You are on page 1of 21

2.

0 Campur tangan British dalam pentadbiran India dengan memperkenalkan


dasar-dasar baharu.

Pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh pihak British dalam memastikan


pentadbiran di India tersusun. Akan tetapi, setiap dasar yang dilakukan oleh pihak
British ke atas India telah menyempitkan kehidupan rakyat India sehingga
mencetuskan kemarahan mereka, misalnya tercetusnya peristiwa Dahagi pada
1857. Rentetan daripada peristiwa tersebut terdapat pelbagai dasar yang
dilaksanakan untuk memuaskan hati rakyat India akan tetapi pelbagai dasar
menemui kegagalan. Negara India telah menyaksikan pelbagai dasar yang digubal
oleh British namun dasar tersebut tidak menjaga kebajikan rakyat India. Peralihan
kuasa yang diperintahkan turut membantut proses kemajuan negara India kerana
setiap kuasa mempunyai perbezaan perlaksanaan pentadbiran sehingga
membantutkan juga pergerakan India untuk kemerdekaan. Hal ini telah
membangkitkan semangat orang India yang berbeza fahaman agama, tempat dan
latar belakang terus-menerus menolak British sehingga mencapai kemerdekaan.

All Indians, whatever their religious, caste, or regional origins may have been,
were immediately conscious of the foreign character of the white Christian
sahibs who ruled their land, if they had any direct contact with these new rulers at
all1

2.1. Dasar Liberalisasi oleh Gabenor-Jeneral Ripon, George Frederick


Samuel Robinson (1880-1884)

Peralihan demi peralihan kuasa pegawai-pegawai British dalam mengawal


India menyulitkan lagi keadaan India dan menyebabkan masyarakat India terus
sengsara di bawah kuasa British. Akan tetapi sehingga pada 1880 hingga 1884,
Gabenor-Jeneral Ripon iaitu George Frederick Samuel Robinson yang mengambil

1
Stanley Wolpert, A New History of India: Seventh Edition, New York: Oxford University Press, 2004,
hlm.247
alih pentadbiran India sebagai viceroy India telah memansuhkan Akta Akhbar
Vernakular (1878)2. Akta ini merupakan akta bagi mengurangkan kebebasan
akhbar di India, akhbar yang bukan bahasa Inggeris sebagai pecegahan
masyarakat India dalam mengekspresi ketidakpuasan hati mereka dan menghasut
rakyat tempatan supaya mempunyai anti-British.3 Akta ini terdahulunya
diperkenalkan oleh Lord Lytton pada tahun 1878 sehingga 1880 sebagai viceroy
di India. Akta ini bertujuan untuk menyekat hak kebebasan bersuara rakyat India
menentang polisi British melalui akhbar bukan bahasa Inggeris.

Gabenor-Jeneral Ripon telah meliberalisasikan negara India dengan


melonggarkan peraturan dalam pentadbiran India. George telah meluaskan kuasa
kerajaan iaitu meletakkan orang India dalam memegang jawatan tinggi dalam
kerajaan, meluaskan lagi jawatan yang akan diberi kepada orang India. Dalam
aspek ekonomi, George juga telah menurunkan kadar cukai garam dan beliau cuba
untuk menstabilkan cukai tanah di India namun tidak berjaya. Beliau juga telah
membenarkan semula akhbar- akhbar bahasa India dicetak sama seperti akhbar
bahasa Inggeris.

2.1.1 Dasar Rang Undang-Undang Ilbert 1883

Rang undang-undang ini diperkenalkan oleh Sir Courtney Ilbert,


merupakan rakan kepada Lord Ripon yang telah memgemukakan rang undang
undang ini pada Februari 1883. Ia merupakan hasil daripada pemansuhan Akta
Akhbar Vernakular yang diperkenalkan oleh Lord Lytton yang menjadi viceroy
India sebelum ini. Rang undang-undang ini dipersetujui oleh Lord Ripon yang
ingin menjadikan negara India menjadi sebuah negara yang berkerajaan sendiri
yang ditadbir oleh orang tempatan.4

2
https://www.britannica.com/topic/Vernacular-Press-Act
3
C.H. Philips. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1966. Hlm, 100.
4
Stanley Wolpert, A New History of India: Seventh Edition, New York: Oxford University Press, 2004,
hlm.253
The viceroy had hoped in this way to restore Indian confidence, not only in
British rule and its virtues, but their own capacity to guide and govern
themselves5

Rang Undang-Undang Ilbert telah digubal pada tahun 18836 dan menjadi
undang-undang yang kontroversial di mana undang-undang ini meletakkan kaum
India dalam perkhidmatan awam untuk mempengerusikan kes-kes yang berkaitan
dengan melibatkan orang Eropah.7 Rang undang-undang yang diperkenalkan
sebelum ini pada 1873 ini membenarkan rakyat British berketurunan Eropah di
India hanya boleh dihakimi di daerah-daerah oleh hakim-hakim yang
berketurunan bangsa Eropah.8 Namun, sewaktu Lord Ripon memegang tampuk
pentadbiran India, Majlis Undangan India yang dilantik pada tahun 1884 telah
diarahkan untuk memberi kuasa kepada majistret-majistret India yang
berkelayakan untuk memegang jawatan sebagai hakim dalam mempengerusikan
dalam perbicaraan kes orang Inggeris dan orang India di mahkamah.

