You are on page 1of 22

TEMA TIGA

SEJARAH TEMPAT

ELISYA ISABEL BINTI ABD RAHMAN

TAJUK: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KAMPUNG MELAYU BUMIPUTERA

,JALAN BULI SIM-SIM DARI TAHUN 1879 HINGGA 2015.

1
SENARAI KANDUNGAN
Bil Butiran Muka surat
.
1.0
TEMA 1

2.0
ISI KANDUNGAN 2

3.0
PENGENALAN 3-4

4.0
ISI KAJIAN

-Sejarah pembukaan Kampung Melayu 4-6


Bumiputera,Jalan Buli Sim-Sim

Perkembangan Kampung Melayu Bumiputera dari segi


sosial dan ekonomi dari tahun 1879 hingga 2015.

i) Perkembangan Kampung Melayu Bumiputera dari 6-11


segi sosial dari tahun 1879 hingga 2015

ii )Perkembangan Kampung Melayu Bumiputera dari 11-13


segi ekonomi dari tahun 1879 hingga 2015

-Sumbangan perkembangan Kampung Melayu


Bumiputera kepada penduduk setempat dari tahun 1879
hingga 2015

5.0
KESIMPULAN

6.0
NOTA HUJUNG

7.0
BIBLIOGRAFI

8.0
LAMPIRAN

2
PENGENALAN

Kampung ialah satu petempatan yang membawa istilah kampung dirujukkan pada

satu petempatan yang penduduknya kurang daripada 1,000 orang di sesebuah kawasan

terutamanya di luar bandar atau mana-mana petempatan penduduk masih mengekalkan

identiti asalnya seperti organisasinya dan cara pemilikan tanah bagi penduduknya. Dalam

organisasi sesebuah kampung, ia terdiri daripada Penghulu (ketua kampung), Naib

Penghulu, imam, bilal, setiausaha, bendahari dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa

yang dilantik mengikut tugas dan peranannya dalam menentukan hal ehwal serta

kebajikan penduduk terutamanya.Kampung dapat dikelaskan dengan berdasarkan

berbagai-bagai kriteria . Kriteria pertama dari segi keluasan wilayah,antaranya kampung

terkecil keluasan antara 0-2 km² .Seterusnya kampung kecil, antara 2 - 4 km² luasnya

.Kampung sederhana keluasan antara 4 - 6 km² .Kampung besar, antara 6 - 8 km² luasnya
(1)
dan Kampung terbesar, antara 8 - 10 km² luasanya. Terdapat pelbagai kampung yang

wujud di Malaysia antaranya ialah Kampung Padang Besar Alor Setar, Kedah(2) ,

Kampung Baru di Kuala Lumpur dan Kampung Kopuron di Telupid Sabah. Pembukaan

banyak kawasan seperti pusat petempatan dan pusat kegiatan ekonomi dan sosial

menggiatkan lagi perkembangan kampung-kampung ini. Walaupun perkembangan sosial

dan ekonomi kampung-kampung ini tidak sepantas dan tidak secekap perkembangan

bandar, namun semua kemudahan ini mampu menampung keperluan yang cukup untuk

memenuhi keperluan penduduk setempat di kawasan kampung tersebut .

Di Sandakan terdapat sebuah kampung yang terkenal iaitu Kampung Melayu

Bumiputera Jalan Buli Sim-Sim Sandakan . Kampung ini merupakan kampung atas air yang

tertua dan terbesar di Sandakan yang telah wujud sejak tahun 1879 dan berkeluasan 23.2 ekar

3
(3)
. Kampung ini berhadapan dengan Lautan Sulu ,Pulau Nunuyan dan Pulau Berhala

.Kampung ini juga didiami oleh pelbagai jenis kumpulan etnik seperti Melayu -Brunei ,

Cina , Suluk dan Bajau.(4)

ISI KAJIAN

Sejarah Pembukaan Kampung Melayu Bumiputera ,Jalan Buli Sim-Sim ,Sandakan

Menurut sejarah , Kampung Melayu Bumiputera dahulu pada tahun 1879 dikenali

sebagai Kampung German yang dijadikan oleh Kaptain William Schuck berbangsa Jerman

sebagai pangkalan perniagaan merupakan penempatan pertama, walaupun pada masa tersebut

sudah terdapat beberapa orang Sulu yang telah menetap di sekitar laut berdekatan. Apabila

Kaptain William Schuck mendapat sebuah pulau di kesultanan Sulu, maka Wiliam Clarke

Cowie, seorang pedagang dan pelaut dari Scotland, telah mengantikannya. Penempatan ini

menjadi pusat perniagaan senjata yang tidak berjaya. Beliau akhirnya mencari rakan niaga

dari Kesultanan Sulu dan meninggalkan Kampung German.

