangkan faktor – faktor yang menyebabkan tercetus Dahagi di
India pada tahun 1857.

Disediakan Oleh: Nur Ahlam

Pada tahun 1857, berlaku penentangan terhadap pemerintahan British yang dikenali sebagai
Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi – sepoi yang
menentang pemerintahan British di India dan menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk
membebaskan negara daripada pemerintahan British. Golongan putera, nawab, dan pembesar
yang kehilangan gelaran, tanah, dan kuasa turut menyertai pemberontakan tersebut. Askar –
askar Sikh dan rejimen tempatan bertindak menyebelahi British. Oleh itu, terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan tercetus Dahagi di India pada tahun 1857.

Faktor pertama yang menyebabkan tercetus peristiwa Dahagi di India adalah campur tangan
British dalam adat resam masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana, campur tangan British
jelas ketara apabila British memperkenalkan undang – undang melibatkan adat dan kepercayaan
masyarakat India. Antara undang – undang yang melibatkan adat resam masyarakat tempatan
ialah penghapusan amalan Sutte, penghapusan amalan Thuggee, penghapusan amalan
membunuh bayi perempuan dan pengenalan Akta Kahwin Semula. Contohnya, amalan
membunuh bayi perempuan dipraktikkan oleh masyarakat India sejak turun temurun. Oleh itu,
jelaslah bahawa tindakan British campur tangan dalam adat resam masyarakat tempatan
membangkitkan kemarahan penduduk tempatan.

Faktor kedua yang menyebabkan tercetus peristiwa Dahagi ialah pengenalan pendidikan
barat. Hal ini demikian kerana, tindakan British memperkenalkan perubahan dalam sistem
pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Misalnya, jawatan – jawatan
penting dalam kerajaan diberikan kepada penduduk tempatan yang berpendidikan Inggeris dan
perubahan ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan tinggi dalam kerajaan dan
tentera tidak diberikan kepada penduduk tempatan. Jelaslah bahawa pendidikan barat yang
diperkenalkan oleh British turut memainkan peranan dalam mencetuskan peristiwa Dahagi.

Seterusnya, faktor ketiga yang menyebabkan tercetus peristiwa Dahagi di India adalah
pengenalan Dasar Pengilhakan. Dasar Pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord Dalhousie
menyebabkan penduduk India menentang penjajahan British. Menerusi dasar pengilhakan
wilayah, British bertindak merampas hak dan kedaulatan pemerintah tempatan. Lord Dalhousie
bertindak mengilhakkan wilayah – wilayah seperti Punjab, Karnatik, Tanjor, Jhansi, Bhagat,
Jaitpur dan Oudh. Tindakan British telah menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga
mereka menyertai penentangan terhadap penjajah British. Tegasnya, dasar pengilhakan
membangkitkan kemarahan pemerintah tempatan dan mencetuskan peristiwa Dahagi.
Selain itu, faktor yang menyebabkan tercetus peristiwa Dahagi adalah perasaan dendam
sepoi– sepoi India. Hal ini demikian kerana, tindakan British menghantar sepoi – sepoi India ke
luar negara menimbulkan kemarahan sepoi–sepoi yang berkasta tinggi kerana mereka percaya
bahawa kesucian kasta mereka akan hilang apabila menyeberangi lautan. Contoh, faktor – faktor
yang menyebabkan sepoi – sepoi tidak berpuas hati ialah mereka diberi gaji yang lebih rendah
dan menerima layanan buruk semasa latihan. Oleh itu, jelaslah bahawa perasaan dendam sepoi–
sepoi India terhadap British juga memainkan peranan dalam mencetuskan peristiwa Dahagi di
India.

Di samping itu, faktor terakhir yang menyebabkan berlaku peristiwa Dahagi di India ialah
Akta Pengambilan Khidmat Awam. Hal ini demikian kerana, Akta Pengambilan Khidmat
Awam yang diperkenalkan oleh Lord Canning mendapat bantahan daripada sepoi – sepoi India.
Sepoi – sepoi India juga menentang amalan diskriminasi dalam pemberian gaji dan kenaikan
pangkat dalam tentera. Justeru, perkembangan ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan sepoi – sepoi India terhadap pemerintahan British dan mencetuskan peristiwa Dahagi.

Kesimpulannya, Dahagi India telah dilancarkan pada tahun 1857 atas faktor – faktor tersebut.
Selepas menumpaskan Dahagi, British melakukan rombakan dalam sistem pentadbiran di India.
British membubarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) dan meletakkan pentadbiran
India di bawah pentadbiran Mahkota British.
Bab 15: Bincangkan kesan Perang Candu Pertama (1839-1842) dalam bidang
politik dan ekonomi.

Disediakan oleh: Nur Farisha

Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Perang Inggeris-China Pertama.
Peperangan ini tercetus ekoran pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan.
Peperangan ini meletakkan asas kepada kuasa-kuasa barat bertapak dan mengukuhkan kedudukan
mereka di negara China. Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang
politik dan ekonomi.

Terdapat beberapa kesan politik,antaranya ialah kedaulatan negara terjejas. Hal ini
demikian kerana, Perang Candu Pertama menjejaskan maruah dan kedaulatan negara China.
Negara China terpaksa menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa barat dan melalui
perjanjian tersebut, kerajaan China terpaksa memberi konsesi kepada kuasa-kuasa barat. Oleh itu,
kerajaan China terpaksa akur kepada tekanan dan desakan daripada kuasa-kuasa barat.

Seterusnya, kesan politik ialah perjanjian dengan kuasa-kuasa barat. Hal ini demikian
kerana, selain daripada Perjanjian Nanking, kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian
dengan kuasa-kuasa barat lain. Antara perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan
China dengan kuasa-kuasa barat ialah Perjanjian Tambahan Bogue dengan British, Perjanjian
Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Terdapat negara-
negara barat yang lain seperti Norway, Sweden dan Rusia juga menandatangani perjanjian dengan
kerajaan China. Jelaslah bahawa,perjanjian-perjanjian ini dipaksa oleh kuasa-kuasa barat terhadap
negara China.

Selain itu, kesan politik ialah dasar tutup pintu tamat. Hal ini demikian kerana, Perjanjian
Nanking menyebabkan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh negara China tamat. Sebaliknya,
negara China terpaksa buka pintu kepada kuasa-kuasa barat yang ingin menjalankan aktiviti
perdagangan dengan bebas tanpa sekatan. Oleh itu, kerajaan China menjalinkan hubungan politik,
ekonomi dan undang-undang dengan kuasa-kuasa barat berdasarkan prinsip sama taraf.

Terdapat juga kesan ekonomi seperti muncul golongan pedagang baru. Hal ini demikian
kerana, penghapusan Co-hong menyebabkan muncul golongan pedagang baru di negara China.
Golongan ini terlibat dalam penubuhan pelbagai jenis industri dan perusahaan. Jelaslah bahawa,
perkembangan ini menyebabkan muncul sistem ekonomi moden bagi menggantikan sistem
ekonomi tradisional.

