You are on page 1of 14

DEKOLONISASI DAN PENGEMBALIAN KEDAULATAN CHINA

 Pengenalan
 Dekolonisasi ialah membebaskan tanah dari tanah jajahan dengan memberikan kemerdekaan kepada
tanah jajahan tersebut
 Menurut Alan Roberts, dekolonisasi mula berkembang secara perlahan sejak perang dunia pertama
selepas bekas tanah jajahan imperialis Barat mencapai kemerdekaan.
 Proses dekolonisasi selepas perang dunia kedua berlaku dengan pantas
 Selepas perang dunia kedua, kedudukan ekonomi negara-negara Eropah merosot sehingga mereka tidak
mempunyai kekuatan untuk menguasai tanah jajahan mereka.
 Oleh itu mereka melakukan dekolonisasi
 Desakan hebat daripada penduduk tempatan iaitu golongan intelek menyebabkan proses dekolonisasi
berlaku dengan cepat
 Kebanyakkan rakyat China menganggap kerajaan Ch’ing adalah kerajaan asing kerana pemerintahan
kerajaan ini merupakan Manchu yang berasal daripada Manchuria
 Perang saudara berlaku di China antara Parti Komunis China dengan Koomintang disebabkan perbezaan
ideologi yang dianuti oleh kedua-dua pihak tersebut.

 Revolusi China 1911


 Revolusi ini bertujuan untuk menggulingkan dinasti Manchu yang memerintah China sejak tahun 1644
 Pada pertengahan abad ke-19, wujud kepercayaan dalam kalangan orang China bahawa dinasti Manchu
telah kehilangan mandat untuk memerintah negara
 Usaha telah dilakukan untuk memulihkan kekuasaaan kerajaan Manchu menerusi Gerakan Islah dan
Gerakan Pembaharuan Manchu
 Usaha ini gagal mengukuhkan kedudukan kerajaan Manchu
 Perkembangan ini muncul Gerakan Revolusioner di bawah pimpinan Dr Sun Yat Sen untuk
menggulingkan kerajaan Manchu
 Revolusi china Berjaya menumbangkan kerajaan Manchu apabila Maharaja Hsuan-tsung turun daripada
takhta pada 12 Februari 1912

 Faktor-faktor Tercetus Revolusi China 1911


1) Peranan Dr. Sun Yat Sen
Latar Belakang:-
o Merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam gerakan menentang Manchu. Dilahirkan
pada 12 November 1866 di daerah Hsiang-shan, Kwantung di China Selatan
o Beliau menerima pendidikan Barat di Sekolah Mubaligh Anglican & Kolej Oahu di Honolulu, Hawaii.
Pada tahun 1887, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Queen’s College di Hong
Kong
o Selepas menamatkan pelajarannya, beliau memulakan perkhidmatan dalam bidang perubatan di
Macao dan seterusnya berpindah di Canton
o Semasa belajar di Hong Kong beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik
 Menubuhkan Pertubuhan Revolusioner
 Beliau menubuhkan pertubuhan revoluisoner iaitu Hsing Chung-hui di Honolulu, Hawaii pada
tahun 1894. Pertubuhan ini untuk menggulingkan kerajaan Manchu
 Beliau mendapat sokongan daripada orang China di seberang laut untuk melancarkan
pemberontakan
 Pada tahun 1895 golongan ini merancang untuk menawan dan menjadikan Canton sebagai ibu
pejabat Hsing Chung-hui

1
 Apabila percubaan mereka gagal, beliau mendapatkan perlindungan di Jepun. Beliau
menubuhkan cawangan Hsing Chung-hui di Yokohama, Jepun

 Menubuhkan Parti Revolusi


 Dr. Sun Yat Sen kembali ke Jepun. Beliau bertemu dengan dua tokoh nasionalis China iaitu Huang
Hsing dan Sung Chiao-jen
 Beliau menubuhkan Parti Revolusi yang dikenali sebagai Tung Meng-hui di Tokyo pada tahun
1905
 Tung Meng-hui merupakan gabungan Hsing Chung Hui dengan dua buah persatuan revolusioner
iaitu Hua Hsing-hu dan Kung Fu-hui
 Matlamat utama penubuhan Tuang Meng-hui ialah
a) Menjatuhkan kerajaan Manchu
b) Menubuhkan kerajaan republik
c) Menjadikan tanah-tanah hak kerajaan
d) Menghapuskan penguasaaan kuasa-kuasa asing di China
 Cawangan-cawangan pertubuhan ini ditubuhkan di Brussells, San Francisco, Singapura, Tanah
Melayu & Honolulu. Cawangan-cawangan ditubuhkan di bandar-bandar utama China
 Menerusi cawangan-cawangan seberang laut, beliau memungut wang & merekrut sukarelawan
bagi melaksanakan pemberontakan

 Menyebarkan Perasaan Anti-Manchu


 Beliau menyampaikan ceramah bagi menanam perasaan anti-Manchu dalam kalangan rakyat
China. Beliau menulis rencana-rencana dalam akhbarnya Min Pao di Tokyo
 Gerakan ini mendapat sokongan daripada:-
a) Pelajar-pelajar
b) Rakyat yang tidak berpuas hati terhadap kezaliman Manchu
c) Kongsi-kongsi gelap
d) Tentera yang mendapat latihan di Barat

 Mengemukakan Ideologi Revolusi


 Beliau mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan dengan Tiga Prinsip Rakyar (San Min
Chu-i) iaitu nasionalisme, demokrasi & kebajikan sosial. Beliau Berjaya mempengaruhi orang
ramai menerusi ideologi tersebut
 Prinsip-prinsip yang digunakan oleh Dr. Sun Yat Sen

