You are on page 1of 81

MODUL FOKUS ULANGKAJI SEMESTER 1

2022
SUMBER RUJUKAN:
1) SKEMA PUAN ROMLAH BINTI SALEH
2) MODUL PULAU PINANG 2021
3) MODUL BIJAK KEDAH 2021
4)http://mohammadia5193.blogspot.com/20
5)https://eseistpm.blogspot.com/2021/07/fa
6)https://www.coursehero.com
7) https://ahmadyaakobsmkj2.blogspot.
8) Buku Rujukan Sejarah Dunia Semester 1

1
TOPIK ULANGKAJI SEMESTER 1

TEMA 1

1. Huraikan Struktur Masyarakat Feudal Di England Pada Abad Ke-16 Hingga Abad Ke 17.

Pendahuluan
• Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas
kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 .
• Menurut Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, masyarakat feudal merupakan
masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis tersendiri.
• Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemimpin yang
terdiri daripada raja, bangsawan iaitu baron, dan knight. Manakala golongan yang dipimpin
ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf.

Isi-Isi Utama

1.Raja
• Menduduki hieraki tertinggi dalam masyarakat feudal di England pemerintah berkuasa
multak amat bergantung kepada golongan bangsawan untuk kukuhkan kuasa dan
kedudukan golongan bangsawan menerima tanah secara langsung daripada raja, diberi
anugerah dan gelaran untuk mendapatkan taat setia mereka.
• Abad 16 dan 17, pemerintahan monarki mutlak diamalkan di bawah dinasti Tudor dan
dinasti Stuarts.
• Walaupun pemerintahan mutlak diamalkan, namun raja-raja dinasti Tudor memilih untuk
patuh kepada undang-undang yang terkandung dalam Magna Carta.
• Raja-raja dinasti Tudor mengukuhkan kuasa dan kedudukan – contoh: langkah Raja Henry
VII
• Keengganan pemerintah dinasti Sturats mematuhi Magna Carta menimbulkan perselisihan
dengan Parlimen.
• Institusi raja mutlak di England akhirnya berubah menjadi raja berperlembagaan.

2. Bangsawan
• Menduduki hieraki selepas raja. Dikehendaki membayar cukai tanah, memberi taat setia
kepada raja dan membekalkan bantuan tentera kepada raja .
• Raja kurniakan pelbagai gelaran seperti duke, baron, vassal kepada golongan bangsawan
untuk dapatkan sokongan .
• Menjelang abad ke-16, kedudukan dan peranan bangsawan mulai merosot.
• Kedudukan raja semakin kukuh ekoran penglibatan dalam ekonomi kapitalis .
• Raja dapat mengawal golongan bangsawan dan tidak perlu lagi bergantung kepada golongan
bangsawan .
• Kemerosotan pengaruh bangsawan menyebabkan muncul pegawai-pegawai pentadbir yang
menerima gaji daripada raja bagi membantu kendalikan pemerintahan dan pentadbiran.
• Pegawai-pegawai ini terdiri daripada rakyat biasa yang berkebolehan dan berwibawa dalam
pentadbiran .

2
3. Knight
• Golongan pahlawan yang berada di bawah golongan bangsawan .
• Abad ke-16, peranan dan kedudukan knight mula berubah apabila raja tidak lagi bergantung
kepada knight untuk pertahanan negara .
• Raja menubuhkan pasukan tentera tetap dan tentera upahan yang berada di bawah kawalan
dan penguasaan raja .
• Pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan knight sahaja.
• Golongan petani dan rakyat biasa juga direkrut untuk berkidmat dalam pasukan tentera.

4. Petani / serf
• Mewakili sebahagian besar drpd penduduk di England .
• Dikenali sebagai freeman, villain, sokemen, border, cottar.
• Abad ke-16, kehidupan golongan petani mula berubah akibat perkembangan ekonomi
komersial.
• Masyarakat feudal tidak lagi bergantung kepada tanah dan terikat dengan tuan tanah.
• Mereka melibatkan diri dalam pertanian komersial dan perindustrian. Kemunculan bandar
menyebabkan golongan petani berhijrah ke Bandar.
• Tuan tanah membebaskan golongan petani dan mereka menjadi buruh upahan kepada tuan
tanah.
• Ini menyebabkan hubungan antara petani dan tuan tanah turut mengalami perubahan.

5.Hamba

• Golongan yang paling rendah dalam susun lapis masyarakat feudal ialah golongan hamba.
• Golongan hamba mewakili satu persepuluh daripada jumlah penduduk di England.
• Golongan hamba tidak memiliki tanah dan mempunyai kuasa perundangan yang terhad.

Kesimpulan

• Menjelang abad ke 16 dan 17 berlaku perubahan peranan dan kedudukan masyarakat feudal
di England.
• Perubahan ini berlaku ekoran daripada perkembangan ekonomi kapitalisme dan kemunculan
negara bangsa.

2. Bincangkan Ciri-Ciri Masyarakat Feudal Di Jepun Pada Zaman Kesyogunan Tokugawa.

Pendahuluan
1. Masyarakat feudal merujuk kepada masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis
tersendiri.
2. Kedudukan, kuasa dan status ditentukan melalui penguasaan terhadap tanah.
3. Pemerintahan feudal di kesan pada zaman pemerintahan Kamakura.
4. Pada zaman kesyogunan Tokugawa, Shogun bertindak mengukuhkan sistem feudal.
5. Struktur masyarakat feudal pada zaman Tokugawa terdiri daripada golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah.
6. Terdapat beberapa ciri yang boleh dilihat dalam masyarakat feudal di Jepun pada zaman
Kesyogunan Tokugawa.

3
Isi- isi utama

1. Kedudukan maharaja
• Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran semasa
zaman kesyogunan Tokugawa.
• Maharaja merupakan ketua negara tetapi kuasa sebenar pemerintahan berada di
tangan Shogun.
• Shogun Tokugawa mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan
dan pengaruhnya.
• Pemerintahan syogun memperkenalkan undang-undang bagi mengurangkan pengaruh
maharaja dan putera raja.
• Ini menunjukkan pada zaman feudal di Jepun, maharaja tidak memiliki kuasa dalam
pemerintahan.

2. Kedudukan Shogun
• Kuasa pemerintahan terletak pada Shogun pada Zaman kesyogunan Tokugawa.
• Shogun mengukuhkan kedudukan dengan menubuhkan pasukan tentera yang kuat.
• Pentadbiran wilayah diserahkan kepada Vassal yang setia kepada pemerintahan
shogun.
• Golongan Daimyo yang menguasai daerah juga di kawal oleh shogun.
• Shogun meningkatkan kekayaan dengan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi
komersial dan perlombongan.
• Hal ini memperlihatkan Shogun merupakan individu yang amat berpengaruh dalam
politik dan ekonomi pada zaman feudal di Jepun.

3. Pemilikan tanah
• Pada zaman Tokugawa, Shogun menyerahkan tanah kepada tuan tanah iaitu Daimyo
yang setia kepadanya.
• Daimyo yang setia kepada shogun turut mengawasi gerak geri Daimyo yang menentang
pemerintahannya.
• Di samping itu Shogun melantik pegawai yang dikenali sebagai Gundai dan Daikan
untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.

4. Kewajipan peribadi
• Dalam masyarakat feudal Jepun, wujud hubungan peribadi dan kewajipan peribadi di
antara Shogun dan Daimyo.
• Shogun akan menyerahkan tanah kepada golongan Daimyo yang setia kepadanya.
• Daimyo pula membalas budi dengan membantu Shogun mengendalikan pentadbiran
dan ketenteraan.
• Ini menunjukkan Shogun dan Daimyo saling bergantung untuk menjayakan
kepentingan bersama mereka di negara Jepun.

5. Mobiliti sosial
• Terdapat beberapa lapisan masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan
17.
• Setiap lapisan ini mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang berlainan.
• Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas.
• Dalam masyarakat feudal di Jepun, perubahan dalam status dan mobiliti sosial jarang
berlaku.

4
Kesimpulan
1. Pada zaman Tokugawa, sistem feudal yang diamalkan di negara Jepun begitu kukuh dan
mantap.
2. Masyarakat feudal yang terdapat di Jepun berpegang kuat kepada ciri-ciri unik yang
terdapat dalam sistem ini.
3. Masyarakat feudal tidak mengalami sebarang perubahan jika dibandingkan dengan
masyarakat feudal di England.

3. Bincangkan Ciri-Ciri Masyarakat Agraria Di China Pada Abad Ke 16 Dan 17 Masihi.

Pendahuluan

 Sebelum campur tangan kuasa-kuasa barat, sistem feudal di amalkan di China.


 Salah satu ciri kegiatan ekonomi feudal yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah
aktiviti bercucuk tanam secara kecil-kecilan.
 Dalam konstek ini, masyarakat Cina mengamalkan kegiatan bercucuk tanam secara
sara diri.
 Di samping menghasilkan produk pertanian, para petani juga menghasilkan barangan
kraf tangan.
 Justeru, terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat dalam masyarakat Agraria di
China pada abad ke 16 dan 17 Masihi.

Isi- isi utama


1. Kegiatan ekonomi
• Ciri pertama masyarakat agraria di China adalah aktiviti ekonomi berkaitan pertanian.
• Sebahagian besar penduduk negara China menjalankan aktiviti bercucuk tanam
• Antara tanaman makanan yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah padi, gandum,
millet, kaoliang, barli dan oat.
• Padi ditanam di lembah Sungai Kuning, Sungai Yangtze dan di bahagian selatan China.
• Gandum merupakan tanaman makanan utama di utara China.Kawasan penanaman
gandum ialah wilayah Shantung, Kansu, Shensi, utara Anhui dan Hupeh.
• Apabila ekonomi kapitalisme mulai bertapak di China, penanaman tanaman komersial
mula diperkenalkan.
• Antara tanaman komersial yang diusahakan ialah tembakau, kapas, mulberi dan tebu.
• Ini menunjukkan aktiviti ekonomi utama masyarakat agraria adalah pertanian sara diri
dan tanaman komersial.

2. Petempatan
• Masyarakat agraria mendirikan petempatan di kawasan lembangan sungai seperti di
lembah Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze.
• Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk aktiviti
pertanian.
• Terdapat sebilangan masyarakat agraria yang tertumpu di kawasan tanah pamah yang
terletak di bahagian selatan China kerana tanah subur dan terdapat sistem saliran dan
pengairan yang memudahkan aktiviti pertanian dijalankan.
• Jelas menunjukkan kawasan lembah sungai yang subur dan sesuai untuk menjalankan
aktiviti bercucuk tanam dijadikan petempatan oleh masyarakat agraria di China.

5
3. Sistem pengairan
• Ciri seterusnya adalah masyarakat agraria mempunyai kemahiran dalam teknologi
pengairan.
• Petani membina terusan bagi mengawal aliran air sungai. Terusan juga dapat
menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir. Mereka
juga mempunyai kemahiran membina teres di kawasan lereng bukit untuk menanam
padi.
• Penggunaan pam yang digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia untuk
mengepam air ke kawasan pengairan juga terdapat dalam masyarakat agraria ini.
• Kemahiran dalam teknologi pengairan membolehkan masyarakat agraria berjaya
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

4. Kesuburan tanah
• Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah
pertanian.
• Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah
pertanian.
• Sistem penanaman bergilir telah diamalkan di negara China sejak zaman dinasti Han.
• Petani juga menggunakan baja secara meluas untuk meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.
• Pengetahuan masyarakat agraria ini dalam aspek memelihara kesuburan tanah
membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam bidang pertanian.

5. Peningkatan teknologi
• Ciri terakhir masyarakat agraria di China ialah kemahiran dalam teknologi pertanian.
• Beberapa peralatan baharu telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.
• Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur, parit atau lekuk yang
memanjang di permukaan tanah.
• Mereka juga mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda.

Kesimpulan
1. Menjelang abad ke 16 dan 17 masihi, masyarakat agraria memainkan peranan penting dalam
bidang pertanian.
2. Masyarakat agraria di China mencapai kemajuan pesat dalam kaedah dan teknologi
pertanian.
3. Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran hasil
pertanian.
4. Penglibatan petani menanam tanaman komersial menjadikan kedudukan ekonomi semakin
stabil dan mantap.
5. Kemajuan dalam bidang ekonomi meletakkan asas bagi kebangkitan negara China sebagai
sebuah negara yang kuat di Asia.

4. Jelaskan Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Kemunculan Masyarakat Maritim Di


Portugal Pada Abad Ke 16 Hingga 17 Masihi .

Pengenalan

 Kemunculan Portugal sebagai kuasa Maritim yang unggul sejak abad ke 15 dan 16.
Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang terkenal.

6
 Pelayar Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjajahan, perdagangan dan
penjelajahan.
 Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa maritime pada
sekitar abad tersebut.

Isi-isi penting

1) Kedudukan Geografi

 Kedudukan Portugal yang berhampiran dengan laut mendorong masyarakatnya melibatkan


diri dalam bidang maritim.
 Dari segi geografi, Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi oleh Lautan
Atlantik.
 Portugal mempunyai kawasan pantai yang panjang dan mempunyai pelabuhan yang baik
seperti Lisbon dan Antwerp.
 Pelabuhan ini memainkan peranan sebagai pusat pengedaran barang dagangan. Selain itu,
pelabuhan ini juga berperanan sebagai pusat pengagihan rempah ratus yang dibawa dari
Timur kepada pedagang Eropah.

2.Kestabilan Politik

 Faktor kebangkitan Portugal sebagai kuasa maritim.Ini menyebabkan raja Portugal memberi
tumpuan kepada kegiatan maritim. Raja daripada Dinasti Avis (1383-1577) beri galakan
kepada masyarakat Portugal melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perkapalan.
 Keadaan politik bdi negara Eropah lain tidak stabil seperti Sepanyol,Perancis dan England.Ini
kerana,negara kota Itali bersaing sama sendiri di Laut Mediterranean.
 Pada ketika itu juga, Sepanyol dan Belanda belum menjadi negara bangsa.Perancis dan
England pula terlibat dalam Perang Seratus Tahun. Ini menjadikan Portugal mempunyai
ruang untuk muncul menjadi kuasa maritim.

3. Peranan Putera Henry

 Beliau merupakan tokoh yang berperanan dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.
Seorang saintis dan bekas tentera salib yang mengetahui ilmu kartografi. Digelar Henry The
Navigator kerana mengasas institut pelayaran di Sagres.Institut ini berperanan sebagai
pemberi latihan dan kemahiran kepada pelayar. Ia menjalankan aktiviti penyelidikan,
penciptaan peralatan pelayaran dan membaiki kapal.
 Pelayar yang dapat latihan telah menakluki Kepulauan Madeira(1419)dan Azores(1427).
Tahun 1460, Portugis menguasai rangkaian pelabuhan dari Kepulauan Madeira hingga ke
Cape Verde.

4. Pengaruh Renaisans
 Gerakan ini menyebabkan Portugis muncul sebagai kuasa maritim dan menyebabkan
perubahan dalam pemikiran bangsa Eropah. Renaisans mempunyai ciri-ciri seperti
humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal, dan rasional.
 Peranan institut gereja mengongkong pemikiran masyarakat mula hilang.Ini menyebabkan
muncul era baru yang mementingkan sains dan teknologi serta kebebasan manusia berfikir.
Era baru ini melahirkan semangat ingin tahu di kalangan masyarakat dan mula meneroka
kawasan yang belum ditemui.

7
Penutup

Masyarakat maritim di Portugal lebih kepada perdagangan dan kelautan. Mereka berjaya
membina empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan Lautan Hindi lebih dari
satu kurun. Masyarakat Portugal juga berjaya menjadi perintis dan meluaskan kuasa
tersebut. Pusat perdagangan didirikan di kawasan pantai sahaja.

5. Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim Portugal pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

Pendahuluan

 Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi


berasaskan kelautan seperti menangkap ikan, mengumpul hasil laut, perdagangan,
pelabuhan, perkapalan dan penjelajahan.
 Menjelang abad ke-16 dan 17, Portugal telah muncul sebagai sebuah kuasa maritim
yang unggul di Eropah.
 Perkembangan ini telah melahirkan golongan pelayar dan peneroka yang terkenal.
 Masyarakat maritim Portugal pada abad tersebut boleh dilihat melalui pelbagai ciri.

Isi-isi Penting

1. Kegiatan Ekonomi

 Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal ialah perdagangan.


 Kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan seperti Lisbon dan Antwerp.
 Masyarakat maritim Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai
perdagangan rempah.
 Pedagang Portugal memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus , sutera dan
batu permata dari Timur.
 Mereka membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil.
.
2. Petempatan

 Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran pesisir pantai,lembah sungai , dan


kepulauan .
 Dari segi geografi, petempatan mereka terletak berhampiran dengan laut di
Semenanjung Iberia.
 Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan kegiatan
seperti perdagangan, menangkap ikan, dan mengumpul hasil laut.
 Selain itu, masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara
sungai.
 Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan utama masyarakat maritim ialah
pelabuhan Lisbon dan Antwerp.

8
3. Menguasai Teknologi Perkapalan

 Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu.


 Sebagai contoh, masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran membina
kapal jenis Caravel seberat 2000 tan.
 Kapal jenis ini dibina dengan menggunakan teknologi yang tinggi dan digunakan
untuk pelayaran jarak jauh.
 Kapal-kapal yang dibina turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan termasuk
persenjataan moden bagi melindungi anak-anak kapal daripada serangan lanun.

4. Menguasai Teknologi Pelayaran

 Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran.


 Tokoh yang memainkan peranan dalam perkembangan teknologi pelayaran di
Portugal ialah Putera Henry. Beliau mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di
Sagres, Portugal untuk memberi latihan kepada ahli pelayaran dan jurumudi.
 Di samping itu, sekolah ini juga terlibat dalam penciptaan pelbagai jenis peralatan
bagi memudahkan pelayaran.
 Antara peralatan yang dicipta oleh pelatih-pelatih sekolah ini ialah kompas
magnetik, astrtolab dan carta pelayaran

Kesimpulan

 Portugal muncul sebagai negara Eropah yang terawal menjalankan kegiatan


penerokaan dan penjelajahan.
 Kemunculannya sebagai kuasa maritim telah ditonjolkan melalui pelbagai ciri
kelautan.
 Kejayaan Portugal dalam pelayaran dan penerokaan juga telah menyebabkan ncgara
tersebut dapat menguasai perdagangan rempah dan koloni di Timur di samping
menjadi pendorong kepada kuasa Barat yang lain seperti Seponyol, Belanda, dan
Inggeris untuk menjalankan kegiatan penerokaan dan penjelajahan

6. Huraikan sumbangan masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan ke-17

Pendahuluan

 Masyarakat maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah.


Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan
16. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang
terkenal.
 Peranan Putera Henry dalam bidang penerokaan menjadi faktor kemunculan
masyarakat maritim apabila satu institusi yang diasas beliau menjadikan pelayaran
Portugal lebih baik.
 Sumbangan masyarakat maritim di Portugal pada aband ke 16 dan ke 17 boleh dilihat
daripada beberapa aspek.

9
Isi-isi Penting:

1. Penjelajahan

 Masyarakat maritim di Portugal memberi sumbangan dalam bidang penjelajahan dan


penerokaan. Penglibatan orang Portugal dalam bidang penjelajahan dan penerokaan
dapat dikesan sejak awal abad ke-15. Pelayar Portugal berjaya menyeberangi Selat
gibraltar dan menawan pantai barat Afrika.
 Menjelang pertengahan abad ke-15, pelayar Portugal berjaya menguasai Kepulauan
Madeira dan Azores. Diego Cam belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat
Afrika antara tahun 1482-1484.
 Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan
berjaya mengelilingi Tanjung Harapan. Pada masa yang sama, Sepanyol juga amat aktif
dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Keadaan ini menimbulkan persaingan
dan membawa kepada Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494.

2. Perdagangan

 Penglibatan masyarakat maritim Portugal dalam kegiatan perdagangan dapat dikesan


sejak awal abad ke-15. Menjelang pertengahan abad ke-15, pelayar yang dihantar oleh
Putera Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang amat menguntungkan.
Menjelang tahun 1460, Portugal berjaya menguasai rangakaian pelabuhan yang
menganjur dari Kepulauan Madeira hingga Cape Verda.
 Kejayaan Vasco da Gama sampai ke timur memberi dorongan kepada pelayar Portugal
melancarkan ekspedisi perdagangan ke Timur. Ekspedisi perdagangan dihantar ke
Timur untuk mendapatkan barang dagangan seperti rempah, lada hitam, sutera, dan
batu permata.
 Pedagang-pedagang Portugal mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka,
Sumatera, Pulau Jawa, dan Kepulauan Rempah.

3. Penguasaan tanah dan wilayah

 Masyarakat maritim d Portugal juga melibatkan diri dalam penguasaan tanah jajahan
bermula sejak abad ke-15 Masihi. Pada tahun 1415, orang Portugal berjaya menawan
Ceuta yang terletak di Maghribi daripada orang Islam.
 Pada tahun 1419, pelayar Portugal yang menerima latihan di sekolah pelayaran yang
diasaskan oleh Putera Henry berjaya menakluki Kepulauan Madeira. Pada tahun 1427,
orang Portugal berjaya menguasai Azores dan seterusnya belayar sepanjang pantai ke
selatan benua Afrika.
 Pada tahun 1503, Portugal berjaya menguasai Cochin yang terletak di pantai barat
India dan seterusnya djadikan sebagai ibu pejabat, pentadbiran Portugal di Timur.

4. Perkapalan

 Masyarakat martim di Portugal mencapai kemajuan yang pesat dalam bdang


perkapalan. Mereka mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal serta kemajuan

10
dalam teknologi perkapalan. Mereka mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal
yang mampu belayar di lautan luas.
 Sebagai contoh mereka memiliki teknologi membina kapal jenis Caravel seberat 2000
tan. Antara peralatan baharu yang dicipta oleh mereka ialah catra pelayaran, kompas
dan astrolab.
 Mereka juga memiliki peta-peta yang lengkap bagi memudahkan kgiatan penerokaan
dan penjelajahan.

5. Penyebaran agama Kristian

 Masyarakat maritim di Portugal juga terlibat dalam penyebaran agama Kristian. Dalam
hal ini, mubaligh Kristian turut dihantar dalam ekspedisi pelayaran ke Timur.
 Mubaligh Kristian telah memulakan usaha untuk mengkristiankan penduduk di tanah
jajahan. Umpamanya penduduk Portugal dan mubaligh Kristian datang beramai-ramai
ke Brazil dan menetap di petempatan baharu seperti di Sao Paolo, Pernambuco, dan
Bahia.

