You are on page 1of 14

VENI A/P SUPPIAH MPU2363

810824025038001 SEPTEMBER 2020

PENGAJIAN MALAYSIA 2

SEPTEMBER / 2020

MPU2363

NO. MATRIKULASI : 810824025038001


NO. KAD PENGNEALAN : 810824025038
NO. TELEFON : 012-499 8794
E-MEL : suria95701@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PULAU PINANG LEARNING CENTRE

1
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Pengenalan 3

Tugasan 1 (i) 4-6

Tugasan 1 (ii) 7-11

Tugasan 1 (iii) 12

Tugasan 2 13

Rujukan 14

PENGENALAN

2
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Dasar luar negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Dasar luar negara
boleh dianggap sebagai instrument atau alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung,
berinteraksi dengan sebuah negara yang lain, baik yang berjiran denganya atau yang berada jauh
denganya. Melalui dasar luar negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu
yang berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi kedudukan geografi
dalam hubungan antarabangsa. Dalam sistem perhubungan antarabangsa, pembentukan dasar luar
negara juga perlu mengambil kira dasar luar atau sikap negara-negara lain. Dasar luar boleh diubah
mengikut senario politik antarabangsa.
Malaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.
Antara matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara
kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu ia juga menggalakkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan melalui kerjasama antarabangsa.
Dasar luar negara juga adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap
usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Hal ini lebih di utamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala
negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama
dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Hal ini demikian kerana
kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi,
teknologi dan keselamatan.
. Bentuk Dasar Luar Malaysia atau Bentuk Hubungan Luar boleh dibahagikan kepada dua
bentuk hubungan iaitu hubungan Bilateral dan hubungan Multilateral. Hubungan Bilateral merujuk
kepada hubungan secara terus dengan negara tertentu, sebagai contoh hubungan Malaysia dengan
negara jiran seperti Indonesia. Hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika
Latin.
Hubungan Multilateral pula merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan
pertubuhan. Malaysia telah melibatkan secara aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN),
Pertubuhan Negara-Negara Bekas Jajahan British (KOMANWEL), Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) dan sebagainya.

TUGASAN 1 (i)

3
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Malaysia akan terus melaksanakan dasar luar yang bebas, berprinsip dan pragmatik serta
berasaskan nilai-nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan. Teras utama dasar luar
Malaysia adalah untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan negara serta untuk menyumbang
secara bermakna ke arah masyarakat dunia yang adil dan saksama melalui perhubungan diplomasi
yang effektif.

Dasar luar Malaysia dipengaruhi dan dibentuk oleh tiga faktor utama iaitu lokasi Malaysia
yang strategik di Asia Tenggara, ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan dan demografi
penduduk yang unik. Prinsip asas dasar luar Malaysia masih kekal sejak kemerdekaan walaupun
pendekatan kepada pelaksanaan dasar luar berubah berdasarkan faktor domestik dan faktor luaran
semasa. Penggubalan dasar luar sentiasa berpandukan kriteria-kriteria kredibiliti, konsistensi dan
kepaduan yang telah bertindak memelihara kepentingan negara.

Kepentingan dasar luar Malaysia boleh diterangkan dari segi faedah politik. Sebagai contoh
Ketika Malaysia menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya, pertubuhan KOMANWEL memberi
bantuan ketenteraan kepada negara kita. Hal ini kerana Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan
dengan Britain. Seterusnya Komanwel turut membantu menghadapi konfrantasi Indonesia. Dengan
ini dasar berbaik-baik dengan Komanwel dapat mengekalkan kedaulatan negara. Seterusnya
keanggotaan Malaysia dalam Komanwel memberi peluang kepada negara kita menjadi tuan rumah
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur 1989. Hal ini
meningkatkan imej Malaysia di persada dunia.

Selain itu, Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) semasa
pembentukan Malaysia berjaya menyelesaikan isu pertikaian pembentukan Malaysia. Seterusnya di
PBB Malaysia berjaya menjadi anggota Majlis Keselamatan sebanyak 3 kali. Wakil Malaysia ke PBB
Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB serta wakil khas PBB untuk
menyelesaikan konflik politik Myanmar.

