You are on page 1of 3

Soalan Pengajian Am 900/3

Bahagian C

PENGGAL 3 2013
Bil Soalan Isu Format Jawapan
18 Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara
lain di peringkat serantau dan antarabangsa adalah
penting kepada pembangunan dan kesejahteraan negara
ini. Bincangkan.

19 Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara berjiran


ialah pergerakan rakyat melintasi sempadan tanpa
kebenaran yang sah yang seterusnya menimbulkan
pelbagai kesan buruk kepada negara penerima.
Bincangkan.

20 Selain konflik yang berlaku di negara jiran dan serantau,


terdapat ancaman lain yang boleh menggugat
keselamatan Malaysia. Bincangkan.

PENGGAL 3 ULANGAN 2013


Bil Soalan Isu Format Jawapan
18 Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
ditubuhkan untuk mempercepatkan proses
pembangunan negara anggota dalam pelbagai aspek
serta mewujudkan keamanan dan kestabilan politik di
rantau sebelah ini. Bincangkan cabaran yang dihadapi
oleh ASEAN dalam usaha untuk mencapai hasrat
tersebut.
19 Malaysia sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam
menyuarakan keperluan menentang ancaman kegiatan
lanun di perairan negara dan antarabangsa. Huraikan.

20 Dalam menarik pelaburan asing, Malaysia tidak boleh


mengetepikan kesan buruk yang boleh datang
bersamanya. Huraikan.
PENGGAL 3 2014
Bil Soalan Isu Format Jawapan
18 Malaysia sering terlibat dalam misi penghantaran
bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam di
luar negara. Namun begitu, pelbagai masalah dihadapi
oleh Malaysia untuk menjayakan misi tersebut. Jelaskan.

19 Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai “keldai


dadah” oleh sindiket dadah antarabangsa terus
meningkat. Permasalahan ini jika tidak ditangani dengan
segera boleh menimbulkan pelbagai risiko. Bincangkan.

20 Penemuan dan penjanaan tenaga nuklear banyak


memberikan faedah kepada manusia. Namun begitu,
pada masa yang sama tenaga ini juga mendatangkan
risiko kepada kehidupan sejagat. Bincangkan.

PENGGAL 3 ULANGAN 2014


Bil Soalan Isu Format Jawapan
18 Kemiskinan ialah satu fenomena global yang sangat
kompleks yang berpunca daripada pelbagai faktor.
Malaysia boleh membantu negara sedang membangun
yang lain keluar daripada belenggu kemiskinan.
Bincangkan.

19 Kegiatan pemerdagangan manusia yang berpunca


pelbagai faktor semakin meningkat sehingga
meninggalkan kesan negatif kepada Malaysia.
Bincangkan.

20 Menurut International Medical Products Conterfeiting


Taskforce, sekitar tiga hingga lima peratus ubat dalam
pasaran farmaseutikal di Malaysia yang kebanyakkan
dibawa masuk dari luar negara ialah ubat tiruan.
Pengambilan ubat-ubatan ini menimbulkan pelbagai
risiko kepada pengguna dan usaha tertentu perlu diambil
untuk membanteras kegiatan pengedarannya di negara
ini. Bincangkan.
PENGGAL 3 2015
Bil Soalan Isu Format Jawapan
18 Malaysia mendapat banyak manfaat sebagai negara
anggota pertubuhan ASEAN. Huraikan.

19 Jenayah rentas benua atau jenayah transnasional


dikatakan semakin berleluasa. Malaysia perlu mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk membenteras jenyah
ini. Bincangkan.

20 Melalui amalan dasar berbaik-baik dengan negara luar,


Malaysia mendapat banyak manfaat dalam bidang
ekonomi. Huraikan.

PENGGAL 3 ULANGAN 2015


Bil Soalan Isu Format Jawapan
18
19
20

You might also like