You are on page 1of 10

Pengertian Ekonomi Kapitalisme

 Kapitalisme ditakrifkan sebagai organisasi perniagaan yang dilaksanakan secara


besar-besaran oleh seorang majikan atau syarikat-syarikat besar yang mempunyai
kekayaan terkumpul untuk mendapatkan bahan mentah, peralatan industry, dan
tenaga buruh bagi meningkatkan pengeluaran dan menambah kekayaan.
 Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang mementingkan
pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan matlamat utama
ialah memperoleh keuntungan.
 Kapitalisme ialah sistem ekonomi yang menekankan hak milik persendirian, pasaran
kebebasan ekonomi dan keuntungan.
 Hak milik persendirian bermaksud seseorang individu berhak untuk mempunyai
sebanyak mana harta yang boleh dimiliki dan tiada had untuk pemilikan.
 Pasaran bermaksud adanya kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, jalan laut
dan udara untuk memasarkan barangan.
 Kebebasan ekonomi bermaksud individu boleh memilih pekerjaan dan menukar
kerja pada bila-bila masa.
 Ekonomi kapitalisme yang diamalkan oleh negara-negara Eropah pada abad ke-15
dan 16 memungkinkan kuasa-kuasa ini mengamalkan sistem ekonomi
merkantilisme.
Latar Belakang Kemunculan Kapitalisme
 Kapitalisme muncul di Eropah pada abad ke-15 selepas kemunculan Gerakan
Renaisans.
 Asal usul kapitalisme dapat dikesan sejak abad ke-12 di Venice, Genoa, Florence dan
Milan yang terletak di Itali.
 Kota-kota tersebut menjalinkan hubungan perdagangan dengan Timur, Eropah
Tengah, dan Eropah Utara.
 Menjelang awal abad ke-14, Genoa dan Venice mencapai kejayaan dalam
pembinaan kapal-kapal laut.
 Perkembangan ini membolehkan pedagang-pedagang dari Genoa dan Venice
mengangkut lebih banyak barangan dan menyeberangi Lautan Atlantik.

 Sementara itu, pedagang-pedagang dan pengusaha bank di kota Florence menguasai


sistem perbankan di seluruh Eropah.
 Keuntungan yang diperoleh oleh mereka melalui pinjaman, pelaburan dan
pertukaran wang dibawa masuk ke Florence dan disalurkan kepada industry bandar.
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku Revolusi Perdagangan yang merujuk
kepada:
 Pembukaan jalan-jalan perdagangan baharu
 Pertambahan penduduk
 Peningkatan harga barangan
 Peralihan sistem ekonomi daripada berpusatkan bandar kepada berpusatkan negara
 Perkembangan dalam perdagangan meletakkan asas bagi kemunculan sistem ekonomi
kapitalisme di Eropah.

Faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan industri di England.


