You are on page 1of 32

1

MODUL
KECEMERLANGAN
SKOR ‘A’

Pengajian Am
900/3
Semester 3

JAWATAN KUASA PEMIKIR


PENGAJIAN AM STPM
PULAU PINANG

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


2

JAWATAN KUASA PEMIKIR


PENGAJIAN AM STPM
PULAU PINANG 2021

PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

ISMAJAMSHIR BIN ISMAIL @ YAHYA


KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN BAHASA

FAZILAWATI BINTI JAMALUDIN


KETUA PENOLONG PENGARAH BAHASA

SAGUNDALA A/P AROKIAM


PENOLONG PENGARAH BAHASA

JURULATIH UTAMA NEGERI

RAHAMATULLAH BIN SULAIMAN


PENANG FREE SCHOOL

MOHD AZRIN BIN MISKOM


SMK PENANTI

ONG PHAIK SEE


SMJK PEREMPUAN CHINA P.PINANG

AZIZAH BINTI ISMAIL


SMK SEBERANG JAYA

MUREEN A/P SANTHOSAM


SMK ST XAVIER

SYARIFAH SAADIAH BINTI ABDUL RAHMAN


SMK TUNKU ABDUL RAHMAN

KANMANI A/P SILVARAJA


PENANG FREE SCHOOL

ASMA BINTI RAHIM


SMK SERI BALIK PULAU

ROHANA BINTI MOHAMED NOR


KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI

SURIAYATI BINTI ISMAIL


SMK SUNGAI ARA

YEOH CHING HONG


SMJK JIT SIN

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


3

ANALISIS SOALAN KARANGAN TAHUN LEPAS

TAHUN No Soalan SOALAN


Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain
di peringkat serantau dan antarabangsa adalah penting
18 kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.
Bincangkan.
Masalah yang dihadapi oleh negara berjiran ialah
2013 19
pergerakan rakyat melintasi sempadan tanpa kebenaran
yang sah yang seterusnya yang menimbulkan pelbagai
kesan buruk kepada negara penerima. Bincangkan.
Selain konflik yang berlaku di negara jiran dan serantau,
20 terdapat ancaman lain yang boleh menggugat keselamatan
Malaysia. Bincangkan.
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
ditubuhkan untuk mempercepat proses pembangunan
negara anggota dalam pelbagai aspek serta mewujudkan
18 keamanan dan kestabilan politik di rantau sebelah ini.
Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh ASEAN dalam
usaha untuk mencapai hasrat tersebut.
Ulangan
2013 Malaysia sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam
19 menyuarakan keperluan menentang ancaman kegiatan
lanun di perairan negara dan antarabangsa. Huraikan.
Dalam menarik pelaburan asing, Malaysia tidak boleh
20 mengetepikan kesan buruk yang boleh datang bersamanya.
Huraikan.
Malaysia sering terlibat dalam misi penghantaran bantuan
kemanusiaan kepada mangsa bencana alam di luar negara.
18 Namun begitu, pelbagai masalah dihadapi oleh Malaysia
untuk menjayakan misi tersebut. Jelaskan.
Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai “keldai dadah’
oleh sindiket dadah antarabangsa terus meningkat.
2014 19 Permasalahan ini jika tidak ditangani dengan segera boleh
menimbulkan pelbagai risiko. Bincangkan.
Penemuan dan penjanaan tenaga nuclear banyak
mendatangkan faedah kepada manusia. Namun begitu,
20 pada masa yang sama tenaga ini juga mendatangkan risiko
kepada kehidupan sejagat. Bincangkan.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


4

TAHUN No Soalan SOALAN


Kemiskinan ialah suatu fenomena global yang sangat
kompleks yang berpunca daripada pelbagai faktor. Malaysia
18 boleh membantu negara sedang membangun yang lain
keluar daripada belenggu kemiskinan. Bincangkan.
Kegiatan pemerdagangan manusia yang berpunca daripada
19 pelbagai faktor semakin meningkat sehingga meninggalkan
kesan negatif kepada Malaysia.
Ulangan
2014 Menurut International Medical Products Counterfeiting
Taskforce, sekitar tiga hingga lima peratus ubat dalam
pasaran farmaseutikal di Malaysia yang kebanyakkannya
dibawa masuk dari luar negara ialah ubat tiruan.
20 Pengambilan ubat-ubatan ini menimbulkan pelbagai risiko
kepada pengguna dan usaha tertentu perlu diambil untuk
membanteras kegiatan pengedarannya di negara ini.
Bincangkan.
Malaysia mendapat banyak manfaat sebagai anggota
18 penubuhan ASEAN. Huraikan.
Jenayah rentas benua atau jenayah transnasional
dikatakan semakin berleluasa. Malaysia perlu mengambil
2015 19 tindakan yang sewajarnya untuk membanteras jenayah ini.
Bincangkan.
Melalui amalan dasar berbaik-baik dengan negara luar,
20 Malaysia mendapat banyak manfaat dalam bidang
ekonomi. Huraikan.
Peranan penting Malaysia dalam pertubuhan ASEAN tidak
terhad hanya untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang
18 ekonomi, malah melibatkan kerjasama dalam pelbagai
aspek. Bincangkan.
Malaysia dikelilingi oleh beberapa buah negara yang tidak
Ulangan mempunyai kestabilan politik dalaman. Ketidakstabilan
19
2015 politik negara-negara tersebut memberikan kesan tertentu
kepada Malaysia. Huraikan.
Pembangunan teknologi pertahanan melalui pemindahan
teknolohgi dan perkongsian pintar dengan negara luar
20 memberikan banyak kepentingannya dengan Malayia.
Huraikan.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


