You are on page 1of 14

PENDAHULUAN

Jika kita telusuri sejarah Asia Selatan, fakta telah membuktikan bahawa sememangnya
peperangan Plessey antara Siraj Ud Daulah di Benggal dengan ketumbukan British atau East
Indies Company pada tahun 1757 telah menjadi titik tolak kepada penguasaan India oleh
British. Tahun tersebut juga telah merubah India menjadi satu tanah jajahan Inggeris di Asia.
Bermula dengan peristiwa itu jugalah satu demi satu wilayah; sama ada wilayah Islam yang
diperintah oleh wazir, nizam dan lain-lain lagi serta wilayah-wilayah Hindu oleh Peshwa di
India telah dikalahkan dan diletakkan dalam lingkungan kekuasaan British di India.1
Sepanjang tempoh awal penjajahan itu, British telah mengambil tindakan-tindakan pantas
melalui suatu bentuk sistem ekonomi seperti sistem zamindari2, sistem percukaian British
serta eksplotasi ekonomi oleh pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris yang bertindak sebagai
pentadbir kolonial di India bagi pihak British.

Tambahan pula, British juga telah

memperkenalkan beberapa langkah pembaharuan dari segi sosial dan politik di India
terutamanya melalui cubaan untuk melaksanakan unsur-unsur barat di taklukan mereka di
India. Namun, ternyata ianya merupakan suatu kesilapan besar memandangkan rakyat India
sangat tegas dengan kebudayaan dan kepercayaan mereka. Rasa tidak senang dengan
perubahan inilah yang akhirnya telah menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan di
India yang sememangnya cenderung kepada nilai dan tradisi tempatan serta pastinya akan
menimbulkan penentangan terhadap tindakan British tersebut yang bertentangan dengan
norma sosial masyarakat.

Bhattacharjee. Arun. History of Modern India 1757-1947. New Delhi. Ashish Publishing House. 1960. Hal 25
Zamindar bermaksud tuan tanah dan sistem zamindari pula ialah sistem bagi pemungutan cukai tanah daripada
tuan tanah secara tetap. Tuan tanah dikatakan terdiri daripada pembesar tempatan yang terdiri daripada pegawai
Mughal yang ditugaskan mengutip sukai. Oleh itu, mereka telah dianggap sebagai zamindar kerana telah
memperoleh tanah dan memajaknya kepada petani. Sistem ini bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak
pelaburan daripada pemodal Barat ke atas tanah.
3
Bhattacharjee. Arun. History of Modern India 1757-1947. New Delhi. Ashish Publishing House. 1960. Hal 25
2

Perasaan tidak puas hati yang sememangnya telah lama wujud semakin memuncak apabila
Lord William Bentick menjalankan beberapa pembaharuan politik, sosial dan kebudayaan.
Walaupun pembaharuan itu berdasarkan teori kebajikan penduduk India, tetapi
pembaharuan tersebut telah melanggar amalan dan adat serta menyinggung hati orang India.
Dengan itu, orang India pun membangkit menentang pihak British di India. Antara
penentangan yang boleh dibincangkan termasuklah Dahagi India pada tahun 1857-1859
yang merupakan penentangan terbesar tersebut sepanjang pemerintahan Inggeris semasa
kurun ke 19 dan isu yang ingin di kaji dalam esei ini adalah menjelaskan kepentingan
peristiwa pemberontakan 1857 itu dalam perkembangan politik India. Selain itu, esei juga
turut cuba untuk merungkap faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan Dahagi ini
mencapai matlamatnya. Namun, tidak akan lengkap perbincangan ini jika tidak mengambil
tahu terlebih dahulu mengenai asas yang mencetuskan pergolakan tersebut.