Dalam perkembangan pesat kampung German atau yang sekarang dikenali sebagai

Kampung Melayu Bumiputera . Seorang pegawai Inggeris yang bernama William Burgess

Pryer telah menetap di kampung tersebut dan menjalankan pentadbiran tugasnya yang

menyebabkan kampung tersebut maju . Apabila Pryer tiba di Kampung German dalam 1878,

tugas pentadbirannya yang pertama adalah memperkenalkan satu undang-undang yang

dikenali sebagai undang-undang cukai perdagangan bagi mengelakkan berlakunya eksploitasi

perdagangan yang berlebihan. Rundingan terpaksa di buat bersama dengan pemimpin suku di

kawasan tersebut. Akhirnya satu persetujuan di capai, cukai perdagangan telah diperkenalkan

untuk keseragaman. Pembaharuan ini mendapat sokongan dan bantahan dari beberapa suku

kaum, walau bagaimanapun Pryer berjaya mengatasi masalah ini walaupun berlakunya

4
Peristiwa Timbong di mana Emaum Jelanee yang mengetuai suku kaum Bajau Laut telah

menyerang Pulau Timbong. Bantahan ini berlaku kerana ia menyekat kebebasan berdagang

Beberapa masalah seperti masalah lanun menyerang juga dapat diatasi oleh Pryer. Dalam

kepesatan pembangunan Kampung German akhirnya telah terbakar akibat kecuaian seorang

penduduk Kampung bernama "Sabtu". Kebakaran tersebut telah memusnahkan seluruh

kampung termasuk rumah Pryer sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan Pryer dan penduduk

Kampung berpindah ke satu kawasan baru yang terletak di muara teluk pada 18 Jun 1879.

Kawasan ini dikenali sebagai Buli Sim-Sim (Booly Sim-Sim).

Pryer menebang pokok yang pertama apabila menjalankan kerja-kerja pembersihan

sepenuhnya kerana Buli Sim-Sim ketika itu merupakan kawasan hutan yang dipenuhi hutan

iaitu pokok-pokok bakau sebelum kawasan tersebut dibangunkan . Menjelang tahun 1881,.

Jambatan-jambatan yang telah dibina di perbuat daripada nibong berfungsi sebagai jalan raya.

Pada tahun 1882 terdapat lebih kurang 57 buah rumah dengan penduduk seramai 696 orang

dan jumlah ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dengan komposisi komuniti Bajau,

Cina, Sulu dan lain-lain. Terdapat seramai 30 orang Eropah, 3000 orang-orang Cina dan

3,000 pelbagai Cina

Kampung Melayu Bumiputera ini juga, selain dikenali sebagai kampung German

,kampung ini juga dikenali sebagai Kampung Sim -Sim yang hanya dikenali melalui lisan

oleh orang tempatan pada zaman dahulu . Dikatakan bahawa perkataan ‘Sim – Sim ‘ berasal

daripada perkataan menyinsing iaitu menyinsing kain . Perkara ini dikatakan demikian kerana

kawasan ini dahulunya adalah pantai dan digunakan dalam lisan harian sehingga di gelar

sebagai 'sim-sim' oleh penduduk tempatan .(5)

Pada awalnya tahun 1982 hanya terdapat 18 jambatan yang diperbuat daripada kayu

dan nipah yang terbina di kampung tersebut manakala berlaku perkembangan sehingga tahun

5
2015 telah tubuh 24 jambatan . Perumahan atas air di perkampungan Kampung Melayu

