You are on page 1of 4

NUR FARHANA BINTI ROSLI

NUR FARAHEIN BINTI MOHAMMED FAROK


NUR AQILAH SYAHIRAH BINTI SHAHUDIN
Galurkan perkembangan perlembagaan di sabah dan Sarawak.

Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menguasai Sabah pada tahun 1881.
Pentadbiran mereka di Sabah dilakukan dengan menggabungkan pentadbiran British dengan
institusi-institusi tempatan dalam pentadbiran awam Sabah. Sementara di Sarawak
pemerintahan Raja Putih pada tahun 1840an adalah bersifat monarki mutlak. Namun
demikian, sistem pemerintahan tradisional juga diteruskan. Selepas berlaku penyerahan
pentadbiran kepada kerajaan British pada tahun 1940an pentadbiran di Sabah dan Sarawak
mengalami perubahan-perubahan sehingga merdeka.
Perubahan Pentadbiran di Sabah, 1881 hingga 1946
Sabah yang ditadbir oleh SBUB merupakan sebuah syarikat awam yang mempunyai
hubungan dengan Kerajaan British melalui Protectorate Arrangement. Struktur
pentadbirannya terdiri daripada Pengerusi, Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah.
Pembesar-pembesar tempatan juga memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.
Gabenor di Sabah dilantik oleh pengarah SBUB dengan persetujuan Kerajaan Inggeris.
Gabenor Sabah yang pertama ialah W.H.Treacher . Gabenor dibantu oleh sebuah Majlis
Penasihat terdiri daripada pegawai-pegawai kanan syarikat seperti Setiausaha Kerajaan,
Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan. Untuk memudahkan pentadbiran Gabenor Sabah
dibahagikan kepada 5 unit pentadbiran yang dikenali sebagai Residensi, antaranya Tawau,
Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman.
Ketua Residensi dipanggil Residen. Setiap residensi dibahagikan kepada 7 daerah
yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Residen bertanggungjawab menjaga keamanan,
mengutip cukai dan perbendaharaan serta keadilan disetiap negeri. Setiap daerah diketuai
oleh seorang Pegawai Daerah berbangsa Eropah dan dibantu oleh Ketua Pegawai Anak
Negeri. Antara tugas-tugas Pegawai Daerah ialah menjalankan tugas-tugas keamanan,
mengendalikan keadilan , mengutip cukai, membahagikan tanah dan menguruskan hal
pertanian. Pada tahun 1915 sebuah Majlis Penasihat Ketua-Ketua anak Negeri ditubuhkan.
Majlis ini berfungsi sebagai orang tengah antara kerajaan dengan rakyat. Tugas lain ialah
menjadi pembantu kanan Pegawai Daerah, menentukan pertanian yang seharuskan dijalankan
dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan masyarakat tempatan. Di Sabah orang-
orang tempatan Islam dan bukan Islam mempunyai ketua-ketua mereka masing-masing.


Ini bermakna SBUB memerintah kaum Bumiputera melalui ketua-ketua mereka
masing-masing. Ketua-ketua ini mentadbir orang-orang tempatan melalui mahkamah-
mahkamah tempatan. Mereka diberi kuasa kehakiman dalam mahkamah-mahkamah tempatan
dan dibenarkan mengadili kes-kes jenayah orang-orang tempatan sahaja. Terdapat juga
pegawai-pegawai anak negeri yang dilantik sebagai Penolong Residen. Walaupun ketua-
ketua Anak Negeri mempunyai kuasa-kuasa tertentu, tetapi kuasa sebenarnya terletak di
tangan Residen dan Pegawai-pegawai Daerah.

