You are on page 1of 3

SOALAN HURAIKAN STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND PADA

ABAD KE-16 HINGGA 17 MASIHI.


PENGENALAN  Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarawan untuk
menerangkan susunan sosial masyarakat yang muncul di Eropah pada
zaman pertengahan di Eropah.
 Secara umum terdapat dua maksud feudalisme yang merangkumi ciri
persamaan dan perbezaan.
 Takrifan pertama feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik
dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan tertentu iaitu
mengikut susun lapis hierarki.
 Takrifan kedua membawa maksud satu sistem hubungan timbal-
balas yang berdasarkan ketaat-setiaan antara dua kumpulan
manusia bebas.
PENEGASAN  Terdapat beberapa struktur masyarakat feudal di England pada abad
SOALAN ke 16-17 Masihi.
LAPISAN 1 RAJA
HURAIAN  Raja berada di kedudukan yang tinggi.
 Berperanan menyatupadukan penduduk di bawahnya dengan
memberi jaminan keselamatan dan perkhidmatan lain.
 Di bawah raja terdapat beberapa lapisan bangsawan yang menjadi
pengikut raja (vassal) dan memberi kesetiaan kepada raja.
 Bangsawan kelas pertama digelar tenant in chief.
 Golongan ini kadang-kala menjadi terlalu berkuasa dan mencabar
autoriti raja.
 Raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas tuan tanah (lord) dan
pemilik kepada semua tanah dalam kerajaannya.
 Ini secara langsung membolehkan raja menyeragamkan undang-
undang yang berkaitan dengan hal-ehwal politik, ekonomi dan
sosial.
 raja memberi tanah kepada golongan bangsawan seperti baron dan
knight sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yang diberikan.
 Sebagai balasannya bangsawan harus membekalkan askar-askar
untuk peperangan.
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa raja menduduki lapisan teratas dalam struktur
masyarakat feudal di England.
LAPISAN 2 GOLONGAN BANGSAWAN
HURAIAN  Golongan bangsawan terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama
dan kedua.
 Lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung
daripada raja dan dikenali sebgai tenants in chief.
 Bangsawan lapisan pertama membahagikan tanah (fief) mereka
kepada bangsawan lapisan kedua.
 Bangsawan lapisan kedua seterusnya membahagikan fief mereka
kepada golongan banagsawan yang lebih rendah daripadanya atau
golongan petani.
 Setiap bangsawan (vassal) berkuasa ke atas petani yang menetap
dalam fiefnya.
 Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan
memerintah di tanahnya.
 Mereka akan mengawal penggunaan tanah, undang-undang
sendiri dalam mengawal petani yang mengusahakan tanah dan
dikenakan cukai tertentu.
 Tanah yang diberikan oleh raja boleh diwariskan oleh golongan
banagsawan
 sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan
akan dikenakan cukai ke atas tanah berkenaan, mereka harus
memberi kesetiaan kepada raja dan menyediakan knight sebagai
tentera raja
 Golongan bangsawan diberikan gelaran oleh raja seperti duke,
count, baron (lord) dan vassal.
PENEGASAN ISI  Tuntasnya, golongan bangsawan menduduki lapisan kedua dalam
struktur masyarakat feudal di England.
LAPISAN 3 KNIGHT
HURAIAN  Knight diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan
dalam bidang ketenteraan.
 Berkhidmat dengan raja, bangsawan (lord atau baron) dan
mendapat ganajaran seperti tanah, harta, dan barang rampasan.
 bertanggungjawab melindungi bangsawan dan keluarga
bangsawan.
 Terikat dengan sumpah yang mengkehendaki mereka berkhidmat
untuk raja dan bangsawan dan boleh dipanggil bila-bila masa.
 Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai balasan serf
akan memberi perkhidmatan kepada knight.
 Knight pula akan melindungi serf dan keluarganya.
 Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah dan
pasukan tentera sendiri.
 Mereka juga berhak memungut cukai di kawasannya.
PENEGASAN ISI  Justeru, knight menduduki lapisan ketiga dalam struktur masyarakat
feudal di England.
LAPISAN 4 GOLONGAN PETANI
HURAIAN  Golongan petani merupakan rakyat biasa yang menetap di
wilayah kekuasaan golongan bangsawan.
 Mereka dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi
tidak bebas sepenuhnya.
 petani terikat dengan pemimpin atau tuan tanah mereka dan tidak
bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat yang
lain.
 Golongan petani berada di bawah pengawasan dan bergantung
kepada raja dan bangsawan untuk mendapatkan rezeki.
 Mereka bercucuk tanam dan menjalankan ternakan di tanah yang
diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian.
 Ada juga petani yang menyewa tanah dengan golongan
bangsawan.
 Petani mewakili sebahagian besar daripada penduduk England.
Mereka dikenali sebagai freeman, villian, sokeman, border dan
cottar.
 Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh lord manor
(institusi manor/ladang) yang akan melindungi petani, mendirikan
mahkamah bagi membolehkan petani mendapatkan keadilan.
PENEGASAN ISI  Tegasnya, golongan petani merupakan sebahagian besar dalam
masyarakat feudal di England
LAPISAN 5 GOLONGAN HAMBA
HURAIAN  Berada di bawah golongan petani mereka mewakili satu
persepuluh penduduk England.
 Golongan ini tidak memiliki tanah dan mempunyai hak
perundangan yang terhad.
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa golongan petani menduduki lapisan paling bawah
dalam struktur masyarakat feudal di England.
LAPISAN PADERI
BERASINGAN
HURAIAN  Golongan paderi merupakan satu kelas masyarakat yang
berasingan.
 Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan yang
memiliki tanah sebagai vassal.
 pada abad ke-12 dan 13 M hampir 1/3 daipada tanah yang
digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja..
 Bishop, Abot dan pegawai yang memegang jawatan penting
dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.
 Campurtangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan
gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada
golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua
tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).
PENEGASAN ISI  Jelaslah bahawa golongan paderi menduduki lapisan yang berasingan
dalam struktur masyarakat feudal di England.
PENUTUP  Kesimpulan calon…
SUMBER Modul PdP STPM Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia
RUJUKAN:

You might also like