You are on page 1of 6

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TEMA 1: MASYARAKAT

HASIL PEMBELAJARAN:
1. Calon seharusnya dapat membincangkan bentuk masyarakat dan proses
perubahan yang bermula dari masyarakat feudal hingga masyarakat
industri.

Ruang LingkupPerbincangan:
1. Konsep masyarakat Feudal
2. Ciri-ciri masyarakat Feudal
3. Susun Lapis masyarakat

FOKUS PdP

Masyarakat

Feudal Agraria Maritim Industri


Abad ke 16 – 17 Abad ke 16 – 17 Abad ke 16 – 17 Abad ke 17 – 18
England & Belanda & China Portugal & England &
Jepun Jepun Jerman

Fokus:

- Tumpuan perbincangan mengikut kronologi masa


- Mengikut kawasan kajian
SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TAJUK 1 : Masyarakat

Unit 1.1 : Masyarakat Feudal

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan definisi dan ciri-ciri dan susun lapis


masyarakat feudal di England

Kawasan Kajian/ Masa : Masyarakat Feudal di England abad ke-16 hingga 17

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan


- Digunakan oleh sejarawan untuk menerangkan
1. Konsep /definisi susunan sosial masyarakat yang muncul di Eropah
Masyarakat Feudal pada zaman pertengahan di Eropah.
- Secara umum terdapat dua maksud feudalisme yang
merangkumi ciri persamaan dan perbezaan. Takrifan
pertama feudalisme ialah satu bentuk organisasi
politik dan sosial yang mempunyai kelas atau
susunan tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki.
Takrifan kedua membawa maksud satu sistem
hubungan timbal-balas yang berdasarkan
ketaasetiaan antara dua kumpulan manusia bebas

2. Sejarah kemunculan - Sebuah kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat


sistem feudal di pada abad ke-9 M, selepas perpecahan Empayar
England Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-13
M
- Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa
kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian
3. Ciri-ciri masyarakat ● Sosial
feudal di England - Masyarakat bersusun lapis yang terdiri daripada
raja, bangsawan dan petani (serf)
- Wujud hubungan timbal balas di antara dua
kumpulan iaitu golongan yang memerintah dan
diperintah.
- Golongan pemerintah terdiri daripada raja, dan
beberapa bangsawan
- Bangsawan merupakan pengikut yang setia
(vassal) kepada raja
- Rakyat biasa yang dikenali serf merupakan
golongan yang setia kapada bangsawan yang
berkuasa ke atas mereka.
Bil Kandungan Keterangan
Ekonomi
- Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal
dalam komuniti kampong yang dikenali sebagai
manor
- Kegiatan konomi bergantong kepada aktiviti
pertanian. Manor menjadi asas ekonomi feudalisme
kerana manor yang menghasilkan makanan untuk
semua lapisan masyarakat termasuk raja.
- kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor
tidak menjalankan perdagangan dengan manor yang
lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan
untuk keperluan sendiri
- perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan
dkendalikan secara sistem barter.

● Agama
- Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa,
mereka memiliki sebahagian besar tanah.
- Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat
pada zaman feudal.
- Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh
kehidupan masyarakat
- Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan)
dan kurang menekankan aspek duniawi.

● Politik
- Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat
yang lemah menyebabkan pperangan sering berlaku
antara wilayah.
- Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana
berkongsi kuasa dengan golongan pembesar.
Golongan pembesar pula sering menentang raja.