Bumiputera pada awal pembukaan zaman dahulu tidak diwartakan oleh pihak kerajaan dan

penduduk tempatan tidak mempunyai geran tanah .Kampung ini mengalami perkembangan

pada awalan tahun 2000 . Jambatan yang diperbuat daripada nipah sejak awal pembukaan

telah berubah menjadi jambatan konkrit .Kini , Kampung Melayu Bumiputera telah

diwartakan dibawah kampung dan juga kerajaan tempatan sejak tahun 2000.(6)

Perkembangan Kampung Melayu Bumiputera dari segi sosial dari tahun 1879 hingga

2015

Melalui kajian ini, penulis akan mengemukakan beberapa perkara mengenai penduduk

di Kampung Melayu Bumiputera seperti pertambahan jumlah penduduk dan peningkatan

taraf hidup penduduk disebabkan oleh kemajuan kemudahan-kemudahan sosial yang ada

seperti sekolah kebangsaan , pusat pendidikan agama , pusat ibadah, pusat kesihatan , balai

raya , pusat internet , pasar dan peningkatan infrastruktur .

Pertambahan jumlah penduduk

Kampung Melayu Bumiputera mengalami pertambahan jumlah penduduk yang semakin

meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa. Kampung Melayu Bumiputera pada awal

pembukaannya hanya terdapat 3 buah keluarga yang mendiami 3 buah rumah sahaja pada

tahun 1879 sebelum ditadbir oleh orang pegawai inggeris(7) . Selepas ditadbir oleh pegawai

Inggeris dan Kampung tersebut telah mengalami perkembangan yang pesat maka penduduk

bertambah menjadi lebih kurang 57 buah rumah pada tahun 1882. Kini , bancian secara

manual sebelum menggunakan e-census telah mencatatkan terdapat 501 buah rumah yang

6
terdaftar di bawah kerjaan . Bancian dijalankan untuk menetukan jumlah penduduk yang

tinggal di Kampung Melayu Bumiputera .(8)

Sekolah

Terdapat pusat pendidikan yang ada di Kampung Melayu Bumiputera adalah termasuk

sekolah rendah dan pendidikan agama seperti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain ( KAFA) yang

dijalankan proses pembelajaran di Masjid Al-Furqan yang memuatkan kapasiti lebih 25

pelajar . Sekolah kebangsaan rendah yang terdapat di Kampung Melayu Bumiputera ialah

Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1 dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1 .

Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 2 dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1

merupakan pecahan dari Sekolah Kebangsaan Berhala Darat sebelumnya yang terletak

berhadapan dengan perkampungan nelayan Kampung Sim-Sim pada tahun 1993.Kini,

sekolah ini telah dibangun dengan mempunyai 3 buah blok bangunan; sebuah bangunan

konkrit 4 tingkat dan dua buah bangunan projek kilat (kayu). Pusat pentadbiran, bilik guru,

bilik gerakan, klinik gigi, bilik kaunseling dan kelas-kelas tahun 1, 2, 3, dan 4 menggunakan

bangunan konkrit. Kelas-kelas Tahun 5 dan 6 dan bilik-bilik Pusat Sumber dan Kemahiran

Hidup menggunakan bangunan projek kilat. Sekolah ini juga mempunyai sebuah dewan

terbuka dan kantin yang dikongsi bersama dengan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 2 memiliki 371 orang pelajar lelaki dan

347 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 718 orang. Ia

mempunyai seramai 47 orang guru.(9)

Pusat Ibadah

Terdapat beberapa pusat ibadah yang ditubuh di kawasan Kampung Melayu Bumiputera

Kampung Sim-Sim. Antara pusat ibadah yang ada ialah Masjid Al-Furqan untuk penduduk

7
beragama Islam dan Tokong cina iaitu Temple Justice of Pao bagi penduduk warga cina di

Kawasan kampung tersebut. Masjid Al-Furqan sejak dibuka dan dirasmi pada tahun 1981

bulan Mac oleh Dato’ Aris Salleh .Masjid ini sejak awal penubuhan berstrukturkan simen

,mankala dinaiktaraf dari segi perkhidmatan seperti perkhidmatan pengurusan jenazah,

tempat mandi jenazah , van jenazah ,bilik pengurusan jenazah ,sumbangan makanan (Food