IDEOLOGI PRINSIP
Nasionalisme  Rakyat harus menumpahkan taat setia kepada negara
(Min-tsu chui-i)  Melibatkan penyatuan bangsa Cina, Mongol, Manchu, Tibet dan orang Islam
Demokrasi  Kerajaan yang menjamin kedaulatan rakyat ditubuhkan
(Min-chuan)  Pentadbiran dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang mahir
Kebajikan Sosial  Kuasa digunakan untuk menentukan keperluan rakyat
(Min-sheng chui-i)  Pembahagian sama rata hak milik tanah untuk membaiki kehidupan petani

 Prinsip ini diterima sebagai ideologi utama revolusi Tuang Meng-hui dan meletakkan asas
kepada perkembangan Gerakan Revolusioner di China

 Melancarkan Pemborantakkan

2
 Antara tahun 1895-1911, Dr. Sun Yat Sen dan pengikutnya telah merancang dan melancarkan 10
pemberontakkan di China
 Pemberontakkan ini telah menjejaskan martabat dan maruah kerajaan Manchu

2) Kelemahan Kerajaan Manchu


 Kerajaan ini mengalami kemerosotan sejak pertengahan abad ke-19. Ini jelas dalam aspek
pentadbiran dan ketenteraan

3) Antara kelemahan dalam pentadbiran:-


a) Pegawai-pegawai kerajaan Manchu tidak cekap menjalankan pentadbiran
b) Kerajaan tidak mengambil langkah untuk membaiki taraf hidup rakyat
c) Kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat
d) Amalan rasuah berleluasa dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan Manchu
e) Pegawai-pegawai mengenakan cukai yang lebih tinggi daripada cukai yang telah ditetapkan oleh
kerajaan

4) Antara kelemahan dalam ketenteraan:-


a) Kerajaan Manchu mengalami kekalahan dalam peperangan seperti Perang Candu Pertama, Perang
Candu Kedua & Perang China-Jepun (1894-1895)
b) Kerajaan terpaksa menandatangani perjanjian yang berat sebelah dengan kuasa-kuasa barat seperti
Perjanjian Nanking (1842) dan Protokol Boxer (1901)
c) Kekalahan dalam peperangan dengan kuasa-kuasa asing menjatuhkan maruah kerajaan Manchu
d) Rakyat juga hilang kepercayaan terhadap kerajaan Manchu dan berazam untuk menggulingkan
dinasti tersebut

5) Ketiadaan Pemimpin yang Cekap


 Ketiadaan pemimpin-pemimpin yang cekap dan berwibawa juga merupakan salah satu faktor
tercetus dalam Revolusi China 1911
 Maharani Dowager dan Maharaja Kuang-hsu meninggal dunia pada tahun 1908
 Selepas kematian Dowager, Hsuang-tung yang berusia tiga tahun telah dilantik sebagai maharaja.
Ayahnya Chun dilantik sebagai Pemangku Raja. Putera Chun tidak mempunyai kebijaksanaan politik

6) Sentimen Anti-Manchu
 Sentimen Anti-Manchu yang amat menebal dalam kalangan orang Cina turut menyumbang kepada
pencetusan Revolusi China
 Orang china melancarkan gerakan anti-Manchu untuk menggulingkan dinasti Manchu dan
mengembalikan pemerintahan dinasti Ming. Gerakan ini dilancarkan oleh golongan yang masih setia
kepada dinasti Ming
 Sejak tahun 1644, orang China menubuhkan pakatan-pakatan sulit untuk melancarkan
pemberontakan bagi menggulingkan dinasti Manchu
 Antara pemberontakan anti-Manchu yang dilancarkan bagi menjatuhkan kerajaan Manchu ialah:-
 Pemberontakan Kongsi Gelap Three Feudaries (1673-1681)
 Pemberontakan Teratai Putih (1796-1804)
 Pemberontakan Taiping (1850-1864)

7) Kesengsaran Sosial
 Masalah sosial ini dihadapi oleh rakyat China
 Antara tahun 1885-1911, bilangan penduduk di China meningkat daripada 337 juta orang kepada
430 juta orang.
3
 Pertambahan pesat penduduk tidak seimbang dengan pertambahan dalam pengeluaran hasil
pertanian
 Ini menyebabkan berlaku masalah kekurangan bekalan makanan dan kemerosotan taraf hidup
rakyat. Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang berlaku anatara tahun 1910-1911
menyebabkan ramai orang terkorban.
 Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan Manchu

8) Masalah Ekonomi
 Kejadian banjir dan kemarau yang berlaku pada tahun 1910-1911 menjejaskan pengeluaran hasil
pertanian
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku kebuluran di wilayah-wilayah seperti Kiangsu, Shantung,
Anhui, Chekiang dan Hupeh
 Masalah ekonomi bertambah buruk apabila kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi bagi
membiayai
a) Pembinaan landasan kereta api
b) Pembelian senjata
c) Membayar ganti rugi perang China-Jepun (1894-1895)
d) Menghadapi Pemberontakan Boxer (1900)
 Cukai yang tinggi menambah penderitaan rakyat hingga mereka terpaksa menggadaikan tanah
kepada tuan-tuan tanah
 Rakyat berasa tidak puas hati terhadap kerajaan Manchu. Golongan ini bertindak meyokong
pemberontakan bagi menggulingkan dinasti tersebut.