Di samping itu, ekonomi di China terjejas. Hal ini demikian kerana, syarat-syarat
Perjanjian Nanking yang berat sebelah menyebabkan ekonomi negara China terjejas. Pengaliran
keluar wang perak yang banyak menyebabkan negara China mengalami imbangan perdagangan
yang negatif. Ekonomi China terjejas ekoran kemasukan barang-barang buatan Barat secara
berleluasa dan barangan buatan China tidak mampu menyaingi barangan keluaran Barat kerana
barangan Barat lebih murah dan bermutu. Oleh itu, penguasaan ekonomi oleh orang asing
menyebabkan pengusaha-pengusaha tempatan hilang sumber pendapatan.

Kesimpulannya, peperangan ini menandakan dinasti Manchu mula mengalami


kemerosotan.Selepas Perang Candu Pertama, kuasa-kuasa Barat mula mengukuhkan kedudukan
mereka di negara China. Perkembangan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerajaan China dan
mengeruhkan hubungan antara kuasa-kuasa Barat dengan negara China. Jelaslah bahawa,
hubungan yang semakin renggang meletakkan asas kepada tercetus Perang Candu Kedua.
Bab 15: Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Gerakan
Menguatkan Diri (1861-1895) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Manchu
menemui kegagalan
Disediakan Oleh : Nur Adriana
Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan
dan pengaruh China.Kerajaan juga menghadapi beberapa pemberontakkan dalam negeri seperti
Pemberontakan Taiping pada tahun 1851 sehingga 1864 dan Pemberontakan Nien pada tahun
1853-1868. Kesan daripada pemberontakan ini telah memberikan kesedaran kepada pengawai-
pengawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah. Antaranya seperti Putera Kung 1833-1898,
Tseng Kuo-fan 1811-1872, Li Hung-Chang 1823-1901 dan Tso Tsung-tang 1812-1885
mengenai keperluan untuk memodenkan China. Oleh itu, kerajaan China telah melaksanakan
rancangan yang dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan salah
satu usaha pembaharuan ataupun pemodenan China.
Terdapat beberapa faktor kegagalan Gerakan Menguatkan Diri di China antaranya
ialah ketiadaan pemimpin nasional yang cekap. Mereka mencapai kejayaan yang terhad kerana
tiada pemimpin yang cekap dan dinamik bagi menerajui gerakan ini. Malah kerajaan Manchu
juga gagal melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber untuk memimpin Gerakan
tersebut. Putera Kung yang telah disingkirkan daripada istana pada tahun 1875. Maharani
Dowager yang memegang tumpuk pemerintahan selepas itu bersifat antipemodenan. Kerajaan
pusat tidak memberi bantuan dan kerjasama kepada gabenor-gabenor wilayah yang
menjalankan rancangan pemodenan. Tuntasnya, ketiadaan pemimpin yang berkaliber telah
menyebabkan gerakan ini mencapai kegagalan.

Faktor kedua yang menyebabkan gerakan ini berlaku ialah dimana mereka
mendapat tentangan daripada golongan konservatif diistana Ching. Golongan konservatif
menentang usaha memodenkan China selepas Putera Kung disingkirkan daripada istana. Pada
tahun 1875, Maharani Dowager yang mempunyai sifat antipemodenan menerajui pemerintahan
China. Baginda membelanjakan wang yang dikutip untuk memodenkan Negara bagi
mengindahkan istananya. Golongan sarjana & pegawai-pegawai kerajaan China tidak
menyokong program pemodenan kerana mereka dikongkong oleh adat resam tradisional &
ajaran Confucius.

Faktor ketiga yang menyebabkan gerakan ini berlaku ialah faktor kewangan.
China menghadapi masalah ini akibat bencana alam seperti kemarau dan banjir pada tahun
1840- an. Dalam masa yang sama memperuntukan kewangan menangani peperangan dan
pemberontakan dalam negeri. Kerajaan juga terbeban dengan pembanyaran ganti rugi kepada
kuasa barat selepas kalah dalam peran Candu l dan ll. Oleh itu, pemodenan tidak dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Jelas ternyata, masalah kewangan menyebabkan program
pembangunan tidak dapat dijalankan dan gerakan ini mencapai kegagalan.
Faktor keempat yang menyebabkan Gerakan ini berlaku ialah kelemahan kerajaan
Manchu. Kerajaan Manchu tidak mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik.
Kerajaan tidak dapat mengawal amalan rasuah & penyelewengan yang berleluasa dalam
kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Tambahan pula, pengawai Kerajaan menyalahgunakan
dana yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi melaksanakan program-program ini. Hal
ini menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tidak berjaya.
Faktor terakhir Gerakan ini menemui kegagalan adalah disebabkan oleh rancangan
pemodenan yang terhad. Kerajaan China tidak bersedia untuk melakukan pembaharuan-
pembaharuan radikal bagi memodenkan Negara. Kerajaan juga tidak bersedia untuk
melakukan rombakan terhadap institusi pemerintahan tradisional. Perkembangan ini
menyebabkan kejayaan yang dicapai oleh negara China dalam pemodenan amat terhad. Justeru,
pemodenan yang terhad menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri menemui kegagalan.

Kesimpulannya, gerakan pembaharuan dimansuhkan pada 21 September 1898


ekoran tentangan daripada golongan konservatif di bawah pimpinan Maharani Dowager.
Gerakan ini gagal mencapai matlamat iaitu menguatkan dan memodenkan negara China. Oleh
hal yang demikian, ekoran kegagalan gerakan ini, Kerajaan Manchu memperkenalkan Gerakan
Islah yang juga dikenali sebagai Gerakan Pemulihan 100 hari.
Bab 16: Huraikan kesan Perang Dunia (1914-1918) dalam bidang politik.

Disediakan Oleh: Nurul Natasha


Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Belgium
pada 4 Ogos 1914 dan perang ini berlangsung selama empat tahun dan berakhir apabila Jerman
dan sekutunya ditewaskan oleh Pihak Berikat.Perang ini melibatkan Perikatan Kuasa Tengah yang
terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Itali dengan Pakatan Bertiga yang diwakili oleh
Rusia, Perancis dan Britain dan perang ini ditamatkan menerusi beberapa siri perjanjian melibatkan
pihak yang menang dengan pihak yang kalah.Sehubungan dengan ini,Perjanjian Versailles yang
dimeterai antara Jerman dengan pihak yang menang telah meninggalkan kesan yang amat
mendalam.Pada amnya, perang ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam sistem
politik dunia.

Kesan pertama Perang Dunia Pertama adalah berakhirnya sistem pemerintahan monarki
di Eropah dan perang ini menyebabkan sistem pemerintahan beraja di Jerman, Rusia dan Turki
berakhir.Dalam pada itu, pemerintahan beraja berakhir di Turki apabila Sultan turun takhta ekoran
daripada kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.Pemerintahan beraja berakhir di Jerman
apabila Kaiser William II dibuang negeri ke Belanda dan pemerintahan beraja di Rusia berakhir
apabila tercetus Revolusi Rusia pada tahun 1917.Jelas ternyata, Perang Dunia Pertama merupakan
faktor utama keruntuhan sistem pemerintahan monarki di Eropah.