Bank) dan kelas pendidikan (KAFA) yang disumbangkan oleh pihak Zakat dan penyumbang

sebanyakRM16000.(10)

Bekalan Air Bersih

Punca bekalan air bersih di Kampung Melayu Bumiputera ialah dari Jabatan Air

Negeri Sabah (JANS). Bekalan air bersih ini akan diagihkan kepada penduduk setempat

melalui Loji Jabatan Bekalan Air Sandakan .Semua penduduk tempatan di kawasan

Kampung Melayu Bumiputera dapat menikmati keselesaan apabila keperluan air dapat

dinikmati oleh setiap penduduk kerana air diagihkan sama rata ke setiap rumah yang ada di

kampung tersebut.

Pusat Kesihatan

Pada tahun 1922 , terdapat pusat kesihatan yang terulung di sekitar kawasan

Kampung Melayu Bumiputera Jalan Buli Sim-Sim iaitu Hospital Buli Sim Sim, Sandakan

.Hospital ini merupakan hospital psikiatri yang menempatkan hanya 50 buah katil untuk

pesakit. Namun, hospital ini telah ditutupkan dipindahan ke hospital lain . Kini terdapat

Klinik Desai aitu Klinik Ibu dan Anak yang ditubuh pada akhir tahun 1900-an . klinik ini

ditubuh oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysian bagi tujuan memberi perkhidmatan

penjagaan kesihatan ibu semasa hamil,bersalin dan selepas bersalin serta penjagaan prinatal

8
agar dapat menikmati kehidupan yang berkualiti . Penduduk Kampung Melayu Bumiputera

tidak perlu ke hospital yang jauh untuk mendapatkan rawatan kerana terdapat kakitangan

yang mengurus di Klinik Ibu dan Anak .(12)

Balai Raya

Balai raya di Kawasan kampung ini terletak diantara jambatan 19 dan jambatan 20 .

Balai raya ini merupakan tempat untuk orang ramai (penduduk di suatu tempat) berhimpun

untuk membuat perjumpaan, mengadakan mesyuarat, sokongan social ,majlis atau aktiviti

lain yang terbuka untuk masyarakat setempat, Balai raya ini merupakan Balairaya

Rancangan Rumah Murah ,Jalan Buli Sim-Sim Sandakan dan telah tubuh sejak pembukaan

yang rasmi untuk Kampung Melayu Bumiputera .(13)

Pusat Internet

Pusat Internet komuniti merupakan projek kerjaan dengan inisiatif yang diwujudkan

pada 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) . Di Kampung

Melayu Bumiputera terdapat satu pusat yang dilengkapi dengan kemudahan kerusi , meja dan

computer untuk kegunaan penduduk setempat . Pusat Internet Sim Sim ini diwujudkan bagi

memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan untuk mengurus urusan

harian dan perniagaan melalui internet dan memberi pendedahan kepada masyarakat

tempatan terhadap teknologi computer serta internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan

sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan. (14)

9
Petempatan Penduduk

Petempatan penduduk di Kampung Melayu Bumiputera telah berubah dan berkembang

dari masa ke masa iaitu dari tahun kewujudan kampung pada 1879 hingga tahun 2015.

Perubahan struktur binaan rumah-rumah penduduk setempat dapat kita lihat melalui

penggunaan nipah ,kayu dan papan diguna untuk bina rumah dan jambatan pada zaman

dahulu manakala zaman kini telah berkembang dengan menggunakan konkrit dan simen

untuk struktur perumahan yang lebih kukuh . Terdapat juga beberapa kediaman yang

mengubah guna petempatan menjadi ekonomik dengan menjalankan kegiatan ekonomi

seperti pembukaan kedai - kedai di atas air . (15)

Bekalan elektrik

Setiap kediaman, kawasan perniagaan ,kawasan perikanan , pusat Pendidikan , pusat

kesihatan dan pusat ibadah telah dilengkapi oleh pelbagai kemudahan asas iaitu elektrik.

