You are on page 1of 4

TINGKATAN 5

BAB 9 : DASAR LUAR MALAYSIA

1. Jelaskan cabaran dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia

Cabaran dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia ialah cabaran politik


antarbangsa. Oleh itu Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dengan negara
luar tanpa mengira idealogi serta menjalin hubungan dengan negara
China.Cabaran seterusnya ialah cabaran politik serantau, di mana Malaysia
terlibat menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Indochina iaitu masalah
pelarian di Vietnam. Malaysia menyeru kuasa besar tidak campur tangan dalam
isu di Vietnam.
Malaysia juga menghadapi cabaran berkaitan keselamatan dan pertahanan
apabila perjanjian antara Malaysia dan Britain atau AMDA di tamatkan.
Sehubungan dengan itu Malaysia menandatangi perjanjian baharu iaitu Perjanjian
Pertahanan Lima negara yang melibatkan Malaysia, Singapura, Britain, New
Zealand dan Australia.

2. Jelaskan latar belakang penubuhan ASEAN

Latar belakang penubuhan ASEAN bermula dengan penubuhan Negara-


negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang melibatkan gabungan tiga
negara iaitu Malaysia, Filipina dan Thailand.Pada tahun 1963, Malaysia, Filipina
dan Indonesia menubuhkan MAPHILINDO untuk menyelesaikan isu pembentukan
Malaysia tetapi MAPHILINDO gagal mencapai matlamatnya.
ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi ASEAN Bangkok
untuk meningkatkan semangat setia kawan. Anggota ASEAN terdiri daripada
lima buah negara iaitu Malaysia,Indonesia, Singapura, Filipina dan
Thailand.ASEAN kemudiannya menerima lima anggota baharu iaitu Brunei,
Myammar, Laos,Kemboja dan Vietnam.

3. Huraikan peranan Malaysia dalam ASEAN

Peranan Malaysia dalam ASEAN ialah mengisytiharkan Zon Aman, Bebas


dan Berkecuali (ZOPFAN) selain itu Malaysia juga telah menjalin hubungan
dengan China malah menjadikan ASEAN sebagai platform terpenting untuk
mengistiharkan perubahan dasar negara termasuklah mendapatkan
pengiktirafan daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
Malaysia juga turut terlibat dalam menyelesaikan konflik serantau iaitu
menyelesaikan konflik politik Indochina berkaitan ancaman komunis. Malaysia
juga menyeru agar kuasa besar tidak campur tangan dalam isu di Vietnam. Isu di
Kemboja berjaya diselesaikan melalui pilihanraya pada tahun 1993. Selain itu
Malaysia juga menghantar pasukan pengaman di bawah PBB iaitu Misi United
Nations Transitional Authority in Combodia (UNTAC)
Malaysia juga turut mengadakan kerjasama ekonomi . Kerjasama ekonomi
ASEAN ini diadakan pada tahun 1970-an dengan mewujudkan Projek Industri
ASEAN (AIP) pada tahun 1978. Juga dalam pengeluaran baja urea di Indonesia
serta pengeluaran baja fosfat dan kuprum di Filipina.
Selain itu Malaysia juga turut mengadakan kerjasama sosial melalui
penubuhan Southeast Asia Ministers of Education Organisasion (SEAMEO)
dengan mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan seperti pertukaran
129
pelajar dan penubuhan pusat pendidikan contohnya The Regional Centre for
Education in Science and Mathematics (RECSAM) di Pulau Pinang

4. Mengapakah Malaysia menyertai pertubuhan NAM?

Malaysia menyertai NAM untuk menolak dasar pro-Barat yang diamalkan


sebelum itu dengan mengamalkan dasar berkecuali. Selain itu Malaysia juga
ingin mengambil pendirian neutral dengan menyertai pakatan tanpa pihak dan
terlibat secara aktif dalam NAM serta menjalinkan hubungan yang lebih terbuka
dengan pelbagai pihak tanpa sebarang sekatan