Pada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan
untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Selain itu Malaysia juga telah dipilih untuk
menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.

Malaysia juga menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun
2003. Sidang kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 buah negara ahli,
iaitu 31 Ketua Negara dan 32 Ketua Kerajaan. Sidang kemuncak ini telah berjaya mendaftarkan dua
negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. Ini telah mengharumkan lagi nama negara
kita.

4
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Keutamaan terus diberikan kepada ASEAN yang merupakan teras kepada dasar luar Malaysia.
Penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015 telah mempertingkatkan pendekatan dan penglibatan
Malaysia dalam hubungan kerjasama serantau. Pada masa yang sama, pengukuhan aspek-aspek
hubungan dua hala dan pelbagai hala antara Malaysia dan dunia sejagat akan terus menjadi fokus
penting. Kesejahteraan negara adalah berasaskan hubungan mesra dan kukuh dengan negara-negara
lain beserta komitmen negara terhadap sistem pelbagai hala. Sebagai contoh, melalui pengiystiharaan
‘ZOPFAN’ dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971 , keamanan dan kestabilan politik negara kita
terjamin. Malaysia juga telah menjadi Tuan Rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2015.

Di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Malaysia terus mempromosi dasar luar yang
berpragmatik dan berwawasan supaya dapat memudahkan perdagangan, menarik pelaburan asing
serta memacu Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dan aman. Dasar luar Malaysia juga
membantu negara mendapat faedah ekonomi. Negara-negara Komanwel seperti Britain, Singapura,
India merupakan pasaran utama barangan dari Malaysia serta dapat peluang pelaburan daripada
negara tersebut.

Syarikat-syarikat tempatan juga mendapat peluang untuk melabur di negara-negara tersebut.


Contohnya projek lebuhraya di India telah ditawarkan kepada syarikat Malaysia. Hal ini dapat
membantu majukan ekonomi negara. Khasnya meningkatkan sumber pendapatan negara serta
memberi peluang pekerjaan.

Bank Dunia juga telah memberikan bantuan bagi menjayakan rancangan FELDA dan
membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Hal ini telah membantu kemasukan pelabur-
pelabur asing dan ini dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan menyediakan peluang
pekerjaan.

Bank Pembangunan Islam pula memberi pinjaman bagi melaksanakan projek-projek


pembangunan untuk kepentingan rakyat. Negara-negara Islam telah menjadi kawasan pasaran baru
untuk negara kita. Selain itu mereka juga telah melabur di negara kita seperti membuka cawangan
bank seperti Bank Kuwait. Negara kita juga telah menjadi pilihan utama kepada pelancong-pelancong
dari negara-negara Islam.

Selain itu ASEAN telah menjadi rakan perdagangan utama dalam import dan eksport
barangan Malaysia seperti Singapura dan Thailand. Rakyat Malaysia juga mendapat peluang
pekerjaan di negara-negara ASEAN seperti Singapura. Ini dapat meningkatkan pendapatan individu ,
negara dan kemasukan wang asing. Negara kita juga telah menjadi tumpuan utama tenaga buruh dari
negara-negara jiran seperti dari Indonesia dalam sektor pembinaan. Hal ini dapat membantu

5
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

meningkatkan pembangunan negara. Kerjasama dengan negara jiran turut dapat memajukan sektor
perindustrian negara. Contohnya projek Baja Urea di Bintulu Sarawak. Ini dapat membangunkan
kawasan persekitaran Bintulu yang berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

Hubungan baik antara Malaysia dengan Jepun dan Korea Selatan membawa kepada
perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi yang menguntungkan negara kita. Contohnya
dalam bidang automobil kereta nasional negara kita menggunakan enjin Mitsubishi Jepun. Selain itu
pekerja tempatan berpeluang mengikuti latihan kemahiran dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan.

Malaysia juga mendapat faedah sosial melalui dasar luar negara yang dilaksanakan. Hubungan
baik Malaysia dengan negara-negara luar telah memberi sumbangan kepada bidang pendidikan.
Pelajar-pelajar dari Malaysia diberi peluang untuk belajar di negara-negara seperti Jepun, Britain,
Australia. Hal ini dapat melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing peringkat antarabangsa.

