You are on page 1of 3

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND

CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL


KEDUDUKAN RAJA
KEMEROSOTAN PENGARUH BANGSAWAN
KEDUDUKAN KNIGHT
PEMILIKAN TANAH
KEWAJIPAN PERIBADI
MOBILITI SOSIAL

KEDUDUKAN RAJA
Menjelang abad ke-16 dan 17, muncul sisitem pemarintahan monarki mutlak di
England.Mengikut susunan ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran,
perundangan dan kehakiman. Raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis
masyarakat. Bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya seseorang raja mengambil
pelbagai langkah untuk mengukuhkan keudukannya seperti dilakukan oleh Raja Henry
VII.

Dalam bidang politik beliau mengurangkan kuasa parlimen. Parlimen menurut perintah
Raja Henry VII. Baginda juga menyekat pengaruh dan kuasa golongan bangsawan.
Memansuhkan amalan memakai pakaian khas oleh golongan bangsawan.

Dalam bidang ekonomi, baginda meningkatkan perbendaharaan negara,


memperkenalkan tarif bagi melindungi industri tekstil dan kain kapas. Baginda turut
mengenakan cukai import dan eksport. Kedudukan kewangan yang kukuh berjaya
mengukuhkan kedudukannya. Dalam bidang perundangan, baginda menubuhkan Majlis
Diraja yang berperanan sebagai mahkamah. Majlis ini berperanan dalam mengawal
keamanan dan keadilan.

Menjelang pemerintahah Dinasti Stuart, berlaku perselisihan antara raja dengan


parlimen dalam mengukuhkan kedudukan masing-masing. Dalam hal ini Raja James I dan
Raja Charles I telah mengambil tindakan bagi mempertahankan kedudukan mereka.
Kemuncak kepada pertentangan ini menyebabkan parlimen memaksa Raja Charles I
menandatangani Pengistiharan hak.

Tujuan pengisytiharan ini diperkenalkan ialah untuk menyekat kuasa dan pengaruh
raja. Menjelang pemerintahan Raja CharlesII, pemerintahan Raja Berperlembagaan
diamalkan di England. Perkembangan ini menyebabkan raja tertakluk kepada peraturan
dan undang-undang yang digubal oleh Parlimen.
KEMEROSOTAN PENGARUH BANGSAWAN
Menjelang abad ke-16 dan 17, pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan merosot.
Kedudukan raja pula semakin kukuh ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam
bidang ekonomi. Penglibatan raja dalam kegiatan ekonomi kapitalis mengukuhkan
kedudukan dan pengaruhnya. Perkembangan ini menyebabkan raja England dapat
mengawal golongan bangsawan.

Ekoran daripada penguasaan penguasaan terhadap golongan bangsawan, raja


menjalankan pemerintahan secara mutlak. Kemerosotan pengaruh bangsawan
menyebabkan muncul pegawai-pegawai pentadbiran. Pegawai-pegawai ini menerima gaji
daripada raja bagi membantu mengendalikan mengendalikan pemerintahan dan
pentadbiran. Pegawai-pegawai ini terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai kebolehan
dan kewibawaan dalam pentadbiran.

KEDUDUKAN KNIGHT
Dalam masyarakat feudal golongan knight memainkan peranan penting dalam bidang
ketenteraan, tanggungjawab golongan ini ialah untuk mempertahankan raja dan golongan
bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan
harta benda daripada raja dan golongan bangsawan.

Menjelang abad ke-16 dan 17, peranan dan kedudukan golongan Knight mula berubah
kerana pemerintah England tidak bergantung kepada golongan ini untuk mempertahankan
negara dari musuh. Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada di bawah kawalan dan
penguasaannya.

Perkembangan ini menyebabkan pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan


knight sahaja. Golongan petani dan rakyat biasa juga direkrut untuk berkhidmat dengan
pasukan tentera.

PEMILIKAN TANAH
Menjelang Zaman Pertegahan, kegiatan ekonomi masyarakat feudal amat bergantung
kepada tanah. Raja mengurniakan tanah kepada bangsawan. Manakala golongan
bangsawan pula akan membekalkan perkhidmatan tentera kepada baginda. Tanah yang
berada di bawah penguasaan golongan bangsawan dikenali sebagai manor.

Tanah yang dikurniakan oleh raja boleh diwarisi oleh keluarga golongan bangsawan.
Menjelang abad ke 16 dan 17, perubahan dalam sistem ekonomi menyebabkan masyarakat
tidak bergantung kepada tanah. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti pertanian komersial
dan perindustrian. Perkembangan ekonomi komersial menyebabkan raja mengukuhkan
kedudukan menerusi penguasaan terhadap kapitalisme.
KEWAJIPAN PERIBADI
Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara lord tuan tanah dengan vassal
penyewa tanah. Hubungan antara kedua-dua pihak tersebut adalah berdasarkan perjanjian
(kontrak). Berdasarkan perjanjian tersebut kedua-dua pihak saling bertanggungjawab
terhadap kepentingan bersama.

Dalam konteks ini, satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi
menawarkan perkhidmatan tentera. Sebagai contoh, raja memberi perlindungan dan
jaminan keselamatan kepada golongan bangsawan. Sebagai balasan golongan bangsawan
akan memberikan perkhidmatan ketenteraan kepada raja..

Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam hubungan raja dengan
golongan bangsawan. Kedudukan raja yang semakin kukuh meyebabkan raja tidak perlu
lagi bergantung kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan. Raja
mempunyai pasukan tentera sendiri dan tidak perlu lagi bergantung kepada golongan
pahlawan dan bangsawan.

MOBILITI SOSIAL
Masyarakat feudal pada zaman pertengahan merupakan masyarakat bersusun lapis yang
menpunyai kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang berlainan. Perubahan dalam
kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku. Setiap golongan harus
melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

Namun demikian perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial yang berlaku
pada abad ke-16 dan 17 menyebabkan wujud mobiliti sosial dalam masyarakat.
Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut mengalami
perubahan. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang yang dimonopoli oleh golongan
bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Hal ini membawa kepada kemunculan
golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat.

You might also like