9) Pengaruh Intelektual China


 Golongan intelektual memainkan peranan dalam perkembangan idea revolusi dalam kalangan rakyat
China
 Tokoh yang menyemai benih pembaharuan di China ialah Kang Yu-wei & Liang Chi-chao. Kedua-dua
tokoh ini menubuhkan Persatuan Pelindung Maharaja (Emperor Prtotection Society)
 Antara pembaharuan yang disarankan ialah:-
 Pemerintahan monarki berpelembagaan
 Penubuhan institusi-institusi politik seperti parlimen dan perlembagaan
 Kegiatan golongan intelektual telah menambahkan keinginan untuk melakasanakan perubahan-
perubahan politik di China

10) Pengaruh Gerakan Pembaharuan

 Gerakan Pembaharuan seperti Gerakan Islah, 1898 meletakkan asas bagi kebangkitan Revolusi
China pada tahun 1911
 Semasa gerakan ini berlangsung beberapa rancangan telah dilakasanakan oleh golongan reformis
untuk menguatkan dan memajukan China
 Idea yang dikemukakan oleh golongan reformis seperti Wang Tao (1828-1897) & Ho Kai (1858-1917)
telah memberi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin Cina melancarkan revolusi terhadap kerajaan
Manchu
 Pelbagai pembaharuan radikal yang dilancarkan oleh Maharaja Kuang-hsu atas arahan Kang Yu-wei
meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam kalangan pemimpin China untuk melancarkan
revolusi

4
11) Peranan Golongan Pelajar

 Pelajar-pelajar Cina yang mendapat pendidikan di luar negara turut memainkan peranan penting
dalam kemunculan Revolusi China
 Menjelang pertengahan abad ke-19 kerajaan Manchu telah menghantar banyak pelajar ke luar
negara. Pelajar-pelajar ini terdedah dengan ideologi barat seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme
dan kebebasan hak asasi manusia
 Perubahan politik di negara barat memeberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan
revolusi di China
 Kejayaan Revolusi Perancis, pembaharuan yang dilakukan oleh Maharaja Meiji memberi dorongan
kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.

12) Kemajuan Sistem Perhubungan

 Kemajuan dalam sistem perhubungan seperti jalan kereta api, telegraf dan pos turut memainkan
peranan dalam pencetusan Revolusi China
 Ini membantu idea revolusioner disebarkan dengan cepat. Sistem perhubungan mengeratkan
hubungan antara golongan nasionalis dan memudahkan mereka melakukan perancangan revolusi
 Akhbar-akhbar tempatan seperti akhbar Min Pao yang menjadi lidah rasmi Tung Meng-hui
memainkan peranan dalam penyebaran idea-idea revolusioner

1) Kerajaan Memiliknegarakan Jalan-jalan Kereta Api


 Pada bulan Mei 1911, kerajaan Manchu telah membuat keputusan untuk memiliknegarakan jalan-
jalan kereta api di seluruh China
 Tindakan ini mendapat bantahan daripada pemimpin-pemimpin di peringkat wilayah. Antaranya:-
a) Pemimpin wilayah kehilangan kuasa untuk mengendalikan perkhidmatan kereta api
b) Pendapatan yang diperoleh oleh wilayah terjejas
c) Pengusaha-pengusaha di wilayah kehilangan modal yang dilaburkan
d) Ganti rugi yang dibayar oleh kerajaan Manchu kepada wilayah adalah sedikit
 Kerajaan Manchu membuat keputusan untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan
Canton-Hankow dan Hankow –Chengtu
 Kerajaan Manchu mendapatkan pinjaman sebanyak $16 juta daripada Britain, Perancis dan Amerika
Syarikat
 Perkembangan ini menyebabkan pemimpin-pemimpin di peringkat wilayah merancang satu
rampasan kuasa pada bulan Disember 1911
 Tentera Wuchang melancarkan pemberontakan pada 10 Oktober 1911
 Pemberontakan ini menandakan permulaan kepada Revolusi China yang kemudian merebak ke
seluruh negara

 Perjalanan Revolusi China


 Tentera revolusioner di bawah pimpinan Kolonel Li Yuan-hung melancarkan pemberontakkan pada
Oktober 1911 dan Berjaya menawan Wuchang pada 10 Oktober 1911
 Mereka menawan Hankow dan Hanyang yang mempunyai gudang senjata
 Pada awal bulan Disember 1911 wilayah-wilayah di bahagian selatan tengah dan barat daya dikuasai
oleh tentera revolusioner
 Ini menyebabkan kerajaan Manchu meminta bantuan daripada Yuan Shih-kai untuk menumpaskan
tentera revolusioner
 Yuan Shih-kai Berjaya menawan semula Hankow dan Hanyang. Beliau berjaya mengukuhkan kedudukan
kerajaan Manchu

5
 Pada 8 November 1911, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Perhimpunan Nasional
 Gerakan Revolusioner telah menubuhkan sebuah kerajaan sementara di Nangking pada 29 Disember
1911. Dr. Sun Yat Set dilantik sebagai Presiden Sementara manakala Li Yuan Hung dilantik sebagai Naib
Presiden
 Pada awal bulan Disember tentera Yuan Shih-kai Berjaya menawan Nanking daripada golongan
revolusioner, perkembangan ini menyebabkan kerajaan Manchu dan golongan revolusioner
mengadakan Persidangan Damai di Shanghai
 Dalam persidangan ini kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata dan
menubuhkan sebuah kerajaan republik di China
 Pada 12 Februari 1912, maharaja Hsung-tung yang hanya berumur 6 tahun turun daripada takhta
kerajaan
 Yuan Shih-kai telah diberikan mandat untuk menubuhkan sebuah kerajaan republik. Dr. Sun Yat Sen
sanggup meletak jawatan sebagai Presiden Sementara sekiranya Yuan Shih-kai menubuhkan kerajaan
republik di China.
 Pada 15 Februari 1912, Perhimpunan Nasional Sementara melantk Yuan Shih-kai sebagai presiden
sementara.