PERISTIWA DAHAGI 1857


Pada tahun 1857, Dahagi telah meletus di India. Dahagi itu ialah rusuhan sepoi menentang
pemerintahan British di India. Dahagi India meletus pada 10 mei 1857 apabila sepoi-sepoi di
Meerut menyerang, membunuh pegawai British dan membakar kediaman mereka. 4 Peristiwa
ini tercetus apabila sepoi-sepoi yang enggan menggunakan peluru seenjata Enfield 5 telah
dipenjara lalu dua orang sepoi rejimen telah membalas perbuatan ini dan membunuh
beberapa pegawai Inggeris. Pada keesokan hari, sepoi-sepoi mara ke Delhi, memasuki istana
secara paksa dan menaikkan Bhahadur Syah II, seorang keturunan Maharaja Moghul sebagai
4

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. Dahagi 1857 ,
Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963. 2000. Hal 278
5
Terdapat khabar angin dalam kalangan pihak tentera Sepoi bahawa minyak yang digunakanoleh kartrij peluru
itu dilumuri oleh minyak khinzir dan minyak lembu, para anggota tentera sepoi menunjukkan penentangan
mereka lalu melancarkan pemberontakan kerana agama Hindu yang amat memuliakan lembu sebagai haiwan
suci serta agama Islam yang mengharamkan khinzir. Bacaan selanjutnya : Malleson. The Indian Mutiny Of 1857.
Delhi. Datta Book Centre. 1971.

Maharaja Delhi. Pihak British telah mengumpulkan bala tenteranya untuk membalas
serangan ke atas Delhi tetapi gagal. Berita bahawa Lord Canning telah meminta bantuan
tentera dari Madras dan Sri Lanka telah mencemaskan sepoi-sepoi. Akhirnya, rejimen di
Azamgarh, Ludhiana dan Allahabad telah membangkit. Pada 30 Mei 1857, rejimen di
Lucknow memberontak. Hal ini diikuti oleh Benggala dan Oudh. Dahagi Oudh lebih
menyerupai pemberontakan umum kerana tuan tanah dan pembesar yang kehilangan tanah
serta martabat dan kaum tani yang menderita akibat pembayaran cukai dan penindasan
British telah menyertai pemberontakan. Selepas 4 bulan, Sir John Lawrence menawan semula
Delhi. Bhahadur Syah ditangkap dan putera Moghul lain ditembak. Selepas menawan Delhi,
tentera British menyerang Kanpur dan Lucknow. Tentera Jeneral Havelock mara ke Kanpur
tetapi mendapat tentangan hebat. Percubaan untuk membebaskan Lucknow gagal. Jhansi
Rani, iaitu Lakshmi Bai telah bertempur dengan British tetapi akhirnya gagal dan terbunuh.
Dahagi dapat dikawal dengan berkesan. Menjelang tahun 1858, dahagi telah ditumpaskan
dengan jayanya. Pihak British bernasib baik kerana dahagi tidak merebak selanjutnya dan
pembesar Sindhia, Holkar dan pemerintah Rajput dan Sikh tidak menyertai pemberontakan
sepoi ini. Selain itu, sebahagian besar orang India yang pro-British yang inginkan pemulihan
undang-undang dan peraturan tidak membantu Pemberontakan Dahagi.

FAKTOR TERCETUSNYA DAHAGI 1857


Berbagai-bagai pendapat telah dikemukakan oleh para sarjana yang mengkaji tentang faktorfaktor yang mendorong kepada berlakunya Dahagi India yang dilancarkan oleh para
tenteraIndia yang berkhidmat dengan kerajaan British di India. Antara perdebatan utama
mengenai faktor penentangan ini termasuklah oleh seorang sarjana India yang bernama Mc
Carthy yang mana menerangkan bahawa antara faktor yang membawa kepada

