You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,
kumpulan penyelidik telah dapat menyelesaikan tugas ini dengan jayanya. Penyelidik ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengetua SMK Sultan Abdul Jalil, iaitu Tuan
Haji Abdul Rahman Bin Mohd Nor atas dorongan dan sokongan yang telah diberikan oleh beliau
kepada kami. Penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu
tingkatan 6A2, iaitu Puan Aliza binti Musa kerana telah banyak meluangkan masa untuk membimbing
kami bagi menghasilkan kajian yang sempurna. Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan sekelas yang turut membantu kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah sama-sama mengembleng tenaga yang
secukupnya untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga hasil penyelidikan ini dapat memberikan
sumbangan kepada pertambahan dokumen kajian dalam Bahasa Melayu, Khususnya dalam bidang
yang berkaitan dengan kajian fonologi.

Mohammad Hafizulkarnain Bin Abas
Mohammad Yazid Bin Jaafar
Siti Nur Aidura Binti Ibrahim
Nur Farhana Binti Rosli






1.0 PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek dalam bahasa
melayu dan dialek Kelantan, serta definisi konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian
ini.
1.1 Latar Belakang
Fonologi ialah bidang mengkaji sistem bunyi bahasa. Fonem ialah unit bahasa yang
diwujudkan bagi memudahkan deskripsi sistem bunyi atau fonologi itu. Manusia dapat
menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut hanya beberapa sahaja
yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu distingtif, fon-fon
dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan demikian kita dapat
mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang hanya berbeza sebutan kerana dihasilkan
pada konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon-fon yang distingtif
itulah yang dikenali sebagai fonem.
Perkataan dialek berasal daripada bahasa Yunani iaitu dialektos iaitu perkataan yang pada
mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek
merupakan salah satu variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek merupakan bentuk tertentu, dituturkan
dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard atau baku dari segi sebutan,
tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertenu. Namun begitu, perbezaannya tidaklah begitu
besar untuk dianggap dan dipisahkan sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya
digunakan dalam situasi tidak formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan penggunaan
bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.
Selain itu, dialek ditakrifkan sebagai variasi bahasa yang berbeza-beza menurut pemakai,
misalnya bahasa dari suatu daerah tertentu, kelompok sosial atau kurun waktu tertentu.
Manakala, Nik Safiah Karim (1981) pula mendefinisikannya sebagai jenis-jenis bahasa yang
ditentukan mengikut wilayah. Sistem politik Malaysia membahagi-bahagikan Negara ini
kepada beberapa negeri membentuk nama bagi setiap dialek, seperti di negeri Kelantan dialek
Melayu dikenali dengan dialek Melayu Kelantan, Kedah dengan dialek Melayu Kedah, dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, antara dialek ini masih terdapat persamaan walaupun tidak
begitu ketara. Salah satu dialek Melayu yang diperlihatkan perkembangan yang tersendiri ialah
dialek yang dituturkan oleh masyarakat Kelantan yang dikenali sebagai dialek Melayu
Kelantan.

1.2 Definisi Konsep
1.2.1 Bahasa Melayu Standard
Bahasa Melayu Standard (BMS) ialah bentuk piawai atau standard bagi bahasa Melayu dan
dianggap sebagai bentuk bahasa yang sudah mengalami proses pembakuan dari segi taraf
dan korpusnya. BMS ialah bahasa yang menjadi kebangsaan, secara makro digunakan
dalam situasi rasmi yang melibatkan institusi kerajaan dan secara mikro dijadikan sebagai
bahasa pengantar pendidikan di Malaysia.

1.2.3 Vokal
Vokal ialah bunyi-bunyi yang bersuara yang ketika menghasilkannya, udara dari paru-
paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang
sekatan atau geseran. Dengan kata lain, voal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara
keluar dari paru-paru berterusan, dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

1.2.4 Dialek Kelantan
Dialek Kelantan ialah satu daripada dialek-dialek Bahasa Melayu dan dituturkan oleh
penutur-penutur yang berasal dan menduduki negeri Kelantan. Dialek Kelantan
mempunyai sifat-sifat yang berbeza dengan beberapa dialek Melayu yang lain, sehingga
ada tanggapan bahawa Dialek Kelantan sebagai satu dialek yang luar biasa dan sukar
untuk difahami oleh penutur yang menggunakan dialek lain (Nik Safiah Karim, 1966).
Hal ini ada kebenarannya kerana terdapat banyak perkataan yang tidak wujud dalam
dialek Melayu lain di Semenanjung Malaysia tetapi ada dalam Dialek Kelantan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
a) mengumpul data tentang sebutan bunyi-bunyi vokal bahasa melayu mengikut sebutan
dialek Negeri Kelantan.
b) membandingkan sebutan sesuatu bunyi vokal mengikut sebutan bahasa melayu baku
dengan sebutan dialek Kelantan berdasarkan kehadirannya dalam suku kata atau perkataan.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini penting untuk
a) memperlihatkan kelainan sebutan vokal antara dialek Kelantan dengan sebutan bahasa
Melayu baku,
b) menambah dokumentasi tentang kajian dialek,
c) dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membetulkan sebutan pelajar yang
bertutur dalam bahasa Melayu secara formal tetapi memperlihatkan pengaruh dialek
Kelantan.