5

TAHUN No Soalan SOALAN


Malaysia komited terhadap usaha Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjamin keamanan dan
18 keselamatan antarabangsa. Jelaskan usaha-usaha yang
telah dilakukan oleh Malaysia demi menunjukkan
komitmennya.
Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai
2016 19
pusat atau hab pendidikan antarabangsa. Huraikan
langkah yang diambil oleh Malaysia untuk merealisasikan
hasrat tersebut.
Pelaburan langsung asing menjadi sebahagian daripada
pelaburan yang penting untuk memacu pembangunan
20 negara. Pelbagai aspek diambil kira oleh pelabur untuk
membuat pelaburan di Malaysia. Jelaskan.
Malaysia telah menjalin hubungan diplomatik dengan
18 negara luar semenjak awal kemerdekaan. Bincangkan
sebab Malaysia berbuat demikian.
Perubahan gaya hidup yang lebih lestasi dalam kalangan
penduduk Malaysia diperlukan untuk menangani isu
2017 19 kenaikan harga minyak, kepupusan sumber asli dan
perubahan iklim. Huraikan.
Satu daripada kepentingan hubungan dua hala antara
Malaysia dengan negara luar ialah berlakunya pemindahan
20 teknologi ke dalam negara. Bincangkan faedah pemindahan
teknologi dalam sektor pertanian.
Malaysia memperoleh pelbagai manfaat hasil hubungan
18 diplomatik dengan negara jiran dan serantau.
Kestabilan politik di rantau Asia Tenggara penting bagi
Malaysia. Oleh itu, Malaysia perlu memainkan peranan
2018 19 penting untuk mengekalkan kestabilan dan keselamatan di
rantau ini. Jelaskan.
Walaupun kerajaan Malaysia telah menggubal beberapa
20 undang-undang siber, namun kegiatan jenayah siber maih
sukar dibendung. Huraikan.
Kebanjiran warga asing membawa pelbagai ancaman
18 kepada negara. Jelaskan
Dalam mengadakan hubungan luar, Malaysia berpegang
2019 19 kepada pendirian bebas, berkecuali, dan berprinsip.
Pendirian ini masih penting sehingga kini. Jelaskan.
Malaysia melakukan pelbagai usaha pada peringkat
20 serantau dan antarabangsa bagi mencapai hasrat untuk
memesatkan ekonomi negara. Jelaskan.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


6

PENGAJIAN AM SEMESTER 3/2020

1. TARGET & SASARAN

PENGETAHUAN

SKOR A ELEMEN
PENGAJIAN AM KEMAHIRAN
SEMESTER 3 PENTING

TEKNIK

2. PENGETAHUAN - Wajaran
- Sistem Pemarkahan
- Pengetahuan berkaitan konten/sukatan

3. PEMARKAHAN IDEA UTAMA - 10 markah


HURAIAN - 10 markah
BAHASA - 4 markah
FORMAT - 1 markah
JUMLAH - 25 MARKAH

4. Bagaimana cara mendapat esei CEMERLANG :-


– Wajib akur kriteria pemarkahan WAJIB skor 1 untuk format
– Karangan mesti ada ( pendahuluan, 5 perenggan isi dan
penutup)
– Idea mesti hidup dan boleh berdiri sendiri dan boleh
dikembangkan
– Huraian mantap dan koheran
– Minimumkan kesalahan bahasa

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


7

TEKNIK MENGANALISIS SOALAN KARANGAN

1. Terdapat TIGA perkara yang perlu diperhatikan dalam setiap soalan


karangan iaitu:

