You are on page 1of 6

Kajian kes 3: Kejayaan APPLE

Mereka bermula dengan wang sebanyak USD1,300 (RM3,900) yang diperoleh


daripada hasil jualan kalkulator saintifik milik Stephen Gary Wozniak dan
Volkswagen milik Steve Jobs. Dengan wang ini mereka menghasilkan sendiri
komputer peribadi di garaj rumah keluarga Steve Jobs. Komputer-komputer ini
kemudiannya dijual di pasaran dan pada April 1976, syarikat Apple ditubuhkan.

Dan kini selepas 35 tahun, Apple merupakan antara syarikat korporat paling
berjaya di Amerika Syarikat dan dunia dengan nilai pasaran saham sekitar
USD200 billion (RM600 billion) dan hanya beberapa langkah di belakang
pencapaian Microsoft.

Apakah yang menjadikan Apple sebagai syarikat korporat yang cukup dikagumi
rakan dan pesaingnya? Produk-produk keluarannya seperti iPod, iPhone dan iPad
menjadi rebutan di pasaran dan ini dapat dibuktikan apabila di Sydney, beribu
pembeli sanggup berkhemah di luar kedai dua hari sebelum iPhone4
dilancarkan?

Bukan setakat itu, produk keluaran Apple mempunyai golongan pembeli yang
cukup setia di mana majoriti mereka yang menggunakannya tidak akan bertukar
ke jenama lain walaupun harganya lebih mahal dari produk-produk lain yang
seumpamanya.

Jika dirujuk pada majalah-majalah perniagaan di Amerika Syarikat, terdapat


banyak faktor yang boleh disenaraikan sebagai penyumbang kepada kejayaan
Apple ini. Namun, artikel ini akan menyenaraikan enam faktor utama yang
dikenalpasti menjadikan produk-produk Apple sebagai antara produk yang paling
berjaya dalam pasaran.
Karisma Kepimpinan Steve Jobs
Percaya atau tidak Steve Jobs tidak mempunyai ciri-ciri bos idaman seorang
pekerja. Beliau terkenal dengan gaya kepimpinan autokratik dan sukar untuk
sesiapa bekerja di bawahnya. Mereka yang pernah bekerja dengannya
mengatakan beliau bukan sahaja boleh mengubah keputusan yang telah
dibuatnya dalam sekelip mata malah adakalanya beliau akan memalukan
mereka yang tidak
sependapat dengan pandangannya.

Visi yang idealistik


Tetapi di sebalik itu, Steve Jobs telah berjaya memulihkan Apple yang di ambang
kejatuhan, menaikkan keuntungan syarikat dan mengembalikan imej Apple.

Harga saham Apple telah meningkat lebih dari 8 kali ganda semenjak beliau
menerajui Apple. Walaupun beliau tegas dan keras dalam memimpin mengikut
caranya sendiri, Steve dilihat sebagai seorang pemimpin yang bijak dan
mempunyai visi yang idealistik iaitu menghasilkan komputer sebagai suatu alat
untuk mengubah dunia dan ini membuatkan ramai yang tertarik untuk bekerja
dengannya.

Pencipta iPod dan iPhone ini meletakkan tanda aras yang tinggi untuk inovasi
dimana beliau merupakan CEO yang sangat obses dalam memastikan produkproduk Apple sempurna dalam setiap perkara. Steve Jobs memastikan produknya
adalah yang terbaik kerana beliau percaya jika anda menghasilkan sesuatu
yang amat hebat, maka setiap orang akan mahu menggunakannya.
Malah, dedikasi beliau pada penemuan baru dan kecemerlangan ini telah
mencipta budaya yang menjadikan Apple sebagai simbol inovasi.

Matlamat yang Jelas


Di Apple, matlamat akhirnya bukannya untuk membuat keuntungan tetapi Apple
meletakkan dengan jelas matlamat utamanya ialah untuk merekabentuk,
membangunkan dan membawa kepada pasaran produk-produk yang lebih
bagus. Apple percaya dari situ, orang ramai akan menyukai produk-produknya,
mendapatkannya dan dari situlah mereka menjana pendapatan.

Kerana itu, Apple memastikan agar mereka tidak hanya sekadar menghasilkan
produk baru yang hanya sekadar berbeza dengan produk pesaing tetapi mereka
memastikan produk yang dihasilkan lebih bagus serta mempunyai kualiti tinggi.
Bagi Apple, sekadar menghasilkan produk yang berbeza dan baru itu adalah
mudah.