Namun, dasar ini tidak disenangi dan menimbulkan ketidakpuasan hati


bagi pihak tertentu. Pelbagai kecaman yang dilemparkan oleh pihak Eropah di
Calcutta apabila telah melakukan protes dimana untuk menyerang viceroy iaitu
Lord Ripon melalui iklan akhbar. Satu kompromi telah diputuskan apabila
terdapat banyak bantahan iaitu daripada orang bukan India iaitu orang Eropah.
Berikutan desakan-desakan yang dilemparkan oleh orang British, rang undang-
undang ditarik balik dan satu kompromi yang dilakukan oleh pihak British adalah
dengan memilih juri dalam perbicaraan, separuh juri tersebut harus diambil dalam
9
kalangan orang Eropah. Ekoran daripada hasil kompromi tersebut, orang India
berasa amat terhina terutamanya orang India kelas atasan yang berpendidikan

5
Ibid.
6
"Ilbert Bill". Encyclopdia Britannica. Encyclopdia Britannica Online. Encyclopdia Britannica Inc.,
2017. Web. 24 Oct. 2017 .
7
C.H. Philips. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1966. Hlm, 101.
8
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1202.
9
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1202.
Inggeris kerana melalui perubahan ini mereka masih lagi bertaraf rakyat dan tidak
menaikkan taraf mereka. Secara keseluruhan undang-undang ini pada mula
disokong oleh masyarakat India sebelum kompromi tersebut telah mencetuskan
perasaan antagonis di kalangan rakyat India dan pihak British sehingga ia
menjadi titik tercetusnya penubuhan Kongres Kebangsaan India pada 1885.

2.2 Kesan-kesan dasar yang membawa kepada semangat nasionalisme di


India.

Masyarakat India mulai sedar bahawa British mentadbir India disebabkan


oleh kepentingan pihak British sendiri dalam mengaut keuntungan daripada hasil
keistimewaan negara India. Hal ini telah menjadikan rakyat India semakin
tertekan dengan kadar kemiskinan yang semakin meningkat melalui dasar yang
diperkenalkan oleh British. Secara tidak sedar, dasar yang diperkenalkan oleh
British telah mewujudkan semangat tidak kepuasan hati rakyat India kerana
kehidupan mereka ditindas.

2.2.1 Penubuhan Kongres Kebangsaan India (INC)

Beberapa orang India yang telah terpelajar telah mengambil


keputusan untuk menubuhkan persatuan dimana untuk mengerakkan orang India
dari segi pemikiran, akhlak, sosial dan politik. Seorang pegawai British yang telah
bersara iaitu Allan Octavian Hume yang telah lama dalam pentadbiran India telah
bersimpati ke atas nasib orang India. Beliau telah memujuk lima puluh orang
mahasiswa Universiti Calcutta untuk bersama-sama dalam mengasaskan satu
pertubuhan dalam menegakkan hak orang India. Justeru itu, Kongres Kebangsaan
India telah ditubuhkan pada 1885 yang ditubuhkan oleh golongan kelas atasan
kaum India yang telah mendapat pendidikan Barat dan kongres ini juga
ditubuhkan untuk memupuk semangat nasionalisme di kalangan rakyat India.
Ahli-ahli pada awalnya yang menyertai kongres ini ialah masyarakat Hindu yang
berkasta atasan dan boleh berbahasa Inggeris dan telah mendapat pendidikan
undang-undang, jurnalis, guru-guru dan ahli perniagaan.
Ahli-ahli pertubuhan ini telah mengadakan pertemuan yang kerap,
walaupun pertubuhan ini tidak mempunyai kelulusan undang-undang untuk
melakukan sebarang tindakan dan polisi. Kongres ini merupakan parti politik
yang bersifat sederhana dan memperjuangkan hak daripada pihak Inggeris.10
Penubuhan kongres ini juga bertujuan untuk menyemarakkan penyatuan
perpaduan negara tanpa mengira kasta, agama atau kawasan. Ahli-ahli yang
menyertai kongres ini merupakan golongan-golongan radikal yang tidak berpuas
hati dengan kadar kemiskinan yang semakin membimbangkan apabila British
meluaskan kuasa imperialism mereka di India. Kongres juga ditubuhkan untuk
membincangkan tuntutan tuntutan rakyat India dan mengemukakannya terhadap
kerajaan.

Pada peringkat awal kongres ini bukan bermatlamat untuk menuntut


kemerdekaan India sebaliknya untuk menuntut bantuan daripada British dalam
memberi latihan dan pendidikan kepada orang India.11 Namun, pihak British
hanya menganggap bahawa pertubuhan ini sebagai satu kumpulan kecil yang
tidak boleh menuntut sebagai mewakili negara.12 Oleh hal yang demikian, pihak
British tidak mengendahkan tuntutan daripada kongres tersebut dalam memajukan
pendidikan dalam kalangan rakyat India. Suara mereka yang tidak diendahkan
oleh British telah melahirkan pemimpin radikal di dalam kongres.