Kehendak Skop Soalan Fokus


Soalan Soalan

Sebab / faktor Skop Jelas Terbuka

Kesan / Impak Skop Tidak Tertutup


Jelas

Kepentingan / Faedah

Cabaran / Contoh Skop Jelas


Masalah
Sebab + Kesan = 2 + 3 / 3 + 2

Contoh Skop Tidak Jelas


Soalan Jenis Bincangkan
(Skop 5 + 0 / 1 + 4 / 2 + 3 hanya diketahui dengan mentafsir soalan)

Terbuka
Jawapan tidak terhad, boleh merangkumi banyak aspek

Tertutup
Jawapan yang dikehendaki mempunyai fokus tertentu.
Contohnya soalan mengkehendaki membincangkan
bidang ekonomi sahaja

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


8

Contoh Soalan 1
Krisis hubungan antara negara yang berlaku akan menjejaskan pelbagai
kerjasama. Huraikan punca-punca yang mungkin mencetuskan krisis
tersebut.

Skop
Jelas
5+0
Fokus Soalan Terbuka

Kehendak Soalan Punca / Sebab Krisis Berlaku

Skop soalan jelas kerana perkataan punca telah dinyatakan dalam soalan
manakala frasa mencetuskan krisis menjelaskan bahawa punca yang
diberikan mestilah yang mencetuskan krisis.

Fokus soalan terbuka kerana perkataan punca tidak memperincikan mana-


mana punca secara specifik malah calon boleh berikan apa-apa punca dari
mana-mana bidang atau aspek dalam penulisan karangan.

Kehendak soalan mestilah menepati perkara yang perlu dibincangkan dan


dalam konteks ini, calon mesti berikan punca pencetusan krisis.

Cadangan Idea Utama

1. Ancaman Lanun
2. Kemasukan PATI
3. Penyebaran Maklumat Palsu
4. Jenayah Pemerdagangan Manusia
5. Pencerobohan Sempadan

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


9

Contoh Soalan 2
Perlantikan negara Malaysia sebagai tuan rumah sukan antarabangsa
Komanwel dan SEA lebih sepuluh tahun yang lalu telah mematangkan
negara dalam bidang sukan. Jelaskan persediaan yang pernah
dilakukan dan manfaat menjadi tuan rumah sukan antarabangsa.

Skop 2 +3/
Jelas 3+2

Fokus Soalan Tertutup

Kehendak Soalan Apakah persediaan? Apakah manfaat?

Skop soalan jelas kerana perkataan persediaan dan manfaat dinyatakan


dalam soalan secara jelas. Oleh itu, skop soalan melibatkan perbincangan
yang merangkumi dua aspek.

Fokus soalan tertutup kerana perkataan sukan antarabangsa telah


menekankan calon-calon untuk hanya membincangkan aspek sukan
antarabangsa.

Kehendak soalan mestilah menepati perkara yang perlu dibincangkan dan


dalam konteks ini, calon mesti berikan persediaan yang pernah dilakukan
dan manfaat menjadi tuan rumah. Namun calon mesti menumpukan
hanya kepada sukan antarabangsa sahaja.

Cadangan Idea Utama


(Persediaan)

1. Menyediakan Kompleks Sukan


2. Menyediakan Prasarana yang Sesuai
(Manfaat)

3. Pendapatan Negara Meningkat


4. Perpaduan Rakyat Pelbagai Negara Terjalin
5. Ilmu Pengetahuan tentang Sukan Meningkat

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


10

Contoh Soalan 3
Bidang penyelidikan dan pembangunan (P&P) bukanlah suatu yang
baharu di Malaysia. Bidang ini perlu dikembangkan di peringkat
antarabangsa dalam pelbagai sektor. Jelaskan.

Skop
Tidak 5+0
Jelas Fokus Soalan Tertutup

Apakah usaha yang perlu


Kehendak Soalan dikembangkan di
peringkat antarabangsa?

Skop soalan tidak jelas kerana perkataan usaha / langkah tidak


dinyatakan malah perkataan ‘dikembangkan’ telah digunakan dalam
soalan. Sekiranya, calon tidak berhati-hati kehendak soalan tidak dapat
dikenal pasti.

Fokus soalan tertutup kerana perkataan pelbagai sektor dalam soalan


menunjukkan bahawa calon perlu menyentuh perkataan sektor dalam isi.

Kehendak soalan mestilah menepati perkara yang perlu dibincangkan dan


dalam konteks ini, usaha / langkah perlu dijelaskan. Calon perlu memberi
perhatian kepada ‘pelbagai sektor.’

Cadangan Idea Utama

1. Sektor Pertanian
2. Sektor Perubatan
3. Sektor Perindustrian
4. Sektor Keselamatan
5. Sektor Sukan

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


11

Contoh Soalan 4
Masalah kemunduran yang melanda di beberapa buah negara
membangun bukanlah disebabkan oleh faktor bencana alam semata-
mata. Ulaskan.