Kesan seterusnya adalah kemunculan kerajaan bercorak demokrasi di benua


Eropah.Peperangan ini menyaksikan kemunculan kerajaan republik di Rusia, Turki,
Czechoslovakia, Jerman, Austria, Poland, Lithuania, Latvia dan Estonia.Contohnya, Revolusi
Rusia menyebabkan muncul kerajaan komunis di bawah pimpinan Vladimir Lenin.Kerajaan
republik diasaskan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki pada tahun 1923 selepas kerajaan
Uthmaniyah tumbang.Tegasnya, Perang Dunia Pertama telah menggantikan sistem pemerintahan
monarki dengan pemerintahan demokrasi menerusi penubuhan kerajaan republik.

Kesan Perang Dunia Pertama yang selanjutnya adalah kemunculan negara-negara


baru.Perjanjian Versailles meletakkan asas bagi kemunculan negara-negara baru di benua
Eropah.Antara negara-negara baru yang ditubuhkan daripada empayar Rusia ialah Poland, Finland,
Estonia, Latvia dan Lithuania.Perpecahan empayar Turki Uthmaniyah menyaksikan kemunculan
negara baru seperti Lebanon, Syria dan Iraq.Selain itu, negara-negara baru yang muncul ekoran
keruntuhan empayar Austria-Hungary adalah Austria, Hungary, Czechoslovakia dan
Yugoslavia.Jelas ternyata, perang ini menyaksikan keruntuhan empayar-empayar agung dan lahir
beberapa negara baru di dunia.

Kesan Perang Dunia Pertama yang seterusnya ialah penubuhan Liga Bangsa. Selepas
tamat perang, lahir kesedaran untuk menubuhkan sebuah badan antarabangsa dan pemimpin-
pemimpin dunia bersetuju untuk menubuhkan badan antarabangsa yang dikenali sebagai Liga
Bangsa. Antara peranan utama badan dunia ini adalah mengekalkan keamanan dunia dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara-negara anggota. Tuntasnya, Perang Dunia
Pertama mendorong pemimpin dunia mengadakan Liga Bangsa bagi menyelesaikan polemik
antara negara.

Akhir sekali, kesan Perang Dunia Pertama adalah kekuatan Jerman telah dilumpuhkan
dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Versailles telah melumpuhkan sama sekali
kekuatan tentera Jerman.Selain perlucutan senjata, Jerman juga dikehendaki menghadkan jumlah
tenteranya kepada 100,000 orang sahaja.Jerman juga dilarang membeli senjata-senjata perang,
meriam besar dan kereta kebal.Tuntasnya, Perjanjian Versailles yang dimeterai selepas perang
tamat telah melumpuhkan kekuatan tentera Jerman dan menjadikan negara tersebut lemah.

Kesimpulannya, Perjanjian Versailles yang ditandatangani bagi menamatkan Perang


Dunia Pertama meninggalkan kesan dalam bidang politik.Selain merubah sistem politik dunia,
perang ini menyebabkan Jerman kehilangan sebahagian besar wilayah dan jajahan.Perang ini juga
melumpuhkan kekuatan tentera negara Jerman dan kedaulatan negara tersebut
tercabar.Perkembangan ini meletakkan asas kepada perletusan Perang Dunia Kedua.
Bab 16: Bincangkan kesan perang dunia pertama(1914-1918) dalam bidang
sosial dan ekonomi.

Disediakan Oleh: Nurul Atheeleah Rabbiyah


Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Belgium
pada 4 Ogos 1914.Perang yang berlangsung selama empat tahun ini berakhir apabila Jerman dan
sekutunya ditewaskan oleh Pihak Berikat.Perang ini ditamatkan menerusi beberapa siri perjanjian
melibatkan pihak yang menang dengan pihak yang kalah.Sehubungan dengan ini, perjanjian
Versailles yang dimeterai antara Jerman dengan pihak yang menang telah meninggalkan kesan
yang amat mendalam.Perang ini telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang ekonomi
dan sosial negara-negara di benua Eropah.

Antara kesan yang terdapat ialah dari segi ekonomi iaitu perbelanjaan ketika berlakunya
perang.Perang dunia pertama merupakan peperangan yang memakan kos yang tinggi dan
dianggarkan sebanyak US$ 338 billion telah dibelanjakan oleh negara-negara yang terlibat dalam
peperangan tersebut.Oleh itu,Britain telah membelanjakan 15 lac pounds sehingga bulan Mac
1915 dan mencecah kepada 60 lac pounds pada tahun 1917-1918.

Selain itu, peningkatan cukai juga memberi kesan yang menyebabkan rakyat terpaksa
membayar cukai yang tinggi bagi menampung perbelanjaan perang.Hal ini demikian kerana
perkembangan ini menyebabkan rakyat melancarkan rusuhan dan mogok menentang
kerajaan.Sebagai contoh, rusuhan anti kerajaan tercetus di Berlin pada tahun 1917 melibatkan
hampir 300 000 pekerja.Jelaslah, kesan peningkatan cukai ini membebankan rakyat yang akan
menyebabkan rakyat kekurangan duit untuk perbelajaan harian.

Seterusnya,kesan peningkatan harga barangan yang berlaku ketika Perang Dunia


Pertama menyebabkan harga barang meningkat dan tercetus inflasi.Sebagi contoh, rakyat akan
mengalami masalah kebuluran dan kekurangan bekalan makanan yang serius.Disebabkan berlaku
kekurangan bekalan makanan Jerman telah mengenakan catuan bagi makanan seperti roti,
kentang, susu dan daging.Oleh itu, kerajaan telah pun mengambil langkah bagi mengawal harga
barangan.

Di samping itu, terdapat juga kesan dari segi sosial iaitu menyebabkan kehilangan
nyawa.Perang Dunia Pertama yang berlaku telah menyebabkan ramai anggota tentera dan orang
awam terkorban.Perang ini telah menyebabkan 10 juta orang anggota tentera telah terkorban
manakala 20 juta lagi tercedera dalam Perang Dunia Pertama ini.Secara keseluruhannya,
dianggarkan lebih kurang 13 juta orang awam terkorban dalam peperangan ini.

Akhir sekali, kesan sosial iaitu peningkatan peranan wanita.Semasa Perang Dunia
Pertama,ramai golongan lelaki terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka kerana tentera yang tidak
mencukupi.Sebaliknya golongan lelaki terpaksa menyertai tentera untuk mempertahankan
negara.Perkembangan ini menyebabkan wujud kekurangan tenaga kerja dalam sektor perkilangan
dan pejabat.Hal ini menyebabkan golongan wanita diberi peluang untuk mengisi kekosongan kerja
dalam sektor perkilangan dan pengurusan.Oleh itu, golongan wanita mula melibatkan diri dalam
pembangunan ekonomi dan politik.

Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama ini telah meninggalkan kesan yang amat
mendalam dalam bidang sosial dan ekonomi negara-negara yang terlibat.Perang ini telah
menyebabkan kegiatan ekonomi terjejas dan berlaku masalah inflasi dan kebuluran.Dalam aspek
sosial,perang ini bukan sahaja menelan perbelanjaan yang tinggi tetapi menyebabkan angka
korban yang tinggi.Masalah ekonomi dan sosial yang timbul akibat perang ini merintis jalan ke
arah Perang Dunia Kedua.
Bab 17: Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua (1939-1945) dalam bidang
ekonomi dan sosial.