Penekanan pada aspek lebih bagus pada produk Apple mencerminkan pendirian
syarikat tersebut untuk tidak mahu menjadi sebuah syarikat yang berterusan
mengeluarkan produk yang baru hanya semata-mata kerana mahu terus hidup
tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Bagi Apple, adalah satu pembaziran
apabila sesebuah syarikat itu menggunakan segala sumbernya yang ada
termasuk masa bekerja pekerja hanya untuk mengeluarkan produk yang baru
yang tidak memberi nilai baru pada pembeli.

Inovasi, Satu Cara Hidup


Inovasi merupakan jantung dan nyawa Apple. Di Apple, inovasi tidak dijadikan
kenyataan yang ditampal di dinding One Infinite Loop, ibupejabatnya tetapi ia
dijadikan cara hidup di syarikat tersebut. Mereka bukan setakat berfikir
bagaimana untuk menghasilkan produk baru yang lebih bagus seperti iPod dan
iTunes Stores (yang merupakan kedai jualan muzik kedua terbesar di US
selepas Walmart).

Tetapi mereka juga berterusan mengenalpasti jalan bagi menambahbaik produk


sedia agar menjadi lebih bagus, contohnya seperti iPad 2 yang lebih 33 peratus
lebih nipis, 15 peratus lebih ringan dan 2 kali lebih laju dari iPad 1. Begitu juga
dengan iPod Nano yang merupakan inovasi dari produk asalnya iaitu iPod.

Produk yang mengujakan


Pembangunan produk baru di Apple bermula dari keberanian mereka
menghasilkan produk yang benar-benar membuat diri mereka sendiri teruja
terlebih dahulu dan adakalanya ia bermula dengan dengan mempersoalkan
kemampuan produk sedia ada. Sebagai contohnya idea penghasilan iPhone
bermula dengan soalan-soalan pelik seperti di bawah:
Apa yang kita benci ? Telefon bimbit. Apa yang kita akan ada dengan teknologi
sedia ada ? Telefon bimbit dengan Mac di dalamnya. Apa yang kita mahu miliki ?
Sebuah iPhone.
Dan setiap usaha inovasi di Apple diambil begitu serius sehingga ia dipanggil
usaha moon shotdi US. (Moon shotadalah istilah yang digunakan untuk
merujuk kepada program angkasa lepas oleh NASA). Mereka bersungguhsungguh memfokuskan segala sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu
produk walaupun kejayaannya di pasaran masih belum pasti sepertimana produk
Apple TV, G4 Cube dan MacBook Air yang tidak berjaya di pasaran.
Namun, sebagai sebuah syarikat yang berteraskan inovasi, kegagalan adalah
lumrah bagi Apple. Apa yang penting bagi mereka, setiap usaha penghasilan
produk inovasi wajib dibuat dengan bersungguh-sungguh kerana apabila produk
itu berjaya, kejayaan yang dicapainya adalah besar dan mengatasi kegagalan
produk-produk terdahulu.
Ini dapat dilihat jumlah jualan iPhone yang mencecah 45 juta di seluruh dunia
setakat tahun 2010. Manakala jualan iPad pula mencecah 3 juta unit hanya
dalam masa 80 hari pelancarannya.

Pasukan Kerja yang Istimewa


Tidak semua orang boleh bekerja dengan gaya kerja Steve Jobs dan tidak semua
orang boleh bekerja dengan Apple walaupun mempunyai kemahiran dan
pengalaman yang banyak. Apple memerlukan pasukan kerja yang mereka
gelarkan sebagai pasukan kerja yang istimewa.
Setiap pekerja di Apple mempunyai fungsi tugas mereka sendiri tetapi terdapat
garisan halus di antara fungsi-fungsi tersebut di mana setiap dari mereka mesti

mampu berkolaborasi atara satu sama lain walaupun mempunyai projek yang
berlainan.

Mereka juga hanya akan mengambil pekerja yang merasa tidak puas atau cukup
dengan apa yang ada. Pereka produk Apple mestilah seorang fanatik dalam
menghasilkan produk yang benar-benar sempurna sehinggakan bentuk skru di
bawah MacBook pun dipastikan selari dengan rekabentuk keseluruhan MacBook
tersebut. Apple memerlukan pereka produknya mempunyai kepercayaan
(belief), nyalarasa (passion) dan komitmen dalam mencapai kesempurnaan.