Skop
1+4
Jelas
Fokus Soalan Terbuka

Apakah faktor lain selain


Kehendak Soalan faktor bencana alam bagi
masalah kemunduran?

Skop soalan jelas kerana perkataan ‘masalah kemunduran di negara


membangun’ telah dinyatakan dalam soalan. Oleh yang demikian, adalah
mudah bagi calon untuk mengenal pasti skop perbincangan.
Fokus soalan terbuka kerana frasa dalam ayat yang menekankan ‘bukan
faktor bencana alam semata-mata’ menunjukkan terdapat aspek-aspek
lain yang perlu dibincangkan.

Kehendak soalan mestilah menepati perkara yang perlu dibincangkan iaitu


faktor-faktor kemunduran negara membangun. Calon perlu memberi
perhatian kepada faktor lain selain bencana alam.

Cadangan Idea Utama

1. Bencana Alam (Idea Wajib)


2. Bentuk Muka Bumi
3. Sikap negatif rakyat
4. Kelemahan pemimpin
5. Persaingan global

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


12

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN

Setiap soalan atau tajuk karangan dibahagikan kepada tiga aspek iaitu:

BIDANG ISU SKOP

BIS
Politik Sebab / Faktor

Ekonomi Kesan / Impak

Sosial Kepentingan / Faedah

Cabaran / Masalah

Contoh Tajuk Karangan


Perlantikan negara Malaysia sebagai tuan rumah sukan antarabangsa
Komanwel dan SEA lebih sepuluh tahun yang lalu telah mematangkan negara
dalam bidang sukan. Jelaskan persediaan yang pernah dilakukan dan
manfaat menjadi tuan rumah sukan antarabangsa.

Bidang = Sukan Antarabangsa = Sosial


Isu = Malaysia telah menjadi tuan rumah
Skop = Persediaan Malaysia dan Manfaat yang diperoleh

Contoh Pendahuluan
( Isu dan Skop telah dibincangkan dalam pendahuluan di bawah)

Malaysia merupakan sebuah negara yang pernah diberi penghormatan untuk


menjadi tuan rumah dalam menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa. Oleh
yang demikian, pelbagai persediaan telah dilakukan dan banyak juga
manfaat yang telah diperoleh oleh negara kita.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


13

TEKNIK MENULIS KESIMPULAN

Terdapat beberapa elemen yang boleh digunakan dalam menghasilkan


kesimpulan yang jitu

PERNYATAAN CADANGAN HARAPAN


UMUM

PU CA H

Contoh Tajuk Karangan


Perlantikan negara Malaysia sebagai tuan rumah sukan antarabangsa
Komanwel dan SEA lebih sepuluh tahun yang lalu telah mematangkan negara
dalam bidang sukan. Jelaskan persediaan yang pernah dilakukan dan
manfaat menjadi tuan rumah sukan antarabangsa.

Calon boleh mulakan kesimpulan dengan perkataan seperti:


Kesimpulannya, Justeru, Natijahnya, Jelaslah bahawa, Sebagai Konklusinya

Penyataan Umum
Penganjuran sukan bertaraf dunia akan membawa negara Malaysia ke era
kecemerlangan

Cadangan
Semua pihak harus berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam
menjayakan pertandingan seperti ini.

Harapan
Agar prestasi sukan negara kita juga dapat ditingkatkan

*********************************************************************************

Contoh Kesimpulan

Kesimpulannya, penganjuran sukan bertaraf dunia akan membawa negara


Malaysia ke era kecemerlangan. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu
dan menggembleng tenaga dalam menjayakan pertandingan seperti ini
agar prestasi sukan negara kita juga dapat ditingkatkan

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


14

PENDEKATAN UNTUK MEMAHAMI TAJUK SOALAN

SOALAN 1
Malaysia memutuskan untuk menjalinkan hubungan dengan semua
negara tanpa mengira ideologi. Perincikan bentuk-bentuk hubungan
yang dijalinkan Malaysia dengan negara lain.

Cuba teliti soalan di atas, fikir dan kenal pasti elemen-


elemen di bawah sebagai langkah menganalisi soalan

Kehendak Soalan :

Skop Soalan :

Fokus Soalan :

Setelah mengenal pasti semua elemen, cuba fikirkan dan


senaraikan idea-idea utama bagi soalan karangan di atas.