 Kesan Revolusi China


1) Selepas Revolusi China 191, Maharaja Pu-yi yang bergelar Maharaja Hsung-tung turun dari takhta kerajaan
pada 12 Februari 1912.
2) Jeneral Yuan Shih Kai mengisytiharkan penubuhan republik.
3) Demi kepentingan negara, Dr. Sun menarik diri dan memberi sokongan kepada Jeneral Yuan.
4) Jeneral Yuan dilantik sebagai presiden dan Kolonel Li Yuan-hung sebagai naib presiden.
5) Jeneral Yuan tidak dapat menubuhkan sebuah republik dalam erti kata yang sebenar.
6) Terdapat pertentangan idea tentang penubuhan republik.
7) Jeneral Yuan inginkan sebuah republik yang mana kuasa presiden di bawah presiden tetapi golongan
revolusioner di bawah Dr. Sun inginkan sebuah republik di mana kuasa presiden di bawah parlimen. Jadi
konflik berlaku antara kedua-dua kumpulan ini.
8) Yuan berasa kedudukannya tergugat apabila ramai anggota KMT terpilih dalam Parlimen. Yuan memilih
ahlinya menjawat jawatan penting dalam parlimen.
9) Golongan revolusioner dalam KMT mencurigai tindak-tanduk Yuan kerana Yuan tidak berminat menubuhkan
sebuah kerajaan demokratik.
10) Yuan merancang pembunuhan Sung Chiao-jen, seorang anggota kanan KMT.
11) Anggota KMT mengecam tindakan Yuan membuat pinjaman dari Konsortium Bank Lima Kuasa Barat. Yuan
bertindak menyingkirkan anggota KMT dari Parlimen.
12) Dr. Sun melancarkan revolusi kedua menentang Yuan tetapi tidak berjaya.
13) Yuan mengharamkan KMT lalu membubarkan Parlimen pada tahun 1914. Parlimen digantikan dengan Majlis
Politik yang memberi kuasa kepada presiden memilih semua ahlinya.
14) Majlis perlembagaan melanjutkan tempoh perkhidmatan presiden kepada 10 tahun.
15) Yuan ingin mengembalikan sistem beraja. Pada tahun 1915 Yuan mengisytiharkan pembentukan dinasti baru
dan beliau akan menjadi raja yang pertama.
16) Yuan meninggal dunia pada tahun 1916. Kematian beliau memburukkan lagi keadaan di China. China
seterusnya melalui Zaman Hulubalang.

6
 Pemerintahan Yuan Shih-kai (1912-1925)
1) Konflik antara Yuan Shih-kai dengan Kuomintang
 Selepas revolusi 1911, timbul konflik antara Yuan Shih-kai dengan pemimpin-pemimpin Gerakan
Revolusioner yang menyebabkan wujud ketidakstabilan politik di China
 Pemimpin-pemimpin Gerakan Revolusioner di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen menubuhkan Parti
Kuomintang pada bulan Ogos 1912
 Kuomintang mencurigai tindak tanduk Yuan Shih-kai yang tidak berminat untuk menubuhkan sebuah
kerajaan demokratik di China
 Gerakan revolusioner yang tidak mempunyai pasukan tentera, terpaksa mematuhi segala kehendak
Yuan Shih-kai
 Pada 10 Mac 1912, Yuan Shih-kai dilantik secra rasmi sebagai Presiden Sementara Republik China di
Peking. Setelah dilantik, beliau membentuk cabinet yang memihak kepada penyokong-
penyokongnya
 Beliau bertindak menguasai kementerian-kementerian yang penting:-
 Kementerian Hal Ehwal Luar
 Kementerian Dalam Negeri
 Kemeterian Peperangan
 Kementerian Angkatan Laut
 Kementerian yang tidak penting pula diserahkan kepada golongan revolusioner:-
 Kementerian Pelajaran
 Kementerian Keadilan
 Kementerian Pertanian
 Tindakan Yuan Shih-kai ini telah menjurangkan lagi konflik antara beliau dengan golongan
revolusioner

2) Pilihan Raya Umum 1913


 Mengikut perlembagaan sementara, pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Disember 1912.
Bagi menghadapi pilihan raya tersebut, Tung Ming-hui dan empat parti politik kecil yang lain
bergabung membentuk Kuomintang
 Kuomintang di bawah pimpinan Sung Chiao-jen menghadapi tentangan daripada Chinputang (Parti
Progresif). Chinputang merupakan gabungan Parti Republik, Parti Demokrat dan Parti Persatuan
yang menyokong Yuan Shih-kai
 Dalam pilihan raya ini, Kuomintang memenangi kebanyakan kerusi-kerusi di bawah Dewan Rendah
dan Dewan Tinggi. Kemenangan Kuomintang disebabkan oleh kewibawaan Sung Chiao-jen dalam
memimpin kempen pilihan raya
 Ketokohan Sung Chiao-jen menimbulkan kebimbangan Yuan Shih-kai sehingga menyebabkan beliau
mengatur komplot untuk membunuhnya. Sung Chiao-jen dibunuh di Shanghai pada 20 Mac 1913
atas arahan Yuan Shih-kai
 Peristiwa ini menimbulkan konflik antara Kuomintang dengan Yuan Shih-kai

3) Perjanjian Pinjaman dengan Konsortium Bank-bank Barat


 Pergolakan politik antara Kuomintang dengan Yuan Shih-kai bertambah buruk ekoran tindakan Yuan
Shih-kai mengadakan perjanjian untuk meminjam wang daripada kuasa-kuasa barat
 Pada bulan April 1913, beliau menandatangani perjanjian konsortium bank
Rusia,Jepun,Jerman,Perancis dan Britain tanpa persetujuan daripada anggota parlimen
 Tindakan Yuan Shih-kai mendapat tentangan daripada pemimpin-pemimpin Kuomitang termasuk Dr.
Sun Yat Sen dan Huang Hsing
 Penentangan daripada Kuomintang menyebabkan Yuan Shih-kai menyingkirkan gabenor-gabenor
yang mewakili di wilayah Kwangtung, Kiangsi dan Anhwei

