You are on page 1of 3

SOALAN Sejauh manakah kemajuan industri mempengaruhi

perkembangan ekonomi kapitalisme di England pada abad ke-


18 hingga ke-19?
PENGENALAN Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang menekankan
hak milik persendirian, pasaran, kebebasan ekonomi, dan
perniagaan untuk keuntungan.

Kegiatan ekonomi kapitalisme berkembang pesat selepas


tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18
hingga ke-19.

Perkembangan ini telah menyebabkan perubahan yang amat


ketara dalam kegiatan pertanian, perindustrian, dan
perdagangan disebabkan oleh penggunaan teknologi moden
dan kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan.

Terdapat pelbagai faktor perkembangan ekonomi kapitalisme


di England selepas Revolusi Perindustrian.

ISI 1 KEMAJUAN INDUSTRI

HURAIAN 1 Kemajuan industri telah mendorong perkembangan


kapitalisme di England.

HURAIAN 2 Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan industri


berasaskan tekstil, kain kapas, arang batu, besi dan keluli turut
berkembang.
HURAIAN 3 England memberi tumpuan kepada perusahaan tekstil.

HURAIAN 4 Kemunculan kilang-kilang perindustrian menyebabkan


industri arang batu, besi dan keluli turut berkembang.
CONTOH 1 Penemuan mesin baharu iaitu Flying Shuttle dan Spinning
Jenny telah menyebabkan industri tekstil berkembang pesat.

PENEGASAN Tuntasnnya, perkembangan perindustrian yang menggunakan


teknologi moden dan pengeluaran secara besar-besaran
merancakkan perkembangan kapitalisme.

ISI 2 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN


HURAIAN 1 Selepas revolusi perindustrian, teknologi moden digunakan
dalam kegiatan perindustrian kegiatan perindustrian di
England.
HURAIAN 2 Dalam pada itu, pelbagai rekaan dan ciptaan baharu
digunakan dalam kegiatan perindustrian di England.
HURAIAN 3 Selain itu, jentera dan alat-alat baharu dicipta untuk
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
CONTOH 4 Antara alat-alat yang digunakan ialah mesin penggali Jethri
tull, mesin menuai dan mesin pembajak.
PENEGASAN Jelaslah bahawa prnggunaan teknologi moden dalam
perindustrian dan pertanian merancakkan pertumbuhan
ekonomi kapitalisme di England.

ISI 3 KEMAJUAN PENGANGKUTAN

HURAIAN 1 Perkembangan kapitalisme menyebabkan kemajuan dalam


bidang pengangkutan.
HURAIAN 2 Kemuculan industri menyebabkan pembinaan jalan raya,
landasan kereta api dan perkapalan.
HURAIAN 3 Sistem pengangkutan disediakan bagi memudahkan
pergerakan barangan dan pemasaran.
HURAIAN 4 Kemajuan dalam teknologi pembinaan jalan raya dan lokmotif
menyebabkan sistem pengangkutan berkembang.
PENEGASAN Tuntasnya, perkembangan pengangkutan merancakkan
pertumbuhan perindustrian serta ekonomi kapitalisme di
England.
ISI 4 KEMUNCULAN BANDAR PERUSAHAAN

HURAIAN 1 Selepas revolusi perindustrian, muncul bandar-bandar


perusahaan di seluruh England.
HURAIAN 2 Bandar-bandar perusahaan muncul ekoran daripada
penghijrahan penduduk ke bandar-bandar untuk bekerja di
kilang.
CONTOH 1 Antara bandar-bandarperusahaan yang muncul ialah
Manchester, Liverpool, york dan Birmingham.
PENEGASAN Jelaslah bahawa pertumbuhan bandar perindustrian
menyebabkan ekonomi kapitalisme mula berkembang di
England.

ISI 5 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

HURAIAN 1 Perdagangan antarabangsa melibatkan pengeluaran barangan


industri seperti batu, jentera, tekstil, besi dan tembaga.
HURAIAN 2 Perdagangan antarabangsa menyebabkan England
menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran
HURAIAN 3 Bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa, England
menlaksanakan dasar perdagangan bebas.
PENEGASAN Tuntasnya, pelaksanaan perdagangan antarabangsa yang
berasaskan perdagangan bebas menyebabkan sistem ekonomi
kapitalisme mula berkembang.

KESIMPULAN Perkembangan kapitalisme selepas Revolusi Perindustrian


menyebabkan perubahan besar dalam sistem ekonomi.

Pertumbuhan dalam bidang perindustrian dan pertanian telah


menyebabkan England terlibat daalam perdagangan
antarabangsa.

Ekonomi kapitalisme meletakkan asas bagi kebangkitan


England sebagai negara industri yang paling maju di Eropah.

You might also like