Idea Utama (i) :

(ii) :

(iii) :

(iv) :

(v) :

Setelah selesai cuba bincangkan dengan guru anda bagi skema jawapan yang
telah dilampirkan.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


15

Kehendak Soalan : Bentuk – bentuk hubungan yang dijalin oleh Malaysia


Skop Soalan : 5+0
Fokus Soalan : Apa-apa hubungan yang dijalin oleh Malaysia

Pendahuluan Hubungan yang dibentuk Malaysia dengan negara lain telah


membawa keuntungan bukan sahaja kepada Malaysia, malah
kepada negara berkenaan. Hubungan yang dibentuk melalui
hubungan diplomatik membawa kepada bentuk hubungan lain
Bentuk-Bentuk Hubungan Yang Dijalinkan Malaysia Dengan Negara Lain
Idea Utama 1 Mengadakan hubungan perdagangan
• Malaysia banyak mengadakan hubungan dagangan dengan mana-
mana negara yang membuka pasarannya kepada Malaysia.

• Ekonomi Malaysia bersifat terbuka. Dengan wujudnya hubungan


dagangan dengan banyak negara, eksport negara meningkat
dan situasi ini mengukuhkan ekonomi negara.

• Untuk meningkatkan lagi hubungan dagangan, Malaysia


mengadakan perjanjian dagangan dua hala dengan beberapa buah
negara seperti Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan
Jepun dan Pakistan. Perjanjian dagangan ini telah meningkatkan
eksport Malaysia kerana negara berkenaan bersedia membuka
pasaran kepada Malaysia
Idea Utama 2 Mengadakan perkongsian
• Malaysia juga menjalinkan hubungan dengan mengadakan
perkongsian pembangunan wilayah.

• Pembentukan segi tiga pertumbuhan telah mewujudkan


Memorandum Persefahaman Serantau. Persefahaman ini
melibatkan Malaysia dengan negara jiran di sebelah utara dan
selatan.

• Di sebelah kawasan selatan, melibatkan Singapura, Indonesia


(Batam) dan Malaysia (Johor). Manakala di sebelah kawasan
utara, melibatkan selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan
Sumatera Utara
Idea Utama 3 Perkongsian data
• Perkongsian data, maklumat dan risikan juga merupakan bentuk
maklumat dan risikan hubungan yang dijalin Malaysia dengan
negara lain.

• Dalam memerangi keganasan merentasi sempadan, Malaysia


menjainkan hubungan dan kerjasama dengan mengadakan
perkongsian maklumat dan risikan.

• Jalinan ini melibatkan negara Indonesia, Australia dan Singapura.


Beberapa siri tangkapan dan pendakwaan berjaya dilakukan dengan
pertukaran maklumat berkenaan.
• Pertukaran maklumat ini penting memandangkan semakin
meningkatnya jenayah merentasi sempadan

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


16

Idea Utama 4 Hubungan pendidikan


• Hubungan yang paling bermakna untuk perkembangan dan
kemajuan negara melibatkan hubungan pendidikan.

• Hubungan Malaysia dibina dengan banyak negara bagi


mendapatkan peluang pendidikan untuk rakyatnya.

• Bidang berkenaan tidak dapat ditawarkan secara meluas dalam


negara kerana kekurangan pakar. Malaysia mempunyai hubungan
erat dengan Britain, Amerika Syarikat, Rusia dan beberapa negara
lagi utk tujuan ini.

Idea Utama 5 Hubungan politik


• Malaysia juga menjalinkan hubungan politik dengan banyak
negara. Hubungan diplomatik yang terbentuk membolehkan
Malaysia menyalurkan bantuan dan meringankan beban
negara lain yang ditimpa bencana. Bantuan Malaysia amat
disanjungi oleh negara berkenaan.

• Malaysia menghulurkan bantuan material dan pakar


berkenaan semasa bencana tsunami di Acheh dan Jepun, bencana
ribut di Myanmar serta banjir di Filipina dan Bangladesh. Malaysia
juga menyalurkan bantuan yang besar kepada rakyat Bosnia
Herzegovina semasa Perang Balkan.

• Saluran bantuan ini telah mewujudkan hubungan yang erat antara


rakyat dengan kerajaan dua negara

Kesimpulan Malaysia menjalin hubungan dengan pelbagai negara tanpa


mengira ideologi. Hubungan yang dijalinkan, khususnya
hubungan politik telah memberi peluang kepada Malaysia untuk
menjalinkan hubungan dagangan

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


17

SOALAN 2
Hubungan diplomatik yang dibentuk secara bilateral dan multilateral di
peringkat antarabangsa telah berjaya mewujudkan kerjasama dalam
pelbagai bidang. Huraikan.

Cuba teliti soalan di atas, fikir dan kenal pasti elemen-elemen di bawah
sebagai langkah menganalisi soalan

Kehendak Soalan :

Skop Soalan :

Fokus Soalan :

Para pelajar dikehendaki mengenalpasti 5 idea utama bagi


tajuk karangan di atas sebelum berbincang dengan guru.
Selamat Mencuba!

