You are on page 1of 2

Huraikan 5 prinsip penentuan Dasar Luar Malaysia yang dilaksanakan dalam enam era kepimpinan negara dengan memberikan

contoh yang jelas. Jawapan anda dalam bentuk esei. ( 10 markah )

Pada tahun 1957, Malaysia telah menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara lain. Malaysia telah mengambil kira beberapa faktor penting yang mempengaruhi penentuan dasar luar Malaysia. Dari segi ekonomi, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Contohnya, sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari negara-negara Timur iaitu Jepun dan Korea. Pada masa yang sama Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara- negara sedang membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia dan mengadakan pelaburan di negara tersebut. Semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak telah mengeratkan Hubungan Malaysia dengan China untuk bertukar

maklumat dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Faktor sejarah turut memainkan peranan dalam penentuan dasar hubungan luar Malaysia. Contohnya, sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Brunei, Singapura. Seterusnya, Malaysia juga menjalin hubungan dengan Negara-negara Islam dalam OIC kerana mempunyai sejarah perkembangan Islam di Malaysia sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan sebelumnya. Di samping itu, faktor demografi juga memainkan peranan. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan konsep perpaduan & mementingkan hubungan kemanusiaan. Malaysia mementingkan hal-hal berkaitan hak asasi manusia sebab berbilang kaum. Contohnya, dasar Aparteid di Afrika ditentang kerana dasar menindas golongan.berkulit hitam tidak menjalin hubungan dengan Israel sebab dasar Israel yang menindas rakyat Palestine. Faktor seterusnya ialah geografi. Malaysia terletak di kawasan yang strategik yang menghubungkan laluan perdagangan Barat ke Timur. Oleh itu, Malaysia telah

mengamalkan dasar bebas dan berkecuali dan berusaha untuk menjadikan rantau Asia Tenggara bebas daripada sebarang pengaruh luar. Selain itu, faktor keselamatan negara turut memainkan peranan penting dalam penentuan dasar luar Malaysia. Contohnya, apabila berlaku pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea, Malaysia menganggap peristiwa tersebut mampu menggugat keamanan dan keselamatandi rantau Asia Tenggara. Oleh itu , Malaysia berperanan untuk menamatkan konflik dengan negara jiran lain. Penutupnya, faktor ekonomi, sejarah, demografi,geografi dan keselamatan merupakan faktor yang telah mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.

You might also like