You are on page 1of 12

BACHELOR (HONS) ACCOUNTING

SEM 5 (JAN-APRIL) / 2021

BBMK 2103

PRINCIPLES OF MARKETING

MATRICULATION NO : 980129025812001

IDENTITY CARD NO. : 980129-02-5812

TELEPHONE NO. : 010-2398988

E-MAIL : iqaahishamudin98@gmail.com

LEARNING CENTRE : OUM SEBERANG JAYA


Q1

Perniagaan e-dagang yang terkemuka di Maaysia yang menjadi kebanggaan negara


dan tidak sing lagi iaitu Fashionvalet, iaitu sebuah laman sesawang yang menawarkan beratus
pilihan pakai dan fesyen dari jenama tempatan dan luar negara yang dibangunkan oleh
sepadang suami isteri iaitu Dato’ Fadza dan Datin Vivy Yusof. Malah mereka telah
mengembangkan sayap mereka dengan mengeluarkan produk mereka sendiri iaitu Duck yang
menawarkan tudung dan juga kelengkapan wanita yang premium (Suzi, 2020). Menurut
Vivy, konsep e-dagang di Malaysia yang masih belum terkenal dan penggunaan yang tidak
luas, bukan sahaja mengurangkan kemudahan penggunan malah memnyebakan kesusahan
kepada para konsumer, malah menyebabkan aktiviti pemasaran para peniaga kepada orang
ramai terbatas. Jadi Vivy dan Fadza mengambil peluang untuk mengisi peluang keemasan
tersebut untuk mewujudkan budaya dan kemudahan baru di negara Malaysia (Affandi, 2018).

Memandangkan ianya merupakan sebuah perkara ynag baharu di negara, maka ianya
bukanlah permulaan yang mudah untuk dibangunkan, apatah lagi ianya merupakan industri
yang belum tentu hala tujunya di negara kita sama ada mendapat sambutan mahupun tidak.
Tambahan pula antara cabaran terbesar yang dilalui oleh pasangan ini adalah memulakan
perniagaan dari modal yang kecil hasil dari simpanannya sendiri, namun dengan dedikasi di
daam diri psanagan ini, mereka mamu berdiri dengan teguh sebaris dengan syarikat-syarikat
antarabangsa di luar sana (Affandi, 2018). Pada tahun 2012, pasangan usahawan ini mencuba
nasib mereka bagi menambahakan danan untuk syarikat mereka dengan menyertai rancangan
relaiti musim kedua yang dikenali sebagai, “MYEG Make the Pitch” yang memberi ruang
kepada para peserta untuk membentangkan idea perniagaan mereka kepada panel juri yang
terdiri daripada pelabur-pelabur ternama negara. Mereka telah menerima pelaburan sebanyak
RM1 juta atau 30 peratus saham syarikat dari MyEG Services apabila mereka telah
dinobatkan sebagai juara bagi musim kedua yang membantu mereka dalam mengembangkan
lagi perniagaan mereka (Suzi, 2020).

FashionValet akhirnya semakin gah berdiri di persada mata dunia apabila mereka
akhrinya berjaya mendapatkan dana pelaburan daripada perbadan yang terkenal dari luar
negara iaitu Elixir Capital di Silicon Valley dari California menjadikan FashionValet salah
satu syarikat daripada Malaysia yang berjaya mendapat dana daripada bandar teknologi
tersebut. Setelah itu, syarikat Start Today Co Ltd daripada Jepun juga menawarkan dana
pembiayaan yang bernilai ‘multi-juta dolar’ kepada FashionValet melalui pemilik talian
membeli belah fesyen terkemuka yang dikenali sebagai ZOZOTOWN (Ithnin, 2020).

Antara keunikan fashionvalet yang diwujudkan adalah mereka menawarkan pelbagai


produk di bawah satu bumbung. Antaranya ialah pakaian wanita dan muslimah, pakaian
kanak-kanak, aksesori, produk kecantikan serta kasut serta alat solek premium, selain dari
mengembangkan pemilihan jenama yang bermula dengan 10 jenama pada awalnya dan kini
FV sudah memperoleh lebih 300 jenama bukan sahaja dari tempatan Malaysia, malah ada
juga produk yang diimport dari Singapura, Indonesia dan Thailand. Mereka juga tidak hanya
tertumpu kepada pemasaran di Semenanjung Malaysia sahaja, kini pelanggan mereka terdiri
dari pelbagai negara dari pelusuk dunia seperti Indonesia, Brunei, Australia dan United
Kingdom dan sentiasa mencari pasaran baru (Mustaza, 2020).