Selain itu pelajar-pelajar luar negara seperti Nigeria dan Arab melanjutkan pelajaran di negara
kita. Ini turut meningkatkan ekonomi negara kita. Universiti terkenal di dunia seperti Monash dan
Nottingham telah membuka cawangan di negara kita. Ini telah memberikan banyak peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan. Kini Malaysia telah menjadi hub pendidikan yang terkenal di dunia.
Seterusnya keadaan ini mengurangkan pelajar kita melanjutkan pelajaran ke luar negara dan
menjimatkan pengaliran keluar wang negara serta mengurangkan beban kewangan keluarga mereka.

Malaysia juga berpeluang menganjurkan sukan pada peringkat antarabangsa. Contohnya pada
tahun 1998 Malaysia telah menganjurkan Sukan Komanwel. Malaysia telah menjadi tuan rumah
untuk Hoki Piala Dunia. Malaysia juga menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Piala Uber bagi
permainan badminton. Selain itu juga menjadi tuan rumah Sukan Sea beberapa kali. Semua ini telah
mengharumkan nama negara peringkat antarabangsa.

TUGASAN 1 (ii)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada Jun 1945 di San Francisco,
dianggotai 26 negara pada awalnya dan kemudian jumlah tersebut meningkat kepada 185 negara.
Malaysia diterima menjadi anggota rasmi ke 82 PBB pada 17 September 1957. Melalui Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia membantu menyelesaikan konflik antarabangsa dimana
pendirian Malaysia dalam menentang penjajahan bukan sekadar cakap kosong semata-mata tetapi
diikuti dengan tindakan yang tegas. Malaysia bersuara tegas dalam menentang penjajahan Belanda di
Iran Barat dan penjajahan Perancis di Algeria dan kedua-dua negara tersebut kini telah pun bebas dari
belengu penjajahan.

6
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Malaysia juga merupakan negara yang memberikan sumbangan besar kepada kemerdekaan
Zimbabwe di Afrika. Zimbabwe yang dahulunya dikenali dengan Rhodesia merupakan wilayan
jajahan Britain. Walau bagaimanapun, penduduk minoriti kulit putih di kawasan tersebut telah
memerdekakan Rhodesia secara haram dan bertindak untuk menubuhkan kerajaan kulit putih. Ini
menimbulkan konflik diantara minoriti kulit putih dan majoriti kulit hitam di wilayah tersebut.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menggesa Britain yang merupakan kuasa
penjajah di wilayan tersebut untuk menyelesaikan segala masalah kemerdekaan tanah jajahan itu.
Suara Malaysia lantang kedengaran dalam persidangan dan forum antarabangsa termasuklah
persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwell dan persidang PBB. Desakan in semakin mendapat
perhatian umum dan akhirnya mewujudkan penyelesaian dengan kewujudan Zimbabwe, sebuah
negara merdeka dan berdaulat dengan pemerintahan dari golongan terbesar rakyat Afrika yang
berkulit hitam.
Pemanasan global hari ini telah membawa kepada perubahan iklim yang ketara. Perubahan
iklim ini merupakan isu yang menjadi cabaran penting bukan sahaja di peringkat negara kita tetapi
cabaran dunia hari ini. Malaysia turut melibatkan dalam menangani isu seperti menghadiri
Persidangan Antarabangsa PBB di Kyoto dan Copenhagen Denmark. Protokol Kyoto telah disertai
142 negara dunia termasuk Malaysia, dimaterai untuk mengawal pelepasan rumah hijau. Manakala,
Persidangan Copenhagen pula dihadiri oleh 193 buah Negara termasuk Malaysia Berjaya merangka
pelan tindakan untuk menangani kesan perubahan iklim dunia.
Malaysia juga telah mengadakan kempen Program ‘Earth Hour’ yang dilancarkan secara rasmi
semasa Persidangan Perubahan Iklim PBB di Bali pada 14 Disember 2009. Kempen ini mengajak
penduduk dunia termasuk rakyat Malaysia untuk bergelap dengan memamdamkan semua lampur
yang menggunakan kuasa elektrik tepat pada 8.30 malam waktu tempatan. Malaysia menyokong
kempen ini sebagai tanda keprihatinan negara bagi menangani pemanasan global.