Susun lapis ● Raja


masyarakat feudal di - berada didudukan yang tinggi. Berperanan
England menyatupadukan penduduk di bawahnya dengan
memberi jaminan keselamatan dan perkhidmatan
lain.
- Di bawah raja terdapat beberapa lapisan bangsawan
yang menjadi pengikut raja (vassal) dan memberi
kesetiaan kepada raja.
- Bangsawan kelas pertama digelar tenant in chief.
Golongan ini kadang-kala menjadi terlalu berkuasa
dan mencabar autoriti raja.
- Raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas tuan tanah
(lord) dan pemilik kepada semua tanah dalam
kerajaannya. Ini scara langsung membolehkan raja
menyeragamkan undang-undang yang berkaitan

Bil Kandungan Keterangan


dengan hal-ehwal politik, ekonomi dan sosial.
- raja memberi tanah kepada golongan bangsawan
seperti baron dan knight sebagai ganjaran terhadap
perkhidmatan yang diberikan. Sebagai balasannya
bangsawan harus membekalkan askar-askar untuk
peperangan.
 Bangsawan
- terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan
kedua. Lapisan pertama yang memiliki tanah (fief)
secara langsung daripada raja dan dikenali sebgai
tenants in chief.
- Bangsawan lapisan pertama membahagikan tanah
(fief) mereka kepada bangsawan lapisan kedua.
Bangsawan lapisan kedua seterusnya membahagikan
fief mereka kepada golongan banagsawan yang lebih
rendah daripadanya atau golongan petani.
- Setiap bangsawan (vassal) berkuasa ke atas petani
yang menetap dalam fiefnya.
- Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada
raja akan memerintah di tanahnya. Mereka akan
mengawal penggunaan tanah, undang-undang sendiri
dalam mengawal petani yang mengusahakan tanah
dan dikenakan cukai tertentu. Tanah yang diberikan
oleh raja boleh diwariskan oleh golongan
banagsawan
- sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan
bangsawan akan dikenakan cukai ke atas tanah
berkenaan, mereka harus memberi kesetiaan kepada
raja dan menyediakan knight sebagai tentera raja
- Golongan bangsawan diberikan gelaran oleh raja
seperti duke, count, baron (lord) dan vassal.
● Knight
- Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan
dalam bidang ketenteraan. Berkhidmat dengan raja,
bangsawan (lord atau baron) dan mendapat ganajaran
seperti tanah, harta, dan barang rampasan.
- bertanggungjawab melindungi bangsawan dan
keluarga bangsawan. Terikat dengan sumpah yang
mengkehendaki mereka berkhidmat untuk raja dan
bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.
- Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai
balasan serf akan memberi perkhidmatan kepada
knight. Knight pula akan melindungi serf dan
keluarganya.
- Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki
rumah dan pasukan tentera sendiri. Mereka juga
berhak memungut cukai di kawasannya.

Bil Kandungan Keterangan

● Petani
- rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan
golongan bangsawan. Mereka dikenali sebagai serf
iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas
sepenuhnya.
- petani terikat dengan pemimpin atau tuan tanah
mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari
satu tempat ke tempat yang lain.
- berada di bawah pengawasan dan bergantung kepada
raja dan bangsawan untuk mendapatkan rezeki.
- bercucuk tanam dan menjelankan ternakan di tanah
yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan
harian. Ada juga petani yang menyewa tanah dengan
golongan bangsawan.
- Petani mewakili sebahagian besar daripada penduduk
England. Mereka dikenali sebagai freeman, villian,
sokeman, border dan cottar.
- Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh lord
manor (institusi manor/ladang) yang akan
melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi
membolehkan petani mendapatkan keadilan.

● Hamba
- Berada di bawah golongan petani.mewakili satu
persepuluh penduduk England.
- Golongan ini tidak memiliki tanah dan mempunyai
hak perundangan yang terhad.

● Paderi
- merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan.
Sebilangan besar terdiri daripada golongan
bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal.
- pada abad ke-12 dan 13 M hampir 1/3 daipada tanah
yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja..
- Bishop dan pegawai yang memegang jawatan
penting dalam gereja biasanya adalah golongan
bangsawan. Campurtangan golongan bangsawan
dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan
pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan
yang mementingkan material dan mempunyai dua
tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).
3. Cadangan BBM  Peta Jepun dan England
 Power Point

You might also like