You are on page 1of 13

SEJARAH

BAB 3 :KEMAHUAN DAN


PEMBANGUNAN
Sistem ekonomi
kapitalisme di Amerika
Syarikat dan England pada
abad ke-18 dan abad ke-19
Sistem ekonomi kapitalisme di
England
Perkembangan bidang pertanian
Kaedah pertanian baharu yang diamalkan di
England berjaya meningkatkan hasil keluaran.
Antara kaedah baru yang digunakan ialah:
i. Sistem tanah berpagar [Akta Pemagaran Tanah
Awam] menggantikan sistem tanah lapang.
ii. Penggunaan jentera seperti Jethro Tull [mesin
penggali lubang dan penabur benih]
iii.Sistem Tanaman Bergilir Norfolk
iv.Memperkenalkan sistem pengurusan ladang moden
[sistem pajakan yang mengalakkan pelaburan besar]
v. Penggunaan baja tiruan.

Kemajuan bidang ternakan
Petani England telah menggunakan kaedah penternakan yang
paling efisien sekaligus mampu mengeluarkan hasil yang
banyak. Sebagai contoh, mereka telah menjalankan aktiviti
bercucuk tanam dan penternakan di kawasan yang sama.
Teknik ini mampu :
i. Menjimatkan penggunaan tanah [penggunaan yang sangat
efisien]
ii. Mengekalkan kesuburan tanah [najis binatang dijadikan baja]
iii.Mengatasi masalah bekalan makanan bagi binatang

Selain itu, kaedah tumbesaran ternakan turut diperkenalkan.
Robert Blakewll berjaya menemukan teknik baru untuk
mempercepatkan proses tumbesaran ternakan. Hasil
ternakan berjaya dipertingkatkan dalam masa yang singkat.

Perkembangan jaringan pengangkutan
Revolusi Perindustrian yang tercetus di Eropah telah membawa kepada
kemajuan dalam bidang pengangkutan. Contohnya;
i. Pembinaan jalan raya dan landasan kereta api
ii. Pembinaan kapal besi
iii. Penciptaan kapal enjin stim atau wap
iv. Pembinaan Terusan Worsley
v. Penciptaan lokomotif [memudahkan kerja mengangkut barang seperti arang
batu]

Perkembangan sistem pengangkutan termasuk melibatkan penciptaan
teknologi bagi menambahkan kepesatan ekonomi England.

Kemudahan pengangkutan dan pembangunan pesat ekonomi ini membawa
kepada pertambahan populasi di England. Sekitar tahun 1850-an, penduduk
Ireland berhijrah berama-ramai ke England untuk mendapatkan peluang
pekerjaan terutama dalam industri tekstil.

Perkembangan perdagangan
antarabangsa
Penggunaan teknologi baru dan pertambahan jumlah penduduk
England telah merancakkan lagi ekonomi negara tersebut.
Keadaan ini menyebabkan berlakunya lebihan keluaran sekaligus
mendorong kepada usaha pengeksportan.

Bagi menggalakkan aktiviti perdagangan, kerajaan England telah
memansuhkan tarif bagi bahan mentah. Hal ini dapat
menggalakkan negara luar mengimport barangan siap dari
England. Kerajaan England mengamalkan dasar menggalakkan
pedagangan antarabangsa England. Sebagai contoh:
i. Menubuhkan pasukan Tentera Diraja untuk menjamin keselamatan
pedagang.
ii. Menghapuskan akta yang menyekat kebebasan aktiviti
perdagangan
iii. Mengurangkan senarai barang yang dikenakan duti

Perkembangan bidang perindustrian
Selari dengan perkembangan dalam bidang pertanian, bidang
industri juga semakin maju. Industri tekstil, arang batu dan
besi merupakan antara industri yang semakin berkembang.
i. Permintaan yang tinggi terhadap barang tekstil membawa
kepada penciptaan mesin pemintal benang oleh James
Hargreaves.
ii. Penciptaan mesin tenun menggunakan kuasa air oleh
Edmund Cartwright.
iii.Penemuan kaedah menghasilkan keluli dengan cepat dan
murah
iv.Pengenalan sistem puddling bagi mengekstrak bijih besi
v. Perkeembangan dalam bidang industri membawa kepada
peningkatan jumlah keluaran dan juga eksport England.

Sistem ekonomi kapitalisme di
Amerika Syarikat
Perkembangan sektor pertanian
Sekitar 1800, negeri2 di selatan dan barat AS
masih mengusahakan kegiatan pertanian sebagai
sumber utama.
Hasil keluaran mereka termasuklah kapas, gula,
beras, gandum, daging, tenusu dan tembakau
dipasarkan di dalam dan luar negara.
Perkembangan pesat sektor pertanian membawa
kepada penubuhan kilang. Kanak2 dan wanita
banyak diambil berkerja sebagai hamba di kilang2
tersebut.

Perkembangan sistem pengangkutan
Kelulusan Akta Landasan Kereta Api Pasifik oleh
kerajaan pada tahun 1862 membawa kepada
terbinanya jaringan landasan kereta api.
Pembinaan landasan ini mendorong kepada;
i. Berlakunya penghijrahan & peningkatan jumlah
penduduk
ii. Pembukaan petempatan baru
iii.Perkhidmatan penghantaran barang lebih cepat
iv.Menjadi salah satu cara pengiklanan menarik
minat imigran luar.

Perkembangan perniagaan
Perkembangan ekonomi AS mendorong
kepada munculnya perniagaan berskala besar.
Penyatuan syarikat2 seperti syarikat besi
keluli dan minyak membawa kepada
tertubuhnya syarikat2 besar.
Antara syarikat besar yg menguasai pasaran
ialah syarikat Dupont dan General Electric.
Syarikat2 besar ini mempunyai jumlah modal
dan pelaburan yg besar.

Perkembangan industri minyak dan
besi keluli
Telaga minyak pertama dijumpai di Pennsylvania. Penemuan
ini membawa kepada usaha cari gali yang baru sekaligus
mendorong kepada kemunculan syarikat2 minyak seperti:

i. Standard Oil of New Jersey
II. Standard Oil Company of Ohio

Kejayaan syarikat2 tersebut memonopoli perniagaan minyak
telah mendorong kepada kewujudan syarikat lain seperti gula
dan tembakau.
U.S. Steel Corporation adalah antara syarikat besi keluli yang
menguasai industri keluli di AS.

Perkembangan perdagangan
antarabangsa
Kemunculan syarikat perniagaan yg besar dan
mampu mengeluarkan barang yang banyak
menyebabkan AS memerlukan pasaran yang lebih
besar.
Keadaan ini membawa kepada perubahan dasar
pemencilan kuasa kepada perluasan empayar.
Perubahan dasar ini membolehkan barangan AS
dipasarkan secara lebih meluas dan pelabur AS
dapat melabur di tempat lain seperti Hawai, China
dan Cuba.

You might also like