They sought increased British assistance in training and education, not


independence. But as moderate voices within the INC (Indian National Congress)
were ignored by the British, more radical leaders gained power13

2.2.2 Pandangan orang Islam terhadap Kongres Kebangsaan India


Seorang patriot dan nasionalis yang berpengaruh dalam masyarakat Islam
ketika itu ialah Sir Syed Ahmad Khan yang merasakan orang-orang Islam yang

10
James WynBrandt. A Brief History Of Pakistan. America: New York. 2009. Hlm, 131.
11
Ibid, hlm 131.
12
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1203.
13
James WynBrandt. A Brief History Of Pakistan. America: New York. 2009. Hlm, 131.
menyertai Kongres tersebut tidak akan mendapat apa apa faedah kerana beliau
merasakan kongres tersebut majoriti yang terlibat adalah orang Hindu dan mereka
akan berpihak lebih kepada agama Hindu dari agama Islam. Sir Syed Ahmad
Khan berusaha untuk menyekat penglibatan mana-mana orang Islam dalam
kongres dan berpendapat bahawa pendidikan mampu menyelamatkan orang Islam.
Pada tahun 1886, Sir Syed Ahmad Khan telah menubuhkan Kongres Pendidikan
dan selang beberapa tahun penubuhan seperti Pertubuhan Patriotik India Bersatu
pada 1888 yang mempunyai beberapa ahli beragama Hindu dan Muhammedan-
Anglo Oriental Defense Association of Upper India pada 1893 ditubuhkan.

2.3 Reaksi Kongres Kebangsaan India (INC) dalam perpecahan Bengal.

Peristiwa perpecahan Bengal pada 1905 telah menjadi punca utama letusan
protes golongan nasionalis di India dan permasalahan kaum dan agama
berbangkit. Campur tangan British dalam memecah belahkan kesepaduan
masyarakat India yang berbilang kaum dalam dilihat menerusi perpecahan Bengal
tersebut. Lord Curzon merupakan viceroy India yang bertanggungjawab ketika itu
telah memecahkan Bengal menjadi dua bahagian iaitu Bengal Barat dan Bengal
Timur. Bengal Barat meliputi wilayah Bihar dan Orissa manakal Bengal Timur
meliputi wilayah Assam dan Dhaka (Ibu kota Bengal Barat). 14 Daripada
perpecahan tersebut, masyarakat hindu amat membantah pembahagian tersebut
dilakukan dan menganggap bahawa tanah mereka seakan dirampas oleh pihak
Inggeris. Hasil daripada perpecahan ini menggalakan lagi penglibatan golongan
nasionalis dalam menentang pihak British di India.

Gerakan utama nasionalis iaitu Kongres Kebangsaan India


memperlihatkan perpecahan ini merupakan taktik pihak British untuk
menjalankan dasar pecah dan perintah15. Selain daripada itu, Kongres juga

14
Ibid, hlm. 135.
15
Stanley Wolpert, A New History of India: Seventh Edition, New York: Oxford University Press, 2004,
hlm. 270
melihat perpecahan ini sebagai alasan untuk memajukan orang-orang Islam yang
mundur di Bengal Barat.16 Manakala dari pandangan masyarakat Benggali,
pemisahan yang dilakukan oleh pihak British itu adalah untuk memisahkan tempat
ibadat-ibadat masyarakat Bengal hindu di Bengal. Hal ini telah membangkitkan
kemarahan di kalangan pelbagai golongan termasuk golongan massa dan
berlakunya protes golongan massa yang memenuhi di bandar Calcutta pada 16
Oktober 1905. Hasil daripada protes tersebut telah menarik ramai golongan massa
(orang awam) yang tidak pernah melibatkan diri dalam politik mahupun
pengetahuan dalam politik.

Daripada pemisahan Bengal ini terlahirlah golongan ekstrimis dalam


Kongres Kebangsaan India dan semakin meluas. Gerakan ini disifatkan keras
dan dikemukakan oleh B.G.Tilak, Pal dan Lajpat Rai yang merupakan ahli
kongres yang bersifat ekstrimis. Demonstrasi telah menjadi medium dan menjadi
rutin di Bengal dan Punjab sehingga kedua-dua wilayah tersebut diletakkan di
bawah Ordinan Kecemasan pada 1907.17 Golongan ekstrimis juga telah
menerbitkan akhbar Yugantar yang bermaksud era baru yang telah menyeru
agar masyarakat India menyingkirkan orang asing walau apa cara yang
mungkin.

Selain itu, Kongres telah mengumumkan bahawa tuntutan mereka


menjadi swaraj atau untuk menjadi kerajaan bersendirian dan mengalakkan
pemulauan barangan hasil daripada import yang dibawa oleh pihak British. Kesan
tersebut telah mengalakkan masyarakat Hindu di India menjalankan boikot ke
atas pihak British iaitu Swadeshi. Melalui cara ini masyarakat India
menunjukkan kemarahan ke atas pihak British apabila memboikot barangan yang
diimport atau dibawa masuk dan masyarakat India digalakkan menggunakan
barangan keluaran tempatan. Bukan ke atas barangan sahaja yang diboikot, malah

16
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1207
17
Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 299.
institusi pendidikan seperti kolej dan universiti, undang-undang, mahkamah dan
perkhidmatan kerajaan.18 Kesan yang dapat dilihat daripada protes ini adalah
pergerakan Kongres Kebangsaan India semakin meluas apabila penglibatan
masyarakat India yang datang daripada pelbagai latar sektor yang telah
menggerakan momentum gerakan Kongres ini.