Perkembangan bidang pertanian
 Selepas 1750, berlaku pertumbuhan pesat dalam bidang pertanian yang meningkatkan
pengeluaran makanan di England. Peningkatan makanan ini telah membawa kepada
peningkatan penduduk.
 Perusahaan tekstil turut berkembang, memaksa beribu-ribu tenaga kerja diambil untuk
menghasilkan tekstil di England
Modal dan bahan mentah
 Kekayaan diperoleh daripada perdagangan dan industry kapas yang dilabur di bank
pusat. Oleh itu, England mempunyai modal yang banyak dan dipusatkan di Bank
England serta pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran untuk
barangannya.
 Mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi. Empayar
England di luar ngera juga menjamin symber bahan mentah dan pasaran untuk
barangan siap.
Tenaga buruh dan pengangkutan
 Kepesatan pertumbuhan penduduk pada pertngahan abad ke-18 di bandar dan desa
menyumbang kepada peningkatan permintaan barang keperluan dan keperluan tenaga
buruh bagi memenuhi pekerjaan di bandar dan kilang
 Kemajuan sistem pengangkutan membantu operasi pengagihan barangan ke seluruh
negara
Penciptaan baharu dan teknologi
 Penciptaan baharu dalam Revolusi Perindustrian seperti mesin menyemai benih oleh
Jethro Tull(tahun 1700), Rotterham, sejenis bajak yang membantu proses menyemai
berjalan dengan lebih lancar (tahun 1730-an). Pada tahun 1798, jentera berkuasa wap
dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap telah digunakan
 Ini menyebabkan kurang penggunaan tenaga manusia dan menghasilkan lebihan hasil
pertanian. Pengeluaran hasil pertanian yang berlebihan dijadikan sumber bahan
mentah kepada sektor perkilangan. Kesannya, berlaku Revolusi Perindustrian.
Peranan Kerajaan
 England mempelopori industri perindustrian di Eropah kerana hasil kekayaan daripada
amalan dasar mekantilisme
 England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka. Kemunculan kelas
pedagang diterima secara terbuka pada abad ke-18.
Golongan puritan turut membantu dalam perkembangan Revolusi Perindustrian di
England. Golongan puritan melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga
menyerap kemajuan sains dan teknologi ke dalam industri
Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di England
Perkembangan bidang pertanian
 Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah pertanian baharu telah
meningkatkan hasil tanaman. Petani di England mengamalkan sistem tanah berpagar
untuk menggantikan tanah lapang.Pemagaran tanah dapat memisahkan Kawasan
yang dimiliki dan diusahakan daripada tanah yang diusahakan dan dimiliki oleh orang
lain
 Teknik penanaman baharu dan jentera diperkenalkan. Antaranya penggunaan alat
penggali dan penabur. Penggunaan alat ini telah memudahkan para petani untuk
menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang ditetapkan.
 Penyuburan tanah pula, kemajuan sains telah berjaya memperkenalkan baja tiruan
kepada masyarakat petani. Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi keperluan
baja yang meningkat terutamanya dalam ladang-ladang yang luas.
Perkembangan sektor penternakan
 Para petani juga turut mengamalkan sistem pertanian campuran iaitu,menternak
biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam Kawasan pertanian yang sama.
Bulu-bulu binatang juga boleh digunakan untuk industri membuat kain dan najis
binatang dijadikan baja.
 Antara tahun 1730 hingga tahun 1760, Robert Blakewell telah mempercepatkan
proses pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan ternakan yang besar
saiznya.
Kemajuan sektor perindustrian
 Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstill telah membawa kepada penciptaan
mesin pemital yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764. Pada tahun
1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun pertama yang menggunakan
kuasa air. Kemajuan ini telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan
menggunakan arang batu untuk menghasilkan besi tempa bagi membuat peralatan
besi.
 Pada akhir abad ke-18, kuasa wap telah digunakan dalam industri untuk
mengendalikan jentera.
 Kaedah baharu ditemui bagi memajukan industri perindustrian di England.
Antaranya, Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli daripada
keluli belum tempa.
Kemajuan sistem pengangkutan
 Revolusi Perindustrian telah membawa kepada kemajuan dalam bidang
pengangkutan seperti perkapalan, dalan raya, kereta api dan terusan. Kapal-kapal
mula dibina daripada besi menggantikan kayu balak dari Baltik.
 Teknologi pembinaan kaapal besi oleh Wilkinson pada tahun 787 telah menyaksikan
kapal-kapal dibina menggunakan besi sebagai rangka kayu sebagai dinding. Kapisiti
kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana boleh mengangkut lebih
banyak kargo.
 Perluasan permintaan barang perkilangan turut mempengaruhi pembinaan jalan
raya di Britain. John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu
dan minyak tar. Ini mempermudahkan perhubungan antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain
Penghijrahan dan pertambahan penduduk
 Perkembangan perindustrian telah menyumbang kepada pertambahan penduduk.
 Pada tahun 1850, menyaksikan lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan
bandar. Peningkatan penduduk disebabkan oleh migrasi penduduk luar, misalnya
pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-rami ke England
 Penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan Ireland-England dan
penduduknya lebih tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil. Jika mereka
tidak berhijrah akan lumpuh disebabkan kekurangan tenaga pekerja.