Disediakan Oleh: Uwais Alqarne

Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan serangan terhadap
negara Poland pada 1 September 1939. Britain, Rusia, Perancis dan Amerika Syarikat
membentuk pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat manakala Jerman, Itali dan Jepun
bergabung untuk membentuk pakatan Kuasa Paksi. Perang ini berakhir apabila Jepun menyerah
kalah secara rasmi pada 2 September 1945. Perang Dunia Kedua meninggalkan pelbagai kesan
yang amat mendalam terutamanya dari segi ekonomi dan sosial.

Kesan Perang Dunia Kedua dalam bidang ekonomi termasuklah kegiatan pertanian yang
terjejas. Hal ini berlaku kerana peperangan memusnahkan kawasan pertanian lalu menyebabkan
jumlah hasil pertanian merosot. Sebagai contoh, jumlah hasil pertanian tahun 1946 hanya satu
pertiga daripada hasil pertanian yang dikeluarkan pada tahun 1938. Oleh itu, kegiatan pertanian
yang terjejas jelas merupakan kesan Perang Dunia Kedua dalam bidang ekonomi.

Di samping itu, sektor perindustrian yang terjejas juga antara kesan Perang Dunia Kedua
dari segi ekonomi. Hal ini dinyatakan sedemikian kerana peperangan yang berlaku telah
mengurangkan jumlah pengeluaran sektor ini. Contohnya, negara-negara Eropah mengalami
defisit sebanyak empat bilion dolar Amerika dalam hal urusan perniagaan bersama Amerika
Syarikat. Jelaslah bahawa sektor perindustrian yang terjejas merupakan salah satu daripada kesan
Perang Dunia Kedua dalam bidang ekonomi.

Kehilangan aset industri bagi negara Jerman merupakan salah satu kesan Perang Dunia
Kedua dalam bidang ekonomi. Hal ini terjadi kerana negara-negara Kuasa Berikat mengambil
aset negara yang kalah sebagai ganti rugi. Misalnya, Soviet Union bertindak memindahkan
jentera-jenteta yang terdapat di dalam kilang perindustrian Jerman ke negara mereka. Oleh itu,
kehilangan aset industri bagi negara Jerman jelas merupakan kesan Perang Dunia Kedua dari
segi ekonomi.

Selain kesan dalam bidang ekonomi, bidang sosial juga mengalami perubahan. Masalah
pelarian adalah antara kesan sosial yang berlaku akibat Perang Dunia Kedua. Hal ini berlaku
kerana penduduk negara Eropah Timur tidak ingin untuk terus tinggal di dalam negara mereka.
Sebagai contoh, etnik minoriti Jerman di negara Czechoslovakia dan Hungary. Jelaslah bahawa
masalah pelarian merupakan kesan Perang Dunia Kedua dalam bidang sosial.
Akhir sekali, perubahan peranan wanita ialah kesan Perang Dunia Kedua dalam bidang
sosial. Hal ini dinyatakan sedemikian kerana golongan lelaki yang bekerja di kilang sebelum ini
melibatkan diri mereka dalam peperangan. Misalnya, para wanita mengambil bahagian menjadi
pekerja dan buruh kilang-kilang. Jelaslah bahawa perubahan peranan wanita merupakan kesan
Perang Dunia Kedua dalam bidang sosial.

Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang amat besar dalam bidang
ekonomi dan sosial. Kebanyakan kesan yang tersenarai tidak lagi berlaku pada masa ini. Negara
yang menerima impak buruk akibat perang tersebut telah bangun semula dan menjadi antara
kuasa-kuasa besar dunia yang mengetuai negara lain.
Bab 18: Bincangkan Faktor – Faktor Yang Menyebabkan Tercetus Perang
Dingin (1945-1955).

Disediakan Oleh: Arifah Yusra

Perang Dingin merupakan satu istilah yang dikemukakan oleh Bernard Baruch yang
menggambarkan ketegangan dan konflik antara blok kapitalis yang diterajui oleh Amerika
Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin dalam Soviet Union. Situasi ini muncul selepas
tamat Perang Dunia Kedua apabila timbul perselisihan faham antara Amerika Syarikat, Britain
dan Soviet Union dalam persidangan Yalta dan persidangan Potsdam. Perang Dingin
melambangkan konflik antara kuasa-kuasa ini untuk memajukan kepentingan nasional melalui
kepentingan politik, ekonomi dan psikologi. Perang ini berlaku tanpa melibatkan pertempuran
senjata. Kedua-dua pihak ini menjalankan fahaman subversif, propaganda, pengintipan dan
perang secara tidak langsung melalui sekutu mereka.

Antara faktor utama yang mencetuskan Perang Dingin ialah perbezaan ideologi politik.
Perbezaan politik antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union amat ketara. Sistem
pemerintahan di Amerika Syarikat berteraskan sistem demokrasi yang mengutamakan kerajaan
oleh rakyat dan hak asasi manusia. Selaras dengan itu, Amerika Syarikat mencadangkan pilihan
raya diadakan di negara-negara yang baru dibebaskan selepas Perang Dunia Kedua. Soviet Union
memperjuangkan sistem pemerintahan sosialis berdasarkan ideologi komunisme. Dalam sistem
ini, rakyat tidak berhak memilih pemimpin negara atau kebebasan untuk menyuarakan pendapat.
Perbezaan ideologi ini menimbulkan ketegangan kerana Amerika Syarikat bimbang terhadap
ancaman komunis.

Perbezaan dalam sistem ekonomi juga mendorong tercetusnya Perang Dingin. Amerika
Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalisme, iaitu sistem ekonomi yang bebas
daripada campur tangan kerajaan. Amerika Syarikat yang menerajui sistem ekonomi kapitalisme
mengekalkan ekonomi perdagangan bebas di seluruh dunia. Sebaliknya, Soviet Union tidak
menggalakkan sistem ekonomi bebas. Soviet Union menyekat negara-negara sosialis daripada
melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa. Tindakan Soviet Union menentang sistem
ekonomi kapitalisme dan bimbang terhadap ancaman dari Amerika Syarikat.
Dasar peluasan pengaruh Soviet Union di Eropah juga juga mencetuskan Perang Dingin.
Soviet Union telah meluaskan pengaruhnya di Eropah sebelum Perang Dunia Kedua tamat.
Jentera tentera komunis Rusia telah membebaskan dan mengawal sebahagian besar negaranegara
di Eropah Timur menjelang akhir tahun 1944. Selain itu, kerajaan Soviet juga ingin meluaskan
pengaruh di Eropah Barat. Stalin menggalakkan komunis memainkan peranan aktif dalam pilihan
raya dalam negara-negara tersebut terutamanya di Itali dan Perancis. Tindakan menyebarkan
pengaruh komunis menyebabkan Amerika Syarikat menyekat penyebaran ideologi komunis.

Hubungan yang tegang antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union selepas Mei 1945
juga menyebabkan Perang Dingin. Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang
diminta oleh Soviet Union untuk membangunkan negara selepas perang memburukkan lagi
hubungan antara kedua belah pihak. Keadaan bertambah buruk apabila Perdana Menteri Britain,
Sir Winston Churchill menyatakan tentang satu tirai besi yang memisahkan Eropah Timur
dengan Eropah Barat. Ucapan beliau membuktikan kebimbangan Amerika Syarikat dan Britain
terhadap pengaruh Soviet Union di benua Eropah.