Di peringkat kampung Orang Tua dilantik oleh SBUB untuk menjaga pentadbiran
kampung. Antara tugas-tugas Orang Tua ialah menjadi hakim mahkamah peribumi dan
mengadili kes-kes berkaitan dengan warisan dan tanah serta menghadiri Durbar yang
diadakan di Sandakan pada tahun 1887. Majlis Orang Tua merupakan satu badan penting di
bawah SBUB yang merupakan perjumpaan tahunan antara Ketua-ketua Anak Negeri . Majlis
ini merupakan penghubung antara SBUB dengan rakyat. Ahli-ahlinya terdiri daripada
Gabenor, Setiausaha Gabenor, Residen Pantai Barat Sabah, semua ketua tempatan gred 1 dan
sembilan ketua tempatan.
Diwujudkan secara tradisional dalam kalangan penduduk peribumi Sabah. Ia
dikekalkan semasa pentadbiran SBUB. Jawatan ini dikekalkan untuk membolehkan pihak
SBUB mendapat sokongan pemimpin-pemimpin tempatan. Mahkamah ini diketuai oleh
seorang Ketua Anak Negeri yang bertindak sebagai hakim tempatan . Mahkamah ini
megendalikan kes-kes yang berkaitan dengan hukum adat dan syariah. Ia ditubuhkan bagi
menggantikan Majlis Penasihat . Fungsi majlis ini ialah untuk memperoleh pandangan
pelbagai kaum dalam penggubalan undang-undang. Ia dianggotai 7 ahli rasmi dan 4 orang
ahli tidak rasmi. Ahli tidak rasmi diwakili oleh kaum Cina dan kaum peladang di Pantai
Timur dan Pantai Barat.

Perubahan Pentadbiran British di Sabah 1946 hingga 1963
Pada 15 Julai 1946, Sabah diserahkan kepada kerajaan British. Sebab penyerahan ini
disebabkan KBBU tidak mempunyai keupayaan dan sumber kewangan yang mencukupi
untuk mentadbir Sabah semasa Perang Dunia ke-2. Pentadbiran British di Sabah diketuai oleh
seorang Gabenor dengan dibantu sebuah Majlis Penasihat.
Pada Oktober 1950 Perlembagaan baru telah diperkenalkan . Mengikut perlembagaan
ini, Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Negeri. Majlis Eksekutif
mempunyai 9 orang ahli yang bertugas menasihatkan Gabenor atas hal-hal pentadbiran dan
dasar kerajaan yang penting. Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai 22 orang ahli,
sementara 4 orang ahli terdiri daripada penduduk tempatan. Ahli-ahli Majlis adalah dilantik
oleh Gabenor.

Pada tahun 1952 sebuah Majlis Tempatan telah ditubuhkan. Majlis Tempatan yang
pertama diasaskan di Daerah Kota Belud, Sipitang 1955, Papar 1956. Tujuan Majlis
Tempatan ditubuhkan ialah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil
bahagian dalam pentadbiran kawasan masing-masing. Majlis ini bertanggungjawab dalam
hal-hal seperti kewangan, pendidikan,kesihatan,bekalan elektrik serta pertanian dan
penternakan. Majlis Tempatan kemudian diubah kepada Majlis Daerah.