Malaysia turut memberikan sumbangan dalam menegakkan keadilan terhadap konsep human
right yang harus dihormati oleh semua penghuni dunia. Malaysia merupakan negara yang bersuara
lantang dalam mengutuk dasar Apartheid yang diamalkan oleh minoriti kulit putih di Afrika Selatan.
Sikap Malaysia dalam menetang tindakan minoriti kulit putih bukan setakat kutukan semata-mata
malahan Malaysia telah bertindak memulaukan semua jenis barangan buatan Afrik Selatan.
Disamping bertindak memulaukan semua barangan daripada Afrika Selatan, Malaysia juga lantang
dalam forum-forum antarabangsa terutamanya dalam sidang PBB bagi membincangkan ketidakadilan
yang berlaku terhadapan majoriti kulit hitam di Afrika Selatan.

7
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Bagi Malaysia, sebagai peribumi asal Afrika Selatan, penduduk kulit hitam tidak boleh
dianggap sebagai ‘hamba’oleh minoriti kulit putih kerana mereka merupakan rakyat sah negara asal
itu. Ketegasan Malaysia yang tidak jemu-jemu dalam menentang dasar Apartheid ini akhirnya
menimbukan satu resolusi yang positif oleh badan dunia kepada penduduk kulit hitam di Afrika
Selatan.
Dasar Apartheid yang dijalankan oleh pemerintah yang terdiri daripada kulit putih telah
diharamkan di seluruh kawasan di Afrika Selatan. Penduduk kulit hitam yang selama ini ditindas kini
mempunyai hak yang sama dengan minoriti kulit putih tidak kira sama ada dari segi politik, ekonomi
mahupun sosial.
Salah satu masalah yang mengancam setiap pelusuk dunia adalah ancaman senjata nuclear.
Sejak awal 60-an, ujian senjata nuclear oleh kuasa-kuasa besar menjadi-jadi dan ini sangat
membimbangkan negara-negara kecil yang cintakan keamanan termasuklah negara Malaysia.
Dalam Perhimpunan Agung PBB ke 16 pada tahun 1961, Malaysia telah menyuarakan supaya
dua kuasa besar dunia bermuafakat dalam soal ini. Amerika Syarikat dan Rusia sudah seharusnya
mencari jalan pendamaian dalam ujian senjata nuklear ini, Kedua-dua kuar besar ini sepatutnya
merundingkan langkah-langkah kearah pendamaian dunia.
Hasil dari ketegasan dan keberanian Malaysia ini jelas disokong oleh negara-negara bukan
nuklear yang lain. Akhirnya, satu persetujuan telah dicapai hasil daripada Sidang Kemuncak Moscow
1972. Dalam sidang kemuncak itu, Amerika Syarikat dan Rusia telah bersepakat untuk menghadkan
senjata peluru berpandu. Malaysia mengalu-alukan persetujuan tersebut malahan menaruh harapan
agar persetujuan tersebut merupakan langkah permulaan kearah yang lebih meluas.
Malaysia mahukan kuasa-kuasa besar ini bersetuju atau mencapai kata sepakat kearah
perlucutan senjata seluruhnya secara berkesan. Ini merupakan pendirian Malaysia sebagaimana yang
ditegaskan oleh Malausia dalam pelbagai frum PBB termasuk Perhimpunan Agung badan dunia itu,
Pergerakan Berkecuali dan Komanwell.

Pertubuhan Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-
negara berdaulat yang pernah menjadi tanah jajahan British, manakala mana-mana negara yang masih
dijajah menjadi ahli bersekutu. Komanwel telah ditubuhkan pada tahun 1931 dan mempunyai 54 buah
negara anggota yang terdiri daripada negara maju dan negara membangun.
Matlamat penubuhannya adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara
anggota serta mewujudkan kerjasama dalam semua bidang. Malaysia telah menjadi anggota