pemberontakan pada tahun itu adalah tindakan pihak British yang dilihat tidak sensitif
tentang adat resam para tentera India yang berkhidmat di bawah pihak British.6
Hal in dapat dipertahankan oleh para sarjana kerana pihak British sebelum tahun 1857
sememangnya mempunyai dasar yang pro kepada polisi yang berpaksikan falsafah kehidupan
Bentham. Sarjana falsafah barat ini menekankan agar kepuasan maksimum menjadi
keutamaan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, apabila dalam menjalankan dasar terhadap
pihak tentera sepoi ( Indian Army), pihak pentadbiran tentera British sememangnya tidak
mempedulikan tentang adat resam tempatan kerana adat resam tempatan dilihat tidak
memberikan kepuasan maksimum bagi pihak British di India.7
Malah, pentadbiran kerajaan Inggeris semasa Lord Bentinck (1835-1840) menjadi gabenor
jeneral India, beliau pernah mengutarakan bahawa beliau akan menggunakan polisi yang
dikeluarkan oleh gurunya, Bentham untuk mentadbir India. Oleh itu, pihak tentera sepoi India
yang terdiri daripada kalangan orang Hindu dan Islam dikatakan tidak dilayan dengan adil
kerana nilai-nilai masyarakat India tidak sesuai dengan idealisme budaya Inggeris. Antaranya
perubahan tersebut termasuklah tidak memberikan pangkat hanya kepada golongan berkasta
tinggi sebaliknya memberikan kepada semua pihak yang dirasakan sesuai oleh kerajaan
penjajah British berdasarkan kebolehan mereka. Hal ini berbeza dengan keadaan yang
berlaku semasa pemerintahan Kerajaan Maratha dulu sebelum kerajaan tersebut jatuh pada
tahun 1818. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati golongan berkasta tinggi kerana bagi
golongan berkasta tinggi status mereka adalah sewajarnya diberikan keutamaan dalam urusan
kenaikan pangkat dalam perkhidmatan ketenteraan British mengikut interpretasi mereka. Hal
ini adalah amat bertentangan dengan pihak British yang menekankan kebolehan peribadi
sebagai kayu ukur dalam kenaikan pangkat dalam perkhidmatan tentera British di India. Oleh
itu, kesannya,sudah ada bibit ketidakpuasan hati pihak tentera India dalam organisasi
6

P.C Joshi. 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi. Calcutta. People
Publishing House (Private) Ltd. 1957. Hal 21
7
ibid

ketenteraan British kerana mereka berasa diri mereka telah dianaktirikan oleh pentadbiran
British.8
Di samping itu, pengenalan Undang-undang Lesap Waris juga telah menerbitkan perasaan
tidak puas hati ini. Ianya merupakan suatu langkah pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris di
India bagi meneruskan legitimasi penguasaan mereka di benua kecil ini. Polisi ini telah
memberi hak kepada kerajaan British di India untuk mengambil alih pentadbiran tempatan
sekiranya para pemerintah tempatan tidak mempunyai waris sah daripada keturunan mereka
sendiri. Meskipun para pemerintah tempatan India pada masa itu boleh menabalkan anak
angkat mereka sebagai nizam, peshwa dan sebagainya, tetapi pihak British menganggap
perlantikan itu sebagai tidak sah.9
Bagi mengurangkan kos untuk membayar elaun tahunan kepada pemerintah tersebut, pihak
Inggeris telah menggunakan alasan tersebut bagi mewajarkan tindakannya terhadap
pentadbiran tradisional India. Kesannya, pengalahan mesti dilakukan melalui dasar lesap
waris ini. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan suasana yang kurang selesa dalam
kalangan pemerintah Hindu dan Muslim di India yangmerasakan pihak Inggeris cuba
menafikan hak yang sewajarnya yang patut diterima oleh mereka secara turun temurun.
Lantas, mereka cuba membebaskan diri dengan menyertai penentangan tentera sepoi terhadap
ketidakadilan British itu sendiri.10 Namun, sebenarnya tujuan pihak British adalah disebabkan
factor kuasa politik yang mana menyebabkan mereka ingin agar wilayah-wilayah ini berada
dalam kawalan pihak British secara total kerana tahap negeri-negeri ini adalah dalam keadaan
naungan British sahaja dan bergantung pada kebolehan pegawai British dalam mengawal
negeri-negeri tersebut.