7
 Tindakan beliau menyebabkan Kuomintang melancarkan satu pemberontakan yang dikenali sebagai
Revolusi Kedua pada bulan Julai 1913
 Pemberontakan tersebut tidak mendapat sokongan padu daripada masyarakat China
 Perkembangan ini menyebabkan Yuan Shih-kai Berjaya menumpaskan pemberontakan ini dengan
mudah
 Pemimpin-pemimpin Kuomintang yang terlibat dan Dr. Sun Yat Sen melarikan diri ke Jepun

4) Pembubaran Parlimen
 Pada bulan November 1913, Yuan Shih-kai bertindak mengharamkan Kuomintang. Perkembangan ini
menyebabkan 438 anggota Kuomintang dalam parlimen disingkirkan
 Yuan Shih-kai membubarkan parlimen pada 10 Januari 1914. Perkembangan ini menyebabkan
semua anggota Kabinet meletakkan jawatan pada bulan Februari 1914
 Tindakan Yuan Shih-kai membubarkan parlimen dan pengharaman Kuomintang menyebabkan beliau
menjadi seorang diktator
 Selepas pembubaran, beliau menubuhkan Majlis Politik yang dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih
oleh beliau sendiri

5) Penubuhan Majlis Perlembagaan


 Yuan Shih-kai menubuhkan Majlis Perlembagaan untuk menyemak semula perlembagaan. Majlis ini
merangkan perlembagaan baharu yang melanjutkan tempoh perkhidmatan presiden kepada 10
tahun
 Perlembagaan baharu ini memberi kuasa kepada presiden untuk melanjutkan tempoh
perkhidmatannya. Perlembagaan baharu juga memberi kuasa kepada presiden untuk melantik
penggantinya dan mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang keputusan yang dibuat oleh
parlimen

6) Mengembalikan Pemerintahan Monarki


 Yuan Shih-kai mengambil langkah untuk mengasaskan sistem pemerintahan monarki
 Pada bulan Ogos 1915, penyokong-penyokong sistem monarki telah mengedarkan risalah-risalah
berhubung dengan perkara tersebut
 Tindakan beliau mendapat tentangan daripada golongan revolusioner
 Pada bulan Disember 1915, beliau mengumumkan pembentukan dinasti baharu. Beliau
mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja dengan gelaran Hung-hsein
 Beliau mengumumkan sistem pemerintah raja berperlembagaan akan bermula pada 1 Januari 1916
 Ini telah mencetuskan pemberontakan
 Liang Chih-chao salah satu daripada penyokong Yuan Shih-kai turut membantah tindakan beliau
yang ingin membentuk dinasti baharu
 Beliau turut menerima tentangan daripada kuasa-kuasa asing seperti Britain, Rusia, Perancis dan
Jepun
 Penyokong-penyokong republik dan pemimpin-pemimpin wilayah di selatan China turut menentang
rancangan Yuan Shih-kai
 Dr. Sun Yat Sen menerusi Parti Revolusi China (Chung-kuo Min-tang) melancarkan peperangan
terhadap Yuan Shih-kai

7) Pengisytiharan Semula Kerajaan Republik


 Pemberontakan yang berlaku di sebahagian besar negara China telah menyebabkan Yuan Shih-kai
terpaksa membatalkan rancangannya
 Kedudukan beliau semakin teranacam apabila penyokong-penyokongnya seperti Kang Yu-wei dan
Feng Kuo-chang mendesak agar beliau melepaskan jawatan beliau

8
 Keadaan bertambah buruk apabila pemerintah-pemerintah wilayah seperti Kwangtung, Chengkian,
Shensi, Szechun dan Hunan mengisytiharkan kemerdekaan wilayah masing-masing. Perkembangan
ini menyebabkan beliau terpaksa mengisytiharkan semula kerajaan republik pada bulan Mac 1916
 Tentangan hebat menyebabkan belau mengalami tekanan jiwa dan meninggal dunia pada 6 Jun
1916. Selepas kematian Yuan Shih-kai, keadaan politik China bertambah buruk apabila panglima-
panglima perang bersaing antara satu sama lain untuk mengukuhkan kedudukan mereka

 Gerakan 4 Mei (1917-1921)


 Gerakan ini ialah demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar di Universiti Peking pada 4 Mei 1919
 Gerakan ini ialah kebangkitan nasionalisme rakyat China terhadap kegiatan imperialisme yang
ditekankan terhadap mereka. Gerakan ini merupakan sebahagian daripada gerakan intelektual yang
berlaku antara tahun 1917-1923
 Kemunculan gerakan ini adalah disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap keputusan Perjanjian
Versailles yang memihak kepada Jepun
 Pada 4 Mei 1919, lebih kurang 5000 orang yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa Universiti
Peking mengadakan demonstrasi membantah keputusan Perjanjian Versailles
 Demonstrasi pelajar mendapat sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat China.
Perkembangan ini menyebabkan rusuhan dan pemogokan diadakan di seluruh negara
 Matlamat utama gerakan ini ialah menyelamatkan China daripada ancaman kuasa-kuasa asing