The cry of sva-deshi (of our own country. Referring to Indian-made goods)
was raise as the positive side of the boycott movement against British import19

2.3.1 Reaksi masyarakat Islam terhadap perpecahan Bengal

Sementara Kongres lantang bersuara untuk menuntut hak terhadap


perpecahan Bengal pada 1905 dan menjadi sebuah gerakan yang kuat disokong
oleh masyarakat India, masyarakat muslim yang terpisah hasil daripada
perpecahan di Bengal telah meminta untuk mencampuri hal politik. Hal ini
demikan kerana, pendapat orang Islam harus diberi perhatian untuk menentukan
supaya orang Islam mendapat perwakilan yang adil20. Pada 1906, tertubuhnya
Liga Muslim untuk berusaha menuntut hak kaum-kaum lain dalam kebajikan
negara dan mengambil langkah-langkah yang memberi faedah kepada orang
Islam. Pembahagian Bengal sememangnya telah memuaskan hati masyarakat
muslim kerana ia merupakan satu tindakan British dalam memajukan orang Islam
di Bengal Barat. Namun, pada pandangan masyarakat Hindu ia merupakan satu
tindakan yang mahu memecah-belahkan perpaduan masyarakat Hindu dan
menyebabkan masyarakat Hindu di India mempunyai sentimen perkauman yang
kuat sehingga mencetuskan pergelutan di antara orang Muslim dan orang Hindu.

18
Ibid, hlm. 298.
19
Stanley Wolpert, A New History of India: Seventh Edition, New York: Oxford University Press, 2004,
hlm. 270
20
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1209
2.4 Reformasi yang diperkenalkan oleh British untuk memberi ruang
kepada India untuk mentadbir sendiri.

Reformasi Minto-Monley atau lebih dikenali sebagai The Indian Council


Act pada 1909 bertujuan untuk menjawab segala tuntutan masyarakat India dalam
menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Reformasi ini diasaskan oleh Lord
Minto, Gabenor-Jeneral India dan Lord Monley, merupakan Setiausaha Negara.
Hal ini demikian kerana terdapat banyak tuntutan politik masyarakat India
semakin membimbangkan sehingga apabila berlakunya perkembangan
pengganasan di Bengal dan India Barat serta kritikan demi kritikan yang
dilemparkan oleh ahli revolusi dalam Kongres India dalam menuntut hak
masyarakat India dalam mentadbir negara sendiri. 21

Pihak Kabinet Liberal di London telah bersetuju untuk melakukan satu


pembaharuan dalam politik India kerana terdapat banyak desakan dan suara-suara
masyarakat India yang harus dilaksanakan dan diperbetulkan. Akan tetapi, British
masih lagi buntu dalam mencari dasar yang sesuai untuk dilaksanakan di India
kerana perkembangan politik di India yang tidak menentu dan terdesak. Oleh hal
yang demikian, Lord Minto dan Lord Monley diminta untuk membuat beberapa
ikhtiar yang munasabah dan bukannya sebuah rancangan.

Reformasi Monto-Monley ini merupakan pembaharuan yang dilakukan


oleh pihak British terutamanya dalam perundangan di India. Pembaharuan ini
telah memberi mandat untuk menubuhkan dewan legislatif di semua wilayah dan
ahli-ahli dewan dipilih oleh penduduk yang diwakili.22 Selain daripada itu, orang
India akan dilantik untuk menjadi viceroy Majlis Eksekutif dan Setiausaha Majlis
Negeri serta dibenarkan memegang jawatan gabenor di Bombay dan Madras.
Reformasi ini juga telah melibatkan kumpulan minoriti seperti orang Islam, Sikh,
pemilik tanah, pengusaha teh akan mempunyai perwakilan sendiri dalam dewan
perundangan wilayah.

21
C.H. Philips. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1966. Hlm, 116.
22
James WynBrandt. A Brief History Of Pakistan. America: New York. 2009. Hlm, 139.
Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan penglibatan masyarakat
Islam di India dalam politik dan masyarakat Hindu memperlihatkan reformasi ini
sebagai perubahan British yang lebih menyebelahi masyarakat Muslim. Akta ini
tidak dapat memuaskan hati terutamanya Kongres dan tidak dapat menghalang
pihak pelampau dari terus melakukan keganasan dan pembunuhan di atas
kebencian mereka kepada kaum yang lain. Hal ini telah mendorong British untuk
mengenakan undang-undang yang ketat yang dikenali sebagai Akta Akhbar India
1910 (India Press Act 1906) untuk menentang pelampau-pelampau di India.

Pada awal abad ke-20, masyarakat Islam di India lebih boleh diangggap
sebagai pro-British atau lebih memihak kepada British kerana segala tuntutan hak
asas masyarakat Islam telah ditepati oleh British. Pengenalan dasar British telah
mengkukuhkan kedudukan orang Islam dalam politik dan sebagai tindak balas
kepada sikap nasionalis Kongres yang beragama Hindu. Pada 1911, King George
telah membuat keputusan yang tidak dijangkakan iaitu membatalkan
pembahagian bengal. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Muslim seolah olah
pembatalan pembahagian tersebut merupakan khianat. Sememang resolusi ini
tidak dapat membantu masyarakat India dalam mendapatkan jawatan dan untuk
berkerajaan sendiri malah telah memecahkan-belah antara Muslim dan Hindu
yang semakin serius.