Salah satu faktor yang dianggap mencetuskan Perang Dingin ialah Doktrin Truman. Pada
bulan Oktober 1945, presiden Herry Truman telah mengumumkan bahawa segala bantuan yang
diberikan kepada Soviet Union dihentikan. Beliau mengumumkan bahawa Amerika Syarikat
tidak mengiktirafkan kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuaan rakyatnya. Doktrin ini
menjadi dasar Amerika Syarikat bagi tempoh 30 tahun berikutnya. Doktrin ini juga menjadi
dasar kepada usaha Amerika Syarikat menentang peluasan pengaruh Soviet Union dan ideologi
komunis ke seluruh dunia. Berdasarkan doktrin ini, Amerika Syarikat memberi bantuan
kewangan dan ketenteraan kapada Turki dan Greece bagi membendung ancaman komunis.

Kesimpulannya, Perang Dingin antara dua blok kuasa ini memberikan kesan yang mendalam
dalam perkembangan perhubungan antarabangsa. Antara peristiwa penting dalam Perang Dingin
ialah pelaksanaan rancangan Marshall, penubuhan NATO, Pakatan Warsaw dan Perang Korea.
Perang Dingin juga disebarkan ke Asia kerana Amerika Syarikat dan Soviet Union campur
tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara Asia.Perang Dingin berakhir pada tahun 1980-an
selepas perpecahan Soviet Union.
Bab 18: Huraikan lima peristiwa yang menyebabkan tercetus Perang
Dingin di Eropah dari tahun 1945 hingga 1955.

Disediakan Oleh: Nur Aqilah Adha

Perang Dingin merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika
Syarikat dan Soviet Union. Sebenarnya kemunculan Perang Dingin dapat dikesan
ketika Perang Dunia Kedua sedang berlangsung. Hubungan semakin tegang antara
Amerika Syarikat, Soviet Union dan Britain ketika Persidangan Yalta dan Persidangan
Potsdam diadakan bagi menentukan hala tuju negara-negara tersebut selepas perang
tamat. Perang Dingin bermula secara rasmi apabila Presiden Harry Truman
mengisytiharkan Doktrin Truman pada tahun 1947. Terdapat beberapa peristiwa yang
berlaku apabila tercetus perang dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Peristiwa pertama yang menyebabkan tercetus Perang Dingin di Eropah adalah


Doktrin Truman. Perang Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman
mengumumkan segala bantuan kepada Soviet Union dihentikan. Beliau menegaskan
Amerika Syarikat tidak mengiktiraf kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuan
penduduknya. Selain itu, Beliau juga menekankan Amerika Syarikat yang akan
menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung pengaruh komunisme. Jelaslah,
berasaskan Doktrin Truman, Amerika Syarikat berusaha menentang peluasan pengaruh
Soviet Union.

Peristiwa seterusnya yang menyebabkan tercetus Perang Dingin di Eropah adalah


Tirai Besi. Pada Mac 1946, Winston Churchill mengumumkan bahawa terdapat ‘tirai
besi’ yang memisahkan Eropah kepada dua blok iaitu blok komunis dan blok bukan
komunis. Selain itu, pandangan yang dikemukakan oleh Churchill menunjukkan wujud
perpecahan antara Timur dan Barat. Jelaslah, kewujudan ‘tirai besi’ menyebabkan
hubungan antara blok-blok ini hampir tidak wujud.

Peristiwa selanjutnya yang menyebabkan tercetus Perang Dingin ialah Rancangan


Marshall. Amerika Syarikat melancarkan ‘Rancangan Marshall’ untuk membantu
negara-negara Eropah memulihkan ekonomi dan mengukuhkan pemerintahan
demokratik. Selain itu, Soviet Union menolak Rancangan Marshall yang dianggap
sebagai campur tangan Amerika Syarikat dalam hal ehwal negara lain. Oleh yang
demikian, Soviet Union enggan menerima bantuan Rancangan Marshall. Pada masa
yang sama, Soviet Union juga memaksa negara-negara Eropah Timur agar berbuat
demikian. Jelaslah, Perkembangan ini merenggangkan hubungan antara Timur dan
Barat dan mencetuskan Perang Dingin.
Peristiwa yang seterusnya yang menyebabkan tercetus Perang Dingin ialah
perkembangan komunis di Eropah Timur. Selepas Perang Dunia Kedua, Soviet Union
mula mengukuhkan kedudukan di Eropah Timur. Selain itu, Soviet Union menggunakan
kekuatan tentera untuk membentuk kerajaan-kerajaan komunis di negara-negara
tersebut. Sebagai contoh, Soviet Union mengukuhkan pemerintahan komunis di Poland,
Czechoslovakia dan Yugoslavia. Malah Soviet Union menggunakan kuasa dan
pengaruh untuk menentukan dasar dalam dan luar negara-negara tersebut. Jelaslah,
dasar peluasan pengaruh komunis menimbulkan ketegangan anata Eropah Timur dan
Eropah Barat.

Peristiwa yang terakhir yang menyebabkan tercetus Perang Dingin ialah masalah
perpecahan Jerman. Selepas Perang Dunia Kedua, Pihak Berikat menghadapi masalah
pembinaan semula ekonomi dan politik Jerman. Negara Jerman dibahagikan kepada
empat kawasan yang ditadbir oleh Soviet Union, Amerika Syarikat, British dan
Perancis. Selain itu, ibu negeri Jerman, iaitu Berlin telah dibahagikan kepada empat
sektor. Soviet Union memperkenalkan pentadbiran komunis di Jerman Timur. Manakala
Amerika Syarikat, Britain dan Perancis mendirikan sebuah kerajaan bagi Jerman Barat.
Jelaslah, Perkembangan ini menyebabkan wujud perpecahan antara Jerman Barat dan
Jerman Timur.

Kesimpulannya, Perang Dingin yang bermula di benua Eropah tersebar ke


bahagian-bahagian lain di dunia. Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan
berakhir ekoran keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989.
Bab 19: Huraikan peranan yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat Sen dalam
pencetusan Revousi China 1911.

Disediakan oleh: Amer Mustaqim

Dr. Sun Yat Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menentang Kerajaan
Manchu.Beliau dilahirkan pada 12 November 1866 di daerah Hsiang-shan, Kwangtung di
China Selatan.Beliau menerima pendidikan barat di sekolah mubaligh Anglican dan Kolej
Oahu di Honohulu Hawaii.Beliau juga merupakan tokoh yang memainkan peranan memimpin
dan menggerakkan pergerakan revolusi di negara China.

Dr. Sun Yat Sen memainkan peranan dalam menubuhkan pertubuhan revolusioner yang
dikenali sebagai Hsing Chung-hui di Honohulu, Hawaii pada tahun 1894.Matlamat utama
pertubuhan tersebut adalah menggulingkan kerajaan Manchu.Beliau juga mendapat sokongan
daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan pemberontakkan.Justeru, sokongan
yang diterima mendorong beliau menubuhkan cawangan Hsing Chung-hui di Yokohama,
Jepun.