 Matlamat Gerakan 4 Mei


1) Pengembalian Hak-hak China di Shantung
 Semasa perang dunia pertama, Jepun telah merampas konsesi-konsesi Jerman di Shantung.
Perjanjian Versailles pada tahun 1919 telah menyerahkan hak-hak Jerman di Shantung kepada
Jepun
 Keputusan Perjanjian Versailles tersebut telah mengakibatkan satu demonstrasi massa oleh
beberapa ribu orang pelajar di Peking pada 4 Mei 1919
 Mereka menuntut pengembalian hak-hak China di Shantung dan mendesak kerajaan China
supaya tidak menandatangani Perjanjian Versailles
2) Penolakan 21 Tuntutan
 Pada 18 Januari 1915, Jepun telah membuat 21 tuntutan terhadap China. Penerimaan tuntutan-
tuntutan tersebut akan menjadikan China sebuah protektorat Jepun
 Antara perkara-perkara yang  terkandung  dalam  tuntutan  tersebut  ialah:-
a) China  tidak  menyerahkan  atau  memajak  mana-mana  wilayahnya  kepada  kuasa  ketiga
b) China  dikehendaki  melantik penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan,
ketenteraan dan pasukan polis serta China harus menerima keputusan yang dicapai oleh
Jepun dengan Jerman berhubung dengan hak-hak Jerman di wilayah Shantung
c) Golongan pelajar menganggap tuntutan-tuntutan itu sebagai satu penghinaan kepada China.
Golongan pelajar menuntut agar China menolak 21 tuntutan berkenaan
d) Mereka juga mendesak China menghukum tiga orang ahli pro-Jepun yang dipercayai
bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan-tuntutan berkenaan oleh China

 Faktor-faktor Tercetus Gerakan 4 Mei


3) Ketidakstabilan Politik
 Perselisihan faham timbul dalam kalangan pemimpin-pemimpin menyebabkan mereka tidak
dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh
 Mereka gagal mengatur program-program bagi membangunkan China
 Perselisihan faham antara Presiden Yuan Shih-kai dengan Dr. Sun Yat Sen memburukkan
keadaan poltik di China

9
 Keadaan politik semakin teruk apabila muncul zaman kehulubalangan selepas kematian Yuan
Shih-kai
 Rakyat tidak berpuas hati dan hilang kepercayaan terhadap kerajaan

4) Kemuculan Golongan Saudagar dan Pekerja


 Perusahaan besi dan keluli berkembang pesat di China semasa perang dunia pertama
 Permintaan untuk bekalan besi dan keluli semakin meningkat dan muncul golongan saundagar
dan pekerja
 Golongan ini tidak berpuas hati dengan pergolakan politik yang berlaku di China, ini menjejaskan
sumber pendapatan mereka. Mereka juga tidak berpuas hati dengan amalan rasuah dan
penyelewangan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan
 Oleh itu, golongan ini melibatkan diri dalam gerakan ini demi menjaga kepentingan ekonomi
mereka

5) Pekembangan Intelektualisme
 Antara tahun 1903 hingga 1919, banyak pelajar China yang belajar di luar negara kembali ke
tanah air
 Mereka menyedari pelbagai kepincangan yang berlkau dalam negara. Mereka mula
mengatur langkah untuk melakukan pembaharuan-pembaruan bagi membangunkan negara
mereka

PELAJAR PERANAN
Chen Tu-hsiu  Menerima pendidikan di Perancis
 Kembali ke China pada tahun 1915
 Menerbitkan majalah New Youth
 Menyeru golongan belia agar meninggalkan adat dan
tradisi lama
 Menggesa mereka berfikiran progresif dan
berpandangan jauh
Tsai Yuan-pei  Seorang mahasiswa Perancis
 Kembali ke tanah air pada 1916
 Berkhidmat sebagai Canselor Universiti Peking
 Menjadikan Universiti Peking sebuah pusat pengajian
tinggi yang bebas
 Menyebarkan idea-idea Barat kepada pelajar
Hu Shih  Merupakan seorang mahasiswa Amerika Syarikat
 Memberikan sumbangan dalam bidang bahasa
 Memperkenalkan bahasa moden iaitu Mandarin

 Universiti Peking memainkan peranan sebagai pusat perkembangan intelektual di China. Tenaga
pengajar university ini memainkan peranan menyebarkan idea baharu kepada pelajar-pelajar

6) Perkembangan Ideologi Karl Marx dan Bolshevik


 Ramai pelajar yang menuntut di Universiti Peking terdedah kepada ideologi Marxism
 Ideologi ini berkembang pesat di China selepas kejayaan Revolusi Bolshevik yang tercetus di Rusia
pada tahun 1917
 Kakitangan Universiti Peking seperti Chen Tu-hsiu, Li Ta-chao dan Mao Tze Tung turut terpengaruh
dengan ideologi Marxism
 Pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan ideologi ini telah menubuhkan beberapa buah persatuan
untuk menyebarkan ideologi tersebut:-

10
a) Persatuan Arus Baharu
b) Persatuan Majalah Rakyat
c) Kesatuan Pekerja dan Pelajar

7) Peristiwa Luar Negeri


 Peristiwa yang berlaku di negara asing telah memberi inspirasi kepada golongan nasionalis China
 Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia pada tahun 1917 memberi kesan yang mendalam.
Kejayaan revolusi ini menggulingkan kerajaan Tsar dan membentuk sebuah kerajaan yang
moden menjadi perangsang kepada golongan nasionalis China
 Revolusi Sosial di Finland, Jerman, Australia dan Hungary turut mempengaruhi gerakan 4 Mei

8) Pengambilan Wilayah Shantung oleh Jepun


 Semasa perang dunia yang pertama, Jepun bertindak menguasai wilayah Shantung daripada
Jerman. Jepun menempatkan tenteranya bagi mengukuhkan kedudukan wilayah tersebut
 Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada 1919 memutuskan hak-hak Jerman di wilayah
Shantung diserahkan kepada Jepun
 Keputusan ini mendapat tentangan hebat daripada orang China