Permulaan kedai fesyen dalam talian yang diwujudkan oleh fashionvalet ini
memberikan rakyat peluang serta memudahkan pengguna untuk pembelian dalam talian oleh
itu, Vivy dengan sendirinya, mengambil risiko yang besar dalam industri dengan membuka
FashionValet yang merupakan perkara yang sangat baru kepada rakyat Malaysia (Suzi,
2020). Dia juga sentiasa pergi ke luar negara untuk memperluaskan perniagaannya. Seperti
permulaan perniagaan-perniagaan yang lain, mereka juga telah gagal serta mengalami
kerugian kecil selama tiga tahun, namun FashionValet kini telah berkembang dengan pesat
sehingga ke hari ini sehingga mereka berjaya membuka sebuah butik di luar talian di
Singapura (Affandi, 2018).

Q2

Hasil dari penyelidikan global yang dilakukan oleh McCann Worldgroup, sesebuah
perniagaan memerlukan anjakan yang baru terutama daripada segi pemikiran terhadap model
perniagaan dan penamaan semulama terhadap nilai jenama untuk terus berdaya saing dalam
dunia media sosial. Berdasarkan kajian yang bertajuk, ‘The Truths About Social’ yang mana
telah dijalankan di 19 buah negara dan disertai lebih daripada 30 kumpulan era 12,000
respons secara dalam talian telah mendedahkan pandangan tentang semua yang berkaitan
dengan dunia sosial termasuk melalui jaringan, sosial, bukti dan perniagaan sosial (Hizam,
2015). Pengarah Kumpulan Perancangan Penjenamaan dan Inovasi McCann Worldgroup
Malaysia, Dr Milan Agnihotri menyatakan kebanyakkan pengguna memilih untuk
menggunakan peranti media sosial untuk berinteraksi dengan jenama serta bagi memperoleh
khidmat pelanggan yang lebih baik dan efektif. Perdagangan elektronik yang dikenali sebagai
e-dagang (Electronic Commerce) adalah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan
kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih (Mustaza, 2020).

Aplikasi media sosial seperti facebook, blog, Instagram dan lain-lain boleh menjadi
salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan
perkhidmatan secara atas talianatau membina nama di sebuah platform atau dikenali sebagai
‘fan- based’ dalam dua cara antaranya denga memasarkan serta menjual barangan mahupun
perkhidmatan serta menerima sebarang pembayaran elektronik yang lebih memudahkan
proses dalam talian (Rashid, 2015). Seterusnya adalah bagi mewujudkan rangkaian korporat
persendirian yang dikenali sebagai Intranet yang juga membantu serta membolehkan
pengguna untuk membuat pembelian barangan di rumah atau tempat perniagaan. Sebagai
contoh, tokoh usahawan muda ternama iaitu Vivy Yusof, Beliau pada mulanya merupakan
seorang blogger ketika berliau masih lagi seorang pelajar, dari situ Beliau mampu membina
peminat serta pengaruh bagi mewujudkan satu rangkaian pelanggan yang berkemungkinan
akan mengikut pemasaran beliau. Setelah berjaya membina empayar melalui kemudahan
teknologi seperti syarikat e-dagang seperti fashionvalet, beliau masih terus aktif dalam media
sosial peribadinya seperti di Instagram dan Youtube untuk mengikuti seta memenuhi
permintaan peminat serta pelanggan yang sentiasa mengikuti perkembangan beliau, dan
melalui Teknik ini juga, secara tidak langsung, rangkaian peminat dan pelanggan akan terus
aktif mengikuti perkembangan pemasaran beliau yang bersahaja melalui media sosial
peribadinya.