Talmiz Khaldun. The Great Rebellion dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C .Joshi, Calcutta:
PeoplePublishing House(Private) Ltd. 1957. Hal21
9
Sir John Kaye. History Of Indian Mutiny. Lahore. Oriental Publishers & Booksellers. 1976. Hal 15
10
Bhattacharjee. Arun. History of Modern India 1757-1947. New Delhi. Ashish Publishing House. 1960. Hal
136

FAKTOR KEGAGALAN DAHAGI 1857


Seperti yang kita ketahui, kisah penentangan ini hanya bertahan sementara sahaja kerana
berjaya dilumpuhkan oleh British. Faktor utama kegagalan Dahagi adalah disebabkan
ketiadaan tujuan yang sama dalam kalangan pemberontak. Hal ini dilihat daripada sudut yang
lebih mendalam kita akan dapati para pejuang ini sebenarnya berjuang dalam lingkungan
kepentingan sendiri serta berusaha menjaga kepentingan masing-masing.11 Walaupun orang
tempatan dan sepoi mengambil bahagian dalam Dahagi tetapi semuanya bertempur bagi
kepentingan-kepentingan mereka sendiri kecuali beberapa orang. Misalnya ada kumpulan
berjuang hanya untuk gaji, agama, dan berkaitan dengan kehilangan tanah.
Di samping itu, kita juga boleh lihat matlamat para pemimpin seperti Nana Sahib, Tantia
Topi dan Rani Jhansi yang sebenarnya menentang British kerana ingin mendapatkan kembali
kuasa yang mereka miliki yang telah diambil alih British melalui proses lesap waris itu
sendiri. Dendam mereka terhadap pihak British melalui tindakan British sebelum ini telah
memberi dorongan kepada Nana Sahib, Rani Jhansi, Tantia Topee untuk menyertai tentera
sepoi dalam menentang British itu sendiri. Bagi golongan Muslim di India mereka lebih
berusaha untuk memulihkan pemerintahan Mogul di Delhi yang semakin lemah ekoran
daripada pengaruh British di wilayah yang berhampiran dengan wilayah Mogul tersebut.
Lalu bagi golongan Muslim sendiri mereka sebenarnya lebih menumpukan kepada pemulihan
Mogul dan memanipulasikan penentangan oleh tentera sepoi ini sebagai suatu langkah untuk
memulihkan kembali kerajaan Mogul yang dianggap sebagai pelindung umat Islam di India
itu sendiri.12 Tambahan pula, Bahadur Shah dianggap sebagai simbol penyatuan bagi seluruh
India sungguhpun ia akan menyebabkan kontradiksi dengan pemimpin Hindu yang lain yang

11

P.C Joshi. 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857 , diselenggarakan oleh P.C. Joshi. Calcutta. People
Publishing House (Private) Ltd. 1957. Hal 166
12
K.M Ashraf. Muslim Revivalists And Revolt , dalam Rebellion 1857 , diselenggarakan oleh P.C. Joshi.
Calcutta. People Publishing House (Private) Ltd. 1957. Hal 85

sememangnya mempunyai idealisme yang berbeza dengan pandangan pro Mogul dalam
kalangan kaum Hindustan (Muslim) itu sendiri.13
Melalui Dahagi juga, kita boleh lihat tiadanya unsur kepimpinan dalam kalangan
pemberontak-pemberontak. Keadaan ini sebenarnya telah menjadi tiket mudah untuk British
menguasai keadaan memandangkan pihak British diketuai oleh pemimpin yang berkaliber
seperti Lawrence, Outram, Havelock dan Neil. Malah ini menyebabkan mereka menjadi tidak
berdisiplin dan lebih banyak menginggung penduduk India yang tidak terlibat dengan
rusuhan tersebut. Hal ini demikian memandangkan mereka telah melakukan banyak
kekecohan dan kesengsaraan melalui pemberontakan mereka.
Manakala jika kita lihat dari segi penyusunan strategi, pejuang-pejuang dahagi ini juga tidak
mempunyai suatu rancangan induk dan organisasi pusat yang boleh mengarah seluruh
anggotanya untuk bertindak dengan sistematik. Kekurangan teknologi perang memang tidak
dapat dinafikan jika dibandingkan dengan teknologi yang dimilik British. Penentangan yang
dilakukan pula lebih bersifat berselerakan yang mana berlaku mengikut kawasan dan
kawasannya pula lebih kepada kawasan luar bandar. Bukti jelas yang dapat dilihat adalah
penentangan ini hanya wujud di kawasan Bihar, Oudh, Benggal , Delhi dan Lucknow sahaja
yang terletak di kawasan tengah dan barat daya India. Tetapi, kawasan lain seperti wilayah
Punjab, Sind dan wilayah-wilayah di kawasan Maharashtra dan selatan India rata-ratanya
masih teguh di bawah penjajahan British di benua kecil ini. Hal ini berlaku boleh dikatakan
disebabkan oleh teknologi pengangkutan dan komunikasi di India yang tidak begitu
sempurna hingga menyebabkan penentangan hanya terhad di kawasan tertentu sahaja. Lalu
akhirnya mengakibatkan penentangan tidak dapat dijalankan serentak sekaligus menyebabkan
kegagalan dahagi India pada tahun 1859.14