Peranan selanjutnya yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat Sen adalah menubuhkan parti
revolusi yang dikenali sebagai Tung Meng Hui di Tokyo pada tahun 1905.Antara matlamat
pertubuhan Tung Meng Hui adalah menjatuhkan kerajaan Manchu dan mewujudkan kerajaan
republik.Selain itu, Tung Meng Hui ditubuhkan untuk menjadikan tanah hak kerajaan dan
menghapuskan penguasaan kuasa asing di China.Beliau juga menubuhkan cawangan Tun
Meng Hui di Brusells, San Francisco, Singapura, Tanah Melayu dan Honohulu.Selain itu,
cawangan-cawangan juga ditubuhkan di bandar-bandar utama di seluruh negara China.

Peranan seterusnya yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat Sen adalah menyebarkan perasaan
anti-Manchu dalam kalangan masyarakat China.Beliau juga menulis rencana-rencana dalam
akhbar terbitannya iaitu Min Pao di Tokyo.Seterusnya, gerakan revolusioner Dr. Sun Yat Sen
mendapat sokongan daripada kalangan pelajar dan rakyat yang tidak berpuas hati dengan
kezaliman kerajaan Manchu.Selain itu, gerakan beliau juga mendapat sokongan daripada
kongsi-kongsi gelap dan anggota tentera yang mendapat latihan di barat.

Peranan yang selanjutnya yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat Sen ialah mengemukakan
ideologi revolusi atau prinsip perjuangan.Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min
Chu I ) iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.Seterusnya, menerusi prinsip-prinsip
tersebut, beliau berjaya mempengaruhi orang ramai untuk turut serta dalam perjuangan
beliau.Prinsip tersebut diterima oleh rakyat sebagai ideologi utama bagi revolusi Tung Meng
Hui.Jelaslah, ideologi tersebut meletakkan asas kepada perkembangan gerakan revolusioner di
negara China.

Peranan seterusnya yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat Sen adalah melancarkan
pemberontakan bagi menggulingkan pemerintahan Manchu. Antara tahun 1895-1911, Dr. Sun
Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancang dan melancarkan 10 pemberontakan di negara
China.Seterusnya pemberontakan yang dilancarkan oleh beliau menjejaskan martabat dan
maruah kerajaan Manchu.

Kesimpulanya, Dr. Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan penting
dalam Revolusi China 1911. Beliau juga memainkan peranan dalam mengatur dan memimpin
gerakan revolusioner di negara China.Akhir sekali, tentera revolusioner telah melancarkan
revolusi yang menyebabkan kerajaan Manchu tumbang dan sebuah kerajaan republik telah
ditubuhkan di negara China.
Bab 19 : Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan
gerakan nasionalisme di India.

Disediakan Oleh: Wardah bt Zulkifli

Ramai sarjana berpendapat peristiwa Dahagi 1857 menandakan kesedaran kebangsaan


bermula dalam kalangan masyarakat India. Namun demikian, kesedaran kebangsaan
dalam kalangan rakyat India telah bermula sebelum 1857 lagi. Kemunculan
pertubuhan-pertubuhan sosio-agama sebelum 1857, menandakan semangat kebangsaan
bermula di India. Pertubuhan-pertubuhan ini membangkitkan kesedaran kebangsaan
melalui pembaharuan sosial. Selain itu, pertubuhan-pertubuhan ini juga
memperjuangkan hak masyarakat India dalam politik, ekonomi dan sosial. Pertubuhan-
pertubuhan ini meletakkan asas bagi kemunculan gerakan kebangsaan yang teratur dan
sistematik di India pada awal abad ke-20 M. Terdapat beberapa faktor yang mendorong
kemunculan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat India.

Faktor pertama yang mendorong perkembangan nasionalisme di India adalah


pengenalan sistem pendidikan barat. Pendidikan Barat telah melahirkan ramai golongan
cerdik pandai dalam kalangan rakyat India seperti doktor, peguam dan kerani.
Pedidikan Barat menyebabkan rakyat terdedah kepada pandangan pemikir-pemikir
Barat seperti John Locke, Rousseau, Voltaire dan Thomas Paine. Golongan
berpendidikan di India terdedah kepada konsep kebebasan, demokrasi, persamaan dan
hak asasi manusia. Malah pendidikan barat memberi kesedaran tentang penindasan
yang dilakukan oleh pemerintah British di India. Perkembangan ini melahirkan tokoh-
tokoh nasionalis terulung seperti Raja Ram Mohan Roy, W.C. Banerjee dan G.K.
Gokhale. Tokoh-tokoh ini memainkan peranan sebagai pelopor dalam membangkitkan
semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat India. Tegasnya, pendidikan barat
telah meletakkan asas bagi perkembangan nasionalisme di India.

Faktor kedua yang menyebabkan muncul nasionalisme di India adalah diskriminasi


dalam perkhidmatan awam. Kerajaan Inggeris mengamalkan diskriminasi dalam
pengambilan orang India bagi memenuhi jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.
Amalan diskriminasi ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan
terpelajar di India. Contohnya, kerajaan British menghalang penyertaan orang India
dalam perkhidmatan awam dengan mengadakan peperiksaan perkhidmatan awam di
Britain. Tambahan pula, kerajaan bertindak mengurangkan had umur untuk menyertai
perkhidmatan awam daripada 22 tahun kepada 19 tahun. Langkah-langkah tersebut
bertujuan menghalang pelajar-pelajar yang menuntut di universiti daripada menduduki
peperiksaan perkhidmatan awam. Justeru, dasar diskriminasi British dalam
pengambilan perkhidmatan awam turut mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di
India.

Faktor seterusnya yang membangkitkan nasionalisme di India adalah peranan akhbar


tempatan. Akhbar-akhbar tempatan memainkan peranan membangkitkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan rakyat. Contoh akhbar-akhbar yang mengkritik dasar
British adalah akhbar Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot. Akhbar-
akhbar tempatan berperanan melahirkan kesedaran politik dalam kalangan golongan
kelas menengah. Selain itu, akhbar-akhbar ini juga menyebarkan idea pemerintahan
sendiri dan amalan demokrasi dalam kalangan penduduk tempatan. Tegasnya, akhbar-
akhbar tempatan berperanan menyebarkan idea anti-British yang melahirkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat.

Faktor seterusnya yang mendorong semangat nasionalisme di India adalah dasar


ekonomi bercorak penindasan yang dijalankan oleh British di India. Dasar ekonomi
kerajaan British adalah bagi memenuhi kepentingan sektor perindustrian di England.
Kerajaan Inggeris tidak menggalakkan perkembangan industri tempatan dan mengawal
perusahaan-perusahaan tempatan. Tindakan kerajaan Inggeris memonopoli
perdagangan garam menjejaskan pendapatan penduduk tempatan yang terlibat dalam
industri tersebut. Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci penduduk
tempatan terhadap pemerintahan Inggeris di India.