Kebanyakan syarikat juga memilih untuk menggunakan perisian komputer dan


internet bagi meluaskan perniagaan mereka di pasaran srta untuk meluaskan pemasaran dari
tempatan ke pasaran nasional serta global. Dengan wujudnya teknologi dan kemudahan e-
dagang, sesebuah syarikat mahupun seseorang individu itu mampu melakukan sebarang
pembelian dimana sahaja selagi mempunyai sambungan internet dan dalam rangakain yang
baik (Malaysia Journal of Media Studies, 2011). Dan kini teknologi internet telah digunakan
secara meluasdi pelusuk dunia terutamanya di negara-negara barat serta ianya disokong kuat
oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar pemasaran sebagai satu keperluan dalam sektor
perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan pada masa kini.
Statistik dalam penggunaan internet di Malaysia turut mengalami peningkatan yang
memberangsangkan. Penggunaan internet pada masa kini sudah menjadi keperluan serta rutin
seharian. Berdasarkan Pendapat saya ia merupakan satu perkembangan yang menjanjikan
dalam usaha menjadikan rakyat Malaysia semakin celik pada IT (Hizam, 2015). Persekitaran
masa kini tidak sama lagi dengan persekitaran masa kini, sebagai contoh bagi masyarakat
yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman, mereka tidak perlu lagi bersusah payah
bergerak ke bandar semata untuk mendapatkan kemudahan internet oleh kerana pada masa
kini ianya boleh didapati di kawasan kampung mahupun pedalaman hasil dari kemajuan serta
pembangunan jaringan internet pada masa kini yang lebih meluas (Rashid, 2015).

Selain itu penggunaan serta kemajuan telefon pintar pada abad ini yang dilengkapi
dengan kemudahan jaringan internet turut memudahkan para pengguna untuk mengakses
internet di mana mana sahaja tanpa mengira masa dan keberadaan mereka. Penggunaan
media sosial seperti facebook dapat menyimpan data para pengguna yang memudahkan
aktiviti pemasaran dijalankan dengan lebih efektif. Boleh dikatakan apa sahaja data yang
diperlukan untuk perniagaan terutama sekali pemasaran, semuanya boleh diperolehi dengan
mudah melalui media sosial (Hizam, 2015).  Selain itu, media sosial juga membantu untuk
memberikan maklumat dan datat yang sentiasa diperbaharui, kerana media sosial sering
mengeluarkan notifikasi untuk memastikan para pengguna untuk sentiasa mengemaskini
akaun Pendaftaran mereka seperti tempat tinggal, hobi, minat dan sebagainya.

Secara rumusnya, penguna media sosial di Malaysia kini menunjukkan pola


peningkatan yang baik dan positif dari tahun ke tahun dan ianya menggambarkan budaya
penggunaan aplikasi media sosial pada masa kini adalah semakin tinggi mengikut peredaran
teknologi semasa dan ianya telah menjadi sebagai aset dalam dunia industri perniagaan yang
memudahakan aktiviti pemasaran berlaku tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi untuk
tujuan pemasaran (Malaysia Journal of Media Studies, 2011). Kini, media sosial juga turut
digunakan sebagai salah satu strategi yang terbukti berkesan dan efektif untuk pemasaran
terutamanya dalam industri fesyen yang juga turut menawarkan peluang untuk memperoleh
serta mempelajari pelbagai jenis pemahaman, pandangan, pilihan, untuk dijadikan sebagai
salah satu sumber aspirasi serta dapat mendekati para pelanggan tanpa kelihatan terlalu
memaksa mengganggu aktiviti seharian para pelanggan dari jarak jauh (Mustaza, 2020).
Media sosial dan kemudahan internet juga turut menyediakan mekanisme perniagaan
terutama sekali dalam industri fesyen serta membantu untuk mendapatkan maklumat serta
maklum balas yang lebih mudah dan pantas daripada para pelanggan secara dalam talian
tanpa perlu bersua muka. Ianya turut membantu dalam penggunaan untuk membangunkan
dan meningkatkan profil perniagaan ke pasaran luar, reputasi serta menambah jumlah kualiti
pengikut, peminat, pelanggan serta rakan-rakan kongsi perniagaan. Selain itu, para
pelanggan, pengikut mahupun peminat, mereka menggunakan media sosial untuk
memudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu jenama fesyen atau
mengikut sebarang perubahan dan pembaharuan dalm bidang fesyen yang mungkin berlaku
secara dramatic dengan lebih mudah dari pelusuk dunia (Ithnin, 2020). Oleh demikian, media
sosial juga memudahkan para pembeli untuk menilai karya-karya pereka fesyen secara dari
alam maya, selain media sosial turut memberikan peluang serta ruang untuk mengukur dan
menganalisis sejauh mana kekuatan jenama fesyen atau produk daripada pelbagai kategori
untuk memenuhi permintaan dan kehendak pasaran sama ada dari tempatan mahupun global.
Secara amnya, kemudahan serta kemajuan teknologi dan interet dan juga media sosial
membantu menyediakan kaedah pemasaran fesyen global yang menunjukkan hasil kos efektif
dan juga mudah untuk dikawal dipasarkan terutama sekali turut membantu perniagaan bagi
jenama serta perniagaan fesyen yang kecil mahupun yang baru mula untuk beroperasi (Ithnin,
2020).

