You are on page 1of 3

Analisiskan reaksi masyarakat tempatan China terhadap perluasan kuasa barat selepas pertengahan

abad ke 19 hingga akhir abad ke 19.


Pengenalan:
Menjelang pertengahan abad ke 19, dasar isolasi (dasar tutup pintu) kerajaan China mengalami
perubahan. Reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat bermula selepas China kalah dalam
Perang Candu pertama pada tahun 1839 -1842 , Perang Candu kedua tahun 1856-1860 dan Perang
China-Jepun pada tahun 1894-1895. Kesan peperangan inilah yang mempengaruhi reaksi
masyarakat China terhadap kuasa Barat .
Isi-isi penting :
1 .Perjanjian Nanking (1842) menandakan kemerosotan Dinasti Manchu kerana tidak lagi berupaya
untuk mempertahankan Negara China dari penceroboh kuasa-kuasa Barat. Justeru itu wujud
kepercayaan dalam kalangan masyarakat China bahawa kerajaan Manchu telah hilang mandat dari
syurga. Turut mengeruhkan keadaan , apabila Negara China terpaksa menandatangani perjanjian
perjanjian seperti Perjanjian Boque , Perjanjian Wangsia , Perjanjian Whampao. Keadaan inilah yang
memberi impak yang besar kepada masyarakat China terhadap perluasan kuasa Barat.
2. Kekalahan China dalam siri peperangan dengan kuasa Barat telah memberi satu tamparan yang
hebat kepada masyarakat China dalam soal maruah. Maka dengan itu Negara China ingin mengorak
beberapa langkah untuk mengembalikan kekuasaan mereka . Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895)
merupakan langkah yang diambil oleh China untuk mengatasi kekuasaan Barat.
i. Ketenteraan
Kerajaan China mengambil langkah-langkah untuk memodenkan bidang
ketenteraan.Pemimpin-pemimpin seperti Putera Kung dan Wen-hsiang bahawa kekurangan senjata
moden merupakan punca kekalahan China dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Kerajaan
China mengambil tindakan untuk memodenkan tentera mengikut system ketenteraan Barat. Antara
langkah yang diambil ialah pembinaan kilang senjata, penubuhan sekolah dan biro penterjemahan
tujuan untuk bidang kejuruteraan dan ketenteraan ke dalam bahasa China. Pembinaan limbungan
kapal,penubuhan angkatan tentera laut dan penghantaran pegawai-pegawai keluar Negara
merupakan reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat.


ii. Ekonomi
Kerajaan China mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan ekonomi Negara,
antaranya ialah menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan
negara. Hal ini kerana Negara China terpaksa menanggung hutang yang banyak dan terpaksa
membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat akibat kekalahan dalam perang.
iii. Membangunkan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan
Kerajaan China beranggapan bahawa kekalahan mereka terhadap kuasa Barat ekoran
daripada system perhubungan dan pengangkutan yang kurang baik. Anara langkah yang diambil
untuk membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan ialah pembinaan landasan kereta api,
talian telegraf dan perkhidmatan pos. Keadaan ini juga menggambarkan kepada kita bahawa reaksi
masyarakat tempatan China terhadap kuasa Barat membawa kepada perubahan positif kepada
Negara China.
iv. Diplomatik
Kerajaan China mengambil langkah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa
Barat untuk mengatasi kelemahan mereka iaitu dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi.
Sebuah jabatan yang dikenali sebagai Tsungli Yamen ditubuhkan bagi menguruskan hubungan
diplomatik kerajaan China dengan negara-negara Barat pada tahun 1861 .Keadaan ini menjelaskan
kepada kita bahawa reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat membawa kebaikan kepada
masyarakat China.
v. Pendidikan
Sistem pendidikan di Negara China turut mengalami perubahan ekoran daripada kekalahan
China terhadap kuasa Barat. Pada tahun 1862 sebuah maktab bahasa yang dikenali sebagai Tung-
wen Kuan ditubuhkan di Peking. Maktab ini ditubuhkan untuk mengajar bahasa-bahasa eropah dan
ilmu pengetahuan Barat kepada pegawai-pegawai kerajaan China.
Walau bagaimanapun Gerakan Menguatkan Diri tidak mencapai kejayaan yang menyeluruh ekoran
daripada beberapa sebab seperti ketiadaan pemimpin yang cekap , tentangan daripada golongan
konservatif dan ketiadaan penyelarasan. Tetapi keadaan ini telah membawa reaksi masyarakat
tempatan terhadap kuasa Barat.
3 .Pemberontakan Boxer (1899)
Sentimen anti-asing dalam kalangan orang China wujud selepas Negara China kalah dalam
peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Reaksi masyarakat tempatan China dapat kita lihat melalui
pemberontakan ini. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh
orang China yang beragama Kristian. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap China
yang dikenali sebagai I Ho Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian)
Tindakan kuasa- kuasa Barat menyebabkan wujudnya kebimbangan masyarakat China bahawa
Negara China akan dibelah bahagikan sesama kuasa Barat. Lantaran itu adalah menjadi kewajipan
orang-orang China untuk mengusir orang-orang asing keluar dari Negara China.
Perkembangan agama Kristian dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan
falsafah orang China yang berasaskan ajaran Confucius . masyarakat China juga turut menunjukkan
kebencian terhadap orang China yang memeluk agama Kristian sebagai pengkhianat bangsa kerana
mereka telah diperalatkan oleh orang-orang asing. Disini jelas menunjukkan kepada kita reaksi
masyarakat tempatan erhadap kuasa Barat.
Penguasaan Ekonomi China oleh orang asing telah menambahkan sentimen anti-asing dalam
kalangan orang-orang China. Kemelesetan ekonomi dan pengangguran merupakan impak negatif
kepada China. Kemerosotan taraf hidup akibat penguasaan ekonomi China oleh orang asing telah
menyebabkan ramai petani dan penganggur menyertai Gerakan Boxer. Malangnya Gerakan Boxer
ditumpaskan oleh pasukan tentera bersekutu yang terdiri daripada Britan,Perancis dan Rusia.
Kesimpulan:
Kesimpulannya walaupun pelbagai reaksi yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap kuasa
Barat namun kerajaan China terpaksa tunduk terhadap kuasa Barat pada akhirnya. Selain itu,
kerajaan China terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Hal ini berlaku kerana kelemahan
sistem pentadbiran kerajaan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Landskap politik China
menampakkan perubahan yang besar menjelang abad ke 20.

You might also like