Kesimpulan

 Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke-17 di Eropah selain Belanda dan
Inggeris.Portugal menjadi masyarakat maritim oleh faktor kedudukan geografi,
kestabilan politik, perkembangan kapitalisme dan sebagainya.

7. Kekayaan bahan mentah dikatakan menjadi faktor utama yang merangsang


perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman pada abad ke-18 dan 19 Masihi.
Bincangkan.

Pendahuluan
 Jerman menjadi negara perindustrian agak lewat berbanding negara-negara Eropah yang
lain.
 Fasa pertama Revolusi Perindustrian di Eropah menyaksikan England, Perancis dan
Belgium muncul sebagai negara-negara perindustrian.
 Berikutan dengan perkembangan sektor perindustrian di Eropah pada abad ke-19,
negeri-negeri Jerman turut mengambil inisiatif memajukan bidang tersebut.
 Jerman hanya muncul sebagai negara perindustrian pada Fasa Kedua Revolusi
Perindustrian. Ciri utama pada fasa ini ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri.
 Kekayaan bahan mentah dikatakan menjadi faktor utama yang merangsang
perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman pada abad ke-18 dan 19 Masihi.
 Namun, terdapat juga faktor lain yang turut menjadi pemangkin perkembangan sektor
itu.

Isi-isi Penting

1. Kekayaan Bahan Mentah

 Kekayaan bahan mentah telah menjadi faktor utama yang merangsang


perkembangan sektor perindustrian di Jerman.

11
 Antara sumber bahan mentah yang terdapat di Jerman ialah arang batu, bijih besi,
dan bijih timah.
 Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah Lembah Ruhr,
Lorainne, dan Silesia.
 Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor
perindustrian di Jerman.

2. Penyatuan Jerman

 Penyatuan Jerman juga turut menjadi pemangkin pertumbuhan sektor perindustrian


di Jerman.
 Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang
unggul di Eropah.
 Penyatuan Jerman telah menyebabkan wujud keseragaman dalam mata wang,
sistem percukaian, sistem timbangan, dan perundangan.
 Di samping itu, sistem pengangkutan dan komunikasi seperti jaringan kereta api,
jalan raya, telegraf dan pos dapat dimajukan.

3. Kemajuan Pertanian
 Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan juga asas bagi pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.
 Selepas penyatuan Jerman, sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan
berkembang dengan pesat.
 Kemajuan dalam bidang pertanian didorong oleh penerbitan karya mengenai
teknologi pertanian oleh Albrecht Thaer berjudul Introduction to the Knowledge of
English Agriculture-Principles of Rational Agriculture pada tahun 1789.
 Justus von Liebig pula menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

4. Kemajuan dalam Penyelidikan


 Kemajuan dalam bidang penyelidikan turut merangsang pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.
 Makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman.
 Ahli-ahli kimia dan fizik yang terlatih daripada universiti menjalankan kajian dan
penyelidikan di makmal tersebut.
 Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan
dan inovasi baharu.

5. Penghijrahan Penduduk ke Bandar

 Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar turut membantu


perkembangan sektor perindustrian.
 Sebelum penyatuan Jerman, tiga perempat daripada penduduk Jerman tinggal
menetap di luar bandar.
 Pada tahun 1871, terdapat lapan buah bandar di Jerman dengan bilangan
penduduknya mencecah 100 000 orang.

12
 Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran berkembang dengan pesat dan
muncul bandar baharu di seluruh negara.

Kesimpulan
 Kesimpulannya, ternyata kekayaan bahan mentah telah menjadi pemangkin utama
ke arah perkembangan masyarakat industri di negara tersebut.
 Namun, perlu diingat, masih terdapat faktor lain yang turut memainkan peranan
penting dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman.
 Kemajuan dalam bidang industri telah meletakkan Jerman sebagai sebuah kuasa
Barat yang hebat bukan sahaja dari sudut penguasaan ekonominya, malah menjadi
negara yang digeruni dari sudut politiknya.

8. Jelaskan kesan perkembangan Revolusi Perindustrian terhadap masyarakat di


Jerman pada abad ke-18 dan 19 Masihi.

Pendahuluan

 Revolusi Perindustrian tahap kedua tercetus di Jerman pada akhir abad ke-19.
 Revolusi ini menyebabkan perkembangan pesat dalam bidang teknologi, kewangan,
dan kejuruteraan.
 Di samping itu, zaman ini menyaksikan kemunculan industri baharu seperti industri
elektrik, kimia, petroleum dan logam.
 Perkembangan Revolusi Perindustrian ini telah meninggalkan kesan dalam bidang
ekonomi , politik dan juga sosial di Jerman.

ISI-ISI PENTING

1. Kemajuan Teknologi

 Perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman telah menyebabkan berlaku


kemajuan dalam bidang teknologi.
 Perkembangan revolusi ini telah menyebabkan berlakunya kemajuan dalam teknologi
tenaga elektrik khususnya bagi mengendalikan jentera di kilang-kilang industri.
 Peningkatan pengeluaran petroleum telah menggantikan arang batu untuk
mengendalikan enjin.
 Pengeluaran keluli secara besar-besaran juga telah menggantikan besi sebagai galan
utama Jerman.
 Selain itu, kemajuan dalam teknologi menyebabkan berlaku perubahan dalam kaedah
penciptaan.
 Kerajaan telah membina makmal penyelidikan bagi menghasilkan ciptaan baharu.
Saintis yang terlatih dan berpengalaman direkrut untuk menghasilkan barangan
baharu.
 Sebagai contoh, ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan
pengeluaran keluli meningkat.
 Menjelang tahun 1913, Jerman telah muncul sebagai negara pertama yang
menghasilkan barangan elektrik di dunia.

13
 Di samping itu, kajian tentang permintaan pasaran dijalankan bagi menghasilkan
produk yang sesuai dengan kehendak pasaran.

2. Kemajuan Penyelidikan

 Perkembangan Revolusi Perindustrian turut membawa kepada kemajuan dalam


bidang penyelidikan di Jerman.
 Hasil daripada penyelidikan ini, pelbagai jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-
ubatan dan bahan letupan.
 Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga
perosak juga dihasilkan.
 Syarikat kimia dan elektrik memainkan peranan dalam perkembangan perindustrian di
Jerman.
 Syarikat-syarikat ini membina makmal penyelidikan yang dilengkapi dengan
kemudahan untuk menjalankan kajian.
 Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik baharu dengan
menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang.

3. Pengeluaran Besar-Besaran

 Perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman juga menyebabkan pengeluaran


barangan dilakukan besar-besaran.
 Antara barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah jam tangan, mesin basuh,
basikal, dan kereta.
 Pengeluaran seeara besar-besaran menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji
pekerja.
 Peningkatan gaji membolehkan mereka membeli barangan yang dihasilkan. Hal ini
telah menyebabkan permintaan terhadap barangan keluaran industri meningkat
sekaligus meningkatkan pengeluaran di bidang industri.
 Menjelang tahun 1913, Jerman mengeluarkan 35 peratus barangan elektrik di dunia.
 Terdapat dua buah syarikat yang mengawal industri elektrik di Jerman, iaitu Siemens
Schuckert dan Allgemeine Elektrizitats Geselle Chaft.
 Perkembangan ini telah meletakkan Jerman sebagai pemimpin dunia dalam industri
kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.

4. Imperialisme Baharu

 Revolusi Perindustrian mencetuskan kemunculan imperialisme bentuk baharu di


kalangan negara-negara Eropah termasuk Jerman.
 Muncul persaingan dalam kalangan negara industri untuk menguasai pasaran dan
bahan mentah.
 Persaingan ini mendorong negara-negara industri termasuk Jerman melakukan
penjajahan bagi mengukuhkan pengaruh di Asia dan Afrika.
 Perkembangan ini menyebabkan lahir satu fenomena yang dikenali sebagai
imperialisme baharu ( penjajahan bentuk baharu ).
 Imperialisme baharu menyebabkan negara industri bersaing untuk menguasai Afrika
dan mendapatkan konsesi perdagangan di China.

14
 Negara-negara industri menggunakan teknologi untuk menghasilkan senjata untuk
menguasai negara lain.
 Menjelang akhir abad ke-19, Jerman muncul sebagai sebuah negara industri yang
agresif dengan memulakan Perang Dunia Kedua.

5. Peningkatan Peranan Kerajaan

 Perkembangan dalam bidang perindustrian juga mendorong peningkatan peranan


kerajaan dalam membangunkan sektor industry di Jerman.
 Kerajaan Jerman telah menggubal undang-undang bagi mengawal sektor industri dan
buruh.
 Kerajaan juga menggunakan kuasa politik bagi menghancurkan negara-negara
pesaing seperti England dan Perancis. Tujuannya adalah bagi menguasai tanah-tanah
jajahan untuk memonopoli perdagangan antarabangsa.
 Tindakan agresif ini dilakukan bagi menjamin bekalan bahan mentah dan bahan api
yang mencukupi untuk menggerakkan industri.
 Kerajaan Jerman juga bertindak membuka pasaran baharu di luar Jerman bagi
memasarkan barangan keluaran kilangnya.
 Di samping itu, kerajaan mengenakan cukai yang tinggi bagi barangan import.
Tujuannya adalah untuk melindungi industri tempatan.
 Kerajaan juga mengekalkan nilai mata wang dalam negara dan menyeragamkan nilai
mata wang, sistem percukaian dan sistem timbangan bagi merancakkan kegiatan
industri.
 Institusi-institusi latihan perindustrian telah ditubuhkan bagi melahirkan lebih ramai
golongan profesional bagi mengendaikan sektor industri.
 Kerajaan pusat telah mewujudkan dasar kebangsaan yang komprehensif bagi
membangunkan sektor perindustrian di Jerman.

6. Kemelesetan Ekonomi

 Perkembangan Revolusi Perindustrian turut membawa kepada kemelesetan ekonomi


di Jerman.
 Pada abad ke-18 dan 19 Masihi, pengeluaran barangan melebihi permintaan. Hal ini
telah menyebabkan berlaku lambakan barangan di pasaran.
 Apabila pengeluaran melebihi permintaan, harga barangan semakin rendah sehingga
menyebabkan pengusaha-pengusaha industri mengalami kerugian.
 Akhirnya, para pengusaha telah bertindak menghentikan pengeluaran barangan bagi
meningkatkan semula harga barangan di pasaran.
 Kilang-kilang perindustrian mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja.
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan pekerja-pekerja
mengalami kesukaran hidup.

7. Kebajikan Pekerja

 Perkembangan Revolusi Perindustrian juga telah mendorong kerajaan mengambil


langkah-langkah untuk menjaga kebajikan golongan pekerja.
 Sebagai contoh, Bismark telah memperkenalkan Undang-undang Insurans Sosial pada
tahun 1883. Undang-undang ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja apabila
mereka ditimpa kemalangan sewaktu bekerja.
15
 Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan telah diluluskan oleh
Parlimen Jerman. Undang-undang ini membolehkan pekerja mendapat rawatan
perubatan dan kos rawatan ditanggung oleh majikan.
 Selain itu, pencen diberikan kepada pekerja industri yang diberhentikan kerja akibat
penyakit.

Kesimpulan

 Revolusi Perindustrian tahap kedua di Jerman meninggalkan kesan yang mendalam


bukan sahaja terhadap ekonomi, tetapi juga dari aspek politik dan sosial.
 Pada era ini, Jerman telah mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi
sehingga mampu menghasilkan ciptaan-ciptaan baharu.
 Perkembangan ini telah meletakkan Jerman sebagai negara peneraju dalam bidang
industri dunia.

16
TEMA 2

Soalan 1: Bincangkan Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Tsar Peter Agung Untuk
Mengukuhkan Pemerintahan Monarki Di Rusia.

Pendahuluan
 Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 selama
36 tahun.
 Sepanjang pemerintahannya, beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial dan keagamaan
 Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke negara-negara Eropah Barat seperti
Jerman, Belanda, Austria, Britain dan Perancis
 Kemajuan yang dicapai oleh negara-negara tersebut mendorong Tsar Peter Agung
untuk melakukan pembaharuan bagi memajukan Rusia
 Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung bagi mengukuhkan
pemerintahan monarki mutlak di Rusia.

Isi- isi utama


1. Langkah pertama yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan
kedudukannya adalah melalui pembaharuan dalam pemerintahan.
• Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sistem pemerintahan Rusia telah
disusun semula.
• Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.
• Selain itu, beliau melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti
Duma, Zemski Sobor dan Prikazi.
• Pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sobor digantikan dengan Majlis Senat.
• Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk
mengurangkan beban tugas anggota senat.

2. Langkah seterusnya yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan
pemerintahan monarki adalah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi.
• Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor
perindustrian.
• Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan kepada pembangunan
industri berat dan industri pembuatan.
• Kerajaan pusat memberikan pelbagai insentif dan subsidi untuk
membangunakan sektor perindustrian.
• Tsar Peter Agung turut menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan
kilang di Rusia.
• Di samping industri berat seperti besi dan keluli, industri kaca dan barangan
kulit turut dimajukan.

17
• Tsar Peter Agung turut memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk
menambahkan perbendaharaan negara.
• Contohnya, beliau memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalambentuk
tunai pada tahun 1718 dan cukai tidak langsung.
• Kesan daripada pengenalan sistem cukai ini, maka perbendaharaan negara
meningkat.

3.Langkah lain yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung adalah dalam bidang
pendidikan.
• Dalam konteks ini, Tsar Peter Agung memberi penekanan kepada kemajuan
dalam bidang pendidikan.
• Beliau menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan
mempelajari kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
• Semasa pemerintahan beliau, sekolah-sekolah didirikan di seluruh Rusia.
• Antara sekolah-sekolah yang didirikan di Rusia adalah The Nagivator School
dan Naval Academy.
• Sekolah -sekolah ini menekankan bidang aritmetik, geometri, geografi dan
pelayaran.
• Beliau merancang pembinaan sebuah universiti yang dikenali sebagai The
Imperial Academy of Science.

4. Langkah seterusnya yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung adalah melakukan
pembaharuan dalam bidang keagamaan.
• Tsar Peter Agung telah bertindak menyusus semula pentadbiran gereja untuk
mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimiliki oleh gereja.
• Beliau bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya.
• Beliau juga memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk
mengambilalih peranan ketua gereja kristian Ortodoks.
• Beliau melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan
kedudukannya dalam badan tersebut.

5.Pembaharuan dalam bidang ketenteraan juga dilakukan oleh Tsar Peter Agung untuk
mengukuhkan monarki.
• Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk membina pasukan
tentera yang kuat untuk menangkis serangan musuh, mematahkan
pemberontakan dalam negeri dan meluaskan jajahan takluk.
• Pada tahun 1695, Tsar Peter Agung melancarkan serangan untuk menguasai
kubu tartar di Azov.
• Tsar Peter Agung berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran
di Poltova.
• Beliau berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia daripada
Sweden melalui Perjanjian Nystadt.
• Kesannya, kejayaan Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia muncul sebagai
sebuah empayar yang kuat di Eropah pada abad ke 18.

18
Kesimpulan
1.Tsar Peter Agung telah mengambil langkah proaktif dalam pelabagai bidang termasuk
politik, ekonomi, dan sosial.
2. Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung mengukuhkan kedudukan beliau
sebagai pemerintah mutlak di Rusia.
3.Pemerintahan Tsar Peter Agung merupakan zaman keagungan dalam pemerintahan
monarki di Rusia.
4. Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau menyebabkan Rusia muncul sebagai negara
yang kuat dan berpengaruh di benua Eropah. Ini menjadi asas kepada kemajuan Rusia
seterusnya.

Soalan 2: Bincangkan Sumbangan Cardinal Duc De Richelieu Dalam Mengukuhkan Sistem


Pemerintahan Monarki Di Perancis Semasa Pemerintahan Raja Louis Xiii .

Pendahuluan
• Richelieu merupakan paderi besar gereja Katolik di Perancis.
• Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Perancis. Karya terkenal beliau adalah Wasiat
Politik yang mengemukakan pandangan tentang keperluan mengekalkan kuasa dan
kemutlakan negara.
• Beliau turut berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk mengukuhkan
pentadbiran. Idea yang dikemukakan oleh Cardinal telah berjaya mengukuhkan
pemerintahan monarki di Perancis semasa Raja Louis ke 13.

Isi- Isi utama


1. Mewujudkan kerajaan Pusat yang kukuh
 Richelieu mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat di Perancis di bawah
kawalan dan penguasaan penuh maharaja. Beliau berpendapat kerajaan pusat yang
kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai
pihak.
 Contohnya untuk mengukuhkan pentadbiran, pegawai-pegawai kerajaan yang setia
perlu dilantik untuk membantu maharaja menjalankan pentadbiran .
 Dengan adanya kerajaan pusat yang kuat Maharaja dapat menghadapi sebarang
ancaman dan sistem pemerintahan monarki mutlak dapat diperkukuhkan.

2. Menolak Pendidikan Rakyat


• Richelieu menolak pendidikan yang diberikan kepada rakyat jelata kerana bimbang
golongan berpendidikan menjadi ancaman kepada kedudukan raja mutlak.
• Contohnya golongan berpendidikan akan mempertikaikan segala dasar dan
rancangan kerajaan. Kesannya rakyat tidak setia kepada kerajaan dan kedudukan
raja sebagai pemerintah mutlak akan terjejas.

19
• Tindakan Richelieu ini telah berjaya memperkukuhkan pemerintah monarki di
Perancis dan kepentingan negara mutlak dapat dibentuk.

3. Menolak peranan gereja


• Cardinal menolak peranan gereja dalam politik yang mengancam kuasa mutlak yang
dimiliki oleh raja. Beliau telah menghapuskan kekacauan yang berlaku dalam Gereja
Katolik.
• Contohnya beliau mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan peranan gereja
dalam politik. Usaha Cardinal ini telah berjaya menyekat kemaraan kuasa gereja
dalam pentadbiran negara.

4. Mengukuhkan pertahanan negara.

• Cardinal mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan Raja Louis ke 13


dengan mewujudkan pasukan tentera laut yang kuat di Perancis.
• Contohnya beliau melengkapkan pasukan tentera dengan kapal-kapal perang dan
peralatan moden agar raja dapat menghadapi sebarang ancaman baik dari dalam
atau luar negara.
• Tegasnya usaha beliau telah berjaya memperkukuhkan pemerintahan monarki
mutlak di Perancis.

5. Menghapuskan sentimen wilayah

• Cardinal berpendapat pemerintah harus mengambil langkah yang tegas bagi


membendung sentimen kewilayahan yang akan menjejaskan kestabilan politik dalam
negara.
• Contohnya raja harus mengambil langkah bagi memastikan penduduk dan
pemerintah di wilayah dan jajahan takluk setia kepada kerajaan pusat.
• Langkah dan keperihatinan pemerintah terhadap wilayah ini akan dapat
memperkukuhkan kuasa mutlak kerajaan pusat.
Kesimpulan

• Cardinal Richelieu merupakan pemikir politik terunggul di Eropah pada abad ke 17.
• Idea beliau memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sistem pemerintahan
beraja mutlak di negara Perancis. Pengukuhan kuasa raja ini diteruskan lagi oleh
kebijaksanaan Raja Louis ke XIV sehingga Perancis menjadi sebuah negara empayar
yang amat kuat di Eropah.

20
Soalan 3: Bincangkan Struktur Organisasi Pentadbiran Kerajaan Republik Ketiga (1875-
1945) Di Perancis.
@
Huraikan Struktur Organisasi Pemerintahan Kerajaan Republik Ketiga (1875-1945) Di
Perancis.

Pendahuluan
1. Kerajaan Republik Ketiga ditubuhkan di Perancis pada tahun 1875.
2. Pemerintahan kerajaan Republik Ketiga berlanjutan hingga Perang Dunia
Kedua tamat pada tahun 1945.
3. Struktur pemerintahan Republik Ketiga terdiri daripada Parlimen dan
Kabinet.
4. Parlimen terdiri daripada dua badan iaitu Dewan Senat dan Dewan
Perwakilan.
5. Setiap badan mempunyai tugas dan peranan masing-masing.

Isi- isi utama


1. Parlimen
• Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi dalam pemerintahan
republik di Perancis.
• Parlimen terdiri daripada dua badan iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
• Parlimen mempunyai kuasa mutlak untuk membincang dan mengemukakan
resolusi berhubung dengan sebarang masalah
• Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan
undangundang.
• Anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan terlibat dalam pemilihan
presiden.

2. Dewan Senat
• Dewan Senat merupakan badan penting dalam parlimen.
• Dewan Senat mempunyai anggota seramai 300 orang.
• Seramai 75 anggota dewan ini dilantik oleh Perhimpunan Kebangsaan
• Anggota Dewan Senat akan memegang jawatan bagi tempoh sembilan
tahun.
• Seramai 100 anggota Dewan Senat akan ditukar tiga tahun sekali.
3. Dewan Perwakilan
• Dewan Perwakilan juga merupakan badan penting dalam Parlimen.
• Dewan Perwakilan terdiri daripada 584 perwakilan.
• Anggota Dewan Perwakilan akan berkhidmat untuk tempoh empat tahun.
• Pemilihan anggota Dewan Perwakilan dilakukan oleh orang dewasa sahaja.

21
4.Presiden
• Presiden akan dipilih oleh anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
• Presiden dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh 7 tahun.
• Presiden bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan
menandatangani perjanjian dengan negara-negara lain.
• Presiden juga mempunyai kuasa membubarkan Parlimen dan mengarahkan
pilihanraya diadakan semula.

5.Kabinet
• Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden.
• Perdana Menteri dipilih daripada kalangan anggota Dewan Perwakilan.
• Kabinet berfungsi merangka dasar pentadbiran negara dan membuat keputusan
dalam isu-isu penting.
• Kabinet mempunyai kuasa memeterai dan menolak sebarang perjanjian dengan
negara-negara lain.
• Kabinet juga melantik pegawai-pegawai kerajaan dan menguatkuasakan
undang-undang negara.
• Selain itu, kabinet juga mengawal dan mengawasi pasukan tentera laut, tentera
darat dan tentera udara.

Kesimpulan
1. Kesimpulannya, struktur organisasi pemerintahan kerajaan republik ketiga Perancis
merupakan satu struktur organisasi pentadbiran yang teratur dan sistematik.
2. Oleh itu, sistem pemerintahan republik yang diamalkan oleh kerajaan Perancis ini
telah menjadi ikutan negara-negara lain di dunia sehingga kini.

4. Terangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan China pada abad ke-16
hingga abad ke-20 Masihi.

Pendahuluan

 Golongan pembesar memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran monarki


di China.
 Pembesar merupakan tulang belakang kepada maharaja untuk mempertahankan
kedudukannya.
 Pembesar membantu maharaja dalam menjalankan pentadbiran di peringkat pusat
dan wilayah.
 Pembesar di China memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial.

