You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO JAAFAR HASSAN

02450 BUKIT KETERI, PERLIS


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2008
PENGAJIAN AM
KERTAS DUA
( Esei )
TINGKATAN 6 ATAS
3 JAM

ARAHAN :
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E, dan
dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurungan [

].

Bahagian A
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah perkataan.
[ 25 ]
1

Sejak akhir-akhir ini, keganasan rumah tangga semakin berleluasa. Namun, kerajaan
berusaha mengambil pelbagai langkah untuk menanganinya.
Bincangkan .

Stesen televisyen berlumba-lumba untuk menerbitkan program realiti tv yang banyak


menyumbang kepada pembangunan negara. Namun begitu, program ini membawa pelbagai
implikasi kepada perkembangan sahsiah remaja.
Bincangkan .

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan.
[ 25 ]
3

Kenaikan suhu dunia telah menjadi isu global yang sering mendapat perhatian di forumforum antarabangsa. Pencemaran udara dan pemusnahan hutan yang semakin serius
memburukkan masalah itu.
Bincangkan kesan pemanasan global terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar.

Amalan merokok merupakan salah satu punca wujud pelbagai penyakit pada masa ini.
Namun, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan manusia terdedah kepada pelbagai
penyakit.
Jelaskan.

Bahagian C
Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu
daripada soalan 6(a) atau 6(b).
[ 20 ]
5

(a)
Apabila berlaku konflik rumah tangga, wanita tidak perlu melatah, sebaliknya mencari
jalan penyelesaian segera, seperti berbincang dengan suami, berjumpa dengan ibu bapa,
menemui kaunselor, biro bantuan guaman atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk
mendapatkan khidmat nasihat sebelum membawa sesuatu kes ke mahkamah. Wanita perlu
memahami bahawa mahkamah bukan jalan penyelesaian masalah, tetapi tempat
mendapatkan tuntutan dan menetapkan hukuman.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Suria Janib,
Wanita Perlu Tahu Hak Undang-undang,
Dewan Masyarakat, September 2006)

(i)

Apakah yang perlu dilakukan oleh wanita sekiranya mengalami konflik rumah tangga?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan hak-hak yang
dinikmati oleh kaum wanita di Malaysia.

ATAU
(b)
Buli adalah satu bentuk conduct disorder yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku
dan gangguan emosi. Buli boleh didefinisikan sebagai satu tingkah laku negatif dan
berterusan yang dilakukan dengan niat untuk mengganggu mangsa, manakala mangsa
selalunya dalam keadaan terganggu dan tertekan. Buli juga boleh berlaku dalam bentuk
manipulasi sosial seperti mempengaruhi kawan lain supaya seseorang kanak-kanak
merasakan dirinya dipinggirkan atau tidak diterima dalam sesuatu kelompok rakan sebaya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Nor Afzan Mohamad Yusof,
Persekitaran Pengaruhi Kanak-kanak Membuli
Berita Harian,Mac 2007)
(i)

Bagaimanakah buli berlaku dalam bentuk manipulasi sosial?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan faktor-faktor yang
mendorong kanak-kanak membuli.

(a)
Ada beberapa sifat air yang membuatkannya unik dan penting dalam hidup manusia. Salah
satu keunikan air ialah dapat melarutkan banyak bahan lain seperti garam, kimia asidik dan
kimia alkali. Bahan yang larut dalam air dinamakan hidrolik yang bererti suka akan air
dan ini menjadikan air paling sesuai dalam masakan. Air juga boleh wujud dalam tiga
keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Saharil Hasrin Sanin,
Sains Di sebalik Air, Dewan Kosmik, April 2007)

(i)

Apakah keunikan air?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan fungsi air dalam
sistem badan manusia.
ATAU
(b)
Tidur adalah penting bagi melancarkan proses metabolisme dalam badan dan semasa tidur
juga badan seseorang mengeluarkan hormon dengan aktif untuk membaiki sel-sel yang
rosak. Tidur juga turut mempengaruhi keceriaan, keserian kulit dan menjadikan seseorang
lebih cergas dan produktif. Program rawatan kulit turut menekankan kesempurnaan tidur
sebagai kaedah rawatan di samping kaedah lain seperti pembedahan plastik.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Danial Zainal Abidin,
Tidur Dari Segi Saintifik, Dewan Kosmik, Februari 2007)

(i) Apakah fungsi tidur dalam aspek kecantikan wajah?