Akhir sekali, secara tegasnya, dapat disimpulkan pemasaran yang dilakukan melalui
media sosial serta kemudahan teknologi internet di dalam industri fesyen juga perlu ada
integriti dan jujur terhadap pelanggan walaupun berurusan hanya dari alam maya, bagi
menjamin kekuatan dan keuntungan perniagaan pada masa yang panjang. Contohnya seperti,
ikon fesyen serta usahawan muda yang berjaya seperti Vivy Yusof turut mengambil
pendekatan dengan menghargai setiap rekaan yang dikeluarkan oleh pereka tempatan. Vivy
Yusof, turut menjadikan dirinya sebagai bahan kajian dalam menggayakan rekaan dari pereka
tempatan, dan hampir setiap hari, beliau bergaya dengan hasil rekaan tempatan dan memuat
turun melalui laman instagram miliknya sebagai salah satu cara pemasaran yang lebih dekat
dengan pengikut, pelanggan serta peminatnya yang sentiasa mengikuti pergerakan seharian
belia di laman media sosial peribadiya Beliau juga percaya, rekaan dari pereka tempatan juga
mampu berdiri dengan gah setanding dengan rekaan antarabangsa. Oleh sebab itu, jenama
antarabangsa kini bukan lagi pilihan utama beliau dalam menggayakan busan yang dikongsi
di laman media sosial beliau, dan ianya juga memberi kesan positif dari hari ke hari
sepanjang kewujudan FashionValet di dalam industri.

Q3

Strategi pemasaran adalah sangat penting dalam memastikan produk mahupun servis
yang ditaarkan dikenali dan disampaikan kepada pelanggan atau dikenali dalam pasaran.
Terdapat beberapa strategi pemasaran yang mampu memberikan kesan yang baik serta
menjamin kos yang berkemampuan iaitu strategi pemasaran mudah alih dan penggunaan
media sosial dalam pemasaran.

 Laman Web Mesra Pengguna


Pada masa kini, seperti yang diketahui, kebanyakan orang menghabiskan masa mereka pada
telefon bimbit. Selain itu, kebnayakn orang juag kininterikat dengan alam maya terutama
sekali ketika mereka melayari internet di lama web mahupun mengemaskini pengetahuan
berita terbaharu dari dunia global. Oleh itu, kempen mewujudkan laman web yang mesra
pengguna untuk setiap lapisan kepada setiapa syarikat adalah satu kemestian di dalam
sesebuah syarikat di samping dapat meningkat prestasi serta menarik perhatian dan minat dari
pengguna akan kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna

 Pengiklanan Dalam Aplikasi Mudah Alih

Seperti kebiasaan, kebanyakan aplikasi zaman sekarang dikelilingi dengan pesanan atau iklan
dari penaja. Memandangkan kebanyakan orang pada masa kini banyak menghabiskan masa
dengan telefon bimbit untuk menggunakan internet, media sosial dan pelbagai aplikasi lain.
Oleh itu, kempem pemasaran melalui pengiklanan di dalam aplikasi adalah satu langkah yang
dapat menarik banyak perhatian daripada pengguna serta mendapat tempat dan nama di
dalam pasaran dengan mudah (Mustaza, 2020).