4.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada penyebutan enam bunyi vokal Bahasa Melayu baku dan diftong
mengikut sebutan dialek Kelantan. Sebutan kesemua vokal, iaitu vokal depan, vokal tengah, dan
vokal belakang akan dikaji.

5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya berdasarkan sebutan informan yang berasal dari Kota Bahru. Oleh itu, sebutan itu
tidak menggambarkan cara sebutan seluruh penutur dialek Kelantan yang pada hakikatnya
berbeza-beza mengikut daerah permastautinan. Informan juga terdiri daripada golongan yang
berpendidikan. Oleh itu, sebutan yang setulen sebutan penutur jati dialek Kelantan yang tidak
terdedah kepada bahasa baku atau dialek yang lain, tidak dapat ditunjukkan oleh kajian ini kerana
informan telah terdedah kepada sebutan baku dan juga dialek lain.

6.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah
pemprosesan/ penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.

6.1 Mendapatkan Data
6.1.1 Kaedah Lapangan
Kaedah ini dibuat dengan menggunakan kaedah lapangan, iaitu penyelidik
mendapatkan data primer daripada informan yang berasal dari Kelantan. Informan
diminta menyebut beberapa perkataan yang penyelidik senaraikan, iaitu yang
mengandungi vokal-vokal dan diftong yang berbeza, dan sebutan itu mengikut dialek
mereka. Mereka juga diminta berbual dalam dialek Kelantan. Penyelidik merakam
sebutan dan juga perbualan itu.
6.1.2 Kajian Keperpustakaan
Kajian ini bermula dengan kerja pengumpulan maklumat melalui kajian ke
perpustakaan, iaitu bermula dengan proses membaca bahan bertulis seperti buku
tulisan ilmiah, jurnal dan bahan bertulis yang lain yang terdapat di perpustakaan.
Pembacaan ini merupakan cara untuk mandapatkan idea asa tentang kajian yang
bakal dijalankan dan maklumat tentang fonologi.




6.1.3 Kajian Di Laman Sesawang
Kajian perpustakaan secara maya dengan menggunakan laman sesawang yang
berkaitan juga dilakukan untuk meninjau buku tulisan ilmiah dan bahan tulisan yang
lain. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh maklumat ialah Google.com,
Yahoo.com dan laman sesawang yang lain yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman
sesawang juga dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat awal yang
berkaitan sesuatu buku rujukan yang terdapat di pasaran.
6.2 Mengumpul Data
Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik mencatatkan sebutan perkataan
yang mengandungi vokal-vokal tersebut dalam bentuk ejaan Rumi dan dalam transkripsi
fonetik.
6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data
6.4.1 Vokal
Data yang diperolehi itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada sebutan semua vokal
dalam Bahasa Melayu, iaitu vokal [i], [e], [a], [], [u], dan [o]. Huraian tentang vokal tersebut
dan cara penghasilannya adalah seperti yang berikut.






Rajah 1: Carta vokal Bahasa Melayu
Depan Tengah
Belakang
Sempit [u] Sempit [i]
Separuh sempit [o]
Separuh luas []
Separuh sempit [e]
Separuh luas []

Luas [a]
Rajah di atas menunjukkan keratin rentas lidah. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian
sepan lidah manakala yang di sebelah kanan ialah belakang lidah. Bahagian yang bergaris
horizontal menunjukkan ketinggian lidah diangkat dan bukaan antara rahang.

7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini diperlihatkan sebuah perkataan yang menjadi data kajian mengikut sebutan
baku dan sebutan dialek Kelantan.

