You are on page 1of 13

SULIT 910/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012 (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU 910/2 KERTAS 2

Kertas ini mengandungi 12 halaman bercetak Sulit

BAHAGIAN A 1. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan setiap pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Jelaskan pernyataan ini.

Pendahuluan ; -Konsep sukan: sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga, seperti renang, bola sepak, tenis, olahraga dan lain-lain. -Konsep Dasar 1Murid 1Sukan -Langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memberi banyak manfaat/kesan positif kepada pelajar. Isi Kesan positif pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan IS1 Memupuk perpaduan - sukan disertai oleh pelbagai kaum - aktiviti ini mewujudkan hubungan silaturrahim/perasaan muhibbah antara peserta atau antara mereka yang terlibat sama ada di peringkat sekolah, negeri atau negara IS2 Dapat mengekalkan/meningkatkan kesihatan - melibatkan pergerakan kardiovaskular - berlaku perpeluhan, mengurangkan toksin dalam badan - mengurangkan pelbagai penyakit- (obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya) - mencerdaskan fikiran IS3 Membentuk disiplin diri yang baik dan sahsiah yang baik/terpuji - mematuhi peraturan permainan - menghormati keputusan pertandingan - memupuk semangat berpasukan - melatih kepepimpinan IS4 Mengisi masa lapang dengan berfaedah - mengelakkan/mengurangkan gejala negatif - sebagai aktiviti riadah - mengurangkan tekanan belajar

IS5 Pilihan/peluang kerjaya pada masa hadapan

- atlit profesional - penglibatan sebagai jurulatih - usahawan dalam industri sukan - menjadi sumber pendapatan sampingan IS6 Mencungkil/mengembangkan bakat pelajar - peluang pelajar untuk menyertai bidang sukan yang diminati- kenal pasti bakat - mengembangkan bakat/ kemahiran tertentu-melalui sukan yang disertai - melahirkan pelajar yang berbakat dalam bidang sukan/melahirkan atlit IS7 Meningkatkan imej - menaikkan imej kendiri - penyertaan/penglibatan dalam pertandingan- dapat menonjolkan diri - kejayaan yang diperoleh- imej diri tersohor - nama menjadi sebutan Kesimpulan Aktiviti sukan banyak memberi kesan positif Dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI Selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan Kerjasama semua pihak diperlukan agar pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan

2. Penglibatan pelajar dalam bidang kajian angkasa lepas dapat memenuhi keperluan negara dalam teknologi aeroangkasa. Cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat pelajar dalam bidang kajian tersebut. Pendahuluan : -konsep teknologi aeroangkasa: teknologi angkasa lepas merangkumi kawasan atmosfera bumi dan ruang angkasa lepas sama ada berkaitan dengan pesawat/ peluru berpandu dan sebagainya -teknologi aeroangkasa banyak memberi manfaat kepada negara -banyak langkah yang boleh dijalankan untuk menarik minat pelajar

ISI Langkah-langkah untuk menarik minat pelajar dalam bidang aeroangkasa IS1 Guru/ibu bapa harus mewujudkan kesedaran/pendedahan terhadap sains dan teknologi aeroangkasa dalam persekitaran hidup pelajar/ anak sejak kecil IS2 Menerapkan teknologi angkasa dalam sistem pendidikan -elemen aeroangkasa dalam mata pelajaran fizik, sains, geografi -aktiviti kokurikulum : pertandingan roket, mengarang esei IS3 Pendedahan yang lebih meluas tentang kerjaya dalam bidang aeroangkasa -lawatan ke Planetarium Negara, Pusat Sains Negara -pameran/ceramah kerjaya IS4 Penyebaran maklumat tentang teknologi aeroangkasa melalui media massa/kempen -dokumentari/rencana melalui media massa IS5 Memberi pengiktirafan /anugerah individu/organisasi atas sumbangan dalam kajian aeroangkasa IS6 Menambah peluang pendidikan tinggi dalam bidang aeroangkasa -lebih banyak IPT yang menawarkan kursus aeroangkasa -menawarkan biasiswa -meningkatkan prasarana pembelajaran Kesimpulan -peranan semua pihak penting untuk menggalakkan minat pelajar dalam teknologi aeroangkasa -usaha menarik minat perlu dilaksanakan dari peringkat awal