Elektrik yang dibekalkan dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dapat disalurkan ke semua

kawasan-kawasan ini dengan baik. Semua penduduk tanpa mengira latar umur dapat

menggunakan bekalan elektrik secara bersama dan diagihkan kepada setiap kawasan yang

berada di Kampung Melayu Bumiputera dengan sama rata serta dapat dinikmati oleh setiap

penduduk .(16)

Pembinaan Jalan Raya

Jalan pengangkutan Kampung Melayu Bumiputera sebelum adanya jalan raya adalah

melalui jalan air dengan menggunakan bot- bot kecil dan jalan raya yang tidak berturap.

10
Ketiadaan jalan raya yang sempurna menjadikan pengangkutan laut sebagai perhubungan

penduduk dari Berhala laut apabila tiba di Kampung Melayu Bumiputera untuk membeli

beberapa barangan keperluan harian seperti makanan dan sebagainya.Jalan darat yang tidak

rata dan tidak bertar dipenuhi dengan pokok bakau menyukarkan penduduk untuk bergerak

ke suatu tempat. Pada awal tahun 2000 pihak kerajaan telah menaik taraf pembinaan jalan

raya dengan membina jalan raya yang berturap dan luas. Kini, Kampung Melayu Bumiputera

mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan membuatkan perhubungan menjadi lebih

mudah walaupun masih terdapat jalan raya dalam keadaan yang berlubang-lubang .(17)

Jeti

Di Kampung Melayu Bumiputera, terdapat sebuah jeti iaitu jeti jambatan 3 . Jeti ini

merupakan pelabuhan kecil untuk bot-bot kecil berlabuh dan berlepas untuk ke Kampung

Kawasan Berhala Laut. Jarak dari Kampung Melayu Bumiputera ke Berhala adalah sejauh

2km merentasi laut dalam 4 minit . Hanya dengan menggunakan bot sahaja untuk sampai ke

Berhala Laut kerana tiada jalan darat yang melalui jalan laut . Jeti juga merupakan salah satu

kawasan di mana penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan membawa naik hasil

tangkapan, selain itu jeti sebagai tempat penurunan pelajar yang dari Kampung Berhala Laut

besekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat serta menjadi tempat rehat bagi

penduduk kampung yang ingin menikmati keindahan alam.(18)

Perkembangan Kampung Melayu Bumiputera dari segi ekonomi dari tahun 1879

hingga 2015

Melalui kajian ini, pengkaji akan mengemukakan beberapa perkara mengenai peningkatan

taraf ekonomi Kampung Melayu Bumiputera serta ekonomi penduduk setempat. Semua

11
penduduk mengalami perubahan pekerjaan dari pelbagai sektor pekerjaan seperti sektor,

perikanan, perkhidmatan , perniagaan dan pelancongan .

Perikanan

Hampir semua penduduk di Kampung Melayu Bumiputera mencari sumber pendapatan

melalui penglibatan diri sebagai nelayan .Aktiviti perikanan hampir menjadi sumber ekonomi

utama bagi penduduk Kampung Melayu Bumiputera terutamanya bagi penduduk yang

mempunyai bot sendiri dan tinggal di kawasan hujung jambatan .Kedudukan pasar yang

berdekatan dengan Kampung Melayu Bumiputera iaitu Pasar Sim-Sim amat menggalakan

kegiatan perikanan . Hal ini kerana jeti yang dibina di jambatan tiga merupakan tempat untuk

menaikkan hasil tangkapan penduduk untuk sara diri dan dijual ke pasar. Segelintir penduduk

juga telah menaikkan taraf bot-bot kecil kepada kapal yang lebih besar untuk mendapatkan

tangkapan hasil laut yang lebih banyak . (19)

Perniagaan

Sejak pembukaan Kampung Melayu Bumiputera , penduduk menjalakan pelbagai

perniagaan seperti perniagaan perikanan dan perniagaan hasil kayu . Sektor perniagaan ini

terus berkembang dengan mengikut peredaraan masa dengan kini perniagaan yang terdapat di

Kampung Melayu Bumiputera adalah perniagaan jualan hasil tangkapan ikan , pernigaan

kedai makanan dan perniagaan kedai runcit serta gerai–gerai (20) . Perniagaan yang paling

mendapat sambutan penduduk ialah perniagaan kedai makanan yang menajdi ikonik kepada

penduduk Kampung Melayu Bumiputer iaitu Restoran Seafood 88 , Sim Sim Seafood

Restaurant H90 dan juga perniagaan ikan kering . Perkembangan ekonomi dari sektor

12
perniagaan yang berlaku di Kampung Melayu Bumiputera telah menyebabkan ekonomi di

kawasan Kampung Melayu Bumiputera meningkat .