22
Isi-isi Penting
1. Aspek Pentadbiran

 Pada abad ke-16 hingga 20, golongan pembesar di China memainkan peranan
penting dalam bidang pentadbiran.
 Pembesar membantu maharaja menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan
wilayah.
 Mencadangkan pelantikan dan pemecatan pegawai-pegawai kerajaan kepada
maharaja.
 Menguruskan kenaikan pangkat kakitangan awam.
 Memegang jawatan penting di peringkat pusat dan wilayah.

2. Aspek Perundangan

 Peranan pembesar dalam pemerintahan imperial di China juga boleh dilihat dalam
aspek perundangan.
 Pembesar-pembesar membantu maharaja menggubal undang-undang.
 Mereka memainkan peranan dalam menetapkan dasar negara.
 Pembesar turut menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja.

3. Aspek Kehakiman

 Selain itu, golongan pembesar juga berperanan dalam aspek kehakiman.


 Mereka diberi kuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah.
 Lembaga Keadilan ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal kehakiman.
 Pembesar-pembesar yang menganggotai lembaga ini mempunyai kuasa untuk
menjatuhkan hukuman, memberi pengampunan dan membicarakan kes-kes rayuan.

4. Aspek Ketenteraan

 Di samping itu, pembesar-pembesar China juga diamanahkan untuk menguruskan


aspek ketenteraan.
 Pembesar pusat dilantik sebagai anggota Lembaga Peperangan. Lembaga ini
menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai tentera.
 Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera. Mereka diberi
kuasa menubuhkan pasukan tentera di peringkat wilayah.
 Mereka turut berperanan memulihkan keamanan dan kestabilan politik di wilayah
masing-masing.

5. Bidang Ekonomi

 Selain itu, para pembesar di China juga berperanan dalam bidang ekonomi.
 Pembesar-pembesar menguasai segala sumber ekonomi termasuklah hasil bumi dan
kegiatan perdagangan.

23
 Mereka turut memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan
percukaian.
 Di peringkat pusat, 13 orang pesuruhjaya dilantik sebagai anggota Kementerian
Kewangan. Mereka diberi tanggung jawab mengawal kegiatan ekonomi dan
menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi.

6. Bidang Pendidikan

 Akhir sekali, para pembesar di China juga turut memainkan peranan dalam bidang
pendidikan.
 Pembesar-pembesar di China terdiri daripada golongan cerdik pandai.
 Mereka memainkan peranan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran.
 Membantu maharaja mengendalikan Peperiksaan Perkhidmatan Awam.
 Pembesar-pembesar pusat diberi tanggungjawab untuk menguruskan Akademi
Hanlin.

Kesimpulan
 Pembesar-pembesar memainkan peranan dalam membantu maharaja menjalankan
pentadbiran negara.
 Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem pemerintahan monarki
di China.
 Maharaja mengukuhkan kedudukan dengan mengawal pembesar-pembesar di
wilayah.
 Pada zaman Ching, wujud persaingan dalam kalangan pembesar untuk menguasai
kerajaan pusat.
 Persaingan ini menjejaskan kestabilan politik dan meletakkan asas bagi keruntuhan
kerajaan Manchu.

5. Huraikan Langkah-Langkah Yang Dilaksanakan Oleh Raja Louis Xiv Untuk Mengukuhkan
Sistem Pemerintahan Beraja Mutlak Di Perancis Dari Tahun 1643-1715.

Pendahuluan

• Raja Louis XIV dilantik menjadi pemerintah Perancis pada 1643.


• Beliau terkenal dengan gelaran “Grand Monarch”. Beliau memerintah selama 72
tahun dan menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak.
• Sewaktu memerintah beliau telah banyak membuat reformasi dalam dasar negara
sehingga Perancis muncul sebagai kuasa yang kuat pada masa itu. Beliau mendapat
sokongan padu daripada golongan Bangsawan, Huguenot dan instutusi kerajaan.
• Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan
pemerintahan beraja mutlak meliputi dasar ekonomi, ketenteraan, agama dan luar
negara.

24
Isi-isi Utama:

1. Langkah mengukuhkan dasar dalam negara


• Raja Louis XIV menyusun semula pentadbiran negara.
• Di peringkat pusat, diperkenalkan empat majlis utama iaitu Majlis Negara
menguruskan hal ehwal luar negara, Majlis Despatches menguruskan semua hal
ehwal tempatan kecuali kewangan, Majlis Kewangan menguruskan percukaian, tarif,
perbelanjaan dan pendapatan negara dan Majlis Privy menguruskan pentadbiran
keadilan.
• Beliau juga melantik menteri- menteri yang berkebolehan di peringkat pusat dan
provinci untuk membantu melaksanakan dasar-dasar diraja.
• Beliau melantik Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai Menteri
Peperangan dan Vauban sebagai Menteri Ketenteraan.

2. Langkah ketenteraan
• Raja Louis XIV menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang
ketenteraan dan meletakkan angkatan tentera di bawah kawalan baginda.
• Beliau melakukan reformasi dalam bidang kenteteraan ini dengan bantuan Menteri
Peperangan iaitu Louvois.
• Beliau melantik pegawai-pegawai berasaskan merit. Bagi menarik kesetiaan
golongan tentera, baginda bertindak merekrut anggota tentera dan menyediakan
kemudahan seperti perumahan dan bekalan makanan.
• Kesannya Perancis muncul pasukan tentera terkuat di Eropah pada masa itu dan
kedudukan raja semakin kukuh.

3. Langkah mengukuhkan dasar luar negara


• Raja Louis XIV telah melancarkan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan
kuasa Perancis sehingga ke sempadan Sungai Rhine.
• Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman,
negara Spanish, Netherlands dan United Province (Belanda).
• Usaha Raja Louis XIV ini telah meningkatkan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap
pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
4. Langkah dalam bidang ekonomi
• Raja Louis XIV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi mengukuhkan
negaranya.
• Antara pembaharuan yang dilakukan Colbert ialah memulakan industri baharu,
memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan,
mengawal upah dan mengawal harga pasaran.
• Colbert juga membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di
India, Senegar dan Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar.
• Raja Louis XIV juga mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri
tempatan seperti mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada kapal asing yang
menggunakan Pelabuhan Perancis dan memberikan bantuan kewangan kepada
industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan.

25
5. Langkah bidang keagamaan
• Raja Louis XIV memaksa golongan bukan Katolik (Huguenot) menerima agama
Katolik.
• Pada tahun 1685, baginda telah membatalkan Edict of Nante yang memberi
kebebasan beragama kepada golongan Huguenot. Kesannya seramai 200,000
Huguenot tinggalkan Perancis dan berpindah ke England, Holand dan Amerika.
• Langkah Raja Louis ini telah mendapat sokongan daripada rakyat dan seterusnya
mengukuhkan kedudukannya.

Kesimpulan
• Kesimpulannya, Raja Louis XIV berjaya mengukuhkan kedudukan beliau di Perancis
sebagai raja berkuasa mutlak selama 72 tahun dengan pelbagai langkah.
• Dengan pemerintahan beliau, wujud keamanan dan kemakmuran malah Perancis
terkenal sebagai pemimpin untuk beberapa seni seperti seni halus, drama, pakaian
dan bahasa di Eropah.
• Raja Louis XIV meletakkan asas yang kukuh dan mengubah corak pemerintahan yang
cekap sehingga Perancis terkenal.

6.Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Kemerdekaan


Amerika Syarikat pada tahun 1776 hingga 1783.

Pendahuluan
 Proses pembentukan Persekutuan Amerika Syarikat bermula apabila orang-orang
Eropah mula membuka petempatan di benua Amerika.
 Kuasa-kuasa Eropah seperti Sepanyol, Portugal, Belanda, Perancis dan Britain
berlumba-lumba mengasaskan koloni masing-masing di benua tersebut.
 British yang merupakan kumpulan terakhir datang ke Amerika Utara telah
menguasai lebih kurang 13 buah koloni seperti Virginia dan Georgia.
 Atas faktor-faktor tertentu, 13 koloni British di Amerika bangun menentang
kerajaan British untuk menuntut kemerdekaan.

Isi-isi Penting

1. Perbezaan Agama dan Budaya


 Perbezaan dalam fahaman agama dan budaya serta cara berfikir antara penduduk
di England dengan Amerika mendorong pembentukan Persekutuan Amerika
Syarikat.
 Sebahagian besar daripada penduduk di England bermazhab Anglican manakala
penduduk di koloni Amerika terdiri daripada golongan Puritan.
 Penduduk di England terdiri daripada golongan konservatif yang mendokong mazhab
Katolik manakala penduduk di Amerika terdedah kepada idea moden iaitu mazhab
Protestant.
 Perbezaan ini mendorong penduduk di koloni Amerika berjuang untuk menuntut
kebebasan daripada kerajaan England.

26
2. Kesan Perang Tujuh Tahun
 Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Perancis dengan England meletakkan asas
kepada pembentukan negara persekutuan di Amerika Syarikat.
 Pada tahun 1763, Perancis dikalahkan oleh England. Namun peperangan ini telah
menelan perbelanjaan yang besar yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan England.
 Kerajaan England memaksa koloni-koloni di Amerika menanggung sebahagian
daripada
perbelanjaan tersebut.
 Tindakan kerajaan England telah menimbulkan kemarahan penduduk-penduduk di
koloni-koloni Amerika.
 Perkembangan ini menyebabkan penduduk melancarkan peperangan untuk
membebaskan Amerika daripada kerajaan England.

3. Dasar Campur Tangan Kerajaan England


 Perubahan dasar kerajaan England daripada Dasar Tidak Campur Tangan kepada
Dasar Campur Tangan juga menjadi asas pembentukan Negara Persekutuan di
Amerika Syarikat.
 Sejak awal abad ke-17, raja-raja di England mengamalkan dasar tidak campur tangan
dalam hal ehwal koloni-koloni mereka di Amerika.
 Apabila Raja George III ditabalkan menjadi Raja England pada tahun 1760, baginda
mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal penduduk dan tidak
mengendahkan bantahan yang dikemukakan oleh penduduk koloni.
 Baginda mengambil langkah- langkah yang lebih tegas untuk mendapatkan wang
daripada mereka.
 Perkembangan ini menyebabkan penduduk bangkit untuk menamatkan
pemerintahan England di Amerika sekaligus meletakkan asas kepada pembentukan
sebuah persekutuan.

4. Pengenalan Akta-akta Baharu


 Pengenalan akta-akta baharu telah membawa kepada kebangkitan penduduk koloni
menentang kerajaan British.
 Raja George III bertindak menguatkuasakan empat akta baharu untuk memaksa
penduduk di koloni Amerika membayar cukai bagi menampung perbelanjaan
perang.
 Penduduk koloni membantah akta-akta baharu yang diluluskan oleh Parlimen
England. Contohnya Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem, dan Akta Teh. Tujuannya
adalah bagi membolehkan cukai dipungut daripada penduduk koloni Amerika.
 Penduduk koloni membantah pengenalan akta-akta tersebut kerana mereka
berpendapat parlimen England tidak berhak mengenakan cukai ke atas koloni
kerana tiada wakil mereka di parlimen England.
 Mereka melaungkan slogan “ Tiada Cukai Tanpa Perwakilan “.
 Kerajaan Britain bertindak menarik balik semua akta kecuali Akta Teh 1773.
 Namun, kemarahan penduduk koloni semakin memuncak sehingga mencetuskan
Perang Kemerdekaan Amerika pada bulan April 1776.

27
5. Monopoli Perdagangan Teh oleh SHTI
 Monopoli perdagangan teh oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah
menimbulkan rasa tidak puas hati koloni terhadap kerajaan England.
 Pada tahun 1773, Lord North, menteri kerajaan England telah meluluskan Akta Teh
yang membenarkan SHTI menjual teh kepada penduduk di koloni tanpa perlu
membayar cukai.
 Penduduk di koloni-koloni Amerika tidak dibenarkan mengimport atau membeli teh
daripada mana-mana syarikat sebaliknya dipaksa membeli teh daripada England
melalui SHTI.
 Perkembangan ini menimbulkan kemarahan penduduk. Beberapa oang penduduk
koloni menyamar sebagai orang Red Indian dan menaiki salah sebuah kapal dagang
milik SHTI di pelabuhan Boston.
 Mereka telah bertindak membuang kotak-kotak berisi teh ke dalam laut. Peristiwa
ini dikenali sebagai “Peristiwa Pembuangan Teh Boston”.
 Sebagai tindak balas, kerajaan England menutup pelabuhan Boston pada tahun
1774.
 Ekoran peristiwa ini, penduduk di 13 buah koloni bersatu menentang British untuk
menuntut kemerdekaan daripada kerajaan England.

Kesimpulan
 Kesimpulannya, kemuncak daripada penentangan koloni-koloni British di Amerika
terhadap kerajaan England telah membawa kepada Perang Kemerdekaan pada
tahun 1776.
 Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir dengan termeterainya
Perjanjian Versailles.
 Perjanjian ini menyebabkan England terpaksa menyerahkan kesemua 13 koloninya
dan mengakui Kemerdekaan Amerika.
 Selepas mencapai kemerdekaan, perlembagaan baharu digubal bagi negara
Persekutuan Amerika Syarikat.

7. Huraikan faktor-faktor Tercetus Perang Saudara Di Amerika Syarikat 1861-1865

Pendahuluan

 Perang saudara berlaku antara negeri-negeri utara dengan negeri-negeri selatan


Amerika Syarikat. Perang ini melibatkan 22 buah negeri utara Amerika Syarikat dengan
11 buah negeri di selatan Amerika Syarikat.
 Gabungan negeri-negeri utara dikenali sebagai Kesatuan Amerika Syarikat manakala
negeri-negeri selatan dinamakan Gabungan negeri-negeri Amerika. Perang saudara ini
berlanjutan selama empat tahun, iaitu dari tahun 1861-1865. Terdapat beberapa faktor
yang membawa kepada tercetusnya perang saudara di Amerika Syarikat.

28
Isi-Isi Penting:

1. Masalah Hamba Abdi

 Amalan penghambaan ini bermula sejak orang Inggeris Mengasaskan petempatan di


Amerika. Pembukaan ladang-ladang kapas dan tembakau memerlukan hamba abdi
untuk bekerja di ladang. Pada tahun 1859, John Brown memimpin pemberontakan
hamba di bahagian selatan Amerika.
 Parti republik turut berjuang untuk menghapuskan amalan penghambaan di Amerika
Syarikat. Abraham Lincoln mengetuai Parti Republik sebagai Presiden Amerika Syarikat
Ke-16 pada tahun 1861,tindakan itu mencetuskan Perang Saudagar.

2. Negeri-Negeri Selatan Menarik Diri Daripada Kesatuan Amerika Syarikat

 Tindakan Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan menyebabkan negeri-


negeri selatan menarik diri daripada kesatuan Amerika Syarikat.
 Tujuh buah negeri selatan membuat keutusan untuk berpisah daripada kesatuan
Amerika Syarikat pada tahun 1861. Caroline Selatan merupakan negeri paling awal yang
berpisah dengan kesatuan Amerika Syarikat kemudian negeri–negeri seperti Virginia,
Georgia, Caroline Utara, Florida, Albama, Missippi, Louisiana, Tennessee, Arkansas dan
Texas.
 Negeri-negeri tersebut menubuhkan kerajaan baharu yang dipanggil Gabungan Negeri-
Negeri Amerika pada 4 Februari 1861 dan telah melantik Jefferson Davis sebagai
Presiden Gabungan Negeri-Negeri Amerika.

3. Perbezaan Antara Negeri-Negeri Utara Dan Negeri-Negeri Selatan

 Perbezaan tersebut dapat dikesan dalam aspek Kekayan, Agama, Kehidupan dan
Bahasa.
 Di negeri-negeri selatan penduduknya melibatkan diri dalam aspek pertanian
manakala negeri utara pula penduduknya melibatkan diri dalam perusahaan.

4. Tidak Berpuas Hati Terhadap Undang-Undang Kerajaan Pusat

 Negeri selatan tidak berpuas hati dengan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan
pusat. Negeri-negeri selatan berpendapat bahawa undang-undang digubal untuk
melindungi kepentingan penduduk di negeri-negeri utara. Mereka membantah tindakan
tersebut boleh meningkatkan harga barang-barang import.
 Langkah ini turut menjejaskan kedudukan negeri-negeri selatan yang bergantung kepada
barang-barang import.

Penutup

 Perang ini menyelamatkan Amerika Syarikat daripada berpecah dua.


 Perang ini juga menyebakan negeri-negeri utara dan negeri-negeri selatan bersatu
semula

29
8. Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Otto von Bismarck bagi mengukuhkan
Jerman selepas penyatuan Jerman 1871.

PENDAHULUAN
 Selepas menewaskan Perancis, Bismarck telah bertindak menyatukan negeri-negeri
Jerman dan menubuhkan Empayar Jerman.
 Sebagai Canselor ( Perdana Menteri ) Jerman yang pertama, Bismarck telah
melancarkan rancangan penyatuan peringkat kedua Jerman bagi menyatukan rakyat
Jerman supaya menjadi sebuah negara yang bersatu padu.
 Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Otto von Bismarck bagi mengukuhkan Jerman
selepas penyatuan Jerman 1871.

ISI-ISI PENTING
1. MELAKSANAKAN PEMBAHARUAN POLITIK

 Bismark juga turut melaksanakan pembaharuan dalam bidang politik bagi


menyatukan masyarakat Jerman.
 Beliau bertindak menyeragamkan system pentadbiran di seluruh Jerman.
 Perlembagaan umum Jerman memberi kuasa kepada Canselor untuk melantik
menteri-menteri dan bertanggungjawab kepada Kaisar.
 Kaisar diperuntukkan kuasa dalam hal ketenteraan, hubungan luar dan meluluskan
undang-undang selain melantik wakil-wakilnya di Parlimen.
 Penubuhan Parlimen terdiri daripada Majlis Persekutuan yang dianggotai oleh wakil-
wakil yang dilantik dari setiap negeri di Jerman.

2. MELAKSANAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI

 Selain itu, Bismark juga telah melaksanakan program pembangunan ekonomi.


 Penyeragaman ekonomi dengan memperkenalkan sistem cukai, mata wang serta
sistem sukatan dan timbangan yang seragam di seluruh Jerman termasuk
perkhidmatan pos dan telegraf.
 Pembangunan sektor perindustrian dilaksanakan seperti penubuhan Kartel untuk
menyelaraskan pertumbuhan indsutri di Jerman dan membangunkan kapital
kewangan seperti penubuhan Bank Kebangsaan ‘Reich Bank’ pada tahun 1875.
 Daerah-daerah perusahaan baharu di Lembah Rhine, Ruhr, Saar dan Silesia
diwujudkan.
 Kekayaan sumber asli di Jerman seperti arang batu, besi, potassium dan lignit
digunakan secara cekap.

3. MELAKSANAKAN PEMBAHARUAN AGAMA


 Strategi seterusnya yang diambil oleh Bismark untuk menyatukan masyarakat
Jerman ialah melaksanakan pembaharuan dalam bidang agama.
 Beliau bertindak menyekat pengaruh institusi gereja.

30
 Hal ini ekoran daripada tindakan Gereja Roman Katolik yang menuntut semula kuasa
dan mengalakkan jajahan Jerman menuntut kebebasan daripada Kaiser Jerman telah
menimbulkan masalah dalam pentadbiran Bismarck.
 Bismarck berpendapat tindakan gereja dan Paus yang cuba mempengaruhi politik
Jerman akan menimbulkan masalah dalam usaha untuk menyatukan masyarakat
Jerman.
 Langkah menangani pengaruh gereja diambil apabila Bismarck melancarkan
Kulturkampf iaitu gerakan anti gereja pada tahun 1872.

4. MELAKSANAKAN PROGRAM PEMULIHAN SOSIAL

 Antara usaha yang dilakukan oleh Bismarck bagi mengukuhkan Jerman ialah
melaksanakan program pemulihan sosial masyarakat Jerman.
 Rancangan sosial ini bertujuan bagi merapatkan jurang antara golongan kaya dan
miskin.
 Misalnya, undang-undang membaiki taraf hidup golongan pekerja kilang digubal
bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dan menjaga kebajikan masyarakat Jerman
seperti Undang-undang Insurans Sakit bagi membolehkan pekerja memperoleh
perubatan percuma dan gaji ketika sakit.
 Undang-undang Insurans Hari Tua yang diluluskan pada tahun 1889 membolehkan
pekerja membuat tabungan kewangan persaraan.

KESIMPULAN

 Selepas berjaya menubuhkan Empayar Jerman pada tahun 1871, Otto von Bismarck
telah berusaha untuk menyatukan seluruh rakyat bagi mewujudkan negara Jerman
Bersatu.
 Beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan baik dalam bidang politik,
ekonomi mahupun sosial.
 Langkah-langkah pembaharuan yang diambil oleh Bismarck selepas penyatuan 1871
telah berjaya menjadikan Jerman sebagai sebuah negara bangsa yang unggul bukan
di kalangan negara-negara Eropah.

31
32
TEMA 3
Soalan 1: Bincangkan Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jerman pada abad 16 hingga ke
abad 18 Masihi.

Pendahuluan :
 Sistem feudalisme mula berkembang di Jerman selepas tamatnya Perang 30 tahun (1618-
1648) yang berpunca daripada pergeseran dan perbalahan di antara puak Katolik dan
Protestan.
 Era selepas perang ini mula menyaksikan kebangkitan Jerman sebagai kuasa politik dan
ekonomi yang kuat.
 Salah satu faktor yang berperanan dalam kebangkitan Jerman adalah perkembangan sistem
ekonomi feudalisme.
 Ekonomi feudalisme berkembang semasa pemerintahan Raja Ferderick William (16401682),
Frederick I (1688-1713) dan Frederick William I (1713-1740).
 Golongan bangsawan (Junkers) memainkan peranan dalam perkembangan sistem ekonomi
feudalisme di Jerman. Penguasaan tanah serta sumber kewangan menyebabkan golongan
ini mendominasi kegiatan ekonomi feudalisme.
 Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam bidang
pertanian, perdagangan, perindustrian, institusi kewangan dan pertukangan.

Isi-isi penting :

1)Kegiatan pertanian

 Jerman masih mengamalkan sistem tiga bidang pertanian. Tanah-tanah yang diusahakan
ditanam dengan tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat dan kekacang.
 Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala yang diperbuat daripada kayu, sabit untuk
menebas rumput dan binatang ternakan untuk menggembur tanah.
 Selepas tanaman dituai, binatang ternakan akan dibebaskan ke tanah-tanah ini dan tiada
tanaman lain yang ditanam.
 Petani-petani Jerman juga dibebankan dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan
pekerjaan lain seperti memburu, menangkap ikan, dan memmotong kayu. Mereka
hanya menurut perintah tuan-tuan tanah.