Faktor terakhir yang membangkitkan nasionalisme dalam kalangan penduduk di India


adalah gerakan reformasi sosio-budaya. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosio-
agama melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat India. Antara
pertubuhan-pertubuhan yang memainkan peranan membangkitkan semangat
kebangsaan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj dan Pertubuhan
Ramakrishna. Persatuan tersebut menjalankan reformasi bagi menghapuskan
penyelewengan dalam kalangan penganut agama Hindu. Persatuan ini juga mendesak
kerajaan meluluskan akta untuk mengiktiraf perkahwinan semula janda beragama
Hindu. Pertubuhan-pertubuhan ini juga meletakkan asas bagi kebangkitan semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat India.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan semangat


kebangsaan dalam kalangan masyarakat India. Kemuncak kepada kebangkitan
semangat kebangsaan masyarakat India ialah kemunculan Kongres Kebangsaan India
pada tahun 1885. Kongres Kebangsaan India berjaya menyatukan golongan nasionalis
bagi mengatur gerakan menentang British di India. Perjuangan Kongres membuahkan
hasil apabila British meluluskan Akta Kemerdekaan India pada 15 Ogos 1947.
Bab 19: Bincangkan Perkembangan Gerakan Kebangsaan India
pada tahun 1935 hingga 1947.

Disediakan Oleh: Ahmad Adlil Hakim

India merupakan sebuah negara jajahan British dari (1858-1947) dan menerima
kemerdekaan pada 15 Ogos 1947. Semasa Perang Dunia Kedua Kerajaan British
melibatkan India dalam peperangan. Hal ini menyebabkan Kongres Kerajaan India
menuntut penjelasan atas matlamat British. Kongres Kerajaan India meminta
penubuhan Kerajaan Pusat Kebangsaan tetapi jawapan yang diberikan pihak British
tidak memuaskan hati menteri-menteri Kongres sehingga berlaku perletakan jawatan
beramai-ramai sebagai tanda bantahan. Sementara itu, Liga Islam memberikan
sokongan kepada British dengan syarat orang Islam diberikan layanan yang adil dan
British menggunakan kesempatan ini untuk mendapat sokongan orang Islam.

Dalam pada itu, akibat daripada perubahan keadaan politik di Eropah British
kini menghadapi ancaman daripada Jerman. Oleh itu, British memerlukan bantuan
daripada pemimpin-pemimpin Kongres, untuk mendapatkan bantuan tersebut Lord
Linlithgow menawarkan Kongres untuk membincangkan perkembangan politik India
dan beliau juga menubuhkan badan perwakilan yang diterima oleh Parlimen Britain.
Selain itu, beliau juga menawarkan taraf dominion kepada India dan memberi lebih
banyak peluang kepada orang ramai untuk menyertai Majlis Eksekutif, tawaran ini
dikenali sebagai tawaran Ogos tetapi tawaran ini ditolak oleh pihak Kongres atas
sebab Kongres ingin mendesak British menawarkan kemerdekaan kepada India.
Kesan penolakan tawaran ini menyebabkan British melancarkan Pergerakan
Penderhakaan Awam dan kurang daripada 20 000 orang ditahan termasuk pemimpin-
pemimpin Kongres.

Pada bulan Mac 1942 Jepun mula menguasai negara Asia Tenggara. Perkara ini
membimbangkan British kerana Jepun juga mula menyebarkan propaganda mereka
yang menyatakan bahawa matlamat utama serangan terhadap India adalah untuk
membebaskan negara tersebut dari kuasa British. Propaganda Jepun tersebut
mendapat sokongan daripada orang India dan hasilnya terbentuk Liga Kemerdekaan
India dan Tentera Kebangsaan India bagi membebaskan India daripada pemerintahan
British. Ancaman ini membuatkan British sedar agar kepentingan persahabatan
dengan Kongres Kebangsaan India. British menghantar Sir Stamford Cripps ke India
untuk mendapatkan bantuan bagi menghadapi ancaman Jepun, dengan membawa
penjanjian untuk memberikan taraf dominion dan membentuk sebuah badan untuk
menggubal perlembagaan selepas perang. Tetapi tawaran itu ditolak oleh Kongres
kerana menggangap tawaran tersebut sebagai muslihat jadi utusan Cripps dianggap
gagal dan meninggalkan India.

Kongres telah meluluskan resolusi dalam persidangan di Bombay pada bulan


Ogos 1942 bertujuan untuk menuntut British menarik diri dari India. Resolusi ini
mendapat sambutan ahli-ahli kongres di seluruh India. Dalam pada itu Kongres juga
mengumumkan untuk melancarkan Gerakan Penderhakaan Awam sekiranya British
enggan berundur, tetapi gerakan tersebut berjaya digagalkan oleh kerajaan British dan
Gandhi serta beberapa pemimpin Kongres ditahan. Kesan daripada tindakan British
terdapat 60 000 orang ditahan manakala 1000 orang menjadi mangsa rasuah dan
keganasan di seluruh India.

Selain itu, pemimpin Liga Islam Jinnah menuntut sebuah berasingan bagi orang
Islam dan menyatakan penderian beliau bahawa ini merupakan satu-satunya cara.
Pendirian Jinnah ini menghancurkan harapan Kongres untuk membentuk negara
bersatu. Lord Wavell menjeput Gandhi, Jinnah dan pemimpin Kongres lain untuk
mengadakan perbincangan di Simla pada 25 Jun 1945. Namun perbincangan tersebut
gagal capai kata sepakat. Sementara itu Perdana Menteri Britain menghantar utusan
yang dikenali sebagi Utusan Kabinet ke India pada Mac 1946. Matlamat Kabinet
adalah untuk mencari cara memberikan kemerdekaan kepada India dan membentuk
kerajaan baharu. Pada 6 Mei 1946 Kabinet mengumumkan laporan dan syor yang
terkandung dalam laporan, selepas mengadakan perbincangan Kongres bersetuju
untuk menyertai Dewan Perwakilan dan penglibatan dalam penggubalan
perlembagaan namun menolak penyertaan dalam kerajaan sementara. Sementara itu
Liga Islam mendesak penubuhan kerajaan bersama tetapi ditolak oleh Lord Wavell,
tindakan beliau menyebabkan Liga Islam menolak semua cadangan Kabinet.

Parti Kongres menguasai majoriti kerusi dalam pilihan raya yang diadakan pada
Julai 1946. Kemenangan Kongres merisaukan Jinnah dan mengambil tindakan untuk
membentuk negara Pakistan. Perkambangan ini menyebabkan berlaku rusuhan
perkauman di Culcutta, Bihar dan tersebar ke seluruh negara. Pada 2 September 1946
Lord Wavell membuat keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dengan
Jawaharlal Nehru sebagai Timbalan Presiden, Liga Islam pula menyertai kerjaan
semetara pada 15 Oktober 1946. Lord Wavell digantikan oleh Lord Mountbatten sebai
wizurai akhir untuk merancang kemerdekaan India.

Kesimpulannya, India melalui pelbagai peristiwa semasa dibawah pemerintahan


British dan pelbagai halangan untuk mencapai kemerdekaan termasuklah pemecahan
negara baharu Pakistan. Pelbagai cara dilakukan oleh pemimpin-pemimpin India
seperti ahli Kongres dan Gandhi untuk membentuk pentadbiran India sebagai negara
merdeka.
Bab 20 : Bincangkan matlamat asas penubuhan Pertubuhan Bangsa –
Bangsa Bersatu pada tahun 1945

Disediakan oleh: Auni Nadhirah

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, pelbagai langkah diambil oleh negara
antarabangsa untuk memupuk kerjasama diperingkat antarabangsa. Usaha tersebut dapat
dikesan melalui penubuhan organisasi antarabangsa iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pertubuhan ini ditubuhkan pada 24 Oktober 1945. Matlamat utama penubuhan PBB adalah
memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa. PBB juga memainkan peranan
menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa penggunaan kekerasan. Sejak awal
penubuhan PBB telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam memelihara keamanan
dan kesejahteraan masyarakat dunia.