3. Sejak belakangan ini, kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam semakin meningkat dan sering dilaporkan oleh media massa. Bincangkan punca-punca peningkatan masalah tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pendahuluan - Konsep pengangkutan awam - jenis kenderaan yang digunakan oleh orang awam yang dikenakan bayaran/bukan untuk kenderaan persendirian - Kemalangan pengangkutan awam semakin kerap berlaku seperti yang dilaporkan oleh media massa- contohnya, bas dan teksi - Banyak menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa - Pelbagai punca yang melibatkan kemalangan pengangkutan awam - Langkah-langkah berkesan perlu dilaksanakan segera

Isi Punca-punca kemalangan pengangkutan awam IS1 Faktor kenderaan - Keadaan kenderaan yang digunakan tidak selamat - usia kenderaan terlalu lama- lebih 15 tahun - peralatan kenderaan tidak selamat : tayar celup, brek tidak berfungsi/sempurna, alat ganti tidak tulen IS2 Faktor pemandu - Latar belakang/kelayakan pemandu - usia terlalu muda/ tua- pemanduan tidak berhemah - pemandu terlibat dalam penyalahgunaan dadah/arak - tahap kesihatan rendah - penyakit IS3 Sistem upah - upah/gaji berdasarkan trip- pemandu membawa laju dan dalam keadaan letih IS4 - Jadual perjalanan kenderaan yang membebankan pemandu - jadual padat - tiada rehat yang cukup Langkah-langkah mengatasi IS5 Meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awam - penyelenggaraan kenderaan yang sempurna- ikut jadual, kondisi kenderaan

mesti dipantau - pemeriksan oleh pihak berkuasa- Puspakom - wajibkan penggunaan alat ganti tulen IS6 Pemilihan pemandu kenderaan awam yang lebih ketat - adakan rekod pemeriksaan JPJ, saman trafik, pemeriksaan kesihatan/usia pemandu IS7 Mengubah sistem upah/gaji - gaji berdasarkan trip diubah kepada gaji bulanan yang lebih tinggi IS8 Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas - LPKP mesti tegas menguatkuasakan peraturan lesen kenderaan awam - JPJ/Polis Trafik kerap melakukan operasi - penggunaan kotak hitam, penggera amaran had laju, pemandu kedua dikuatkuasakan secara menyeluruh dan tegas IS9 Kempen kesedaran oleh pihak berwajib/berkuasa - ceramah/seminar keselamatan kepada pemandu/pengusaha pengangkutan awam Kesimpulan - Banyak punca kemalangan pengangkutan awam telah dikenal pasti dan langkahlangkah yang sewajarnya perlu dilaksanakan - Pengangkutan awam mesti meningkatkan mutu perkhidmatan mereka - Kembalikan keyakinan pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam - Imej pengangkutan awam yang tinggi/baik akan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam

4. Masyarakat kini kurang berminat untuk menyertai aktiviti gotong-royong. Anda diminta untuk menyediakan laporan tentang faktor-faktor berlakunya hal demikian dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Tulis laporan anda selengkapnya.

PENDAHULUAN - Konsep gotong-royong : melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama secara sukarela - Aktiviti gotong- royong menjadi amalan penting dalam kalangan anggota masyarakat khususnya di kampung-kampung - Banyak punca masyarakat kurang berminat dengan aktiviti gotong-royong - Langkah yang wajar perlu dilakukan untuk menarik minat masyarakat menyertai aktiviti gotong-royong ISI Punca-punca masyarakat tidak berminat menyertai aktiviti gotong-royong IS1 Kesibukan anggota masyarakat dengan urusan harian/kerjaya - kesuntukan masa untuk menyertai aktiviti gotong-royong. IS2 Sikap mementingkan diri sendiri - tidak bercampur dengan masyarakat IS3 Organisasi yang tidak terancang -JKKK tidak bergerak aktif/ tiada JKKK untuk menggerakkan aktiviti gotong-royong. IS4 Peranan ibu bapa/masyarakat - kurang penekanan daripada ibu bapa/masyarakat- tiada kesedaran generasi muda . IS5 Peningkatan taraf hidup/ kemewahan - masyarakat mampu membayar upah - gaya hidup moden ISI Langkah-langkah menarik minat masyarakat menyertai aktiviti gotong-royong IS6 Peranan ibu bapa - penerapan amalan gotong-royong bermula dari rumah - ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong

IS7 Peranan pihak sekolah - pihak sekolah hendaklah merancang dan mengadakan lebih banyak aktiviti gotong-royong (melalui mata pelajar Sivik) khidmat masyarakat IS8 Kempen - meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan bergotong-royong melalui peranan media massa IS9 Peranan NGO - sumbangan dari segi kewangan/peralatan/sokongan moral(turut terlibat) - tanggungjawab sosial ( Instutusi perbankan) IS10 Khidmat komuniti - pelajar-pelajar universiti- khidmat masyarakat

KESIMPULAN - Banyak punca amalan gotong-royong tidak diamalkan dan langkah-langkah mengatasinya perlu dijalankan - Amalan gotong-royong perlu dipertahankan kerana amalan tersebut banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara - Alasan sibuk untuk menyertai aktiviti gotong-royong dapat diatasi sekiranya anggota masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan aktiviti ini

Karangan ini hendaklah dijawab dalam format laporan Jika karangan calon tidak menepati format, tolak 5 markah daripada markah R 1. Tajuk ( tolak 1M) 2. Subtajuk ( tolak 1M) 3. Penomboran (tolak 1M) 4. Tandatangan ( tolak 1M) 5. Nama pelapor- ( tolak 1M)

BAHAGIAN B SOALAN 5 IU IS1 Masalah sosial dalam kalangan generasi muda semakin membimbangkan kita bukan sahaja masih belum berjaya menangani persoalan remaja isu mat rempit menjadi senarai masalah sosial remaja semakin bertambah menjadi antara isu utama media. IUT 3/4

masalah sosial ini sebagai suatu bentuk pelampiasan IST perasaan bosan golongan remaja 2/3 - mereka sebenarnya bukan golongan yang bermasalah - hal ini bukan satu kelaziman bagi generasi muda masyarakat melakukan kesilapan apabila menganggap bahawa anak muda ini hanya menunjukkan ciri-ciri keremajaan yang normal sehingga mereka berani mempersenda dan mancabar undang-undang masalah ini menjadi subbudaya gerakan sindiket yang terancang berpotensi untuk berkembang ke seluruh pelosok negara Penegasan pihak polis untuk tidak lagi bertolak ansur dengan sikap liar dan biadap mat rempit amat dialu-alukan walaupun kenyataan tersebut sepatutnya dilaksanakan jauh lebih awal apabila masalah ini mula bertunas. Keadaan yang bercanggah kini sedang berlaku pihak penguatkuasa bertegas untuk bertindak pada masa yang sama ada pihak memberikan pengiktirafan kepada golongan mat rempit, jika kita memperakui kegiatan mereka kita sudah menggadaikan prinsip untuk mencegah beralih kepada prinsip untuk merawat mereka tetap terus merempit dengan memperjudikan nyawa mereka dan nyawa orang lain IST 3/4

IS2

IS3

IST 2/2

IS4

IST 2/3

IS5

IST 3/4

IS6

Tiada pendekatan lain untuk membanteras gejala ini tindakan tegas dan pencegahan habis-habisan kini sudah menjadikan satu bentuk jenayah jalanan. - kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecederaan semakin meningkat

IST 3/4

- Kita perlu mengkaji semua faktor anak muda yang berani - untuk melakukan kerja yang tidak masuk akal - semua pihak perlu menggembleng tenaga habishabisan - membanteras gejala ini secara mutlak