2)Kegiatan industri

 Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada abad ke-16, bukan sahaja untuk
pasaran dalaman, malahan untuk dieksport.
 Kain dan teknik pengeluaran sutera yang diimport dari dunia ke Eropah oleh pedagang
Arab pada abad ke-16 di Itali telah berkembang luas ke seluruh Eropah.
 Jerman juga mengusahakan perusahaan sutera dan tidak lagi bergantung kepada kain
import dari Asia dan Persia.
 Selepas perang 30 tahun, industri tekstil berkembang di desa, dimana masyarakat desa
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen.
 Manakala, masyarakat bandar menggunakan mesin untuk mewarnakan dan
memutihkan kain dan kemudian memasarkannya

33
3) Kegiatan Perdagangan
 Kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan bandar seperti Luberk, Hamburg dan
Bremen.
 Menjelang abad ke-18, Jerman menjadi pusat pemasaran ternakan dan bijirin.
 Jerman menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di Eropah seperti Sepanyol,
Portugal dan Belanda.
 Perkembangan perdagangan menyebabkan kesatuan dagang ditubuhkan bagi
menyelaraskan aktiviti perdagangan.
 Industri perkapalan turut berkembang pesat di Jerman menjelang abad ke-18 Masihi.
 Bank-bank memberi bantuan modal kepada pedagang-pedagang Jerman yang terlibat
dalam urusan perdagangan.

4) Kegiatan Pertukangan
• Perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman juga boleh dilihat dalam industri
kraftangan Industri kraf tangan berkembang di kawasan pedalaman Jerman di mana
terdapat lebih 200,000 pekerja domestik yang dimonopoli golongan wanita terlibat
dalam bidang penenunan kain.
• Pusat pengeluaran hasil kraf tangan terkenal terletak di Bohemia. Hasil kraf tangan
ini dieksport ke Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.
• Industri ini juga berkembang di Chemnitz berhampiran Saxony di mana satu pertiga
daripada penduduknya bekerja sebagai pemintal benang di rumah.
• Perkembangan dalam industri kraftangan dan penenunan ini telah menggalakkan
perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman pada abad ke 16 hingga 18 masihi.

Penutup :

• Menjelang abad ke-16 hingga 18 masihi, sistem ekonomi feudalisme mulai


berkembang di Jerman.
• Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh
peranan yang dimainkan oleh golongan petani.
• Hasil keluaran pertanian yang semakin meningkat setelah pembaharuan yang
dilaksanakan oleh kerajaan juga telah membawa kepada berkembangnya industri
dan perdagangan yang didominasi oleh golongan saudagar.
• Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman bangkit sebagai sebuah kuasa politik
yang unggul di Eropah pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.

Soalan 2: Huraikan Kegiatan sistem ekonomi feudalisme Perancis pada abad ke 16 hingga
abad ke 18 Masihi.

Pendahuluan :

 Menjelang abad ke-16 hingga abad ke-18, sistem feudalisme di Perancis dapat dikesan
dalam bidang politik dan ekonomi.
 Sistem ekonomi feudalisme ini sangat jelas peranannya semasa pemerintahan Raja Louis XIV
hingga Raja Louis XVI.

34
 Sepanjang abad tersebut, golongan bangsawan mempunyai kedudukan yang dominan dalam
sistem ekonomi di Perancis.
 Bidang pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat di Perancis pada abad ke-
16, di samping kegiatan perdagangan, perindustrian dan pertukangan.

Isi-isi penting :

1. Pertanian

 Petani masih lagi terikat dengan tuan-tuan tanah dan golongan bangsawan. Petani
masih lagi mengerjakan tanah-tanah pertanian dalam sistem manor.
 Dalam sistem ini, petani mempunyai kewajipan kepada tuan tanah, antaranya; tinggal di
tanah kepunyaan tuan tanah, mengusahakan tanah terutamanya pada musim menuai,
membekalkan kayu api ke rumah manor, membaiki jalan jka diminta oleh manor dan
membayar cukai hasil pertanian yang diusahakan kepada manor.
 Petani mengusahakan tanah pertanian menggunakan kaedah sistem tanah lapang atau
open field. Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bahagian untuk pusingan
dalam proses penanaman.
 Bahagian pertama akan ditanam dengan oat dan barli pada musim bunga.
 Selain itu, petani tidak lagi menjadi hamba atau serf, tetapi kini menjadi penyewa tanah
yang bebas atau mengambil upah sebagai buruh. Masyarakat petani kini digelar
metayers.

2. Perindustrian
• Industri tekstil dan sutera sangat terkenal di Perancis pada abad ke-16.
Perancis telah mengeluarkan kain sendiri di Tuscany, utara Perancis.
• Industri kain telah berkembang di desa dan mereka Berjaya Berjaya menghasilkan
kain berasaskan bulu dan linen. Masyarakat bandat pula telah menggunakan mesin
untuk mewarna danmemutihkan kain.
• Kewujudan kesatuan tukang di Perancis adalah untuk menyelaras pemasaran hasil
tekstil dan menjaga kualiti kain.

3. Perdagangan
• Perkembangan sektor perdagangan di Perancis didorong dengan pencapaian
perdagangan Sepanyol dan Portugal di seberang laut. Perancis telah membuka pusat
perdagangan di India dan Amerika Utara
• Selain itu, pusat perdagangan yang wujud di Perancis ialah Lyon, Champange dan
Beaucaire.
• Perkembangan perdagangan di Perancis juga turut dibantu oleh pemerintah. Raja
Henry IV telah menubuhkan angkatan laut bagi melindungi pedagangpedagang
Perancis di lautan.
• Raja Louis XIV telah memberikan bantuan kewangan dalam industry perkapalan yang
sangat membantu perkembangan sektor ini. Baginda juga telah mengenakan cukai
yang tinggi kepada barang import dan kapal-kapal asing yang berlabuh di Perancis.
• Dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Colbert juga telah memainkan peranan
penting dalam sektor perdagangan Perancis. Beliau telah menyediakan kemudahan

35
seperti membina gudang di Toulan, tempat membina kapal di Rochefort dan Calaeis
serta menubuhkan perhentian dagang di India, Senegal dan Madagascar.
• Segala pembaharuan yang dibuat dan peranan pemerintah sangat memberi kesan
terhadap perkembangan ekonomi feudalisme Perancis terutamanya sektor
perdagangan.
.
4. Pertukangan
 Pertukangan juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang dilaksanakan dalam
sistem ekonomi feudalisme. Pertukangan kraf tangan mengalami perkembangan
yang baik semasa pemerintahan Raja Louis XIV.
 Industri berkaitan penghasilan gelas, sutera dan pakaian bersulam turut berkembang
 Tukang-tukang mahir menubuhkan kesatuan tukang bagi mengawal kualiti barang
yang dihasilkan.

Penutup :

 Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis dapat dilihat dengan kemajuan dan


pembaharuan yang berlaku dalam sektor pertanian, perdagangan, perindustrian dan
pertukangan.
 Perkembangan ini juga memberikan kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat
Perancis. Muncul golongan kaya yang menyaingi kedudukan golongan aristokrat.

3. Huraikan Faktor-Faktor Perkembangan Sistem Ekonomi Kapitalisme Di Amerika Syarikat


Pada Abad Ke-18 hingga 19.

Pendahuluan

 Menjelang pertengahan abad ke -19, sistem ekonomi kapatalisme berkembang pesat


di Amerika Syarikat.
 Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat dalam
sektor perindustrian.
 Terdapat beberapa faktor yang mendorong pertumbuhan sistem ekonomi
kapatalisme dan pertumbuhan sektor perindustrian di Amerika Syarikat.

Isi-Isi Penting :

1.Kekayaan sumber asli

 pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di Amerika


Syarikat. Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat
dalam Sektor perindustrian.
 Amerika Syarikat ialah negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan
seperti arang batu, besi, keluli, dan minyak.
 Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu dunia.
Sebahagian besar daripada pengeluaran arang batu di Amerika Syarikat disumbangkan
Pennslyvania.

36
2. Bekalan tenaga Buruh

 Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai.


 Tenaga buruh yang ramai meransang pertumbuhan sektor perindustrian yang
memerlukan pekerja yang ramai.
 Bekalan tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk hasil keluaran
negara.
 Kekayaan sumber asli merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan
kapitalisme di Amerika Syarikat.

3. Imigrasi buruh dalam negara dan kehadiran buruh asing


 Kehadiran buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan
bekalan tenaga buruh yang mencukupi. Undang-undang Buruh Kontrak 1864
menggalakkan kedatangan buruh Amerika Syarikat.
 Undang-undang ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China yang terlibat
dalam pembinaan landasan kereta api.
 Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dari luar bandar ke
kawasan bandar.
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar
pelabuhan seperti New York , Chicago , dan Boston.

4. Kemajuan teknologi

 Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baharu muncul di


AmerikaSyarikat.
 Perkembangan ini telah menyebabkan muncul pencipta-pencipta terkenal di Amerika
Syarikat.
 Antara pencipta dan hasil ciptaan ialah Samuel F. B . Morse yang mencipta Telegraf ,
Graham Bell yang mencipta Telefon, Thomas Alva Edison yang mencipta Elektrik, Henry
Ford yang mencipta Kereta, Wilbur dan Orville Wright yang mencipta Kapal Terbang.
 Sehingga akhir abad ke-19, syarikat-syarikat di Amerika syarikat telah mengeluarkan 40
000 buah kereta. Selain itu muncul kaedah baharu untuk menghasilkan besi dan keluli
secara besar-besaran.

5. Teknik Pemasaran baharu

 Selepas itu, muncul teknik pemasaran baharu, iaitu barangan dihantar melalui pos.
Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah Roebuck and Company
dan Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872.
 Dimajukan kerana kemajuan Sistem pos dan landasan kereta api. Barangan dapat
dihantar dengan cepat dan diterima oleh penduduk di bandar dan luar bandar.
 Setelah itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan pelbagai jenis
barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung,

37
 Antara gedung yang terkenal ialah Macy (New York), Filene (boston), Marshall Field
(Chicago), dan Wannamaker (Philadelphia). Pada masa yang sama, sistem pengiklanan
juga wujud.
 Mengadakan Ekspo Perdagangan untuk memasarkan barangan yang di hasilkan oleh
kilang,sebagai contoh Ekspo Antarabangsa Columbia yang diadakan di Chicago pada
tahun 1893 menarik 27 juta pengunjung.

Penutup

 Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat


perang amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi
kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar.
 Perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara
tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam
negara meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi kapitalisme.

4. Kekurangan sumber alam telah mendorong perkembangan perdagangan di Belanda


pada abad ke-16 hingga 18 Masihi. Jelaskan.

PENGENALAN
 Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Belanda pada abad ke-
16 hingga 18 Masihi.
 Kegiatan perdagangan di Belanda terdiri daripada perdagangan dalam negara,
perdagangan luar negara, dan perdagangan maritim.
 Kegiatan perdagangan dalam negara melibatkan wilayah, provinsi, dan bandar-
bandar di Belanda.
 Pada masa yang sama, Belanda turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan
negara-negara lain di benua Eropah seperti England, Jerman, Perancis, Sepanyol,
Norway, Rusia dan ltali.
 Kekurangan sumber alam merupakan faktor yang mendorong perkembangan
perdagangan di Belanda pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.
 Namun, terdapat faktor lain yang turut membawa kepada perkembangan tersebut.

ISI-ISI PENTING

1. Kekurangan Sumber Alam


 Kekurangan sumber alam merupakan faktor penting yang mendorong kepada
perkembangan perdagangan di Belanda pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.
 Kekurangan sumber alam menyebabkan Belanda tidak dapat mengeluarkan
barang keperluan yang mencukupi kecuali produk hasil tenusu.
 Jadi, Belanda terpaksa mengimport barang keperluan penduduknya dari negara
lain. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan dalam aktiviti
perdagangan dan perniagaan Belanda.

38
 Kekurangan sumber alam juga menyebabkan kemunculan industri-industri
pembuatan yang menghasilkan produk daripada bahan mentah yang diimport.
 Misalnya bahan mentah bagi industri kain di Belanda diimport dari England. Kain
biasanya diproses dan dicelup dengan pewarna di kilang-kilang tekstil di Belanda.
 Selain industri tekstil, Belanda juga turut memberi tumpuan terhadap
penghasilan kertas.
 Barangan keluaran kilang di Belanda kemudiannya dieksport semula ke negara
lain.
 Tuntasnya, kekurangan sumber alam ini secara tidak langsung telah merangsang
perkembangan perdagangan di Belanda.

2. Kedudukan yang Strategik


 Selain itu, kedudukan yang strategik juga membawa kepada perkembangan
perdagangan di Belanda.
 Kegiatan perdagangan berkembang kerana dari segi geografi, kedudukan
Belanda berada di tengah-tengah laluan perdagangan maritim yang
menghubungkan bahagian timur laut dan barat daya Eropah.
 Belanda turut menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan di
Eropah.
 Belanda juga memiliki industri pembinaan kapal sejak abad ke-15 lagi. Hal ini
turut merangsang perkembangan perdagangan di negara tersebut.

3. Kemudahan Sistem Perbankan


 Di samping itu, kemudahan sistem perbankan juga merupakan salah satu faktor
yang menyebabkan berlakunya perkembangan dalam bidang perdagangan dan
perniagaan di Belanda.
 Menjelang awal abad ke-17, muncul institusi-institusi perbankan di Belanda.
Institusi ini menyediakan kemudahan pinjaman modal kepada peniaga yang
terlibat dalam kegiatan perdagangan.
 Pada tahun 1609, Wisselbank yang merupakan institusi pertukaran mata wang
ditubuhkan di Amsterdam. Bank ini mengarnbil alih tugas dan peranan yang
dimainkan oleh pengurup wang.
 Penubuhan bank ini juga mengelakkan berlaku kekeliruan yang timbul ekoran
penggunaan mata wang yang berbeza.
 Di samping itu, bank ini juga berperanan menyelaraskan peminjaman wang dan
memperkenalkan sistem pembayaran menerusi cek.

4. Kemunculan Syarikat Dagang


 Kemunculan syarikat dagang juga merupakan faktor yang merangsang
perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda.
 Perkembangan perdagangan maritim menyebabkan munculnya syarikat-
syarikat dagang. Misalnya pada tahun 1594, pedagang-pedagang dari
Amsterdam telah menubuhkan Society of Distant Land. Persatuan ini
menyediakan dana bagi membiayai kos pembinaan kapal-kapal dagang.

39
 Selepas penubuhan persatuan itu, beberapa persatuan lagi ditubuhkan bagi
membiayai kegiatan penjelajahan dan penerokaan ke Timur.
 Contohnya, pada 20 Mac 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan
dan diberi hak monopoli untuk menjalankan aktiviti perdagangan di Asia.

5. Penggunaan Mata Wang


 Seterusnya, penggunaan mata wang juga merupakan salah satu faktor yang
membawa kepada perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda.
 Sehingga akhir abad ke-17, tidak terdapat keseragaman dalam penggunaan
mata wang di Belanda. Setiap daerah dan provinsi di Belanda memiliki mata
wang masing-masing.
 Namun demikian, wilayah-wilayah seperti Hoorn, Medemblik, dan Enkhuizen
mempunyai mata wang yang standard. Pengeluaran mata wang di wilayah-
wilayah tersebut berada di bawah penguasaan pemerintah.
 Mata wang kebangsaan yang mempunyai nilai yang berbeza disebarkan
untuk kegunaan orang awam.

KESIMPULAN
 Kesimpulannya, kekurangan sumber alam telah menjadi antara faktor
terpenting yang merangsang pertumbuhan perdagangan di Belanda pada
abad ke-16 hingga 18 Masihi.
 Namun, faktor-faktor lain seperti kedudukan yang strategik dan kemunculan
institusi-institusi kewangan turut menjadi pemangkin perkembangan
kegiatan perdagangan di negara tersebut.
 Perkembangan ini menyebabkan Belanda muncul sebagai pusat perdagangan
penting di Eropah pada abad ke-16 hingga 18 M.
 Sebagai contoh, Amsterdam telah muncul sebagai pelabuhan utama Belanda
dan menjadi tumpuan pedagang dari Eropah dan juga Timur.

5. Huraikan faktor-faktor perkembangan pertanian di Belanda pada abad ke 17 hingga


abad ke 18.

Pendahuluan
 Sektor pertanian telah mengalami perkembangan yang pesat di Belanda pada abad ke
17 dan 18.
 Aktiviti pertanian dijalankan secara intensif terutama di kawasan pedalaman di Belanda.
 Catatan para pengembara di England, Jerman dan Perancis menunjukkan Belanda
mengalami perkembangan pesat dalam sektor pertanian.
 Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perkembangan pertanian di Belanda
pada abad ke -17 dan abad ke 18 Masihi.

40
 Isi-isi penting

1.Menebus Guna Tanah

 Perkembangan pesat dalam sektor pertanian disebabkan oleh aktiviti menebus


guna tanah. Melalui aktiviti ini sebahagian besar tanah yang berada di bawah paras
laut di tebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.
 Menjelang pertengahan kurun ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di
tebus guna untuk tujuan pertanian. Menerusi kegiatan tebus guna kawasan tanah,
seluas 1772 ekar telah ditebus untuk menjalankan aktiviti antara tahun 1765 hingga
1789.
 Aktiviti menebus guna tanah menyebabkan keluasan kawasan tanah pertanian
meningkat di Belanda.

2.Pengenalan Tanaman Bergilir


 Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan pengenalan sistem tanaman bergilir.
Sistem penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di wilayah weas pada tahun
1644.
 Dalam sistem penggiliran tanaman yang diamalkan di Negara Belanda,sistem tanah
rang di mansuhkan.
 Melalui sistem ini, Kesuburan tanah pertanian dipelihara dan hasil pertanian turut
meningkat.
3. Kesuburan Tanah
 Salah satu faktor yang mendorong perkembangan aktiviti pertanian di Belanda
ialah Kesuburan tanah.
 Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada tanah di Negara Belanda
amat subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan tanah
menyebabkan petani-petani
 Belanda memperoleh hasil pertanian yang banyak. Petani-petani di Belanda
mempunyai pengetahuan dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka menjalanjan
pelbagai langkah untuk memelihara kesuburan tanah.
 Antaranya ialah : Melakukan pemugaran tanah, Penggunaan baja asli seperti najis
ternakan , Akhir sekali membuang rumput dan Tanaman Perosak

4.Sistem Penanaman Deretan


 Penanaman dalam Deretan telah dipraktikkan di Belanda sejak abad ke-14 lagi.
 Sistem ini digunakan dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol
dan tembakau.
 Penanaman dalam deretan menyebabkan berlaku peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian.

 Penutup
 Faktor-faktor yang mendorong perkembangan Revolusi Pertanian di England ialah
dengar menggunakan Menebus Tanah, Pengenalan Tanaman Bergilir, Kesuburan
Tanah, Sistem Penanaman Deretan.

41
 Perkembanagn Revolusi pertanian di Belanda telah mangakibatkan perubahan-
perubahan kemajuan dalam teknologi Peralatan pertanian di Belanda.

Soalan 6: Bincangkan Faktor-Faktor Perkembangan Aktiviti Perdagangan Portugal Pada


Abad Ke 16 Hingga Abad Ke-18 M.

Pendahuluan

1. Sejarah Portugal sebagai sebuah negara Eropah telah bermula sejak awal zaman
pertengahan.
2. Pada abad ke-15 dan 16, Portugal telah mencapai status kuasa maritim dunia semasa
Zaman Penerokaan di Eropah kerana Portugal berjaya membina sebuah empayar besar
di Amerika Selatan, Afrika, Asia, dan Australia.
3. Terdapat beberapa faktor yang membantu perkembangan perdagangan maritim
Portugal pada abad ke-16 hingga 18M.
Isi- isi utama

1. Galakan Putera Henry


• Hal ini kerana Putera Henry telah menghantar kapten-kapten untuk
melaksanakan misi perdagangan hamba yang mendatangkan keuntungan.
• Hasilnya, menjelang tahun1460, Portugis berjaya menguasai rangkaian
pelabuhan dari Madeira dan Cape Verda di pantai barat Afrika.Putera Henry
juga telah mendorong perkembangan pelayaran dengan membuka kawasan
baru dan membina empayar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia.
• Tegasnya, tindakan Putera Henry telah membawa kepada perkembangan
perdagangan Portugal.

2. Politik yang Stabil


• Situasi politik dan kuasa raja Portugal turut membantu kepada perkembangan
perdagangan maritime Portugal.
• Galakan daripada raja-raja Portugal terutamanya semasa pemerintahan
Dinasti Avis (1383-1577) telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang
berkaliber yang memberikan dorongan kuat kepada rakyat untuk menceburi
bidang perdagangan dan perkapalan.
• Tegasnya, situasi politik yang stabil dengan adanya pemimpin yang unggul
telah memberi kesan kepada perkembangan perdagangan Portugal.

3. Perang Salib
• Perang Salib antara Islam dan Kristian menjadikan Portugal berusaha untuk
mendapatkan bahan mentahnya sendiri. Selepas Perang Salib, Paus merestui
usaha membanteras kekuasaan semenanjung Iberia yang sekaligus melahirkan
masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka.
• Penaklukan wilayah Islam telah menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai
kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka untuk menjelajah negara
luar sekaligus membawa kesan kepada Portugal muncul sebagai kuasa besar
dalam perdagangan.

42
4. Kemajuan dalam Penemuan Baharu
• Penemuan seperti carta pelayaran (peta), kompas, rekabentuk kapal, dan
sebagainya.
• Contohnya, dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran
dalam membina kapal jenis caravel seberat 2000 tan yang kuat dan mampu
mengharungi lautan luas.
• Tegasnya, penciptaan baru juga telah memberi kesan kepada perkembangan
perdagangan Portugal.
Kesimpulan

1. Kesimpulannya, aktiviti penjelajahan dan pelayaran serta keupayaan untuk menguasai


laluan laut telah memberi impak yang besar kepada Portugal untuk berkembang sebagai
kuasa perdagangan terunggul di Eropah pada abad ke-16 hingga 18M.

7. Huraikan faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jepun pada abad ke 19 hingga


abad ke 20.

