You are on page 1of 3

8/7/2022 BLOG SEJARAH STPM: CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND ( ABAD 16-17 M)

More Create Blog Sign In

HOME

ENJIN CARIAN BAHAN

Carian

RABU, 28 JULAI 2021

CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND


( ABAD 16-17 M)

SOALAN : HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND


PADA ABAD KE-16 DAN 17 MASIHI.

Pendahuluan
Masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai susun
lapis tersendiri.
Dalam masyarakat feudal, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan
melalui penguasaan terhadap tanah.
Kemunculan masyarakat feudal di England bermula semasa pemerintahan William
Si Penakluk yang meletakkan asas feudalisme yang lebih sistematik.
Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam ciri masyarakat feudal di
England.

Isi- isi utama


1. Kedudukan raja
Abad ke-16 dan 17, muncul sistem pemerintahan monarki mutlak di England
Raja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan
kehakiman.
Raja-raja dinasti Tudor dan Stuarts mengambil pelbagai langkah bagi
mempertahankan kedudukan dan kuasa mutlak raja.
Contohnya, Raja Henry VII bertindak mengurangkan kuasa parlimen dan
menyekat pengaruh serta kekuasaan golongan bangsawan.
Semasa pemerintahan dinasti Stuarts berlaku perselisihan antara raja dengan
Parlimen dalam usaha mengukuhkan kuasa raja.
Parlimen telah menyekat pengaruh raja dengan memaksa Raja Charles I
menandatangani Pengisytiharan Hak.
Perkembangan ini menyebabkan pemerintahan raja berperlembagaan di
perkenalkan di England semasa pemerintahan Raja Charles II.
Tuntasnya, kekuasaan raja mengalami perubahan apabila pemerintahan beraja
mutlak digantikan dengan raja berperlembagaan.

2. Pengaruh bangsawan
Menjelang abad ke-16 dan 17, pengaruh golongan bangsawan mengalami
kemerosotan disebabkan kedudukan raja yang semakin kukuh ekoran
perkembangan kapitalisme.
Perkembangan ini menyebabkan raja di England dapat mengawal golongan
bangsawan.
Kemerosotan pengaruh bangsawan ini membawa kepada kemunculan golongan
baru iaitu pegawai-pegawai pentadbir yang berkebolehan dan berwibawa dalam
pentadbiran.
Perlantikan pegawai-pegawai ini adalah berasaskan merit dan bukan keturunan.

https://sejarahstpm.blogspot.com/2021/07/ciri-ciri-masyarakat-feudal-di-england.html 1/3
8/7/2022 BLOG SEJARAH STPM: CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND ( ABAD 16-17 M)
Pegawai-pegawai menerima gaji daripada raja bagi membantu mengendalikan
pemerintahan dan pentadbiran.
Jelaslah bahawa golongan bangsawan mulai hilang pengaruh apabila kedudukan
mereka diambil alih oleh pegawai-pegawai pentadbir.

3. Kedudukan Knight
Menjelang abad ke-16 dan 17, peranan golongan knight telah berubah
apabila kedudukan raja menjadi semakin kukuh.
Raja tidak lagi bergantung kepada golongan knight untuk mempertahankan negara.
Raja menubuhkan pasukan tentera tetap dan tentera upahan yang berada di
bawah kawalan dan penguasaan raja.
Pasukan tentera tidak lagi didominasi oleh golongan knight sahaja.
Golongan petani dan rakyat biasa juga direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan
tentera.
Tegasnya, peranan golongan knight turut mengalami perubahan ekoran
perkembangan dalam politik dan ekonomi di England.

4. Pemilikan tanah
Pada abad ke-16 dan 17, perubahan dalam sistem ekonomi
menyebabkan masyarakat feudal tidak bergantung kepada tanah untuk
menjalankan aktiviti ekonomi.
Masyarakat feudal juga tidak lagi terikat dengan tuan-tuan tanah.
Mereka melibatkan diri dalam aktiviti pertanian komersial dengan menjadi
buruh upahan kepada tuan tanah
Kemunculan bandar menyebabkan golongan petani mula berhijrah ke bandar
bandar dan terlibat dalam sektor perindustrian.
Perkembangan ekonomi komersial juga menyebabkan raja berjaya mengukuhkan
kedudukan dengan menguasai ekonomi kapitalisme.
Jelaslah bahawa penguasaan ekonomi oleh raja dan perkembangan
ekonomi kapitalisme telah mengubah bentuk pemilikan tanah yang mengikat
masyarakat feudal di England.

5. Kewajipan peribadi
Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam hubungan antara raja dan
golongan bangsawan.
Kedudukan raja menjadi semakin kukuh dan tidak lagi bergantung
kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan.
Hubungan antara tuan tanah dan petani turut berubah apabila tuan
tanah membebasan petani.
Jelaslah, hubungan peribadi yang wujud berasaskan kontrak perjanjian mula
berubah apabila kedua-dua pihak sudah tidak saling bergantung antara satu sama
lain.

6. Mobiliti sosial
Perubahan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17 telah
menyebabkan wujud mobilti sosial dalam masyarakat di England yang
sebelumnya jarang berlaku.
Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut
mengalami perubahan.
Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dimonopoli oleh golongan
bangsawan mula disandang oleh rakyat biasa.
Hal ini membawa kepada kemunculan golongan pertengahan dan kelas menengah
dalam struktur masyarakat di England.
Jelaslah, bahawa kedudukan sosial dan status masyarakat feudal di
England mengalami perubahan.

Kesimpulan
Abad ke-16 dan 17 mencorakkan perubahan yang ketara dalam ciri masyarakat
feudal yang diamalkan sejak zaman pertengahan.
Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa turut
membawa perubahan dalam hierarki dan peranan masyarakat feudal di
England.
Hal ini membawa kepada munculnya masyarakat industri pada abad ke-18.

Dicatat oleh Cikgu Rashman di Rabu, Julai 28, 2021

Label: Ciri Feudal England

https://sejarahstpm.blogspot.com/2021/07/ciri-ciri-masyarakat-feudal-di-england.html 2/3
8/7/2022 BLOG SEJARAH STPM: CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND ( ABAD 16-17 M)

4 ulasan:
Unknown berkata...
Nota ini sangat membantu saya,terima kasih kepada orang yang

😊
membuatnya,dan saya harap akan lebih banyak lagi bab yang lain akan
dihasilkan
4 Disember 2021 9:31 PG

Jang berkata...
Tq cak
13 Februari 2022 12:29 PTG

Tanpa Nama berkata...


Tq cg
7 Ogos 2022 10:01 PG

Tanpa Nama berkata...


Ok
7 Ogos 2022 10:09 PG

Catat Ulasan

Laman utama Catatan Lama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

https://sejarahstpm.blogspot.com/2021/07/ciri-ciri-masyarakat-feudal-di-england.html 3/3

You might also like