8
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Komanwel selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Penglibatan Malaysia dalam
Komanwel adalah demi menjamin keharmonian dan membangunkan ekonomi negara.
Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota
Komanwel terutama menjelang akhir tahun 1980-an. Mesyuarat CHOGM diadakan dua tahun sekali
bagi membincangkan isu-isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara-negara anggota.
Pada bulan Oktober 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Kuala Lumpur.
Dalam mesyuarat tersebut, Malaysia membangkitkan isu pemeliharaan alam sekitar dan
membawa kepada Deklarasi Langkawi yang mendorong negara anggota yang miskin turut memberi
perhatian kepada isu alam sekitar ketika negara anggota sibuk membangunkan ekonomi negara
masing-masing. Kemampuan Malaysia dalam mengendalikan persidangan CHOGM di Kuala Lumpur
telah mendapat pujian daripada negara-negara Komanwel. Kejayaan itu menandakan satu lagi
sumbangan negara dalam arena politik antarabangsa.
Rancangan Colombo pula ditubuhkan atas usaha negara-negara Komanwel untuk memerangi
kemiskinan dan wabak penyakit serta bantuan kewangan dan kemahiran teknik kepada negara-negara
yang memerlukan. Malaysia mendapat manfaat seperti bantuan kepakaran, teknikal dan biasiswa
dalam bidang pendidikan. Melalui rancangan ini pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan
pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia mendapat bantuan bagi
pembinaan Lebuh Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak.
Sukan Komanwel pada mulanya dikenali sebagai Sukan Empayar British yang diadakan pada
tahun 1930 di Hamilton, Ontario, Kanada. Kemudian namanya ditukar kepada Sukan Komanwel dan
Empayar British pada 1954. Pada 1970 namanya ditukar kepada Sukan Komanwel British, dan
kemudian Sukan Komanwel pada 1978. Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu
bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam
suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan
ini.
Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun
1998. Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan dilangsungkan setiap empat tahun sekali,
dengan melibatkan atlet-atlet dari negara-negara Komanwel. Sukan Komanwel biasanya disertai oleh
atlet yang seramai 5,000 orang. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang
bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel. Stadium Nasional Bukit Jalil
merupakan stadium utama yang dijadikan tempat berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan

9
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

rasmi. Stadium tersebut boleh menempatkan sehingga 100,000 penonton dan mempunyai trek
balapan.
Pada peringkat awal kemerdekaan Malaysia, negara sangat bergantung kepada Britain dalam
bidang ekonomi. Malaysia mengharapkan permintaan dari Britain dalam mengeksport dua komoditi
utamanya iaitu bijih timah dan getah. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam
ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan
cukai yang rendah. Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, hubungan Malaysia dengan Komanwel
menjadi renggang akibat dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju. Beliau mengambil
tindakan dasar ekonomi “Buy British Last” yang dilaksanakan pada tahun Oktober 1981 hingga Mac
1983. Secara umumnya, tujuan polisi dibuat adalah untuk menjadikan hampir kesemua barangan dan
perkhidmatan dari Britain sebagai pilihan terakhir. Polisi kerajaan itu diumumkan oleh Tun Mahathir
sebagai suatu tindakan memboikot produk dari Britain yang mengenakan yuran tiga kali ganda
terhadap pelajar Malaysia.
Tindakan itu juga ada kaitan dengan pengambilalihan syarikat Guthrie Corporation Limited
dari British oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam satu gerakan yang dinamakan 'Serangan
Waktu Subuh' (Dawn Raid) pada 7 September 1981. Pengambilalihan Guthrie yang memiliki ladang
kelapa sawit, getah dan koko di Malaysia itu, menyebabkan British memutuskan untuk merombak
peraturan di Bursa Saham London bagi mengelakkan perkara seumpama itu berulang sehingga
menjejaskan kepentingan ekonomi Britain. Perubahan peraturan itu telah menghalang Malaysia dari
menambahkan lagi pemilikan dalam syarikat British yang mempunyai hartanah dan sumber asli di
Malaysia.
Tun Mahathir telah mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan atau badan
berkanun supaya mencari pembekal alternatif selain Britain Dengan cara ini, Britain harus bersaing
dengan pelabur-pelabur negara lain apabila hendak dapatkan kontrak, tender dan pasaran di
Malaysia..Semua kertas cadangan yang ada kaitan dengan Britain hendaklah dirujuk ke Jabatan
Perdana Menteriter lebih dahulu pada masa itu.
Tindakan ini jelas berjaya mengugat ekonomi Britain kerana Malaysia merupakan antara
negara dagangan terbesar bagi Britain. Hal ini dibuktikan dengan adanya kajian yang mendapati
kesan dari Buy British Last atau BBL telah membuatkan syarikat-syarikat Britain mengalami kerugian
sebanyak RM 170 juta dalam tempoh beberapa bulan pertama ianya dilaksanakan. Tindakan BBL ini
membuka mata negara maju supaya tidak merendahkan serta menghormati negara kecil seperti
Malaysia