Pendahuluan

 Perkembangan pesat dalam bidng perindustrian di Jepun di sebabkan oleh dasar


yang diamalkan oleh kerajaan Meiji.
 Pemimpin-pemimpin Meiji meletakkan asas bagi perkembangan dalam sektor
perindustrian.
 Perkembangan dalam sektor perindustrian disebabkan oleh pembaharuan yang
dilakukan oleh Meiji dalam bidang ekonomi. Pertumbuhan pesat dalam bidang
perindustrian menyebabkan Jepun muncul sebagai negara industri dalam tempoh
masa yang singkat.
 Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perkembangan perindustrian di
Jepun pada abad ke 19 hingga abad ke 20.

Isi-isi penting:

1.Dasar kerajaan Meiji

 kerajaan memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha persendirian. kerajaan turut


memberikan bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri.
 Kerajaan turut menyediakan bantuan latihan perindustrian dan khidmat nasihat
kepada pengusaha industri. Bengkel-bengkel mengenai teknik perniagaan turut
diadakan.
 Kerajaan mendapatkan khidmat pakar-pakar luar negara untuk memodenkan
perindustrian. Menjelang tahun 1879, kerajaan mengambil 130 orang pegawai asing
untuk memajukan sektor perindustrian.

43
2. Kemajuan dalam pengangkutan

 Pemimpin-pemimpin Meiji telah mengambil langkah untuk memajukan sektor


pengangkutan di Jepun. Menjelang tahun 1872, landasan kereta api sepanjang 26 batu
didiriakan di Jepun.
 Pada tahun 1872, Tokyo dan yokohama dihubungkan oleh landasan kereta api. Dalam
pada itu, landasan kereta api yang menghubungkan Kobe dan Osaka dibina pada tahun
1874.
 Pada tahun 1877, landasan kereta api diperluaskan hingga ke Kyoto. Pada tahun 1878,
kerja-kerja pembinaan landasan kereta api telah dimulakan untuk menghubungkan
Kyoto dengan Otsu, Tsuraga dan Nagahama.
 Landasan kereta api Kyoto-Otsu dibina oleh jurutera Jepun dan telah siap pada tahun
1880. Pada tahun 1880, landasan kereta api Tokyo-Yokohama telah telah mengangkut
dua hingga tiga juta orang penumpang. Kemajuan dalam bidang pengangkutan
meransang perkembangan sektor perindustrian di Jepun.

3. Kemajuan dalan telegraf

 Perkembangan pesat dalam sektor perindustrian di Jepun di dorong oleh kemajuan


dalam bidang perhubungan. Kerajaan Jepun mengambil langkah untuk membangunkan
sistem perhubungan seperti perkhidmatan telegraf.
 Talian telegraf dibina untuk memudahkan perhubungan dan komunikasi. Stesen-stesen
telegraf dan talian telegraf dibina di seluruh negara Jepun.
 Menjelang tahun 1893, terdapat kawat telegraf sepanjang 4000 batu di seluruh Jepun.
Jumlah kawat yang diterima dan dihantar telah bertambah daripasa 19 448 pada tahun
1871 kepada 1.2 juta pada tahun 1884.
 Kemajuan sistem telegraf telah membantu pembangunan sektor perindustrian dan
proses modenisasi di Jepun.

4. Perkembangan sektor pertanian

 Perkembangan pesat dalam sektor pertanian membolehkan kerajaan Meiji


membangukan bidang perindustrian. Pemimpin-pemimpin Meiji mengambil langkah
untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
 Antara langah yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan sektor pertanian adalah;
Pelajar-pelajar daripada jurusan pertanian dihantar keluar Negara; Pakar-pakar
pertanian asing diimport benih-benih baharu; Baja kimia digunakan secara ekstensif;
Sistem pengairan diperbaiki; Sekolah, maktab, dan stesen pertanian dibina di bandar-
bandar utama; dan Kerajaan menggalakkan penanaman tanaman dagangan komersial
seperti the dan sutera.
 Langkah-langkah tersebut menyebabkan hasil pengeluaran sektor pertanian meningkat
antara 35 pratus hingga 40 pratus antara tahun 1894 hingga tahun 1914.

Penutup
 Dengan wujudnya faktor-faktor ini, perindustrian di Negara Jepun semakin
berkembang.
 Negara Jepun juga semakin maju dimata dunia.
44
8. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan zaman pencerahan pada
abad ke-18 Masihi.

Pengenalan
 Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai Enlightenment atau Zaman
Pencerahan.
 Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-
pemikir dalam bidang politik, ekonomi dan social, contohnya John Locke, Voltaire,
Montesquieu dan Adam Smith.
 Terdapat beberapa faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan zaman pencerahan
pada abad ke-18 Masihi.

ISI –ISI PENTING

1. Revolusi Sains
 Revolusi sains menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal yang membawa
kepakemunculan idea-idea baharu serta penyelidikan bercorak saintifik.
 Kemajuan dalam bidang sains menyebabkab perubahan daripada kepercayaan karut dan
mitos kepada kuasa akal dan sains.
 Revolusi sains telah melahirkan ramai tokoh saintis yang terkenal seperti francis Bacon,
Spinoza, John Locke dan Isaac Newton.
 Idea2 mereka tersebar luas dan menjadi ciri-ciri dominan tamadun Eropah mulai abad ke-
17.

2. Pengaruh Renaisans
 Gerakan Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam
kalangan masyarakat.
 Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu pengetahuan, sains, seni lukis, seni bina
dan sebagainya.
 Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang bersedia untuk menghadapi perubahan
yang lebih besar.

3. Pengaruh reformasi
 Gerakan reformasi turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di
Eropah.
 Gerakan ini menyebabkan wujud institusi yang mempunyai kuasa autonomi dan bebas
daripada pengaruh gereja.
 Hal ini membolehkan idea baru seperti rasionalisme berkembang sekaligus meletakkan asas
bagi kelahiran revolusi di Eropah.

4. Pengaruh ahli falsafah.


 Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual
di Eropah.
 Golongan ini terdedah kapada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin tahu yang
kuat. Mereka member penekanan kepada pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik.
 Perkembangan ini menyebabkan lahir pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang ilmu.

45
Kesimpulan
 Perkembangan ini menjadikan Eropah sebagai sebuah tempat yang penuh dengan idea-idea
baharu sekaligus menjadi asas bagi perkembangan
 Gerakan Intelektual di Eropah pada abad ke-18. Kelahiran tokoh juga telah menyumbang
kepada perkembangan pelbagai bidang ilmu di Eropah.

9.Sejauhmanakah Zaman Pencerahan ( Enlightenment ) yang muncul pada abad ke-18


Masihi telah membawa perubahan landskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah.

PENDAHULUAN
 Zaman Pencerahan atau enlightenment merupakan satu zaman yang berlaku di Eropah
selepas gerakan Renaisans dan Reformation, iaitu sekitar kurun ke-17 hingga ke-18.
 Zaman ini mendokong gerakan pemikiran dan kepercayaan yang berkaitan dengan konsep-
konsep ketuhanan, alam, manusia dan sebab musabab.
 Zaman ini melahirkan masyarakat yang bersifat terbuka berdasarkan konsep
toleransi, kebebasan dan tidak dikongkong oleh gereja.
 Zaman Pencerahan telah meninggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap lanskap politik,
ekonomi, dan sosial masyarakat Eropah.

ISI-ISI PENTING

(POLITIK)

1. Muncul raja-raja enlightened despot


 Dari segi politik, raja-raja yang dikenali sebagai 'enlightened despot' ingin
memerintah dengan penuh kesedaran.
 Antara raja tersebut ialah Frederick the Great dari Prusia (1740-1786), Joseph II dari
Austria (1780-1790), Peter the Great, dan Catherine the Great dari Rusia.
 Raja-raja tersebut percaya bahawa perangai manusia juga mengikut undang-undang
yang boleh ditemui melalui alasan dan pemerhatian, dan boleh diaplikasikan dalam
moral, kerajaan, ekonomi, dan order sosial.
 Pemerintah pada Zaman Pencerahan percaya bahawa undang -undang ini telah
ditemui dan menjadi kewajipan mereka untuk mempraktikkannya dengan tegas.

2. Pembaharuan dalam Bidang Pentadbiran

 Raja-raja pada Zaman Pencerahan telah melaksanakan pelbagai pembaharuan


dalam pentadbiran bagi mengukuhkan kedudukan mereka.
 Contohnya, Frederick the Great telah mengambil langkah mewujudkan toleransi
agama, memajukan pendidikan awam, mewujudkan perkhidmatan awam yang
efisien, menyatukan undang-undang supaya lebih seragam dan memajukan
pentadbiran keadilan.
 Joseph II pula telah berusaha untuk membebaskan serf dalam masyarakatnya yang
terikat di bawah sistem feudalisme.
46
 Sesetengah pemerintah cuba menghapuskan sempadan provinsi lama dengan
mewujudkan provinsi dan daerah baharu berasaskan prinsip yang rasional.
 Raja-raja juga berusaha keras untuk menggantikan pegawai-pegawai tradisi di
peringkat pusat, provinsi dan tempatan dengan birokrat yang terlatih.

(EKONOMI)

3. Pembaharuan dalam Bidang Perindustrian

 Pemerintah Zaman Pencerahan turut melaksanakan pembaharuan dalam bidang


perindustrian.
 Mereka bertindak menghapuskan semua sekatan ke atas perjalanan ekonomi
negara samada dalam bentuk serfdom, persatuan monopoli, keistimewaan provinsi,
imuniti bandar atau peraturan merkantil negara.
 Pada waktu yang sama, mereka menggalakkan penubuhan syarikat melalui
pemberian pinjaman modal, mewujudkan pasaran, memudahkan pengumpulan
bahan mentah, mengadakan sistem timbang, dan mata wang yang seragam.
 Kilang-kilang diraja untuk porselin, gelas atau pakaian turut didirikan.

4. Melaksanakan Sistem Perdagangan Bebas


 Raja-raja zaman ini juga telah melaksanakan sistem ekonomi perdagangan bebas
( laissez faire )seperti yang disarankan oleh Adam Smith dalam karya beliau “The
Wealth of Nations”.
 Kerajaan telah bertindak mengurangkan sekatan kastam dalam negeri di sekitar
bandar atau di antara bandar.
 Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sungai, terusan, pelabuhan, dan kapal-
kapal dagang dibina.
 Perjanjian-perjanjian perdagangan diadakan untuk meningkatkan hubungan
perdagangan dengan negara-negara lain.

(SOSIAL)

5. Memajukan Idea-idea Progresif

 Pemerintah-pemerintah pada zaman ini memajukan falsafah idea progresif.


 Menurut R.R.Palmer dan Joel Colton, dalam 'A History of the Modern World', idea
progresif ialah idea yang paling dominan dalam tamadun Eropah dari abad ke-17
hingga abad ke-20.
 Idea progresif merujuk kepada kepercayaan bahawa keadaan hidup manusia akan
menjadi lebih baik berbanding dari zaman nenek moyang mereka. Idea ini
menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
 Kehidupan sosial masyarakat zaman ini mula melalui penelitian yang sama di bawah
pemerintahan raja-raja.
6. Mengurangkan Kuasa Gereja

47
 Raja-raja pada zaman ini juga mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan
kuasa gereja. Kuasa Pope dikurangkan dan mereka kini memerlukan kebenaran
diraja sebelum melakukan pelantikan.
 Dalam pada itu, agen-agen dari Rom turut hilang kuasa mereka untuk melawat
monastri ( gereja ). Dalam pada itu, latihan dan tugas yang dijalankan oleh paderi
diambil alih oleh kerajaan.
 Golongan paderi dijadikan sebagai agen dalam bidang pendidikan, kesihatan, dan
kebajikan. Institusi gereja telah dimansuhkan dan harta milik institusi ini dirampas.
 Kuasa menapis surat khabar diambil daripada gereja dan ditadbir oleh kerajaan..
Toleransi diperluas kepada semua golongan termasuk Protestan, Ortodoks Kristian,
dan Yahudi.

KESIMPULAN

 Zaman Pencerahan yang berlaku di Eropah telah menyaksikan pelbagai perubahan


baik dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial.
 Zaman ini telah melahirkan ramai tokoh pemikir yang berjaya mencorakkan
pemikiran moden dan progresif di kalangan bangsa Eropah pada abad ke-19 dan 20
Masihi.
 Perkembangan ini telah meningkatkan peradaban bangsa Eropah khususnya dan
peradaban dunia sejagat amnya.

10: Nilaikan Sumbangan Adam Smith Kepada Perkembangan Ekonomi Di Eropah Pada
Abad Ke-18 Dan Ke-19 Masihi

Pendahuluan
1. Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Adam
terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth of Nations dan dianggap sebagai Bapa
Ekonomi Moden.
2. Pada tahun 1751, Adam Smith dianugerahkan gelaran professor oleh Universiti Glasgow.
Pada tahun 1762, pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau gelaran
Doktor Undang-undang. Pada tahun 1787 hingga 1789, beliau memegang jawatan
sebagai Rektor Universiti Glasgow.
3. Adam Smith merupakan pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Beliau
memperkenalkan teori seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan
berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara

Isi- isi utama

1. Pelopor Kepada Ekonomi Moden


• Adam Smith merupakan pelopor kepada pemikiran ekonomi moden. Melalui
buku The Wealth of Nations, Adam Smith memperkenalkan teori bahawa
individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa
bimbingan dan arahan daripada kerajaan.

48
• Tambahan lagi, sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas.
Beliau juga menyatakan bahawa pasaran di bawah satu syarat akan mengatur
sistemnya sendiri dan akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada
pasaran terkawal.
• Oleh itu, kerajaan dibenarkan memegang tanggungjawab yang tidak dapat
dilakukan oleh badan yang hanya bergantung kepada keuntungan sahaja
• Maka, pengeluar akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh
masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat.

2. Teori Percukaian
• Beliau menerangkan bahawa kerajaan hanya patut mengenakan cukai dengan
cara tidak mengugat kesejahteraan ekonomi setiap rakyat sesebuah negara.
Rakyat patut menyokong negara mengikut kebolehan sendiri.
• Malahan menurut Adam Smith, kekayaan negara dinilai dari segi simpanan
emas dan perak yang ada. Beliau menyatakan kerajaan yang mengimport
barangan dari luar negara akan dianggap merosakkan kerana kekayaan mesti
dilepaskan untuk membayar untuk barangan tersebut. Oleh itu, mengeksport
barangan dianggap baik kerana kekayaan akan kembali kepada negara.
• Oleh sebab itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan
perak serta mengenakan cukai atas barangan import, memberikan subsidi
kepada pengeksport dan melindungi pekerja domestik.
• Pekerja-pekerja mahir pula tidak dibenarkan bergerak bebas ke bandarbandar
lain untuk memasarkan barangan.

3. Memperkenalkan Teori Ekonomi Yang Sistematik


• Beliau menentang teori ekonomi lama yang mana negara perlu memiliki
jongkong emas yang banyak dan menolak pandangan bahawa tanah
merupakan sumber utama.
• Beliau turut menekankan kepada tenaga buruh bahawa peningkatan
pengeluaran dapat dicapai melalui pembahagian kerja
• Beliau turut menentang campur tangan pemerintah yang menghalang
perkembangan dan perluasan industri.
• Adam Smith menyatakan proses pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini
bermakna apabila wujud kemakmuran kesan daripada kemajuan dalam
bidang pertanian, industri pengeluaran dan perniagaan akan menarik
pelaburan modal, kemajuan teknologi, meningkatkan jumlah penduduk,
perluasan pasaran pembahagian kerja dan peningkatan keuntungan secara
berterusan.
• Ini jelas menunjukkan sumbangan idea beliau dalam ekonomi sangat berkesan

4. Teori Ekonomi Pasaran Bebas.


• Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik yang mana
pengeluar akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan
permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat
• Oleh itu, harga barangan akan meningkat sekiranya barang tersebut kurang
dalam pasaran dan akan menguntungkan pihak pengeluar. Peningkatan
kepada pengeluaran akan menghapuskan keadaan kekurangan barangan.

49
• Oleh itu harga barangan akan menjadi normal dengan sendirinya.

5. Proses Pengumpulan Modal


• Adam Smith menyatakan bahawa pengumpulan modal harus dilakukan terlebih
dahulu daripada pembahagian kerja yang mana modal merupakan syarat utama
terjadinya proses pembangunan ekonomi.
• Maka pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan keuntungan.
Justeru tiada siapa yang akan menjalankan perniagaan sekiranya mendapat
kerugian. Ini kerana pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat
keuntungan. Bukan itu sahaja, modal juga boleh digunakan untuk perdagangan
kelak.
• Pertumbuhan simpanan dalam modal pula akan membawa kepada persaingan
antara pengusaha. Apabila modal sudah berkembang maka terjadilah
peningkatan dalam kemakmuran
Kesimpulan
1.Kesimpulannya, cetusan idea Adam Smith telah banyak mempengaruhi pemikiran ahli-
ahli ekonomi di Eropah.
2. Sumbangan beliau membawa kepada pembentukan ekonomi moden dan
perdagangan bebas.
3. Malahan, pandangan dan pemikiran Adam Smith telah mempercepatkan
pertumbuhan revolusi industri di Eropah.

Soalan 11: Huraikan Perkembangan Sistem Pendidikan Di Jerman Pada Abad Ke-18 Hingga
19 Masihi

Pendahuluan
1. Perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19 adalah selaras
dengan perkembangan politik semasa ketika itu.
2. Kekalahan Jerman kepada Perancis menyebabkan pemerintah Jerman cuba
membangunkan negaranya melalui pendidikan.
3. Perkembangan sistem pendidikan di Jerman melibatkan pelbagai aspek yang
mengutamakan kepentingan negara.

Isi- isi utama


1. Perkembangan Dari Aspek Dasar Pendidikan
• Menjelang abad ke-18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja.
• Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan mengambil alih pentadbiran
sekolah.
• Pada tahun 1763, Raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk
semua kanak-kanak antara usia 5 hingga 14 tahun.
• Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melancarkan kawalan
pusat terhadap sekolah-sekolah menengah tinggi di Prusia.
• Abad ke-19, sistem pendidikan berada di bawah kawalan dan penguasaan
kerajaan sepenuhnya.

50
• Menteri Pendidikan bertanggungjawab terhadap hal ehwal pendidikan dan
dibantu lembaga pengelola sekolah di peringkat wilayah dan daerah.
• Perkembangan dasar pendidikan kerajaan Jerman ini telah membentuk
sistem pendidikan kebangsaan menjelang abad ke-18.

2. Perkembangan Dari Aspek Institusi Pendidikan


• Sekolah rendah
Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada semua
lapisan penduduk Jeman. Knak-kanak berumur 7 tahun diwajibkan
mendaftardan mengikut pembelajaran di sekolah rendah sehingga 14 tahun.
• Sekolah menengah
Dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam. Sekolah gymnasium
keutamaan kepada bahasa Latin dan Greek dan bertujuan menyediakan
pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sekolah awam pula menekankan bahasa Jerman, matematik, Sains Tabii dan
Bahasa-bahasa moden bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang dapat
menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
Tempoh pengajian menengah selama 9 tahun dengan kadar yuran sebanyak
lma hingga 27 dollar.
• Sekolah Teknik
Penekanan bidang teknologi sejajar usaha membangunkan sektor
perindustrian dan perdagangan. Penekanan kepada mata pelajaran teknikal
menyebabkan lebih banyak politeknik dan sekolah perdagangan ditubuhkan.
• Universiti
Pengajian di universiti dibahagikan kepada 4 fakulti iaitu Teologi,
Undangundang, Perubatan dan Falsafah. Pentadbiran universiti dikendalikan
oleh Rector. Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor dan
terbesar di Jerman dengan 200 professor dan 5000 pelajar.
• Perkembangan institusi pendidikan ini dapat memenuhi aspirasi negara
Jerman dalam memantapkan sistem pendidikan.

3. Perkembangan Dari Aspek Latihan Perguruan


• Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya dilantik
bagi membekalkan tenaga pengajar pelatih.
• Raja Frederick turut merekrut guru-guru yang berwibawa untuk berkhidmat
di sekolah.
• Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di Berlin.
• Pusat latihan guru juga ditubuhkan di wilayah-wilayah Jerman seperti Austria,
Sae-Weimer dan Saxony.
• Latihan perguruan yang disediakan ini dapat meningkatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kerana dapat melahirkan tenaga pengajar yang
mahir.

51
4. Bantuan Kewangan
• Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan untuk menyediakan
kemudahan dan prasarana di sekolah.
• Frederick William I telah memberikan sumbangan kewangan untuk prasarana
dan peralatan di sekolah.
• 50 000 thaler telah disumbangkan bagi membina bangunan sekolah serta
membaiki bangunan usang. Baginda turut mengurniakan tanah yang luas
untuk pembinaan sekolah.
• Bantuan yang disalurkan dapat memajukan sistem pendidikan di Jerman.

5. Perkembangan Dari Aspek Kurikulum


• Kurikulum sekolah rendah menekankan pembelajaran Sejarah, Geografi dan
Bahasa Jerman.
• Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada bahasa Latin, Greek, Jerman,
Matematik, Sejarah, Geografi, Agama dan Sains.
• Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam bidang seperti
Psikologi, Sejarah, FalsafahUndang-undang, Anatomi, Kimia dan Fizik.
• Perkembangan bidang kurikulumdalam sistem pendidikan di Jerman
memenuhi dapat keperluan negara serta peningkatan ilmu pengetahuan.

Kesimpulan

1. Pendidikan di Jerman bertujuan memberikan peluang kepada individu mendapatkan


pendidikan.
2. Bidang ini berkembang disebabkan bukan sahaja peranan kerajaan secara langsung
bahkan mendapat kerjasama pihak swasta di samping penetapan standard kualiti yang
tinggi.
3. Sistem pendidikan di Jerman juga menjadi wadah penting pembinaan negara bangsa
serta penyatuan Jerman.

