You are on page 1of 5

SULIT*

Nama:………………………………..…………………………… Kelas:…………………........

JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
900/2
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
STPM 2021
PENGAJIAN AM
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
KERTAS 2
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH
JPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAHJPNKEDAH

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI STPM


SEMESTER 2

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(Malaysia Higher School Certificate)

1 Jam 30 Minit Untuk kegunaan pemeriksa


Bahagian A
Arahan kepada calon:

1
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. 2
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tulis jawapan pada ruangan 3
yang telah disediakan.
4
Jawab satu soalan dalam Bahagian B. Lukis jawapan pada kertas
graf. Anda boleh menjawab semua soalan, tetapi hanya jawapan pertama Bahagian B
yang akan diperiksa. 5
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab 6
semua soalan, tetapi hanya jawapan pertama yang akan diperiksa.
Bahagian C
Tulis jawapan anda pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan
7
setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan.
8
Susun jawapan mengikut tertib berangka dan ikat helaian jawapan anda.
Jumlah

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

Gerak Gempur STPM 2021 – 900/2/SET 3 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
2
SULIT*
Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.

1 Nyatakan tiga langkah yang boleh diambil bagi mengatasi konflik antara agama. [3]
(a) ___________________________________________________________________________
(b) ___________________________________________________________________________
(c) ___________________________________________________________________________

2 Kemukakan empat langkah kerajaan untuk meningkatkan pencapaian sains dan teknologi bagi
membina negara maju dan sejahtera. [4]
(a) ___________________________________________________________________________
(b) ___________________________________________________________________________
(c) ___________________________________________________________________________
(d) ___________________________________________________________________________

3 Nyatakan empat sebab Rukun Negara semakin diabaikan oleh golongan muda kini. [4]

(a) ___________________________________________________________________________
(b) ___________________________________________________________________________
(c) ___________________________________________________________________________
(d) ___________________________________________________________________________

4 Nyatakan empat teras Dasar Pembangunan Luar Bandar. [4]


(a) ___________________________________________________________________________
(b) ___________________________________________________________________________
(c) ___________________________________________________________________________
(d) ___________________________________________________________________________

Gerak Gempur STPM 2021 – 900/2/SET 3 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3
SULIT*
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata mengikut pekerjaan dan
kumpulan etnik di bandar dan di luar bandar pada tahun 2019.

Menurut laporan The Institute of Chartered Accountants di England dan Wales (ICAEW) mengenai
prospek ekonomi di Asia Tenggara, perbelanjaan isi rumah akan terus menjadi pemacu utama
pertumbuhan ekonomi Malaysia sehingga 2019, walaupun perbelanjaan awam adalah sederhana.

Pada 2019, jumlah perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata mengikut pekerjaan
profesional di bandar pada tahun 2019 bagi etnik Bumiputera ialah RM6664, bagi etnik Cina pula adalah
paling tinggi, iaitu RM7538, etnik India mencatatkan RM7097, manakala etnik lain pula sebanyak RM6401.
Jumlah perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata mengikut pekerjaan profesional di luar bandar
pada tahun 2019 bagi etnik Cina ialah RM5650, etnik Bumiputera sebanyak RM5031, etnik India sebanyak
RM3843, manakala etnik lain pula mencatatkan RM3605.

Jumlah perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata mengikut pekerjaan juruteknik dan
profesional bersekutu di bandar pada tahun 2019 bagi etnik Bumiputera ialah RM4801, kurang RM1330
berbanding dengan etnik Cina, manakala bagi etnik India dan etnik lain masing-masing menunjukkan
jumlah perbelanjaan sebanyak RM5352 dan RM3857. Bagi pekerjaan yang sama di luar bandar, etnik
Bumiputera menunjukkan jumlah perbelanjaan penggunaan isi rumah sebanyak RM3829, RM5035 bagi
etnik India, RM3155 bagi etnik lain dan bagi etnik Cina pula kurang sebanyak RM1308 berbanding dengan
kawasan bandar.