KT 3/4

10

BAHAGIAN C SOALAN 6 Setelah hari siang, Raja Merong Mahawangsa belayar untuk mencari putera raja Rom. Setelah beberapa lama belayar, Raja Merong Mahawangsa sampai ke tempat kapal anak raja Rom yang mengalami kerosakan. Baginda bertemu dengan seseorang yang sedang berenang dan membawanya naik.Baginda bertanya kepada orang itu. Orang itu menceritakan semua peristiwa yang berlaku tentang kemusnahan yang dilakukan oleh burung garuda pada malam sebelumnya. Setelah mendengar cerita tersebut, Raja Merong Mahawangsa menitahkan anak kapal mencari putera raja Rom itu dengan harapan dapat bertemu dengan sesiapa sahaja yang terapung-apung di laut. Setelah beberapa hari, tiada sesiapa yang dapat menemukan putera raja Rom. Raja Merong Mahawangsa terlalu dukacita kerana sultan/raja Rom menaruh harapan yang besar. Semua menteri, penggawa, dan hulubalang sudah penat mencari putera namun tidak bertemu juga. Raja Merong Mahawangsa belayar untuk menuju ke timur. Bahtera baginda menyusuri daratan tanah besar sambil mencari putera raja Rom itu. Baginda sampai di satu tempat yang berteluk dan bertanjung. SOALAN 7 ( LARAS BAHASA KREATIF) Leha memanggil suaminya sambil berpaling kepada Jamil. Leha memberitahu bahawa beras simpanan mereka sudah kehabisan/tiada lagi. Jamal bertanyakan Leha sama ada mereka masih mempunyai baki beras tersebut atau tidak sambil membetulkan kain selimut Atan. Menurut Jamal lagi, beras tersebut jika dibuat bubur sudah memadai. Jamal menyatakan bahawa demam Atan teruk/kuat dan suhu badan Atan sangat tinggi/panas. Leha memberitahu bahawa itu sahaja beras yang ada, sambil menarik tangannya keluar dan menunjukkan genggaman yang mengandungi baki beras yang masih ada. Jamal menyatakan bahawa dia tidak tahu cara untuk mendapatkan wang. Menurutnya lagi, sudah seminggu dia tidak mendapat apa-apa hasil. Jamal menyatakan bahawa jeratnya tidak mengena dan menurutnya lagi bubunya di dalam sungai tidak dimasuki ikan. Leha ingin tahu cara untuk mereka meneruskan kehidupan sekiranya keadaan mereka sedemikian. Jamal menyatakan bahawa dia memahami perkara itu Jamal menyuruh/meminta Leha supaya Leha meminjam sedikit beras daripada Pak Chin. Menurut Jamal, dia juga akan mencuba untuk meminjam wang daripada Pak Ngah sekiranya Pak Ngah bersedia untuk menolong mereka. Leha memanggil suaminya sambil meraba dahi anaknya. Dia mrmberitahu Jamal bahawa badan Atan semakin panas. Menurutnya lagi, mereka perlu meminta ubat daripada dukun dengan segera.

11

BAHAGIAN D SOALAN 8 BIL. 1. KESALAHAN isu yang telah pemimpin masyarakat timbulkan SEBAB KESALAHAN Kesalahan struktur ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga. -Mesti menggunakan KSN oleh 2. premis perniagaan terletak berdekatan Kesalahan tidak menggunakan kata hubung pancangan relatif yang dalam ayat relatif / untuk membentuk klausa yang berfungsi sebagai kata nama/frasa nama. -Tiada kata hubung pancangan relatif dalam ayat majmuk pancangan relatif 3. menyedari tentang perubahan tersebut Kesalahan kata kerja transitif (menyedari) yang tidak diikuti oleh objek ( frasa nama), tentang ialah KSN Kesalahan KSN, di ialah kata sendi nama yang merujuk tempat/arah/ruang atau jarak bukannya kata nama (keputusan). Kesalahan tidak mematuhi hukum D - M, iaitu perkara yang diterangkan D (kali) perlu mendahului perkara yang menerangkan M (pertama) menyedari perubahan tersebut premis perniagaan yang terletak berdekatan PEMBETULAN isu yang telah ditimbulkan oleh pemimpin masyarakat

4.

di atas keputusan yang dibuat

atas keputusan yang dibuat

5.

diadakan pertama kali

diadakan kali pertama

12

13

You might also like