5. Jelaskan peranan Malaysia dalam NAM.

Peranan Malaysia dalam NAM ialah menjadi tuan rumah sidang kemuncak
dan Pengerusi NAM dan Malaysia telah dilantik mempengerusikan
persidangan NAM pada 2003 hingga 2006. Selain itu dalam persidangan
Malaysia turut menyatakan pendirian terhadap isu Palestin dengan mengutuk
pencerobohan kuasa besar terhadap negara kecil, contohnya serangan
Amerika Syarikat ke atas Iraq.
Malaysia juga lantang menyuarakan isu pencerobohan terhadap hak asasi
manusia dan negara lain seperti isu Aparteid serta bersetuju agar tekanan
politik dan ekonomi dikenakan kepada Afrika Selatan sebagai menangani isu
ini. Malaysia turut membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina yang ditekan
oleh Serbia , hasilnya berjaya menggantung keahlian Yoguslavia dalam NAM.
Malaysia dan NAM juga turut menerima pelarian dari Bosnia Herzegovina.
Seterusnya Malaysia juga menganjurkan dasar keamanan dan berkecuali
dalam NAM dengan menyuarakan pandangan dengan meminta agar rantau
Asia Tenggara diterima sebagai sebuah kawasan berkecuali serta mendesak
kuasa besar tidak campur tangan atau menekan negara di rantau ini. Selain itu
Malaysia turut menandatangani Pengisytiharan Lusaka sebagai usaha NAM
mendesak untuk mengharamkan senjata nuklear. Kesimpulannya Malaysia
telah memainkan peranan yang berkesan sejak menyertai NAM sehingga
negara kita dihormati oleh negara lain.

6. Jelaskan latar belakang penubuhan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 , di


Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat Maghribi yang terdiri daripada 57
buah negara. Pertubuhan OIC ditubuhkan semasa serangan ganas terhadap
Masjid al-Aqsa oleh Zionis yang mendorong pemimpin Islam menubuhkan
pertubuhan antarabangsa untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam
dalam pelbagai bidang. Malaysia negara anggota yang aktif menyuarakan
pandangan berkaitan kepentingan Islam.

7. Jelaskan peranan Malaysia dalam OIC.

Malaysia memainkan peranan aktif dalam OIC dalam pembangunan


pendidikan melalui pembiayaan pendidikan dan kebajikan. Usaha ini
ditunjukkan melalui pembinaan Universiti Islam Antarabangsa(UIAM)dan

130
pemberian biasiswa kepada pelajar dari negara OIC. Selain itu Malaysia turut
terlibat dalam menangani isu politik negara Islam, di mana Malaysia menjadi
perantara menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC iaitu dengan
menghantar 15 orang pegawai tentera Malaysia menyertai pasukan tentera
pemerhati PBB apabila genjatan senjata diumumkan pada Ogos 1988.
Malaysia juga turut menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan
menyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) serta menjadikan Malaysia
tuan rumah bagi Persidangan Keserantauan Asia berkaitan Palestin. Selain itu
Malaysia juga menyokong rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri dan
mempunyai negara yang merdeka
Malaysia juga terlibat dalam pembangunan ekonomi dengan bergiat aktif
dalam membangunkan ekonomi negara OIC seperti menyokong aktiviti Bank
Pembangunan Islam (IsDB) dan menyertai IsDB pada tahun 1974. Selain
daripada mendapat faedah berupa pinjaman untuk mebiayai pembangunan
negara juga membawa perkembangan penting dalam sistem perbankan Islam
melalui penubuhan bank Islam di seluruh dunia. Contohnya Dubai Islamic Bank
dan Bank Islam Malaysia. Kesimpulannya sejak menjadi anggota OIC Malaysia
telah terlibat dalam pelbagai aktiviti demi kemanan dan kemajuan negara
anggota OIC.

8. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kelebihan dasar berbaik-baik


Malaysia dengan semua negara? (KBAT)- tambah 2 isi

Kelebihan dasar berbaik-baik Malaysia dengan semua negara luar ialah dapat
memastikan kedaulatan negara terjamin melalui dasar tidak campur tangan.
Contoh mengamalkan dasar berkecuali.Dengan cara ini urusan negara kita
tidak akan diganggu membolehkan politik negara menjadi stabil. Selain itu
segala konflik yang tercetus juga dapat diselesaikan dengan cara aman iaitu
melalui meja rundingan kerana wujudnya hubungan baik ini.
Selain itu dasar ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara melalui
perdagangan dua hala. Contohnya antara Malaysia dan Jepun. Melalui
kerjasama ini diharapkan agar syarikat Jepun akan masuk melabur di Malaysia
contohnya syarikat Honda dan Toyota yang dapat membuka lebih banyak
peluang pekerjaan kepada rakyat. Kesannya ekonomi negara dapat
berkembang maju dan taraf hidup rakyat juga dapat ditingkatkan.
Selain itu kelebihan dasar berbaik-baik Malaysia dengan semua negara juga
dapat membantu Malaysia mencapai matlamat negara maju melalui kerjasama
penyelidikan dan teknologi. Kerjasama yang wujud dalam penyelidikan dan
teknologi ini dapat menjadi platform kepada Malaysia untuk menyediakan lebih
ramai tenaga pakar dan mahir dalam bidang sains dan teknologi yang menjadi
satu aspek penting kepada negara maju.

9. Pelibatan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau telah memberi manfaat
kepada negara . Buktikan. (KBAT)

Pelibatan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau telah memberi


manfaat kepada negara kerana dapat mewujudkan hubungan dagangan yang
membolehkan Malaysia mempromosikan produk keluar negara dengan itu dapat
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contohnya jenama
rempah Baba’s yang menampilkan lebih 30 produk rempah ratus yang terdiri
daripada Pure Flour,Staple Food Mixes dan banyak lagi telah menembusi
pasaran luar negara dan boleh didapati di hampir semua negara di Asia
131
Tenggara. Kesimpulannya Malaysia boleh menjadikan keaggotaannya dalam
pertubuhan serantau sebagai platform pasaran produk-produk keluaran
negara kita.
Selain itu, dapat mewujudkan kerjasama untuk meningkatkan tahap
pendidikan dan perkembangan bidang kebudayaan melalui kegiatan
pertukaran maklumat atau teknologi contohnya mengadakan program
pertukaran pelajar atau penganjuran konvensyen antarabangsa. Kesannya
proses perkongsian idea atau pertukaran pendapat akan meningkatkan lagi
mutu pendidikan negara kita.
Seterusnya pelibatan Malaysia secara aktif ini juga akan dapat mengeratkan
hubungan baik dengan negara luar yang dapat melindungi kepentingan rakyat
Malaysia semasa berada di negar luar . Contohnya semasa wabak Covid-19,
proses membawa balik warganegara Malaysia yang terperangkap di luar
negara telah berjalan lancar disebabkan adanya hubungan yang erat ini.

10. Bagaimanakah Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam
pertubuhan antarabangsa. Berikan cadangan anda. (KBAT)

Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam pertubuhan


antarabangsa dengan bekerjasama dalam pelbagai pertubuhan dunia terutama
untuk menyelesaikan konflik melalui rundingan. Contohnya menganggotai
PBB.
Selain itu, menjalin kerjasama dalam ekonomi untuk meningkatkan
perdagangan antara semua negara yang berpotensi serta meluaskan pasaran
dalam kalangan negara Islam dan negara membangun. Contohnya
mewujudkan Hab Halal dunia.
Selain itu, membantu negara Islam yang miskin dengan memberi bantuan
kemanusiaan. Seperti bantuan pakaian dan makanan ke Afghanistan.
Seterusnya, Malaysia juga perlu menjalin hubungan diplomatik yang lebih
luas bagi mengelakkan terjerumus dalam kancah politik kuasa besar dengan
tidak terlibat dalam Perang Dingin dan tidak bersekongkol dengan mana-
mana blok dunia. Contohnya kita tidak memihak kepada Blok Kapitalis atau Blok
Timur. Dengan cara ini kedaulatan negara dapat dilindungi serta bebas
daripada campur tangan asing dalam hal ehwal negara. Hasilnya,
kemerdekaan negara dapat dipertahankan dan kemajuan ekonomi dapat
ditingkatkan apabila Malaysia terlibat secara aktif dalam pertubuhan-pertubuhan
antarabangsa.

132

You might also like