You are on page 1of 2

Bincangkan kedudukan dan peranan Raja di Rusia

Sistem pemerintahan Rusia telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja bermula pada
tahun 1547 sehingga 1917. Sistem ini telah diwarisi daripada pemerintahan empayar Byzantine.
Gelaran raja di Rusia dikenali sebagai Tsar, iaitu pemerintahan tertinggi yang berperanan sebagai
ketua negara, ketua dasar luar, ketua bagi melantik menteri/pentadbiran, ketua ketenteraan,
ketua dalam bidang ekonomi dan ketua agama Kristian. Berikut merupakan kedudukan dan
peranan raja di Rusia.

Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam


hierarki masyarakat. Rakyat perlu perlu taat dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar  merupakan
ketua dalam setiap bidang pemerintahan di Rusia. Sebagai contoh, Ivan III mengetuai daerah suku
bangsa Rusia. Tsar berkuasa membuat segala keputusan yang akan dilaksanakan di Rusia dan
segala perintah Tsar  tidak boleh dibantah oleh rakyat.*

Sebelum revolusi Rusia 1917, Rusia mempraktikkan pemerintahan bercorak autokratik. Pada
tahun 1574, Ivan IV yang lebih dikenali sebagai “Ivan yang Ganas” telah memerintah Rusia
dengan kuasa mutlak. Pada tahun 1550, beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-
undang baharu dengan menubuhkan badan perwakilan feudal (Zemskii Sabor) pertama di Rusia.
Beliau berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan dan
Astrakhan. Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolon II mempunyai kuasa mutlak dalam
menentukan keputusan pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.*

Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai hak istimewa dalam masyarakat
seperti kekebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata
Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang.*

Maharaja Rusia berperanan sebagai ketua Negara atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak
dalam pentadbiran. Baginda berkuasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial seperti zaman
pemerintahan Tzar Nicholas II. Tsar Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan luar negeri atau
hubungan diplomatik dengan negara-negara Eropah seperti Jerman untuk melatih tentera Rusia.

Pemerintahan Rusia juga berperanan sebagai ketua agama. Beliau bertanggungjawab


memperkukuh serta menyuburkan ajaran Kristian Ortodoks. Pemerintah Rusia perlu memastikan
rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama. Sebagai contoh, pemerintahan Peter the Great
telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta ada yang diugut yang mana tanah
mereka akan dirampas jika tidak menukar agama. Bagi menjayakan hasratnya, beliau telah
mengarahkan mubaligh kristian mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan
kitab Bible ke dalam bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang
menjadi sasaran pemerintah.

Dalam sistem pemerintahan beraja Rusia,Tsar juga mempunyai kuasa melantik menteri bagi
mengukuhkan kedudukannya. Selain itu, Tsar juga beruasa untuk memecat menteri yang
dianggap menentangnya dalam pemerintahan. Contohnya, semasa pemerintahan Tsar Nicholas II,
Tsar akan memilih dan melantik menterinya yang benar-benar boleh dipercayai dan mampu
mentadbir kerajaan. Menteri diibarat sebagai tulang belakang atau penyokong kuat kerajaan. Hal
ini dikatakan demikian kerana kuat atau lemah seseorang pemimpin bergantung kepada golongan
menteri.

 Tsar Rusia bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan seluruh negara Rusia
daripada ancaman musuh. Sehubungan dengan itu, Tsar telah mengetuai ketenteraan untuk
menjaga keamanan dan dasar perluasan wilayah. Oleh sebab Rusia sering terancam, pemerintah
Rusia memperkuat tenteranya dengan menambah peruntukan ketenteraan seperti yang
dilakukan oleh “Peter the Great”. Peter telah memastikan peruntukan perbelanjaan pusat
memberi keutamaan kepada pertahanan negara Rusia.

Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya Negara bertambah


kukuh dan stabil. Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi dapat dilihat
semasa pemerintahan Peter the Great, Tsar Alexander II dan Tsar Nicholas II. Semasa Peter the
Great, beliau telah menggalakkan pembangunan industri perkilangan membuat senjata,
peralatan tentera, pembuatan makanan, sektor pembuatan tekstil, kertas, kaca dan barangan
kulit. Industri besi dan keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia muncul sebagai pembekal besi
utama untuk paaran Eropah pada abad ke-18.

Kedudukan dan peranan Tsar di Rusia sememangnya tidak banyak bezanya dengan kedudukan
dan peranan raja atau maharaja di Negara-negara lain di dunia ketika itu. Namun begitu,
kedudukan dan peranan Tsar akhirnya tamat setelah berlakunya Revolusi 1917 di Rusia yang
menjadikan Rusia sebagai sebuah Negara Republik dan dipimpin oleh seorang Presiden.

You might also like