Perkhidmatan

Perkembangan Kampung Melayu Bumiputera yang agak pesat menyebabkan hampir

semua jenis perkhidmatan dalam bentuk awam dan swasta wujud di sana . Antara

perkhidmatan yang berkembang adalah seperti penubuhan klinik ibu dan anak serta

pertambahan bilangan guru di sekolah – sekolah . Penubuhan ini dapat menyumbang kepada

ekonomi kerana penduduk membayar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut . Semakin

meningkat perkhidmatan yang ditawarkan maka semakin meningkat ekonomi di Kampung

Melayu Bumiputera .

Pelancongan

Kampung Melayu Bumiputera berkembang dari segi pelancongan kerana tempat yang

unik dan cantik telah menarik perhatian pelancong tempatan dan pelancong luar . Antara

tempat yang menjadi tarikan kepada pelancong di kawasan Kampung Melayu Bumiputera

ialah Restoran Seafood 88 yang berbentuk seperti kapal , Temple Justice of Pao, dan juga

acara tahunan bagi penduduk Kampung Melayu Bumiputera ialah pertandingan menghias

pondok dan jambatan untuk sambutan hari kemerdekaan . Penduduk Kampung Melayu

Bumiputera bagi setiap jambatan akan bertanding bagi jambatan yang paling meriah

dekorasinya . Acara ini telah menarik pelancong untuk datang dan melihat suasana kampung

air yang terbesar di Sandakan .

13
Kepentingan Kampung Melayu Bumiputera kepada penduduk setempat dari tahun

1879 hingga 2015 .

Dalam kajian ini juga, penulis akan menghuraikan tentang kepentingan Kampung

Melayu Bumiputera kepada penduduk setempat . Hal ini kerana perkembangan yang amat

pesat mampu memberikan kepentingan yang amat berguna kepada penduduk setempat .

Menjadi tarikan pelancong

Kampung Melayu Bumiputera yang semakin berkembang dari pelbagai sektor juga

menggalakan aktiviti pelancongan kepada penduduk setempat dan masyarakat luar .

Kemudahan asas yang disediakan amat sesuai dan selesa untuk penduduk setempat dan

masyarakat luar(21) . Kawasan Kampung Melayu Bumiputera juga salah satu faktor tarikan

pelancong luar . Hal ini kerana Kampung Melayu Bumiputera merupakan kampung di atas air

yang terlama dan berhadapan dengan landskap yang cantik iaitu Pulau Berhala . Terdapat

juga jeti di Jambatan 3 yang memudahkan pelancong untuk pergi ke pulau yang berdekatan

seperti Pulau Berhala Laut . Terdapat juga seni bina rumah ibadah bagi bangsa cina iaitu

Temple Justice of Pao yang unik dan cantik juga menjadi tumpuan kepada pelancong ke

Kampung Melayu Bumiputera .Tambahan pula seni bina kedai makan Sim-Sim 88 yang

berbentuk kapal juga menarik pelancong dari masyarakat tempatan mahupun pelancong dari

luar negara untuk mendapatkan makanan laut yang segar dan sedap . Kegiatan pelancongan

ini bertujuan kepada oarang ramai untuk menikmati alam semula jadi dan merasai

pengalaman yang berbeza berbanding di kampung lain .

14
Meningkatkan ekonomi pekan

Melalui perkembangan Kampung Melayu Bumiputera ini ramai penduduk yang akan

berminat menjalankan sektor perniagaan , dengan membuka kedai-kedai untuk memenuhi

permintaan penduduk Kampung Melayu Bumiputera pekan juga menagalami pertambahan

penduduk yang memerlukan permintaan barangan yang banyak pembukaan kedai juga akan

membawa kepada kemasukan teknologi seperti alat komputer yang canggih dan mesin untuk

pengguna di Kampung Melayu Bumiputera menjalankan perniagaan atas talian . Hal ini dapat

membantu peniaga di Kampung Melayu Bumiputera untuk menjalankan perniagaan .