2.5 Reaksi masyarakat India tercetusnya Pembentukan Home Rule League


Dan Pembaharuan Montagu Chelmsford.

Pembentukan Home Rule League diasaskan pada tahun 1916 di Bombay


oleh Annie Besant merupakan reaksi tindak balas British yang tidak menjawab
tuntutan dan permintaan setelah orang India yang memberi bantuan dan taat setia
kepada British sewaktu Britain telah terbabit dalam Perang Dunia pertama. Hal ini
telah menimbulkan kemarahan orang-orang India. Kongres telah menuntut untuk
berkerajaan sendiri diberi kepada India dan menggalakan orang-orang India untuk
berjuang. Hal ini juga merupakan matlamat politik yang sama bagi masyarakat
Muslim yang mahukan berkerajaan sendiri. Pembentukan Home Rule League
bertujuan untuk menyatukan semua parti-parti politik dan kaum-kaum lain untuk
menuntut berkerajaan sendiri (swaraj).23 Pada 1916, pemimpin-pemimpin politik
seperti Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim telah bermesyuarat dan
menandatangani Perjanjian Lucknow dimana kedua-dua belah pihak perlu
menerima satu matlamat untuk berkerajaan sendiri.

Dalam pakatan ini, orang Muslim mempunyai perwakilan sepertiga dalam


kerajaan Pusat. Liga Muslim menjatuhkan tuntutan mereka ke atas Punjab dan
Bengal sebagai pertukaran untuk kerusi tambahan perwakilan yang mewakilkan
diri daripada kawasan minoriti penduduk islam. Semangat berkerjasama adalah
merupakan tanda bahawa Kongres telah mengiktiraf orang Islam menjadi
penduduk yang sah.

It mandated self-government in India with separate electorates for Hindus and


Muslims, and it guaranteed a minimum number of representatives to adherents in
areas where they were a minority. Muslims were to have one-third representation
in the central government.24
Pada 1917 British telah mengiktiraf sumbangan orang India dalam
membantu pihak Britain semasa Perang Dunia Pertama. Hal ini kerana desakan
oleh Liga Pemerintahan Tempatan yang mahukan tuntutan mereka dilaksanakan
ekoran perjanjian yang pernah British janji selepas Perang Dunia Pertama. Oleh
hal yang demikian, British telah menjanjikan bahawa negara India akan
mempunyai pentadbiran sendiri. Pembaharuan Montago-Chelmsford telah
diperkenalkan pada Disember 1919 atau dikenali sebagai Akta Kerajaan India dan
akan berkuatkuasa pada tahun 1921.25 Dalam pembaharuan ini, satu sistem

23
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1211
24
James WynBrandt. A Brief History Of Pakistan. America: New York. 2009. Hlm, 141.
25
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1211
pemerintahan berbentuk diarki, iaitu sistem pemerintahan dua lapis untuk
wilayah-wilayah India. Pengundian secara berasingan turut dijalankan mengikut
orang-orang Islam, Sikh, Eropah, Anglo-indian dan orang-orang India yang
beragama Kristian. Hal ini merupakan tanda prinsip demokrasi telah dijalankan di
wilayah-wilayah India. Dalam beberapa tahun yang akan datang prinsip
demokrasi akan berkembang sehingga pembahagian Bengal akan mencapai
kemerdekaan.

Walaupun pihak British banyak melakukan pembaharuan kepada


pentadbiran India, Kongres masih merasakan bahawa tidak cukup hati orang India
kerana pembaharuan Montagu-Chelmsford mempunyai kekurangan. Tambahan
dengan kesan daripada peperangan, orang India terpaksa menanggung kesan
tersebut dengan kenaikan harga dan pelbagai sekatan yang dikenakan oleh pihak
British. Oleh hal yang demikian, Kongres telah mengadakan satu persidangan
khas kerana tidak berpuashati terhadap Pemulihan Montagu Chelmsford.
Muncul seorang tokoh baru dalam Kongres iaitu Mohandas Karamchand Gandi,
seorang peguam yang pulang dari Afrika Selatan. Beliau telah bersetuju terhadap
pandangan-pandangan untuk dikemukakan namun tidak lama kemudian Gandhi
menukarkan fikirannya. Namun pada tahun yang sama, Pihak British telah
memperkenalkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta-akta Rowlat
untuk mengawal akhbar, membenarkan hakim-hakim membicarakan pesalah
politik tanpa juri dan menahan orang-orang yang menjalankan aktiviti-aktiviti
berbentuk subversif.

2.5.1 Kesan daripada penentangan pasif Gandhi terhadap pihak British

Gandhi telah menggunakan teknik khas untuk menentang pihak British


iaitu penentangan secara pasif iaitu tidak melawan kerajaan.26 Hal ini telah

26
C.H. Philips. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1966. Hlm, 129.
mengakibatkan berlakunya rusuhan-rusuhan, mongok dan tunjuk perasaan di India
semakin huru-hara dan tidak dapat dibendung. Gandhi yang merupakan seorang
tokoh yang amat berpengaruh dalam Kongres telah menyeru supaya menerima
usul untuk enggan bekerjasama untuk menjalankan perubahan-perubahan,
memulaukan dewan-dewan perundangan dan pilihanraya yang akan datang,
penarikan diri dari sekolah kerajaan, tidak membayar cukai dan meletakkan
jawatan sebagai perkhidmatan kerajaan.