(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan tidak

mendapat tidur yang cukup terhadap badan manusia.

Bahagian D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[ 15 ]
7
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai yang
menunjukkan perbandingan peruntukan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2000 dan
tahun 2003.
Dalam pembentangan belanjawan kerajaan setiap tahun, sebahagian besar peruntukan
adalah dikhususkan untuk perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan ini melibatkan sektor-sektor
seperti sektor keselamatan, perkhidmatan sosial, ekonomi, pentadbiran am dan lain-lain
perkhidmatan.
Pada tahun 2000 perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan secara
keseluruhan adalah sebanyak RM56 547 juta. Jumlah tersebut terus meningkat sebanyak RM16
688 juta menjelang tahun 2003 dengan peningkatan sebanyak 29.51 peratus.
Bagi tahun 2000, RM16,357 juta telah diperuntukkan untuk pembayaran emolumen yang
menyumbang sebanyak 28.93 peratus dari keseluruhan peruntukan pada tahun tersebut.
Perbelanjaan untuk emolumen terus meningkat kepada RM19 727 juta pada tahun 2003.
Manakala perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran pula ialah sebanyak RM4 408 juta
pada tahun 2003 yang menunjukkan peningkatan sebanyak RM221 juta berbanding dengan tahun
2000.
Bayaran khidmat hutang dan serahan kepada kerajaan negeri juga merupakan sebahagian
dari perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan. Pada tahun 2000 Kerajaan Persekutuan
memperuntukkan sejumlah RM9 055 juta untuk bayaran khidmat hutang dan RM2 077 juta pula
diperuntukkan untuk serahan dan pemberian kepada kerajaan negeri. Berbanding tahun 2003,
dengan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan, peruntukan untuk khidmat bayar hutang telah
berkurang kepada RM8 868 juta. Manakala pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri pula
telah menunjukkan peningkatan sebanyak RM457 juta berbanding tahun 2000.
Peruntukan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan melibatkan 13.01 peratus dari
keseluruhan perbelanjaan pada tahun 2000 yang melibatkan kos sebanyak RM7 360 juta. Bagi
tahun 2003 pula, perbelanjaan tersebut terus meningkat menjadi RM14 781 juta. Bagi tahun
2003 juga sejumlah RM3 925 juta telah diperuntukkan bagi pemberian subsidi. Peruntukan ini
menunjukkan penurunan sebanyak RM899 juta berbanding dengan peruntukan pada tahun 2000.
Peruntukan selebihnya bagi kedua-dua tahun tersebut adalah dikhususkan kepada perbelanjaan
mengurus untuk lain-lain perbelanjaan.
Secara perbandingan, sebahagian besar peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi setiap
tahun adalah untuk bayaran emolumen, bekalan dan perkhidmatan dan lain-lain perbelanjaan.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada
Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2003)