Idea Utama (i) :

(ii) :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


18

(iii) :

(iv) :

(v) :

Kehendak Soalan : Kerjasama


Skop Soalan : 5+0
Fokus Soalan : Pelbagai bidang

Pendahuluan Hubungan diplomatik amat penting bagi setiap negara di peringkat


antarabangsa. Hubungan diplomatik yang dibentuk baik secara
bilateral maupun multilateral akan mewujudkan kerjasama yang
baik dalam pelbagai bidang.
Kerjasama dalam pelbagai bidang (serantau + global)
Idea Utama 1 Bidang ekonomi
● Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan
negara-negara industri yang maju.

● Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan negara Jepun


dan Korea Selatan melalui Dasar Pandang Ke Timur

● Malaysia bekerjasama dalam bidang industri sehingga


membolehkannMalaysia berjaya menghasilkan kereta keluaran
nasional Proton
Idea Utama 2 Bidang sosial dan budaya
● Pertemuan wakil-wakil negara dalam acara dunia seperti festival
filem, sudah tentu akan membuahkan projek usaha sama dalam
pembikinan filem.

● Sebagai contoh pada tahun 2011 rakyat Malaysia telah


bekerjasama dengan artis luar negara di United kingdom dalam
pembikinan filem berunsur sejarah ‘The Malay Chronicles:
Bloodlines’ dan filem tersebut telah berjaya menembusi pasaran
dunia.
Idea Utama 3 Bidang Sains dan Teknologi
● Melalui hubungan diplomatik ini, negara-negara anggota ASEAN
dapat memanfaatkan Pusat Serantau Sains Asia dan
membangunkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di
negara masing-masing.

● Di samping itu, dengan adanya hubungan diplomatik yang baik

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


19

ini, negara Malaysia dapat melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia


(MEASAT) untuk memudahkan perhubungan antara negara.
Idea Utama 4 Bidang pendidikan
● Negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia telah
bersatu untuk menubuhkan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-
Malaysia (MABBIM) untuk meningkatkan mutu dan penggunaan
bahasa Melayu sebagai lingua franca.

● Selain itu, Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara


(SEAMEO) turut dibentuk untuk menggalakkan kerjasama dalam
bidang pendidikan, budaya dan sains.

Idea Utama 5 Bidang sukan


● Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti Sukan SEA, Sukan
Komanwel atau Sukan Olimpik bukan suatu yang mudah bagi tuan
rumah.

● Negara yang menjadi tuan rumah akan menghubungi negara-


negara lain yang mengambil bahagian dalam acara sukan.

● Oleh yang demikian, dengan adanya hubungan diplomatik antara


negara ini, kerjasama dalam bidang sukan dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Kesimpulan Kesimpulannya, pelbagai pihak hendaklah bersatu untuk
memastikan kerjasama melalui hubungan
diplomatik berjaya dilaksanakan. Dengan adanya hubungan
diplomatik, segala kesukaran di peringkat
antarabangsa dapat diatasi bersama.

SOALAN 3
Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di peringkat
serantau dan antarabangsa adalah penting kepada pembangunan dan
kesejahteraan negara. Bincangkan.

Kehendak Soalan :

Skop Soalan :

Fokus Soalan :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


20

Idea Utama (i) :

(ii) :

(iii) :

(iv) :

(v) :

Kehendak Soalan Kepentingan hubungan Malaysia dengan negara lain


Skop Soalan 5+0
Fokus Soalan Pembangunan dan kesejahteraan negara
Pendahuluan Bagi menjaga kepentingan, keamanan, dan keselamatan
negara, hubungan antara Malaysia dengan negara lain adalah
penting. Kebanyakan negara bergantung antara satu dengan
yang lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi,
teknologi dan keselamatan
Kepentingan Hubungan Malaysia dengan negara lain
Idea Utama 1 Peningkatan pasaran buruh
∙ Hubungan diplomatik memudahkan negara kita mendapatkan
khidmat buruh asing
∙ Penawaran buruh daripada negara-negara yang sedang
membangun seperti Indonesia, Bangladesh atau Myanmar
dapat memajukan lagi kegiatan ekonomi dalam negara
∙ Kemasukan pekerja asing dapat dijalankan dengan teratur.
∙ Pembangunan negara kita dalam pelbagai sektor juga
bertambah lancar
Idea Utama 2 Hubungan serantau menjamin keselamatan negara
∙ Sesama ASEAN, terdapat kerjasama membanteras pengedaran
dadah dan pemerdagangan manusia
∙ Maklumat perisikan dikongsi bersama
∙ Operasi melintasi sempadan negara dijalankan untuk
membanteras kegiatan haram ini
∙ Semua negara anggota bertukar-tukar maklumat perisikan
dan latihan membanteras jenayah
∙ Keamanan sosial dan negara lebih terjamin
Idea Utama 3 Perkembangan dalam bidang pendidikan
∙ Hubungan diplomatik meluaskan lagi peluang pendidikan
antarabangsa
∙ Rakyat Malaysia berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke
negara luar seperti Amerika Syarikat, Jepun, dan Korea Selatan
∙ Universiti terkenal di peringkat dunia membuka cawangan di
Malaysia