Hal ini tidak disenangi oleh beberapa golongan sederhana dalam kongres
dan mengakibatkan golongan sederhana berundur diri dan mereka telah
menubuhkan Persekutuan Liberal India di bawah Surendranath Bannerjee dan
mereka mendapat sokongan penuh dari rakyat India27. Dalam masa yang
sama, Gerakan Khilafat di bawah Muhammad Ali dan Shaukat telah tertubuh
ekoran daripada Persetiaan Serves yang mengancam memisahkan Turki pada
1920.28 Gerakan Khilafat yang menentang British bersama-sama dengan Kongres
Kebangsaan India dalam enggan bekerjasama dan kemudian berkembang menjadi
pergerakan yang kuat. Akhirnya Gandhi ditangkap dan dipenjarakan.
Perusuhan demi perusuhan kaum turut terjadi pada waktu yang sama,
perusuhan agama di India sangat membimbangkan sehingga membawa kematian.
Di Malabar, rentetan daripada layanan tuan-tuan tanah yang disewakan kepada
petani yang sangat buruk, golongan Moplah iaitu satu gerakan fanatik Islam yang
kebanyakkannya puak Islam yang fanatik telah melakukan rusuhan dan
menyerang orang Hindu mengakibatkan korban. Selain itu juga perusuhan kaum
semakin kuat apabila ahli-ahli siasah Hindu yang dikenali sebagai Maha-Sabha
(Jemaah Besar) tidak berpuashati dengan Kongres bersikap samarata terhadap
Islam.29 Mereka mendesak kepentingan kasta-kasta Hindu dan menentang orang
Islam di India.

27
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1215
28
James WynBrandt. A Brief History Of Pakistan. America: New York. 2009. Hlm, 143.
29
C.H. Philips. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1966. Hlm, 129.
2.5.2 Pemulauan Kongres Kebangsaan India terhadap Suruhanjaya Simon dan
Reaksi Masyarakat India terhadap Laporan Nehru.

Selepas desakan demi desakan ditekankan kepada pihak British,


Suruhanjaya Simon di bawah Lord Simon telah dilantik di London untuk
mengkaji masalah keadaan di India dan telah merangka cadangan untuk
perubahan. Namun, suruhanjaya ini telah mendapat tentangan daripada orang
India yang tidak mahu berkerjasama dengan British.30 Pada waktu yang sama,
Kongres telah berpecah dua dan telah muncul golongan seperti Parti Swarajya
dibawah pimpinan C.R.D Dass dan Motilal Nehru dan golongan daripada Kongres
yang dipanggil orang-orang yang tidak mahu bertukar.31

Laporan Simon telah diterbitkan pada Mei 1930 dan laporan ini
memperakukan bahawa kerajaan bertanggungjawab ke atas semuanya di atas
wilayah-wilayah India. Suruhanjaya Simon ini telah dilihat sebagai usaha British
untuk mengelakkan perubahan yang berlaku di India.

It was widely seen as a selfserving effort by the British to avoid meaningful


change32
Laporan ini telah membenarkan kelayakan mengundi lebih luas untuk
memilih ahli dewan perundangan akan tetapi kerajaan pusat harus dibawah jagaan
pihak British kerana masalah dan tekanan masyarakat India pada masa itu seperti
perselisihan di antara kaum dan kedudukan raja-raja India dan masalah pertahanan
Hal ini telah menyebabkan Kongres tidak berpuashati dengan Laporan tersebut
kerana kerajaan Pusat masih lagi dibawah kerajaan British bukan orang India.
Malah hal ini telah menyemarakkan lagi api keganasan daripada penghasut-

30
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1216
31
Ibid.
32
James WynBrandt. A Brief History Of Pakistan. America: New York. 2009. Hlm, 145.
penghasut Kongres dan masalah tidak selesai. Hampir semua parti politik
memboikot Laporan Simon dan membawa kegagalan. 33

Pada Februari 1928, pihak British telah melakukan persidangan bersama


100 wakil organisasi politik Islam dan Kongres dalam persidangan All Parties
Conference untuk mencapai sepakatan dalam merangka undang-undang. Akan
tetapi, penyelesaian perbezaan antara Muslim dan pemimpin Hindu tidak dapat
dicapai. Isu utama pertengkaran ialah masyarakat minoriti mendesak berasingan.
Mesyuarat kedua telah diadakan, dengan tetapi tidak membawa sebarang
kemajuan. Pada yang ketiga Persidangan Parti, di Bombay pada bulan Mei 1928,
delegasi telah melantik jawatankuasa kecil yang diketuai oleh Motilal Nehru
(1861-1931) untuk merangka sebuah perlembagaan yang dikenali sebagai Laporan
Nehru selepas tempoh 3 bulan mesyuarakat itu diadakan.