Soalan 8
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang menunjukkan
perbandingan kuantiti keluaran komoditi pertanian yang terpilih di Malaysia antara tahun 1990
dengan tahun 2000.
.Sesungguhnya perkembangan sektor industri berkembang pesat di Negara ini sejak kira-kira
dua dekad yang lalu, namun sektor pertanian masih juga diberikan perhatian yang sewajarya. Ada
di antara jenis tanaman itu yang hasilnya mengalami penurunan dan ada yang meningkat.
Umpamanya, keluaran getah tahunan merosot sebanyak 277 ribu tan pada tahun 2000 daripada
1291 ribu tan pada tahun 1990.
Daripada jumlah 14 277.5 ribu tan keluaran bagi lapan komoditi pertanian yang terpilih
bagi tahun 1990, sebanyak 42.69 % adalah minyak kelapa sawit mentah dan masih merupakan
keluaran komoditi pertanian yang utama pada tahun 2000. Sementara isirung kelapa sawit pula
ialah sebanyak 1844.7 ribu tan, dan pada tahun 2000 hasil isirung meningkat ke paras 2800 ribu
tan atau 13.92 % daripada jumlah keluaran pertanian yang dipilih iaitu sebanyak 20 119.6 ribu
tan.
Keluaran padi merosot, iaitu daripada 2016.3 ribu tan pada tahun 1990 kepada 1940 ribu
tan. Bagaimanapun keluaran buah-buahan meningkat iaitu daripada 10.72 % daripada jumlah
keluaran pertanian pada tahun 1990 ke paras 16.42 % pada tahun 2000. Begitu juga keluaran
sektor perikanan, baik daripada laut ataupun ternakan air tawar, meningkat daripada 1043.4 ribu
tan kepada 1556 ribu tan.
Kedua-dua hasil keluaran tanaman koko dan nanas mengalami kemerosotan, iaitu
daripada 415.3 ribu tan kepada 347 ribu tan. Dalam pada itu, keluaran lada sulah dan tembakau
mengalami kemerosotan sebanyak 12.6 ribu tan dengan hanya mencapai jumlah 28.6 ribu tan
pada tahun 2000.
Beberapa hasil tanaman lain tidak diberikan perkiraan setaraf dalam kiraan ribu tan.
Misalnya bunga-bungaan yang semakin popular sekarang dihitung keluarannya berdasarkan
jumlah kuntumnya. Ini tidak dimasuk kira ialah kuantiti ternakan, misalnya daging lembu dan
ternakan ayam dan itik serta keluaran telur dan susu. Keluaran susu dihitung dalam kiraan juta
liter, sementara telur pula dikelaskan dalam tiga gred tertentu dan dihitung dari segi jutaan
unitnya
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia
Ketujuh, 1996-2000, halaman 245 )

BAHAGIAN E
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
( 15 )
9
Berdasarkan graf kompaun yang diberikan di bawah, jelaskan pola import pertanian
dalam sektor-sektor terpilih di Malaysia dari tahun 2002 hingga 2005. berikan langkah-langkah
untuk meningkatkan hasil pertanian berasaskan makanan.
MALAYSIA : IMPORT PERTANIAN MENGIKUT SEKTOR TERPILIH ANTARA TAHUN
2002 HINGGA 2005
Nota :

1600

1518.5

1400

1272.4
1185.9

1200
1023.6

964.9

1000
800

878.2
798.5

771.4

600

657.7

616.3

607.9

561.6

400
228.9

224.9

200

167.7

154.5

0
2002
Daging
Binatang Hidup

Tahun
Jumlah Besar ( RM / juta )

2003

2004

2005

Sayur-sayuran

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada


http//www.angro.gov.my )

Buah-buahan

2002
2585.5

2003
2896.9

2004
2854.9

2005
3295.6

10.
Berdasarkan graf di bawah, huraikan perubahan bilangan kecelakaan jalan raya mengikut
pengguna jalan raya bagi tahun 1999 sehingga 2001. Jelaskan mengapakah kecelakaan jalan raya
yang melibatkan penunggang motorsikal menunujukkan angka tertinggi dan semakin meningkat
dari tahun ke tahun.
MALAYSIA : BILANGAN KECELAKAAN JALAN RAYA
MENGIKUT PENGGUNA JALAN RAYA PADA TAHUN 2003 -2005
100000

89765

90324

91237

55507

56790

58090

90000
80000
70000
60000
50000
38003

40334

44434

40000
30000

34887

32878

20000
10000

30076

21123

22345

20987

2003

2004

2005

Pejalan Kaki

Motorsikal

Motokar

Lori

Bas Teksi

Nota:
1999

Tahun
2000

2001

Pejalan Kaki

55 507

56 790

58 090

Motorsikal

89 765

90 324

91 237

Motokar

34 887

33 878

32 076

Lori

32 119

32 334

35 434

Bas & Teksi

21 123

22 345

20 987

Jumlah

233 401

235 671

237 824

Jenis kenderaan

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Laporan Unit Trafik PDRM, 2005 )

You might also like