Rajah 2: Keadaan bibir dan alat pertuturan sewaktu menghasilkan pertuturan








7.1 Vokal depan sempit [i]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah kea rah lelangit keras tetapi tidaklah
sampai menyentuhnya. Idara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut
tanpa sekatan. Bukaan rahang adalah sempit manakala keadaan bibir terhampar.
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
ikan ikan ik
tidur tidur tid
itik itik itik
nasi nasi nasi
beri bri bui
sakit sakit sak
kaki kaki kaki
punai punai punah
pintu pintu pitu
bila bila bil
* Penutur dialek Kelantan menyebut beri sebagai bui
Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa sebutan vokal [i] pada awal suku kata dalam dialek
Kelantan adalah sama dengan sebutan Bahasa Melayu Standard.
Bagi sebutan perkataan ikan dalam dialek Kelantan, ialah [ik], terdapat perubahan pada suku kata
akhir iaitu huruf [a] ditukarkan kepada [], manakala huruf [n[ digugurkan. Terdapat perubahan pada
suku kata akhir dalam perkataan tidur, iaitu vokal [u] disebut sebagai [] dan huruf [r] di belakang
digugurkan. Manakala bagi sebutan perkataan bila, berlaku perubahan pada suku kata akhir dimana
vokal [a] disebut sebagai []. Bagi sebutan perkataan beri, dalam suku kata awal, vokal [e] disebut
sebagai [u] dan dalam suku kata akhir pula, huruf [r] diguguran. Bagi sebutan perkataan itik pula, tiada
perubahan yang berlaku.


7.2 Vokal depan separuh sempit [e]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit keras tetapi tidak
setinggi semasa menghasilkan bunyi [i]. udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak
dan rongga mulut tanpa sekatan. Buka rahang lebih luas berbanding dengan semasa
menghasilkan bunyi [i] manakala keadaan bibir terhampar.
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
petak peta pt
mereka mereka mk
tauge tauge t
sate sate Sate
enak ena sda
elok elo Elok
tengok teo Tengok
tembok tembo Tembok
meja meja tksi
beca beca mj
* Penutur dialek Kelantan menyebut beca sebagai teksi
Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa sebutan perkataan tauge dalam dialek
Kelantan ialah [t]. Terdapat penguguran pada suku kata awal, iaitu vokal [a] dan [u]
digugurkan dan digantikan dengan vokal [o]. Manakala dalam suku kata akhir pula,
terdapat penamahan huruf [h] di sebelah huruf [g]. Bagi sebutan perkataan petak pula,
berlaku penambahan pada suku kata akhir, iaitu vokal [a] disebut sebagai []. Seterusnya,
sebutan perkataan meja dalam dialek Kelantan ialah [mj]. Berlaku penambahan pada
suku kata akhir, iaitu vokal [a] disebut sebagai []. Walaubagaimanapun, bagi sebutan
perkataan tembok, tiada penambahan yang berlaku.

7.3 Vokal depan luas [a]
Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Udara dari
paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang
lebih luas daripada semasa menghasilkan bunyi [] manakala keadaan bibir antara bundar
dan terhampar.
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
atur atur atr
pagi pagi pagi
api api api
paya paya pay
talam talam tal
bapa bapa p
bata bata bata
malu malu malu
bantal bantal bata
kita kita r
*Penutur dialek Kelantan menyebut kita sebagai r.
Berdasarkan dialong di atas apat dilihat bahawa sebutan perkataan paya dalam dialek
Kelantan terdapat berubahan dalam suku kata akhir iaitu vokal [a] disebut sebagai [].
Manakala sebutan perkataan talam berlaku perubahan pada suku kata akhir iaitu vokal [a]
disebut sebagai [] dan huruf [m] digugurkan. Seterusnya dalam sebutan perkataan bapa
terdapat perubahan pada suku kata awal iaitu huruf [b] dan vokal [a] digugurkan dan
dalam suku kata akhir vokal [a] disebut sebagai [] dan berlaku penambahan [k] di
belakangnya. Akhir sekali, dalam sebutan perkataan bagi tiada perubahan berlaku.



7.4 Vokal tengah []
Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan bahagian tengah lidah di antara kedudukan untuk
menghasilkan vokal separuh luas dan separuh sempit. Udara dari paru-paru keluar tanpa
sekatan, manakala keadaan bibir neutral.
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
sedar sdar Sedar
tegur tgur Tegur
lemak lmak lm
lemau lmau lma
lembab lmbab lmba
peta pta pt
besi bsi Besi
cepat cpat cpa
emak ma m
belum blum blm

Berdasarkan jadula di atas, dapat dilihat bahawa sebutan perkataan lemau dalam diale
Kelantan ialah [lma]. Terdapat pengguguran vokal pada suku kata akhir. Selepas itu, bagi
sebutan perkataan peta, berlaku perubahan pada suku kata akhir iaitu vokal [a] disebut
sebagai []. Manakala bagi sebutan perkataan cepat, terdapat perubahan pada suku kata
akhir. Huruf [t] ditukar kepada huruf [k] yang disebut sebagai glotis []. Bagi sebutan
perkataan emak pula, dalam suku kata awal, vokal [e] digugurkan, manakala dalam suku
kata akhir pula, vokal [a] disebut sebagai [o]. walau bagaimanapun tiada perubahan yang
berlaku bagi perkataan tegur.