13
14

Ibid
Malleson, The Indian Mutiny Of 1857 , Delhi. Datta Book Centre. 1971. Hal 30

Tambahan pula, idea tentang pembebasan atau perjuangan kemerdekaan belum lagi popular
pada masa itu serta idea-idea nasionalisme kebangsaan belum wujud lagi dalam masyarakat
India itu sendiri. Penduduk India sebahagian besarnya masih lagi bernaung di bawah ketuaketua atau raja-raja mereka lantas idea tentang nasionalisme atau pembebasan India itu tidak
wujud sama sekali kerana kesetiaan adalah kepada pentadbir-pentadbir tempatan. Lalu,
semua tindakan adalah bergantung pada keputusan pemimpin mereka sama ada ingin
menyertai penentangan terhadap British atau tidak. Jika para pemimpin tempatan bersikap
Pro- British, kemungkinan para penduduk wilayah akan mengikut kehendak para Raja atau
Nizam mereka sahaja untuk setia kepada British.
Oleh sebab itulah, terdapat sebahagian pemerintah tidak mengikut sama dalam dahagi India
tetapi bersikap berkecuali atau membantu pihak British dalam menentang pemberontak
seperti Nana Sahib, Rani Jhansi dan sebagainya. 15 Misalnya, tentera Sikh dikatakan telah
bertindak sebagai pengkhianat dalam dahagi India kerana mereka telah bersikap setia dengan
British apabila menggagalkan tindakan penentang di Kubu Allahabad. Mereka juga turut
bertindak dengan menolak untuk menurunkan bendera British di situ serta membantu
pelucutan senjata oleh sebahagian tentera Sepoi itu sendiri. Dalam hal ini telah membuktikan
bahawa idea pembebasan India melalui penentangan Dahagi India tidak dapat dihayati oleh
semua rakyat India.
Tambahan pula, sikap toleransi dan tolak ansur yang ditunjukkan oleh Lord Canning dalam
menangani masalah yang dihadapi masyarakat India sedikit sebanyak telah berjaya
menyejukkan api kemarahan dalam kalangan sepoi-sepoi penentang. Setelah berlakunya
peristiwa dahagi, pihak British telah banyak memberi keistimewaan kepada rakyat India.
Mereka telah bertolak ansur dalam aspek keagamaan dan kebudayaan India. Peluang

15

P.C Joshi, 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857 , diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta:
PeoplePublishing House(Private) Ltd.1957.hlm 138

pekerjaan juga telah diluaskan apabila peluang untuk menjawat jawatan awam dan tentera
telah dibuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan tanpa mengira kasta, agama, bangsa
dan kepercayaan. Senario ini menyebabkan sepoi-sepoi mula meletakkan harapan kepada
Lord Canning untuk menjaga kebajikan mereka.