Abad ke- Sistem Ekonomi Kapitalisme England pada 18


 Kapiltalisme England pada abad ke-18 dan 19 dapat dikesan dalam kerangka
perkembangan Revolusi Perindustrian Pertama dan Kedua
 Revolusi Perindustrian Pertama (1760-1870) menyaksikan perubahan ekonomi
England daripada negara pertanian dan ekonomi komersial kepada negara
perindustrian
 Ciri-ciri kapitalisme terserlah dalam Revolusi Perindustrian Pertama adalah seperti
berikut:
 Pengkhususan dalam aktiviti ekonomi untuk pasaran dalaman atau luar negara
 Peluasan unit pengeluaran supaya tidak lagi berasaskan keluarga dan kesukuan
tetapi sebaliknya lebih bersifat korporat dan perusahan awam
 Penggunaan sumber-sumber kapital secara intensif dan ekstensif bagi
menggantikan tenaga manusia
 Kemunculan kelas sosial baharu yang ditentukan oleh pemilikan harta atau
berkaitan dengan hasil-hasil pengeluaran selain daripada tanah khususnya modal
 Kapitalisme pada era Revolusi Perindustrian Pertama telah membawa kepada
perubahan-perubahan berikut:
 Kemajuan pengangkutan dalam pembinaan jalan raya, terusan, landasan kereta api
dan perkapalan
 Kemajuan dalam bidang pertanian yang menyaksikan peningkatan dalam hasil
pertanian
 Penggunaan Teknologi moden untuk menambahkan pengeluaran
 Kaedah-kaedah pertanian baharu untuk meningkatkan hasil pertanian
 Kemajuan industry kain kapas, tekstil, arang batu dan besi
 Perkembangan bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Liverpool, York
Birmingham dan lain-lain
 Kemajuan dalam perdagangan antarabangsa
 Perdagangan antarabangsa England bertambah 20 kali ganda dari segi nilai dan
perdagangan
Sistem Ekonomi Kapitalisme England pada Abad ke-19
 Dalam Revolusi Perindustrian Pertama, industri besi dan arang batu sebahagian
besarnya adalah industry kecil.
Ciri-ciri Ekonomi Kapitalisme di England
Dominasi pelaburan bank dan syarikat insurans
 Pelaburan bank dan syarikat insurans meguasai sektor perindustrian melalui hak
pengundian saham atau peminjaman wang
 Mereka mempunyai perwakilan dalam badan lembaga pengarah syarikat
Pengumpulan modal yang besar
 Pengumpulan modal yang besar melalui sumbangan bank, syarikat insurans, dan
badan-badan korporat
 Modal yang besar memungkinkan pengeluaran secara besar-besaran dan penemuan
ciptaan-ciptaan baharu
 Pengasingan pemilikan daripada pengurusan
 Hak milik syarikat diasingkan daripada badan pengurusan syarikat
 Pemilik sebenar terdiri daripada pemilik-pemilik saham syarikat
 Badan pengurusan syarikat terdiri daripada sekumpulan pegawai yang dilantik oleh
pegang saham
Pembentukan Syarikat Berhad
 Syarikat Berhad merupakan ejen penyatu untuk menyatukan unit-unit pengeluar di
bawah kawalan syarikat.
1. Modal yang diperoleh daripada keuntungan industri ini dilaburkan semula dalam
perniagaan atau industri tersebut.
2. Dalam konteks ini, pemilik atau penguasaha industri memainkan peranan utama
dalam pengurusan industri tersebut
3. Dalam era Revolusi Perindustrian Kedua (1870-1917), modal diwakili oleh
kapitalisme kewangan yang dicirikan oleh pelaburan bank, syarikat insurans dan
perkembangan syarikat berhad
4. Perkembangan kapitalisme menyaksikan bermula dasar perdagangan bebas (laissez-
faire) dalam arena perdagangan antarabangsa
5. Perkembangan dasar perdagangan bebas adalah seperti berikut:
 Era Revolusi Perindustrian Kedua membawa kepada keperluan menjalinkan
perdagangan dengan dunia luar berasaskan prinsip perdagangan bebas
 Negara-negara tanah jajahan Eropah dipaksa membuka ekonomi negara mereka
kepada prinsip perdagangan bebas
 Negara yang ingkar dikuasai secara kekerasan melalui diplomasi kapal perang
 Dasar perdagangan bebas juga membawa kepada tamatnya monopoli tarif dan hak-
hak keistimewaan lain yang diamalkan oleh kuasa imperialis
 Sebagai contoh pemansuhan monopoli perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris
pada tahun 1858
Sistem Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad
ke-18 hingga 19
 Perkembangan ekonomi kapitalsime di Amerika Syarikat bermula selepas tamat
Perang Inggeris-Amerika (1812) dan Perang Saudara (1861-1865).
 Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melabur modal dalam sektor
perindustrian.
 Perkembangan ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat
mulai 1860-an hingga 1914.
Faktor-faktor Perkembangan Sistem Ekonomi Kapitalisme di
Amerika Syarikat
 Menjelang pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat
di Amerika Syarikat.
 Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat dalam
sektor perindustrian.
 Terdapat beberapa faktor yang mendorong pertumbuhan sistem ekonomi
kaptalisme dan pertumbuhan sektor perindustrian di Amerika Syarikat.
 Antara faktor tersebut adalah seperti berikut:
Kekayaan sumber asli
 Amerika Syarikat ialah negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan
seperti arang batu, besi, keluli dan minyak
 Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu dunia
 Sebahagian besar daripada pengeluaran arang batu di Amerika Syarikat
disumbangkan oleh Pennsylvania
 Kekayaan sumber asli merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan
kapitalisme di Amerika Syarikat
Tenaga Buruh yang banyak
 Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang banyak
 Tenaga buruh yang banyak mecukupi merangsang pertumbuhan sektor
perindustrian yang memerlukan pekerja yang banyak
 Bekalan tenaga buruh banyak telah menyediakan permintaan untuk hasil keluaran
negara
Imigrasi buruh dalam negara dan kehadiran buruh asing
 Kehadiran buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara
menyediakan bekalan tenaga nuruh yang mencukupi
 Undang-undang Buruh Kontrak, 1864 yang menggalakkan kedatangan buruh ke
Amerika Syarikat menyebabkan kemasukan banyak buruh dari China yang terlibat
dalam pembinaan landasan kereta api
 Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dari luar bandar ke
Kawasan bandar
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar
Pelabuhan seperti New York, Chicago dan Boston
Kemajuan Teknologi
 Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baharu muncul di
Amerika Syarikat
 Perkembangan ini telah menyebabkan muncul pencipta-pencipta terkenal di
Amerika Syarikat