7.5 Vokal belakang sempit [u]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah kea rah lelangit lembut tetapi tidak
sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan rongga tekak
tanpa sekatan. Keadaan bibir bundar, manakala rahang terbuka sedikit.
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
ular ular Ula
luka mulut luk
mulut luka mulu
duka duka duk
buta buta but
rumput rumput Ruput
baru baru bau
situ situ Sittu
basuh basuh bash
pulau pulau Pula

Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa sebutan perkataan ular dalam dialek
Kelantan, terdapat berubahan dalam suku kata akhir iaitu huruf [r] di belakang digugurkan.
Selepas itu, bagi sebutan perkataan luka pula, berlaku perubahan dalam suku kata akhir
iaitu vokal [a] disebut sebagai []. Manakala, sebutan perkataan mulut pula berlaku
perubahan dalam suku kata akhir iaitu huruf [t] ditukar kepada huruf [k] dan disebut
sebagai glotis []. Bagi sebutan perkataan basuh, dalam suku kata akhir berlaku perubahan
iaitu vokal [u] disebut sebagai []. Manakala, bagi sebutan perkataan pulau pula, terdapat
berubahan dalam suku kata akhir iaitu vokal [u] dibelakang digugurkan.




7.6 Vokal belakang separuh sempit [o]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidak
setinggi semasa menghasilkan vokal [u]. udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut
dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir bundar, manakala rahang terbuka sedikit.
Penyebutannya:









*Penutur dialek Kelantan menyebut kotor sebagai cemar dan teko sebagai __
Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa sebutan perkataan bongkar dalam dialek
Kelantan terdapat penguguran pada suku kata awal iaitu huruf [n] dan huruf [g]
digugurkan. Manakala dalam sebutan perkataan tolong terdapat perubahan pada suku kata
akhir iaitu huruf [n] dan huruf [g] digugurkan. Seterusnya, dalam sebutan perkataan esok
tiada perubahan yang berlaku.



Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
ombak omba mb
orang ora o
polis polis plh
kotor kotor cmar
teko teko kndi, ja, cr
tolong tolo tl
boleh boleh bulh
esok eso Esok
bongkar bokar bkar
tongkang
toka
tngk
RUMUSAN KAJIAN
Rumusannya, dapat dibuktikan bahawa wujud persamaan dan perbezaan penyebutan vokal-vokal
Bahasa Melayu mengikut sebutan baku dan sebutan dialek Kelantan. Perbezaan ini melibatkan vokal-
vokal [i], [e], [a], [], [u], dan [o] dalam kedudukan yang berbeza seperti vokal i ialah [ik], terdapat
perubahan pada suku kata akhir iaitu huruf [a] ditukarkan kepada []. Bagi sebutan perkataan itik pula,
tiada perubahan yang berlaku. Vokal [e] perkataan tauge dalam dialek Kelantan ialah [t]. Terdapat
penguguran pada suku kata awal, iaitu vokal [a] dan [u] digugurkan dan digantikan dengan vokal [o].
Sebutan perkataan tembok, tiada penambahan yang berlaku. Vokal [a] sebutan perkataan paya dalam
dialek Kelantan terdapat berubahan dalam suku kata akhir iaitu vokal [a] disebut sebagai []. Akhir
sekali, Dalam sebutan perkataan bagi tiada perubahan berlaku. Vokal tengah [] perkataan peta,
berlaku perubahan pada suku kata akhir iaitu vokal [a] disebut sebagai []. Tiada perubahan yang
berlaku bagi perkataan tegur. Vokal belakang sempit [u] sebutan perkataan ular dalam dialek Kelantan,
terdapat berubahan dalam suku kata akhir iaitu huruf [r] di belakang digugurkan. Vokal belakang
separuh sempit [o] perkataan bongkar terdapat penguguran pada suku kata awal iaitu huruf [n] dan
huruf [g] digugurkan. Sebutan perkataan esok tiada perubahan yang berlaku. Ternyata bahawa terdapat
keseluruhan perubahan bunyi vokal dalam dialek Negeri Kelantan.

8.0 PENUTUP
Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Kelantan merupakan
suatu variasi Bahasa yang unik. Sebenarnya, setiap dialek mempunyai ciri keunikannya yang
tersendiri dan dialek merupakan satu disiplin Bahasa yang menarik untuk dikaji. Pelbagai kajian
perlu dijalankan, misalnya dalam aspek penyebutan diftong dan konsonan-konsonan tertentu,
bukan sahaja dalam dialek Kelantan, tetapi juga dalam dialek-dialek lain. Penyelidik berharap agar
kajian yang seperti ini akan diteruskan.



BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan, 2007. Linguistik Am. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar, 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, 2006. Fonetik dan Fonologi. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, 2012. Fonetik dan Fonologi. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

You might also like