Kemampuan beremosi
Bagi jawatan jurutera, Apple bukan sekadar mencari mereka yang mempunyai
kemahiran teknikal tetapi juga yang mempunyai kemampuan beremosi.
Kemampuan beremosi di sini merujuk kepada nyalarasa dan daya tahan yang
mampu mendorong diri jurutera tersebut untuk mengatasi segala halangan dari
segi teknikal dan rekabentuk bagi memastikan sesuatu projek itu siap mengikut
jadual.
Seperkara lagi, tekanan di kalangan rakan sekerja di Apple amat tinggi
sehinggakan ketua sesuatu unit atau projek akan ditolak oleh orang bawahan
sekiranya pencapaiannya lemah. Menurut Ketua Pegawai Operasi Apple iaitu Tim
Cook, Apple bukan tempat bekerja bagi mereka yang mempunyai hati dan
semangat yang lemah.

Mampu Membentuk dan Mewujudkan Pasaran Baru

Bagi Steve Jobs, sesuatu produk yang dihasilkan tidak semestinya kerana
pasaran memerlukannya, tetapi apa yang penting adalah untuk menghasilkan
produk yang pasaran yang mahukan sebelum mereka sendiri sedar mereka
mahukannya. Kerana itu Steve Jobs diketahui tidak berpegang pada kaedah
kajian pasaran, grup fokus dan sebagainya tetapi dia menghasilkan produk yang
beliau mahukan. Sebagai contohnya, ketika iPhone dan iPad mula-mula
diperkenalkan, adakah sesiapa yang mahukannya sebelum ia dijual? Tetapi
apabila ia telah djual, hampir setiap daripada kita mahu memilikinya.

Cool factor
Kemampuan berkomunikasi dan perhubungan awam Steve Jobs dikatakan faktor
utama produknya berjaya di pasaran. Realitinya itu hanyalah faktor penyokong,
faktor utama kejayaannya adalah faktor cool (cool factor) yang ada pada
produk tersebut yang terhasil dari inovasi kreatif, rekabentuk unik yang
bergaya, mesra pengguna serta pada harga yang munasabah.
Seperkara lagi, dalam menghasilkan produknya, Apple sedar apa yang penting
kepada majoriti pengguna adalah pengalaman menggunakan produk tersebut
bukannya teknologi di sebalik produk tersebut. Pengguna lebih teruja dengan
kemampuan iPod menyimpan sehingga 1,000 lagu bukannya dengan spesikasi
pemacu keras (hard drive) di dalam iPod tersebut.

Persepsi pasaran
Apple juga berjaya membentuk persepsi pasaran bahawa jenamanya adalah
jenama berteknologi tinggi sepertimana jenama Chanel dan Polo dalam dunia
fesyen. Produk-produk Apple telah menjadi produk yang mendefinasikan identiti
pemiliknya di mana pemiliknya dipandang sebagai mereka yang inovatif, bijak,
bergaya dan berbeza dengan orang kebanyakkan yang lain.

Rangkaian Produk yang Sedikit


Berbanding dengan pengeluar produk telefon bimbit dan komputer riba yang
lain, Apple mempunyai rangkaian produk yang sedikit. Ini memudahkan
pengguna untuk memahami perbezaan antara produk-produknya dan sekaligus
memudahkan pembeli membuat kepurusan untuk membeli.

Sebagai contohnya bandingkan di laman web berapa banyak jenis telefon pintar
yang dijual iPhone dengan jenama Nokia dan Blackberry. Jumlah jenis telefon
pintar iPhone boleh dikira hanya dengan satu jari sahaja.

Memfokuskan sumber
Justeru pendekatan yang digunakan Apple adalah menghasilkan hanya
beberapa produk dengan menggunakan segala sumber yang ada di tangan dan
menjadikannya berjaya. Mereka percaya jika sesebuah syarikat menggunakan
sumber yang ada untuk mengeluarkan rangkaian atau jenis produk yang banyak,
kualiti dan fungsinya akan menurun.
Ini kerana sumber untuk menghasilkan setiap produk akan berkurangan dek
kerana jumlah rangkaian dan jenis produk yang banyak mahu dihasilkan. Produk
yang mempunyai kualiti dan fungsi yang rendah tidak akan mampu berjaya di
pasaran.

Keenam-enam strategi yang digariskan di atas secara keseluruhannya


menggambarkan moto Apple itu sendiri iaitu Think Different atau berfikir
dengan cara berbeza. Apple memilih untuk menggunakan pendekatan yang
berbeza dalam menguruskan perniagaannya yang adakalanya bertentangan
dengan teknik pengurusan tradisional yang telah lama diamalkan oleh syarikatsyarikat lain.
Dan perbezaan inilah yang akhirnya meletakkannya sebagai salah satu jenama
dan syarikat korporat yang paling berjaya di dunia.

You might also like