Pentadbiran Sarawak 1841hingga 1946 (10m)
Sarawak adalah di bawah pemerintahan Raja Putih yang mengamalkan pemerintahan
monarki. Pentadbiran beliau telah mengubahsuai sistem Barat dengan menggabungkannya
dengan unsur tempatan. James Brooke mengekalkan jawatan ketua Melayu Sarawak sebagai
penasihat kanan dalam pentadbirannya seperti Dato Patinggi, Dato Temenggung, Dato
Bandar dan Dato Imam. Pembesar-pembesar ini dibenarkan memungut cukai di kawasan
masing-masing tetapi dikehendaki menyerahkan sebahagian daripada hasil yang mereka
pungut itu kepada pentadbiran Brooke.
Pada tahun 1855 James Brooke telah menubuhkan Majlis Tertinggi. Majlis ini
bertujuan membuat dasar pentadbiran Sarawak. Majlis ini memberi peluang kepada pegawai
dan pembesar dari kawasan baru untuk membuat dasar-dasar pentadbiran. Majlis ini
bersidang sebulan sekali dengan James Brooke sebagai presidennya dan anggotanya terdiri
daripada orang Eropah dan orang Melayu. James Brooke telah mengenakan cukai ke atas
barangan yang dibawa dari luar untuk mengatasi masalah kewangan di Sarawak.
Semasa pemerintahan Charles Brooke 1868-1917 beliau meneruskan sistem
pemerintahan tradisional James Brooke masih diteruskan.Terdapat juga perubahan dilakukan
dalam pentadbiran iaitu dengan menubuhkan sebuah Majlis Negeri pada tahun 1865. Majlis
ini dianggotai oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-
pegawai tempatan. Majlis ini boleh meluluskan undang-undang serta membuat dasar
pentadbiran Sarawak, tetapi tidak boleh menggubal undang-undang. Sarawak pula
dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen Eropah
yang dibantu oleh Pegawai Anak Negeri, pegawai rendah dan ketua-ketua suku. Residen
bertanggungjawab dalam pentadbiran umum dan berperanan sebagai Presiden mahkamah. Di
peringkat kampung telah dilantik ketua Melayu dan Cina untuk mentadbir kampung mereka.
Mereka ini bertanggungjawab memelihara keamanan dan memungut cukai.
Pada tahun 1941 Charles Vyner Brooke telah menubuhkan sebuah perlembagaan baru
. Perlembagaan ini menyerahkan kuasa mutlak Charles Vyner Brooke kepada Majlis
Tertinggi dan Majlis Negeri. Majlis Tertinggi akan berfungsi sebagai Majlis Eksekutif
sementara Majlis Negeri sebagai Majlis Tertinggi. Majlis Tertinggi akan mempunyai lima
orang ahli. Manakala Majlis Negeri 25 orang ahli.Raja Brooke melantik sendiri ahli ke dua-
dua majlis tersebut. Sarawak pula dijanjikan kemerdekaan.Perlembagaan Sarawak tidak dapat
dilaksanakan kerana serangan Jepun pada tahun 1941.
Pada 1 Julai 1946, Sarawak menjadi tanah jajahan British. Perlembagaan 1941
dikekalkan selama 10 tahun yang pertama.Pada tahun 1948, Majlis Tempatan ditubuhkan
untuk memberi latihan kepada penduduk peribumi dalam pemerintahan. Majlis ini berkuasa
menguruskan pelajaran, kesihatan, bekalan air dan elektrik, jalan raya dan pungutan
cukai.Pada tahun 1956, perlembagaan baru diluluskan. Pilihan raya tempatan mula
diperkenalkan buat pertama kali pada bulan November 1957 untuk memilih Ahli Majlis
Perbandaran Kuching.
Mengikut perlembagaan 1956, Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri terus wujud untuk
membantu Gabenor Sarawak.Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 10 orang dan Majlis Negeri 44
orang yang terdiri daripada 22 dipilih oleh rakyat secara tidak langsung dari Majlis Daerah ke
Majlis Penasihat Bahagian dan akhirnya ke Majlis Negeri. Pada tahun 1959 pilihanraya
untuk Majlis Tempatan diadakan. Ahli Majlis Daerah memilih wakil-wakil ke Majlis
Bahagian dan mereka pula akan memilih wakil-wakil ke Majlis Mesyuarat Negeri. Pilihan
raya untuk memilih Majlis Tempatan ini terus dikekalkan sehingga Sarawak menyertai
Malaysia.
Perkembangan-perkembangan pentadbiran yang berlaku di Sabah dan Sarawak telah
memberi impak kepada masyarakat tempatan dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
Perubahan politik di Sarawak, umpamanya telah menyebabkan kuasa pembesar-pembesar
peribumi semakin terhakis. Oleh itu ,timbul beberapa pemberontakan seperti peristiwa
penentangan Syarif Masahor, Rentap, Abdul Ghafur, dan Banting. Manakala, di Sabah
berlaku kebangkitan Mat Salleh dan Antanum. Mereka kebanyakannya kehilangan pengaruh
dan kuasa ke atas sumber ekonomi dan politik. Semuanya telah diambil alih oleh pemerintah
Barat yang memperkenalkan undang-undang dan perlembagaan baru. Kuasa diserahkan
kepada golongan pegawai-pegawai yang dilantik oleh kerajaan.

You might also like