52
TEMA 4
Soalan 1: Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetus Perang Candu Kedua
(1856-1860) di China.

Pengenalan
 Perang Candu Kedua (1856-1860) yang tercetus pada tahun 1856 merupakan
rentetan daripada peristiwa Perang Candu Pertama. Penyelesaian Perang Candu
Pertama dicapai apabila kerajaan China dan British bersetuju menandatangani
Perjanjian Nangking.
 Namun begitu, perjanjian ini gagal menyelesaikan masalah dan pertikaian antara
kuasa-kuasa Barat dengan China. Kerajaan China bertindak tidak menghormati
syarat-syarat perjanjian, pada masa yang sama bertindakmenyekat perluasan kuasa-
kuasa Barat. Kerajaan China tidak mematuhi hubungan diplomatik berasaskan
prinsip persamaan taraf dengan kuasa-kuasa Barat.
 Perkembangan tersebut telah mengeruhkan hubungan antara kuasa-kuasa Barat
dengan kerajaan China dan akhirnya tercetus perang antara kedua-dua belah pihak.
 Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan tercetus Perang Candu Kedua
di China

Isi-Isi Penting

1. Kepentingan Perdagangan
 Faktor pertama yang menyebabkan tercetus Perang Candu Kedua adalah
kepentingan
perdagangan. Kuasa-kuasa Barat tidak puas hati terhadap pelbagai sekatan yang
dikenakan oleh kerajaan China terhadap pedagang-pedagang asing. Kuasa-kuasa
Barat mahu meluaskan kepentingan perdagangan selaras dengan dasar perdagangan
bebas yang diamalkan oleh mereka.
 Mereka tidak puas hati dengan kerajaan China yang enggan membuka pelabuhan-
pelabuhan lain(selain daripada lima pelabuhan persetiaan awal) kepada pedagang-
pedagang asing.
 Selain itu,pedagang-pedagang Barat tidak dibenarkan menjalinkan hubungan
perdagangan secara langsungdengan saudagar-saudagar tempatan. Dasar
antiperdagangan yang diamalkan oleh kerajaan China menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pedagang-pedagang asing. Justeru, kepentingan perdagangan
mendorong kuasa Barat melancarkan Perang Candu Kedua pada tahun 1856.

2. Hubungan Diplomatik Renggang


 Sikap permusuhan yang ditonjolkan oleh kerajaan China terhadap kuasa-kuasa asing
menyebab hubungan mereka semakin renggang. Usaha kuasa-kuasa Barat
menjalinkan hubungan
perdagangan dengan kerajaan China turut menemui jalan buntu.
 Di samping itu, tindakan kerajaanChina enggan menerima perwakilan asing telah
memburukkan hubungan antara mereka. Pada tahun1849, kerajaan China telah

53
bertindak dengan tidak menjawab surat yang dihantar olehLord Palmerston,
Setiausaha Luar Britain kepada Maharaja China.
 Malah, percubaan PesuruhjayaAmerika Syarikat Peter Parker untuk megadakan
perjumpaan dengan pegawai-pegawai China tidak mencapai kejayaan. Tegasnya, isu
hubungan diplomatik yang renggang turut memainkan peranandalam mencetuskan
Perang Candu Kedua.

3. Sikap Antiorang Asing


 Sikap anti orang asing yang menebal dalam masyarakat China telah menimbulkan
rasa tidak
puas hati kuasa-kuasa Barat. Pada tahun 1847, tentera British menyerang Pelabuhan
Canton ekoransikap penduduk Canton yang enggan membenarkan pedagang-
pedagang British berdagang dengan bebas.
 Hsu Kang Ching dan Yeh Ming Chen yang merupakan pegawai hal ehwal luar Canton
mengambil sikap antiorang asing. Mereka bertindak membangkitkan perasaan
antiorang asing dan menghasut orang China menghalang kemasukan pedagang
British ke Pelabuhan Canton.
 Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara China British menjadi semakin
renggang.Justeru,sikap antiorang asing yang menebal dalam kalangan pemimpin dan
rakyat China turut menyebabkan tercetus Perang Candu kedua.

4. Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Perjanjian Nanking


 Syarat-syarat Perjanjian Nanking menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
kuasa-kuasa Barat terhadap kerajaan China.Pembukaan lima buah pelabuhan kepada
kuasa-kuasa Barat tidak memuaskan hati kepada pedagang-pedagang Barat.
 Kuasa barat mendesak agar lebih banyak pelabuhan dibuka kepada mereka untuk
menjalankan perdagangan. Selain itu, pihak British masih tidak berpuas hati dengan
hak istimewa yang dijanjikan dalam Perjanjian Nanking. Pihak British mendesak
kerajaan China memberi lebih banyak hak keistimewaan kepada mereka.
 Kerajaan China juga tidak berpuas hati dengan Perjanjian Nanking yang langsung
tidak menyentuh tentang perdagangan candu, Tuntasnya, rasa tidak puas hati
terhadap perjanjian Nanking oleh kedua-duapihak juga punca meletus Perang Candu
Kedua.

5. Peristiwa Lorcha Arrow


 Faktor serta-merta yang menyebabkan tercetusnya Perang Candu Kedua ialah
peristiwa
kapal Lorcha Arrow. Kapal ini dimiliki oleh seorang berbangsa Cina tetapi didaftarkan
di Hong Kong. Kapal ini berlayar di bawah bendera Britain dan kapten kapal ini
merupakan seorang berbangsa Inggeris.
 Pada 8 Oktober 1856, ketika kapal berlabuh di Pelabuhan Canton, anggota polis
telah
memberkas 12 orang anak kapal dengan tuduhan penyeludupan dan perlanunan.
Pada 12 Oktober 1856, Harry Parker yang merupakan seorang Konsul British di
Canton telah mengemukakan bantahan terhadap kerajaan China.
 Beliau menuntut supaya tawanan tersebut dibebaskan dan kerajaan China
memohon maaf atas kejadian tersebut. Walaupun anak-anak kapal tersebut

54
dibebaskan, kerajaan China enggan meminta maaf atas peristiwa tersebut. British
mengambil kesempatan ini untuk melancarkan serangan ke atas China.Ternyata,
peristiwa ini menjadi faktor serta-merta meletus Perang Candu Kedua.

Kesimpulan
 Peperangan yang mengambil masa 5 tahun berakhir dengan kekalahan kerajaan
China.
 Kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Rusia
menantangani Perjanjian Tientsin dengan China pada tahun1858. Pada peringkat
kedua pula, kerajaan China terpaksa menandatangani Konvensyen Peking pada 24
Oktober 1860. Konvensyen peking telah menyebabkan kedaulatan dan maruah
kerajaan China tercabar.

2. Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) merupakan satu usaha untuk membangunkan


semula kedaulatan China tetapi telah menemui kegagalan . Jelaskan faktor-faktor yang
menyebabkan gerakan tersebut gagal

PENGENALAN

 Kekalahan China dalam Perang Candu dengan British telah memeberi kesan besar
kepada China. Lni menyebabkan timbul kesedaran dalam kalangan pembesar China
untuk memodenkan dan melindungi kedaulatan China .
 Langkah pemodenan diusahakan dikenali sebagai Gerakan Menguatkan Diri
Walaupun pelbagai langkah pemodenan diambil , namun rancangan ini menemui
kegagalan kerana pelbgai faktor

ISI-ISI PENTING

1. Ketiadaan pemimpin yang cekap

 Ketiadaan pemimpin yang cekap dan dinamik menyebabkan uasaha pemodenan


gagal dicapai sepenuhnya.
 Terdapat pemimpin yang disingkirkan daripada istana kerana bimbang akan
mengugat kedudukan raja seperti Putera Kung pada tahun 1875.
 Kerajaan pusat juga tidak memberi bantuan dan kerjasama kepada gabenorwilayah
untuk menjalankan pemodenan kerana Maharani Dowager yang memegang
pemerintahan ketika itu bersifat antipemodenan .

2. Mendapat tentangan daripada golongan Konservatif Istana

 Mendapat tentangan daripada golongan konsevatif di istana Ching .


 Mereka menentang selepas Putera Kung disingkirkan dan tidak menyokong sikap
Maharani Dowegar yang membelanjakan wang untuk kepentingan diri .
 Dalam masa yang sama , golongan pegawai kerajaan tidak menyokong pemodenan
kerana masih dikongkong dengan adat resam dan ajaran Confucius .

55
3. Masalah Kewangan

 Kegagalan juga disebabkan faktor kewangan. China menghadapi masalah ini akibat
bencana alam seperti kemarau dan banjir pada tahun 1840-an .
 Dalam masa yang sama memperuntukan kewangan menangani peperangan dan
pemberontakan dalam negeri .
 Kerajaan juga terbeban dengan pembanyaran gantirugi kepada kuasa barat selepas
kalah dalam peran Candu l dan ll . Oleh itu , pemodenan tidak dapat dilaksanakan
dengan jayanya .

4. Pemodenan yang terhad

 Pemodenan yang terhad membawa kepada kegagalan gerakan ini .


 Kerajaan China tidak bersedia melakukan pembaharuan radikal dan tidak bersedia
melakukan rombakan serta menyusun semula institusi-institusi tradisonal bagi
memodenkan negara secara keseluruhannya.
 Pemodenan hanya meminjam teknologi barat. Ini menyebabkan hasil pemodenan
hanyaterhad dalam bidang ketenteraan dan teknologi sahaja.

5. Kelemahan Kerajaan Manchu

 Faktor terakhir kegagalan Gerakan ini ialah kelemahan kerajaan Manchu sendiri.
 Kerajaan tidak mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik malah
tidak dapat mengawal amalan rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pegawai
kerajaan.
 Kerajaan Manchu juga terlibat dengan penyalah gunaan dana yang diperuntukkan
oleh kerajaan pusat bagi melaksanakan program pemodenan.

KESIMPULAN.

 Usaha memajukan negara melalui Gerakan Menguatkan Diri bagi menjamin


kedaulatan China telah menemui kegagalan disebabkan beberapa faktor.
 Kegagalan tersebut menyebabkan masyarakat China mula mengubah tanggapan
kepada kepimpinan Manchu dan akhirnya membawa kepada kejatuhan Manchu
dalam Revolusi China.

3. Terangkan empat faktor yang membawa kepada tercetusnya Pemberontakan Boxer


pada tahun 1899 di China.

PENDAHULUAN

 Menjelang tahun 1899 tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai


Pemberontakan Boxer di China.
 Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap kerajaan China.
 Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh
orang Cina yang beragama Kristian.
 Anggota Gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggung jawab terhadap
keruntuhan kerajaan Manchu.

56
 Terdapat sekurang-kurangnya EMPAT faktor yang mencetuskan Pemberontakan
Boxer di China pada akhir abad ke-19 Masihi.

ISI-ISI PENTING

1.Sentimen Anti-orang Asing


 Sentimen anti orang asing dalam kalangan rakyat dan istana merupakan faktor
pencetus Pemberontakan Boxer.
 Sentimen antiorang asing meningkat ekoran tindakan kuasa-kuasa Barat berlumba-
lumba untuk mendapatkan konsesi di China.
 Tindakan orang-orang Barat merebut konsesi telah menjatuhkan maruah orang Cina
dan mencemarkan kedaulatan China.
 Semangat anti orang asing juga menebal di kalangan sarjana dan pembesar Cina.
 Tokoh-tokoh istana seperti Maharani Dowager , Putera Chuang dan Kang-I
mengamalkan sikap anti orang asing terhadap kuasa-kuasa Barat dan orang Jepun di
China.
 Maharani Dowager bertindak menamatkan Hak Wilayah Asingan yang diberikan
kepada kuasa-kuasa asing di China.
 Semangat anti orang asing menyebabkan rakyat China dan pihak istana berganding
tenaga untuk mengusir orang asing di China.

2. Sentimen Anti-Kristian
 Sentimen anti-Kristian juga menjadi faktor pencetus Pemberontakan Boxer.
 Tindakan golongan mubaligh menyebarkan agama Kristian kepada masyarakat Cina
juga merupakan faktor tercetus pemberontakan Boxer.
 Perjanjian Whampoa dan Konvensyen Peking membenarkan golongan mubaligh
Kristian menjalankan aktiviti keagamaan di pelabuhan-pelabuhan pedalaman.
 Penyebaran agama Kristian mencemaskan golongan konservatif yang menganggap
ajaran Kristian amat bertentangan dengan ajaran Conficius, Buddhisme atau Taoisme
yang diamalkan sejak turun-temurun.
 Mubaligh Kristian juga campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan
orang Cina bukan beragama Kristian.
 Campur tangan dalam hal-ehwal tempatan ini telah menimbulkan kemarahan orang
Cina.
 Sikap keterlaluan Orang Cina beragama Kristian telah menimbulkan permusuhan
dengan orang Cina yang bukan Kristian.
 Hubungan orang Cina yang memeluk agama Kristian renggang kerana mereka tidak
menghormati adat resam yang diwarisi sejak turun-temurun, meninggalkan
kepercayaan agama dan kepercayaan asal mereka, enggan menyertai upacara
keagamaan dan enggan membiayai perayaan keagamaan.
 Orang Cina Kristian dibenci kerana bersikap sombong dan menganggap diri mereka
lebih tinggi daripada masyarakat Cina yang lain.
 Mereka dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka diperalat oleh orang
asing.

57
3.Penguasaan Ekonomi oleh Kuasa Asing.
 Penguasaan ekonomi oleh kuasa-kuasa asing juga merupakan faktor tercetusnya
Pemberontakan Boxer.
 Kemasukan barang asing telah menyebabkan perusahaan tempatan spt tekstil dan
pertukangan tangan mula merosot.
 Pasaran tempatan mula dikuasai oleh orang asing kerana barang-barang buatan
Barat lebih murah dan bermutu tinggi berbanding dengan barangan tempatan.
 Kemasukan pelabur-pelabur asing telah menyebabkan pengusaha tempatan hilang
sumber pendapatan.
 Tambahan pula bilangan penduduk tempatan yang menganggur turut meningkat.
 Peguasaan ekonomi oleh kuasa-kuasa asing telah menimbulkan perasaan benci
rakyat tempatan terhadap orang asing.

4.Masalah Kewangan yang Kritikal.


 Seterusnya, masalah kewangan yang kritikal turut mencetuskan Pemberontakan
Boxer di China.
 Masalah kewangan timbul kerana kerajaan terpaksa membelanjakan wang bagi
membayar ganti rugi perang kepada kuasa-kuasa Barat.
 Bagi menghadapi masalah ini, kerajaan China terpaksa memperkenalkan cukai-cukai
baru.
 Di samping itu kerajaan juga bertindak menambah cukai yang telah membebankan
rakyat.
 Perkembangan ini menyebabkan golongan petani dan penganggur menyertai
pemberontakan bagi menghalau orang asing dari negara China.

KESIMPULAN
 Kesimpulannya, Pemberontakan Boxer yang bermula dengan pembunuhan dua
orang mubaligh Kristian Jerman di wilayah Shantung pada tahun 1897 berakhir pada
tahun 1901.
 Pemberontakan Boxer tamat apabila Pasukan Tentera Bersekutu di bawah pimpinan
Seymour menguasai Peking pada 14 Julai 1900 setelah bertempur selama 100 hari.
 Pemberontakan Boxer diselesaikan secara rasmi menerusi perjanjian yang dikenali
sebagai Protokol Boxer pada 7 September 1901.

4. Huraikan kesan-kesan pemberontakan Boxer terhadap perluasan kuasa barat di China.

Pendahuluan
 Menjelang tahun 1899,tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan
Boxer di China.Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau orang asing dari China
dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer merupakan
reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap
kerajaan China.
 Malah anggota Gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap
keruntuhan kerajaan Manchu.

58
 Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada kepincangan yang berlaku
dalam bidang politik,ekonomi, dan sosial di China.
 Terdapat beberapa kesan pemberontakan Boxer terhadap perluasan kuasa Barat di
China.

Isi-isi penting

1.Kemerosotan Kerajaan Manchu

 Kebangkitan Boxer mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam


kerajaan Manchu.
 Kebangkitan Boxer telah meletakkan asas bagi perubahan yang berlaku dalam politik
serta masa depan megara China.
 Gerakan ini telah memberi peluang kepada Dr. Sun Yat Sen untuk melancarkan revolusi
bagi menunbangkan kerajaan Manchu dan menunbuhkan kerajaan republik di China.

2. Kemerosotan maruah Kerajaan Manchu

 Protokol Boxer yang ditandatangani oleh kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat
menjejaskan maruah dan kedaulatan China.
 Kerajaan Manchu terpaksa tunduk dengan pelbagai tekanan dan desakan yang diberikan
oleh kuasa-kuasa Barat.
 Antara syarat protocol Boxer yang menjejaskan maruah kerajaan China adalah: Kerajaan
China terpaksa membenarkan kuasa-kuasa asing menempatkan tentera di tempat-
tempat yang stategik, Kerajaan China diharamkan mengimport senjata dari luar selama
dua tahun dan Kerajaan China menaikkan taraf hubungan dengan kuasa-kuasa Barat ke
taraf kedaulatan.
 Protokal Boxer yang ditandatangani antara kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat
mengukuhkan kedudukan kuasa-kuasa Barat.

3. Masalah kewangan Kerajaan Manchu

 Kerajaan China menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa membayar ganti rugi
kepada kuasa-kuasa Barat.
 Tindakan kuasa-kuasa Barat yang mengenkan ganti rugi sebanyak 450 juta tael
menambahkan beban kerajaan China. Tambahan pula kerajaan China dipaksa
membayar ganti rugi tersebut dalam tempoh 40 tahun dengan kadar faedah sebanyak 4
peratus.
 Kesulitan yang dihadapi oleh China untuk membayar ganti rugi menyebabkan Rusia
menduduki Manchuria sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan.

4.Perang Rusia-Jepun meletus

 Pemberontakan Boxer telah meletakkan asas bagi perang antara Rusia dengan Jepun
yang tercetus pada tahun 1904.
 Semasa Pemberontakan Boxer, Rusia mengambil kesempatan untuk meluaskan kuasa
dan pengaruh di Manchuria.

59
 Perkembangan ini membimbangkan Jepun kerana tindakan Rusia bertentangan dengan
kepentingan mereka.
 Hubungan antara Rusia dengan Jepun menjadi semakin tegang apabila Rusia cuba
meluaskan pengaruh di semenanjung Korea.

Penutup

 Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu dan


kemunculan kerajaan republik di China.

 Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kemunculan Gerakan Pembaharuan.

5. Huraikan langkah-langkah pembaharuan yang telah dilaksanakan dalam Gerakan


Pembaharuan Ching dari tahun 1901 hingga 1911.

Pendahuluan

 Gerakan Pembaharuan Ching (1901-1911). Kegagalan Pemberontakan Boxer telah


menyebabkan kerajaan Manchu melancarkan Gerakan Pembaharuan bagi memodenkan
China.
 Pada 29 Januari 1901, Maharani Dowager Tzu His mengumumkan Gerakan
Pembaharuan berteraskan ciri-ciri baik peradaban Barat.
 Kerajaan Manchu mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan untuk mengemukan
cadangan-cadangan pembaharuan.
 Gabenor Jeneral Liu Kun-I dan Chang Chih-tung telah mengemukakan tiga pucuk surat
peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901.
 Pembaharuan dilaksanakan oleh gerakan meliputi aspek pendidikan,
ketenteraan,perlembagaan, ekonomi, sosial dan pentadbiran.

Isi-isi Penting:

Langkah-langkah Pembaharuan

1. Pendidikan

 Matlamat utama pembaharuan dalam bidang pendidikan adalah untuk melatih


pegawai-pegawai kerajaan yang lebih cekap.
 Pada tahun 1904, sistem pendidikan moden diperkenalkan oleh kerajaan Manchu
berdasarkan model pendidikan Jepun.
 Sistem pendidikan merangkumi empat tahap iaitu sekolah rendah (4 tahun), sekolah
menengah (5 tahun), sekolah tinggi/maktab (3 tahun), universiti peking (3 tahun).
 Tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan yang berdasarkan kitab-kitab
klasik Cina dimansuhkan Tahun 1906, Kementerian Pendidikan ditubuhkan untuk
menguruskan pelaksanaan sistem pendidikan dan menyelia sekolah-sekolah.

2. Ketenteraan

60
 Kerajaan Manchu menjalankan pembaharuan dalam bidang ketenteraan bagi
mengukuhkan sistem pertahanan negara.
 Kerajaan melantik Yuan Shih-kai untuk merancang dan melaksanakan program-
program ketenteraan.
 Antara langkah-langkah pembaharuan yang dilaksanakan oleh Yuan Shih-kai dalam
bidang ketenteraan adalah seperti berikut : Membesarkan dan memodenkan angkatan
tentera darat, Memperkenalkan senjata moden dari negara Barat dan
Memperkenalkan pasukan tentera kerahan berdasarkan sistem ketenteraan Jerman.
 Tahun 1909, seramai 700 pegawai tentera China dihantar ke Jepun untuk menjalani
latihan ketenteraan. Tahun 1906, Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan untuk
menguruskan hal ehwal ketenteraan.

3. Perlembagaan

 Tahun 1908, kerajaan Manchu meluluskan undang-undang bagi penubuhan Majlis


Perhimpunan Wilayah. Tahun 1909 telah mengemukakan tuntutan untuk menubuhkan
sebuah parlimen.
 Ekoran daripada tuntutan tersebut, Perhimpunan Nasional yang terdiri daripada 200
orang ahli telah ditubuhkan. Separuh daripada Perhimpunan Nasional dilantik oleh
Majlis Perhimpunan Wilayah.
 Tahun 1913, kerajaan Manchu menubuhkan sebuah Perlimen ekoran desakan daripada
Perhimpunan Nasional.

4. Ekonomi

 Kerajaan menubuhkan Kementerian Perdagangan di Peking pada tahun 1903. Antara


tahun 1903 hingga 1908, 130 buah kilang didirikan oleh pengusaha tempatan di China.
 Pada tahun 1905, Yuan Shih-kai mengadakan satu pameran perindustrian di Tientsin.
 Sebuah dewan untuk mempromosikan barangan keluaran tempatan telah didirikan di
Peking.
 Menjelang tahun 1911, kerajaan membina landasan kereta api sepanjang 9600
kilometer.

5. Sosial

 Kerajaan Manchu telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial.


 Antara pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Manchu ialah larangan ke atas
perkahwinan antara orang Manchu dengan orang Cina ditarik balik (1902) dan larangan
terhadap amalan menghisap candu dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang
awam yang berumur di bawah 60 tahun.
 Juga menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita Cina.

6. Pentadbiran
 Melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang pentadbiran.

61
 Kementerian-kementerian baharu telah ditubuhkan untuk menjalankan
pemerintahan secara birokratik dan teratur.
 Di antaranya ialah pada tahun 1901 Kementerian Luar Negeri, 1905 Kementerian
Polis, 1906 Kementerian Angkatan Tentera Darat dan 1906 Kementerian Kewangan.

Penutup
 Kerajaan Manchu melancarkan Gerakan Pembaharuan untuk memodenkan China pada
29 Januari 1901.
 Pembaharuan yang dilaksanakan meliputi aspek pendidikan, ketemteraan,
perlembagaan, ekonomi, sosial, dan pentadbiran.

Soalan 6: Sejauh manakah pembaharuan adat yang diperkenalkan oleh kerajaan British
merupakan punca meletusnya Dahagi di India pada tahun 1857?

Pengenalan

 Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi India


menentang pemerintahan British di India.
 Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan membebaskan negara daripada
pemerintahan British. Selain sepoi, golongan nawab dan pembesar yang kehilangan
gelaran, tanah, dan kuasa turut menyertai pemberontakan tersebut.
 Dahagi di India dikatakan berpunca daripada pembaharuan adat yang diperkenalkan
oleh kerajaan British pada tahun 1857.
 Namun, terdapat faktor lain yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi India pada
tahun 1857.