10
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

TUGASAN 1(iii)

11
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

https://youtu.be/8AMYu-xq9RY

TUGASAN 2

12
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita boleh mengambil iktibar bahawa penggubalan
dasar luar negara perlu mengambil kira kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contohnya,
kita telah menyertai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Komanwel,
Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar mengekalkan
kedaulatan dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
Kita harus menjalin hubungan baik dengan semua negara supaya keharmonian sejagat
terpelihara. Contohnya dalam menangani isu pendatang tanpa izin (PATI) yang memasuki sempadan
negara dibincangkan secara rundingan dengan negara terbabit.
Kita hendaklah menghormati kedaulatan negara lain. Sebagai contohnya, kita tidak boleh
menceroboh dan mencampuri urusan politik negara lain. Tindakan Israel menceroboh negara Palestin
adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan tersebut perlu diselesaikan agar kestabilan
politik dunia terpelihara.
Kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
antarabangsa. Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan
besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia
akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman dan makmur.
Kita hendaklah sentiasa bertolak ansur dalam setiap perkara supaya masalah dapat
diselesaikan secara bijaksana. Contohnya, isu pembakaran terbuku di Indonesia.
Kita juga perlu bersikap matang dalam menangani setiap cabaran agar keputusan yang diambil
tidak terburu-buru didalam isu MH370/MH17 contohnya.
Selain itu, kita hendaklah menghormati keputusan dan dasar negara lain supaya hubungan dua
hala berjalan lancer. Contohnya, pelaksanaan hukum hudud di Brunei dan Acheh.
Tetapi, kita hendaklah tegas menyuarakan pendapat supaya keamanan dunia terpelihara seperti
berani menentang Dasar Apartheid.
Akhir sekali, Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan
ketidakharmonian di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin
kestabilan ekonomi dan politik negara.

RUJUKAN

13
VENI A/P SUPPIAH MPU2363
810824025038001 SEPTEMBER 2020

1) https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/DASAR_LUAR_NEGARA.pdf
2) https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/Dasar-Luar-Malaysia.pdf
3) http://gohhuilee.blogspot.com/2013/10/nilaiiktibar-daripada-penyertaan.html
4) https://www.slideshare.net/isharsmiaa/hubungan-luar-malaysia-k3-mrsm-2016
5) https://www.slideshare.net/amirfirdaus14/bab-7-dasar-luar-malaysia
6) https://bijaktekun.blogspot.com/2016/11/dasar-luar-malaysia.html
7) https://jawatan-blog.web.app/penglibatan-malaysia-dalam-pbb.html
8) https://ir.unimas.my/id/eprint/8576/1/peranan%20malaysia%20dalam%20misi-misi
%20pengaman%20pertubuhan%20bangsa-bangsa%20bersatu%20(24pgs).pdf
9) https://soscili.my/buy-british-last-kempen-boikot-malaysia-yang-menggugat-kuasa-british/
10) http://www.sentiasapanas.com/2019/09/sejarah-buy-british-last.html#axzz6eyty18si
11) http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/17-isu-pajakan-borneo-utara-sabah.html
12) https://malaysiagazette.com/2020/09/10/tuntutan-filipina-ke-atas-sabah-drama-yang-tiada-
kesudahannya/
13) https://meligong.web.app/iktibar-kepada-diri-bangsa-dan-negara.html
14) https://www.slideshare.net/harjagdeeskaur/nota-sejarah-tingkatan-5-bab-9-malaysia-dalam-
kerjasama-antarabangsa

14

You might also like