 Aplikasi Mudah Alih

Kebanyakan lebih memlih untuk berurusniaga serta membeli belah melalui aplikasi mudah
alih berbanduing lawan web kerana ianya lebih mudah diakses tanpa perlua ada camour
tangan dari pihak ketiga sama ada untuk melayari aplikasi tersebut mahupun semasa
membuat proses pembayaran. Majoritinya ramai yang lebih memilih dan menikmati
teknologi canggih dan mesra pengguna seperti aplikasi yang ringkas padat dan kompleks
yang memboleh dan memudahkan mereka untuk membeli belah serta membuat pembelian
hanya melakui telefon bimbit sahaja, yang juga menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu
keluar dari rumah untuk membuat pembelian. Tamabahan pula pada musim pandemic seperti
ini ysng menyarakan setiap individu untuk terus berada di rumah jika tidak ada keperluan
penting bagi mengelak jangkitan kepada diri dan keluarga (Mustaza, 2020).

 Pengaruh Persekitaran dan Tokoh

Secara amnya, masyarakat lebih cenderung untuk mempercayai serta terpengaruh


dengan golongan yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat, Contohnya golongan
intelektual seperti doctor, ahli politik, jurutera, peguam, akauntan dan juga mereka yang
beerjaya dan pakar dalam bidang masing-masing, tamabahn pula ianya terbukti dari segi
psikologi, pendapat dan tindakan golongan berpengaruh seperti ini biasanya mudah
mempengaruhi seseorang dalam membuat sesuatu keputusan (Rashid, 2015). Oleh sebab itu,
kempen pemasaran yang menggunakan golongan berpengaruh sebagai duta produk dan servis
mampu menarik lebih banyak pelanggan dan pengikut berbanding orang yang kurang
pengaruh terhadap orang lain. Sebagai contoh, fashionvalet telah menggunakan golongan
berpengaruh beberapa kali dalam kempen pemasaran mereka, antaranya Nurul Izzah seorang
ahli politik yang dihormati, chef wan, harith Iskandar dan ramai. Tidak juga dilupakan
dimana perdana Menteri mengenakan hijab dUck sebagai aksesori selendang semasa
persidangan antarabangsa yang turut memberi kesan kepada pemasaran syarikat scara tidak
langsung serta membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia dek kerana pemilihan
produk Malaysia dari orang kenamaan dan orang yang dihormati dan berpengaruh dariluar
negara (Hizam, 2015).

Q4

Pemasaran dan pengiklanan sesebuah syarikat selalunya ditujukan untuk sesebuah


golongan yang ingin disasarkan denga tujuan tertentu dan antara komponen yang penting
untuk memastikan keberkesanan pemasaran tersebut adalah unsur seperti tajuk, slogan, teks
teks pemasaran, ilustrasi, penggunaan gambaran, kreativiti dan komposisi iaitu memberi
penekanan terhadap sesuatu teks mahupun perkataan dan menggabungkannya dengan butiran
mesej dan penerangan yang lain (Mustaza, 2020). Analisis pengiklanan merupakan oerbuatan
dan tindakan yang sangat penting untuk memastikan mesej pengiklanan disampaikan dengan
betul dan tidak membazirkan kos tenaga dan masa yang dikeluarkan untuk tujuan pemasaran
yang turut membantu membuat keputusan untuk menentukan kaedah yang betul untuk
membuat pengiklanan berdasarkan imej dan kejayaan sebuah syarikat. Selain itu, keunikan
mesej pemasaran juga sangat penting untuk memastikan keberkesanannya dalam
membezakan hakikat bahawa ianya mampu menarik perhatian.