Pencipta Hasil Ciptaan


Samuel F. B. Morse Telegraf
Graham Bell Telefon
Thomas Alva Edison Elektrik
Henry Ford Kereta
Wilbur dan Orville Wright Kapal Terbang

 Sehingga akhir abad ke-19, syarikat-syarikat di Amerika Syarikat telah mengeluarkan


40000 buah kereta
 Selain itu, muncul kaedah baharu untuk menghasilkan besi dan keluli secara besar-
besaran
Teknik pemasaran
 Muncul Teknik pemasaran baharu, iaitu barangan dihantar melalui pos
 Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah Roebuck and Company dan
Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872
 Sistem ini boleh dimajukan kerana kemajuan dalam sistem pos dan landasan kereta
api
 Perkembangan ini menyebabkan barangan dapat dihantar dengan cepat dan
diterima oleh penduduk di bandar dan luar bandar
 Selain itu , muncul Gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan pelbagai
jenis barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung
 Antara gedung perniagaan yang terkenal di Amerika Syarikat ialah Macy (New York),
Filene (Boston), Marshall Field (Chicago), dan Wannamaker (Philadelphia)
 Dalam pada itu muncul sistem pengiklanan untuk mempromosikan barangan yang
dihasilankan oleh industri
 Agensi pengiklanan yang terawal ditubuhkan oleh Francis Wayland Oyer
 Ekspo perdagangan juga diadakan untuk memasarkan barangan yang dihasilkan oleh
kilang. Sebagai contoh Ekspo Antarabangsa Columbia yang diadakan di Chicago
pada tahun 1893 telah menarik kedatangan sebanyak 27 juta orang pengunjung dan
memperkenalkan banyak barangan baharu kepada pengguna
Pengangkutan jalan air
 Sungai merupakan jalan pengankutan utama untuk menggerakkan barangan
 Pengenalan kapal wap telah merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat
.Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap
 Pada tahun 1807, kapal wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan
pelayaran pertama di Sungai Hudson
Pembinaan terusan
 Terusan telah muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk
Amerika Syarikat kerana didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan bert
berbanding dengan jalan raya
 Antara terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York
yang didirikan pada tahun 1825 berkeluasan 40 kaki dan 360 batu banjang
 Terusan ini menjadikan kota New York sebagai Pelabuhan terkemuka di Amerika
Syarikat
 Negeri lain seperti Pennsylvania, Ohio dan Indiana juga melabur dalam pembinaan
terusan
Antara Langkah yang diambil oleh kerajaan
 Melindungi indsutri tempatan dengan mengenakan duti yang tinggi bagi barangan
import
 Menstabilkan mata wang
 Memperkenalkan sister tarif yang sesuai
 Mengamalkan dasar imigrasi yang longgar untuk menggalakkan penghijrahan
penduduk
 Mengadakan sistem bank kebangsaan
 Meluluskan beberapa akta untuk menggalakkan penggunaan tanah awam oleh
syarikat-syarikat swasta bgi pembinaan landasan kereta api. Antara akta yang
diperkenalkan adalah seperti berikut:
 Akta Lndasan Kereta Api Pasifik
 Akta Ladang
 Akta Majlis Anugerah Tanah
 Memperuntukkan sumber kewangan yang besar untuk memajukan sistem