Matlamat asas penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah untuk


mengekalkan keamanan antarabangsa. Matlamat utama penubuhan PBB adalah untuk
memelihara keamanan di peringkat antarabangsa. PBB mengambil langkah dengan menyekat
penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang dapat meninggalkan kesan buruk terhadap
mangsa perang. Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat
mengundurkan peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba. Selain itu, PBB juga
berperanan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan dan pada tahun 1960, PBB
meluluskan pengisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara yang dijajah.
Jelaslah, PBB mengekalkan keamanan antarabangsa.

Matlamat asas seterusnya adalah merapatkan persahabatan antara negara. PBB


memainkan peranan dalam merapatkan hubungan persahabatan antara negara. PBB berusaha
menyelesaikan masalah yang menimbulkan ketegangan antara negara-negara. Misalnya, PBB
memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah perebutan pulau yang merenggangkan
hubungan antara negara dan berjaya menyelesaikan isu tuntutan Kepulauan Spratly yang
melibatkan China, Vietnam, Brunei, Filipina dan Malaysia. Jelaslah, PBB dapat merapatkan
persahabatan antara negara.

Selain itu, matlamat asas penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah


untuk melindungi hak asasi manusia. Salah satu matlamat penubuhan PBB adalah
mempertahankan hak asasi manusia. Bagi mencapai matlamat ini, PBB menggubal
Perisytiharan Hak Asasi Sejagat pada tahun 1948. Pada tahun 1966, Majlis Perhimpunan Agung
PBB meluluskan dua perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat. Antara perjanjian yang
diluluskan adalah Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Awam dan Politik dan Perjanjian
Antarabangsa tentang Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan. PBB juga memainkan peranan
dalam menangani masalah Apartheid yang berlaku di Afrika Selatan. Pada tahun 1963,
Perhimpunan Agung PBB meluluskan perisytiharaan pembasmian segala bentuk diskriminasi
ras. Jelaslah bahawa, PBB melindungi hak asasi manusia.

Matlamat asas yang berikutnya adalah untuk mencegah peperangan. PBB


memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman. Pada tahun 1946, Majlis
Keselamatan berjaya mengundurkan tentera Soviet Union dari Utara Iran dan pada tahun 1956,
Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez. Selain itu, PBB juga
menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan keamanan negara
tersebut. Pada tahun 1964-1974, PBB memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di
Cyprus. Hal ini membuktikan bahawa PBB dapat mencegah peperangan daripada berlaku bagi
melindungi keamanan antarabangsa.

Akhir sekali, Membaiki taraf hidup penduduk juga merupakan matlamat asas. Hal
ini terjadi kerana, PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang
menerusi ‘Program Bantuan dan Pembangunan Semula PBB’. PBB juga membantu negara-
negara mangsa perang di Asia, Timur Jauh, Amerika Latin dan Afrika. Dalam konteks ini PBB
memberi bantuan kepada mangsa peperangan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di
negara tersebut terpelihara. PBB menyalurkan bantuan menerusi agensi-agensi seperti FAO,
UNICEF dan WHO.

Kesimpulannya, PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan


masyarakat dunia dengan berkesan dan PBB juga mengambil langkah-langkah yang berkesan
bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota.
Bab 20: Dengan memberikan contoh-contoh yang relevan, bincangkan
sumbangan Komanwel terhadap negara-negara anggotanya.

Disediakan Oleh: Nazatul Natira

Komanwel merujuk kepada pertubuhan negara-negara bekas jajahan British yang


telah mencapai kemerdekaan. Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931, raja British
dianggap sebagai ketua Komanwel. Di samping itu, Komanwel membantu memajukan
negara-negara anggota dan menggalakkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Sejak ditubuhkan, pertubuhan ini berjaya melaksanakan beberapa program demi
kesejahteraan negara-negara anggota.

Sumbangan Komanwel yang pertama adalah rancangan Colombo. Tujuan


rancangan Colombo adalah untuk memberikan bantuan kewangan, teknikal dan
biasiswa kepada negara-negara yang kurang maju. Contohnya, Malaysia mendapat
pembiayaan bagi projek pembangunan melalui rancangan ini. Antara projek yang
menerima pembiayaan adalah pembinaan lebuh raya timur-barat dan pembinaan
institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, Komanwel memberikan bantuan dalam bidang ketenteraan kepada


negara-negara anggota. Tentera-tentera daripada negara Komanwel iaitu Britain dan
Australia telah mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun semasa Perang
Dunia Kedua. Selain itu, tentera-tentera Komanwel juga mambantu Tanah Melayu
menghadapi ancaman komunis pada Zaman Darurat 1948-1960, tentera-tentera
Komanwel yang terlibat ialah Britain, New Zealand dan Kanada. Melalui perjanjian
Pertahanan British Tanah Melayu yang ditandatangani pada tahun 1957, askar-askar dari
negara Komanwel, iaitu Britain, Australia dan New Zealand dihantar untuk menghadapi
ancaman komunis. Malaysia juga mendapat bantuan ketenteraan semasa berkonfrontasi
dengan Indonesia.

Selain itu, Komanwel juga dijadikan sebagai sebuah platform oleh negara-negara
anggota untuk menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.
Perjuangan menentang dasar ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada
kebanyakan negara anggota Komanwel, kecuali Britain. Malaysia mula menentang
dasar Apartheid sejak awal tahun 1960-an. Komited Malaysia dalam penentangan
terhadap Kuala Lumpur tentang Afrika Selatan semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan
Komanwel (CHOGM). Dalam mesyuarat tersebut, Malaysia menyeru agar sekatan
ekonomi dikenakan terhadap rejim perkauman itu di Afrika Selatan.

Disamping itu, negara-negara anggota Komanwel turut menikmati


keistimewaan apabila menjalankan urusan perdagangan dengan negara-negara lain.
Hasil eksport ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang
rendah. Namun demikian, dasar-dasar yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel
sekitar 1970-an dan 1980-an memihak kepada negara-negara maju. Perkembangan ini
menyebabkan negara-negara mundur tidak berpeluang untuk bersaing dalam arena
perdagangan di peringkat antarabangsa.
Akhir sekali, Komanwel turut memainkan peranan dalam isu pengurangan senjata
nuklear. Pada tahun 1996, Komanwel mengutuk Perancis kerana tidak menghormati
Perjanjian Pengurangan Senjata Nuklear (NPT). Komanwel turut mengutuk India dan
Pakistan kerana melancarkan ujian nuklear pada tahun 1998. Dalam mesyuarat
CHOGM yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998, isu menghadkan
penggunaan senjata nuklear turut dibincangkan.

Kesimpulannya, Komanwel merupakan antara pertubuhan antarabangsa yang


memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan isu-isu sejagat. Kejayaan Komanwel
dapat dikesan dalam isu pengurangan senjata nuklear dan penentangan terhadap dasar
Apartheid.

You might also like