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


21

∙ Ramai pelajar antarabangsa diambil


∙ Meningkatkan mutu IPTA dan IPTS di negara kita

Idea Utama 4 Hubungan antarabangsa juga dapat mengembangkan


perdagangan ekonomi
∙ Sebagai contoh kerjasama ekonomi melalui Perjanjian
Perdagangan Bebas dijalin
∙ Misalnya AFTA, IMT-GT, APEC, ASEM, Kerjasama Selatan-
selatan dan sebagainya
∙ Barangan Malaysia dapat menembusi pasaran global
∙ Setiap negara juga akan memperluas rakan dagang masing-
masing
∙ Ekonomi Malaysia dapat berkembang maju ke arah negara
yang berpendapatan tinggi
Idea Utama 5 Kemajuan dalam bidang pembuatan/perindustrian
∙ Malaysia telah mengadakan pelbagai dasar luar negara untuk
memajukan bidang perindustrian
∙ Sebagai contoh, “Dasar Pandang ke Timur” dengan
menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai negara contoh
∙ Melalui hubungan positif ini, rakyat negara Malaysia
berpeluang untuk mempelajari teknologi Jepun dan Korea
Selatan yang canggih
∙ Dengan itu, industri automobile seperti Projek Proton dapat
dikembangkan
Idea Utama 6 Hubungan diplomatik serantau dapat memupuk
persefahaman sosiobudaya
∙ Rakyat negara terlibat bebas melancong dan menjalin
hubungan baik dengan negara lain
∙ Kita akan mengetahui budaya dan cara hidup masyarakat
masing-masing
∙ Promosi Tahun Melawat ASEAN menonjolkan kepelbagaian
budaya rakyat di rantau ini
∙ Memperkayakan lagi budaya kita dan nilai-nilai murni dapat
digarap
∙ Majlis Bahasa Brunei Darusslam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM) menyelaraskan ejaan dan sebutan Bahasa Melayu
untuk memartabatkan Bahasa Melayu

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


22

∙ Persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk dan seterusnya


dapat melunturkan sentiment permusuhan
Kesimpulan Hubungan baik Malaysia dengan negara lain banyak
memberikan manfaat kepada Malaysia. Malaysia seharusnya
mengekalkan sikap keterbukaan dalam menjalinkan hubungan
dua hala dengan negara lain.

SOALAN 4
Dasar luar Malaysia adalah untuk melindungi kepentingan nasional di
arena antarabangsa. Huraikan prinsip yang diambil oleh negara dalam
usaha mengekalkan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh kuasa
luar.

Kehendak Soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama (i) :

(ii) :

(iii) :

(iv) :

(v) :

SOALAN 5
Malaysia mengutuk kejadian keganasan yang berlaku di kebanyakan
negara di dunia ini dan mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan
jenayah ini. Jelaskan.

Kehendak Soalan :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


23

Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama (i) :

(ii) :

(iii) :

(iv) :

(v) :

SOALAN 6
Kini, keadaan dunia menjadi kecoh dan keamanan sejagat terancam
memandangkan keganasan antarabangsa tercetus di serata dunia.
Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang
terlibat ke pinggir kehancuran. Bincangkan kesan keganasan
antarabangsa dan langkah untuk mengatasi keganasan tersebut.

Kehendak Soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama (i) :

(ii) :

(iii) :

(iv) :

(v) :

SOALAN 7
Malaysia sering diberi kepercayaan menjadi penganjur kejohanan dan
persidangan besar peringkat antarabangsa sama ada dalam bidang sukan
mahupun forum dan persidangan. Huraikan kekuatan yang dimiliki oleh
negara sehingga mendapat kepercayaan tersebut.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


24

Kehendak Soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama (i) :

(ii) :

(iii) :

(iv) :

(v) :

SOALAN 8
Kemiskinan ialah suatu fenomena global yang sangat kompleks yang
berpunca daripada pelbagai faktor. Malaysia boleh membantu negara yang
sedang membangun yang lain keluar daripada belenggu kemiskinan.
Bincangkan.

Kehendak Soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama (i) :

(ii) :

(iii) :

(iv) :

(v) :

SOALAN 9
Huraikan sumbangan Malaysia dalam mengekalkan keamanan Dunia.