9) Tuntutan 21 Perkara
 Pada 18 Januari 1915, Jepun telah mengemukakan tuntutan tersebut dalam lima kumpulan
kepada China. Antara yang terkandung dalam tuntutan tersebut:-
a) China tidak menyerahkan atau memajak mana-mana wilayahnya kepada kuasa ketiga
b) China dikehendaki melantik penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan,ketenteraan
dan pasukan polis
c) China harus menerima keputusan yang dicapai oleh Jepun dengan Jerman berhubung
dengan hak-hak Jerman di wilayah Shantung
 Kerajaan China terpaksa menerima tuntutan-tuntutan tersebut selepas melakukan beberapa
pindaan
 Golongan pelajar menolak tuntutan-tuntutan berkenaan dan menganggap perkara tersebut
sebagai satu penghinaan kepada negara

 Kesan Gerakan 4 Mei


1) Mempertahankan Kedaulatan Negara
 Kerajaan China membuat keputusan untuk menolak Perjanjian Versailles kerana mendapat tekanan
daripada golongan pelajar
 Ahli-ahli politik yang bertanggungjawab bagi penerimaan 21 tuntutan Jepun terpaksa meletakkan
jawatan
 Jepun bersetuju untuk menarik diri dari wilayah Shantung dalam Persidanagn Washington 1921 dan
1922

2) Melahirkan Semangat Kebangsaan


 Golongan pelajar muncul sebagai pejuang bagi mempertahankan kepentingan dan kedaulatan
negara. Mereka mengadakan demostrasi dan memulaukan barang-barang buatan Jepun
 Demostrasi dan pemogokan yang dilakukan oleh golongan pelajar mendapat sambutan di seluruh
negara
 Pekerja-pekerja mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Shanghai, Hankow dan
Tientsin

11
3) Perkembangan Fahaman Komunis
 Fahaman komunis mula bertapak dan mempengaruhi pelajar-pelajar di Universiti Peking
 Perkembangan komunis ini mula terserlah apabila Pertubuhan Pengajian Marxism telah ditubuhkan
di Universiti Peking oleh Li Ta-chao pada tahun 1918
 Li Ta-chao, Chang Kuo-tao, Mao Tse-tung dan Chen Tu-hsiu iaitu pelajar-pelajar dari Universiti Peking
memainkan peranan dalam perkembangan fahaman komunis
 Fahaman komunis bertapak kukuh apabila Parti Komunis China ditubuhkan oleh Chen Tu-hsiu dan Li
Ta-chao pada tahun 1921

4) Melemahkan Kedudukan Hulubalang-hulubalang


 Golongan pelajar menyalahkan golongan hulubalang kerana gagal mempertahanankan kepentingan
China dalam Perjanjian Versailles. Kabinet juga terpaksa dibubarkan ekoran desakan orang ramai

5) Mengukuhkan Kedudukan Kuomintang


 Rakyat memberi sokongan kepada Kuomintang yang berjuang untuk menyatukan China
 Gerakan 4 Mei memberi dorangan kepada Dr. Sun Yat Sen untuk mengukuhkan kuasa di China
 Kuomintang berjaya membentuk kerajaan baharu di Nanking pada tahun 1928

6) Kemuculan Gerakan Kebudayaan Baharu


 Akhbar dan majalah memainkan peranan dalam pembinaan bangsa China yang baharu. Antara
majalah yang terpenting:-
a) Aliran Baharu (New Tide)
b) Pembidas Mingguan (Weekly Critic)
c) Pemuda Baharu (New Youth)
 Chen Tu-hsiu mengkritik masyarakat tradisional China yang berteraskan Conficius. Golongan ini
menyokong pembinaan negara bangsa moden berteraskan sains dan idea-idea Barat

 Parti Kuomintang
 Parti Kuomintang (KMT) di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen merupakan lanjutan pertubuhan Tung Meng
Hui yang diasaskan oleh Dr. Sun Yat Sen
 KMT ditubuhkan oleh Sung Chio-jen pada tahun 1912 bagi menghadapi pilihan raya pertama republik
China pada bulan Disember 1912
 KMT bermatlamatkan untuk menghapuskan imperialisme asing di negara China
 KMT gagal menunjukkan pengaruhnya dan menguasai seluruh negara China
 Kepimpinan KMT terpaksa diserahkan kepada Yuan Shih-kai
 KMT tidak memiliki angkatan tentera yang lengkap dan kuat serta gagal mendapatkan bantuan dan
pengiktirafan daripada kuasa-kuasa barat
 Pilihan raya pada tahun 1912, KMT telah menang dalam Perhimpunan Kebangsaan
 KMT gagal melancarkan revolusi kedua pada 1913 dan KMT hanya berjaya ditegakkan semula selepas
kematian Yuan Shih-kai pada tahun 1916
 KMT Berjaya diasaskan semula di Canton di bawah pengaruh Dr. Sun Yat Sen. Namun KMT masih gagal
menguatkan kedudukannya untuk menguasai seluruh kerajaan China
 Dalam keadaan terdesak, beliau mengalihkan perhatian terhadap ideologi komunis
 Keengganan kuasa-kuasa barat membantu KMT membuka ruang kepada KMT mendapatkan bantuan
Rusia
 Pada tahun 1923, satu perjanjian ditandatangani di antara KMT dengan pihak komunis yang diwakili oleh
Adolph Joffe di Shanghai
 Parti Komunis China (PKC) dan KMT bergabung dan mewujudkan gabungan nama yang dikenali sebagai
Barisan Bersatu KMT-PKC