Isi-Isi Penting

1-Pembaharuan dalam adat yang diperkenalkan oleh kerajaan British.


 Faktor utama yang menyebabkan tercetus peristiwa Dahagi di India ialah
pembaharuan dalam adat yang diperkenalkan oleh kerajaan British pada tahun
1857.
 Pembaharuan adat yang dibuat oleh British sangat ketara apabila British
memperkenalkan undang-undang melibatkan adat resam dan kepercayaan
masyarakat India.
 Antaranya, tindakan British menghapuskan amalan Sutte menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan penduduk beragama Hindu. Sutte merupakan
amalan penduduk beragama Hindu sejak turun temurun di mana balu yang
kematian suami akan dibakar bersama suaminya semasa upacara pengkebumian.
Tindakan Lord William Bentick, Gabenor Jeneral British di India mengharamkan
amalan ini pada tahun 1828 telah menimbulkan kemarahan penduduk.
 Selain itu, penghapusan amalan Thuggee telah menimbulkan kemarahan
golongan agama yang menyokong amalan ini. Thuggee merupakan aktiviti
rompakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama
yang bersenjata.
62
 Seterusnya, Lord William Bentick menghapuskan amalan membunuh bayi
perempuan. Amalan ini dipraktikkan oleh masyarakat India sejak turun temurun.
Masyarakat India menganggap bayi perempuan adalah beban kepada keluarga
apabila mereka membesar kelak.
 Pengenalan ‘Akta Kahwin Semula’ yang membenarkan balu-balu berkahwin
semula mendapat tentangan daripada penduduk tempatan.
 Jelas menunjukkan bahawa campur tangan British dalam adat resam masyarakat
tempatan telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan sehingga
mencetuskan peristiwa Dahagi.

2. Pengenalan Sistem Pendidikan Barat


 Selain itu, faktor lain yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi ialah pengenalan
sistem pendidikan barat. Tindakan British memperkenalkan sistem pendidikan Barat
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan.
 British menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah dan kolej. Malah,
bahasa Inggeris turut dijadikan sebagai bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran serta
kehakiman.
 Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada penduduk tempatan yang
berpendidikan Inggeris. Perubahan ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan kerana
jawatan tinggi dalam kerajaan dan tentera tidak diberikan kepada penduduk tempatan.
 Malah perubahan ini dianggap sebagai percubaan Inggeris menyebarkan agama Kristian
dalam kalangan masyarakat India.

3. Pengenalan Teknologi Barat


 Di samping itu, pengenalan teknologi barat juga turut mencetuskan Dahagi India.
 British memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan moden seperti keretapi
dan telegraf. Pengenalan sistem pengangkutan moden mengancam amalan kasta yang
diwarisi oleh masyarakat India sejak turun temurun.
 Sebagai contoh, masyarakat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ketiga
manakala gerabak kelas satu dan dua pula untuk pegawai-pegawai Inggeris.
 Perkembangan ini menjejaskan kedudukan masyarakat India daripada kasta tinggi kerana
mereka juga terpaksa menaiki gerabak kelas ketiga bersama-sama dengan masyarakat
daripada kasta yang lebih rendah.

4. Pengenalan Dasar Pengilhakan


 Seterusnya Dasar Pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord Dalhousie turut
mencetuskan penentangan penduduk India terhadap penjajahan British.
 Menerusi dasar pengilhakan, British bertindak merampas hak dan kedaulatan pemerintah
tempatan. Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandukan kepada tiga alasan iaitu
Undang-undang Lesap Waris, Hak Menakluk Kuasa Agung dan Salah Tadbir Tempatan.
 Lord Dalhousie bertindak mengilhalkan wilayah-wilayah seperti Punjab, Karnatik, Tanjor,
Jhansi, Bhagat, Jaitpur dan Oudh.
 Tindakan British ini telah menjejaskan maruah pemerintah tempatan sehingga
menyebabkan putera-putera raja tempatan seperti Nana Saheb dan Raja Tanjoor
menyertai penentangan terhadap penjajah British.

63
5. Pengenalan Peraturan Baharu
 Pengenalan peraturan baharu juga membawa kepada tercetusnya Dahagi di India pada
tahun 1857.
 Antara peraturan yang menimbulkan perasaan tidak puas hati penduduk terhadap
pemerintahan British ialah Akta Penjajahan Punjab 1907 yang menaikkan cukai tanah dan
mengenakan bayaran bagi bekalan air yang disalurkan ke kawasan pertanian.
 Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa
menanggung hutang serta hidup dalam keadaan miskin.
 Pihak British juga tidak menggalakkan penghasilan barangan oleh penduduk tempatan.
Sebaliknya, mereka menggalakkan kegiatan mengimport barangan dari negara luar.
Perkembangan ini telah menjejaskan pendapatan penduduk tempatan yang teribat dalam
sektor pertukangan dan kemahiran tangan.
 Sementara itu, penduduk tempatan di wilayah-wilayah yang ditawan oleh SHTI telah
kehilangan tanah pusaka mereka. Tanah milik penduduk tempatan dirampas oleh
pemerintah British ekoran daripada kegagalan mereka untuk membuktikan hak milik
tanah secara sah.

6. Akta Pengambilan Khidmat Awam.


 Selain itu, akta pengambilan khidmat awam juga merupakan punca yang menyebabkan
tercetusnya Dahagi India.
 Semasa pentadbiran Lord Canning, beliau telah memperkenalkan Akta Pengambilan
Khidmat Awam yang memberi kuasa kepada British untuk menghantar tentera
berkhidmat di dalam dan luar negara.
 Akta ini ditentang oleh tentera India kerana mereka tidak diberikan elaun tambahan untuk
berkhidmat di luar negara.
 Tentera India juga turut menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh
pentadbiran. Sebagai contoh diskriminasi yang diamalkan oleh British ialah kenaikan
pangkat dan jawatan dalam tentera. Tentera India diberi gaji yang rendah dan mendapat
layanan yang kurang baik daripada pentadbiran British.
 Perkembangan yang berlaku inilah yang menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati
dalam kalangan sepoi India terhadap pemerintahan British.

7. Kes Senapang Riffle Royal Enfield


 Di samping itu, isu senapang Riffle Royal Enfield telah meningkatkan kemarahan sepoi-
sepoi India.
 Mereka marah apabila mendapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk
membersihkan senapang tersebut mengandungi lemak babi dan lembu.
 Tambahan pula, sepoi-sepoi yang menggunakan senapang tersebut perlu menggigit hujung
peluru yang disapu dengan lemak babi dan lemak lembu.
 Sepoi-sepoi India yang beragama Hindu dan Islam mendakwa British sengaja melakukan
hal demikian untuk menghina penganut kedua-dua agama yang menjadi anutan penduduk
tempatan.
 Hal ini telah membangkitkan kemarahan sepoi-sepoi India yang bertindak melancarkan
serangan terhadap British dan tercetuslah peristiwa Dahagi.

64
8. Perasaan Dendam Sepoi India
 Perasaan Dendam Sepoi India dikatakan sebagai faktor serta-merta yang
menyebabkan tercetus peristiwa Dahagi.
 British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan Brahmin dan Rajput yang terdiri
daripada golongan berkasta tinggi di wilayah Oudh.
 Tindakan British menghantar sepoi-sepoi India ke luar negara menimbulkan kemarahan
sepoi-sepoi yang berkasta tinggi. Mereka percaya bahawa kesucian kasta mereka akan
hilang apabila mereka menyeberangi lautan.
 Perkembangan ini menyebabkan Regimen 47 yang diarahkan untuk berkhidmat di
Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen tersebut terpaksa
dibubarkan.

Kesimpulan
 Pembaharuan adat yang diperkenalkan telah mencetuskan kemarahan penduduk
tempatan India terhadap pemerintahan British di India.
 Selain campur tangan British dalam adat resam masyarakat tempatan, terdapat
pelbagai faktor lain yang turut menjadi punca meletusnya Dahagi India pada
tahun 1857.
 Selepas menumpaskan pemberontakan sepoi-sepoi India, kerajaan British telah
melakukan rombakan dalam sistem pentadbiran di India.
 Pentadbiran India diletakkan di bawah pentadbiran Mahkota British pada 2 Ogos
1958.
 Perkembangan ini telah menyebabkan Benua Kecil India menjadi Tanah Jajahan
Mahkota British.
 Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir apabila
Maharaja Bahadur Shah ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar.

Soalan 7: Sejauhmanakah krisis Balkan menjadi faktor utama mencetuskan Perang Dunia
pertama pada tahun 1914 hingga 1918.
@

Krisis Balkan merupakan faktor utama yang mencetuskan Perang Dunia pertama pada
tahun 1914 hingga 1918.
Jelaskan.
@
Bincangkan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia pertama pada tahun 1914
hingga 1918.

Pendahuluan

• Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman menyerang Belgium pada 4 Ogos 1914.
• Perang ini berakhir apabila Jerman dan sekutunya ditewaskan oleh tentera Bersekutu.
• Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Pertama di
Eropah.

65
Isi-isi Penting

1. Krisis Balkan
 Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia menimbulkan ketegangan di rantau
Balkan.
 Penaklukan Bosnia-Herzegovina oleh Austria-Hungary membangkitkan kemarahan
Serbia dan Rusia. Walau bagaimanapun, tindakan Austria-Hungary ini disokong oleh
Jerman.
 Faktor serta-merta yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah peristiwa
pembunuhan Archduke Ferdinand oleh seorang pemuda Serb. Insiden ini menjadi
alasan untuk Austria mengisytiharkan perang ke atas Serbia.
 Perkembangan di rantau Balkan merupakan faktor utama yang menyebabkan
tercetus Perang Dunia Pertama di samping faktor lain.

2. Perlumbaan Senjata
 Negara-negara Barat mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mengukuhkan
kekuatan tentera.
 Persaingan ini melahirkan perasaan syak wasangka dalam kalangan negara Barat.
 Jerman dan Britain bersaing untuk menambah kekuatan tentera laut masing-masing
manakala Perancis dan Rusia berlumba-lumba untuk meningkatkan kekuatan tentera
darat masing-masing.
 Kecenderungan kuasa-kuasa Barat untuk mengukuhkan kekuatan tentera
meletakkan asas bagi Perang Dunia Pertama.

3. Imperialisme Kuasa-kuasa Barat


 Revolusi Perindustrian menyebabkan kuasa-kuasa Barat saling berlumba untuk
menguasai tanah jajahan.
 Contohnya Jerman dan Perancis bertelingkah untuk menguasai Morocco. Britain pula
berasa bimbang dengan usaha Jerman untuk memperoleh tanah jajahan di Asia dan
Afrika.
 Persaingan untuk menguasai tanah jajahan menimbulkan permusuhan dalam
kalangan kuasa Barat.

4. Kebangkitan Nasionalisme
 Kemunculan nasionalisme yang melampau di Jerman, Perancis, dan Britain
melahirkan permusuhan dalam kalangan negara Barat.
 Contohnya orang Jerman menganggap diri mereka sebagai bangsa tuan yang paling
berkuasa di dunia.
 Sikap ini menyebabkan Jerman tidak dapat menerima kebangkitan negara lain
terutama Perancis.

5. Pengaruh Autokrasi
 Pemerintahan golongan aristokrat di Jerman, Rusia, dan Austria-Hungary memainkan
peranan dalam mencetuskan Perang Dunia Pertama.
 Golongan ini menggunakan perang sebagai alat untuk mengukuhkan pengaruh
mereka. Contohnya Maharaja Jerman, iaitu Kaiser Wilhem II berazam untuk

66
membina empayar Jerman yang kuat dengan membina kapal-kapal perang dan
peluru berpandu.
 Tindakan baginda ini menimbulkan perasaan curiga dan kebimbangan kuasa Barat
yang lain.

6. Pakatan Tentera
 Kemunculan pakatan tentera ini menyebabkan negara-negara Barat terbahagi
kepada dua buah blok yang saling bermusuhan.
 Tujuan pakatan ini adalah untuk memberi bantuan ketenteraan sekiranya mana-
mana negara anggota diserang oleh kuasa lain. Contohnya pada tahun 1907, Britain
menyertai Perancis dan Rusia untuk menubuhkan Pakatan Bertiga bagi menghadapi
ancaman Jerman.

Kesimpulan
 Jelas menunjukkan bahawa krisis Balkan telah menjadi factor utama yg mencetuskan
Perang Dunia Pertama.
 Faktor ini turut disokong oleh bbp factor lain seperti perlumbaan senjata dan
kebangkitan nasionalisme di kalangan negara2 Eropah.
 Perang Dunia Pertama meninggalkan perubahan yang amat ketara sistem politik,
ekonomi, dan sosial antarabangsa.
 Perang ini menyebabkan pemerintahan monarki di Jerman, Rusia, dan Turki tumbang
dan digantikan dengan pemerintahan demokrasi.
 Perang ini berjaya melumpuhkan kekuatan Jerman dan meletakkan asas bagi
tercetusnya Perang Dunia Kedua.

8.Perang Dunia Pertama Telah Meninggalkan Kesan Dalam Bidang Politik, Ekonomi Dan
Sosial Kepada Dunia. Bincangkan.

Pengenalan
• Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya
melibatkan negara-negara Eropah.Perang ini juga melibatkan dua kuasa atau dua
blok yang berkepentingan.
• Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah)
yang dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan
Bertiga) yang dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain. Dalam peperangan ini
Jerman telah berjaya dikalahkan dan terpaksa menerima syarat-syarat Perjanjian
Versailles yang telah ditandatangani.
• Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat khususnya terhadap negara – negara
yang terlibat.

67
Isi-Isi Penting

KESAN POLITIK
1. Kemunculan negara-negara baharu.
• Kesan perang dunia pertama telah menyebabkan Jerman telah kehilangan kuasa,
pengaruh dan sebilangan besar wilayahnya. Kekuatan Jerman semakin lumpuh.
Perjanjian Versailles telah mengubah peta Eropah dan banyak negara-negara baharu
muncul.
• Keruntuhan empayar Rusia membentuk Poland, Finland, Estonia, Latvia dan
Lithuania.
• Pemberontakan di Austria oleh penduduk bangsa asing melahirkan Hungary,
Romania dan Yugoslavia.
• Perpecahan empayar Turki Uthmaniyyah membebaskan banyak kawasan dibawah
pengaruhnya seperti Syria, Lebanon dan Iraq.

2. Kebangkitan ideologi baharu seperti Demokrasi dan Sosialisme.


• Di Turki, sebuah kerajaan republik diasaskan di bawah kepimpinan Mustafa Kamal
Ataturk pada tahun 1923.
• Selepas Kaiser William II dibuang negeri, Parti Sosialis Demokrat di bawah pimpinan
Griendrich Ebertt telah membentuk Republik Weimer sebuah kerajaan demokratik
tetapi masih menggunakan khidmat golongan tentera.
• Kerajaan-kerajaan republik muncul di negara-negara baharu seperti Czechoslovakia,
Poland, Latvia dan sebagainya.
• Austria juga menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg dihapuskan.
• Di Rusia, parti-parti politik ditubuhkan. Golongan pekerja menubuhkan Parti Buruh
Demokratik Sosial yang kemudian dikenali sebagai Parti Komunis.Parti ini kemudian
berpecah kepada dua. Golongan Bolsheviks yang dipimpin oleh Vladimir Lenin
mencetuskan revolusi yang mengasaskan kerajaan komunis yang pertama.

3. Penubuhan Liga Bangsa.


• Liga Bangsa ditubuhkan pada tahun 1919 yang berpusat di Geneva.Tujuan
penubuhannya adalah untuk menjaga keamanan serta mengelak daripada
berlakunya peperangan. Pertubuhan ini disertai oleh kebanyakan negara Eropah
kecuali Rusia dan Amerika Syarikat tidak menyertainya dan taraf kuasa besar
diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan ini
berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dengan Greece pada
tahun 1926.
• Penubuhan Liga Bangsa diharapkan dapat menyelesaikan masalah antara negara
melalui mesyuarat dan perundingan. Namun demikian, Liga Bangsa gagal menyekat
peperangan. Ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan
pertubuhan ini kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun
1930-an seperti penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas
Manchuria. Liga ini akhirnya telah dibubarkan pada bulan April 1945

68
KESAN SOSIAL

4.Korban nyawa dan kecederaan.


• Perang ini mengorbankan banyak nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan
12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini
mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS $36 760 juta.
• Britain kehilangan 750 000 rakyatnya iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya
yang berumur 45 tahun ke bawah. Bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2
juta orang.
• Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta orang cedera. Angka ini
melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya yang cergas dan ini merupakan satu
kehilangan besar kepada Perancis. Tambahan pula, Perancis mengalami kadar
pertumbuhan penduduk yang rendah.

5.Pencemaran udara / bumi.


• Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang
meluas dalam pertempuran sengit di Marne dan Somme.

KESAN EKONOMI

6. Kejatuhan mata wang


• Jerman dibelenggu masalah kewangan dengan menanggung beban hutang
sebagaimana yang ditetapkan dalam Perjanjian Versailles. Dipaksa membayar
US$53 billion. Nilai mata wang Jerman mark telah menjunam, yang menyebabkan
berlakunya inflasi. Pada tahun 1942, nilai mata wang Jerman telah berkurang
sebanyak 1% berbanding tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga terjejas.
Pengeluaran arang batu dan besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah
pengeluaran sebelum perang
• Di Peranchis, Pertempuran yang berlaku di utara Perancis, menyebabkan
keupayaan pengeluaran Perancis merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi
keluli dan 63% bagi besi. Setelah perang tamat, Perancis terpaksa menanggung
hutang luar/ beban hutang yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam
Perjanjian Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi yang besar terhadap
Jerman.

7. Berlakunya inflasi dan kekurangan makanan


• Peperangan juga telah menyebabkan pengeluaran arang batu dan besi di Jerman
turut terjejas. Jerman juga mengalami kekurangan makanan yang menyebabkan
kerajaan terpaksa mengenakan catuan terhadap makanan penting seperti roti,
daging, susu yang menyebabkan berlakunya rusuhan terhadap kerajaan di Berlin
dan Leipzip yang melibatkan hampir 300 000 orang pekerja.

69
• Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana
4 juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan
tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.
• Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan 3
juta pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat
melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.

Kesimpulan:
• Kesimpulannya, kesan-kesan Perang Dunia Pertama mendorong tercetusnya Perang
Dunia Kedua. Ini kerana hubungan antarabangsa masih renggang selepas perang
dunia pertama tamat.
• Jerman berasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles kerana perjanjian ini
dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan negara Jerman.
• Itali juga tidak puas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan walaupun berda dalam
kumpulan menang.
• Liga Bangsa juga gagal menyekat pencerobohan Jerman ke atas Austria, Jepun ke
atas China dan Itali ke atas Abyssina.
• Keadaan ini mendorong kebangkitan pemerintahan diktator di Jerman dan Itali yang
mencetuskan Perang Dunia Kedua.

9. Bincangkan kesan Perang Dingin ( 1945 -1955 ) terhadap politik antarabangsa.

PENDAHULUAN

 Perang Dingin merujuk kepada konflik antara negara-negara komunis yang diterajui
oleh Soviet Union dan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
 Kedua-dua kuasa besar ini bersaing antara satu sama lain dengan menggunakan
pelbagai pendekatan seperti diplomatik, ekonomi, politik, dan psikologi untuk
mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
 Perang Dingin yang bermula di benua Eropah telah tersebar ke bahagian-bahagian
lain di seluruh dunia.
 Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan berakhir ekoran daripada
keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989.
 Peperangan ini telah meninggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap politik
antarabangsa.

ISI-ISI PENTING

(1) Wujud Perikatan Tentera Negara-negara Eropah Barat

 Perang Dingin telah membawa kpd kewujudan perikatan tentera antara negara-
negara Eropah Barat.
 Selepas Perang Dunia Kedua, Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling
kuat.

70
 Kebangkitan Soviet Union dalam bidang ketenteraan telah mengancam keselamatan
negara-negara di Eropah Barat.
 Sebagai tindak balas, negara-negara Eropah Barat mewujudkan perikatan tentera
seperti Persetiaan Dunkirk dan Perjanjian Brusells.
 Persetiaan Dunkirk diadakan oleh Britain dan Perancis untuk menghadapi ancaman
Jerman dan Soviet Union.
 Sementara, Perjanjian Brusells ditandatangani oleh Britain, Perancis, Belgium,
Belanda, dan Luxembourg.
 Tujuannya adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ketenteraan dalam
kalangan negara-negara Eropah Barat.

(2) Penubuhan Pakatan Warsaw

 Penubuhan Pakatan Warsaw merupakan tindak balas Soviet Union terhadap


penubuhan NATO oleh negara-negara Eropah Barat.
 Soviet Union telah mengadakan satu pakatan ketenteraan dengan negara-negara
satelitnya yang dikenali sebagai Pakatan WARSAW.
 Pakatan ini adalah bagi menjamin bantuan segera kepada negara-negara anggota
termasuk bantuan ketenteraan.
 Pasukan tentera yang dianggotai oleh tentera daripada negara-negara Pakatan
WARSAW telah ditubuhkan di bawah kepimpinan komander tertinggi tentera Rusla.
 Sebuah jawatankuasa rundingan juga telah ditubuhkan untuk mewujudkan
persefahaman dalam hal politik dalam kalangan anggota Pakatan WARSAW
 Penubuhan Pakatan WARSAW telah membolehkan Rusia mengukuhkan
kedudukannya di Eropah Timur dengan menempatkan tenteranya di negara-negara
Eropah Tirnur.
 Selain itu, Rusia juga dapat rnengawal negara-negara satelit dan mematahkan
pemberontakan yang tercetus

(4) Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)

 Perang Dingin turut membawa kepada penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia


Tenggara atau Pakatan Tentera Antikomunis (SEATO) pada tahun 1954.
 SEATO merupakan pertubuhan keselamatan pertama yang ditubuhkan antara kuasa-
kuasa Barat dengan Asia bagi menjaga keselamatan bersama.
 Penubuhan pakatan tentera ini bertujuan untuk membendung kemaraan pengaruh
komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara.
 SEATO memberi tumpuan bagi menyekat perluasan pengaruh komunis dari China ke
Asia Tenggara dan mententeramkan pemberontakan komunis di Asia Tenggara.

(4) Pembentukan Blok Dunia

 Kemunculan blok dunia juga merupakan kesan daripada Perang Dingin.


 Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha dan
bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.
 Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berdasarkan aspek ekonomi, politik atau
geografi.