Kategori pekerjaan pekerja sokongan dan perkeranian di bandar juga seperti kumpulan pekerjaan
yang lain menunjukkan jumlah perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata lebih tinggi berbanding
dengan luar bandar bagi semua etnik, iaitu masing-masing mencatatkan jumlah perbelanjaan isi rumah
sebanyak RM4321 bagi etnik Bumiputera sedangkan di luar bandar sebanyak RM3492, RM4873 bagi etnik
Cina manakala di luar bandar sebanyak RM3215, RM4253 bagi etnik India di bandar namun di luar bandar
sebanyak RM3055, dan RM2994 bagi etnik lain di bandar, berbanding dengan RM2640 di luar bandar.

Jumlah perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata mengikut pekerjaan pekerja
kemahiran dan pertukangan bagi etnik Bumiputera di bandar ialah RM3316 dan RM2950 di luar bandar.
Bagi etnik Cina, sebanyak RM4505 di bandar dan RM3702 di luar bandar. Etnik India pula menunjukkan
perbelanjaan sebanyak RM3797 di bandar dan RM3385 di luar bandar. Akhir sekali, etnik lain mencatatkan
perbelanjaan sebanyak RM2582 di bandar berbanding dengan RM2448 di luar bandar.

Kini, corak perbelanjaan isi rumah di seluruh negara secara tidak langsung terkesan akibat Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak Mac 2020 bagi mengekang penularan COVID-19.

(Disesuaikan daripada Unit Perancangan Ekonomi,


Jabatan Perdana Menteri, 2020)

Gerak Gempur STPM 2021 – 900/2/SET 3 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4
SULIT*
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah kanak-kanak di Tabika Perpaduan mengikut kaum dan negeri-negeri terpilih
pada suku ketiga tahun 2019.

Tabika Perpaduan diwujudkan di bandar dan di pinggir bandar, khususnya di kawasan yang
mempunyai Rukun Tetangga. Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-
kanak yang berumur 4-6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup
bermasyarakat dan sebagai persediaan ke alam persekolahan.

Pada suku ketiga tahun 2019, jumlah kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal di Tabika
Perpaduan adalah seramai 18 868 orang. Kanak-kanak Melayu paling ramai, iaitu sebanyak 13 433 orang.
Kanak-kanak dari kaum Cina paling sedikit, iaitu sebanyak 652 orang sahaja. Kanak-kanak India pula lebih
sebanyak 949 orang berbanding dengan kanak-kanak Cina, manakala kanak-kanak dari kaum-kaum lain
adalah seramai 3 182 orang.

Bilangan kanak-kanak Tabika Perpaduan di negeri-negeri pula menunjukkan negeri Selangor


mencatat bilangan yang kedua paling ramai, iaitu 22.74% daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak.
Bilangan ini melebihi negeri Perak sebanyak 1 052 orang. Bilangan kanak-kanak di Tabika Perpaduan di
Kedah pula seramai 2 493 orang, iaitu kurang 1 989 orang berbanding dengan kanak-kanak di Johor.
Negeri Sabah dan Sarawak pula masing-masing mencatatkan seramai 2 456 orang dan 1 909 orang.

Tabika Perpaduan yang dilaksanakan secara sistematik membolehkan kanak-kanak berbilang


kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat serta melahirkan generasi yang memahami adat dan
budaya pelbagai kaum di Malaysia.

(Disesuaikan daripada Buku Maklumat Perpaduan, Jan-Sept 2019, Jabatan


Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional)

Gerak Gempur STPM 2021 – 900/2/SET 3 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5
SULIT*
Bahagian C [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja. Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. Calon
hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang dihasilkan.

7 Kakitangan awam dan pekerja swasta menghadapi pelbagai cabaran dalam pelaksanaan Amalan
Bekerja Dari Rumah (BDR) yang sudah menjadi norma baharu ketika pandemik COVID-19
melanda negara kini. Jelaskan [25]

8 Politik wang mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada negara. Bincangkan. [25]

Gerak Gempur STPM 2021 – 900/2/SET 3 [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like