Laporan tersebut menghapuskan pemilih berasingan, menghapuskan apa-


apa badan diwakilkan kepada komuniti minoriti dan penduduk dan membuat
bahasa Hindi sebagai bahasa kebangsaan. Ia kemudian dipanggil untuk
mengurangkan perwakilan Islam di Perhimpunan Pusat (dari satu pertiga hingga
satu perempat) dan ditolak penerimaan tersebut.34 Muslim enggan menerima
laporan itu, dan percubaan untuk mencari penyelesaian kompromi gagal. Jinnah
sebagai wakil masyarakat Islam mahukan kawasan pilihanraya asing bagi dan satu
pertiga di perhimpunan Pusat haruslah orang Muslim.35 Pada 1929, Semua parti
politik muslim telah mengadakan persidangan di Delhi di bawah Aga Khan untuk
menentang laporan tersebut mengikut permintaan orang Islam. Persidangan
tersebut merupakan titik perubahan sifat dalam politik Islam. 36 Jinnah pada
mulanya berkerjasama dengan Hindu dan Kongres Kebangsaan akhirnya
mengumumkan perpecahannya daripada orang Hindu dan Kongres.

33
Ibid.
34
Ibid.
35
R.RajaKrishnan. M.Rajantheran. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
1994. Hlm. 147.
36
James WynBrandt. A Brief History Of Pakistan. America: New York. 2009. Hlm, 145
Reaksi kongres akhirnya menerima laporan itu dan mengancam kerajaan
British dengan ketidaktaatan pergerakan jika syarat-syarat tersebut tidak
dilaksanakan ke dalam undang-undang menjelang 31 Disember 1929 yang
dikenali sebagai kempen Civil Disobedience Campaign (Melanggar Perintah
Awam) dan segala tuntutan-tuntutan Kongres tidak tepati oleh pihak British maka
kempen dilancarkan dengan aktifnya apabila Gandhi telah dibebaskan dari
penjara. Gandhi telah meneruskan kempen tersebut dan mengumumkan Poorna
Swaraj (kemerdekaan penuh).37 Gandhi juga telah mengetuai kumpulan
perarakan garam secara berjalan kaki ke Dandi sebagai menentang Akta Garam
yang telah menindas masyarakat bawahan India iaitu mereka telah mengenakan
cukai garam.38 Kempen ini dijalankan secara besar-besaran yang melibatkan
pemulauan barang British, bertindak ganas dan mogok beramai-ramai. Pada 4
Januari 1932, Gandhi telah ditangkap semula dan Kongres Kebangsaan India
diisytiharkan sebagai pertubuhan yang tidak sah.39

The salt tax was the issue Gandhi chose around which to mobilize mass
support. Not only was salt the one commodity every Indian required, but its
production remined an official, heavily taxed monopoly, and it was illegal for
anyone else to manufacture or sell salt40

Daripada segala tuntutan dan permasalahan yang semakin serius dan tidak
dibendung hingga penangkapan ahli-ahli Kongres terhadap kempen masih lagi
tidak membuatkan British daripada India. Pada november 1930, British telah
mengadakan Persidangan Meja Bulat di London yang melibatkan orang Hindu,
Muslim, Singh dan Kristian untuk berbincang mengenai pembaharuan

37
R.RajaKrishnan. M.Rajantheran. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
1994. Hlm. 147.
38
Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 308.
39
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1218
40
Stanley Wolpert, A New History of India: Seventh Edition, New York: Oxford University Press, 2004,
hlm. 315.
perlembagaan baru. Akan tetapi kesemua pemimpin Parti Kongres telah
dipenjarakan di atas sebab ketidaktaatan mereka. Mereka telah memboikot
sebarang sebarang perbincangan terhadap perlembagaan yang akan dilakukan
pada masa hadapan melainkan Laporan Nehru dijadikan sebagai perlembagaan
yang harus dikuatkuasakan di India.

Seramai 73 delegasi menghadiri persidangan itu, termasuk Jinnah. Umat


Islam berkeras untuk pemilih berasingan, manakala orang Hindu mahu
mengakhiri proses pemilihan ini. Orang Hindu mencari kerajaan pusat yang kuat,
manakala umat Islam lebih suka mempunyai wilayah-wilayah bersama hak
autonomi. Status majoriti Muslim di Punjab dan Bengal juga merupakan titik
perdebatan, dengan Hindu menentang hak mereka. Persidangan itu berakhir pada
bulan Januari 1931 dengan satu perjanjian untuk memberi perlindungan kepada
minoriti dalam perlembagaan41 Sehingga persidangan ketiga yang diadakan pada
1932, kerajaan British telah mengemukakan satu himpunan cadangan yang
berbentuk Kertas Putih yang dikemukakan kepada dewan Parlimen dan diterima.
Hal ini telah terbentuknya Akta Kerajaan India pada 20 Disember 1935 dan
mengandungi prinsip autonomi kepada wilayah-wilayah dalam bidang
pentadbiran dan pembahagian kerusi di antara pelbagai kaum dan kepentingan
yang tersendiri.

Sebagai gerakan yang menuntut berkerajaan sendiri, Kongres telah


menolak sama sekali terhadap Akta ini tidak memberinya secara sepenuhnya. Hal
ini demikian kerana akta ini hanya memberi tugas-tugas khas kepada Gabenor dan
mendakwa bahawa pihak Britain harus bersetuju menubuhkan satu Parlimen dan
dewan yang bebas di India yang dipilih oleh rakyat India sendiri.42 Manakala Liga
Muslim merasakan bahawa Kerajaan Pusat harus kuat kerana masyarakat Muslim
memerlukan perlindungan daripada kerajaan Pusat apabila India sudah merdeka.

