You are on page 1of 4

Huraikan Ciri-ciri Masyarakat Industri di England.

Pengenalan :
o
Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu
ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada
tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian
barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.
o

Revolusi perindustrian mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran
barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri,
dalam bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini melibatkan penghasilan
barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.

Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud selepas berlakunya Revolusi Industri yang dikaitkan
dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang
pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin
dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.

Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang
berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi
Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara
perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk
yang tinggi.

Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan
pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya
pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar,
peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan jurutera.

Isi-isi :
Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England :
Kemajuan Dalam Sistem Pertanian :
o
Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di
antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta
Pemagaran Tanah.
o

Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian
akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan
seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan
mengekalkan kesuburan tanah setiap masa

Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput
dalam kawasan yang sama.

Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro
Tull

Pengenalan Baja Kimia :


o
Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih moden dan tebus guna tanah secara
heavy manuring
Masyarakat Yang Berasaskan Kepada Perindustrian :
o
Perkembangan industri tekstil membawa kepada penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang
menggunakan kuasa air.
o
o

Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi
menghasilkan besi tempa
Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera

Kemajuan Dalam Sistem Pengangkutan :


o
Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan
keretapi dan terusan/sungai.

Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802
menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang

Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem
pengangkutan lebih lancar.

Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di
Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England.

Penghijrahan Dan Pertambahan Penduduk :


o
Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah meningkat dengan
mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
o

o
o

Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar.
Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan
Nottinghamshire
Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di
negara berkenaan.

Perluasan Perdagangan Antarabangsa :


o
Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan penghasilan
barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas
dari Manchester dan Leeds.
o

Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import bahan mentah
bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.

Perubahan Gaya Hidup :


o
Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti
keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan sebagainya.
o

Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan
berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.

Masalah Pencemaran Dan Kesihatan :


o
Industri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan masyarakat
o

Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandar

Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan
masyarakat

Kemunculan Kelas Baharu Masyarakat :


o
Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli
perbankan, peguam dan jurutera.
o

Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan
kelas pertengahan.

Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk menyuarakan
kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.

Kemunculan Golongan Proletariat :


o
Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian dikuasai oleh pemajakpemajak yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk
mendapat upah di ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan
proletariat.
o

Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar upah
minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari

Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan telah
mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.

Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong 1842.

Kelahiran Idea-Idea Baru :


o
Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang berupaya menyumbang
kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
o

Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru kerajaan agar
memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.

Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat kemanusiaan dalam
mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa
bekerja tidak lebih 10 jam sehari.

Huraikan Ciri-ciri Masyarakat Industri Di Jerman Pada Abad Ke-18 Hingga Ke-19
Pendahuluan :
o
Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan
ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.
o

Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di eropah iaitu selepas revolusi perindustrian di
England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860 hingga 1914.

Antara ciri-ciri masyarakat industri di Jerman ialah masyarakat pertanian, masyarakat industri, kemajuan sistem
pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa dan kemajuan sistem kewangan.

Isi-isi :
Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
Masyarakat Pertanian :
o
Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad
ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman
dan penuaian apabila terciptanya mesin.
o

Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan
fisiologi tumbuh-tumbuhan.

Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun
1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.

Masyarakat Perindustrian :
o
pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan silesia barat Jerman
o

Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670.

Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi
dan peralatan besi.

Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan,
kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.

Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.

Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman.

Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martina menyebabkan
pengeluaran keluli meningkatpada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal
dengan kejuruteraan elektrik.

Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam pembangunan perusahaan kimia.
Membina makmal penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti,
tempat penyiasatan serta ujikaji.

Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia dalam industri kimia dan
elektrik.

Kemajuan Sistem Pengangkutan :


o
Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870
o

Firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.

Perluasan Perdagangan Antarabangsa :


o
pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan
dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak
sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912.
o

Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika,
Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.

Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di
kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol
pada tahun1884.

Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan
membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.

Kemajuan Sistem Kewangan :


o
Pada tahun1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran
kredit dan pelaburan kapital.
o

Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang
terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan
Dresdener Bank (1872).

Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan
industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.

Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk
menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri
secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian .

Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.

Dasar Kerajaan Jerman :


o
Menubuhkan sekolah pertukangandan teknikal yang menghasilkan ramai
o

tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain.

Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika timpa
kemalangan semasa bekerja.

Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga daripada pihak
majikan dan dua pertiga daripada pekerja.

Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan.

Memanupulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran rakyatnya.

Pada tahun 1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reichstag yang membolehkan
kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan, penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang
ini boleh disekat dari berada dalam daerah tertentu.

Malahan, kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik didaerah yang boleh difikirkan terancam serta
menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran .

Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman.

Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.

Kesimpulan :
o
Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
o

Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

You might also like