pengangkutan
 Langkah-langkah ini menyebabkan sektor perindustrian mengalami pertumbuhan
pesat di Amerika Syarikat
Kemunculan Industri Kereta Api
 Menjelang tahun 1850-an, muncul peniaga-peniaga besar yang melabur modal
dalam industri kereta api
 Perkembangan industri kereta api menyebabkan muncul syarikat-syarikat kereta api
di Amerika Syarikat
 Syarikat-syarikat ini melahirkan golongan kapitalisme yang terkenal seperti Daniel
Drew, Jay Gould dan lain-lain
 Pada tahun 1860-an Panjang landasan kereta api telah meningkat dari 31 ribu batu
kepada 53 ribu batu.
 Kerajaan persekutuan memberikan 131 000 ekar tanah awam kepada sektor swasta
bagi membangunkan industry kereta api
 Selain itu, berlaku percantuman landasan kereta api yang pendek dengan rangkaian
yang Panjang
 Sistem kereta api Berjaya merangsang pertumbuhan industri asas seperti besi,
keluli, pembinaan dan pembuatan mesin
Perkembangan Industri Minyak
 Industri minyak di Amerika Syarikat bermula dengan pengenalan minyak tanah
semasa tercetus Perang Saudara
 Minyak telah digunakan untuk tujuan pemanasan dan sumber cahaya kepada
penduduk Amerika Syarikat
 Telaga minyak yang pertama di Amerika Syarikat digerudi di Sylvaniaania
 Individu penting yang terlibat dalam industri ini ialah John D. Rockfeller. Beliau telah
menubuhkan sebua syarikat minyak yang dikenali sebagai Standard Oil of New
Jersey Bersama rakan-rakannya
 Syarikat minyak yang lain ialah Standard Oil of Ohio yang ditubuhkan pada tahun
1870
 Syarikat ini merupakan pengeluar minyak terbesar di Cleveland, Ohio
 Syarikat minyak Ohio mengeluarkan 90 peratus daripada bekalan minyak di Amerika
Syarikat pada tahun 1880
Kemajuan Industri besi dan keluli
 Antara tokoh utama yang terlibat dalam industri besi dan keluli ialah Andrew
Carnegie
 Pada tahun 1894, firma beliau mengeluarkan 25 peratus daripada pengeluaran besi
di keluli negara
 Pada tahun 1901, J. Pierpont Morgan telah membeli firma Andre Carnegie dan
menyatukannya atas nama US Steel Corporation
 US Steel Corporation menjadi syarikat pengeluar besi dan keluli terbesar di Amerika
Syarikat
Kemunculan perniagaan besar
 Perkembangan Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat menyebabkan syarikat-
syarikat disatukan bagi membentuk Kartel
 Perkembagan ini menyebabkan berlaku gelombang penyatuan besar di Amerika
Syarikat pada tahun 1895-1905
 Antara tahun 1895-1902, lebih daripada 26000 syarikat telah lenyap ditelan arus
penyatuan
 Pernigaan berskala besar yang muncul di Amerika Syarikat ialah:
 United States Rubber
 Goodyear
 American Smelting and Refining
 General Electric
 Eastman Kodak
 Ciri-ciri perniagaan besar adalah seperti yang berikut:
 Mempunyai modal yang besar
 Pelantikan pengarah syarikat untuk mengawal operasi syarikat
 Perubahan dalam struktur organisasi syarikat,iaitu perniagaan dijalankan oleh
organisasi dan bukan individu atau keluarga
 Tidak wujud persaingan kerana syarikat-syarikat kecil tidak dapat menyaingi kaedah
berniaga syarikat-syarikat besar

You might also like