You are on page 1of 2

Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman abad ke 18 hingga abad ke 19

Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah, iaitu berlaku selepas
revolusi perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860 hingga 1914.
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.
Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan
mesin. Berikut merupakan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 dan ke- 19.

Masyarakat industri di Jerman menjalankan kegiatan perlombongan. Pertambahan pembukaan


lombong arang batu dan bijih besi telah berlaku di Saxony dan Silesia. Hal ini kerana arang batu
dan bijih besi merupakan galian utama. Pada tahun 1900, pengeluaran bijih besi meningkat
kepada 1.5 juta. Pada tahun 1913, Jerman juga mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan galian
ini meningkat kepada 287 tan. Penggunaan petroleum menggantikan arang batu untuk
menggendalikan mesin. Ciptaan baharu juga mula berkembang di Jerman. Antaranya Syarikat
Siemens dan Martin telah meningkat pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan
kepada 13.6 juta tan. Keluli telah menggantikan besi sebagai galian utama untuk menghasilkan
perkakas, mesin dan lain-lain. Pengeluaran besar-besaran menjadi kaedah baru pengeluaran
barangan antaranya seperti barangan mesin basuh kain, basikal dan kereta.

Selain itu, ciri-ciri masyarakat industri di Jerman termasuklah, perkembangan sains dan
teknologi. Hal ini berjaya meningkatkan kuantiti dan kualiti barangan, mendorong kepada
berlakunya inovasi dan menggalakan aktiviti penyelidikan. Inovasi turut berlaku termasuk
penggunaan tenaga elektrik dan petroleum di kilang-kilang. Hal ini menyebabkan tercipta produk-
produk baharu seperti kereta, basikal, kereta api dan sebagainya. Penyelidikan yang dijalankan
juga membawa kepada ciptaan baharu seperti baja tiruan, baja kimia dan racun serangga.

Seterusnya, ciri-ciri masyarakat industri di Jerman termasuklah, perluasan perdagangan


antarabangsa. Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan
dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan
sumber mentah. Masalah pasaran dan bahan mentah menyebabkan Jerman terpaksa meluaskan
tanah jajahan. Contohnya, Jerman dapat meluaskan perdagangan antarabangsa apabila
menguasai kawasan di Pasifik iaitu New Guinea, Kepulauan Carolina dan juga meluaskan tanah
perdagangan dengan China.

Di samping itu, ciri-ciri masyarakat industri di Jerman termasuklah, kemunculan kelas.


Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas
kapitalis terdiri terdiri daripada pemilik kilang dan dan pengusaha lombong. Kelas pekerja pula
terdiri daripada buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil, kimia dan kejuruteraan elektrik.

Tambahan pula, ciri-ciri masyarakat industri di Jerman termasuklah, kemajuan sistem kewangan.
Pada tahun 1880, Bank of Prussia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam
pengeluaran kredit dan pelaburan kapital. Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru
di Jerman pada abad ke-18 menggalakan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi,
keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut. Kartel di Jerman membantu
perkembangan sektor perindustian. Matlamat pernubuhan kartel adalah untuk menguasai
bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi
industri secara keseluruhan. Jerman menyelaraskan tarif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan
pertahanan.

Kesimpulannya, masyarakat industri di Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha


dalam memajukan lagi ekonomi negara mereka. Perkembangan perindustrian di negara Jerman
telah melahirkan perubahan politik dan mewujudkan masyarakat sosialis.

You might also like