41
Ibid, 148.
42
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1219.
Pilihanraya telah diadakan pada 1937 telah melibatkan parti-parti politik
bertanding seperti Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga Muslim. Dalam
pilihanraya tersebut, Kongres telah berjaya memenangi banyak kerusi berbanding
Liga Muslim yang hanya mendapat jumlah yang sedikit daripada pengundi orang-
orang Muslim hanya di Bengal, Punjab dan Sind. Hal ini telah menjadikan
Kongres sebagai parti politik utama di India pada tahun tersebut. Daripada
keputusan pilihanraya yang lebih berpihak pada Kongres, Kongres merasakan
bahawa mereka tidak mahu memasukkan ahli-ahli Liga Muslim dalam
pentadbiran mereka melainkan ahli-ahli Liga Muslim keluar daripada pertubuhan
tersebut.43

Orang Muslim yang menyertai Kongres merasakan bahawa mereka tidak


diberikan layanan yang baik selepas tahun 1937 dan mereka ditekan di wilayah-
wilayah yang dibawah kuasa orang Hindu.44 Hal ini telah mewujudkan
kepercayaan bahawa kedudukan mereka dibawah pentadbiran orang-orang Hindu
tidak membawa faedah kepada masyarakat Islam dan telah menyedarkan bahawa
perlindungan tidak akan berpihak kepada masyarakat Islam di India sekiranya
orang Hindu menguasai kerajaan Pusat. Tambahan pula, kerajaan yang
majoritinya orang Hindu telah mengenepikan orang Muslim dengan sengaja telah
menyatupadukan orang-orang Muslim dan mereka mengukuhkan Liga Muslim.45

Sentimen ini menjadi tuntutan untuk berpisah antara masyarakat Hindu


dan Islam telah bermula. Liga Muslim dibawah Muhammad Ali Jinnah telah
membuat usul untuk permisahan India dan mewujudkan Pakistan. Dalam proses
untuk menuntut berpisah, masih lagi berlaku perselisihan kaum di antara Hindu

43
Stanley Wolpert, A New History of India: Seventh Edition, New York: Oxford University Press, 2004,
hlm. 151.
44
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1220.
45
Sugata Bose. Ayesha Jalal. Modern South Asia: History, Culture, Political Economy (Second Edition), New
York: Routledge Taylor & Francis Group, 2004, hlm 144.
dan Muslim, misalnya di Bihar orang-orang Muslim diserang dan di Bengal
orang-orang Hindu menjadi mangsa.46 Pertelingkahan yang berlakunya ini
menyebabkan Gandhi sangat kecewa dan beliau telah mengamalkan puasa
sampai mati sehingga rusuhan berhenti di India.47 Hal ini telah membawa India
kelihatan menuju kehancuran dan pada 15 Ogos 1947 India dan Pakistan rasmi
dipecahkan menjadi dua negara.

46
Gilbert Khoo. Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Selangor:
Heinemann Educational Books (Asia) LTD, 1978, hlm 1222.
47
R.RajaKrishnan. M.Rajantheran. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
1994. Hlm. 148.
KESIMPULAN

Sememangnya peristiwa-peristiwa kebangkitan nasionalisme daripada


peristiwa Dahagi 1857 dan Pemecahan Bengal 1906 merupakan isu-isu utama
masyarakat India bangkit dalam menuntut hak untuk berkerajaan sendiri dan
kemerdekaan. Namun dalam waktu yang sama, pihak British masih lagi mahu
melengah-lengahkan tuntutan masyarakat India malah memecah-belahkan lagi
perpaduan di kalangan masyarakat India yang semakin hari semakin parah.
Perbezaan ideologi politik di antara orang Hindu dan orang Muslim juga menjadi
punca perjalanan untuk memerdekakan India dari pihak penjajah menjadi perlahan
dan pelbagai rintangan yang dihadapi. Hal ini boleh dikatakan bahawa Kongres
Kebangsaan India dan Liga Muslim hanya ingin membela kepentingan yang
sendiri sehingga membawa pengaruh kepada golongan bawahan dan menjadikan
hal ini menjadi searius dan sukar dibendung. Akhirnya sepakatan untuk
pemisahan negara di antara India dan Pakistan pada 1947 menjadi punca ekoran
daripada perebutan kuasa politik di antara orang Islam dan orang Hindu
RUJUKAN

Azharudin Mohd. Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

C.H. Philips. 1966. Sejarah India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gilbert Khoo. Dorothy Loo. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan
dan Timur Asia, Selangor: Heinemann Educational Books (Asia) LTD

James WynBrandt. 2009. A Brief History Of Pakistan. America: New York.

R.RajaKrishna. M.Rajantheran. 1994. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur:


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Stanley Wolpert. 2004. A New History of India: Seventh Edition, New York:
Oxford University Press.

Sugata Bose. Ayesha Jalal. 2004. Modern South Asia: History, Culture, Political
Economy (Second Edition). New York: Routledge Taylor & Francis Group

Laman web (faten tolong ni)


https://www.britannica.com/topic/Vernacular-Press-Act

"Ilbert Bill". Encyclopdia Britannica. Encyclopdia Britannica Online.


Encyclopdia Britannica Inc., 2017. Web. 24 Oct. 2017

You might also like