KESAN DAHAGI 1857 KEPADA POLITIK INDIA


Dahagi 1857 bukanlah sebuah kisah pemberontakan biasa tetapi ia sebenarnya telah
menggoyahkan pentadbiran British di India sehingga ke dasarnya melalui tekanan
sepenuhnya. Lord Cromer pernah menegaskan kepada golongan muda untuk membaca,
menandakan, mempelajari dan mencerna sedalamnya mengenai dahagi 1857 ini kerana
padanya ada pengajaran dan amaran. Dahagi 1857 merupakan satu kebangkitan penduduk
tempatan menentang penjajah iaitu British dimana disebabkan sedikit demi sedikit hak dan
keistimewaan mereka terhakis ekoran beberapa pembaharuan drastik yang dilakukan oleh
British.
Di samping itu, pemberontakan Dahagi 1857 telah memberi satu kesedaran kepada keduadua belah pihak sama ada penduduk tempatan mahupun penjajah iaitu British. Hal ini kerana
dahagi India secara tidak langsung telah menyatu padukan penduduk India walaupun
kebanyakannya terdiri daripada wilayah utara untuk berjuang menuntut hak dan tradisi India
yang telah dirampas oleh British. Namun begitu, gerakan dahagi ini bukanlah satu
perjuangan kebangsaan ataupun semangat nasionalisme untuk memerdekakan India, tetapi ia
lebih kepada ketidakpuasan masyarakat tempatan.
Golongan terpelajar India berasa hampa kerana selepas peristiwa dahagi 1857, sikap British
terhadap India telah berubah. Di Britain, tanggapan ramai berkaitan faktor berlakunya dahagi

ialah kerana pengenalan pembaratan yang terlalu cepat dan terlalu banyak campur tangan
dalam adat-adat dan tradisi India. Oleh itu, semasa dalam tahun 1858 Syarikat Hindia Timur
Inggeris itu dihapuskan manakala pentadbirannya dipindahkan kepada kerajaan British,
keputusan ini dibuat adalah untuk mengelakkan lebih banyak pembaharuan dijalankan. Pada
tahun 1858, Ratu Victoria telah mengumumkan perlindungan terhadap agama- agama Islam
dan juga Hindu dan penambahmilikan tanah juga tidak akan dibuat lagi. Segala perubahan
akan diperkenalkan secara perlahan- lahan dan beransur- ansur.
Kesan selepas pemberontakan dahagi 1857 terhadap politik India juga dapat dilihat apabila
British tidak begitu ingin lagi untuk berkongsi kuasa dengan orang India, kurang berminat
terhadap golongan yang berpendidikan barat yang menarik kepada Macaulay, dan lebih pasti
bahawa merekalah yang akan menjadi pemerintah India yang kekal. 16 Hal ini demikian
kerana mereka menganggap bahawa merekalah yang paling layak untuk mentadbir India.
Ianya ada ditekankan oleh Sir John Strachey yang menyatakan bahawa jika pemerintahan
mereka berakhir, maka akan bermulanya anarki serta huru- hara, dan hakikatnya, harapan
India pada waktu itu terletak pada kelangsungan kerajaan yang dermawan dan kuat, yang
terdiri daripada orang- orang Inggeris.17
Jika kita telusuri sejarah gerakan dahagi ini, kita dapat lihat lahirnya tokoh-tokoh pemimpin
India yang hebat dalam mengetuai tentangan terhadap British dari segenap pelosok. Kita
boleh lihat sebagai contoh di kawasan India tengah, Tantia Topi sebagai pemimpin tentera di
kawasan itu, Nana Saheb di Kanpur, kebangkitan di Lucknow dibawah pimpinan Begum
Hazrat Mahal, Gurkha di bawah pimpinan Jang Bahadur dan lain- lain lagi. 18 Meskipun
setiap pemimpin bangkit dengan kepentingan masing-masing; misalnya Nana Sahib, iaitu

16

Neil Ryan. Polisi Selepas Tahun 1857, INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan. 1978.
Sir John Strachey yang disebut dalam Porter op. cit. hal 43
18
S.N. Sen. Eightenn Fifty- Seven Ministry of Information and Broadcasting. Government of India, New Delhi.
1957.
17

10

anak kepada Peshwa Baji Rao ii yang tidak diiktiraf sebagai pemerintah baru bagi wilayah
kanpur pada tahun 1853 oleh pihak British kerana beliau adalah anak angkat sekaligus
dihalang menggunakan gelaran Peshwa, serta Rani Jhansi iaitu pemerintah di Jhansi yang
turut tidak diiktiraf oleh British sebagai pemerintah baru selepas kematian suaminya pada
185419, namun keberanian dan kebolehan mereka bangkit menentang British yang merupakan
satu kuasa besar harus dipandang tinggi. Malah, disebabkan penentangan merekalah,
Undang-undang Lesap Waris telah dihapuskan semula. Tidak dapat dinafikan lagi,
disebabkan kebangkita 1857 ini jugalah munculnya tokoh-tokoh penting yang melanjutkan
perjuangan memperbaiki India sepeti Sayed Ahmad Khan yang membela perjuangan tersebut
sekaligus mengubah perspektif British yang pada awalnya hanya menyalahkan masyarakat
India tetapi kemudian menyedari bahawa ianya datang daripada kelemahan mereka sendiri.