 Analisa Mesej Pengiklanan

Ciri yang paling penting dalam memastikan keberkesanan kempen pemasaran adalah
mesej pengiklanan yang disampaikan adalah mesej yang disusun, diolah dengan baik. Dan
ianya haruslah sepadan sejajar dengan imej syarikat di mana syarikat menempatkan diri
sendiri sebagai ciri-ciri yang diperlukan dari khalayak ramai sebagai sasaran tujuan
pemasaran yang dilakukan. Sebelum memulakan pengiklanan, segala risiko perlua dinilai
dengan lebih teliti dan pengesahan kepada keunikan kesan mesej pengiklanan yang
disampaikan kepada penonton kempen pemasaran yang dijalankan, selain itu, keberkensanan
pemasaran yang diiklan perlu dinilai semula selepas berakhirnya kempen pemasaran tersebut.
Di samping dari mesej pengiklanan, komunikasi antara kenalan yang dibuat juga perlu
dianalisa, serta ketepetana ekonomi semasa iaitu keuntungan syarikat. Ciri-ciri kualiti seperti
ini perlua diawasi dan dijaga bagi memastikan keberkesanannya dan juga untuk mengenal
pasti ini untuk menjaga imej syarikat, penamaan serta kedudukan syarikat di dalam industri
(Malaysia Journal of Media Studies, 2011).

 Analisa Ekonomi Semasa

Penilaian dari segi ekonomi dalah terdiri dari lima asas yang disarankan oleh pakar-
pakar industri. Antaranya ialah keberkesanan dari segi kos, semua kos pengiklanan
sepatutnya membawa kepada keuntungan. Ianya dapat sikira dalam keputusan nombor yang
dapat diukur dengan lebh tepat. Cara pengiraannya adalah dengan menggunakan formula ROI
(Return on Investment) yang khas, berikut adalah cara pengiraan untuk mendapatkan data
Analisa yang tepat. ROI = (Hasil (sebelum) x Keuntungan - Pendapatan (selepas) x
(Keuntungan/ Perbelanjaan pengiklanan). Dari formula ini, pendapatan adalah jualan
sehingga sebelum pengenalan iklan, Hasil didefinisikan sebagai jualan selepas pengenalan
sokongan pengiklanan. Keuntungan adalah peratusan keuntungan dari satu unit barang yang
dijual. Ia dikira sebagai Keuntungan = (Harga barang - harga barang)/harga barangan. Kos
pengiklanan adalah belanjawan yang diperuntukkan dan dibelanjakan untuk mempromosikan
serta untuk kempen pemasaran nama syarikat di dalam industri. Proses ini adalah penting
bagi memastikan serta menentukan kriteria yang diperlukan untuk penilaian keberkesanan
pengiklanan dan pemasaran yang dilakukan untuk mengembangkan lagi empayar dan
keuntungan syarikat di dalam industri (Rashid, 2015).

Akhir sekali adalah penerimaan yang berbeza. Dalam memastikan keberkesanannya,


pemantauan saluran maklumat yang dihantar adalah efektif, selepas kempen pemasaran,
sepatutnya ianya dapat membantu meningkatkan jumlah panggilan dari pelanggan hasil dari
respon kepada kempen pemasaran, serta panggilan yang diterima seharusnya dijadikan
berubah kepada sesi penjualan. Dan jika perkara sedemikian tidak berlaku mahupun respon
yang diterima tidak mencukupi piawaian dan sasara yangn diletakkan, maka ianya
menunjukkan mesej dan pemasarang yang disampaikan adalah tidak berkesan. Analisa yang
berkesan juga adalah berdasarkan prinsip seperti ini (Malaysia Journal of Media Studies,
2011).