Membuka peluang pekerjaan

Perkembangan Kampung Melayu Bumiputera ini dapat membuka banyak peluang

pekerjaan kepada penduduk setempat melalui pertambahan fizikal seperti kedai ,sekolah ,

klinik , pusat internet dan sebagainya yang memerlukan jumlah pekerja yang banyak. Oleh

itu, pembukaan seperti perniagaan akan menggalakkan peluang pekerjaan kepada penduduk

setempat dan memberikan peluang penduduk setempat untuk mencari sumber pendapatan dan

punca rezeki . Pendapatan melalui pekerjaan ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk

dan mengurangkan kadar pengangguran penduduk di Kampung Melayu Bumiputera .

15
Menyediakan kemudahan-kemudahan asas

Perkembangan Kampung Melayu Bumiputera akan menyebabkan jumlah penduduk

semakin meningkat dan kemudaban asas seperti pusat Internet , pusat ibadah dan pusat

pendidikan semakin berkembang selaras dengan kemajuan teknologi .Kemudahan-

kemudahan asas yang sedia ada juga dibaik pulih serta ditambah oleh pihak kerajaan bagi

meningkatkan keselesaan penduduk setempat untuk menggunakan kemudahan tersebut .

Penduduk di pekan Beluran, juga tidak akan ketinggalan dari segi pembangunan dan

penambahbaikan dari segi infrastruktur seiring dengan peredaraan masa .

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, perkembangan Kampung Melayu Bumiputera ini telah

menunjukkan dan membuktikan bahawa kawasan yang mundur pada masa dahulu telah

menjadi tarikan orang ramai oleh disebabkan peningkatan dari segi infrastruktur ekonomi

Kampung Melayu Bumiputera . Tambahan pula ,perkembangan sosial juga membolehkan

penduduk setempat hidup dengan selesa di samping dengan kemudahan –kemudahan asas

yang disediakan oleh pihak kerajaan .

Harapan saya semasa menjalakan kajian ini adalah supaya dapat meningkatkan

pengetahuan saya dan masyarakat tentang latar belakang sejarah perkembangan Kampung

Melayu Bumiputera dan perkembangan yang telah berlaku sejak tahun 1879 hingga tahun

2015 .Harapan saya juga agar kajian saya ini dapat dijadikan sebaga rujukan untuk

masyarakat akan datang tentang demografi kependudukan yang tinggal di Kampung Melayu

Bumiputera .

16
NOTA HUJUNG

1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung

2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kampung_di_Alor_Setar

3) https://www.youtube.com/watch?v=7vBIUvulRWI&t=73s

4)Encik Abdul Halim Bin Haji Osman,Orang Sumber 1

5) http://mps.sabah.gov.my/sandakan.htm

6)Encik Abdul Halim Bin Haji Osman , Orang Sumber 1

7) https://www.youtube.com/watch?v=7vBIUvulRWI

8) Puan Dayang ,Sumber Primer 1

9)https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Sri_Tanjung_Papat_2

10) Ustaz Naim , Orang Sumber 2

11) Encik Abdul Halim Bin Haji Osman , Orang Sumber 1

12) Ibid

13) Ibid

14) Ibid

15)Ibid

16)Ibid

17)Ibid

18)Ibid

19)Ibid

17
20) Ibid

21)https://www.utusanborneo.com.my/2019/04/07/kampung-sim-sim-berpotensi-

membangun-sebagai-destinasi-pelancongan

LAMPIRAN

Gambar pengkaji bersama Encik Abdul Halim (Orang Sumber 1)

18
Gambar sumber primer 1

19
Temple Justice Of Pao

Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 2

Klinik ibu dan anak

20
Pusat Internet

Masjid Al Furqan

Restoran Seafood 88

21
Kampung Melayu Bumiputera gambar dari pandangan atas

22

You might also like