KESIMPULAN
Dahagi 1857 merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah India. Tempoh antara 18571858 dilihat sebagai fasa yang membawa kepada era kebangkitan masyarakat India. Suasana
penentangan yang berlatar belakangkan pelbagai factor terutamanya rasa tidak puas hati
akibat pembaharuan dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial telah memberi kesan bukan
sahaja kepada British tetapi juga kepada masyarakat India yang mana menimbulkan keadaan
yang tidak aman di banyak wilayah. Walaupun perjuangan ini berlaku sekejap sahaja
disebabkan kelemahan-kelemahan dari pihak penentang tersebut, namun ianya sedikit
sebanyak telah memberi kesedaran kepada kedua-dua pihak yang terlibat.
Peristiwa dahagi ini sebenarnya banyak memberi impak kepada perjalanan sejarah India
terutamanya dari segi politik di India itu sendiri. Malah, meskipun ianya bukanlah satu
19

Malleson. The Indian Mutiny of 1857. Delhi. Datta Book Centre. 1971. Hal 28.

11

perjuangan nasionalisme secara keseluruhannya namun ianya telah pun memberi bibit
keberanian untuk bangkit dalam kalangan masyarakat India dalam mempertahankan hak
mereka. Ianya membawa kepada kehilangan kuasa SHTI di India yang sekaligus membawa
kepada pengambilalihan peranan oleh Pejabat Tanah Jajahan di London oleh Mahkota
England dan juga Gabenor Janeral yang menjadi Wizurai.
Meskipun gerakan ini dimulai dan dipimpin oleh orang yang berbeza serta faktor yang
berlainan, namun semua itu telah membawa kepada bermulanya penyatuan dalam kalangan
masyarakat India. Penyatuan yang selama itu dianggap mustahil akhirnya menjadi kenyataan
secara beransur-ansur. Tambahan pula, penentangan ini juga telah membuka mata pihak
British mengenai kelemahan pentadbiran yang mereka jalankan. Ianya sekaligus
menyedarkan mereka daripada berterusan menyalahkan masyarakat India semata-mata.

12

BIBLIOGRAFI
Sumber Sekunder
Buku

1. Bhattacharjee. Arun. History of Modern India 1757-1947. New Delhi. Ashish


Publishing House. 1960.
2. Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian
Mansor. Dahagi 1857 , Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 18001963. 2000.
3. Malleson. The Indian Mutiny Of 1857. Delhi. Datta Book Centre. 1971.
4. P.C Joshi. 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C.
Joshi. Calcutta. People Publishing House (Private) Ltd. 1957
5. Talmiz Khaldun. The Great Rebellion dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh
P.C .Joshi, Calcutta: PeoplePublishing House(Private) Ltd. 1957.
6. Sir John Kaye. History Of Indian Mutiny. Lahore. Oriental Publishers & Booksellers.
1976.
7. Bhattacharjee. Arun. History of Modern India 1757-1947. New Delhi. Ashish
Publishing House. 1960.
8. K.M Ashraf. Muslim Revivalists And Revolt , dalam Rebellion 1857 ,
diselenggarakan oleh P.C. Joshi. Calcutta. People Publishing House (Private) Ltd.
1957.
9. Neil Ryan. Polisi Selepas Tahun 1857, INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan.
1978.
10. S.N. Sen. Eightenn Fifty- Seven Ministry of Information and Broadcasting.
Government of India, New Delhi. 1957.

13

Jumlah Muka Surat 1-14 halaman (New Times Roman, 12)


Nota Kaki (Bukan Nota Hujung) Times New Roman, 10, Single Spacing, APA Style.

14

You might also like