Q5
Kesimpulannya, industri dunia perniagaan yang kian mencabar dan berdaya saing
pada hari ini di era pandemik yang melanda seluruh dunia, yang juga seiring dan sejajar
dengan perkembangan teknologi yang semakin hari semakin canggih, para usahawan perlu
sentiasa mengeluarkan idea dan sentiasa berusaha untuk untuk berdaya saing dan
mewujudkan perniagaan e-dagang seiring dengan kemajuan tekonologi dalam membantu
meningkatkan pemasaran dan psaran di dalam industri bagi memenuhi permintaan
pengguna dengan pelbagai cara yang kreatif dan semakin canggih dalam mempromosi
produk mahupun servis yang ditawarkan sejajar dengan permintaan yang semakin hari
semakin berbeza permintaan yang diminta. Antaranya seperti mewujudkan blog untuk
berkongsi pengalaman serta menambahkan pendekatan dengan para pengikut dan juga
pelanggan, media sosial dan laman web mesra pengguna dan mudah diakses oleh setiap
lapisan masyarakat sama ada golongan remaja mahupun golongan dewasa yang juga
menyediakan dan menawarkan perkhidmatan perniagaan dalam talian contoh paling dekat
yang kita lihat seperti Fashionvalet, Lazada.com, Shoope, Mudah.com dan sebagai yang
seringkali digunakan sebagai platform kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan
melalui talian dengan lebih mudah, kompleks dan efektif. 
Oleh sebab itu, pemilihan platfrom untuk tujuan pemasaran seperti pengiklanan dan
promosi yang berkesan seharusnya perlulah bertepatan dengan ciri-ciri yang dikehendaki
berkaitan produk atau servis yang ditawarkan adalah amat penting kepada setiap
usahawan dan pemilik syarikat..Teknologi media sosial pada masa kini membolehkan
setiap blog atau laman web yang diwujudkan untuk dihubungkan terus dengan mana-mana
rangkaian laman sosial seperti facebook, twitter, flickr, tumblr, linkedin dan sebagainya
bagi memudahkan maklumat terbaru dikemaskini serta disampaikan kepada pengguna
yang disasarkan untuk memastikan keberkesanan kempen pemasaran yang telah
dilaburkan. 

Dan pada hari ini, pengguna masa kini bebas dan juga berpeluang untuk membuat
sebarang pilihan serta menganalisa dan mengenalpasti dengan lebih mendalam akan
sesuatu produk atau perkhidmatan yang dipilih menerusi laman web mesra pengguna
seperti blog, Facebook dan lain lain kerana kini segalanya lebih kudah untuk diakses tanpa
mengira waktu dan keberadaan seseorang.Walaubagaimanapun, para usahawan yang
beroperasi serta menjalankan perniagaan syarikat melalui media massa perlu sentiasa
mengekalkan integeriti dalam perniagaan dan berpgang teguh dengan etika yang lebih
berhemah agar tidak berlaku sebarang konspirasi mahupun penipuan bagi menjaga imej
dan nama syarikat di dalam industri kerana setiap gerak geri dan tindakan yang dilakukan
masih di bawah takhluk kepada batasan undang-undang negara untuk menjaga hak
pengguna. Akhir sekali dapat ditegaskan bahawa media massa , teknologi dan kemudahan
internet adalah sememangnya memainkan peranan sangat penting kepada para usahawan
dalam proses pemasaran produk mahupun perkhidmatan kepada para pelanggan dan untuk
mendapatkan tempat yang baik di dalam industri tempatan sehingga ke peringkat global.
References
Affandi, O. (2018, Ogos 31). Teknik Pemasaran Vivy Yusof - Pengasa dUck dan
FashionValet. Retrieved from https://iluminasi.com/bm/kajian-psikologi-teknik-
pemasaran-vivy-yusof-dalam-membangunkan-jenama-duck-dan-fahion-valet.html

Hizam. (2015, Disemeber 7). Media Sosial Dalam Perniagaan. Retrieved from
http://hizam235672.blogspot.com/2015/12/

Ithnin, H. (2020). Fesyen di media sosial. Shah Alam: Metro Harian.

Malaysia Journal of Media Studies. (2011). Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(2), 93-110.

Mustaza, L. T. (2020, Disember 15). Mewujudkan Strategi Pemasaran Mudah Alih untuk
Perniagaan Anda. Retrieved from Kognitif Smarter Business:
https://www.kognifi.my/ms/strategi-pemasaran/mewujudkan-strategi-pemasaran-
mudah-alih-untuk-perniagaan-anda/

Rashid, I. A. (2015). Kagumkan kawan-kawan dengan Facebook. In Sesawang Sosial


Perpustakaan Negara Malaysia (pp. 1-5).

Suzi. (2020, November 23). Retrieved from Majalah NONA: https://www.nona.my/dari-


seorang-blogger-kini-vivy-yusof-lakar-ulang-tahun-ke-10-jadi-usahawan-berjaya/

You might also like