12
 Kerjasama antara KMT-PKC tidak terus berkekalan selamanya. Pakatan ini telah merosot selepas
kematian Dr. Sun Yat Sen pada 12 Mac 1925
 Jeneral Muda Chiang Kai Shek mengambil alih kepimpinan KMT
 pada tahun 1926, Jeneral Chiang Kai-shek melancarkan ekspedisi utara untuk menentang warlord dan
menyatukan China
 beliau melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas anggota komunis, menangkap dan menyingkirkan
mereka daripada jawatan penting KMT-PKC daripada Barisan Bersatu pada bulan Julai 1927
 tindakan agresif Chiang Kai-shek telah mencetuskan permusuhan antara KMT dan PKC
 PKC terpaksa mengundur diri dan membina semula kekuatan mereka di bawah pimpinan Mao Tze-tung
 Mao Tze-tung Berjaya memimpin PKC dengan cukup berkesan. Pada bulan November 1931, beliau
mengisytiharkan penubuhan Republik Soviet China di Jurchin, Kiangsi
 Pada tahun 1937, Jepun telah melancarkan perang secara besar-besaran ke atas seluruh China
 Ancaman politik ini memaksa PKC menawarkan kerjasama dengan KMT untuk menentang Jepun
 Malangnya KMT terpaksa berhadapan dengan serangan Jepun secara bersendirian kerana PKC enggan
menentang Jepun secara terbuka
 KMT ditewaskan oleh PKC dan terpaksa berundur ke Taiwan
 KMT Berjaya mengasaskan kerajaan yang dikenali sebagai Republik Nasionalis China

 Parti Komunis China


 Golongan intelektual dan cerdik pandai Cina yang menuntut di luar negara mulai terpengaruh dengan
idea-idea politik barat terutamanya fahaman Marxisme yang disebarkan oleh Lenin di Rusia
 Mereka meletakkan harapan untuk menerapkan fahaman komunis dalam negara sebagai langkah
penyelesaian kepada masalah yang berlaku di China
 Sebagai langkah permualaan, golongan pelajar ini telah mula menyebarkan idea komunis melalui
majalah-majalah seperti New Tide dan New Youth yang cuba mengendahkan kejayaan dan kepentingan
Revolusi Rusia 1917
 Selepas Gerakan 4 Mei 1919, pengaruh komunis semakin berkembang pesat di China kerana pusat
gerakannya terletak di bandar-bandar utama yang menjadi tumpuan ramai seperti Peking dan Shanghai
 Dalam usaha memperluaskan lagi fahaman Marxisme, golongan cerdik pandai telah menambahkan
beberapa cawangan gerakan komunis di China
 Li Ta-chao menubuhkan New Tide Society and Marxist Research Society dan Chen Tu-hsiu menubuhkan
Marxist Study Society and Socialist Youth Corps pada tahun 1920
 Kejayaan beberapa gerakan komunis memberi inspirasi kepada usaha Chen Tu-hsiu dan Li Ta-cha,
akhirnya PKC ditubuhkan di Shanghai pada 12 Julai 1921. Chen Tu-hisu menjadi pengerusi pertama PKC
 PKC mensasarkan matlamat utama ke arah mewujudkan masyarakat tanpa kelas menerusi revolusi
golongan proletariat (pekerja) dan petani yang menentang imperialisme dan kapitalisme asing
 Kerjasama PKC-KMT terjejas selepas kematian Dr. Sun Yat Sen pada tahun 1925
 Pada tahun 1926, kepimpinan KMT diambil alih oleh Jeneral Muda Chiang Kai-shek yang anti-komunis
 Beliau tidak membenarkan ahli komunis memegang sebarang jawatan dalam KMT
 Tindakan ini telah menamatkan kerjasama PKC-KMT pada tahun 1927
 Jeneral Chiang Kai-shek telah melancarkan satu kempen anti-komunis untuk menghalang PKC daripada
menawan Shanghai, Hangchow, Nangking dan Canton
 Tekanan KMT memaksa PKC bergerak di bawah tanah dan berundur ke kawasan terpencil di wilayah
Kiangsi
 Sebagai pemimpin baharu, Mao Tze-tung menyusun strategi yang berkesan dengan memberi tumpuan
utama di kawasan uar bandar
 Sebagai langkah pertama, sekumpulan kecil tentera Mao Tze-tung memulakan perjalanan di kawasan
terpencil di pergunungan Chiang-Kang Shan yang terletak di sempadan Yunan dan Kiangsi

13
 Kejayaan PKC merupakan satu ancaman besar kepada KMT. Chiang kai-shek mengatur langkah berjaga-
jaga dengan membangunkan kawasan luar bandar khususnya sektor pertanian dan mengambil tindakan
ke atas Mao Tze-tung dan PKC
 Pada tahun 1934, KMT melancarkan serangan mengejut secara besar-besaran ke atas pangkalan tentera
PKC di Kiangsi
 Serangan ini memaksa Mao Tze-tung dan tenteranya mengundurkan diri ke wilayah utara iaitu Shensei
yang melibatkan perjalanan jauh kira-kira 12 800km dan mengambil masa perjalanan selama setahun
 Peristiwa ini dikenali sebagai Perjalanan Jauh (Long March)
 Pada tahun 1937, Jepun telah melancarkan serangan kedua ke atas negara China dan PKC-KMT telah
menjalinkan pakatan yang kedua untuk menentang musuh mereka iaitu Jepun
 Semasa perang berlaku serangan Jepun, KMT hanya bersendirian menentang Jepun sebaliknya PKC tidak
membantu KMT. Pakatan PKC-KMT untuk menentang Jepun dimansuhkan
 Selepas perang dunia kedua tamat dan penyerahan kuasa Jepun telah meletus Perang Saudara di antara
PKC dan KMT pada tahun 1946-1949
 Dalam perang tersebut, PKC telah berjaya mengalahkan KMT, KMT terpaksa berundur ke Taiwan dan
menubuhkan sebuah kerajaan baru yang dikenali sebagai Republik Nasionalis China
 PKC telah memperolehi kemenangan dan mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Republik Rakyat China
pada 1 Oktober 1949 dan Mao Tze-tung sebagai presiden pertama

14

You might also like