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


25

Kehendak Soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama (i) :

(ii) :

(iii) :

(iv) :

(v) :

SOALAN 10
Peranan penting Malaysia dalam pertubuhan ASEAN tidak terhad hanya
kepada mewujudkan kerjasama ekonomi sahaja, malah melibatkan
kerjasama dalam pelbagai aspek. Bincangkan.

Kehendak Soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama (i) :

(ii) :

(iii) :

(iv) :

(v) :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


26

SOALAN 11
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kurang berperanan dalam usaha menjamin
keamanan dunia. Namun begitu, PBB memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang
sosiopolitik dunia. Bincangkan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 12
Walaupun wujud masalah di sebalik pengisytiharan Undang-Undang Zon Ekonomi
Eksklusif (ZEE) namun, pelaksanaan undang-undang ini menyelesaikan banyak perkara
yang berbangkit. Jelaskan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 13
Sememangnya terdapat banyak faedah dan kepentingan yang dapat diperoleh sebagai tuan
rumah persidangan antarabangsa. Huraikan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


27

SOALAN 14
Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Banyak kebaikan yang
diperolehi dengan penglibatan tersebut. Bincangkan .

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 15
Malaysia mendapat banyak manfaat sebagai anggota pertubuhan ASEAN. Huraikan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 16
Penglibatan aktif Malaysia dalam pertubuhan serantau ASEAN telah mewujudkan kerjasama
dalam bidang ekonomi telah memajukan rantau ASEAN. Huraikan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


28

SOALAN 17
Selain daripada mencetuskan Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ( ZOPFAN ),
Malaysia memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kestabilan di rantau ini.
Bincangkan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 18
Perubahan iklim dunia semakin ketara menyebabkan kemarau berpanjangan dan bencana
banjir besar serta kemusnahan hidupan bumi. Jelaskan penglibatan Malaysia dalam
menangani isu ini di peringkat global.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 19
Mengekalkan keamanan dunia merupakan matlamat utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Sebagai anggota PBB Malaysia telah menunjukkan komitmennya dengan
menghantar tentera untuk misi pengaman di bawah panji PBB. Walau bagaimanapun
terdapat juga usaha-usaha lain yang menunjukkan penglibatan Malaysia di bawah panji
tersebut. Bincangkan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


29

SOALAN 20
Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB ( UNHCR ) diamanahkan untuk
menguruskan isu pelarian. Selain malapetaka alam, isu pelarian adalah manifestasi perbuatan
manusia sendiri. Bincangkan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 21
Kestabilan politik serantau ASEAN amat penting kepada semua negara anggota. Oleh itu,
strategi memperkukuh kestabilan politik perlu dilaksanakan. Bincangkan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 22
Malaysia berpotensi meningkatkan kadar pertumbuhan ekonominya agar dapat bersaingan
dengan ekonomi global. Bincangkan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


30

SOALAN 23
Malaysia sangat aktif dalam sektor pertanian. Meskipun Malaysia berdepan dengan pelbagai
cabaran di pelbagai peringkat namun Malaysia tetap gigih berusaha memajukan sektor
pertanian. Jelaskan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 24
Malaysia tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam arus perkembangan nanoteknologi.
Dengan kerjasama di peringkat antarabangsa, Malaysia semakin berusaha untuk memajukan
bidang nanoteknologi ini. Ulaskan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 25
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Malaysia untuk memajukan industri
perkapalan agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa, namun industri ini masih berdepan
dengan pelbagai cabaran. Bincangkan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


31

SOALAN 26
ASEAN yang ditubuhkan bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau menghadapi
pelbagai cabaran yang perlu ditangani oleh negara anggota bagi mencapai tujuan tersebut.
Bincangkan.
Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 27
Keamanan dunia merupakan hasrat masyarakat dunia. Sumbangan Malaysia kepada
keamanan dunia tidak dapat dipertikaikan lagi. Jelaskan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 28
Teknologi robot berkembang dengan pesat disebabkan oleh ledakan teknologi maklumat.
Teknologi robot kini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Teknologi robot
memang mempunyai kepentingan dalam kehidupan manusia. Huraikan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG


32

SOALAN 29
Usaha Malaysia menjadi hub halal boleh menjadi kenyataan kerana negara mempunyai
potensi pengeluar produk halal dunia. Walau bagaimanapun, masih wujud pelbagai cabaran
kepada Malaysia untuk menjadi hub produk tersebut. Bincangkan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

SOALAN 30
Pergolakan politik boleh menjejaskan pembangunan sesebuah negara dan mengancam
keamanan dunia. Jelaskan.

Format Esei :
Kehendak soalan :
Skop Soalan :
Fokus Soalan :
Idea Utama :

JAWATANKUASA PEMIKIR PENGAJIAN AM STPM PULAU PINANG

You might also like