You are on page 1of 2

Huraikan perubahan kependudukan dan sebab-sebab kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Pendahuluan
§  Masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu (TM) terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang Melayu, Cina, dan India. Terdapat juga
golongan minoriti seperti kaum peranakan atau   kacukan. Sebelum pertengahan abad ke-20, hampir semua penduduk di TM terdiri
daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun terdapat sebilangan kecil kaum Cina dan India di Kelantan, Melaka, Terengganu dan
Seberang Perai.
§  Penghijrahan beramai-ramai orang Cina, India, dan Indonesia ke TM pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20 telah membawa perubahan
ketara dalam masyarakat TM. Di Sabah dan Sarawak, masyarakat pelbagai kaumnya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan kumpulan
etnik. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan di TM. Kemajmukan masyarakat di TM juga telah didorong oleh
beberapa faktor.
Isi-isi Penting:
1)      Perubahan kependudukan

a)       Jumlah penduduk

§  Penghijrahan penduduk ke TM telah menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan dari segi jumlah penduduk. Orang Indonesia
yang berhijrah ke TM seperti masyarakat Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar dan sebagainya telah menambahkan bilangan orang
Melayu di TM.
§  Tahun 1870, jumlah orang Melayu hanya 500 000 sahaja. Tetapi menjelang tahun 1921, jumlah ini telah meningkat sehingga 3 juta
orang. Dengan kemasukan orang Cina dan India, orang melayu tidak lagi menjadi kaum yang terbesar.

b)      Jenis penduduk

§  Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tidak terdapat sebarang sikap perkauman dan permusuhan dalam
kalangan bangsa Melayu. Keadaan ini telah berubah dengan drastiknya berikutan munculnya dua kaum besar, iaitu Cina dan India.
§  Tahun 1921, hampir setengah daripada penduduk di TM merupakan penduduk tidak tetap.

c)       Nisbah jantina

§  Penduduk melayu pada pertengahan abad ke-19 mempunyai nisbah jantina yang seimbang. Bilangan kaum lelaki Cina dan India masing-
masing jauh melebihi jumlah wanita.
§  Tahun 1901, bagi setiap seribu orang lelaki India, bilangan wanita India hanya 171 orang, tahun 1911 pula 308 orang dan tahun 1921
meningkat sehingg 40 orang.

2)      Sebab-sebab kemajmukan masyarakat

a)       Amalan budaya yang berbeza

§  Orang Cina tertumpu di kawasan perlombongan seperti KL, Ipoh, dan Seremban. Hidup mereka berkelompok berdasarkan puak masing-
masing. Hubungan sosial dalam kalangan puak-puak cina ini tidak erat. Pergaualan dan interaksi kaum cina dengan masyarakat melayu
juga kurang. Orang India pula terdiri daripada beberapa kumpulan etnik  yang berbeza seperti Tamil, Malbari, Pelikat, Telegu dan
Punjabi. Kelompok ini menggunakan bahasa etnik masing-masing. Mereka juga hidup berasingan daripada kaum cina dan Melayu.
§  Orang cina dan india terus mengekalkan budaya mereka seperti cara pemakaian dan perayaan.

b)      Perbezaan agama
§  Penubuhan institusi dan tempat beribadat serta pendidikan menyebabkan masyarakat cina dan india terpisah daripada masyarakat
peribumi.
§  Untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka di tempat asing, orang cina dan india menubuhkan pelbagai institusi sosial, tempat
beribadat dan persatuan tidak rasmi. Kesemua ini mampu melindungi dan mengekalkan identiti etnik masing-masing.

c)       Perbezaan dalam fungsi ekonomi


§  Orang melayu meneruskan kegiatan ekonomi sara diri dengan bekerja sebagai petani, nelayan dan pegawai rendah di pejabat British.
Orang cina hidup di bandar utama dan menjalankan kegiatan ekonomi komersial dengan tumpuan kepada perlombongan dan
perdagangan.
§  Orang india tertumpu di kawasan ladang getah dan sebilangan kecil bertumpu di bandar sebagai kerani dan buruh di pelabuhan.  Fungsi
ekonomi yang berbeza antara ketiga-tiga kaum ini secara langsung membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.

d)      Perbezaan dalam sistem pendidikan

§  Orang cina menubuhkan sekolah mereka sendiri dengan menggunakan bahasa penghantar cina dan matapelajaran yang berteraskan
peristiwa yang berlaku di Negara China dan bukanya mengenai hal ehwal setempat. Orang india dari kelompok Tamil menubuhkan
sekolah di ladang tempat tinggal mereka dengan menggunakan bahasa penghantar Tamil. Segala mata pelajaran yang diajar
berteraskan pengetahuan mengenai negara India.
§  Pendidikan bagi masyarakat peribumi berteraskan agama islam dan sistem pendidikan tempatan.
Penutup
§  Penghijrahan masyarakat Cina, India dan juga orang Indonesia pada abad ke-19 ke TM telah menyebabkan perubahan kependudukan di
TM. Perubahan tersebut meliputi aspek jumlah penduduk, jenis penduduk dan juga nisbah jantina penduduk.
§  Kependudukan masyarakat Cina dan India di TM secara tidak langsung membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk. Kemajmukan
masyarakat di TM telah didorong oleh beberepa sebab seperti amalan budaya yang berbeza, perbezaan agama, perbezaan dalam fungsi
ekonomi serta perbezaan dalam sistem pendidikan.

You might also like