71
 Berdasarkan pcrbezaan ideologi, muncul dua blok yang utama, iaitu Blok Kapitalis
dan Blok Komunis.
 Blok Kapitalis mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi di mana kerajaan
dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan terdapat kebebasan menubuhkan parti-
parti politik.
 Sementara Blok Komunis pula mengamalkan sistem pemerintahan komunis di mana
negara diperintah olch diktator. Hanya Parti Komunis diiktiraf.
 Dari aspek ekonomi pula, Blok Kapitalis mengamalkan sistem ekonomi bebas dengan
memberi peluang membuka perniagaan dan pemilikan persendirian.
 Sementara bagi negara-negara Blok Komunis pula, perniagaan dimiliki dan diuruskan
oleh kerajaan. Malah perdagangan antarabangsa tidak digalakkan.
 Menyentuh aspek sosial, Blok Kapitalis memberi kebebasan rakyat untuk berhimpun,
bersuara dan memberi pendapat. Sementara Blok Komunis pula mengawal
kebebasan individu.

( 5) Perlumbaan Senjata

 Perang Dingin juga mencetuskan perlumbaan senjata antara Soviet Union dengan
Amerika Syarikat.
 Peperangan ini menyebabkan kedua-dua kuasa besar ini berlumba-lumba
menghasilkan pelbagai jenis pcralatan perang.
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku persaingan dalam bidang teknologi dan
kctentcraan.
 Antara senjata yang dihasilkan oleh kuasa-kuasa besar ini termasuklah kcreta
perisai, meriam antipesawat, artileri, pesawat pengebom, kapal selam, pesawat
pengintip, grenad roket dan peluru berpandu balistik.
 Penemuan roket menyebabkan kuasa-kuasa besar itu terlibat secara langsung dalam
perlumbaan angkasa lepas.

KESIMPULAN

 Perang Dingin menyebabkan wujud pakatan ketenteraan bagi mempertahankan


kepentingan masing-masing.
 Negara-negara Eropah Barat di bawah pimpinan Amerika Syarikat menjalinkan
kerjasama ketenteraan menerusi NATO dan SEATO.
 Negara-negara Eropah Timur di bawah pimpinan Soviet Union pula mewujudkan
kerjasama melalui Pakatan Warsaw.
 Pakatan ketenteraan dapat mengimbangi kekuatan kedua-dua pihak dalam
menghadapi aneaman musuh.

72
10. Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Revolusi di China pada abad ke-19

Pendahuluan:

 Revolusi China pada abad ke-19 bertujuan untuk menggulingkan dinasti Manchu yang
telah memerintah China sejak tahun 1644. Dalam pada masa itu usaha yang telah di
ambil untuk memulihkan kekuasaan kerajaan Manchu menerusi Gerakan Islah dan
Gerakan Pembaharuan Manchu.
 Gerakan Revolusioner yang berkembang di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen telah
menyebabkan kemunculan gerakan tersebut..
 Revolusi China telah berjaya menumbangkan kerajaan Manchu apabila Maharaja
Hsuan-tsung turun daripada takhta pada 12 Februari 1912.
 Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada tercetusnya Revolusi di China pada
abad ke -19.

Isi-isi Penting :

1. Kelemahan Kerajaan Manchu


 Pada pertengahan abad ke-19 lagi kerajaan Manchu telah mengalami
kemerosotan,antara kemerosotan kerajaan yang jelas ketara dari segi aspek
pentadbiran dan ketenteraan.
 Kelemahan dalam bidang pentadbiran yang dapat di lihat adalah seperti pengawai
kerajaan Manchu tidak cekap menjalankan pentadbiran , kerajaan juga tidak mengambil
langkah untuk membaiki taraf hidup rakyat selain dari itu kerajaan juga tidak menjaga
kebajikan rakyatnya..
 Kelemahan-kelemahan kerajaan Manchu dalam bidang ketenteraan adalah kekalahan
kerajaan Manchu dalam peperangan,s eperti Perang Candu 1 dan 2, dan juga Perang
China-Jepun (1894-1895)..
 Selain dari itu, kerajaan juga terpaksa menandatanganni perjanjian-perjanjian yang
berat sebelah dengan kuasa-kuasa barat seperti Perjanjian Nanking (1842) dan Protokol
Boxer (1901).

2. Ketiadaan Pemimpin Yang Cekap

 Maharaja Dowager dan Maharaja Kuang-hsu telah meninggal dunia pada tahun 1911.
 Selepas kematian Dowager , Hsuan-tung yang berusia tiga tahun telah dilantik sebagai
maharaja.
 Manakalah ayahnya, Putera Chun dilantik sebagai Pemangku Raja.

3. Sentimen Anti Manchu

 Sentimen anti Manchu yang amat menebal dalam kalangan orang cina turut
menyumbang kepada pencetus Revolusi China 1911.
 Gerakan anti Manchu telah dilancarkan oleh orang cina untuk bertujuan menggulingkan
dinasti Manchu dan mengembalikan pemerintahan dinasti Ming. Gerakan ini telah
dilancarkan oleh golongan yang masih setia kepada dinasti Ming.

73
 Sejak tahun 1644, orang Cina menubuhkan pakatan-pakatan sulit untuk melancarkan
pemberontakkan bagi menggulingkan dinasti Manchu.
 Antara pemberontakan anti Manchu yang telah dijalankan adalah 1673-1681
Pemberontakan Kongsi Gelap Three Feudaries, 1796-1804 Pemberontakan Teratai
Putih, 1850-1864 Pemberontakan Taiping. Pemberontak –pemberontakan antiManchu
meletakan asas kepada pencetusan Revolusi China 1911.

4. Masalah Ekonomi.

 Salah satu faktor yang menyebabkan tercetus Revolusi China 1911 adalah masalah
ekonomi yang berlaku semasa pemerintahan Manchu.
 Kejadian banjir dan kemarau yang berlaku antara tahun 1910-1911 menjejaskan
pengeluaran hasil pertanian.
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku kebuluran di wilayah-wilayah seperti Kiangsu,
Shantung, Anhui, Chekiang, dan Hupeh.
 Masalah ekonomi bertambah buruk apabila kerajaan Manchu mengenakan cukai-cukai
yang tinggi. Cukai yang tinggi menambahkan penderitaan rakyat hingga mereka
terpaksa menggadaikan tanah kepada tuan-tuan tanah.

Penutup :

 Faktor-faktor tercetusnya revolusi China di sebabkan ketidakpuasan hati masyarakat


Cina dengan sistem pemerintahan dinasti Manchu.

11. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya Gerakan 4 Mei di China.

Pendahuluan

 Gerakan 4 mei merujuk kepada demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar


Universiti Peking pada 4 Mei 1919.
 Merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat cina terhadap kegiatan imperialisme yang
ditekankan ke atas mereka dan juga merupakansebahagian daripada gerakan iintelektual
yang berlaku antara tahun 1917-1923.
 Kemunculan gerakan 4 Mei disebabkan oleh perasan tidak puas hati terhadap keputusan
Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun.
 Lebih kurang 5000 pensyarah dan mahasiswa Universiti Peking mengadakan demonstrasi
membantah keputusan PerjanjianVersailles dan demonstrasi pelajar mendapat sokongan
dan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Cina.
 Perkembangan tersebut telah menyebabkan rusuhan dan pemogokan diadakan di seluruh
negara dan matlamat utamanya adalah menyelamatkan China daripada ancaman kuasa-
kuasa asing. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada tercetusnya Gerakan 4 Mei di
China.

74
 Isi-isi penting:

1. Ketidakstabilan politik

 Perselisihan faham timbul dalam kalangan pemimpinpemimpin di China


menyebabkan mereka tidak dapat membentuk sesebuah kerajaan yang kukuh.
 Mereka juga gagal mengatur program-program bagi membangunkan negara yang mundur.
 Pada masa itu, perselisihan faham antara Presiden Yuan Shih-
kai dengan Dr. Sun Yat Sen memburukkan lagi keadaan politik di China.
 Keadaan politik semakin meruncingkan apabila munculnya zaman kehulubalangan selepas
kematian Yuan Shih-kai.

2. Kemunculan golongan saudagar dan pekerja

 Semasa perang dunia pertama (19141918), perusahan besi dan keluli berkembang
pesat di China.
 Pihak Berikat memerlukan bekalan besi dan keluli serta kelengkapan perang.
Perkembangan tersebut menyebabkan permintaan untuk bekalan besi dan keluli
meningkat dan muncul golongan saudagar dan pekerja.
 Golongan saudagar dan pekerja tidak berpuas hati dengan pergolakan politik yang
berlaku di China kerana telah menjejaskan sumber pendapatan mereka.
 Selain itu, golongan ini juga tidak puas hati dengan
amalan rasuah serta penyelewengan yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

3. Perkembangan intelektualisme

 Antara tahun 1903 hingga 1919, semakin ramai pelajar China dari luar negeri
pulang ke tanah air. Mereka menyedari pelbagai kepincangan yang berlaku di
dalam negara mereka.
 Mereka mula mengatur langkah untuk melakukan pembaharuan bagi
membangunkan negara mereka.
 Dalam masa itu, Universiti Peking memainkan peranan sebagai pusat
perkembangan intelektual di China.
 Tenaga pengajar universiti tersebut memainkan peranan menyebarkan idea baharu
kepada pelajar-pelajar.
 Mereka yang terpengaruh dengan idea baharu berperanan dalam kebangkitan
Gerakan 4 Mei.

4. Pengambilan wilayah Shantung oleh Jepun

 Jepun bertindak menguasai wilayah Shantung daripada Jerman pada Perang Dunia
Pertama dan menempatkan pasukan tenteranya bagi mengukuhkan kedudukan di
wilayah tersebut.Jepun telah mengalahkan Jerman di Shantung dan merampas
konsesi Jerman di Shantung.
 Pada 18 Januari 1915, Jepun telah mengemukakan tuntutan yang dikenali sebagai “21
permintaan” untuk dilaksanakan oleh China dan menjadikan negeri China sebagai
protektorat Jepun.

75
 Antara perkara-perkara yang terkandung dalam tuntutan tersebut ialah
China tidak menyerahkan atau memajak mana-mana wilayahnya kepada kuasa ketiga;
 China jugadikehendaki melantik penasihatpenasihat Jepun dalam bidang kewangan,
ketenteraan, dan pasukan polis.
 China harus menerima keputusan yang dicapai oleh Jepun dengan Jerman berhubung
dengan hak-hak Jerman di wilayah Shantung.

Penutup
 Pada bulan April 1919, Persidangan Versailles membuat keputusan agar wilayah
Shantung diserahkan kepada Jepun dan keputusan tersebut menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan golongan radikal dalam masyarakat cina.
 Demonstrasi serta pemulauan yang dilakukan oleh saudagar-
saudagar telah melumpuhkan ekonomi China.
 Perkembangan ini telah menyebabkan pihak berkuasa bertindak membebaskan pelajar-
pelajar yang ditangkap pada 7 Mei 1919.
 Dalam masa yang sama, Presiden Hsu Shihchang mengarahkan perwakilan China yang
menyertai Persidangan Versailles supaya menolak syarat syarat Perjanjian Versailles.
 Pada 28 Jun 1919, perwakilan China tidak menghadiri upacara menandatangani
Perjanjian Versailles.
 Tindakan perwakilan China yang meninggalkan Versailles tanpa menandatangani
Perjanjian Versailles menyebabkan keadaan di China pulih.

12. Gerakan 4 Mei telah memberikan impak yang besar kepada seluruh rakyat China.
Bincangkan.

Pendahuluan

 Gerakan 4 mei merujuk kepada demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar


Universiti Peking pada 4 Mei 1919.
 Merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat cina terhadap kegiatan imperialisme yang
ditekankan ke atas mereka dan juga merupakan sebahagian daripada gerakan intelektual
yang berlaku antara tahun 1917-1923.
 Kemunculan gerakan 4 Mei disebabkan oleh perasan tidak puas hati terhadap keputusan
Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun.
 Lebih kurang 5000 pensyarah dan mahasiswa Universiti Peking mengadakan demonstrasi
membantah keputusan PerjanjianVersailles dan demonstrasi pelajar mendapat sokongan
serta sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Cina.
 Perkembangan tersebut telah menyebabkan rusuhan dan pemogokan diadakan di seluruh
negara dan matlamat utamanya adalah menyelamatkan China daripada ancaman kuasa-
kuasa asing.Terdapat beberapa kesan yang boleh dilihat apabila Gerakan 4 Mei ini
tercetus di China.

76
Isi-isi penting

1. Mempertahankan kedaulatan negara

 Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh golongan pelajar mempertahankan


 kedaulatan China daripada pencerobohan kuasa asing.
Ekoran daripada tekanan yang diberikan oleh golongan pelajar, kerajaan China
membuat keputusan untuk menolak Perjanjian Versailles.
 Pada masa yang sama, ahliahli politik yang bertanggungjawab bagi penerimaan 21
tuntutan Jepun terpaksa meletakkan jawatan. Jepun terpaksa untuk bersetuju
menarik diri dari wilayah Shantung dalam Persidangan Washington 1921-1922.

2. Melahirkan semangat kebangsaan

 Golongan pelajar muncul sebagai pejuang bagi mempertahankan kepentingan dan


kedaulatan negara. Mereka juga mengadakan demonstrasi dan memulaukan barang
barang buatan Jepun serta melahirkan perasaan antiJepun dalam kalangan rakyat
China.
 Demonstrasi dan pemogokan yang dilancarkan oleh golongan pelajarpelajar mendapat
sambutan di seluruh negara. Pekerja-pekerja juga mengadakan demonstrasi secara besar-
besaran di Peking, Shanghai, Hankow, dan Tientsin.

3. Perkembangan fahaman komunis

 Gerakan 4 Mei meletakan asas bagi perkembangan fahaman komunis di China dan
mula bertapak serta mempengaruhi pelajar-pelajar daripada Universiti Peking.
 Perkembangan fahaman komunis dalam kalangan pelajar terserlah apabila
Pertubuhan Pengajian Marxism telah ditubuhkan di Universiti Peking oleh Li Ta-
chao pada tahun 1918. Kebanyakan daripada anggotanya terdiri daripada pelajar-
pelajar Universiti Peking seperti Li Ta-chao, Chang Kuo-tao, Mao Tse
tung, dan Chen Tuhsiu yang memainkan peranan dalam perkembangan fahaman
komunis.
 Fahaman komunis bertapak kukuh apabila Parti Komunis China ditubuhkan oleh
Chen Tu-hsiu dan Li Ta-chao pada tahun 1921.

4. Melemahkan kedudukan hulubalang-hulubalang

 Gerakan 4 Mei telah menyebabkan kedudukan hulubalang menjadi semakin


lemah.
 Malah golongan pelajar menyalahkan golongan hulubalang kerana gagal memperta
hankan kepentingan China dalam Perjanjian Versailles.
 Kabinet juga terpaksa dibubarkan ekoran desakan orang ramai.

5. Mengukuhkan kedudukan Kuomintang

 Rakyat memberi sokongan kepada kuomintang yang berjuang untuk menyatukan

77
China.
 Malah memberikan dorogan kepada Dr. Sun Yat sen untuk mengukuhkan kuasa di
China dan membentuk kerajaan baharu di Nanking pada tahun 1928.

Penutup :

 Penglibatan pelajar dalam Gerakan 4 Mei 1919 telah membawa erti yang besar
kepada zaman pembaharuan di China.
 Gerakan yang bertujuan untuk memberikan kesedaran dan mewujudkan
kebudayaan moden serta merangsang golongan muda ke arah nasionalisme ini telah
berjaya memupuk keyakinan pelajar menyebabkan mereka bertindak balas terhadap
imperialisme asing.

13. Bincangkan penglibatan United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara ( NATO )

PENDAHULUAN
 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ditubuhkan padsa tahun 1949
sebagai tindak balas terhadap ancaman pencerobohan Soviet Union ke atas
Eropah Barat selepas Perang Dunia Kedua.
 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) merupakan gabungan 11 buah
negara Eropah Barat di bawah kepimpinan Amerika Syarikat yang mempunyai
matlamat yang sama iaitu untuk membendung perkembangan ideologi
komunis.
 Antara negara yang menganggotai NATO ialah Britain, Perancis, Belanda,
Belgium, Luxemborg, Norway, Denmark, Iceland, Portugal, Itali, Greece dan
Turki.
 Pertubuhan dunia ini memperlihatkan penglibatan United Kingdom dan
Amerika Syarikat dalam usaha menangani isu pertahanan dan keselamatan
khususnya bagi negara-negara anggota di Eropah Barat.

Isi-Isi Penting

1. United Kingdom sebagai Perancang Utama Penubuhan NATO

 United Kingdom merupakan perancang utama penubuhan NATO.


 Meskipun para sejarawan seperti Andrew Defty berhujah bahawa usaha
penubuhan NATO dilakukan secara kolektif, namun Britain, melalui peranan
yang dimainkan oleh Setiausaha Luarnya iaitu Ernest Bevin, sebenarnya
memainkan peranan yang lebih besar berbanding Amerika Syarikat dalam
memastikan NATO ditubuhkan dengan jayanya.
 Kebenaran hujah ini terbukti apabila melihat kesungguhan Bevin untuk
memastikan NATO ditubuhkan secepat mungkin. Sementara Amerika Syarikat

78
dilihat kurang berminat untuk menubuhkan NATO sehingga mendorongnya
untuk melengah-lengahkan rundingan yang membincangkan penubuhan NATO.
 Bevin dianggap sebagai ‘key player’ dalam memastikan AS bersetuju dan
seterusnya menubuhkan dan menyertai NATO. Atas inisiatif Bevin maka AS telah
bersetuju dengan idea penubuhan NATO dan seterusnya menganjurkan
beberapa siri rundingan yang akhirnya telah melahirkan NATO.
 Secara dasarnya, kelemahan kuasa politik dan ketenteraan Britain ekoran
masalah ekonomi pada awal era pasca Perang Dunia Kedua, kemelut politik di
Greece, Turki dan negara-negara Eropah Barat ekoran tindak-tanduk Kesatuan
Soviet dan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) menyelesaikan konflik-konflik tersebut telah dijadikan oleh Bevin sebagai
asas ke arah pembinaan kerjasama ketenteraan yang baharu iaitu NATO.

2. United Kingdom Berusaha Melibatkan Amerika Syarikat dalam NATO.

 United Kingdom bertindak melibatkan Amerika Syarikat dalam proses


pembentukan NATO.
 Hal ini dapat dibuktikan dengan koleksi surat-surat Ernest Bevin, Setiausaha
Luar Britain dari tahun 1946 hingga 1951.
 Dokumen Foreign Office yang diterajui oleh Parti Buruh di British
sememangnya menyusun strategi supaya pertubuhan Eropah itu disertai oleh
Amerika Syarikat.
 Kegagalan Liga Bangsa yang tidak disertai oleh Amerika Syarikat
menyebabkan United Kingdom berusaha keras untuk membawa masuk
Amerika Syarikat ke dalam NATO.
 Tambahan pula, Presiden Harry S. Truman belum bersedia menghadapi
ancaman Soviet Union. Beliau mengharapkan bantuan Amerika Syarikat
untuk lebih bersedia menghadapi ancaman Soviet Union.
 Dalam hal ini, United Kingdom menggunakan krisis antarabangsa antara
Soviet Union dengan Amerika Syarikat sebagai sandaran penglibatan Amerika
Syarikat dalam penubuhan NATO.

3. Amerika Syarikat Memainkan Peranan Penting dalam NATO Berhubung Isu


Pertahanan dan Keselamatan di Eropah Barat.

 Amerika Syarikat sebagai kuasa besar memainkan peranan penting dalam


pertubuhan NATO.
 Perkembangan politik selepas Perang Dunia Kedua mendorong Amerika
Syarikat untuk terlibat dalam NATO. Penyertaan Amerika Syarikat
menandakan komitmen negara tersebut terhadap pertahanan dan
keselamatan Eropah Barat.
 NATO melibatkan Amerika Syarikat kerana Amerika Syarikat dilihat sebagai
sebuah kuasa besar yang mempunyai keupayaan untuk mengekang
kemaraan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.
 Keupayaan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dapat mengatasi
ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
79
Bersatu (PBB) dalam menangani konflik dunia kerana PBB tidak memiliki
pasukan tentera sendiri.
 Tegasnya, penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO jelas bertujuan untuk
memastikan pertubuhan ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan
berkesan.

4. Amerika Syarikat adalah NATO dan NATO adalah Amerika Syarikat.

 Penglibatan Amerika Syarikat dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO


) begitu penting sehinggakan negara itu dilihat sebagi bayangan NATO melalui
slogan “Amerika Syarikat adalah NATO dan NATO adalah Amerika Syarikat.
 NATO didominasi oleh Amerika Syarikat menyebabkan Soviet Union memandang
pertubuhan itu sebagai Amerika Syarikat dan bukan sebagai kesatuan negara-
negara Eropah Barat.
 NATO memberi peluang kepada Amerika Syarikat menyekat kebangkitan semula
.Jerman sebagai kuasa militer di Eropah.
 Sementara itu, Amerika Syarikat menjadikan NATO sebagai platform untuk
mengekang penyebaran ideologi komunis oleh Soviet Union,
 Pasukan tentera Amerika Syarikat telah ditempatkan di Turki dan Jerman bagi
menyekat perkembangan fahaman komunis.
 Amerika Syarikat bertindak membantu mempertahankan kedaulatan negara-
negara anggota NATO daripada ancaman dan serangan musuh.
 Amerika Syarikat menunjukkan kekuasaannya dalam NATO sewaktu terlibat
dalam Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union.
 Amerika Syarikat menggunakan negara-negara anggota NATO sebagai penampan
kepada penularan kuasa Soviet Union di Eropah Barat.
 Tegasnya, dominasi Amerika Syarikat jelas diperlihatkan dalam NATO terutama
dalam setiap operasi ketenteraan yang mereka jalankan.

KESIMPULAN

 Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) memperlihatkan


penglibatan penting United Kingdom dan Amerika Syarikat melalui peranan
masing-masing.
 Misalnya, rancangan United Kingdom membawa masuk Amerika Syarikat ke
dalam NATO telah berjaya mengekang penularan ideologi komunis dan
ketenteraan Rusia serta kebangkitan Jerman.
 United Kingdom dan Amerika Syarikat menunjukkan komitmen yang sangat
tinggi bagi memastikan kesinambungan, keutuhan dan kestabilan NATO sebagai
sebuah pertubuhan keselamatan.
 Kejayaan ini telah menjadikan NATO sebagai sebuah pertubuhan keselamatan
yang berjaya bukan sahaja di Eropah tetapi juga di peringkat dunia.

80
81

You might also like